Saturday, July 27, 2013

4 Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Dibenarkan Bertanding?


Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Miss Malaysia Swimsuit

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan,” kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.

“Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013,” kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.

Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.

“Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan,” katanya.

Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang.

Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia.

Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain. -mSatr

*Adakah Jawi sudah gentar? Takut dengan kontroversi? Sanggup gadai hukum agama? Kalau begini, baik fokus tangkap orang boremen kat hotel-hotel murah sajalah. Anna Lim pula begitu bersungguh-sungguh mahu wanita Muslim mahu pertandingan itu… hebat Anna Lim kan!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon