Friday, April 26, 2013

Tian Chua Nafi Fitnah Umno Isu Lahad Datu

Tian Chua Nafi Fitnah Umno Isu Lahad Datu

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chiang atau Tian Chua menafikan beliau mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap Umno berhubung pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah.


Tian Chua menerusi pernyataan pembelaan yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata kenyataannya itu adalah komen yang wajar dan terlindung di bawah 'keistimewaan bersyarat' sebagai ahli Parlimen dan demi kepentingan awam.

Hakim Rosilah Yop yang mendengar kes itu di dalam kamar menetapkan 13 Mei untuk pengurusan kes.

Pada 11 April lalu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Tian Chua dan dua yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. berkaitan insiden pencerobohan tersebut.

Selain Tian Chua, Ab Rauf turut menamakan Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel itu Aisha Geoffrey sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno" yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain-lain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

-Bernama

WTF! Mayat Kanak-kanak Palestin Di Makan Anjing Tentera Yahudi

WTF! Mayat Kanak-kanak Palestin Di Makan Anjing Tentera Yahudi

Kekejaman yang dilakukan tentera-tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sudah di luar batas perikemanusiaan. Tentera-tentera Zionis itu bukan hanya menyerang warga Gaza dengan bom-bom dan kereta kebal, tapi juga menggunakan anjing-anjing buas untuk menyeksa warga Gaza.


Kayed Abu Aukal, seorang doktor di Gaza tidak tahu kata-kata apa lagi yang boleh digunakan untuk menggambarkan kekejaman tentera-tentera Zionis itu.

"Oh, Tuhan! Saya tidak pernah melihat pemandangan yang mengerikan seperti ini", cuma itu kata-kata yang terlontar dari mulut Doktor Aukal melihat keadaan jenazah Shahd, seorang anak kecil Palestin yang berusia 4 tahun.

Shahd sedang bermain di belakang rumahnya di kem pelarian Jabalita, utara Gaza ketika sebutir bom Yahudi jatuh di belakang rumah mereka. Shahd yang masih anak kecil itu pun gugur syahid. Orang tua Shahd cuba menyelamatkan puterinya yang sudah berlumuran darah itu, tapi ketika mereka cuba mengambil jasad Shahd, tentera-tentera Zionis menembak mereka dari jauh.

Selama lima hari jasad Shahd terbaring di tanah, sehingga akhirnya tentera-tentera Zionis melepaskan beberapa ekor anjing yang mengoyak jasad Shahd yang sudah tak bernyawa.

"Anjing-anjing itu meninggalkan satu bahagian tubuh bayi yang malang itu dalam keadaan utuh," kata Doktor Aukal sambil menitiskan air mata.

"Kami sudah melihat pemandangan yang sangat memilukan selama ini. Kami mengambil tubuh anak-anak yang terbakar atau terpisah-pisah, tapi kami belum pernah melihat yang seperti ini", sambungnya.

Melihat jenazah adik perempuannya yang masih anak kecil menjadi santapan anjing-anjing tentera Israel, abang Shahd, Matar dan sepupunya Muhammad, nekad mendekati jenazah Shahd, tapi kedua-duanya ditembak tentera-tentera Zionis hingga gugur syahid.

Jiran keluarga Shahd, Omran Zayda mendedahkan, tentera-tentera Zionis Israel itu sengaja melakukan kekejaman itu. "Mereka (pasukan Zionis) mencegah keluarga Shahd yang ingin mengambil jenazahnya dan mereka tahu anjing-anjing itu akan memakan jenazah Shahd," ujar Zayda.

"Tentera-tentera Israel itu bukan hanya membunuh anak-anak kami, mereka juga dengan sengaja melakukan cara-cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kamu tidak akan pernah boleh bayangkan apa yang dilakukan anjing-anjing itu terhadap tubuh Shahd," kata Zayda sambil menahan air matanya.

