Sunday, July 28, 2013

Seekor Burung Ditangkap Disyaki Ejen Perisik Israel!


Kerajaan Turki menangkap seekor burung yang disyaki sebagai agen perisik Israel. Ini bukan kali pertama Israel dituduh menggunakan haiwan untuk mengintip negara lain.

Burung dari jenis Merops Apiaster.

Menurut laporan Reuters yang memetik harian Turki Milliyet, 26 Julai 2013, burung dari jenis Merops Apiaster atau pemakan lebah ini akhirnya dibebaskan setelah melalui pemeriksaan sinar X.

Burung ini pertama kali ditangkap warga tempatan Altinavya, wilayah Elazig. Burung ini memakai cincin besi bertulis "24311 Tel Avivunia Israel". Kerana curiga, akhirnya burung malang itu diserahkan kepada pihak polis.

Pasukan perubatan di Universiti Firat pada mulanya menuduh burung itu sebagai "perisik Israel" yang tertulis di dokumen penangkapannya. Akhirnya, setelah dilakukan imbasan sinar-X, tidak ditemui apa-apa yang mencurigakan di tubuhnya, seperti microchip atau seumpamanya. Burung itu kemudiannya dilepaskan semula.

Ini bukan kali pertama kerana pada Mac tahun lalu, polis Turki telah memeriksa bangkai seekor burung yang mencurigakan. Salah satu paruh burung itu lebih besar, seperti dimasukkan sesuatu di dalamnya.

Bukan hanya burung, Israel juga disyaki menggunakan tupai. Pada tahun 2007, Iran telah menangkap 14 tupai yang dikatakan membawa peranti.

Tiga tahun sebelumnya, Israel dituduh menggunakan ikan yu. Tuduhan ini datang dari Mesir yang mengatakan agen Mossad meletakkan ikan yu di Laut Merah untuk membahayakan para pelancong.

Pada tahun 2011 pula, Arab Saudi menangkap helang bondol dengan peralatan GPS dan gelang kaki bertulis Universiti Tel Aviv. Disyaki helang itu adalah ejen perisik Mossad.

-Vivanews

2 comments

  1. Assalammualikum....sentiasa panas,

    macam zaman dulu2 pulak ... kirim surat atau maklumat menggunakan burung pulak.....

    mselim3

    pls: teringat zaman ratu balqis dengan nabi sulaiman...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon