Wednesday, May 29, 2013

Israel Ancam Serang Konvoi Senjata Rusia Jika Bantu Syria!

Israel Ancam Serang Konvoi Senjata Rusia Jika Bantu Syria!

Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon memberi petunjuk bahawa tentera negaranya bersedia untuk menyerang penghantaran senjata-senjata canggih Rusia kepada Syria.

Peluru berpandu anti-pesawat S-300

Yaalon memberi amaran itu selepas seorang pegawai kanan Rusia menyatakan pentadbiran negaranya berhak untuk membekalkan Syria dengan sistem peluru berpandu pertahanan S-300.

Israel telah melobi Rusia untuk menghentikan jualan peluru berpandu itu kepada pentadbiran Presiden Bashar Al-Assad di Syria.

Rejim Zionis bimbang peluru berpandu itu akan jatuh ke tangan musuh-musuh Israel seperti kumpulan Hezbollah yang menjadi sekutu Bashar.

"Penghantaran itu masih belum dibuat. Saya berharap, Rusia tidak akan menghantar peluru berpandu itu," kata Yaalon.


Sejak perang saudara meletus di Syria pada Mac 2011, Israel kerap menyuarakan kebimbangan bahawa senjata-senjata canggih Syria seperti senjata kimia akan dipindahkan rejim Bashar kepada Hezbollah.

Di Moscow, Timbalan Menteri Rusia, Sergei Ryabkov tidak menyatakan sama ada Rusia telah membuat penghantaran peluru berpandu itu.

Bagaimanapun, dia menyatakan, Moscow tidak akan menggugurkan hasrat penjualan senjata tersebut.

Lebih 70,000 orang telah terbunuh akibat peperangan saudara di Rusia.

Kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan mahu menggulingkan Bashar yang didakwa gagal membawa pembaharuan pentadbiran di negara itu.

-Agensi

Isu Kawin Anak Dara Akhirnya Ustaz Azhar Idrus Bersuara

Isu Kawin Anak Dara Akhirnya Ustaz Azhar Idrus Bersuara

Setelah gempar seketika bumi Malaysia dengan peristiwa Ustaz Azhar Idrus berkahwin buat kali ketiga dengan seorang anak dara, hari ini UAI akhirnya 'buka mulut'.


Inilah jawapan ringkas daripada UAI laman fb;


(Baca: Panas! Peminat Pertikai Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus)

Semoga peminat-peminat UAI yang sebelum ini tertanya-tanya perkara sebenar jelas dengan jawapan yang diberikan.

-SP

Panas! Sharifah Sakinah Tak Pakai Seluar Dalam?

Panas! Sharifah Sakinah Tak Pakai Seluar Dalam?

Dalam tweet terbaru Sakinah, dia berkata walaupun video itu menunjukkan zip seluarnya yang terbuka namun adakah ia menampakkan seluar dalamnya?


Sakinah juga mengakui yang dia sememangnya ‘love to kacau the rakyats’.


Sebelum ini dalam video Keek terbaru Sakinah, zip seluarnya terbuka ketika dia mengomel tentang tabiat sesetengah rakyat Malaysia yang suka memperbesar-besarkan isu yang kononnya remeh-temeh.

(Baca: Video Sharifah Sakinah Sambut Harijadi Dengan Zip Seluar Terbuka!)



Soalnya, Sharifah Sakinah pakai seluar dalam ke tak masa tu?

-SP

Ngeri! Video Kepala Jururawat Putus Tersangkut Di Pintu Lif

Ngeri! Video Kepala Jururawat Putus Tersangkut Di Pintu Lif

Info Ngeri. Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.


Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak.

Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.

Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita berkenaan, seorang jururawat bernama Wang, 24, sibuk melayan telefon bimbitnya apabila tragedi berlaku.

Saksi berkata, lif itu turun dari tingkat 22 bersama-sama empat penumpang dan berhenti di satu tingkat, dimasuki beberapa penumpang lain. Ia kemudian turun lagi tetapi terhenti antara tingkat dua dan tiga kerana rosak.

Jururawat itu yang asyik dengan telefonnya tidak menyedari keadaan sekeliling, keluar dari lif dan terperangkap pada pintunya apabila tertutup.

Lif itu kemudian bergerak lagi selama kira-kira 20 saat, turun ke tingkat satu, mengheret Wang bersama-samanya.



Kepala Wang putus dan tubuhnya terputus dua.-Agensi

Pemuda PAS Mahu Penjelasan Anwar Berhubung Perjanjian Sulit

Pemuda PAS Mahu Penjelasan Anwar Berhubung Perjanjian Sulit

Perselisihan yang berlaku antara Pemuda PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak beberapa hari lalu memasuki episod baharu hari ini.


Ia apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini dengan lantang menuntut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung perjanjian sulit antara ketua pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Anwar perlu menjelaskan sama ada perjanjian itu benar-benar berlaku dan mengapa beliau menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan pemimpin pembangkang yang lain terutama PAS.

(Baca: Terbongkar! Perjanjian Sulit Anwar-Najib Sebelum PRU 13)

“DPPM meminta penjelasan daripada Anwar berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan Perdana Menteri . Apakah benar pertemuan ini telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu?. Mengapa pemimpin pakatan yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?,” desaknya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad dalam pada itu berkata, DPPM mengingatkan PKR bahawa PAS menolak sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selama ini termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan perjanjian sulit dengan BN.

Malah, katanya, sekiranya ada cadangan pertemuan tersebut PAS akan berbincang dengan pemimpin PKR dan DAP terlebih dahulu serta akan menjadi perbincangan umum.

Beliau turut membandingkan kesetiaan DAP dalam pakatan pembangkang kerana parti itu sebelum ini pernah menolak tawaran BN dan terus bersama pakatan pembangkang.

“PKR pula berpegang teguh dengan prinsip setiakawan dan kesepakatan dalam pakatan. Hanya penjelasan (daripada Anwar) dapat melegakan keresahan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi,” katanya lagi.

Media pada 25 Mei lalu melaporkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Anwar telah memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Malaysia yang diuruskan beliau selaku orang tengah antara Perdana Menteri dan ketua pembangkang itu.

Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu bagi menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei seperti yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Semalam media melaporkan hubungan antara pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula retak apabila kedua-dua pihak saling menunding jari berikutan kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada 5 Mei lalu.

-Mynewshub

Lenovo Perkenal Table PC 27 Inci Untuk Empat Orang Pengguna Sekaligus

Lenovo Perkenal Table PC 27 Inci Untuk Empat Orang Pengguna Sekaligus

Lenovo memperkenalkan komputer peribadi (PC) bersaiz meja kopi yang berfungsi seperti tablet gergasi dan membolehkan empat orang menggunakannya serentak.


IdeaCentre Horizon Table PC boleh dikatakan sebagai komputer interpersonal pertama. Sekali pandang, ia kelihatan seperti mesin semua-dalam-satu biasa seperti iMac, iaitu dengan skrin 27 inci bersama Windows 8 dan ia boleh diletakkan secara menegak di atas meja.

Selain itu anda boleh meletakkannya di lantai untuk bermain permainan Monopoly. Ia cukup besar untuk memuatkan empat orang di sekitarnya, dan skrin boleh bertindak balas dengan 10 jari menyentuh pada masa yang sama.

Sebagai tablet, ia boleh dianggap ganjil. Skrinnya bersamaan dengan saiz lapan iPads yang disambungkan dan seberat 6.8 kilogram. Ia seolah-olah sama seperti TV berskrin rata.

Pada demonstrasi di CES baru-baru ini, gambar dan video boleh diputarkan dengan jari. Penyebaran lima jari serentak pada skrin membersihkan paparan berselerak manakala dengan menguncupkan kelima-lima jari akan mengembalikan paparan gambar dan video semula.

Microsoft Corp mempelopori idea PC meja dengan Surface, iaitu PC dengan skrin sentuh 30-inci yang dikeluarkan pada 2008.

Ia direka untuk pemaparan store dan aplikasi komersial lain.

Konsep itu kini dikenali sebagai PixelSense, kerana Microsoft mula menggunakan nama Surface bagi komputer tidak berkaitan tablet pada tahun lalu.

Baru-baru ini, Sony Corp mengeluarkan Tap 20, PC dalam satu yang juga boleh diletakkan secara rata.

Bagaimanapun, ia adalah lebih kecil daripada model Lenovo dan tidak mempunyai perisian berorientasikan meja yang lebih banyak seperti PC Meja.

Lenovo berkata PC Meja itu akan dijual bermula musim panas ini pada harga RM5,000 lebih atau kira-kira AS$1,699.

-AP

Hilangkah Sudah Kebebasan Bersuara Di Malaysia?

Hilangkah Sudah Kebebasan Bersuara Di Malaysia?

Di kebanyakan negara Eropah, seseorang boleh menyatakan apa saja. Semuanya kerana menjunjung prinsip dan falsafah kebebasan bersuara.

Freedom-of-speech

Lantas mereka mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam, tetapi dibenarkan dan pertahankan atas alasan prinsip itu.

Atas nama kebebasan bersuara juga sebuah media di Eropah menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW. Serta-merta berpuluh akhbar lain mengikut jejak menyiarkan karikatur itu dan tindakan mereka dipertahankan atas nama kebebasan bersuara.

Begitu juga atas nama kebebasan bersuara, seseorang itu berhak menafikan apa saja. Negara Barat mempertahankan tindakan itu atas nama kebebasan bersuara.

Mereka boleh menafikan kandungan Bible mereka. Mereka juga berhak menafikan kandungan al-Quran.

Malah, mereka berhak menghina dan memperlekehkan al-Quran. Semua itu atas nama kebebasan bersuara ala Barat.

Kebebasan bersuara bagi pembangkang adalah bersuara menyatakan sokongan kepada mereka. Jika seseorang menyatakan sokongan kepada pemerintah (atau bersifat kritikal terhadap pembangkang), itu bukan kebebasan bersuara, tetapi menjadi ‘pengkhianat’ atau sudah dibeli oleh parti memerintah”

Menafikan holocaust perbuatan jenayah

Bagaimanapun sesiapa yang menafikan peristiwa holocaust ciptaan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler ketika Perang Dunia II, dia berdepan hukuman penjara kerana perbuatan menafikan holocaust adalah perbuatan jenayah di banyak negara Eropah.

Rupa-rupanya kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di negara Barat juga terhad. Bukan setakat terhad, mereka yang melanggarnya boleh dipenjarakan.

Malangnya, ada pengikut Islam yang menari mengikut gendang hipokrit kebebasan bersuara di Barat. Ini berlaku apabila umat Islam di negara Islam mengadakan tunjuk perasaan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Mereka menjahanamkan harta benda kerajaan mereka sendiri, kerajaan yang daif dan miskin. Bukan setakat itu, mereka berbunuhan sesama sendiri – sesama umat Islam ketika bantahan ganas membantah penyiaran karikatur itu.

Begitu juga, di banyak negara Barat mereka yang mempertikaikan apa-apa perkara mengenai Yahudi akan dilabel sebagai anti-Semitik.

Namun, mereka yang menghina, menyerang hatta membunuh umat Islam tidak dilabelkan apa-apa.

Paling tidak mereka dikatakan sebagai melakukan jenayah kebencian. Itu adalah senario ringkas mengenai kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar ala Barat. Adakah kita juga begitu di Malaysia?

Ada satu perkembangan sedang berlaku di negara kita, terutama sejak kebelakangan ini. Perkembangan menarik untuk diperhatikan ialah dalam satu majlis pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Michelle Yeoh berada di atas pentas dan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau bergerak lebih jauh ke depan dengan meminta pengundi memilih dan mengekalkan pemerintahan sedia ada demi kesinambungan pembangunan dan keamanan.

Beliau menyatakan demikian atas prinsip kebebasan bersuara dan beliau menerima kutukan hebat. Justeru, sejauh mana dan seluas mana perimeter kebebasan bersuara kita. Nampaknya, tiang gol sentiasa berubah-ubah.

Sokong kerajaan dilontar tohmahan, maki hamun

Sesetengah mereka yang memperjuangkan kebebasan bersuara di Malaysia nampaknya membawa acuan kebebasan bersuara ala Barat ke Malaysia.

Dalam keadaan sekarang, mereka yang menyatakan sokongan kepada Najib atau kerajaan akan dilontarkan dengan tohmahan, sindiran, malah maki hamun.

Seperti kebebasan bersuara di Barat, kebebasan bersuara di negara kita juga adalah kebebasan dalam acuan sendiri. Akhirnya, Michelle menjadi sangat defensif mempertahankan kenyataannya mengenai kepemimpinan negara sedia ada.

Dalam media maya, Michelle menjadi sasaran kutukan tentera siber pembangkang seolah-olah beliau melakukan dosa yang tak terampunkan.

Timbul tohmahan beliau sudah dibeli oleh kerajaan untuk menyatakan sokongan terbuka kepada Najib. Keadaan akan menjadi sebaliknya jika beliau menyatakan sokongan terbuka kepada pembangkang.

Ingat Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK?

Beliau pernah menjadi buah hati atau darling pembangkang dengan kritikan dan ulasan pedasnya mengenai kerajaan dan parti memerintah.

Beliau dipertahankan dan diletakkan pada kedudukan tinggi dari kaca mata pembangkang kerana pendiriannya.

Mereka yang menyanjung dan mempertahankan setiap ulasan pedas RPK atas nama kebebasan bersuara.

Apabila RPK menjadi lebih objektif dalam ulasan dan kritikannya, daripada darling pembangkang, beliau bertukar menjadi musuh nombor satu pembangkang. Dakwaan paling lumrah ialah RPK sudah dibeli oleh parti memerintah.

Tindakan Michelle dan RPK menyokong kepemimpinan sedia ada (atau dalam kes RPK, beliau menjadi begitu kritikal terhadap pembangkang dan tidak semestinya menyokong parti memerintah), dilihat dari kaca mata pembangkang sebagai mereka dibeli oleh parti memerintah.

Kelihatannya acuan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar itu sudah berbeza-beza. Bagi satu pihak, acuannya berbentuk bulat, tetapi bagi pihak yang lain, acuan bersegi-segi.

Jika ini bentuknya kebebasan bersuara, titik pertemuan tidak akan pernah bertemu dan ada nada pihak yang sentiasa dipersalahkan.

Begitulah, jika pintu gol sering berpindah-randah, permainan secara adil tidak akan pernah terjadi.

Apabila menyentuh jawapan sudah ada dan memang sudah ada pihak yang mahu dipersalahkan, teringat cerita seorang sahabat mengenai majlis kenduri kahwin zaman dulu-dulu di kampung.

Menurutnya kenduri kahwin di kampung tidak semeriah dulu lagi kerana kerja membina bangsal, memasak makanan, menghidang dan mencuci pinggan mangkuk semuanya ‘diswastakan’, tuan rumah menggunakan khidmat katering.

Dia berkata, dulu, tuan rumah hanya perlu menghubungi dan berbincang dengan persatuan pemuda atau belia kampung.

Pemimpin pemuda dan belia kampung akan menghimpunkan rakan memeriahkan majlis perkahwinan.

Katanya lagi, semua itu dulunya boleh diharapkan kepada Pemuda UMNO. Lantas dia menyalahkan Pemuda UMNO. Entah apa kena mengena antara Pemuda UMNO dengan majlis perkahwinan!

Dakwaan dibeli parti memerintah

Berbalik kepada cerita kebebasan bersuara, nyata sekali kebebasan bersuara bagi pembangkang adalah bersuara menyatakan sokongan kepada mereka.

Jika seseorang menyatakan sokongan kepada pemerintah (atau bersifat kritikal terhadap pembangkang), itu bukan kebebasan bersuara, tetapi menjadi ‘pengkhianat’ atau sudah dibeli oleh parti memerintah.

Bagaimanapun, jika menyatakan sokongan diluah kepada mereka, itu kebebasan bersuara namanya. Bayangkan bagaimana acuan kebebasan bersuara jika mereka berkuasa.

