Wednesday, April 30, 2014

Selfie Yang Membawa Padah!

Selfie Yang Membawa Padah!

Istilah selfie kini menjadi semakin popular dalam kalangan mereka yang gemar mengambil gambar sendiri dan dikongsi di laman-laman sosial untuk tatapan dan komen oleh rakan-rakan alam maya.

Selfie-bawa-padah

Apa itu selfie? Selfie adalah perbuatan menangkap gambar sendiri menggunakan telefon bimbit atau webcam atau apa jua alat elektronik yang mempunyai kamera dan kemudiannya dimuat naik ke laman-laman sosial individu tersebut seperti instagram, facebook, wechat dan sebagainya.

Pada asalnya,ia dikenali sebagai self-potrait di dalam bahasa Ing­geris dan kemudiannya disingkatkan menjadi selfie.

Sejarah selfie ini dikatakan bermula sejak 1920 yang mana gambar selfie pertama diambil oleh Joe Byron di atas bumbung sebuah bangunan di New York. Kemudiannya gambar selfie tersebut ditayangkan di Muzium Bandaraya New York untuk dijadikan tatapan orang ramai.

Kini selfie telah menjadi suatu fenomena yang kian popular di seluruh dunia terutamanya bagi mereka yang suka menangkap gambar sendiri.

Malah fenomena ini tidak mengira usia baik golongan remaja mahupun golongan dewasa.

Jika seseorang itu menangkap gambar sendiri untuk tatapan diri sahaja dan tidak dimuat naik di mana-mana laman sosial, maka ia bukanlah diistilahkan sebagai ­selfie.

Melainkan individu tersebut memuat naik gambar yang diambil ke dalam laman-laman sosial untuk dipertontonkan oleh rakan-rakan alam maya.

Persoalannya adakah perbuatan selfie ini mendatangkan faedah atau membawa padah kepada seseorang?

Pada 3 Mac lepas, berlaku kejadian dua gadis mati lemas ketika mandi di Sungai Lebir Manik Urai Lama, Kuala Krai. Insiden itu berlaku gara-gara kedua-duanya asyik merakam gambar selfie bersama-sama. Menurut kenyataan rakan mangsa, mereka dikatakan bergambar menggunakan telefon bimbit sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus sungai.

Di London pula, seorang remaja lelaki, Danny Bowman, 19, yang terlalu taksub selfie menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar. Dia juga sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan dan menurunkan berat badannya sehingga 12 kilogram semata-mata untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna apabila bergambar.

Selain itu, ada juga segelintir masyarakat yang bergambar selfie tidak kena pada tempatnya. Contohnya merakamkan aksi selfie ketika dikejar kerbau di Texas. Golongan ini tidak mementingkan keselamatan asalkan dapat selfie walaupun perlu berhadapan dengan situasi ekstrem yang boleh membahayakan diri sendiri.

Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi, Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud berpendapat selfie mungkin menunjukkan ciri-ciri narcisstic (suka diri sendiri) yang ada pada diri seseorang.

Dalam erti kata lain, mereka ingin menonjolkan keistimewaan yang dimiliki yang kadangkala tidak terserlah di mata orang lain jika tidak ditonjolkan secara begitu.

Katanya lagi, orang yang mempunyai kecelaruan personaliti mempunyai sifat-sifat yang perlukan pujian dan sanjungan berterusan daripada orang lain dan me­nyimpan kepercayaan bahawa mereka ialah seorang yang istimewa dan berhak mendapat tempat di hati masyarakat.

Namun, jika dilihat di negara barat kini terdapat trend terbaharu lebih ekstrem iaitu ‘sellofies’ yang mana seseorang itu mengambil gambar sambil memakai sellotape di seluruh muka kemudian memuat naik di laman-laman sosial untuk tatapan orang ramai.

Individu yang mengikut trend ini sanggup bersusah-payah membalut wajah mereka dengan sellotape sehinggakan wajah kelihatan hodoh semata-mata untuk dijadikan bahan ketawa dan nampak melucukan di mata orang ramai.

Inilah natijah apabila dunia semakin maju, alat elektronik semakin canggih, malah pemikiran manusia semakin jauh ke hadapan yang kadangkala melebihi batas pemikiran seseorang itu.

Sudah menjadi lumrah manusia yang sentiasa ingin mencetuskan suatu inovasi yang boleh diaplikasikan dan menjadi ikutan ramai dalam kehidupan seharian seperti trend selfie ini.

Namun seseorang itu perlulah bijak berfikir apabila ingin mengikuti trend terbaru yang diperkenalkan sama ada ianya mendatangkan faedah atau membawa padah kepadanya.

Oleh FATHIAH MD. HATA
*PENULIS ialah penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

BACA INI JUGA: Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!

Lawak! Video Lelaki Disangka Mesin ATM!

Lawak! Video Lelaki Disangka Mesin ATM!

Pandanglah kiri-kanan dulu kalau hendak keluarkan duit dari mesin ATM.

Lawak! Video Lelaki Disangka Mesin ATM!

Boleh pula mamat ini terkeliru antara cik abang ini dengan mesin ATM yang sebenar.

Siap hendak masukkan kad lagi ke perut abang tu.

Kesilapannya sekaligus mengundang ketawa wanita yang turut melakukan transaksi di situ.


Nasib baik abang ni ‘sporting’ dan buat tak tahu saja. Haha.. -Mynewshub.my

Video Mat Bangla Dan Minah Filipina Bersuka-Ria Di Singapura

Mat Bangla Dan Minah Filipina Bersuka-Ria Di Singapura

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook The Real Singapore, satu aktiviti tidak senonoh telah dirakamkan di sebuah taman di Singapura.

Ia dipercayai dilakukan oleh pendatang asing warga Filipina dan Bangladesh dengan tujuan untuk berhibur.

Namun, ternyata aktiviti ‘memakan pisang’ ini sangat tidak manis dan kurang sopan untuk ditayangkan di tempat awam.

Rasanya, anda sendiri boleh memahami apa yang kami maksudkan kerana ia seolah-olah menggambarkan perbuatan seksual.


Hai, inilah akibatnya kalau tidak tahu menghormati budaya di tempat orang. -TheRealSingapore

Histeria Gara-Gara Permainan Video

Histeria Gara-Gara Permainan Video

Benar kata orang, apabila sudah terlalu ‘menjiwai’ permainan video, kita akan menjadi leka sehingga merasakan kita sememangnya sedang berada di dalam dunia maya itu.

Video yang kami kongsikan kepada anda ini merupakan antara kesan akibat terlalu asyik menggunakan gajet permainan video, Oculus Rift.

Ia merupakan set kepala yang berfungsi sebagai ‘helmet’ yang menayangkan visual permainan video, seolah-olah kita sedang bergerak melaluinya.

Kebanyakan mereka yang menggunakannya akan mempamerkan pelbagai emosi termasuklah berasa gayat, takut dan cemas walaupun sebenarnya mereka hanya berada di hadapan komputer atau televisyen.


Saksikan reaksi lelaki ini yang hampir histeria tatkala diusik oleh rakannya sehingga terpaksa ditenangkan oleh para pekerja dan orang ramai. -Mynewshub.my

-Sentiasapanas.com

Hubungan Intim Menyihatkan Badan

Hubungan Intim Menyihatkan Badan

Banyak kajian membuktikan hubungan seksual turut menyumbang kesihatan kepada manusia malah, anda tidak perlu malu untuk meminta supaya aktiviti seksual dilakukan dengan lebih kerap. Ini kerana seks yang sihat bersama pasangan mampu memberikan manfaat tersendiri.

Manfaat seks

Berikut adalah manfaat yang anda akan perolehi selepas melakukan aktiviti seksual bersama pasangan anda.

Tekanan

Seks terbukti melalui kajian dapat membantu kesihatan mental. Menurut seorang profesor psikologi di Universiti of Virginia, Dr. James Coan, "Ketika melakukan hubungan intim, anda akan melepaskan hormon yang akan mencetuskan rasa bahagia seperti Oksitosin dan Endorphin".

Hormon inilah yang membantu individu dalam menghilangkan tekanan.

Insomnia

Selepas melakukan hubungan intim, tubuh akan melepaskan hormon Oksitosin yang juga disebut sebagai 'Hormon Pelukan'.

Selain membuatkan perasaan lebih selesa, Oksitosin juga membantu anda cepat mengantuk dan tidur lebih nyenyak.

Kesan hormon ini lebih besar kepada wanita kerana wanita memiliki hormon Oksitosin yang lebih tinggi.

Kejang perut

Melakukan hubungan intim juga dapat mengurangkan rasa tidak selesa pada perut seperti pedih, sakit atau kejang.

Ini kerana, orgasme akan membuatkan otot rahim berkontraksi dan melepaskan hormon pada otak yang berfungsi sebagai pereda rasa sakit semulajadi.

Menurunkan berat badan

Rutin seks juga dapat membantu kesegaran tubuh anda setiap hari. Anda juga mampu membakar sebanyak 700 kalori dalam masa seminggu jika melakukan hubungan intim setiap hari.

Menyihatkan jantung

Pembakaran kalori semasa melakukan hubungan intim juga akan meningkatkan kesihatan jantung anda. Seks mampu mencegah serangan strok dan jantung.

Mencegah kanser prostat

Ejakulasi ketika melakukan hubungan seks dapat mengurangkan risiko kepada lelaki dari terkena kanser prostat.

Dalam sebuah kajian di Australia, lelaki yang mengalami ejakulasi sebanyak 21 kali dalam sebulan dapat mengurangkan risiko terkena kanser prostat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, April 29, 2014

MH370: Mungkin Bangkai Pesawat MH370!

