Monday, September 30, 2013

Peramas Payudara Profesional?!

Peramas Payudara Profesional?!

Pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki dari China ini mungkin kedengaran mudah dan menyeronokkan namun menurut Yang Jun, kerjanya itu turut mendapat tentangan dan halangan yang tersendiri.

Yang Jun

Ini kerana pekerjaannya sebagai peramas payudara ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak untuk terapi penyusuan ditentang sebahagian besar suami kepada pelanggannya itu.

Yang Jun merupakan seorang ahli terapi profesional yang bertugas untuk membantu para ibu menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi yang baru dilahirkan.

Yang Jun akan mengurut payudara si ibu selama satu jam setengah dengan kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM150.

Namun, halangan daripada para suami ketika Yang Jun melakukan pekerjaannya sedikit sebanyak mengecewakannya.

“Saya benar-benar sangat bagus dalam bidang ini jika mereka memberikan saya kesempatan. Saya belajar mengenai fisiologi, urutan, akupuntur dan saya sangat meminati bidang ini. Mereka seharusnya melihat saya sebagai seorang doktor atau jururawat,” luahnya.

BACA INI JUGA: Teknik Penyeksaan Paling Kejam Pada Zaman Pertengahan

Sumber: Mynewshub

Patung Babi Bukan Untuk Menyinggung Sesiapa - Fouziah Gambus

Patung Babi Bukan Untuk Menyinggung Sesiapa - Fouziah Gambus

Beberapa hari lepas artis manis penyanyi lagu berirama gambus Fouziah Gambus mencetus kontroversi di kalangan peminatnya selepas beliau memuatnaik gambar dengan patung permainan ‘babi’ di atas kepalanya.

Fouziah Gambus

Patung yang beliau letak di atas kepala itu merupakan patung satu watak dalam permainan terkenal Angry Bird dikenali sebagai Bad Piggies kerana dalam aplikasi permainan itu, ia mengeluarkan bunyi berupa babi yang berwarna hijau.

Tindakan Fouziah memuatnaik gambar sebegitu dikecam para peminatnya yang merasakan imejnya sebagai wanita Muslimah tidak sesuai untuk bergambar dengan patung berkenaan.

Menurut jawapan beliau yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan, beliau tidak berniat menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan perbuatan itu disifatkan sebagai kecil serta tidak perlu diperbesarkan.

“Saya bawa adik masuk studio rakaman Kamar Seni milik AG Coco untuk merakamkan lagu untuk album pertama yang bakal dipasarkan November depan,” katanya.

Fouziah Gambus

Fouziah berkata, di studio itu terdapat banyak permainan patung dan beliau sangat tertarik dengan patung bad piggies itu lantas meletakkannya di atas kepala untuk adiknya mengambil gambar itu.

“Saya tidak perasan bagaimana perkara ini boleh mencetuskan isu, lagipun memang saya tidak berniat menyinggung perasaan sesiapapun, Saya berjanji akan padam gambar ini dan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya seperti dilaporkan dalam akhbar.

Di Malaysia, bukan senang seseorang itu menjadi artis atau personaliti kerana peminat di Malaysia begitu peka pada sebarang perkembangan artis kegemaran mereka.

Tidak kurang juga segelintir golongan yang hanya menunggu artis membuat kesilapan supaya ia boleh digunakan untuk menghancurkan karier mereka.

Tambahan pula, Fouziah bakal mengeluarkan album pertama pada bulan November nanti pasti ada pihak yang mungkin cemburu dan iri hati.

Sumber: Mynewshub

Kate Middleton Alami Kemurungan Selepas Bersalin

Kate Middleton Alami Kemurungan Selepas Bersalin

Isteri pewaris takhta England Putera William, Kate Middleton mengalami kemurungan selepas melahirkan anaknya Putera George dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya, kata majalah Globe.

Kate Middleton

Sumber yang dipetik majalah itu melaporkan, kemurungan yang dihadapi Kate menyebabkan pasangan diraja itu menangguhkan rancangan untuk mendapatkan anak kedua dalam tempoh setahun.

“Kate kini di dalam keadaan yang amat sukar, tetapi suami dan keluarganya sentiasa berada di sisinya untuk memberi sokongan,” kata majalah itu.

Sebagai langkah mengurangkan tekanan yang dihadapi pasangan itu merancang untuk membawa anak mereka mengelilingi dunia.

Terbaru, mereka sudah mengemukakan permohonan untuk membuat pasport bagi George untuk melakukan perjalanan itu.

“Kami juga dimaklumkan bahawa Ratu Elizabeth perlu memberi kebenaran khas kepada mereka untuk terbang di dalam pesawat yang sama. Protokol diraja sebelum ini melarang pewaris takhta dan pewaris seterusnya daripada terbang bersama,” kata majalah itu lagi.

Laporan menyatakan bahawa ketika Ratu Elizabeth berusia lapan bulan, ibu dan bapanya melakukan lawatan Komanwel ke Fiji, New Zealand dan Australia selama enam bulan. Mereka terpaksa meninggalkan Elizabeth di London.

Kemurungan selepas bersalin anak atau postpartum depression (PPD) adalah masalah yang biasanya dialami antara lima hingga 25 peratus wanita yang baru melahirkan anak.

Antara tanda PPD termasuk perasaan sedih tanpa sebab, menangis, rasa letih dan mudah marah. Punca sebenar PPD belum begitu difahami ahli perubatan dan saintis. -Agensi

Mati Ditikam Selepas Mengigau Nama Wanita Lain Dalam Mimpi

Mati Ditikam Selepas Mengigau Nama Wanita Lain Dalam Mimpi

Seorang wanita menikam teman lelakinya 31 kali selepas mangsa mengigau menyebut nama wanita lain ketika tidur.

Mimpi

Menurut laporan Xinhua, Hong Hui baring di sebelah teman lelakinya yang tidur apabila dia mendengar mangsa menyebut nama wanita lain.

Ia menyebabkan Hong berang dan meluru ke dapur untuk mengambil pisau lalu menikam mangsa sebanyak 31 kali.

Hong kemudian terlena di sisi mayat teman lelakinya itu.

Bercakap di mahkamah, Hong Hui menyuarakan rasa kesalnya terhadap kejadian itu dan berkata, mereka berpacaran sejak sekolah menengah hingga ke universiti serta merancang untuk berkahwin.

Penggal kepala suami

Sementara itu, seorang isteri yang tidak tahan diganggu suaminya, seorang wanita muda memenggal kepala lelaki itu sebelum menyerah diri kepada polis.

Menurut laporan Times of India, wanita berusia 21 tahun itu adalah isteri kedua si mati.

Mangsa, penarik beca berusia 28 tahun dan tinggal di Tamil Nadu, sebelum ini berkahwin dengan wanita lain dan sudah mempunyai dua anak apabila berkahwin dengan suspek.

Hubungan antara kedua-dua wanita itu baik tetapi masing-masing tidak tahan dengan sikap si suami yang panas baran dan sering memukul kedua-dua isterinya sehingga mendorong mereka pulang ke rumah ibu bapa masing-masing.

Si suami mengunjungi isteri keduanya Sabtu lalu dan merampas wangnya. Suspek bertindak menyerang lelaki itu, dengan mencampakkan serbuk cili pada muka mangsa.

Sebaik lelaki itu terjatuh, isterinya mengambil sabit dan memenggal kepala mangsa. Dia kemudian menyerah diri di balai polis berhampiran bersama-sama dengan senjata yang berlumuran darah.

Menurut polis, mangsa mempunyai rekod aktiviti antisosial.

Bunuh bapa untuk warisi harta

Seorang wanita di Nanjing, China pula telah ditangkap kerana di dakwa menggunakan khidmat pembunuh upahan untuk membunuh bapanya bagi membolehkan dia mewarisi harta lelaki itu.

Polis menangkap wanita berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya Hu dan seorang suspek pembunuh upahan berusia 19 tahun bernama Zheng, lima jam selepas mayat bapa Hu ditemui mati di kediamannya, kelmarin.

Hu didakwa menghubungi Zheng menerusi Internet dan menawarkannya sejumlah wang untuk membunuh bapanya selepas mereka bertengkar.

Menurut ibu Hu yang sudah bercerai dengan mangsa sejak lebih 20 tahun lalu, anaknya merancang pembunuhan itu untuk mendapatkan harta si mati.

Menurut akhbar Modern Express, mendapatkan khidmat pembunuhan di China begitu mudah. Seorang wartawan yang menyamar pelanggan hanya diminta membayar 100,000 yuan (RM50,000), harga biasa bagi membunuh seseorang.

-Agensi

Ahmad Dhani Saman Syarikat Insurans

Ahmad Dhani Saman Syarikat Insurans

Penyanyi dan pencipta lagu Ahmad Dhani semalam berkata akan menyaman sebuah syarikat insurans kerana enggan membayar bil perubatan anaknya, Dul, yang terbabit dalam kemalangan maut.

Ahmad Dhani dan DUL

Menurut Ahmad Dhani, isu itu sedang ditangani peguamnya, Lydia Wongsonegoro dan Teguh Sriraharjo.

Katanya, dia mahu mencabar keputusan syarikat PT Prudential Life Assurance atas keengganan mereka menanggung bayaran rawatan dan perubatan Dul bernilai Rp500 juta (RM139,960).

“Kami akan mengemukakan saman itu dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dul atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Qadir Jilani, cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 8 September lalu.

Dalam kejadian itu kenderaan dipandu anak bongsu Ahmad Dhani itu merempuh pengguna jalan raya lain menyebabkan tujuh maut dan 11 lagi cedera.

Polis masih menunggu masa sesuai untuk mendapatkan keterangan daripada Dul.

Sementara itu, difahamkan syarikat insurans terbabit enggan menanggung kos rawatan Dul kerana pelanggaran syarat polisi.

Antara isu yang utama dipertikaikan syarikat insurans ialah usia Dul yang masih remaja dan belum dibenarkan memandu mengikut undang-undang Indonesia.

Namun, peguam berpendapat tanggungan insurans hanya akan terbatal jika Dul disahkan bersalah dan diletakkan dalam tahanan polis. -Agensi

Video Aksi Ngeri Peluncur Berani Mati Jeb Corliss

Video Aksi Ngeri Peluncur Berani Mati Jeb Corliss

Info Ngeri. Penerjun udara Amerika Syarikat (AS), Jeb Corliss melakukan aksi ngeri terbaharu dengan meluncur melalui ruang sempit di Gunung Jianglang di pantai timur China, baru-baru ini.


Terjunan itu dikategorikan sebagai berbahaya kerana ruang antara Gunung Jianglang di wilayah Zhejiang itu hanya sebesar enam meter.

Corliss yang digelar The Flying Dagger memulakan terjunan berbahaya itu dengan melompat keluar dari sebuah helikopter dengan memakai pakaian bersayap berteknologi tinggi.

Dia kemudiannya terbang ke arah Gunung Jinglang yang mempunyai ketinggian 274 meter, sebelum memasuki ruang tersebut yang lebarnya berukuran 4.5 meter dan 18.2 meter, serta panjang, tiga padang bola.

Corliss hanya mempunyai ruang seluas satu meter di kiri dan kanannya sebelum dia boleh melepaskan payung terjunnya ketika berada 91 meter dari atas tanah.

Selepas berjaya melakukan terjunan itu, Corliss menulis dalam Facebooknya menyatakan cuaca ketika itu hanya membenarkan aksi selama satu jam dan dia perlu memastikan aksi tersebut sempurna.

''Saya berjaya membuka payung terjun dengan baik dan hanya memikirkan tempat pendaratan.

''Ia merupakan terjunan yang paling menuntut kemahiran teknikal dalam hidup saya, terutamanya semasa melalui ruang kecil itu sehingga mendarat,'' katanya.

Ini bukannya aksi pertama Corliss melakukan aksi merbahaya menggunakan pakaian bersayap berteknologi tinggi.

Pada 2011, dia pernah terjun dari sebuah helikopter pada ketinggian 1828 meter dan meluncur melalui pergunungan Tianmen di wilayah Hunan, China. -AGENSI


BACA INI JUGA: Telaga Ajaib Yang Sangat Menakjubkan Di Portugal

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah Disember Ini

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah Disember Ini

Pelakon jelita Rozita Che Wan, 40, mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Zain Saidin, 29, selepas satu majlis merisik diadakan di Carcosa Seri Negara, di sini, pada petang Ahad.

Rozita Che Wan

Pasangan terbabit akan melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini, namun tarikhnya akan diumumkan dalam satu sidang media dalam waktu terdekat ini.

Rozita berkata, pada majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat itu, dia menerima sebentuk cincin berlian, sirih junjung dan buah-buahan.

Katanya, majlis itu dirancang sejak dua minggu lalu dan Zain tidak hadir di majlis itu.

Menurutnya, mereka juga tidak bertunang, sebaliknya akan terus bernikah Disember ini.

Sumber: Harian Metro

Kontroversi Pak Mie Penjaga Anjing Melayu

Kontroversi Pak Mie Penjaga Anjing Melayu

Kisah tanah dimana kawasan perlindungan anjing dan kucing yang didirikan Pak Mie telah mendapat perhatian pihak berwajib setelah ramai yang mengadu tentang apa yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini.

Anjing

Pada 4 september yang lalu Pak Mie telah menerima satu surat yang menghendakkan beliau keluar dari tempat perlindungan beliau pada 19 september 2013. Bagaimana dengan nasib anjing dan kucing yang diperlihara Pak Mie? Ikuti rakaman perbualan telefon wartawan KiniTv bersama Pak Mie mengenai isu berkenaan.



Kisah bermula



Pak Mie Menyayangi Anjing Lebih Dari Dirinya Sendiri!


Peristiwa hampir lemas di sungai setahun lalu telah menyemai sifat menyayangi anjing melebihi binatang lain dalam diri Halija Idris.

Wanita lewat 60an ini tidak menyangka, semasa dia hampir hanyut dibawa arus sungai, dua ekor anjing sanggup menggadai nyawa mengheretnya ke tebing sungai.

Halija Idris atau Mak Intan kemudiannya menangis ketakutan lalu anjing tersebut dipeluk lalu diciumnya. Kalau bukan kerana pertolongan anjing-anjing tersebut, mungkin dia sudah meninggal dunia. Maka, sejak hari itu, nilai kasih sayangnya melebihi segalanya sehingga dia sanggup berjaga malam semata-mata ingin memastikan anjing peliharaannya selamat.

Tertarik dengan kisah kasih sayang ini, sepasang suami isteri datang membuat liputan tentang kehidupan Mak Intan dan suaminya, Md. Azmi Ismail. Sekitar bulan November tahun lepas, Hisyam Salleh dan Rahmah Ghazali tiba di 'Shelter Pak Mie' untuk mendengar dan melihat sendiri ketabahan pasangan suami isteri ini.

Dengan belanja sekitar RM3,000, kedua-dua suami isteri ini telah menghasilkan sebuah dokumentari pendek bertajuk 'A Story Hero'. Dokumentari pendek ini telah menceritakan segala-galanya tentang kehidupan Mak Intan dan Pak Mie yang sanggup berbakti untuk menjaga dan membela anjing dan kucing.

Paling menarik, dokumentari ini telah berjaya meraih perhatian Cluj Shorts International Film Festival untuk menyenaraikan dokumentari ini diperingkat antarabangsa. Dokumentari ini adalah satu-satunya wakil ASEAN dalam perayaan filem antarabangsa ini. Untuk pengetahuan anda, Cluj Shorts International Film Festival telah memulakan edisi pertamanya pada 19 hingga 20 April lalu di Cinema Victoria, Vluj-Napoca, Romania.

Meskipun begitu, bagi Mak Intan dan Pak Mie, segala usaha mereka ini bukanlah untuk dijaja kepada umum. Mereka berjasa kepada haiwan kerana menyedari jasa yang dilakukan haiwan tersebut kepada diri mereka.

Pak Mie Shelter
Beginilah keadaan shelter Pak Mie yang memuatkan 
hampir 700 ekor anjing dan 200 ekor kucing.

Sebenarnya, sejak empat tahun lalu, mereka telah mengusahakan rumah perlindungan ini. Menyedari isu sensitif, mereka tidak menghebohkan kepada umum. Namun, kehadiran Hisyam Salleh dan Rahman Ghazali telah mula membuka mata masyarakat tentang kisah mereka yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini.

Mungkin ada diantara kita yang pernah melihat anjing dan kucing yang berkeliaran di jalanan bukan? Begitu juga dikedai-kedai makan. Sedarkah kita bahawa makhluk tersebut memerlukan perhatian kita? Paling tidak, menghulurkan cebisan sisa makanan kepada 'mereka'.

Bagi Mak Intan dan Pak Mie, haiwan yang berkeliaran itu menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga dan membelanya. Tidak kira yang cacat, buta, kurap atau patah kaki, semuanya dikutip dan dibawa balik untuk dijaga dengan seelok mungkin.

Soalnya kenapa mereka sanggup menjaga haiwan terbiar ini sedangkan mereka mengetahui bahawa anjing adalah suatu hal yang sensitif dalam masyarakat Melayu?

