Friday, June 06, 2014

Manusia Yang Sentiasa Didoakan Malaikat

Manusia Yang Sentiasa Didoakan Malaikat

Info Agama. Percaya kepada Malaikat adalaha antara rukun iman. Ada Malaikat ditugaskan bedoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan Malaikat akan mendapat keistimewaan.

Didoakan Malaikat

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani bagi menghadapi ujian yang kian mencabar, ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan.

Beruntunglah kiranya jika kita termasuk ke dalam golongan mereka yang sentiasa di doakan malaikat.

Orang yang tidur dalam keadaan suci

Rasulullah SaW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, Malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga Malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci".

Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan Malaikat akan mendoakannya: "Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, kasihilah dia".

Orang yang berada di saf depan ketika solat berjemaah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf hadapan."

Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf".

Orang yang mengucapkan 'Amiin' ketika Imam selesai membaca Al-Fatihah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Jika seorang Imam membaca (ayat terakhir Al-Fatihah sehinggalah selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya bertepatan dengan ucapan Malaikat, akan diampuni dosanya yang lalu".

Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Kalangan Malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu Malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan Malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan Malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan Malaikat yang bertugas pada waktu malam tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimanakah kalian meninggalkan hamba-hamba-Ku?" Mereka menjawab: "Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat".

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakan adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang Malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan".

Orang yang membelanjakan harta (Infak)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua Malaikat turun kepadanya. Satu antara kedua-duanya berkata: "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang berinfak.."

Orang yang sedang makan sahur

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur".

Orang yang sedang melawat orang sakit

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 Malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh".

-Sentiasapanas.com

Thursday, June 05, 2014

Gadis Bertudung Murtad Beramai-Ramai Di Gereja Berita PALSU!

Gadis Bertudung Murtad Beramai-Ramai Di Gereja Berita PALSU!

Sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.

Gadis murtad berita palsu

Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.

Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.

Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei 2014 lalu, dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.

Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam.

-Sentiasapanas.com

Pencipta Pil Ekstasi Meninggal Dunia

Pencipta Pil Ekstasi Meninggal Dunia

Ahli kimia Amerika Syarikat (AS), Alexander Shulgin yang juga digelar sebagai 'Bapa Ekstasi' meninggal dunia ketika berusia 88 tahun, kata keluarganya.

Alexander Shulgin
Alexander Shulgin.

Dia diberi gelaran 'Bapa Ekstasi' kerana kebolehannya menukarkan sejenis bahan kimia menjadi dadah ekstasi yang kerap digunakan dalam parti-parti liar.

"Shulgin menghembuskan nafas terakhir pada Isnin lalu. Dia dikelilingi oleh keluarga dan penjaga- nya bersama alunan muzik Bud- dha," kata balunya, Ann.

"Dia pergi dengan aman dan hampir tanpa sebarang pergelutan," tambah wanita itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook kelmarin.

Lelaki tersebut yang tinggal di California dan mendalami ilmu kimia di Universiti Harvard serta Berkeley sebelum ini menghidap kanser hati.

Shulgin mula meminati bahan kimia psikoaktif dalam tahun 1960- an.

Dia menguji beratus-ratus bahan itu termasuk ubat antikemurungan, ubat perangsang syahwat dan bebe- rapa dadah perangsang lain dengan menggunakan diri sendiri dan rakan-rakannya sebagai bahan uji kaji.

Ekstasi Party

Pada tahun 1970-an, Shulqin mula menguji bahan kimia amfetamina MDMA yang kemudian bertukar menjadi dadah ekstasi yang sering digunakan di kelab-kelab malam.

Ia membolehkan para pengunjung parti atau pengunjung kelab malam menari selama berjam-jam tanpa henti.

Namun, terdapat banyak kes kematian mengejut yang dikaitkan dengan dadah ekstasi, sekali gus mencetuskan persoalan, terutamanya mengenai ketulenan dadah tersebut.

Dadah perangsang itu telah pun dihasilkan pada penghujung kurun ke-19 dan dipatenkan pada tahun 1912 oleh firma farmaseutikal Merck sebelum ia diabaikan.

Shulgin kemudian mencipta cara baharu untuk menghasilkan ekstasi apabila dia bekerjasama dengan seorang ahli psikologi, Leo Zeff.

Zeff sendiri mengambil dadah itu dan mencadangkannya kepada beberapa rakan sekerjanya supaya menggunakan ekstasi untuk merawat pesakit mereka. -AFP

Bapa Artis Hong Kong Bunuh Diri Skandal Tersebar!

Bapa Artis Hong Kong Bunuh Diri Skandal Tersebar!

Bapa kepada model dan pelakon Hong Kong, Liddy Li, yang mempunyai hubungan dengan suami kepada pelakon Malaysia, Lee Sinje, telah membunuh diri sendiri selepas mengamuk di apartmennya.

Li Tak yan

Li Tak yan, 51, turut membunuh salah seorang jirannya dan melepaskan tembakan ke arah polis, dalam kes yang memakan masa selama 12 jam itu.

Ia berakhir apabila pasukan polis dari unit khas dikenali sebagai Flying Tigers menyerbu masuk ke rumah tersebut dan Tak Yan menembak dirinya.

Polis kini menyiasat punca kejadian itu, sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan pembongkaran skandal anaknya, Liddy dengan suami Sinje, yang juga seorang pengarah filem, Oxide Pang.

Liddy Li

Kes itu bermula pada 11 malam Sabtu lalu apabila Tak Yan mengikut jirannya, Liu ke dalam lif di apartmen tesebut menuju ke tingkat 21.

Sebaik sahaja jirannya membuka pintu rumah, Tak Yan telah menembaknya sebanyak tiga kali dan kemudian kembali ke rumahnya di tingkat 11.

Polis kemudiannya mengosongkan unit di tingkat 11 dan lelaki itu kemudiannya berdiri di luar tingkap dan mula menembak polis.

Hubungan sulit Libby dan Pang telah terbongkar selepas gambar mereka berdua-duaan didedahkan. Pang kemudiannya balik ke Malaysia untuk memujuk Sinje.

Liddy Li

Pang kemudiannya memohon maaf kepada isterinya dan mengakui kesalahannya.

Dalam pada itu, Liddy yang ditemani oleh adik dan ibunya telah mengunjungi rumah mayat bagi mengenalpasti mayat tersebut.

BACA INI JUGA: 6 Tips Suami Isteri Beraksi Hebat Diranjang!

10 Syarikat Gergasi Yang Di Bina Oleh Remaja

10 Syarikat Gergasi Yang Di Bina Oleh Remaja

Semangat dan keusahawanan bermula daripada peringkat awal remaja. Kadang-kadang ada sebilangan anak-anak muda dan remaja terdorong untuk mencipta syarikat sendiri ketika di peringkat alam persekolahan.

Dan di sini kami kongsikan kepada anda sebagai aspirasi bersama 10 orang anak muda yang mempunyai kelebihan dan bakat yang di anugerahkan kepada dan akhirnya berjaya.

Fred De Luca

Fred De Luca

Pada tahun 1965, Fred De Luca meminjam $1,000 untuk memulakan Restoran Subway Sandwich. Fred hanya berumur 17 tahun ketika dia memutuskan untuk menjadi seorang pengusaha sebuah restoran atas alasan untuk mendapatkan wang untuk menbiayai persekolahannya.

Sejak membuka kedai pertama di Boston, rangkaian restorannya kini mempunyai 32,401 lokasi dan menghasilkan lebih dari $9 bilion  pendapatan tahunan.

Mark Zuckerberg

Mark Zuckerberg

Sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna-pengguna Facebook. Melancarkan laman web Facebook dari bilik asramanya dan sejak hari itu telah menjadi pengusaha self-made termuda yang bernilai lebih daripada satu bilion dolar.

Zuckerberg adalah CEO laman web sosial yang paling cepat berkembang di Internet.

Facebook kini mencatatkan lebih dari 1 bilion pengguna dan merupakan laman sosial paling berpengaruh yang pernah wujud dalam sejarah.

Menduduki ranking ke 2 selepas Google, tidak mustahil akan memintas Google suatu hari nanti.