Warga Palestin juga mendedahkan, ramai warga mereka yang mengalami perkara yang sama dengan Shahd. Di Jabaliya, tentera-tentera Israel menembak keluarga Abd Rabu yang sedang mengebumikan ahli keluarga yang menjadi mangsa serangan Israel. Tembakan menyebabkan orang-orang yang sedang mengebumikan mangsa pembunuhan Yahudi lari mencari perlindungan.

Bukan hanya menembak, tentera-tentera Zionis yang biadab itu kemudian melepaskan beberapa ekor anjing ke arah jenazah-jenazah yang belum sempat dikebumikan.

"Apa yang terjadi kemudian sangat mengerikan dan tidak boleh dibayangkan," kata Saad Abd Rabu.

"Anak-anak lelaki kami meninggal di depan mata kami dan kami dihalang untuk menguburkan jenazahnya. Selepas itu, tentera Israel tersebut melepaskan beberapa ekor anjing mendekati jenazah, seakan-akan kekejaman yang telah mereka lakukan pada kami belum cukup," tutur Abd Rabutak sambil menahan tangisannya.

Tentera-tentera keji... semoga kematian-kematian yang menyeksakan segera kamu rasakan, diteruskan dengan seksa kubur yang lebih menyakitkan sehingga akhirnya menjadi penghuni neraka Jahannam yang paling menyedihkan.. Amiin..

[Sumber]

Hero Iron Man Bakal Di Gantikan?

Hero Iron Man Bakal Di Gantikan?

Boleh dikatakan peranan Tony Stark yang didukung oleh Robert Downey Jr tidak jauh terpesong dengan diri sebenarnya. Seorang yang hebat, kaya dan juga berpengaruh. Itu realiti kehidupan aktor tersebut.


Sememangnya, Robert merupakan antara pelakon yang hebat dan berpengaruh di Hollywood. Untuk peranan Robert dalam Iron Man 3 sahaja, dia telah dibayar sebanyak AS$50 juta (RM155 juta).

Ironinya, permulaan karier lakonannya tidak begitu menyerlah akibat penyalahgunaan dadah sekitar tahun 1996 hingga 2001 yang membelenggu figura berusia 48 tahun itu.

Namun, semuanya berubah apabila Robert ditawarkan peranan sebagai adi wira alaf baharu, Tony Stark atau dikenali dengan nama Iron Man.

Filem itu telah mengiktiraf Robert sebagai bintang filem pecah panggung apabila ia mengumpul kutipan di seluruh dunia mencecah AS$586 juta (RM1,789 juta).

Disebabkan itu juga, Robert sendiri tidak segan untuk mengiktiraf dirinya sebagai seorang pelakon yang hebat dan meramalkan dia mampu memenangi anugerah Oscar satu hari nanti.

Pengakuan itu didedahkan oleh Robert ketika menjadi penghias muka depan kulit majalah GQ (majalah lelaki keluaran Amerika Syarikat) untuk keluaran Mei tahun ini.

"Setiap pelakon pasti ada perasaan untuk menjadi yang terbaik dan saya merupakan aktor terhebat pada generasi saya.

"Bukan ingin menunjuk-nunjuk, namun pengakuan itu merupakan satu motivasi buat diri saya untuk lebih maju dan berdaya saing dengan barisan pelakon baharu yang memenuhi dunia Hollywood sekarang," ungkapnya jujur.

Robert dicalonkan untuk anugerah Oscar buat pertama kalinya pada 1993 menerusi filem Chaplin dan sekali lagi pada 2009 melalui wataknya dalam filem Tropic Thunder. Begitupun, dia tidak memenangi kedua-dua pencalonan tersebut.

"Walaupun tidak menang, tetapi nama saya pernah dicalonkan dan perkara itu boleh dibanggakan. Tidak mengapa jika saya tidak menang Oscar pada hari ini, tetapi lambat-laun, saya pasti akan memegang trofi tersebut (Oscar). Mungkin ketika saya sudah tua nanti," selorohnya.

