Monday, September 30, 2013

Ahmad Dhani Saman Syarikat Insurans


Penyanyi dan pencipta lagu Ahmad Dhani semalam berkata akan menyaman sebuah syarikat insurans kerana enggan membayar bil perubatan anaknya, Dul, yang terbabit dalam kemalangan maut.

Ahmad Dhani dan DUL

Menurut Ahmad Dhani, isu itu sedang ditangani peguamnya, Lydia Wongsonegoro dan Teguh Sriraharjo.

Katanya, dia mahu mencabar keputusan syarikat PT Prudential Life Assurance atas keengganan mereka menanggung bayaran rawatan dan perubatan Dul bernilai Rp500 juta (RM139,960).

“Kami akan mengemukakan saman itu dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dul atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Qadir Jilani, cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 8 September lalu.

Dalam kejadian itu kenderaan dipandu anak bongsu Ahmad Dhani itu merempuh pengguna jalan raya lain menyebabkan tujuh maut dan 11 lagi cedera.

Polis masih menunggu masa sesuai untuk mendapatkan keterangan daripada Dul.

Sementara itu, difahamkan syarikat insurans terbabit enggan menanggung kos rawatan Dul kerana pelanggaran syarat polisi.

Antara isu yang utama dipertikaikan syarikat insurans ialah usia Dul yang masih remaja dan belum dibenarkan memandu mengikut undang-undang Indonesia.

Namun, peguam berpendapat tanggungan insurans hanya akan terbatal jika Dul disahkan bersalah dan diletakkan dalam tahanan polis. -Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon