Monday, July 29, 2013

Penggodam Komputer 'White Hat' Terkenal Meninggal Dunia

Penggodam Komputer 'White Hat' Terkenal Meninggal Dunia

Seorang penggodam komputer terkenal yang berjaya membuatkan mesin pengeluaran wang ATM mengeluarkan wang tunai, Barnaby Jack ditemui mati di sebuah pangsapuri di San Francisco seminggu sebelum dia dijadual menyampaikan ceramah pada satu persidangan penggodaman komputer.


Pejabat Pemeriksaan Perubatan San Francisco menyatakan pihaknya sedang menjalankan autopsi untuk mengenal pasti punca kematian Jack.

Jack, 35, yang dilahirkan di New Zealand merupakan penggodam 'white hat' paling popular.

Penggodam 'white hat' ialah mereka yang menggunakan kepakaran untuk mencari kelemahan sistem keselamatan komputer sebelum penjenayah mengekspoitasinya.

Kepakaran Jack adalah mencari kelemahan sistem komputer yang dipasang pada peralatan perubatan dan mesin pengeluaran wang tunai.

Jack dijadual membuat demonstrasi menggodam alat perentak dan defibrilator jantung pada persidangan penggodam Black Hat di Last Vegas Khamis depan.

Dia menjadi penggodam paling popular di dunia selepas melakukan demonstrasi Jackpotting pada tahun 2010 yang membuatkan mesin wang ATM mengeluarkan wang tunai.

Klip video persembahannya telah ditonton sebanyak 2.6 juta kali di laman YouTube. -Reuters

Pemberita Wanita Terlukis Gambar Kemaluan Secara Langsung Di TV!

Pemberita Wanita Terlukis Gambar Kemaluan Secara Langsung Di TV!

Macam-macam perkara boleh berlaku apabila sesebuah rancangan TV disiarkan secara langsung.

Siobhan Riley Penis

Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran, Siobhan Riley tersilap ‘melukis’ gambar penis ketika mahu menerangkan tentang satu peta pembinaan.

Kesilapan itu berlaku secara langsung dalam satu berita televisyen.

Akibatnya, program yang sedang mengulas isu serius itu menjadi rancangan lawak buat penonton di rumah seterusnya menjadi viral di internet.

Saksikan detik-detik kesilapan itu berlaku, haha..



BACA INI JUGA: Ngerinya Peserta Gusti Lengan Patah Tangan Ketika Siaran Langsung!

Kelab ‘Hot Mama’ Ligat Mencari Kepuasan Nafsu Dibelakang Suami

Kelab ‘Hot Mama’ Ligat Mencari Kepuasan Nafsu Dibelakang Suami

Mereka sudah bersuami dan ada anak, malah boleh dikategorikan dalam golongan berada. Namun kerana ingin mencari kepuasan nafsu, mereka sanggup menggunakan kecantikan dan ‘aset’ dimiliki bagi mencari hiburan di luar.


Mencari lelaki bujang mahupun yang berkeluarga untuk dijadikan teman dan tempat melepaskan nafsu sentiasa menjadi keutamaan. Tidak kira waktu terluang, mereka yang seakan-akan bernaung di bawah kelab ‘Hot Mama’ ligat mencari teman.

Di rumah, merekalah isteri, ibu dan suri rumah tangga, tetapi apabila di luar bersama rakan, mereka seolah-olah gadis remaja yang sentiasa mencari teman untuk bersosial.

Menerusi penyamaran, wartawan ini berjaya menjejaki kumpulan berkenaan, sekali gus membongkar aktiviti sulit golongan ini.

Tanpa berselindung, beberapa wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang ditemui menceritakan kisah hidup yang sentiasa sepi tanpa belaian lelaki.

Menurut Linda “hot mama”, 31, dia mencari hiburan di luar bagi mengisi kekosongan diri kerana sering diabaikan suami yang sentiasa sibuk dengan perniagaan.

