Sunday, July 28, 2013

Ahli Parlimen Terupload Gambar Kemaluan Di Instagram

Ahli Parlimen Terupload Gambar Kemaluan Di Instagram

Seorang anggota Parlimen Sweden secara tidak sengaja memuat naik gambar kemaluannya dalam Instagram ketika mahu menunjukkan tatu terbaru kepada pengikutnya di rangkaian media sosial itu.


Bekas pemimpin parti sayap kiri Sweden, Lars Ohly yang juga penyokong tegar kelab bola sepak Liverpool berhasrat memuat naik gambar tatu burung, lambang Liverpool di tepi betisnya.

Tetapi dia tidak sedar ‘burungnya’ juga kelihatan ketika dia merakam gambar tatu itu.

Ohly, 56, segera memindahkan gambar itu, tetapi tidak dapat menyekat kebanjiran komen yang diterimanya di media sosial.

Menteri Luar Sweden, Carl Bildt daripada parti lawan berjenaka: “Tahniah, akhirnya selepas beberapa tahun, kamu berjaya.”

Ohly yang tidak mahu memperbesarkan perkara itu berkata, dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar selepas ini.

“Saya secara tidak sengaja memuat naik gambar di Instagram menunjukkan lebih daripada yang sepatutnya,” katanya. -AFP

Saturday, July 27, 2013

Lelaki Telan Pil Kuda Ingin Jadikan Malam Pertamanya Luar Biasa!

Lelaki Telan Pil Kuda Ingin Jadikan Malam Pertamanya Luar Biasa!

Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam pertamanya luar biasa.

Gambar hiasan

Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori hantu itu membawa padah apabila dia dicekup polis, dua hari selepas dia bergelar pengantin baru.

Pemuda berusia 25 yang baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang.

Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah.

Suspek yang mempunyai ahli keluarga berasal dari Bachok, Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini.

Pengantin baru ini dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu pejabat polis daerah setelah dicekup bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya.

“Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih, akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan berkahwin dengan saya.

“Namun dia tidak mengetahui bahawa saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah saya ditangkap petang tadi,” katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

[Sumber]

Benarkah Susu Rendah Lemak Tidak Menyihatkan?

Benarkah Susu Rendah Lemak Tidak Menyihatkan?

Info Kesihatan. Susu rendah lemak semakin menjadi pilihan para penguna yang mementingkan pengambilan minuman berkalori rendah.


Namun, tahukah anda, satu kajian yang dijalankan dua penyelidik, David Ludwig dari Hopital Kanak-kanak Boston dan Dr. Walter Willett dari Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati susu rendah lemak boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.

"Belum ada data jelas yang mengaitkan pengambilan susu rendah lemak boleh mengurangkan berat badan.

"Sebaliknya, penggemar susu rendah lemak cenderung untuk gemuk kerana meminum susu rendah lemak tidak mengenyangkan, sebaliknya mendorong mereka untuk mengambil makanan dan minuman lain dalam kuantiti yang banyak," ujar Ludwig baru-baru ini.

Sementara itu, menurut pakar endokrin kanak-kanak, Dr.Mark Daniel DeBoer dalam kajiannya mendapati kanak-kanak yang meminum susu rendah lemak lebih gemuk berbanding kanak-kanak yang meminum susu skim.

"Satu fakta yang perlu diingat, secara umumnya susu rendah lemak mempunyai kadar gula lebih tinggi supaya rasanya lebih sedap. Selain itu, kandungan zatnya juga lebih sedikit berbanding susu skim," ujarnya.

[Sumber]

Akhirnya Watak Utama Bongkar Cerita Dongeng Skandal Kapal Selam Scorpene

Akhirnya Watak Utama Bongkar Cerita Dongeng Skandal Kapal Selam Scorpene

Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat. Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.


“The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa. Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.

Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.

Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM 452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak.

Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.

Bertahun sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah dikaitkan hanya melalui teori.

Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood. Ini kerana dek penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka timbullah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.

April lalu, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh Suaram dan konco-konco mereka. Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia.

Selepas beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian Scorpene ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu tersebut. Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.

Sebelum perjumpaan ini dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat dimana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.

Semasa berkunjung kerumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata, “Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia, dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”.

Salah satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah kepada Abdul Razak Bagnda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan projek tersebut.

Perbincangan bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun 2002. Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.

Akan tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006.

Sedangkan sebahagian perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di Malaysia.

Semua dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah sesuatu yang saya katakan, tetapi ianya adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis.”

Mengikut keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004. Perjanjian Scorpene telah dirumuskan pada tahun 2002. Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Pihak pro-pembangkang menyatakan kononya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis. Sedangkan di dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara.

Tambahan dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis. Sekiranya, pasukan mereka memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu menggunakan khidmat penterjemah luar, dan pastinya bukan seorang Mongolia yang tidak diketahui asal usulnya.

Di dalam satu kenyataan kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS untuk Malaysia dan Singapura pada ketika itu, Fredric Faura, telah memberitahu para penyiasat bahawa tidak perlu untuk mendapatkan khidmat penterjemah kerana rakyat Malaysia fasih berbahasa Inggeris.

“Anda bertanya kepada saya mengapa blog-blog mengatakan bahawa budak perempuan ini (Altantuya) ada kaitan dengan Razak Baginda. Anda perlu bertanya kepada penulis blog-blog tersebut”.

Chahl juga berpendapat bahawa mengapa tiada pihak yang mempersoalkan kredibiliti pihak pembangkang yang telah memaparkan sekeping gambar palsu (yang mereka juga akui sebagai palsu) kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Ini semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya. Apa sahaja isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.

Siapakah Jasbir Singh Chahl?

Jasbir Singh Chahl telah memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pertahanan, industri minyak dan gas pada umur yang begitu muda. Semasa beliau berumur 20an beliau telah bekerja di London bersama sebuah firma Timur Tengah yang pakar dalam bidang pertahanan dan pembangunan. Disana beliau diberikan tugas untuk memastikan perjanjian yang bernilai jutaan dollar berjaya dimeterai.


Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kontraktor dari Eropah dan di seluruh dunia. Apabila beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 beliau amat dikenali di arena korporat Malaysia. Pada tahun 1996 hingga 1998, Chahl bekerja dengan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, France’s Thomson-CSF (sekarang Thales), Offshore Patrol Vessels (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, selain itu beliau juga banyak terlibat di dalam projek berkenaan pertahanan Malaysia.

Hubungan beliau dan Thomson-CSF bertaut semula apabila syarikat tersebut memerlukan kepakaran beliau dalam pembangunan strategik dan maklumat yang boleh digunakan untuk kepentingan Kerajaan Malaysia di dalam beberapa projek pertahanan. Semasa perbincangan inilah, syarikat tersebut telah mengusulkan untuk memberi fokus kepada penjualan kapal selam di Malaysia.

Ini merupakan sesuatu yang syarikat tersebut telah usahakan selama sedekad tetapi mereka tidak berjaya menyaksikan apa-apa perkembangan. Syarikat tersebut berpendapat bahawa masa yang sesuai merupakan satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan. Kesemua pihak termasuk TLDM telah berbincang untuk menganalisa, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menjadi titik tolak kepada pembelian kapal selam Scorpene.

‘Semuanya telah diaudit’

Satu daripada isu utama di dalam perjanjian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan perkataan “komisyen”.


Khususnya, 115 juta Euro (RM452 juta) yang telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengetuai logistik dan latihan pegawai-pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dan Jasbir Singh Chahl mempunyai masalah besar dengan itu.

“Jumlah itu sebenarnya adalah untuk servis yuran pentadbiran, “ kata Chahl dengan nada geram dan marahk.

Para pengkritik telah berjaya untuk menjadikannya hujah yang mudah untuk menunjukkan contoh ketamakan tidak terbatas; bahawa ia telah berjaya ke tahap yang tertentu, dalam melukiskan gambar yang wang telah dibayar ke tangan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat sebagai pemudah cara. Perkara ini membuatkan Chahl merasa jelek.

Untuk makluman, Perimekar, iatu sebuah syarikat yang telah diaudit, dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, tabung pencen Tentera Laut, LTAT, dan syarikat industri, Boustead di mana kedua-duanya juga telah diaudit.

Yuran tersebut merangkumi pentadbiran projek dan servis-servis integrasi projek, menyelaraskan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri, termasuk di dalam penyediaan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan memantau prestasi syarikat yang terlibat.

Ia juga membantu kontraktor utama mematuhi semua undang-undang dan tatacara yang berhubungan dengan pemberian kontrak tempatan, menyelaras dan memantau latihan anggota TLDM selaras dengan kontrak utama dan selaras dengan harapan kerajaan Malaysian dan TLDM. Ini juga termasuk menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara di atas.

Sebahagian besar daripada yuran tersebut adalah untuk penyediaan penginapan dan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis, dan Sepanyol, untuk jangkamasa enam tahun, termasuklah premium insurans kesihatan dan elaun harian minima 50 Euro setiap seorang. Kos-kos lain termasuklah kos perjalanan pulang ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun. Kesemua 145 anggota TLDM, termasuklah 49 pegawai dan tanggungan mereka dirangkumi oleh yuran ini.

“Kita telah difitnah untuk dilihat sebagai orang yang mengaut keuntungan, dan goyang kaki, sedangkan pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras yang telah dilakukan,” kata Chahl.

Untuk makluman, keuntungan Perimekar selepas cukai adalah sebanyak RM105,111,191.

“Tawaran komersial tersebut adalah menarik kerana keunggulan program penyertaan industri yang telah kita hasilkan. Program jualbeli dan “offset” yang kami tawarkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan tawaran juga berpihak kepada kita.”

“Berdasarkan kekuatan dan kelebihan komersial cadangan itu, kita tidak perlu untuk melobi sesiapa untuk mempengaruhi proses penilaian komersial. Tidak ada sebab untuk kami berbuat demikian.”

“Scorpene merupakan kapal selam tanpa nuklear terbaik yang telah negara kita pilih”.

Terjemahan dari NST 27 Julai 2013

Surat Ancaman Pengganas Sulu Tidak Benar!

Surat Ancaman Pengganas Sulu Tidak Benar!

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam mengulangi penegasannya bahawa surat yang mendakwa ada gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu ke Sabah bulan depan adalah tidak benar.


Sehubungan itu beliau meminta rakyat di Sabah agar tidak bimbang kerana pada masa yang sama pasukan keselamatan tetap mempertingkatkan kawalan.

"Elakkan menyebarkan khabar angin hingga boleh menakutkan penduduk negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan.

Beliau berkata polis masih menyiasat mengenai surat itu yang dikatakan dihantar oleh pengganas dari selatan Filipina.

Surat bertarikh 3 Julai itu yang ditandatangani oleh ‘Komando Militan’ bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan, memberi amaran mereka mahu memulakan perang di daerah itu pada Ogos ini sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Mac lepas.

Dalam pada itu Hamza turut meminta orang ramai, khususnya pemimpin masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas kepada pihak keselamatan. -Bernama

4 Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Dibenarkan Bertanding?

4 Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Dibenarkan Bertanding?

Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Miss Malaysia Swimsuit

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan,” kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.

“Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013,” kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.

Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.

“Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan,” katanya.

Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang.

Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia.

Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain. -mSatr

*Adakah Jawi sudah gentar? Takut dengan kontroversi? Sanggup gadai hukum agama? Kalau begini, baik fokus tangkap orang boremen kat hotel-hotel murah sajalah. Anna Lim pula begitu bersungguh-sungguh mahu wanita Muslim mahu pertandingan itu… hebat Anna Lim kan!

Panas! Abby Abadi Kongsi Video Cium-cium Dengan Suami Muda!

Panas! Abby Abadi Kongsi Video Cium-cium Dengan Suami Muda!

Nampaknya tindakan Ustazah Abby Abadi mengeluarkan klip video main cium-cium bahu oleh suami mudanya tidaklah mendapat respon yang terlalu positif daripada khalayak umum.


Ramai mengutuk perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak perlu dipertontonkan kepada khalayak umum. Umum merasa itu adalah hal antara suami isteri, jadi ia harus kekal dalam bilik.

Mungkin status sebagai ustazah yang pandai menegur semua benda dan semua pihak menyebabkan ramai tidak dapat menerima tindakan itu.

Tak sangka pula klip bermanja-manjaan itu dikutuk banyak pihak. Mungkin Abby tak bermaksud apa-apa apabila menjadikan klip berkenaan tontonan umum.

Ada jugalah yang cuba pertahankan tingkah laku dalam klip itu, namun secara umum ramai yang tidak boleh terima. Nampaknya lepas ni Ustazah Abby kena lebih berhati-hati.



[Sumber]

Anak Saya Farah AF Bukan Pencuri!

Anak Saya Farah AF Bukan Pencuri!

“ANAK saya bukan pencuri!” Itulah antara luahan yang dikeluarkan bapa kepada penyanyi dan pengacara, Farah Diana Anuar, berhubung tuduhan mencuri yang dilemparkan kepada anaknya.


Kesal dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memburukkan anak perempuannya itu, Anuar Ali berharap agar tuduhan itu segera dihentikan.

“Sepanjang saya membesarkan Farah, dia bukanlah orang yang sebegitu (pencuri) kerana keperibadiannya cukup baik dan bersih daripada sebarang masalah.

“Saya tak sangka perkara sebegini boleh timbul dan ada pihak yang cuba mengaitkannya. Sebagai bapa, saya sangat terkilan dan kesal.

“Saya berharap agar tuduhan liar ini segera dihentikan demi menjaga nama baik kami sekeluarga. Ianya sangat memalukan!,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Anuar, dia berharap agar perkara ini diselesaikan dengan baik dan dapat membersihkan nama Farah yang terjejas teruk.

“Pun begitu, saya tidak akan campuri urusan itu dan serahkan kepada Farah sepenuhnya untuk selesaikan kes ini.