MH370: Mungkin Bangkai Pesawat MH370!

Sebuah syarikat penerokaan Australia mendakwa ia menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, enam minggu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Bangkai MH370!

GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide pada Isnin berkata, ia mula melakukan pencariannya sendiri terhadap pesawat Boeing 777 pada 10 Mac lalu dan mengesan kemungkinan bangkai pesawat itu di Teluk Bengal, kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi carian semasa di selatan Lautan Hindi dekat Perth.

Pencarian GeoResonance itu meliputi 2,000,000 kilometer persegi zon kemungkinan berlakunya nahas, menggunakan imej yang diperolehi dari satelit dan pesawat, dengan pakar-pakar sains syarikat itu menumpukan usaha mereka di utara dari lokasi terakhir MH370 yang diketahui, menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear.

Menurut jurucakap syarikat itu, David Pope, “Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu mencuba dan membantu.”

Pope menambah bahawa GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej yang diambil pada 5 Mac lalu, tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang dan mereka tidak mencari apa yang dikesan mereka di tempat itu.

“Bangkai itu tidak ada sebelum kehilangan MH370. Kita bukan cuba untuk mengatakan bahawa ia adalah pasti MH370, bagaimanapun ia merupakan petunjuk yang harus kita ikuti,” kata Pope.

Sementara itu, seorang lagi jurucakap GeoResonance, Pavel Kursa menambah, beberapa elemen yang terdapat dalam pesawat komersial itu dikesan di kawasan Teluk Bengal.

“Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang membentuk satu Boeing 777… ianya adalah aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain,” kata Kursa dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh saluran berita Australia 7News .

MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi 8 Mac lalu dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian, ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Satu operasi pencarian antarabangsa dilakukan bagi mencari pesawat yang hilang, dengan yang pertama di Laut China Selatan dan kemudian selepas ia dikatakan menyimpang dari laluan penerbangan, pencarian beralih ke dua koridor, meliputi koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis data satelit yang belum pernah belaku sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 terbang ke koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi di barat Perth.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Mungkinkah Dakwaan Jemaah Umrah Itu Benar?

Bangkai MH370! [2]

Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Bangkai MH370! [3]

Sumber: Mynewshub.my

Rayuan BR1M Dilanjut Hingga 31 Mei

Rayuan BR1M Dilanjut Hingga 31 Mei

Permohonan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilanjutkan sehingga 31 Mei ini bagi memberi lebih peluang kepada mana-mana individu yang layak mengemukakan rayuan masing-masing.

Rayuan BR1M

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata sehingga 20 April lepas, kerajaan menerima sebanyak 246,911 rayuan BR1M daripada mereka yang tidak terpilih sebagai penerima.

“Sebelum ini, kementerian ada menghantar surat kepada pemohon yang gagal mendapatkan BR1M dengan menyatakan sebab mengapa permohonan mereka ditolak.

“Jadi bagi rayuan ini, mereka perlu sertakan dokumen sokongan mengikut sebab penolakan tersebut bersama-sama borang rayuan BR1M sebagai bukti yang mereka sebenarnya layak terima bantuan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau memuat turun borang rayuan di laman web LHDN dan setiap rayuan mesti disertakan dokumen sokongan untuk pertimbangan.

Ahmad berkata bagi tempoh sehingga 20 April lepas, peruntukan sebanyak RM2.47 bilion diagihkan kepada 3,805,643 penerima BR1M berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah manakala perbelanjaan sebanyak RM633.8 juta pula digunakan untuk bayaran kepada 2,112,906 individu bujang dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.

Katanya bagi isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 pula, kerajaan membelanjakan sebanyak RM157 juta untuk diagihkan kepada 349,226 penerima layak.

“Sehingga kini, kerajaan mengagihkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada 6.5 juta penerima BR1M seluruh negara, jadi mana-mana individu yang merasakan mereka layak mendapatkan bantuan itu, segera kemukakan rayuan sebelum 31 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata pembayaran BR1M bagi permohonan rayuan hanya akan dilakukan selepas tarikh tutup rayuan itu. -BERNAMA

Curang Punca Adam Dan Fiza Bercerai Talak Satu?

Curang Punca Adam Dan Fiza Bercerai Talak Satu?

SAH bercerai talak satu! Itulah jawapan untuk spekulasi yang melanda pasangan Adam AF dan Fiza Elite sejak beberapa minggu lalu.

Fiza dan Adam AF sah bercerai

Selepas beberapa kali menafikan berlaku keretakan rumahtangga, penyanyi dan pelakon terkenal, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, atau lebih dikenali sebagai Fiza Elite akhirnya sah bercerai secara fasakh dengan suaminya, Adam AF di Mahkamah Rendah Syariah.