Cukuplah setakat ini, tidak perlu menceritakannya sampai habis. Cuma, sesuatu yang perlu diberi perhatian dan difikirkan ialah gejala atau kegiatan ini seolah-olah "bebas" tanpa sebarang tindakan.

Bukannya "mereka" tidak tahu. Kalau seorang wartawan pun boleh membongkar kegiatan ini, apatah lagi "mereka" yang cukup diberi latihan dan kepakaran dalam kerja-kerja penyiasatan dan pendakwaan.

Jadi, siapa yang patut disalahkan?

-Hmetro

Sunday, July 28, 2013

Seekor Burung Ditangkap Disyaki Ejen Perisik Israel!

Seekor Burung Ditangkap Disyaki Ejen Perisik Israel!

Kerajaan Turki menangkap seekor burung yang disyaki sebagai agen perisik Israel. Ini bukan kali pertama Israel dituduh menggunakan haiwan untuk mengintip negara lain.

Burung dari jenis Merops Apiaster.

Menurut laporan Reuters yang memetik harian Turki Milliyet, 26 Julai 2013, burung dari jenis Merops Apiaster atau pemakan lebah ini akhirnya dibebaskan setelah melalui pemeriksaan sinar X.

Burung ini pertama kali ditangkap warga tempatan Altinavya, wilayah Elazig. Burung ini memakai cincin besi bertulis "24311 Tel Avivunia Israel". Kerana curiga, akhirnya burung malang itu diserahkan kepada pihak polis.

Pasukan perubatan di Universiti Firat pada mulanya menuduh burung itu sebagai "perisik Israel" yang tertulis di dokumen penangkapannya. Akhirnya, setelah dilakukan imbasan sinar-X, tidak ditemui apa-apa yang mencurigakan di tubuhnya, seperti microchip atau seumpamanya. Burung itu kemudiannya dilepaskan semula.

Ini bukan kali pertama kerana pada Mac tahun lalu, polis Turki telah memeriksa bangkai seekor burung yang mencurigakan. Salah satu paruh burung itu lebih besar, seperti dimasukkan sesuatu di dalamnya.

Bukan hanya burung, Israel juga disyaki menggunakan tupai. Pada tahun 2007, Iran telah menangkap 14 tupai yang dikatakan membawa peranti.

Tiga tahun sebelumnya, Israel dituduh menggunakan ikan yu. Tuduhan ini datang dari Mesir yang mengatakan agen Mossad meletakkan ikan yu di Laut Merah untuk membahayakan para pelancong.

Pada tahun 2011 pula, Arab Saudi menangkap helang bondol dengan peralatan GPS dan gelang kaki bertulis Universiti Tel Aviv. Disyaki helang itu adalah ejen perisik Mossad.

-Vivanews

Google Buat Konsol Permainan Android?

Google Buat Konsol Permainan Android?

Menurut Wall Street Journal, Google akan memperkenalkan konsol permainan Android, di mana ia mungkin akan muncul pada hujung tahun 2013.


Sumber tanpa nama mendakwa bahawa konsol berkenaan merupakan sebahagian daripada beberapa projek rahsia termasuklah jam tangan pintar dan versi pembaharuan alat streaming Nexus Q yang telah gagal.

Walaupun tiada maklumat lanjutan mengenai projek ini, tidak hairan jika Google benar-benar mengusahakan konsol permainan Android dirinya sendiri, memandangkan Ouya, Project Shield, GameStick dan lain-lain lagi telahpun mengambil langkah pertama.

Selain daripada itu, alat permainan tersendiri juga akan mendatangkan kebaikan kepada Android yang menghadapi cabaran hebat daripada iOS, sistem pengendalian Apple yang juga mempunyai bilangan permainan yang banyak.

-SP

Top 10 Muka Hadapan Majalah Terkenal Paling Kontroversi

Top 10 Muka Hadapan Majalah Terkenal Paling Kontroversi

Muka hadapan majalah adalah daya penarik utama pelanggan untuk membeli sesebuah majalah itu.

Britney Spears, Majalah Rolling Stone

Muka hadapan majalah yang mempunyai wajah model yang tampan mahupun cantik semestinya merupakan satu nilai tambah dalam sesebuah majalah itu.

