Tuesday, May 28, 2013

Guru Wanita Paling 'Gatal' Britain Di Haramkan Daripada Mengajar

Guru Wanita Paling 'Gatal' Britain Di Haramkan Daripada Mengajar

Seorang guru wanita, Catherine Rayne ,35, diharamkan daripada mengajar di semua sekolah di seluruh Britain selepas dia cuba menggoda pelajar lelaki di sekolah Michael Hall di Sussex, selama dua tahun.

Guru Wanita Paling 'Gatal' Britain Di Haramkan Daripada Mengajar

Selain bertukar nombor telefon dengan budak lelaki berusia 15 tahun itu, Rayne juga turut memberikan kelas tambahan kepada pelajar berkenaan di rumahnya.

Dia juga menghantar mesej menerusi telefon berpuluh-puluh kali kepada budak itu, bagi menjelaskan niatnya untuk menjalinkan hubungan romantik dengan pelajar berkenaan.

Wanita itu yang juga berkawan dengan ibu bapa pelajar berkenaan, dilaporkan pernah melawat rumah mereka ketika pelajar itu tinggal sendirian di rumahnya.

Kejadian itu berlaku pada 2011 dan ia terbongkar apabila bapa pelajar berkenaan membuat aduan di sekolah.

Ketika itu, Rayne masih menghantar surat kepada pelajar tersebut untuk mengajaknya memulakan hubungan romantik.

Dia akhirnya meletak jawatan sebagai guru di sekolah berkenaan selepas bapa pelajar tersebut menghantar surat ke sekolah terbabit, namun dalam masa sama, Rayne tidak serik dan terus menghantar hadiah kepada `pujaan hatinya’ itu.

Susulan laporan bapa budak tersebut, The National College for Teaching and Leadership telah menubuhkan satu panel bagi menyiasat kes berkenaan.

Mereka kemudiannya mendapati Rayne bersalah kerana melakukan perbuatan yang tidak profesional dan diharamkan daripada mengajar lagi.

-Mynewshub

Pelik! Matanya Yang 'Buta' Terbuka Dan Mampu Melihat Ketika Menyanyi

Pelik! Matanya Yang 'Buta' Terbuka Dan Mampu Melihat Ketika Menyanyi

Info Pelik. Semakin lanjut usia seseorang maka fungsi tubuhnya akan semakin menurun, tak terkecuali fungsi penglihatan dan pendengaran.

Pelik! Matanya Yang 'Buta' Terbuka Dan Mampu Melihat Ketika Menyanyi

Namun pekara aneh terjadi pada seorang nenek yang berasal Wrexham, United Kingdom. Moira Gleed menghidap penyakit yang jarang berlaku yang membuatkannya tidak boleh membuka matanya, kecuali ketika bernyanyi.

Penyakit yang jarang berlaku yang dialami Gleed disebut sebagai focal Dystonia atau gangguan saraf yang mempengaruhi otot-otot di sekitar mata dan menyebabkan kelopak mata tertutup dengan sendiri, tapi masih boleh berkerut dan berkelip.

Gleed menghabiskan seumur hidupnya dalam kegelapan hinggalah pada suatu hari ketika dia mencari cara untuk meredakan keadaannya, walaupun hanya sementara, iaitu menyanyi.

"Pada mulanya, kedua-dua mata saya berwarna merah, radang, gatal dan pedih. Kemudian saya mula menyedari kelopak mata saya tertutup dengan sendiri. Saya tak tahu bagaimana menggerakkannya, kecuali jika saya mengangkatnya dengan jari-jari saya," ungkap Gleed.

Menurut Gleed, keadaan ini mengganggu hidupnya kerana dia telah kehilangan pekerjaan sebagai penasihat kerjaya, malah dia tidak boleh memandu keretanya sendiri.

Keajaiban datang pada suatu hari ketika Gleed berlatih menyanyi. Dia menyanyi dengan sepenuh hati dan tiba-tiba dia boleh melihat jurulatihnya.

"Kedua-dua mata saya terbuka!" katanya.

Sebelum ini Gleed berjalan dengan menggunakan tongkat dan cerminmata hitam.

"Mata saya sangat sensitif terhadap cahaya terang. Pada mulanya saya tak mengendahkannya tapi kemudian setelah terkena cahaya itu mata saya mula terasa pedih dan kering.

Saya telah berjumpa dengan doktor pakar mata dan mereka mengatakan saya mengalami radang mata. Ubat-ubatan yang diberikan kepada saya juga tidak memberikan apa-apa kesan," katanya.

Pelbagai ubat juga telah dicuba oleh Gleed namun tidak juga memberikan sebarang kesan. Beberapa diantaranya adalah ubat-ubatan yang dijual di farmasi hingga suntikan botoks yang harus digunakan setiap 10 minit untuk menenangkan otot-otot di sekitar matanya.

Gleed menambah, sepanjang hari dia merasakan seperti ada pasir di dalam kedua-dua matanya dan rasanya kering sepanjang masa.

Matanya juga tak dapat dibuka dan tertutup sepenuhnya sehingga menambah kesakitan yang dirasakan Gleed. Namun gejala ini tidak berlaku apabila Gleed menyanyi.

Untungnya, Gleed telah menemui cara untuk mengatasi masalah itu, iaitu hobinya selama ini iaitu menyanyi.

"Mennyanyi juga membuatkan saya melupakan masalah peribadi untuk sejenak. Walaupun sebenarnya agak aneh kerana ketika saya berhenti menyanyi, mungkin pada masa intro atau rehat piano, mata saya menutup tapi apabila saya mula menyanyi ia akan terbuka kembali," ujarnya.

Focal Dystonia adalah salah satu dari jenis penyakit yang jarang berlaku yang menyerang sekurang-kurangnya 70,000 kanak-kanak dan orang dewasa.

"Dystonia adalah gangguan neurologi dimana otak menghantar isyarat yang salah sehingga menyebabkan otot-otot yang menerima isyarat itu menjadi terlalu aktif.

"Keadaan ini boleh menyerang pelbagai bahagian tubuh yang berbeza, termasuk membuatkannya lumpuh atau menyebabkan kesakitan jika digerakkan,".

[Sumber][Edited by SP]

Anwar Sindir ‘Ustaz UMNO’ Bodoh

Anwar Sindir ‘Ustaz UMNO’ Bodoh

Anwar Ibrahim disifatkan sebagai jahil murakkab apabila menyindir golongan agama yang memetik ayat suci al-Quran berhubung keperluan rakyat taat kepada pemimpin dengan menggelar mereka sebagai ‘Ustaz UMNO’ bodoh.


Sambil meminta Ketua Umum PKR itu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata gelaran jahil murakkab bermaksud orang jahil tidak tahu dia jahil, sesuai dengan Anwar yang tidak tahu apa diperkatakannya.

Beliau berkata, ucapan pemimpin pembangkang itu satu pembohongan kepada umat Islam apabila mempertikaikan ayat suci al-Quran dan hadis Nabi yang sahih.

Katanya, ayat al-Quran dan hadis Nabi jelas menyatakan kewajipan bagi umat Islam supaya mentaati kerajaan pemerintah yang sah dan menggesa Anwar merujuk kepada juzuk empat kitab Riyadhussalihin oleh Imam Nawawi dalam bab mentaati pemerintah.

“Hadis itu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa juga kerana ia diriwayatkan dan disepakati sahihnya oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

“Tak payah nak mengata ustaz, Anwar sendiri adalah orang yang jahil murakkab, jahil berganda, dia tak tahu apa-apa. Saya harap Anwar bertaubat dan kembali ke jalan yang benar,” katanya.

Anwar membuat sindiran itu ketika berceramah di Bukit Katil, Melaka turut mendakwa tindakan mentaati kerajaan yang sah sebagai cubaan menegakkan penipuan, malah beliau dilaporkan meminta golongan agama kembali ke sekolah agama untuk mendalami Islam.

-Bharian

Monday, May 27, 2013

Rahsia Kelebihan Zat Masam Epal Hijau Sebagai Pembersih Tubuh

Rahsia Kelebihan Zat Masam Epal Hijau Sebagai Pembersih Tubuh

Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Asam Epal Hijau

Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Setiap Cerita Kejayaan Bermula Dengan Impian - Bill Gates

Setiap Cerita Kejayaan Bermula Dengan Impian - Bill Gates

Lebih dikenali dengan nama Bill Gates, William Henry Gates III lahir 28 Oktober 1955 adalah seorang tokoh terhebat dalam revolusi komputer.

Bill Gates

Beliau adalah pengasas bersama Microsoft Inc, perusahaan software yang diusahakan bersama Paul Allen.

Bill Gates yang tersenarai dikalangan orang-orang terkaya di dunia dan diisytiharkan sebagai manusia terkaya di Planet bumi pada 1995 hingga 2009, meskipun pada 2008 kedudukan tersebut menurun sebagai orang ketiga terkaya selepas Warran Buffett dan Carlos Slim Helu. menurut Forbes.

Pada bulan Januari 2000, Gates mengundurkan diri sebagai eksekutif tertinggi Microsoft, untuk memberi komitmen sepenuh masa pada badan amal ‘Bill & Melinda Gates Foundation’. Namun beliau masih lagi ketua arkitek software dalam Microsoft Inc.

Anak kedua dari tiga beradik ini dilahirkan dari pasangan William Henry Gates Sr., seorang peguam, dan Mary Maxwell, pegawai Interstate Bank, Pacific Northwest Bell. Gates belajar di Lakeside School, sekolah elit yang paling unggul di Seattle.

Kemampuan komputer Bill Gates sudah diakui sejak masih bersekolah di Lakeside. Bermula dengan menggodam komputer sekolah, mengubah jadual, dan penempatan pelajar.

Tahun 1968, Bill Gates, Paul Allen, dan dua hackers lain telah diupah oleh Computer Center Corp. untuk menjadi ‘penguji’ sistem keselamatan perusahaan tersebut.

Sebagai balasan, mereka diberi kebebasan untuk menggunakan komputer syarikat. Menurut Bill Gates waktu itulah mereka benar-benar dapat "memasuki" komputer.

Sejak itu, kemahiran computer Bill Gates semakin terserlah dan dengan mencipta program sistem pembayaran untuk Information Science Inc, merupakan bisnes pertama mereka. Kemudian bersama Paul Ellen mendirikan perusahaan pertama yang disebut Traf-O-Data.

Disinilah mereka mula mengembangkan kemampuan menuju pembentukan Microsoft. Meskipun dilabel sebagai ‘College drop-out’, sewaktu di Harvard kerana gagal mencapai keputusan yang baik dalam pengajian undang-undang.

Namun semasa belajar di Harvard, Bill Gates dan Paul Allen telah menulis program Altair BASIC untuk Altair 8800 pada pertengahan 1970. Altair merupakan komputer peribadi pertama yang berjaya.

Kejayaan tersebut menjadi inspirasi untuk Gates dan Allen mencipta Microsoft BASIC, bahasa komputer terjemahan utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang menjadi kunci pada kejayaan Microsoft.

Sejak Microsoft ditubuhkan pada tahun 1975, Bill Gates bekerja 14 jam tiap hari, dan semasa membangunkan system operasi Windows untuk pertama kalinya Bill Gates hanya tidur 8 jam dalam seminggu.

“Setiap cerita kejayaan, bermula dengan impian” itulah ungkapan Bill Gates yang paling popular.

Disebalik kejayaan Bill Gates sebenarnya beliau melalui kepayahan dan keperitan, bahkan pernah dianggap sebagai orang yang kurang siuman dan menjengkelkan. Semuanya kerana ‘kegilaannya’ terhadap komputer dan teknologi.

Bertitik tolak dari semua itu, Bill Gates pernah dinobat sebagai usahawan muda terkaya di dunia, bila kekayaannya mencapai berbillion-billion dollar, dan kekayaan tersebut terus meningkat.