Jawapannya cukup mudah. Semua itu kerana kasih sayang!

Menurut Pak Mie, sayang dan cintanya terhadap anjing dan kucing tidak setanding dengan nilai kasih sayang isterinya. Mak Intan sebenarnya mempunyai sifat menyayangi binatang tersebut melebihi dirinya sendiri. Dengan kata lain, banyak urusan penjagaan diuruskan oleh Mak Intan sendiri.

Setiap hari, jumlah haiwan peliharaan mereka semakin bertambah. Terkini, jumlah anjing dalam jagaan mereka telah melebihi 700 ekor, manakala kucing pula mencecah 200 ekor. Percayalah bahawa anda tidak akan mampu melihat jumlah sebesar ini melainkan di 'Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie' sahaja.

Tegas Pak Mie lagi, segala perbelanjaan untuk menguruskan rumah perlindungan ini datang daripada duit poket mereka suami isteri. Makanan akan dimasak sendiri. Mereka memerlukan hampir 50 kilogram beras setiap hari dengan kos RM500 termasuk Friskies untuk makanan kucing.

Oleh kerana kesuntukan sumber kewangan, rumah perlindungan ini tidak mempunyai bekalan elektrik dan air. Kedua-dua suami isteri ini hanya mampu menyediakan generator sebagai sumber tenaga dengan kos sekitar RM20 semalaman. Biarpun penuh kesusahan dan kekurangan, namun, Pak Mie langsung tidak patah semangat untuk terus berjuang menjaga semua haiwan tersebut.

Untuk menjaga keselamatan semua anjing dan kucing peliharaannya, Pak Mie dan Mak Intan sanggup tidur di dalam kereta setiap malam. Tanpa tilam yang empuk dan selimut yang mampu menghilangkan kesejukan, mereka lebih selesa memilih cara hidup begini.

Peristiwa dicaci dan dihina oleh mesyarakat sekeliling adalah perkara biasa bagi mereka suami isteri. Menurut Mak Intan, dia pernah diludah oleh orang kampung ketika berada di pasar. Orang kampung menyifatkannya sebagai orang yang tidak tahu mengenal halal dan haram!

Namun, Mak Intan tidak pernah menyesal mahupun berasa marah dengan kejahilan bangsanya sendiri. Dia sedar garis pemisah antara halal dan haram. Begitu juga dalam kehidupan seharian mereka. Tegasnya, orang tidak perlu tahu urusan Islamnya, hanya Allah sahaja yang layak menilai perbuatan mereka.

Bagi Pak Mie pula, dia sedar apa yang dilakukannya tidak salah. Dia hanya membantu haiwan yang tiada tempat berlindung. Selagi nyawa dikandung badan, mereka suami isteri akan tetap menjaga dan merawat semua haiwan peliharaan ini.

Bagi anda yang senang mencaci, mengata dan mengaku memiliki sifat perikemanusiaan, sanggupkah anda menggantikan tempat pasangan ini seandainya mereka sudah tiada kelak?

-Sentiasapanas.com

Muslihat Di Sebalik Pengharaman Pertubuhan Ikhwanul Muslimim

Muslihat Di Sebalik Pengharaman Pertubuhan Ikhwanul Muslimim

Majoriti rakyat Mesir sejak zaman pemerintahan British sehingga Hosni Mubarak tidak pernah merasai kenikmatan hidup hasil kekayaan bumi mereka.

Ikhwanul Muslimim

Sikap rakus pemimpin merupakan faktor utama kewujudan beratus pergerakan Islam di Mesir.

Pergerakan-pergerakan Islam di negara itu amat popular kerana mereka merupakan organisasi yang memberi sumbangan kepada masyarakat miskin dan daif.

Di antara pergerakan yang paling radikal yang sentiasa menggunakan senjata dan bom menentang rejim adalah Jama'ah al-Islamiyyah yang dikenali sebagai Tanzim al-Jihad yang ditubuhkan pada 1980. Kebanyakan ahlinya adalah graduan dalam bidang sains dan jurutera.

Apabila Mohamed Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir, beliau bukan sahaja berhadapan dengan penentangan daripada pihak Mubarak malah menghadapi permasalahan dengan pergerakan radikal Islam Mesir dalam menentukan dasar dan polisi negara.

Dalam jangka masa yang pendek memerintah Mesir adalah tidak mungkin untuk Mursi menyelesaikan permasalahan berkaitan negara dan kemasyarakatan yang mempunyai pelbagai ideologi.

Pelbagai agenda dilakukan oleh musuh Ikhwanul Muslimin untuk melemahkan kuasa beliau. Di dalam parlimen golongan sekular yang berkiblat Barat menekan beliau dengan pelbagai isu dengan niat melemahkan pengaruh beliau dalam parlimen.

Golongan pergerakan radikal pula secara lantang meminta Mursi melaksanakan perundangan Islam tanpa melihat permasalahan sosio-politik dan ekonomi Mesir.

Suasana begini memberi peluang kepada golongan sekular Mesir mempengaruhi Kristian di Mesir menentang pemerintahan Mursi.

Keadaan ini membangkitkan rusuhan agama terutamanya di kawasan yang dihuni oleh pergerakan radikal seperti di Iskandariah dan sebagainya.

Suasana begini memberi peluang kepada penyokong Mubarak menuduh Ikhwanul Muslimin gagal menyelesaikan permasalahan masyarakat dan menggunakan kuasa tentera untuk menggulingkan Mursi serta bertindak ganas ke atas Ikhwanul di mana pada akhir November 2012 kerajaan sementara Mesir membakar ibu-ibu pejabat Ikhwanul Muslimin.

Apabila Menteri Dalam Negeri diserang oleh penembak berani mati pada 5 September 2013 mereka menuduh Ikhwanul Muslimin melakukannya sedangkan mereka tahu bahawa siri pengeboman dan pembunuhan sering dilakukan oleh Tanzim al-Jihad dan pergerakan radikal lain bukan Ikhwanul Muslimin.

Bagi melindungi tipu muslihat tersebut mereka menuduh Mursi dan Ikhwanul sebagai punca membangkitkan penentangan dan pemberontakan serta pembunuhan anggota polis.

Mereka amat prihatin terhadap kematian anggota polis tetapi mereka tidak pernah menghiraukan kematian rakyat yang dibunuh secara bebas oleh polis.

Serangan tersebut memberi peluang kepada kerajaan sementara Mesir mengharamkan Pergerakan Ikhwanul Muslimin, membunuh, menangkap para pemimpin Ikhwanul Muslimin dan merampas wang dan harta mereka.

Sumber: Utusan

Pelajar 16 Tahun Yang Berjaya Menyelesaikan Masalah Matematik Berusia 300 Tahun!

Pelajar 16 Tahun Yang Berjaya Menyelesaikan Masalah Matematik Berusia 300 Tahun!

Mohamed Al-Toumaimi, seorang imigran Iraq yang tinggal di Sweden telah berjaya menyelesaikan satu formula matematik yang mencabar cendekiawan selama 300 tahun iaitu 'masalah nombor Bernoulli'.

Mohamed Al-Toumaim

Dia yang kini berusia 20 tahun berjaya menyelesaikan masalah matematik itu ketika berusia 16 tahun pada 2009 yang lalu.

Mohamed tiba di Sweden pada tahun 2003 semasa perang di Iraq dan telah mendapat pujian daripada para profesor di University Uppsala.

Sebelum itu, guru-gurunya di Falun, Sweden tidak yakin dengan kebolehannya. Mohamed yang asyik berkepit dengan komputer bimbitnya selama empat bulan telah menemui formula yang menerang dan memudahkan satu sekuen kira-kira yang telah dinamakan sempena ahli matematik dari Sweden pada kurun ke 17 iaitu Jacob Bernoulli.

Oleh kerana tidak mendapat kepercayaan daripada guru-gurunya, Mohamed telah membuat keputusan untuk menghubungi profesor-profesor di University Uppsala dengan harapan yang mereka akan mengakui hasil usahanya.

Setelah mengesahkan kira-kira tersebut, seorang pensyarah matematik senior di situ iaitu Lars-Ake Lindahl kemudiannya telah menghubungi guru-guru Mohamed untuk memberitahu betapa bertuahnya mereka kerana mendapat seorang pelajar seperti Mohamed.

Pihak sekolah Mohamed telah mengambil kesempatan terhadap kelebihan Mohamed dengan menjadikan dia sebagai pengajar Matematik di Falun pada musim luruh dan telah menerangkan masalah yang telah diselesaikannya itu kepada mereka.

-Sentiasapanas.com