Selain itu, ‘headline’, topic dan kepsyen yang ‘panas’ juga mampu membuat si pembaca tertarik.

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa buah majalah yang memaparkan muka hadapan yang ‘panas’ dan berkontroversi.

Janet Jackson


Muka hadapan majalah Rolling Stone memaparkan Janet Jackson dalam keadaan separuh bogel. Dengan tajuk ‘Janet Jackson the joy of sex’, majalah itu menceritakan kisah seks beliau.

Demi Moore


Demi Moore yang sedang mengandung berbogel sebagao model muka hadapan majalah Vanity Fair Edisi Ogos, 1991.

Jessica Simpson


Jika diatas adalah Demi Moore pada tahun 1991, kali ini Jessica Simpson pula dalam majalah ELLE Edisi April 2012.

LeBron James dan Gisele


Lagak gaya LeBron James dan Gisele di muka hadapan majalah Vogue menyebabkan ramai orang menyifatkan majalah itu ‘meniru’ filem King Kong.

Ellen DeGeneres


Majalah Time memaparkan kapsyen ‘panas’, ‘Yep, I’m Gay’ dengan memaparkan muka pengacara terkemuka, Ellen DeGeneres.

Kim Kardashian


Kim Kardashian berbogel di muka hadapan majalah W.

Darine Stern


Darine Stern menjadi wanita ‘African-American’ pertama yang menjadi model muka hadapan majalah Playboy pada tahun 1971.

Kanak-kanak Hisap Buah Dada Wanita


Majalah Time memaparkan isu wanita, ibu dan pengurusan keluarga dengan menjadikan seorang kanak-kanak yang sedang menghisap buah dada seorang wanita sebagai muka hadapan.

Unta mengawan


Dua ekor unta yang sedang melakukan seks menjadi paparan utama muka hadapan The Economist.

Is God Dead?


‘Adakah Tuhan Sudah Mati?’ Muka hadapan majalah Time yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan pembacanya.

BACA INI JUGA: Tidur Tanpa Pakaian Petua Kuruskan Badan?

Sumber: Perezhilton.com

Genius Yang Di Tawarkan Jawatan Pensyarah Ketika Masih Di Sekolah Menengah

Genius Yang Di Tawarkan Jawatan Pensyarah Ketika Masih Di Sekolah Menengah

Saul Aaron Kripke ialah seorang anak rabai dan dilahirkan di New York serta membesar di Omaha pada tahun 1940. Dia telah menunjukkan kebijaksanaan dan sifat luar biasanya dalam segala hal.


Pada gred keempat persekolahan dia telah menemui algebra dan di penghujung sekolah tatabahasa, dia telah menguasai bidang geometri dan kalkulus dan juga telah mengambil jurusan filosopi.

Semasa masih berusia belasan tahun, Saul telah menulis beberapa buah kajian yang akhirnya telah ditukarkan menjadi satu kertas kerja logik modal. Salah satu daripada kajiannya itu telah mendapat surat tawaran daripada sebuah jabatan matematik di Harvard yang menyatakan keinginan mereka untuk dia memohon kerja disitu tapi dia telah membalas surat tersebut dan menolaknya.


Alasannya ialah, emaknya telah berpesan agar dia menghabiskan dahulu sekolah menengah dan memasuki universiti terlebih dahulu.

Selepas menghabiskan sekolah menengah, universit yang dipilih oleh Saul ialah Harvard. Saul telahpun dianugerahkan dengan Anugerah Shock, iaitu anugerah bagi bidang filosopi yang sama tarafnya dengan Anugerah Nobel.

Sehingga ke hari ini dia masih dianggap sebagai salah seorang ahli filosopi terhebat dunia.

-SP

Pesanan Tersirat P. Ramlee Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok

Pesanan Tersirat P. Ramlee Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok

Semasa di usia kanak-kanak dan remaja, kita menonton filem Pendekar Bujang Lapok hanya untuk ketawa, santai dan berhibur melihat telatah Ramlee, Aziz dan Sudin berpencak silat.


Hanya setelah dewasa barulah kita sedar P. Ramlee mahu menyampaikan pesanan yang penting kepada bangsanya.

Samseng-samseng yang bekerja di jeti penambang ini adalah lelaki-lelaki pongah, kasar dan mempunyai akhlak yang rendah.

Samseng berbaju hitam dan baju dalam berbelang hitam-putih seperti badan nyamuk aedes ini suka memaki-hamun sesama sendiri.

Mereka bertangan panjang, mencuri buah-buahan yang dibawa oleh penumpang. Menyamun duit tambang perahu, menindas para penumpang yang terdiri daripada orang bawahan serta mendahulukan gadis-gadis cantik untuk menaiki perahu.

Ah! Hipokrit! Kemudian mampirlah sebuah sampan mendekati jeti dengan membawa beberapa orang penumpang.

Daripada raut wajah si pengayuh dan penumpangnya dapat dilihat kepayahan memperjuangkan hidup. Potret lazim Melayu desa yang sentiasa dipanggang matahari panas dan berkeringat mencari sesuap nasi.

Daripada barang-barang dibawa ternyata mereka menaiki sampan untuk menjalankan kerja-kerja harian ataupun berdagang.

Apabila sampai di jeti penambang, ada ramai penumpang yang menunggu untuk menaiki sampan. Orang-orang yang menunggu di situ juga semuanya kelihatan sugul.

Antara yang menunggu lama itu adalah Wak Mustar bergelar 'Pendekar Pinang Sebatang', Wak Mustar merayu untuk menaiki sampan.

Kata Wak Mustar dengan lemah lembut: "Nak...bila pak cik boleh naik? Sudah lama tunggu di sini..."

Wak Mustar juga tidak mempunyai pilihan selain menunggu kerana jalan lain hanyalah berenang di sungai yang besar.

"Bising pulak! Pergi berenanglah Wak! Sungai besar, Wak!", kata salah seorang samseng penambang itu.

Apabila si tauke itu datang, samseng-samseng itu pergi menyambutnya dengan penuh hormat. Hal ini dikritik oleh Wak Mustar: "Mentang-mentang aku orang miskin kau tolak-tolakkan ya. Kamu semua pengampu, pengampu orang kaya!".

Kata-kata yang keluar daripada mulut Wak Mustar mungkin tidak pernah didengar oleh tauke. Dia terkejut dan berasa terhina.


Sebagai orang kaya, selalunya dia menerima puji-pujian atau seperti kata Wak Mustar, setiap masa dia diampu kerana dia orang kaya.

Mereka mengampu tauke yang merupakan pemilik penambang tersebut dan sanggup menolak penumpang lain ketika tauke hendak menaiki perahu, hinggalah Pendekar Mustar menyingsing lengan.

Nah, tibalah masanya buaya di sebalik sungai yang tenang sudah muncul menunjukkan diri! Satu persatu samseng diajar oleh Wak Mustar!


Pemberontakan Pendekar Mustar ini merangsang Ramlee, Azizi dan Sudin yang pada mulanya sekadar duduk di satu sudut bersenandung menggembirakan hati sendiri.

Walaupun tanpa gerak silat yang tersusun, kegigihan tiga bujang lapok ini menentang golongan samseng membuahkan hasil. Dan pemberontakan ini bukan untuk membunuh dan menjadi pemenang. Sekadar untuk mendapatkan sampan sahaja untuk ke seberang.

Tauke iaitu pengusaha sampan tambang ini hanya berseorangan sebenarnya. Kuasa yang ada padanya ialah kuasa wang.

Dengan wang dia menggaji samseng-samseng untuk menjalankan operasi di penambang, menjadi pengayuh sampan dan sebagainya.

Pekerja-pekerja ini merasakan diri mereka lebih tinggi kedudukan daripada penumpang-penumpang itu lalu berlagak dan menunjukkan kuasa.

Mereka juga bergantung kepada tauke yang menjadi pemodal untuk mendapatkan kerja. Hakikatnya, kesemua orang yang dipaparkan oleh P. Ramlee di dalam filem ini tidak ada pilihan.

Mereka ini bergantung kepada golongan penindas yang memiliki kemudahan untuk mendapatkan kerja dan memenuhi keperluan hidup.

Oleh kerana pergantungan ini, mereka tidak dapat bertindak walaupun dizalimi. Pergantungan ini menyebabkan mereka tertekan, kehilangan maruah diri dan menikus di hadapan penindas yang berkuasa.

Dengan kebijaksanaan P. Ramlee, filem Pendekar Bujang Lapok memberitahu kita bahawa peniaga yang menindas dan peniaga bersikap samseng dapat diajar jika masyarakat bersatu-padu, berilmu dan bangkit membela hak kepenggunaan masing-masing.

Dulu kita ketawa melihat adegan kemuncak di penambang di mana samseng, penindas dan orang asing dihumbankan ke dalam sungai.

Sekarang kita harus membantu Aziz Satar yang aktif membantu seniman Melayu yang dipinggirkan. Janganlah bila tiba masanya Pak Aziz sudah keseberang sana kita baru sibuk hendak mengangkat jasa-jasanya.


Usah lupa kirimkan doa kepada Sudin yang baru-baru ini telah menghadap Ilahi. Ramlee dan Sudin telah menyeberangi alam dunia yang fana ke alam baqa yang kekal nan abadi.

Pasti dua sahabat baik ini sudah tiba di seberang sana dan berbahagia hendaknya. Manakala melalui memori yang menjentik menerusi skrin hitam putih, perahu yang digunakan Ramlee, Aziz dan Sudin bersama Wak Mustar sudah berjaya menyeberangi sungai.

Tiga bujang ini pun menuntut ilmu silat bagi mempertahankan diri dan menuntut ilmu akademik untuk mengubah nasib diri yang mewakili nasib bangsa Melayu.

Inilah pesan P. Ramlee kepada kita yang masih berdiri di seberang sini. Memang patutlah P. Ramlee diangkat sebagai lagenda dan budayawan bangsa bahkan dunia!

Mungkin sebab inilah juga mengapa filem-filem P. Ramlee termasuk filem Pendekar Bujang Lapok terus popular tiada tandingannya sehingga kini!

BACA INI JUGA: Video Channel History - P. Ramlee Dikhianati Bangsa Sendiri

-SENTIASAPANAS.COM

Saya Tahu Hati Dayana Terluka

Saya Tahu Hati Dayana Terluka

"SAYA tahu dia (Dayana) terluka," demikian reaksi pelakon, Ashraf Muslim ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dirinya dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.


“Semoga segala penjelasan saya ini... Saya minta semua dapat membantu saya dan mungkin ada salah silap, saya minta maaf.

“Saya harapkan apa yang saya beritahu ini tidak mengaibkan orang lain,” ujar Ashraf ketika mengadakan sidang media khas di ibu kota, hari ini.

Ashraf mengadakan sidang media berkenaan bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi.

Berikut adalah sesi soal jawab Ashraf bersama pihak media.

Ikuti Sidang Media bersama Ashraf Muslim

MEDIA : Kenapa baru sekarang Ashraf mahu menjelaskan kepada media?

ASHRAF:Saya lihat, apabila saya terlalu berdiam diri, terlalu banyak spekulasi dan cerita-cerita tak baik saya dengar.

Banyak perkara yang boleh menjatuhkan, memalukan, menghina saya, menghina isteri-isteri saya, menghina keluarga saya boleh berlaku.

Ini menyebabkan saya agak terkilan dan saya rasa ini masanya untuk saya beritahu kepada orang di sekeliling saya.

MEDIA : Bagaimana hubungan Ashraf dengan isteri (Dayana)?

ASHRAF:OK. Alhamdulillah. Saya dan Dayana OK tak ada masalah.