Berdasarkan kiraan matematik, pendapatan Bill Gates ialah 300 US dollar setiap saat.

Jika dikira dalam Ringgit Malaysia, pendapatannya ialah : 1 saat = RM960 ; 1 minit = RM57,600 ; 1 jam = RM3.4 juta ; 1 hari = RM483 juta

Ketika berusia 41 tahun, Bill Gates berkahwin dengan Melinda French pada 1 Januari 1994. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Jennifer Katharine Gates (1996), Rory John Gates (1999) and Phoebe Adele Gates (2002).

Berikut ini, beberapa fakta tentang kekayaan Bill Gates.

1. Bill Gates menghasilkan US$250 setiap saat,sekitar US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun!

2. Jika dia kehilangan atau hilang US$1.000, dia tidak perlu susah2 lagi untuk mengambilnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengambil, dia sudah memperoleh penghasilan dalam jumlah yang sama.

3. Hutang nasional Amerika sekitar US$5.62 trilion, jika Bill Gates akan membayar sendiri hutang itu, dia dapat melangsaikannya dalam waktu kurang dari 10 tahun.

4. Jika Bill Gates dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi dia tetap dapat menyimpan US$5 juta sebagai wang sakunya.

5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.

6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara terkaya didunia iaitu ke 37 atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, bahkan melebihi kekayaan IBM.

7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1400 tahun dan menggunakan sejumlah 713 buah pesawat Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.

8. Bill Gates sekarang berumur 58 tahun. Jika kita merumuskan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta sehari untuk menghabiskan semua wang sebelum dia mampus! (bahasa kasar sikit sebab jeles tengok dia kaya) hehe..

9. Akan Tetapi! Jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrap dalam waktu 3 tahun!

BACA INI JUGA: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi

Panas! Peminat Pertikai Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus

Panas! Peminat Pertikai Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus

Dibawah ini adalah soalan dari peminat Ustaz Azhar Idrus yang di printscreen di wall facebook beliau. Jika dilihat dari soalan yang dikemukakan, menunjukkan si tukang tanya soalan adalah peminat tegar ceramah Ustaz Azhar Idrus.


Harap Ustaz Azhar Idrus dapat menjawab soalan dari peminat beliau agar beliau tidak digelar "Ustaz Cakap Tak Serupa Bikin".


Ustaz Azhar Idrus pernah sebut dalam suatu ceramah, perkahwinan tak perlu membazir, jamuan-jamuan tak perlu. Islam itu sederhana dan membazir itu amalan syaitan. Tapi dia kahwin bini nombor tiga siap ada istiadat makan pengantin yang lebih dari membazir.

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab ALLAH, tidakkah kamu berakal?”(Surah al-Baqarah, 2:44)

ALLAH Ta`ala berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”(Surah as-Saf, 61:2-3)

Serta hadis nabi Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radhiAllahu `anhuma berkata, saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:”

يُؤتى بالرجل يومَ القيامةِ . فيُلقى في النارِ . فتندلِقَ أقتابُ بطنِه . فيدورُ بها كما يدورُ الحمارُ بالرَّحى . فيجتمع إليه أهلُ النارِ . فيقولون : يا فلانُ ! مالَكَ ؟ ألم تكن تأمرُ بالمعروفِ وتنهى عن المنكرِ ؟ فيقول : بلى . قد كنتُ آمُرُ بالمعروفِ ولا آتِيه ، وأنهى عن المنكرِ وآتِيه ““

Didatangkan seorang lelaki pada Hari Kiamat, lalu dicampakkan dia ke dalam Api Neraka. Maka terkeluarlah usus dari perutnya. Lalu dia berputar-putar dengannya sebagaimana berputarnya seekor keldai di dalam penggiling. Lantas penghuni neraka berkumpul dan bertanya:

“Wahai fulan, kenapa kamu begini? Bukankah kamu dulu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran?”