Sebelum ini, Robert pernah menyatakan dirinya sangat bertuah dan menyukai peranan Tony Stark dalam Iron Man. Begitupun, menjelang promosi filem Iron Man 3 baru-baru ini, aktor itu mendedahkan ingin berhenti membawa peranan tersebut.

Semuanya gara-gara kecederaan yang dialaminya ketika penggambaran filem tersebut.

Akui Robert, tubuhnya tidak mampu lagi bertahan untuk mengalami kecederaan semula.

Aktor filem aksi itu sudah beberapa tahun memegang peranan sebagai adi wira Komik Marvel itu dan sudah berkali-kali mengalami kecederaan ketika penggambaran.

Bagaimanapun, setelah mengalami kecederaan pada kakinya ketika penggambaran Iron Man 3 dan menyebabkan penggambaran terpaksa ditangguhkan agak lama, Robert tidak pasti berapa lama dia mampu membawa peranan sebagai Tony Stark itu lagi.

Robert memberitahu majalah GQ: "Ia memaksa saya berfikir berapa banyak genre filem yang mampu saya lakukan? Berapa banyak susulan filem yang perlu saya lakukan selepas kejayaan filem tersebut?

Robert juga tidak terkejut jika penerbit enggan memperbaharui kontrak peranan Tony Stark kepadanya yang bernilai RM155 juta itu.

"Buat masa ini, saya tidak mempunyai sebarang kontrak susulan untuk filem Iron Man," ujarnya yang mengakui sukar untuk melepaskan peranan Tony Stark yang disukainya itu.

Perkhabaran tersebut (Iron Man 4 tanpa Robert) pasti akan membuatkan ramai peminat siri tersebut kecewa untuk melihat aktor hebat itu beraksi.

Begitupun, terbaharu, menurut pengarah filem Iron Man, Shane Black, Robert akan kembali membawakan peranan sebagai Tony Stark dalam filem Iron Man 4.

Bercakap pada tayangan perdana filem Iron Man 3 di London baru-baru ini, Black memberitahu The Evening Standard: "Saya fikir dia akan kembali untuk siri Iron Man seterusnya. Saya pasti".

Salah seorang pelakon dalam Iron Man, Sir Ben Kingsley juga mengakui, lakonan Robert yang memegang peranan Tony Stark sangat menakjubkan. Dia mampu membawa watak tersebut dengan cukup berkesan di sebalik 'baju besi' yang menjadi kostum wajibnya.

Selain Robert sebagai Tony Stark, Iron Man 3 turut dibintangi oleh tiga lagi watak utama iaitu Gwyneth Paltrow, Rebecca Hall, Ben Kingsley dan Don Cheadle.

-Kosmo

Bahaya Asap Nikotin Rokok Elektronik

Bahaya Asap Nikotin Rokok Elektronik

Info Kesihatan. Sudah bertahun Khairul Hanafi Othman, 32, cuba mencari solusi untuk menghentikan ketagihan merokok yang dialaminya sejak 11 tahun lalu.

Asap nikotin memberi kesan lebih kuat terhadap perokok 
pasif cilik sehingga menyebabkan mereka menghidap lelah.

Masalah ketagihan merokok berlarutan sehinggalah tahun lalu, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu mendapat perkhabaran mengenai kesihatan anak keduanya, Nur Salina yang berusia empat tahun menghidap penyakit lelah.

"Ketika menerima berita itu, saya merasa sangat bersalah kerana menjadi faktor utama kepada penyakit dialami Nur Salina," luah Khairul Hanafi yang bekerja dalam sektor awam ketika ditemui oleh Kosmo! baru-baru ini.

Masalah seperti anak Khairul Hanafi sering berlaku kepada kebanyakan perokok pasif. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perokok pasif tidak merokok, tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu.

Perokok pasif mempunyai risiko 30 peratus lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru dan 25 peratus lebih tinggi mendapat penyakit jantung. Kanak-kanak adalah lebih mudah mendapat asma akibat asap rokok. Selain itu, pertumbuhan paru-paru mereka akan terganggu dan menyebabkan otak menjadi lembab.

Selepas berkahwin, Khairul Hanafi pernah berhenti terus daripada merokok, tetapi hanya bertahan selama tiga bulan. Dia tidak mampu menahan diri dengan bau asap rokok daripada orang sekelilingnya.

"Sejak akhir tahun lepas saya mencuba sekali lagi, namun kali ini tidak seperti dahulu iaitu berhenti serta-merta," ujarnya.

Sebagai langkah permulaan, dia menggunakan rokok elektronik yang dibelinya pada harga RM250 di sebuah pusat beli-belah sekitar ibu kota.

"Seorang rakan memperkenalkan rokok tersebut kepada saya dan mengatakan ia mampu membantu perokok tegar untuk berhenti secara berkala," tambah Khairul.

Alat rokok elektronik terdiri daripada tiga komponen iaitu alat pengewapan (atomizer) yang lazimnya diklasifikasikan sebagai alat elektronik, bateri dan katrij boleh ganti mengandungi cecair nikotin.

Walaupun mula menunjukkan perubahan positif dari segi pengambilan rokok tembakau, Khairul Hanafi dirundung dengan masalah baharu apabila anak penyakit lelah anaknya bertambah kronik.

"Selepas bertemu dengan doktor, barulah saya mengetahui bahawa rokok elektronik itu juga menjadi punca kepada masalah lelah Nur Salina," jelasnya.

Berada dalam yang hampir sama dengan Khairul Hanafi, Amir Hidayat Sulaiman, 38, berhenti menggunakan rokok elektronik sejak dua bulan lepas. Niat untuk berhenti merokok tidak kesampaian apabila masih merokok dalam kuantiti yang banyak.

Dia beralih menggunakan rokok elektronik selepas percubaan mengambil gula getah nikotin selama empat bulan menemui jalan buntu.

"Saya mengambil rokok elektronik kerana terikut-ikut dengan kawan sepejabat yang juga penjual rokok itu," ujar Amir Hidayat ketika diwawancara Kosmo! di sebuah restoran makanan segera di KL Sentral.

Eksekutif muda di syarikat hartanah itu berkata, tiada perbezaan dari sudut kesihatan jika dibandingkan dengan rokok tembakau. Amir Hidayat masih lagi mengalami sakit dada sama seperti ketika dia mengambil rokok tembakau.

Menurut Amir Hidayat, salah satu puncanya adalah pengambilan nikotin yang disedut daripada rokok elektronik.

Terdapat pelbagai jenis perisa dan aroma cecair nikotin untuk rokok elektronik yang dijual di pasaran. Pengguna rokok elektronik, terutamanya golongan muda, sering tertipu dengan cecair nikotin yang dibeli pada harga murah di pasar-pasar malam atau secara individu.

Dipasaran rokok elektronik biasanya dijual pada harga antara RM100 hingga RM500. Rokok elektronik yang murah biasanya dibawa dari China manakala rokok elektronik mahal dari Amerika Syarikat.

Harga untuk sebotol nikotin yang boleh bertahan antara seminggu hingga dua minggu pula sekitar RM10 hingga RM15.

Pengarah Institut Perubatan Pernafasan Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Razak Abdul Muttalif berkata, nikotin yang terdapat dalam rokok elektronik adalah sama dengan rokok tembakau.

"Namun begitu, kepekatan nikotin dalam cecair rokok elektronik tidak dapat ditentukan dengan pasti kerana kajian telah menunjukkan kepekatannya tidak mengikut seperti yang dilabelkan," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Andaian bahawa rokok elektronik dapat membantu mengurangkan ketagihan perokok adalah tersasar sama sekali. Tambah Abdul Razak, mereka sepatutnya berjumpa dengan doktor berkelayakan dan mempunyai semangat motivasi yang tinggi untuk berhenti merokok.

"Proses untuk berhenti merokok adalah sangat kompleks. Perokok tidak hanya diberikan ubat-ubatan kerana pada masa sama, mereka perlu melalui beberapa peringkat sebelum dapat berhenti dengan baik.