“Saya sendiri tidak senang duduk bila anak saya dikaitkan dengan perkara yang memalukan sebegini.

“Saya pun tak boleh nak cakap banyak-banyak kerana perkara ini membabitkan Farah. Lagipun, Farah sendiri berada di Pulau Pinang sekarang,” katanya yang mengakui anaknya itu banyak berjasa kepada keluarga.

Sekitar minggu lalu, nama bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2) atau lebih dikenali sebagai Farah Breep Breep menjadi perbualan hangat apabila dia dituduh mencuri duit dan baju semasa penggambaran sebuah program.

Memandangkan Farah didakwa sering melakukan perbuatan itu, maka ada pihak sengaja menguji kejujurannya dengan meletakkan sejumlah wang ke dalam baju yang dipinjam.

Pun begitu, Farah yang juga isteri kepada usahawan, Johan Johari, tampil menafikan dakwaan itu dan mengatakan ianya hanyalah salah faham.

-SinarHarian

Kumpulan Koir Lelaki Menjerit Dari Finland

Kumpulan Koir Lelaki Menjerit Dari Finland

Biasanya kalau kita bercakap pasal jerit-menjerit ni, mungkin lebih banyak dilakukan oleh orang perempuan berbanding lelaki.


Namun sebuah koir dari Oulu di Findland menampilkan keistimewaan koir menjerit untuk pasukan koir lelaki mereka yang dinamakan "Shouting Men's Choir'.

Kumpulan koir ini mempunyai seramai 30 orang ahli yang biasanya akan berpakaian sut hitam semasa membuat persembahan.

Seorang pembuat filem tempatan, Mika Ronkainen telah membuat satu dokumentari yang memaparkan kumpulan koir tersebut bersama-sama pengasasnya dan dokumentari itu dinamakan 'Mieskuoro Huutajat' yang bermaksud 'Lelaki-lelaki Yang Menjerit'.

Malahan filem dokumentari itu adalah yang pertama diterima untuk tayangan di Festival Filem Sundance di Finland.

Menurut pengasas koir tersebut iaitu Petri Sirvio, keistimewaan koirnya itu kerana mereka mempunyai elemen-elemen kejutan yang biasanya tidak dimiliki oleh kumpulan-kumpulan koir lain.

Tidak pastilah sama ada kita akan rasa lebih tenteram ataupun tidak selepas mendengar nyanyian ataupun jeritan daripada koir ini.



-SP

Kos Bersalin Kate Middleton $15,000!

Kos Bersalin Kate Middleton $15,000!

Sebelum ini, kolumnis The New York Times, Elisabeth Rosenthal dalam sebuah artikel yang ditulisnya pada 30 Jun lalu menceritakan secara panjang lebar kos bersalin di Amerika Syarikat yang dilihat berada di tahap yang begitu tinggi berbanding negara maju yang lain.


Secara kasar, $15,000 adalah jumlah yang perlu dibayar oleh mereka yang ingin bersalin di Lindo Wing, Hospital St. Mary.

Ya, di mana Duchess of Cambridge, Kate Middleton bersalin pada Isnin lalu.

Harga tersebut dilihat agak mahal di Britain, tetapi di US ia merupakan harga yang agak munasabah.

“Secara purata caj yang dikenakan untuk bersalin secara normal adalah $30,000 dan $50,000 untuk pembedahan,” memetik kenyataan Rosenthal.

Tambah beliau, jumlah tersebut telah dipotong dengan anggaran sebanyak $18,329 dan $27,866 yang dibayar oleh syarikat insurans komersial.

Data tersebut dikeluarkan oleh Laporan Analisis Truven yang mengkaji punca bayaran kos bersalin yang tinggi di US.

Jumlah itu juga bukan hanya melibatkan kos bersalin sahaja, tetapi juga kos penjagaan kehamilan.

Namun, jika anda membandingkan kos bersalin di negara-negara maju, tidak terkejut jika US mengenakan kos bersalin yang jauh lebih tinggi.

Apakah punca kos bersalin yang mahal?

Menurut Rosental, salah satu puncanya adalah disebabkan oleh pengurusan bil yang ‘melampau’.

Ini apabila perkara-perkara yang kecil turut dicaj kepada pesakit.

Di negara lain, doktor menerima bayaran yang sama bagi kos penjagaan ibu.

“Antara caj berasingan yang dikenakan adalah bilik bersalin, tab bersalin serta jumlah malam yang didiami terutama di wad ‘semi-private’.

Bukan itu sahaja, membuang uri (placenta) turut dikenakan caj.

Mungkin anda ada pengalaman bersalin di hospital berlainan di Malaysia atau luar negara, sila kongsikan bersama kami.

[Sumber]