Penulis ialah Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM Melaka

BACA INI JUGA: Terlalu Hinakah Sistem Demokrasi Yang Kita Amalkan?

Tuesday, May 28, 2013

Video Sharifah Sakinah Sambut Harijadi Dengan Zip Seluar Terbuka!

Video Sharifah Sakinah Sambut Harijadi Dengan Zip Seluar Terbuka!

Nama Sharifah Sakinah memang tidak perlu diperkenalkan lagi selepas kontroversi video separa lucahnya menjadi hangat di kalangan peminat hiburan tanah air.


Kali ini dia tampil dengan video Keek terbarunya, di mana memperlihatkan zip seluar Sakinah terbuka sambil dia mengomel mengenai tabiat sesetengah manusia yang suka memperbesar-besarkan isu yang dianggap remeh.

Berkemungkinan besar Sakinah merujuk kepada kontroversi video-videonya sebelum ini.

Apa-apa pun mari kita ucapkan selamat hari lahir buat pelakon cantik ini kerana Sakinah genap berusia 24 tahun hari ini.

Sejajar denga pertambahan usianya itu, diharapkan adik kepada dramatis Sharifah Shahirah dan Sharifah Norhaslinda ini tidak lagi memuat naik video yang boleh menjejaskan reputasi dan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai.

Ye, kami tahu awak memang gila-gila tetapi cubalah berpada-pada dalam berkongsi video kepada para peminat kerana tidak semua orang yang menyukai apa yang kita buat dan lakukan.



Tak gitu?

-Mynewshub

Unik! Lebuhraya Padang Pasir Tarim Terpanjang Di Dunia

Unik! Lebuhraya Padang Pasir Tarim Terpanjang Di Dunia

Info Unik Dunia. Lebuhraya merupakan laluan jaringan pengangkutan yang paling utama di seluruh dunia..Namun, di China, terdapat sebuah lebuhraya yang terletak di padang pasir telah diiktiraf menjadi lebuh raya terpanjang di dunia.

Unik! Lebuhraya Padang Pasir Tarim Terpanjang Di Dunia

Lebuhraya padang pasir Tarim merupakan laluan yang terletak di Taklamakan, China dan menghubungkan bandar-bandar Lantau Minfen.

Panjang penuh lebuhraya ini ialah 552km dengan kira-kira 446km dibina merentasi kawasan yang tidak didiami manusia dengan bukit-bukit sehingga 20 meter tinggi melindungi lebuhraya berkenaan.

Dalam usaha untuk menangani masalah pencerobohan pasir bukit, barisan tumbuh-tumbuhan telah ditanam di kedua-dua belah jalan.

Sistem pengairan secara besar-besaran telah dibina untuk membekalkan sumber air dari tangki simpanan bawah tanah untuk tumbuhan ekosistem tiruan tersebut.

Beratus-ratus orang pekerja telah diupah dan mereka diletakkan disetiap empat kilometer di sepanjang jalan untuk menjaga tumbuh-tumbuhan agar berada dalam keadaan baik.

Sumber air di padang pasir itu datang dari sebuah telaga, iaitu akuifer pada kedalaman 100 meter. Walaupun terdapat kandungan garam yang tinggi di dalam air itu, tumbuhan di sepanjang jalan raya itu masih dapat terus hidup.

Dalam tempoh lima tahun, kerajaan telah melakukan eksperimen dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh hidup dalam keadaan ekstrem padang pasir.

Pada tahun 1999, sebuah projek permulaan zon tumbuhan di sepanjang bahagian 6.3 kilometer lebuh raya telah selesai dilaksanakan. Pada tahun 2001, projek ini telah dilanjutkan sehingga 30.8 kilometer di sepanjang lebuh raya berkenaan.

Projek ini akhirnya diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2003. Hari ini, hampir empat per lima lebuh raya tersebut dikelilingi oleh penanaman tumbuhan pada keluasan 72 meter lebar, yang meliputi kawasan seluas lebih 3,000 hektar.