"Antaranya mereka akan diberikan kaunseling, pengetahuan mengenai tabiat dan kandungan rokok selain membuat lawatan lanjut sepanjang proses itu," jelas Abdul Razak.

Mereka akan dibekalkan ubat-ubatan seperti varenicline yang membantu mengurangkan masalah ketagihan.

"Ubat-ubatan yang diberikan boleh membantu perokok antara 40 peratus hingga 50 peratus jika mengikut prosedur yang ditetapkan oleh doktor.

"Mereka mampu berhenti merokok dalam masa enam bulan atau lebih sekiranya bersungguh-sungguh. Malah, hampir 40 peratus pesakit telah berjaya berhenti secara tetap setakat ini," kata Abdul Razak.

Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya menawarkan Perkhidmatan Berhenti Merokok di semua hospital kerajaan dan klinik-klinik kesihatan bagi rawatan ketagihan nikotin.

Mengulas mengenai kaedah berhenti merokok, Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Chong Chee Kheong, berkata, perokok pada kebiasaannya akan diberi ubat-ubat Nicotine Replacement Theraphy (NRT) yang dapat membantu masalah ketagihan mereka.

"Ubat-ubat NRT bertindak dengan cara mengurangkan kesan sampingan yang dialami perokok akibat pemberhentian merokok.

"Pemberian ubat tersebut dilakukan secara berperingkat sehingga individu tersebut bebas daripada ketagihan nikotin," jelasnya.

Ubat-ubatan NRT yang sah terjual di Malaysia adalah selamat digunakan kerana ia menjalani ujian klinikal bagi mengenal pasti keselamatan dan keberkesanannya. Penggunaan ubat tersebut juga mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

-Kosmo

Adam AF2 Kini Bergelar Ustaz?

Adam AF2 Kini Bergelar Ustaz?

Kali terakhir disentuh tentang perjalanan beliau dalam mendalami agama Islam, Adam AF2 menjawab yang beliau enggan menganggap fasa beliau kini sebagai satu hijrah kerana makna hijrah cukup besar.


“Memang sekarang ini saya sedang mendalami ilmu agama kerana ia adalah satu tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim. Kewajiban saya pada agama,” memetik kata kata Adam AF2 beberapa bulan yang lalu.

Hari ini, seorang peminat hiburan di forum Cari berkongsikan sebuah video yang menunjukkan Adam AF2 sedang memberikan tazkirah yang penuh pengisian kepada para peserta Kem Ibadah Muthmainnah.

Adam AF2 menyentuh beberapa aspek penting dalam diri seorang pelajar terutamanya niat & hati yang ikhlas dalam menentukan hala tuju hidup. Tonton tazkirah Adam AF2 dalam video berdurasi 24 minit seperti yang tertera dibawah.

-Rotikaya

Thursday, April 25, 2013

Corak Strategi Dengan PowerPoint Belasah Barcelona

Corak Strategi Dengan PowerPoint Belasah Barcelona

Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes mendedahkan kunci utama skuad kendaliannya membelasah Barcelona 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam dengan membuat pembentangan mengenai analisis corak permainan gergasi Sepanyol itu kepada barisannya menerusi PowerPoint.


Kehebatan bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi dan rakannya ditenggelamkan kelab gergasi Jerman itu yang kini hanya selangkah lagi untuk mara ke final buat kali kedua berturut-turut di Stadium Wembley bulan depan.

Empat gol Bayern dijaringkan oleh Thomas Muller pada minit ke-25 dan 82, Mario Gomez (49) dan Arjen Robben (73).

Saya sedar betapa besarnya perlawanan ini. Jika kamu menang 4-0 ke atas Barcelona, ia adalah prestasi menakjubkan yang dipamerkan pasukan kamu.

Adalah penting untuk kamu membuat analisis mengenai pihak lawan dan tahu corak permainan mereka sepenuhnya. Selain itu, kamu perlu ada perancangan dan membincangkannya dengan pemain.

Saya membuat analisis mengenai corak permainan Barcelona dan menggambarkannya menerusi pembentangan PowerPoint untuk pemain melihat sendiri pergerakan yang dilakukan mereka, kata Heynckes.

Walaupun memiliki kelebihan empat gol sebelum berkunjung ke Nou Camp untuk aksi kedua minggu depan, Heynckes menyifatkan slot ke final tetap belum terjamin kerana perlu mengharungi baki 90 minit perlawanan lagi.

-Agensi

Pengebom Profesional Sabotaj BN

Pengebom Profesional Sabotaj BN

Kejadian letupan di lokasi Ceramah Perdana Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal di Taman Jawi dekat sini malam kelmarin sehingga mencederakan seorang petugas jentera pilihan raya BN, dilakukan oleh orang yang profesional berdasarkan cara ia dihasilkan.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian pukul 10.15 itu dipercayai menggunakan campuran peledak bagi menghasilkan letupan kuat bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Menurut beliau, Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia yang memeriksa tempat kejadian menemui bahan letupan buatan atau IED (improvised explosive device) di longgokan sampah yang terletak 10 meter di belakang pentas utama.

"Polis turut menemui satu lagi bahan letupan yang sama diletakkan di dalam kotak di sekitar kawasan ceramah pada pukul 2 pagi dan berjaya dimusnahkan sejam kemudian.

"Kita percaya suspek telah meletakkan alat mengawal masa agar meletup ketika ceramah berlangsung berdasarkan penemuan wayar yang dipercayai disambung dengan bahan letupan," katanya kepada pemberita semasa membuat lawatan ke lokasi kejadian semalam.

Dalam kejadian tersebut, satu letupan kuat berlaku di kawasan longgokan sampah di belakang pentas utama sehingga menyebabkan seorang petugas parti, Zaidi Ramli, 35, cedera di kaki kanan terkena serpihan paip plastik daripada longgokan sampah berkenaan.

Letupan yang memeranjatkan kira-kira 3,000 penyokong BN itu berlaku ketika Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap.

Berikutan itu, polis menubuhkan pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlah Kesah bagi menjalankan siasatan.

-Kosmo

Gempar! 35 Pengganas Suluk Mati Di Tembak

Gempar! 35 Pengganas Suluk Mati Di Tembak

Kira-kira 35 askar militan Sulu yang cuba memasuki Sabah ditembak mati oleh tentera laut Filipina dan pengawal pantai pada Rabu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata, kesemua mereka ditembak sebelum dapat memasuki perairan Malaysia selepas enggan berpatah balik.

Zahid berkata, menurut laporan perisikan, kumpulan tersebut cuba memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Jika mereka sudah memasuki perairan kita, kita akan mengusir mereka keluar. Kita akan mempertahankan negara ini,” katanya pada sidang media di sini Khamis.

–mStar

Beruntungnya Orang Yang Mandi Pada Awal Pagi

Beruntungnya Orang Yang Mandi Pada Awal Pagi

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain, oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda.

Mandi pagi

Jika anda mandi pada waktu subuh sebelum matahari terbit, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda juga supaya kulit cantik terutamanya bagi wanita.

Antara manfaatnya ialah:

Kulit lebih lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan.

Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata.

Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda.

Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya.

Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus.

Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit

BACA INI JUGA: Kenapa Kucing Takut Air?

sumber: myberita

Bagaimana Mengetahui Jika Seseorang Berbohong?

Bagaimana Mengetahui Jika Seseorang Berbohong?

Mari kita sama-sama mencuba benarkah cara-cara dibawah mampu mengesan jika seseorang sedang berbohong. Anda boleh bermula pada bila-bila masa kerana ianya memakan masa serta pengalaman untuk dibuktikan. Jom baca..


Menyentuh Hidung. Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan Pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup Mulut. Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap. Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda boleh membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan Mata. Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan Jawapan. Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah. Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya anda ingin mengesan samaada seseorang itu berbohong, anda perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

-Fuh