Matt Mullenweg

Matt Mullenweg

Beliau adalah seorang software developer yang berjaya dan bermula ketika usia muda. Ketika berumur 19 tahun, beliau mengumumkan bahawa akan memulakan perisian sumber terbuka (open source) untuk perisian blog yang lebih baik dan dia bermula dengan WordPress.

Semenjak itu pemprograman perisian bermula di Automattic dimana memiliki dua produk unggul, Akismet (perangkap spam) untuk halaman komen dan Wordpress.com.

Untuk versi host dari perisian open source ialah dari wordpress.org. Sejak mengasaskan Automattic, syarikat ini telah mengumpulkan lebih dari $30 juta dolar dan semakin berkembang.

Anand Lal Shimpi

Anand Lal Shimpi

Bermula dengan AnandTech pada 1997 ketika dia berumur 14 tahun. Laman web pertama adalah platform Geocities.

Pada mulanya hanya sebagai hobi namun semakin berkembang dan menjadi salah satu laman web yang terbesar meliputi keseluruhan peranti perisian. Forum AnandTech adalah salah satu tempat yang terbaik untuk mendapatkan pakar dan khidmat nasihat mengenai komputer.

Carl Churchill

Carl Churchill

Pada 2020 akan datang, Carl Churchill mensasarkan peningkatan pendapatan syarikat kepada $100 juta. Carl menubuhkan DMC Internet pada tahun 2001 ketika berusia 15 tahun.

Syarikat Churchill menawarkan broadband wayarles bagi keselamatan pelayan untuk perniagaan dan sejak ia dilancarkan, terus berkembang secara konsisten.

Pada tahun 2003, Churchill dicatatkan sebagai seorang jutawan di bawah usia 21 tahun.

Farrah Gray

Farrah Gray

Farrah Gray adalah seorang usahawan yang benar-benar berjaya sebelum mencapai usia remaja. Kisah kejayaannya begitu pelik dan boleh dikatakan mustahil untuk dipercayai.

Ketika dia berumur 10 tahun, Gray membentuk sebuah kelab dan berjaya mendapatkan $15 ribu dolar untuk setiap ahli untuk bergiat dalam pelbagai aktiviti.

Pulangan $1 juta berjaya dikumpulkan daripada pelbagai pelabur untuk membantu kalangan remaja bagi memulakan perniagaan mereka sendiri.

Sebelum berusia 16 tahun, beliau mula mengusahakan perniagaan merangkumi kad prabayar telefon, One Stop dan membuka francais The Teenscope ”Youth AM/FM” interactive talk show.

Dia menjadi produser eksekutif di rancangan komedi di Las Vegas Strip dan memiliki sebuah syarikat makanan bernilai $1.5 juta.

Menjadi penulis buku terlaris antarabangsa pada tahun 2005 bertajuk “Reallionaire” yang disokong sepenuhnya oleh Bill Clinton.

Beliau bermula dengan usaha sendiri dan akhirnya bergelar usahawan yang berjaya.

Dia juga memberi bantuan dan biasiswa untuk mahasiswa-mahasiswa yang mempunyai latar belakang yang berisiko. Dia lakukan semuanya sebelum usianya mencapai 30 tahun.

Romero Bryan

Romero Bryan

Romero Bryan adalah seorang pereka fesyen pada usianya 12 tahun. Rekaannya adalah berlandaskan atau bercirikan sebuah roket.

Rekaannya diambil dari kalangan artis dan selebriti-selebriti popular seperti Beyonce, Victoria Beckham, Cameron Diaz and Alicia Keys. Empayarnya mendapat keuntungan melebihi $30 juta paun.

Kristopher Tate

Kristopher Tate

Kristopher Tate boleh di gelar budak ajaib. Dia mula berkecimpung dengan HTML ketika berusia 4 tahun dimana pada usia itu kanak-kanak lain baru mula belajar membaca dan mengira.

Dia memulakan laman web perkongsian gambar (photo-sharing) Zooomr pada usia 17 tahun sebagai pesaing terdekat Flickr.

Dia telah memindahkan pejabatnya ke Jepun dan sejak itu terlibat mencipta halaman komuniti yang pertama di Jepun.