Lebuh raya ini dibina pada tahun 1995 sebagai perkhidmatan kepada saluran paip minyak, yang berada di bawah padang pasir Taklamakan itu. Di bawah pasir ini terdapat sumber minyak dan gas terbesar di China.

Lebuh raya bukan sahaja membolehkan akses secara langsung kepada sumber-sumber yang terletak di bawah Lembangan Tarim, tetapi juga boleh dijadikan jaringan pengangkutan bagi barang-barang dan sumber-sumber dari medan minyak tersebut.

Oleh kerana kawasan ini tidak didiami manusia, stesen minyak dan beberapa restoran telah dibina pada titik perantaraan di sepanjang lebuh raya untuk perkhidmatan kepada pengguna.

[Sumber]

Panas! Skandal Video Pelakon Cantik Kibby Lau Gemparkan Hong Kong

Panas! Skandal Video Pelakon Cantik Kibby Lau Gemparkan Hong Kong

Model-pelakon Kibby Lau baru-baru ini menolak khabar angin mengenai skandal seks di Macau, berikutan laporan mengatakan bahawa pelakon itu telah menerima sejumlah wang yang besar untuk memberikan perkhidmatan seks kepada seorang lelaki dari tanah besar China.

Panas! Skandal Video Pelakon Cantik Kibby Lau Gemparkan Hong Kong - Kibby Lau Scandal Sex

Pada 14 Mei, pelakon yang menerima HKD250,000 (USD32,204) untuk menghabiskan malam dengan seorang lelaki pertengahan umur di sebuah hotel di Macau.

Kibby, yang kelihatan mencurigakan menaiki van mini di Macau, telah dilihat makan malam bersama lelaki berkenaan sebelum memasuki Star World Hotel bersama-sama. Pelakon itu tidak dilihat meninggalkan hotel pada malam yang sama.

Beberapa sumber juga mendakwa bahawa mereka mempunyai rakaman audio daripada kejadian ini, di mana Kibby yang dikatakan bertanya kepada lelaki tersebut umur dan asal-usulnya, dan sama ada atau tidak ia akan menjadi "kerja cepat". Suara juga memberitahu lelaki untuk memadam kandungan pada WhatsApp untuk mengelakkan kebocoran.

Walau bagaimanapun, Kibby dengan cepat menafikan laporan tersebut dan menjelaskan bahawa dia makan malam untuk hari jadi seorang kawan dan mereka telah pergi ke hotel untuk menyanyi karaoke.

Apabila ditanya mengapa dia tidak dilihat meninggalkan hotel, Kibby berkata terdapat banyak jalan keluar dan paparazzi mungkin telah terlepas pandang apabila dia keluar dari hotel.

Pelakon yang kecewa itu juga bertindak balas melalui Weibo pada hari berikutnya, dengan menyatakan, "kata-kata Twisted sememangnya boleh membunuh seseorang. Apabila guru memberikan anda gambar, anda boleh menulis cerita berdasarkan gambar itu. Penulis jelas boleh meletakkan ia ke dalam kata-kata, menjadikannya provokatif , lucu, menyentuh, atau menjijikkan. Saya hanya seorang wanita. Jika anda keluarkan topeng glamor, saya masih seorang yang mempunyai daging dan darah yang mempunyai pemikiran dan perasaan. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang mengambil berat dan percayakan saya. Jangan bimbang, saya sihat! Ia tidak benar apabila ia memang tidak benar!"

Panas! Skandal Video Pelakon Cantik Kibby Lau Gemparkan Hong Kong - Kibby Lau Scandal Sex
Panas! Skandal Video Pelakon Cantik Kibby Lau Gemparkan Hong Kong - Kibby Lau Scandal Sex
Panas! Skandal Video Pelakon Cantik Kibby Lau Gemparkan Hong Kong - Kibby Lau Scandal Sex
Panas! Skandal Video Pelakon Cantik Kibby Lau Gemparkan Hong Kong - Kibby Lau Scandal Sex
Panas! Skandal Video Pelakon Cantik Kibby Lau Gemparkan Hong Kong - Kibby Lau Scandal Sex

-SP