Dengan Sakinah juga tak ada masalah. Cuma, iyalah, apabila...saya tak nak apa yang berlaku di luar sana, orang mengata menyebabkan kerosakan dan hubungan kami menjadi tak baik.

Saya juga tak nak disebabkan orang luar juga, hubungan antara keluarga dengan bapa mertua dan orang sekeliling dengan keluarga saya menjadi tak baik.

Dalam keadaan sekarang ini alhamdulillah.

Saya baru hantar ibu dan bapa mertua saya (ibu bapa Dayana) ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.

MEDIA : Jadi, hubungan dengan keluarga mertua tak ada masalah?

ASHRAF:Tak ada masalah sebenarnya cuma ada yang marah.

Memanglah kita tak boleh nak halang orang marah kan?

Macam-macamlah yang diperkatakan tetapi macam mana pun mereka keluarga mertua saya. Ini mengambil masa.

MEDIA : Pagi tadi Asyraf dikatakan ke mahkamah. Betul?

ASHRAF:Saya rasa itu berita tak betul. Sebab pagi tadi, saya pergi menghantar keluarga mertua saya ke lapangan terbang.

MEDIA : Bagaimana hubungan Dayana dengan Sakinah?

ASHRAF:Sekarang mereka(Dayana dan Sakinah) sedang keluar sama-sama.

MEDIA : Adakah hubungan mereka baik?

ASHRAF:Dalam proses. Kena berbaiklah. Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya.

Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali.

Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua. Jadi, kalau ada orang luar yang buat kucar-kacir yang mencucuk sana sini, itu yang tak betul.

Tetapi alhamdulillah sekarang ini mereka OK.

MEDIA : Sebelum ini Ashraf dakwa ada media yang memfitnah dengan mengatakan Ashraf berpoligami. Tapi ternyata benar Ashraf berpoligami. Apa komen?

ASHRAF: Yang dikatakan fitnah itu, sebab kenyataan itu (disiar media) bukan datang dari saya, Sakinah atau Dayana. Tidak ada.

Tetapi saya tidak menafikan. Saya cuma mengatakan perkara itu tidak datang kami.

Macam mana kenyataan itu boleh keluar. Kalau diikutkan etika kewartawanan, ia tidak boleh.

Setahu saya lah tapi tak apa, perkara itu dah lepas.

Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau boleh nak rahsiakan perkara ini tetapi disebabkan orang dah tahu, nak elak-elak pun dah tak boleh juga.

Jadi, sekarang nak kena betulkan balik.

MEDIA: Bagaimana penerimaan keluarga Ashraf sendiri?

ASHRAF: Setiap pergerakan saya, setiap niat saya, saya beritahu mereka awal-awal dan saya beritahu awal-awal.

Cuma, ada yang tidak terima. Apabila tidak terima itu yang bertindak di luar jangkaan. Siapa itu kena nilai sendiri.

Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Tak apalah sebab, tidak semua yang kita buat orang terima.

MEDIA: Mengapa berkahwin kali kedua sedangkan perkahwinan pertama masih baru?

ASHRAF: Kalau orang itu berniat hendak kahwin, dia akan kahwinlah.

Kita ini manusia. Saya bukan sempurna. Saya tidak mahu berlaku fitnah di dalam hati saya.

Ini bukan sebab zuriat atau keluarga. Bukan! Apabila kita ada rasa perasaan itu, kalau kita elak-elak macam manapun, nanti ia akan...

Saya takut saya akan buat benda yang tidak baik.

Lebih baik saya berkahwin. Apabila buat keputusan kahwin, itu yang macam saya cakap tadi.

MEDIA: Mengapa berkahwin di Thailand?

ASHRAF: Itu satu keputusan yang saya susah hendak lakukan. Pertama untuk poligami, lama saya fikir.

Bukan senang hendak berpoligami, saya tahu susah.

Saya tanya kepada banyak ustaz, pakar kaunseling dan berbincang.

Bukan saya buat satu keputusan mahu terus berpoligami. Tidak.

Semuanya ada pro dan kontra.

Keputusan bernikah di luar negara pun, saya fikir beribu kali.