Jason O’Neill

Jason O’Neill

Jason O’Neill mungkin usahawan yang paling berjaya bagi seseorang di bawah usia 10 tahun.

Pada usia 9 tahun, Jason mula membuat Bug Pensil, iaitu pensil berwarna-warni toppers dalam bentuk bug. Jason turut menyumbangkan pensilnya untuk kanak-kanak sekolah di Afrika.

Fraser Doherty

Fraser Doherty

Sementara ramai pengusaha muda paling berjaya membuat wang mereka dengan membina laman web, Fraser Doherty dan empayarnya dibina menggunakan cara yang lebih tradisional.

Fraser bermula membina produknya pada usia 14 tahun di Scotland. Pada usia 16 tahun beliau meninggalkan alam persekolahan untuk memulakan perniagaan SuperJam (jem) sepenuh masa.

SuperJam terjual sekitar 500,000 unit setahun dan sekarang menguasai sekitar 10 peratus pasaran mentega di seluruh UK.

Syarikatnya, Wise Bread adalah sebuah komuniti kewangan terkemuka peribadi yang didedikasikan untuk membantu sesiapa mendapatkan hasil maksimum wang mereka.

Dapatkan tips wang harian dengan mengikuti Wise Bread di Facebook atau Twitter.

BACA INI JUGA: Mesej Tersembunyi Di Sebalik Logo-logo Terkenal

sumber: hairilhazlan

Wednesday, June 04, 2014

Robot Yang Lebih Pantas Daripada Usain Bolt?

Robot Yang Lebih Pantas Daripada Usain Bolt?

Rekod pelari pecut dunia, Usain Bolt bakal tergugat dengan kewujudan robot Velicoraptor dari Korea Selatan yang dicipta mampu memecut melebihi kepantasan Bolt, iaitu 44.2 kilometer sejam.

Raptor-robot-beat-Usain-Bolt

Robot yang dinamakan Raptor itu dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Lanjutan Sains dan Teknologi, Korea Selatan yang menggunakan dua kaki logam dan dipasang komponen yang mampu menyerap hentakan seperti tendon Achilles, lapor laman web, inquisitr.com.

Ini membolehkan Raptor mencapai kelajuan sebanyak 45.9 kilometer sejam di atas mesin senaman treadmill, sekali gus menewaskan rekod Bolt.

Sebelum Raptor, syarikat teknologi, Boston Dynamics pernah mencipta robot Cheetah dengan ciri-ciri haiwan terpantas di dunia itu yang mampu mencapai rekod maksimum pecutan sebanyak 45.5 kilometer sejam.

Namun, kedua-dua robot itu hanya boleh memecut di atas treadmill selepas dipasang di atas landasan supaya robot tidak terjatuh.

Usain-Bolt-beats-a-bus

Tahun lalu, Bolt dilaporkan pernah memenangi perlumbaan dengan sebuah bas dalam satu pameran serta bertanding dengan tiga pelari pecut Jamaica, Mario Forsythe, Kimmari Roach, dan Daniel Bailey.

Pemenang pingat emas acara pecut 100 meter Olimpik itu turut berhasrat untuk mempertahankan kedudukannya dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016.

"Satu daripada matlamat utama saya ialah untuk menyertai Sukan Olimpik di Rio pada 2016 dan memenangi acara olahraga seperti sebelum ini.

"Saya mahu menjadi atlet pertama yang mempertahankan pingat emas sebanyak tiga kali berturut-turut dalam acara berkenaan," katanya yang mungkin akan bersara selepas sukan Olimpik itu. -Utusan

Pengantin Perempuan HINDU Malu Dan Sakit Hati Tindakan JAIS

Pengantin Perempuan HINDU Malu Dan Sakit Hati Tindakan JAIS

Pengantin perempuan yang ditahan semasa melangsungkan perkahwinan mengikut adat Hindu pada hari Ahad lalu berkata beliau berasa sangat malu dan sakit hati kerana majlis tersebut tergendala akibat tindakan pihak berkuasa agama.

Zarena Malu Dan Sakit Hati Tindakan JAIS

Laporan The Malaysian Insider menyebut, Zarena Abdul Majid, 32, berkata beliau berasa malu kerana tindakan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu malah menyebabkan tetamunya meninggalkan majlis tanpa menjamah hidangan.

“Kebanyakan tetamu saya terkejut dan meninggalkan majlis tanpa menjamah makanan. Sangat memalukan dan menyakitkan hati,” katanya.

Beliau juga kecewa kerana telah menghabiskan RM30,000 untuk majlis perkahwinan berkenaan, demi mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, seorang pemuda Hindu.

Katanya, beliau nekad untuk meneruskan upacara mengikut adat Hindu itu kerana tidak berjaya menukar status agamanya selepas membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tujuan itu.

“Saya sudah tidak takut lagi. Saya sudah bosan dan tidak boleh tunggu lebih lama. Usia saya sudah meningkat dan saya mahu keluarga saya sendiri,” katanya seperti dipetik laman berita tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Zarena berusaha menggugurkan status agama Islam dalam kad pengenalannya sejak 2007 melalui proses di Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau juga membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mengupah peguam bagi tujuan itu, lapor laman itu lagi.

Zarena berkata, beliau bagaimanapun tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usaha untuk menggugurkan status agama Islamnya itu.

Menurut laporan itu lagi, Zarena berkata bapanya ibunya S Vasandamma merupakan seorang Hindu, seperti juga bapanya, S Mahendran ketika pasangan itu berkahwin pada tahun 1980.

Bapanya menukar nama kepada Abdul Majid apabila memeluk Islam selepas itu, namun ibunya kekal beragama Hindu.

Ekoran tindakan bapanya memeluk Islam, status agamanya dalam sijil kelahiran dan MyKad juga dirakam sebagai seorang Islam.

Bapanya bagaimanapun meninggalkan mereka pada 1990 dan beliau dibesarkan oleh ibunya, menurut laporan itu lagi. [Sumber]

Dr M minta Jais kembali kepada Al-Quran

Dr M minta Jais kembali kepada Al-Quran

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk kembali kepada Al-Quran untuk mencari penyelesaian dalam kes serbuan mereka dalam satu majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya.

Dr Mahathir berkata, penyelesaian perkara itu terkandung di dalam Al-Quran dan tindakan seperti itu dilakukan berdasarkan interpretasi seseorang.

“Perkara ini timbul kerana tidak ikut ajaran Islam. Mereka ikut ajaran seseorang. Saya cadangkan mereka kembali kepada Al-Quran. Ini mereka ikut interpretasi mereka sendiri,” katanya kepada pemberita ketika program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Selangor, hari ini.

“Al-Quran nyatakan dengan jelas, kamu dengan agamamu, kami dengan agama kami,” katanya.

Beliau berkata, Al-Quran juga menetapkan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka yang cuba keluar dan meninggalkan agama Islam.

“Ikut Al-Quran apa berlaku kepada mereka yang menukar agama mereka ada tindakannya, tetapi saya tidak mahu cakap.

“Islam zaman ini sudah dipolitikkan dan mereka hendak nampak sangat Islam, sebab itu mereka buat macam itu,” katanya, lapor The Malaysian Insider. [Sumber]

AJK PAS Sokong JAIS Serbu Majlis Kahwin

Riduan Mohd Nor

Salah seorang Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat menyokong tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu satu majlis perkahwinan wanita Islam di sebuah Kuil Hindu di sekitar Petaling Jaya Ahad lalu.

Riduan Mohd Nor menegaskan, menjadi tanggungjawab pihak JAIS dalam menyelamatkan akidah umat Islam di negeri itu.

"Umat Islam diharamkan berkahwin dengan penganut agama lain dan Islam juga mengharamkan penganutnya keluar dari agama tersebut.

"Tindakan gadis tersebut berkahwin di kuil dengan mengikut segala amalan dan ajaran Hindu dikhuatir akan menjejaskan akidahnya serta melanggar syariat Islam.

"Perkahwinannya di sisi Islam tidak sah dan akan menyebabkab zuriat yang diperolehi juga tidak sah taraf," katanya Riduan lagi dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan mengecam tindakan tersebut yang disifatkan sebagai melanggar perlembagaan.

Ianya termasuk Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy yang menganggap operasi melibatkan penahanan pengantin wanita itu juga menunjukkan sikap tidak menghormati sensitiviti orang bukan Islam.

“Serbuan itu menyalahi undang-undang, tidak mengikut perlembagaan dan mengganggu ketenangan suasana dalam masyarakat pada waktu itu.

“Tindakan JAIS jelas menunjukkan tidak menghormati sensitiviti bukan Islam dan tempat-tempat ibadat mereka.

“Perbuatan ini jelas menunjukan mereka sudah melampaui batas bidang kuasa mereka,” katanya.

-Sentiasapanas.com

Video Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau

Video Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau

Video pergaduhan yang didakwa melibatkan penduduk tempatan dan warga asing di pekan Keningau tersebar dan heboh diperkatakan.

Video Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau

Video berdurasi 23 saat itu yang dipercayai dirakamkan dekat pasar ikan pekan itu pada Ahad, menunjukkan sekumpulan lelaki dikejar oleh seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan.

Video tersebut turut memaparkan seorang lagi lelaki yang mukanya tertiarap ke tanah dan disepak oleh seorang lagi individu di bahagian muka.

Lelaki yang cedera itu kemudiannya dilihat mengangkat kepalanya seketika sebelum rebah di atas jalan.

Jurukamera yang merakam video tersebut tidak terlibat dalam pergaduhan itu dan mungkin menyembunyikan diri dari kekecohan tersebut.

Polis pada Selasa mengesahkan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun telah ditahan kerana terlibat dengan insiden yang menyebabkan tiga lelaki mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Supritendan, Awang Amit berkata pergaduhan itu tercetus apabila suspek didakwa berang dengan empat lagi rakannya yang minum di luar pusat karaoke dekat pasar ikan di sini.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 petang Ahad.

Awang berkata, polis sedang mencari individu lain yang terlibat dalam insiden itu dan percaya kesemua mereka bekerja di pasar ikan itu.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Manayon Palanok, 39, yang disepak di bahagian muka, menerima rawatan di hospital daerah Keningau manakala tiga lagi dirawat sebagai pesawat luar.- mStar


Anda Mengalami Masalah Mental Apabila Berfikir Terlalu 'Jauh'

Anda Mengalami Masalah Mental Apabila Berfikir Terlalu 'Jauh'

Berfikir adalah senaman yang bagus untuk membolehkan minda berkembang tetapi adakah berfikiran terlalu jauh memberikan kesan yang sama?

over thinker

Pakar psikologi dari Universiti Michigan mendapati 73 peratus manusia yang berusia antara 25 hingga 35 tahun diklasifikasikan sebagai ‘overthinker’.

Benar, berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu adalah normal dan patut dilakukan pada setiap masa apabila perlu namun jika berfikir terlalu jauh sehingga menyebabkan individu itu sendiri mengalami tekanan jiwa, ia bukanlah sesuatu yang patut diamalkan.

Sedikit sekali kelebihan menjadi seorang yang berfikiran jauh kerana terlalu banyak keburukan didapati apabila mengamalkan daya pemikiran sebegini.

Salah satunya, seseorang itu akan berfikir dengan terlalu lama sehingga tidak ada masa untuk melakukan kerja lain bahkan keadaan itu menyebabkan dia membuat analisis yang bukan-bukan dan tidak diterima akal.

Pendek kata, hanya kerana perkara kecil, remaja yang mengamalkan teknik itu akan membuat keputusan yang tidak munasabah dan kadangkala ‘lari’ daripada topik asal.

Buktinya, seseorang yang memikirkan masalah dengan terlalu mendalam mudah mendapat tekanan jiwa dan sering berasa gusar pada setiap masa.

Ini kerana teknik itu tidak memberikan jalan penyelesaian, sebaliknya memerangkap individu terbabit dalam daya pemikiran itu.

over thinking

Jika kamu termasuk antara golongan itu, perlu diingat bahawa berfikiran jauh itu banyak memberikan kesan buruk yang mungkin kamu tidak ketahui.

Berubahlah segera menjadi seorang yang waras dan boleh berfikir dengan tenang.

1. Elakkan situasi yang tidak perlu

Perlu diingatkan bahawa keadaan minda yang stabil hadir daripada suasana yang tenang dan diri tidak dibelenggu masalah.

Oleh itu, elakkan diri daripada berhadapan dengan situasi yang boleh membuatkan kamu berfikir jauh.

Contohnya, kamu tidak perlu berada di tempat di mana kamu boleh berfikir lebih jauh untuk kali yang kedua.

2. Buang pemikiran negatif

Punca utama mengapa kamu boleh berfikiran jauh disebabkan sikap negatif yang meracuni minda kamu. Jika kamu ada masalah dari segi pergaulan dan sebagainya, jangan buat andaian semata-mata, sebaliknya dapatkan kepastian sama ada perkara itu terjadi disebabkan kesalahan mereka atau tidak. Banyakkan berfikir sesuatu yang positif untuk membasmi fikiran negatif itu.

3. Buat sesuatu yang seronok

Untuk mengelakkan diri daripada berfikir terlalu jauh, buat sesuatu yang boleh membuatkan kamu lupa segala masalah yang melanda diri.

Contohnya, kamu boleh pergi bercuti ataupun lakukan aktiviti masa lapang seperti beriadah untuk menghilangkan masalah kamu buat sementara waktu.

Pada pada masa yang sama, ubah sikap kamu untuk lebih bijak mengatasi masalah yang ada.

4. Alih perhatian

Paling penting, kamu perlu melakukan sesuatu yang boleh merehatkan minda dan tidak mengganggu otak kamu.

Contohnya, bersenam antara aktiviti terbaik dalam hal ini. Dengan mengeluarkan peluh, kamu boleh berfikir dengan lebih normal. Selain itu, ambil masa untuk keluar dengan keluarga dan buat mereka gembira.

5. Tetapkan masa

Jikalau susah sangat untuk kamu mengalih perhatian, apa kata tetapkan masa untuk berfikir dengan lebih jauh.

Jika sebelum ini melangkau satu jam, hadkan ia menjadi 15 minit saja. Bawa sekali nota dan pen untuk mencatat apakah perkara yang membuatkan kamu menjadi sedemikian.

Dalam masa yang singkat itu, kamu pasti menulis banyak sekali punca utama.

Kemudian, gumpal kertas itu dan baling ke dalam tong sampah untuk menjadikan kamu lebih puas.

6. Tukarkan teknik minda itu kepada positif

Selalunya, berfikiran lebih jauh itu tidak memberikan apa-apa jalan penyelesaian yang kukuh. Oleh itu, apa kata kamu menggunakan peluang itu untuk berfikir akan jalan penyelesaian yang lebih munasabah dan positif agar sesuatu masalah itu boleh diselesaikan dengan segera.

Imaginasi bahawa setiap apa yang kamu fikir itu mempunyai isi penting untuk memastikan jalan penyelesaian dapat dikecapi.

7. Ubah perspektif

Memang benar, ‘overthinker’ kebanyakannya takut dan selalu menetapkan sesuatu yang negatif pada saat akhir.

Pasti itu akan memberikan masalah menjadi lebih teruk lagi. Oleh itu, kamu perlu fikirkan jalan penyelesaian yang buruk itu dan kemudian hadirkan sekali pendapat kamu untuk menyelesaikannya.

Fikirkan perkara positif untuk kesan yang lebih baik.

BACA INI JUGA: Gila Meroyan, Bahaya Gangguan Mental Selepas Bersalin

Sumber: Hmetro

Kehebatan Muzium Cristiano Ronaldo

Kehebatan Muzium Cristiano Ronaldo

Kehadirannya tidak dirasai apatah lagi dengan lokasi terletak di jalanan yang memerlukan anda mendaki, membuatkan suasana di Madeira, Portugal tidak ubah seperti pulau lainnya.

Muzium Cristiano Ronaldo [2]

Namun sebaik melang­kah masuk, anda pasti tergamam. Sebuah tempat khusus buat seorang pemain agung menanti anda.

CR7 (Cristiano Ronaldo 7) Museu di Funchal, ditujukan buat pemain hebat Cristiano Ronaldo (gambar).