Lafaz itu dibuat oleh Adam pada jam 1.05 tengah hari dihadapan Hakim, Mohd Nazri Basrawi secara tertutup.

Sebelum itu, Fiza mengemukakan permohonan lisan agar prosiding dijalankan secara tanpa kehadiran wartawan.

"Saya seorang 'public figure' dan tidak mahu masalah rumah tangga diketahui awam," katanya.

Adam kelihatan sebak manakala Fiza yang memakai jubah dan selendang hitam kelihatan tenang.

Fiza dan Adam AF sah bercerai [2]

Fiza dan Adam melangsungkan perkahwinan pada 26 September 2013 selepas dua bulan berkenalan.

Perkahwinan yang berusia tujuh bulan ini merupakan yang kedua bagi Fiza.

Sebelum ini, bekas penyanyi kumpulan Elite itu bercerai dengan Ahmed Fariq Zainul Abidin pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Turut hadir sewaktu prosiding, rakan baik Fiza iaitu Azza Elite.

Kami yakin dengan berita ini, ramai peminat yang turut bersedih atas kehancuran rumahtangga yang dibina tidak sampai setahun itu.

Apa pun, jika inilah penyelesaian yang terbaik, doakan saja kedua-dua terus tabah menghadapi dugaan besar ini.

Bercerai Kerana Instagram?

Bercerai Kerana Instagram

Dalam tempoh yang singkat itu, rumahtangga mereka sebenarnya sudah mula goyah sejak empat bulan lalu, memetik mStar Online.

Siapa sangka, laman sosial Instagram adalah antara punca keretakan hubungan mereka.

Menurut Fiza, dia bertindak membuang gambar bersama mereka di Instagram apabila terlalu banyak spekulasi yang mengatakan rumahtangga mereka bermasalah.

Ia sekaligus menambahkan lagi andaian bertalu-talu daripada para peminat dan telah menyebabkan kedua-dua mereka turut bergaduh.

Pada masa yang sama, Fiza menafikan perceraian itu terjadi kerana masalah kewangan Adam kerana bekas suaminya itu telah membantu menghulurkan wang untuk pembedahan ayahnya.

Tapi, secara logiknya, kalau hubungan mereka tidak bermasalah sebelum ini, mengapa Fiza perlu membuang gambarnya bersama Adam?

Atau mungkin ada punca yang lebih besar yang mendorong kepada tindakan Fiza membuang gambar Adam di akaun sosialnya itu?

Hmm..hendak fikir dalam-dalam pun rasanya sudah tak perlu sebab keputusan sudahpun dibuat.

Apa pun, kami yakin peminat masih berharap untuk melihat pasangan ini bersatu semula jika jodoh mereka masih panjang. -SH/Mynewshub/mStar

-Sentiasapanas.com


Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!

Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!

Sangkakala ataupun disebut dalam sebutan bahasa Arab, 'Ash-shur' yang bermaksud tanduk akan ditiup oleh malaikat Israfil apabila berlakunya hari kiamat nanti. Soalnya, bagaimana rupa sangkakala, berapakah besarnya dan dimanakah ia berada?

Trompet Hari Kiamat

Pada tahun 2005, sekumpulan astronomi yang diketuai oleh Profesor Frank Steiner dari University of Ulm, Jerman, menemui sesuatu yang mengejutkan di alam semesta.

Selama ini, ramai orang berpendapat bahawa alam semesta berbentuk bulat, mendatar, tidak terbatas dan tiada penghujung.

Namun, dengan menggunakan Wilkinson Microwave Anisotrophy Probe (WMAP), alat untuk melihat kosmologi secara keseluruhan, mereka menemui bahawa alam semesta adalah seperti bentuk tanduk atau corong di mana hujungnya semakin mengecil.

Mereka mengamati bahawa bahagian hujung corong itu merupakan alam semesta yang tidak boleh diamati (Unobservable).

Manakala dibahagian depan corong pula adalah tempat di mana terletaknya bumi dan seluruh sistem suria dipercayai alam semesta yang masih boleh dilihat (Observable).

Penemuan itu telah membantu ramai saintis dalam menjawab beberapa soalan penting tentang sejarah masa, ruang dan segala sesuatu di alam semesta.

Nabi Muhammad SAW pernah ditanya seperti mana dalam hadis yang diriwayatkan Al-Tarmizi daripada Abdullah bin Amr berkata: Datang seorang Badwi bertanya kepada Nabi, "Apakah itu sangkakala?" Nabi menjawab, "Sangkakala itu seperti tanduk yang ditiup padanya."

Sebahagian ulama seperti yang disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari berkata: "Peniup sangkakala itu ialah malaikat Israfil sebagai menandakan permulaan kehancuran yang hebat.

Dalam kitab Al-Mustadrak, terdapat sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawasanya, Nabi pernah menggambarkan bagaimana keadaan Israfil.

Baginda bersabda: "Sesungguhnya mata malaikat peniup sangkakala selalu melihat ke Arasy tanpa berkelip. Besiap siaga sejak hari diserahkan tugasnya, kerana dia takut ketika diperintahkan, dia sedang berkelip dan leka. Kedua matanya bagaikan dua bintang yang sangat terang."

Al-Qur'an juga jelas menggambarkan tiada sesuatu pun yang mengetahui bila kiamat akan terjadi, sedangkan ia berlaku tatkala manusia sedang sibuk melayan urusan dunia.

Adapun sebagai peringatan kepada manusia, Nabi bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali pada hari Jumaat."

Atas perintah Allah, maka sangkakala akan ditiup oleh malaikat Israfil sebanyak dua kali. Tiupan pertama dipanggil kehancuran dan tiupan kedua ialah kebangkitan.

"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu keputusannya masing-masing." (Surah Az-Zumar, ayat 68).

Daripada hadis Sahih Muslim, Nabi bersabda: "Yang mula-mula mendengar tiupan itu ialah lelaki yang sedang membuat takungan air untanya. Ketika dia sedang sibuk bekerja dan sangkakala ditiup, tengkuknya akan terbengkok."

Jarak tiupan pertama dan kedua juga tidak diketahui dengan tepat.

Adapun diriwayatkan dalam hadis Bukhari dan Muslim, Abu Hurairah r.a berkata: "Jarak antara dua tiupan angin itu 40." Anak buahnya bertanya, "Wahai Abu Hurairah, adakah ia 40 hari?" Abu Hurairah berkata, "Aku enggan menjawab." Mereka bertanya lagi, "Adakah ia 40 bulan?" Abu Hurairah berkata, "Aku enggan menjawab." Mereka bertanya lagi, "Apakah ia 40 tahun?" Abu Hurairah berkata, "Aku enggan menjawab."

Kemudian, selepas berlaku tiupan pertama, Allah menurunkan hujan.

Nabi bersabda: "Lalu Allah menurunkan hujan, sehingga mayat-mayat tumbuh (bangkit) seperti tumbuhnya tanaman sayuran. Tidak ada satu bahagian tubuh manusia kecuali semuanya telah hancur selain satu tulang, iaitu tulang ekornya (Koksiks) dan dari tulang itulah jasad manusia akan di susun kembali pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Sahih Muslim).

Bagaimana Allah menjadikan bunyi daripada tiupan sangkakala sehingga boleh menyebabkan kehancuran dan kematian telah dikaji oleh saintis.

Didapati tatkala bunyi suara sampai ke 120 desibel, pada masa itu telinga kita akan berasa sakit. Kemudian, apabila sampai ke 150 desibel, ia akan menyebabkan gegaran dalam jantung dan sukar untuk bernafas. Apabila sampai ke 200 desibel, ia boleh mengakibatkan paru-paru manusia pecah. Dan sekiranya bunyi melebihi daripada itu, otak akan hancur lalu menyebabkan kematian.

"Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad SAW) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Qur'an) yang jelas nyata keterangannya." (Surah Al-Maidah, ayat 15).

BACA INI JUGA: KISAH BENAR! Penumpang Misteri Van Jenazah!

-Sentiasapanas.com

Monday, April 28, 2014

Naki Sumo, Pertandingan Bayi Menangis Di Jepun

Naki Sumo, Pertandingan Bayi Menangis Di Jepun

Di Tokyo, Jepun, terdapat satu festival yang akan diadakan setiap tahun. Upacara ini dikenali sebagai Naki Sumo atau pertandingan bayi menangis terbesar di negara tersebut.

Naki Sumo

Setiap kali tibanya festival itu, sebuah kuil lama yang dikenali dengan nama Sensoji akan dibanjiri ratusan ribu orang yang mana kebanyakannya adalah pengunjung dari seluruh negara dan juga pelancong asing.

Apa yang lebih menarik, tiada yuran penyertaan dikenakan dan ia terbuka kepada semua bayi.

Berdasarkan kepada sejarah festival ini, ia merupakan sebahagian daripada tradisi lama yang mula dipertandingkan oleh masyarakat Jepun sejak ratusan tahun dahulu.

Acara ini akan diadakan pada bulan 29 April tahun ini.

Naki Sumo [2]

Sewaktu pertandingan dijalankan, festival akan diketuai oleh seorang pendeta yang turut bertanggungjawab sebagai pengadil utama dalam pertandingan itu. Selain itu, ia juga menggunakan khidmat beberapa ratus orang sukarelawan yang terdiri daripada ahli gusti Sumo.

Berdasarkan syarat dan peraturan pertandingan, ia adalah satu acara yang cukup mudah dan ringkas. Ahli Sumo terlebih dahulu memangku dan cuba untuk membuatkan peserta (bayi) menangis sebelum pertandingan berlangsung.

Naki Sumo [3]

Kemudian, penganjur akan memilih dua orang bayi yang dipangku oleh sukarelawan tertentu memasuki sebuah gelanggang khas.

Mereka dikehendaki berdiri secara berhadapan diantara satu sama lain. Selepas itu, seorang pengadil yang bertugas akan mengeluarkan satu isyarat yang menandakan pertandingan sudah bermula.

Naki Sumo [4]

Berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan, pengadil selalunya akan memilih peserta yang mengeluarkan tangisan paling kuat dan paling lama sebagai juara pertandingan.

Mengikut kepercayaan masyarakat Jepun, tangisan kuat dapat membantu mempercepatkan tumbesaran bayi.

Naki Sumo [5]

Selain itu, mereka juga percaya bayi yang menangis dapat menghapuskan segala semangat jahat dalam kehidupan manusia.

Bukan itu saja, mereka juga yakin ritual ini dapat menyucikan diri daripada dosa-dosa yang lalu dan memberikan nasib yang baik.

Keunikan festival ini turut mendapat reaksi positif daripada kerajaan Jepun. Ia berikutan sambutan yang luar biasa daripada pengunjung terutamanya pelancong asing yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Jadi, tidak hairanlah ia telah disenaraikan sebagai salah satu produk pelancongan bagi negara matahari terbit itu.

Dibahagian utara negara Sepanyol pula, terdapat satu tradisi yang diadakan sejak turun temurun bagi menyucikan jiwa bayi-bayi yang baru lahir.

El Salto Del Colacho - Lompatan Syaitan

Upacara tahunan ini dikenali sebagai El Salto Del Colacho ataupun Lompatan Syaitan, yang mana ia dilakukan dengan cara melompat melintasi sekumpulan bayi. Setiap bayi yang melalui upacara ini akan dipakaikan pakaian cantik mengikut jantina.

Bayi-bayi akan diarak terlebih dahulu disepanjang jalan menuju ke lokasi upacara sambil diiringi paluan gendang dan alunan muzik tradisional.

Selepas itu, bayi-bayi ini akan dibaringkan diatas beberapa buah tilam yang telah tersedia.

Di negara Bulgaria pula, terdapat satu amalan pelik yang masih dipraktikkan sehingga hari ini. Percaya atau tidak, masyarakat di sana akan memaksa diri sendiri supaya menangis sempena menyambut kelahiran bayi mereka.

Pendek kata, tidak akan ada suasana gembira apatah lagi suasana majlis keraian untuk menyambut kelahiran ini.

BACA INI JUGA: Cinco de Mayo! Festival Perang Bangsa Mexico

-Sentiasapanas.com

10 Bandaraya Pilihan Pelancong Dunia

10 Bandaraya Pilihan Pelancong Dunia

Senarai tahunan yang dikeluarkan oleh TripAdvisor iaitu Traveller’s Choice Destination Award telah menobatkan bandaraya Istanbul, Turki sebagai kotaraya pilihan utama pelancong dari seluruh dunia.

Berikut merupakan senarai sepuluh kotaraya pilihan pelancong yang dikeluarkan oleh portal MSN, baru-baru ini:

Istanbul, Turki

Istanbul, Turki

Kota kosmopolitan yang dipenuhi bangunan seni bina tradisional menjadikannya bandar raya yang wajib dikunjungi dalan lawatan ke Grand Bazaar yang dibuka sejak 1460an, tidak wajar dilepaskan.

Rome, Itali

Rome, Itali

Bandar Itali ini bukan saja penuh bersejarah malah mempunyai tempat-tempat yang menarik seperti Trevi Fountain dan Gereja Sistine. Di sini juga terletaknya Vatican City.

London, England

London, England

London yang menjadi antara kotaraya ikon kepada benua Eropah, masih amat popular di kalangan pelancong dengan mengekalkan kedudukan di tempat ketiga seperti tahun lalu.

Beijing, China

Beijing, China

Ibu negara China ini mempunyai penduduk lebih 21 juta orang iaitu kotaraya kedua terbesar selepas Shanghai.

Antara tempat menarik di sini pastinya Kota Larangan (Forbidden City) yang menjadi istana dan pusat pentadbiran zaman feudal China selain Kuil Syurga serta lebih 100 muzium.

Prague, Republik Czech

Prague, Republik Czech

Prague, kaya dengan budaya dan kehidupan tradisinya. Sepanjang tahun lalu saja, kota ini menarik kehadiran lima juta pelancong antarabangsa.

Banyak tempat bersejarah di sini menjadikannya dipilih sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Marakech, Maghribi

Marakech, Maghribi

Kota ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Marakech mengalu-alukan kehadiran pelancong dari merata dunia yang terus bertambah setiap tahun.

Malahan ia satu-satunya kota raya dari benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan pelancong sebelum berlaku kegawatan politik di Mesir.

Paris, Perancis

Paris, Perancis

Kota raya ini memang menjadi impian setiap pelancong. Paris terus menawarkan pelancong peluang untuk berseronok, antaranya pemandangna menakjubkan selain memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni terbaik dunia.

Hanoi, Vietnam

Hanoi, Vietnam

Pelawat ke bandar ini akan menemui banyak artifak menarik yang mempunyai hubung kait dengan sejarah negara ini.

Siem Reap, Kemboja

Siem Reap, Kemboja

Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu Angkor Wat yang dipercayai dibina pada abad ke-12.

Shanghai, China

Shanghai, China

Walaupun kemunculan banyak pencakar langit dengan rekaan kontemporari memikat pelancong, kota raya ini masih mengekalkan bangunan lama, khususnya yang mempunyai nilai sejarah.

BACA INI JUGA: 7 Keajaiban Baru Alam Semulajadi Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Gambar ‘Selfie’ Paling Bodoh Pasangan Kekasih Di China!

Gambar ‘Selfie’ Paling Bodoh Pasangan Kekasih Di China!

Gambar satu pasangan yang duduk di bahagian tingkap sebuah teksi untuk merakamkan gambar ‘selfie’ mereka mendapat kritikan hebat pengguna Internet apabila ia dimuat naik di laman sosial China baru-baru ini.

Stupid_Selfie

Mereka dilabel sebagai ‘mabuk atau bodoh’ kerana melakukan perkara berkenaan dalam keadaan teksi yang bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam, sekali gus membahayakan keselamatan sendiri.

Ketika ditanyakan pemberita mengenai hal itu, pemandu teksi berkenaan menyatakan, pasangan itu tiba-tiba mengeluarkan badan mereka melalui tingkap di bahagian penumpang dan duduk sambil mengambil gambar berdua ketika dia sedang memandu di bandar dalam wilayah Lioning itu.

Kedua-dua mereka dikatakan berada dalam keadaan mabuk.

Gambar ‘kebodohan’ pasangan itu tersebar secara meluas di Internet dan mengundang kritikan dalam kalangan pengguna yang melihatnya. –Agensi

Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali


Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali

“Saya membunuhnya dan gembira melakukannya”. Itu kata-kata seorang remaja sewaktu tiba di sekolah dengan pakaian yang berlumuran darah selepas menikam neneknya sebanyak 57 kali sehingga mati.

Dalam kejadian yang berlaku di selatan-barat Atlanta pada Jumaat minggu lalu, Charles Price, 14, menikam Mary Price, 76, di kediamannya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Pihak sekolah yang mendengar pengakuan remaja itu segera menghubungi pihak polis yang kemudiannya bergegas ke rumah mangsa dan menemui tompokon darah bermula dari dapur sehingga ke ruang tamu.

Remaja ‘Gembira’ Tikam Nenek 57 Kali [2]

Pegawai polis yang berada di tempat kejadian menyifatkan ia sebagai jenayah yang cukup menggerunkan.

Dua pisau yang sudah patah turut ditemui di bahagian dapur dan ruang tamu rumah tersebut.

Salah seorang bapa saudara remaja itu percaya pertengkaran antara Charles dengan neneknya ada kaitannya dengan televisyen.

Remaja itu kini ditahan dan tidak dibenarkan ikat jamin sehingga perbicaraan di mahkamah hujung bulan ini. -DailyMail

-Sentiasapanas.com

Saturday, April 26, 2014

Misteri Roh Zona Cerita Punca Kematian!

Misteri Roh Zona Cerita Punca Kematian!

Bulan Oktober 1896, bibit percintaan mula bersemi antara seorang gadis dan pemuda yang datang menetap ke bandar Greenbrier, barat Virginia, Amerika Syarikat. Gadis tempatan itu bernama Elva Zona Heaster. Manakala pemuda yang bekerja sebagai tukang besi itu adalah Erasmus Stribbling Trout Shue yang juga dikenali sebagai Edward.

Elva Zona Heaster

Sekelip mata jatuh cinta, pasangan itu mengambil keputusan berkahwin, walaupun hubungan itu ditentang oleh Mary Jane Heaster, ibu Zona. Jauh disudut hati, Mary merasakan Edward bukan lelaki yang baik.

Tidak sampai tiga bulan hidup bersama, satu tragedi menimpa pada tanggal 23 Januari 1897. Seorang budak lelaki yang datang ke rumah pasangan itu setelah disuruh Edward untuk melihat isterinya, dikejutkan dengan penemuan mayat Zona yang terbaring kaku di kaki katil.

Budak itu berlari pulang memberitahu ibunya tentang Zona, lalu si ibu menghubungi Dr. George W. Knapp. Hanya sejam kemudian, baru doktor itu tiba di rumah Zona.

Ketika itu, Edward sudah pulang. Dia telah mengangkat mayat isterinya dan dibaringkan di atas katil. Dia turut membersih dan menukar pakaian Zona, memakaikan mayat isterinya dengan gaun berkolar tinggi.

Edward terus memangku leher Zona dan menangis teresak-esak ketika Dr. Knapp menjalankan pemeriksaan ke atas mayat itu.

Namun, apabila hendak memeriksa bahagian leher dan kepala mayat, pemeriksaan Dr. Knapp terhalang kerana Edward tidak mahu berenggang daripada mayat isterinya.

Keesokannya, mayat Zona sedia untuk dikebumikan. Namun, tindakan Edward agak pelik. Dia sentiasa berdiri disamping keranda Zona dan tidak membenarkan pelawat datang terlalu dekat dengan keranda.

Dia turut menyangga kepala mayat isterinya dengan bantal. Edward turut menutup bahagian leher mayat itu dengan mengikatkan sehelai selendang yang tidak sesuai. Bila ditegur, Edward berkeras mengatakan itu adalah selendang kegemaran isterinya.

Dari pandangan orang luar, mereka menyangka itu adalah tanda kasih sayang Edward terhadap isterinya. Tetapi tidak bagi Mary, ibu Zona. Dari awal lagi, naluri keibuannya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian anaknya.

Apatah lagi sewaktu membasuh kain pelapik keranda, Mary terhidu bau yang kurang menyenangkan. Air basuhan dalam besen bertukar kemerahan seketika sebelum jernih semula.

Kejadian aneh itu meyakinkan hati Mary bahawa Zona sebenarnya telah dibunuh. Lalu, setiap malam Mary akan berdoa meminta anaknya 'kembali' untuk menceritakan perkara sebenar.

Empat minggu kemudian, doa Mary dijawab. Zona hadir dalam mimpi Mary selama empat malam berturut-turut. Dalam mimpi itu, Zona menceritakan bahawa dia telah diseksa oleh Edward.

Pada malam sebelum kematiannya, berlaku pertengkaran hanya kerana berang dengan masakan Zona, Edward menyerang dan memusingkan leher isterinya sehingga patah dan menemui ajal!

Hanya berdasarkan penceritaan daripada 'roh' anaknya, Mary bersungguh-sungguh meyakinkan John Alfred Preston, seorang pendakwa untuk membuka kertas siasatan baru.

Walaupun teragak-agak dan belum pernah dibuat dakwaan berdasarkan kejadian yang diceritakan oleh 'hantu', namun Preston setuju membantu.

Dr. Knapp dipanggil semula dan mengakui tidak dapat menjalankan pemeriksaan lengkap pada mayat Zona kerana tingkah laku Edward yang tidak mahu melepaskan mayat isterinya ketika itu.

Lantas, Preston mendapatkan arahan agar mayat Zona digali semula untuk dilakukan autopsi menyeluruh. Pada 22 Februari 1897, mayat Zona dikeluarkan walaupun ditentang keras oleh Edward.

Hasil pemeriksaan mendapati, leher Zona mengalami kecederaan parah. Ligamennya terkoyak dan pecah. Pada bahagian kerongkongnya, terdapat bekas jari menandakan dia turut dicekik.

Berdasarkan hasil autopsi, ditambah dengan cerita jiran tentang kelakuan pelik Edward sewaktu majlis pengebumian Zona, akhirnya Edward ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan membunuh isterinya.

Sewaktu Edward dalam tahanan menanti perbicaraan, siasatan terus dilakukan terhadap masa silamnya. Didapati, Edward pernah berkahwin dua kali sebelum itu.

Perkahwinan pertama berakhir dengan perceraian. Bekas isterinya menceritakan, Edward seorang yang kejam dan suka mengasarinya. Perkahwinan kedua pula hanya bertahan kurang dari setahun apabila isterinya mati dalam keadaan misteri.

Atas segala bukti dan fakta yang berjaya dikumpulkan, Preston berjaya mengaitkan penglibatan Edward dengan kematian Zona.

Setelah mendengar segala keterangan, para juri sepakat mendapati Edward bersalah lalu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat. Edward menemui ajal dalam penjara pada September 1916 angkara wabak penyakit yang menyerang pada zaman itu.

Kes ini mendapat liputan meluas kerana untuk pertama kalinya disebut dalam perbicaraan tentang 'hantu' yang membantu merungkai punca kematian tersebut.

Malah, kerana bantuan 'hantu' juga, pesalah akhirnya berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman.

Kerana itu, satu tanda peringatan telah didirikan berhampiran kubur Zona. Pada papan tanda itu tertulis kisah Zona, gadis yang ditemui mati pada tahun 1897 sebelum rohnya muncul dalam mimpi ibunya, memberitahu tentang perbuatan suaminya yang kejam.

Kisah Zona turut dikenali dengan julukan The Greenbrier Ghost!

BACA INI JUGA: Suara Ghaib Itu Berbisik..

-Sentiasapanas.com