Tapi disebabkan pada peringkat permulaan, niat saya ini saya sudah beritahu keluarga saya, Dayana, ibu dan bapa mertua saya.

Apabila saya sudah terangkan, ada yang tidak terima dan apabila saya failkan untuk berpoligami, ada tindakan di luar jangkaan yang saya agak terkejut juga.

Jadi, tidak mengapalah, mungkin itu menyebabkan saya membuat keputusan untuk kahwin di luar negara.

Sebab kita tahu, apabila di mahkamah, perjalanannya agak panjang sedikit. Disebabkan ramai yang sudah membuat spekulasi yang macam-macam, akan banyak mengaibkan keluarga saya dan orang lain, perkara ini akan berpanjangan.

Nanti, ia akan menyakitkan hati ramai orang. Saya buat keputusan untuk berkahwin di luar negara.

MEDIA: Siapa yang ada ketika majlis nikah di luar negara?

ASHRAF: Keluarga saya, adik beradik semua ada. Keluarga Sakinah, mak ayah dia, adik beradik dia, saudara mara semua ada. Saya bawa dalam 30 orang.

Bukan kahwin lari. Orang kata kahwin lari...tidak.

MEDIA: Adakah Dayana mengetahui mengenai perkahwinan itu?

ASHRAF: (Dayana) Tidak tahu. Memang saya tak beritahu pada peringkat permulaan. Memang saya nak beritahu selepas itu.

Saya tahu hati dia terluka, saya tahu hati dia bersedih. Saya minta maaf banyak-banyak pada dia.

Saya terangkan pada dia, sebab apabila saya minta elok-elok, jawapannya begini. Tak apa, saya buat cara ini untuk menerangkan pada dia selepas itu.

Tetapi, tentang tiket pernebangan itu...apabila saya balik itu, dah tentu dia kemaskan. Saya pun tak sempat nak beritahu. Saya baru sampai semalam (ketika kejadian).

Esok paginya, baru saya nak beritahu. Memang Tuhan nak tunjuk. Saya pujuk dia, bincang dengan dia, cakap elok-elok.

Hati perempuan kan, saya kena fahamlah.

MEDIA: Perancangan untuk buat kenduri?

ASHRAF: Ada. Apabila semua sudah selesai, semua sudah redha. Saya mahu buat yang terbaik untuk semua, untuk isteri-isteri saya, untuk keluarga saya. Tengoklah macam mana nanti.

Kenduri mungkin tak adalah besar-besar. Untuk keluarga-keluarga saja. Mungkin awak semua (media) saya jemputlah.

Kenduri doa selamat saja.

MEDIA: Sudah ada dua rumah, jadi beraya di mana?

ASHRAF: Saya belum merancang lagi tentang itu. Fokus saya sekarang ini adalah untuk meredakan keadaan dulu.

MEDIA: Isteri tinggal sebumbung?

ASHRAF: Asing-asing. Dayana tinggal dengan saya.

MEDIA: Bagaimana keadaan Sakinah apabila dia dihentam teruk oleh orang di luar sana?

ASHRAF: Kita mesti tertekan apabila orang asyik kutuk kita, cakap macam-macam, hina kita. Tapi, apa yang saya boleh pesan pada dia, sabar. Itu saja.

Mulut orang kita tidak boleh tutup. Sabar, sabar, sabar dan dengar apa yang saya cakap.

Sebagai seorang isteri, kalau hendak bahagia, dengar saya cakap. Kalau tidak dengar, memang tak bahagialah.

Kalau melawan, melawan, melawan, tidak jadi juga. Itu yang saya nasihat pada mereka supaya mereka bersabar.

MEDIA: Tentang mereka keluar bersama, pertama kali mereka keluar bersama atau pun...?

ASHRAF: Ada (keluar) sebelum ini. Biar mereka berbincang ke apa ke, ikut merekalah. 'Women talk'. Biarlah.

MEDIA: Dayana sudah boleh terima Sakinah?

ASHRAF: Dalam proses. Kita tak boleh hendak cakap 100 peratus sebab ini perempuan.

Kita sebagai seorang lelaki kena faham perempuan. Nak terima itu hak dia. Kita tak tahu dia nak terima macam mana.

MEDIA: Ada Dayana minta dilepaskan ke?

ASHRAF: Tak adalah. Jauh sekali. Tak ada. 'Think foward' kalau kita 'think backward' macam-macam jadi tak betul. Benda dah selesai dan kita fikir macam mana nak jadi lebih baik.

Saya nak minta maaf kepada pihak media. Sebelum-sebelum ini, mungkin ada benda yang saya terpaksa nak rahsiakan, ada benda yang saya perlu beritahu.

Hal berkaitan keluarga ini, kita banyak benda nak kena jaga. Kadang-kadang terlepas itu, terpaksa kita...iyalah benda-benda terlepas itu...

Sebenarnya saya tak nak beritahu, nanti baru saya beritahu, tetapi entah macam mana boleh terbongkar.

Macam-macam sudah berlalu, kena sabar, kena telan. Tapi itu silap saya.

Saya mengaku silap saya. Macam ada yang cakap berkahwin di luar sana tak betul...bagi saya, kahwin di luar di mana-mana pun sama. Saya kahwin dulu pun di luar negara juga.

Cuma, persepsi saja. Apabila kita berpoligami, orang cakap macam-macam.

MEDIA: Apa komen Ashraf tentang puisi 'Dayana' yang tersebar.

ASHRAF: Tak ada. Dayana langsung tak buat puisi. Dia pun tak ada masa, dia pun bukan orang berpuitis, saya kenal dia. Itu bukan dia. Bagi saya, orang ambil kesempatanlah.

Benda ini sudah jadi kecoh begini, ditambah lagi (dengan puisi).

Ada yang cakap Dayana masuk hospital sebab sakit apa semua, tak ada.

Dayana memang demam. Dia sendiri cakap, 'kenapalah buat kenyataan seperti itu'. Tapi saya faham apabila orang marah, kita kena terimalah.

Saya sayang keluarga mertua saya, isteri-isteri saya, keluarga saya.

MEDIA: Ada dakwaan mengatakan Ashraf penyebab Sakinah putus tunang.

ASHRAF: Itu saya tidak tahu. Saya tahu pasal dia putus tunang tetapi ia tidak ada kena mengena dengan saya.

MEDIA: Apa harapan Ashraf selepas ini?

ASHRAF: Harapan saya, doakanlah. Kadang-kadang kita tulis atau dalam blog, salah satu doa.

Sebab saya tidak pernah mengaibkan orang lain. Jadi, janganlah nak mengaibkan saya dan keluarga saya.

Saya harap di luar sana, janganlah kita fikir yang ini salah, yang itu salah. Saya nak yang terbaik untuk saya dan keluarga saya.

Kalau boleh kami dapat meneruskan perjalanan hidup ini dengan baik.

-Sinar Online

Filem Terbaharu Elijah Wood Diharamkan Kerana Terlalu Ganas

Filem Terbaharu Elijah Wood Diharamkan Kerana Terlalu Ganas

Filem terbaharu lakonan pelakon Elijah Wood iaitu Maniac dilaporkan telah diharamkan untuk tayangan di New Zealand kerana jalan ceritanya yang terlalu ganas untuk tontonan umum.

Elijah Wood.

Bagaimanapun filem genre seram itu dibenarkan untuk ditayangkan pada festival filem atau secara tertutup bagi tujuan akademik di negara itu tetapi tidak dibenarkan untuk dilancarkan di pawagam atau pun dalam bentuk cekera padat digital (DVD).

Maniac yang turut ditayangkan di beberapa buah pawagam di London pada Mac lalu bakal ditayangkan di Festival Filem New Zealand yang akan berlangsung di Auckland dan Wellington pada penghujung bulan ini.

Ia diarahkan oleh Frank Khalfoun dan Elijah memainkan watak pembunuh bersiri bernama Frank.

-mStar