Mendominasi ruang te­ngah bilik itu, pemenang Ballon d’Or menerusi ukiran patung lilinnya menanti, bagaikan berkata: “Lihatlah hasil kerjaku!”

Tentu sekali semua ini membuat anda terse­nyum, kerana inilah yang anda inginkan daripada sebuah muzium memaparkan segala-galanya mengenai Ronaldo.

Muzium Cristiano Ronaldo [3]

Muzium ini hasil usaha abangnya, Hugo yang dibiayai sepenuhnya Cristiano sendiri.

Tidak perlu sebarang teks, kisah pemain bola sepak paling disanjung itu diceritakan menerusi kilauan 150 trofi dan pingat, 26 bola yang ditandata­ngani, semua­nya menyumbang hatrik dan album foto keluarga yang me­nyaksikan evolusi Ronaldo daripada budak bertubuh montel berambut kerinting hing­galah menjadi pemain gah di seluruh dunia.

Sedang­kan Pele sendiri, pemain yang diang­gap terhebat di antara mereka memerlukan tiga Piala Dunia, 1,281 gol dan 31 tahun selepas kariernya tamat sebelum ada orang mengang­gap munasabah untuk membuka muzium peribadinya.

Ronaldo pula berbeza. Menerusi hasil pelbagai kejayaan yang diraih, berada di rumahnya di Madrid, Hugo yang kini menjalankan perniagaan ­pembinaan berpendapat lebih baik untuk melakukannya ketika dia masih mendapat sanjungan dunia.

Muzium Cristiano Ronaldo [4]

Terdapat ba­nyak lagi ruang untuk menempat­kan lebih banyak kejayaan, kata kurator muzium berkenaan, Nuno Mundes yang kini membayangkan di mana mahu meletakkan Kasut Emas 2014 yang dimenangi Ronaldo sebagai penjaring terba­nyak Eropah musim ini.

Setiap kali pasukan Ronaldo memenangi trofi, sebuah replika akan ditempatkan di muzium berkenaan.

Tidak perlu bersusah payah untuk memperkenalkan wajah yang akrab di hati peminat bola sepak ini. Sejak lima tahun muzium itu dibuka, pelawat dari dalam dan luar negara me­ngunjunginya dengan kapal pesiaran, lebih daripada 20,000 pengunjung dan kira-kira 1,000 pe­ngunjung setiap minggu sekali gus menjadi muzium paling popular di pulau itu.

Muzium Cristiano Ronaldo [5]

Rumah Christopher Columbus? Lupakan saja. Muzium Cristiano boleh dilawati dengan bayaran lima euro (RM22) manakala kanak-kanak masuk percuma malah anda boleh berinteraksi dengan ‘Ronaldo’ dan melihat gambar anda dipaparkan di Facebook.

Mereka datang dari Cuba, Ghana, Iraq, Jepun dan Argentina; kiriman surat cinta, tidak kira dari Sepanyol atau Shoeburyness. Kadang kala, kata Mendes, ada peminat wanita menghantar gambar, lengkap dengan cincin perkahwinan.

Muzium Cristiano Ronaldo [6]

Sebuah ukiran kayu yang cantik dihantar peminatnya dari Indonesia yang kecewa apabila diketepikan, menujukannya kepada ‘pemain cedera terbaik di dunia’. Memang tidak masuk akal.

Di bahagian cenderahati yang didominasi jenama CR7, dikendalikan kakaknya, Elma yang juga me­ngusahakan butik CR7 di Funchal di mana anda boleh mendapatkan sapu tangan bersulam nama Ronaldo, hinggalah tempat abu rokok CR7.

Muzium Cristiano Ronaldo [7]

Menurut Mendes, Cristiano bukan setakat pemain bola sepak.

“Dia duta utama Portugal. Saya tidak ragu-ragu mengenainya. Negara ini tiada jenama yang lebih popular dan lebih penting seperti Ronaldo. Imej negara ini terpancar dalam diri­nya.”

BACA INI JUGA: Eusebio, Lagenda Termahsyur Bola Sepak Portugal

Sumber: Hmetro.com.my