Maka lelaki itu menjawab: “Ya, bahkan benar. Saya dulu menyuruh kepada kebaikan tetapi saya sendiri tidak melakukannya. Dan saya menegah kemungkaran tetapi saya sendiri melakukannya.” (HR al-Bukhari & Muslim)

Sama-samalah kita insafi dan berwaspada akan diri kita sendiri. Marilah kita muhasabah banyak manakah seruan-seruan dan nasihat-nasihat yang telah keluar dari mulut kita dan ditulis dek tangan kita yang kita tujukan kepada orang lain sedangkan diri kita belum lagi melaksanakannya? 

Inilah masanya untuk kita renungi diri sebelum Malakul Maut datang menyebabkan mati, dan nasib di Akhirat memasrah diri.

BACA INI JUGA: 5 Bidaah Paling Popular Ketika Majlis Perkahwinan!

Sumber: Ingatkedok

Terbongkar! Perjanjian Sulit Anwar-Najib Sebelum PRU 13

Terbongkar! Perjanjian Sulit Anwar-Najib Sebelum PRU 13

Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

Terbongkar! Perjanjian Sulit Anwar-Najib Sebelum PRU 13

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen. Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.

“Kami ada komitmen,” Jusuf dipetik sebagai berkata. “Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,”.

PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.

Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.

Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka.

–BERNAMA

Wow! Bobo Parodi Berlakon Dua Babak Filem Terbaru David Teo

Wow! Bobo Parodi Berlakon Dua Babak Filem Terbaru David Teo

Siapa tidak kenal dengan Bobo? Aksi parodinya menerusi lagu Sayang (Shae) yang dimuatkan menerusi YouTube telah mendapat tontonan sehingga 1 juta penonton.

Wow! Bobo Parodi Berlakon Dua Babak Filem Terbaru David Teo

Berjaya mencetuskan fenomena tersendiri, maka tidak hairanlah jejaka hitam manis ini menerima tawaran untuk menyertai produksi terkenal, MIG.

Bagaimanapun, kemunculannya bersama video parodi terbaru, Jahat nyanyian Stacy, menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak sehingga ada yang menuduhnya gila.

Menerusi Zass, Bobo menganggap tuduhan seperti itu adalah perkara biasa di alam siber. Malah dia sedia menerima apa juga kritikan selepas ini.

“Apa yang ingin saya tegaskan, saya bukan gila. Saya hanya mengikut kesesuaian rentak muzik Jahat yang rancak dan ia mungkin nampak tidak siuman

“Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengkritik yang banyak membantu saya,” katanya yang turut popular menerusi aksi parodi Diamond (Rihanna),

Akui teruja menyertai produksi milik tauke terkenal, David Teo, Bobo berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem sulungnya, ‘Awak Nak Kahwin Dengan Saya’.

“Walaupun hanya muncul dalam dua babak sahaja kerana saya masih baru dalam dunia lakonan.

“Lagipun saya lebih menumpukan kepada video parodi buat masa ini,” kata Bobo yang berlakon di samping Erin Malek dalam filem itu.

-Sinarharian

Percayakah Anda Buah Tembikai Berharga RM47,000?

Percayakah Anda Buah Tembikai Berharga RM47,000?

Sepasang tembikai wangi dijual di satu lelongan di sini, semalam pada harga 1.6 juta yen (RM47,000), antara harga tertinggi pernah dibayar untuk mendapatkan buah itu.

Percayakah Anda Buah Tembikai Berharga RM47,000 - A pair of cantaloupe melons

Seorang peraih buah tempatan membeli tembikai Yubari seberat 3.7 kilogram itu di satu jualan buah dan sayur-sayuran pada hari pertama musim pengeluaran tembikai berprestij itu.

Ia adalah harga ketiga tertinggi pernah dibayar untuk buah itu dan harganya hampir sama dengan sebuah kereta kecil.

Percayakah Anda Buah Tembikai Berharga RM47,000 - A pair of cantaloupe melons [2]

Di negara yang sebiji epal berharga lebih RM15 dan sebungkus 20 biji ceri boleh mencecah sehingga RM300, penduduk Jepun sudah biasa membayar harga tinggi untuk menikmati buah-buahan.

Namun, bayaran untuk tembikai itu di Pasar Borong di Tengah Sapporo menggambarkan keinginan pembeli untuk mendapatkan prestij. -AFP

BACA INI JUGA: Makanan Yang Sesuai Mengikut Jenis Darah

Media Utama Boikot Afiq Muiz Dan Eina Azman Kerana Burukkan Ibu Sendiri

Media Utama Boikot Afiq Muiz Dan Eina Azman Kerana Burukkan Ibu Sendiri

Tiada ruang untuk anak derhaka dalam akhbar kami! Demikian desas desus yang mula kedengaran di kalangan media, khususnya unit hiburan di beberapa akhbar utama sehari dua ini.

Media Utama Boikot Afiq Muiz Dan Eina Azman Kerana Burukkan Ibu Sendiri

Khabarnya beberapa media utama telah memboikot pelakon Afiq Muiz gara-gara bersikap seperti si tanggang, memburuk-burukkan ibunya sendiri, Hasliza Mohd. kepada umum.

Boikot yang dimaksudkan ialah, tidak lagi mengeluarkan sebarang cerita mengenai artis tersebut dan juga kekasih hatinya, Eina Azman dalam tempoh tertentu. Bukan setakat hal berkaitan kerjaya, gambar hiasan di halaman intisari rancangan TV sekalipun, tiada ruang akan diberikan.

“Tak pernah dalam sejarah, seorang artis buat sidang akhbar untuk memburukkan ibunya sendiri,” demikian kata seorang pengarang hiburan sebuah akhbar popular.

Sebuah akhbar lain pula menyatakan “Tiada ruang dalam akhbar kami untuk anak derhaka seperti Afiq. Dia kena balik dan melutut kepada ibunya dulu sebelum kami memberi ruang untuk mempromosikan dia semula.”

(Baca: Wajarkah Afiq Muiz Memaksa Ibunya Meminta Maaf?)

Hmmmm, memang selayaknya pun. Jangan ingat orang media ni suka sangat artis buat perangai macam itu, kita orang pun tak suka tau. Kalau Afiq tidak insaf, memohon maaf dan melutut ke pangkuan ibu yang melahirkan, memang kena balik jual burger semulalah dia selepas ini.

Untuk Eina Azman pula, pergilah sekolah semula dik. Menghayati setiap patah kata yang keluar dari mulut Eina mengenai isu Afiq dan ibunya, memang sah Eina ni tak pandai jaga mulut langsung. Agaknya cara dia bercakap dengan ibu dan bapanya pun, memang lebih kurang macam itu juga, tiada rasa hormat. Terbaru, Eina mendakwa ibu Afiq kurang siuman. Bayangkanlah!

Kepada emak Eina, bagilah anak anda nasihat yang betul, bukan sokong saja apa yang anak kata. Sebelum nasihatkan Afiq tu, sehingga dia semakin jauh dengan keluarga, nasihatlah kepada anak sendiri dulu. Sekarang ini, satu Malaysia sudah mengutuk dan mengeji, semoga insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Ternyata juga, Afiq meminta nasihat daripada pihak yang salah apabila menjadikan Eina dan ibu Eina sebagai penasihat utama.

Kami ambil kenyataan Facebook pengarah muda, Shahrulezad Mohammed yang mengenali Afiq semenjak awal memulakan kerjaya lakonan. Dia secara peribadi meminta pihak stesen TV supaya tidak meletakkan nama Afiq Muiz dan Eina Azman dalam setiap projek drama yang melibatkan produksinya.

“Melainkan sekiranya mamat sengal ni (Afiq) melutut minta ampun maaf dan balik semula ke pangkuan emak dia semula…” demikian tulis Shahrulezad dalam laman berkenaan.

Memang menarik, biar jadi pengajaran kepada artis-artis yang lain, hidup ini bukan menongkat langit. Kita yang muda perlulah hormat yang tua. Kenang jasa ibu bapa, tak kira sehebat manapun kita. Kalau marah sekalipun sebab ada salah silap di mana-mana, jangan sampai menghina darah daging sendiri. Hidup tidak akan selamat kalau derhaka dik!

-Utusan