Thursday, July 13, 2017

Keunikan Festival Bon Odori Masyarakat Jepun

Keunikan Festival Bon Odori Masyarakat Jepun

Kawaii! Ungkapan dalam bahasa Jepun yang bermaksud comel tidak henti-henti meniti di bibir melihat ratusan pengunjung mengenakan kimono musim panas dikenali sebagai Yukata bagi wanita dan Haori pula bagi lelaki, ketika festival masyarakat Jepun, Bon Odori.

Bon Odori

Odori membawa maksud tarian manakala Bon pula adalah singkatan bagi nama satu teks agama Buddha, Ullambana Sutra. Sebutan Urabon dalam bahasa Jepun juga disingkatkan kepada Bon.

Festival Bon Odori dianggap sebagai antara festival yang paling penting bagi masyarakat Jepun dan antara aktiviti yang dijalankan ialah tarian, nyanyian, persembahan dram dan gendang Jepun.

Festival Bon Odori diadakan pada setiap pertengahan tahun, seakan-akan perayaan Bulan Hantu yang disambut oleh masyarakat Cina.

Roh

Sebagai acara yang menyambut kunjungan roh-roh si mati atau dalam erti kata lain festival untuk menghormati roh si mati, Bon Odori cukup popular di setiap wilayah di Jepun apabila menjelang musim panas setiap tahun.

Di Jepun, festival Bon Odori dipercayai telah disambut sekitar 500 tahun lalu melibatkan tarian yang bernama Bon Odori.

Tradisi tarian Bon Odori bagaimanapun dipercayai hanya dikomersialkan secara rasmi sebagai hiburan khalayak sekitar era Muromachi (1333 sehingga 1573).

Daripada sebuah acara keagamaan, festival Bon Odori lama-kelamaan bertukar menjadi sebuah festival kebudayaan penuh keriangan musim panas.

Bon Odori Di Malaysia

Pada asalnya, festival Bon Odori diwujudkan bagi memastikan anak-anak Jepun yang menetap di luar negara tidak melupakan budaya mereka.

Satu festival kecil yang asalnya hanya tertumpu kepada masyarakat Jepun sekitar tahun 1970-an itu, semakin berkembang sehingga berjaya menarik hampir 30,000 pengunjung setiap tahun di Malaysia.

Bahkan terdapat sejumlah rakyat Jepun menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua.

Apa yang lebih menarik, festival Bon Odori adalah festival kebudayaan Jepun terbesar di Malaysia.

Selain Malaysia, Brazil, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) merupakan tiga buah negara lain yang turut mengadakan sambutan Bon Odori.

Pada hari sambutan, deretan gerai menawarkan aneka makanan, minuman dan snek asli tradisional dari Jepun, antaranya Takoyaki sotong.

Takoyaki ialah bebola tepung gandum berinti sotong yang dimasak pada kuali acuan dan disajikan bersama sos khas. Sedap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Festival Bunga Sakura, Kisah Disebalik Kecantikan

sumber: kosmo

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Julai)

Tarikh 13 Julai merupakan hari ke 194 (hari ke 195 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 171 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Charlotte Corday
Charlotte Corday.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Taraf Negara di Montenegro (1878) dan tarikh tradisi Perayaan Bon di Jepun.

Peristiwa

1174 – Pemberontak utama dalam Pemberontakan 1173-1174, William si Singa ditangkap di Alnwick oleh pasukan tentera yang setia kepada Henry II dari England.

1772 – Kapal HMS Resolution dan Kapten James Cook mula belayar dari Plymouth, England, bersama-sama HMS Adventure.

1793 – Pemimpin Revolusi Perancis Jean-Paul Marat dibunuh dalam takung mandinya oleh Charlotte Corday.

1878 – Kuasa-kuasa utama Eropah menandatangani Perjanjian Berlin, melukis semula peta Balkan.

1863 – Penentang undang-undang baharu yang mengerah orang menyertai Perang Saudara Amerika memulakan rusuhan di Bandar Raya New York.

1985 – Konsert amal Live Aid yang dikelolakan oleh Bob Geldof dan Midge Ure untuk memungut derma bantuan kebuluran di Habsyah, diadakan di London dan Philadelphia.

2008 – Anggota Kesatuan Eropah dan negara lain yang bersempadan Laut Mediterranean membentuk Kesatuan Mediterranean.

2011 – Tiga pengeboman terlaras di Mumbai, India, membunuh 26 orang dan mencederakan 130 lagi.

Kelahiran

1973 - Roberto Martínez, pengurus bola sepak kelab Everton.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Julai)

sumber: wikipedia

Wednesday, July 12, 2017

Senarai Skim Cepat Kaya MLM Bank Negara Malaysia 2017

Senarai Skim Cepat Kaya MLM Bank Negara Malaysia 2017

Berikut adalah senarai terbaharu Skim Cepat Kaya 2017 Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Skim cepat kaya

Senarai ini disusun berdasarkan maklumat, aduan dan pertanyaan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia (Bank) berhubung dengan aktiviti individu dan entiti yang berkenaan.

Senarai ini bukan senarai lengkap (not exhaustive) dan Bank akan mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa. Senarai ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada orang ramai untuk menjauhi skim ponzi yang jelas menipu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang deposit atau 'peleburan' dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan.

Mereka juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya meragui sebarang skim piramid yang ditawarkan.

Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada Investor Alert dan maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Senarai Skim Cepat Kaya 2017
  1. A.A.M Global Corporation Sdn Bhd
  2. Ahmad Zulkhairi Associates PLT (LLP0009065) (www.fx10capital.com)
  3. BC Academy Sdn Bhd (www.bookcoinsmalaysia.com)
  4. BC Bullion Sdn Bhd
  5. Berkat FD Sdn Bhd
  6. BitKingdom (www.bitkingdom.org)
  7. Climate Protectors Sdn. Bhd
  8. Coin Enterprise Ltd (Livecoin.net)
  9. Crowd Care Sdn Bhd (Lifeengineering.com.my)
  10. CYL Asia Enterprise (www.cyl4u.com)
  11. CYL4U Resources
  12. CYL Peoria Enterprise
  13. CYL Prospect Trading
  14. Dinar Dirham Global (www.dinardirham.com/www.dinardirham.online)
  15. Ecobit
  16. Efzinitus Capital Pte Ltd (www.efzinitus.com)
  17. Ethtrade Limited (https://ethtrade.org)
  18. Ethtrade Malaysia
  19. Itradex (www.itradexsystem.com)
  20. Jihadfarisha Ventures (www.dpkingfx.weebly.com)
  21. JJ Commerce Trading (SA0399365P)
  22. JJ Global Network (www.jjptr.com)
  23. JJ Online Enterprise (SA0399360K)
  24. JJ Poor To Rich (www.jjptr.com)
  25. JJPTR (www.jjptr.com)

Orang ramai dinasihatkan agar jangan mempercayai dan menyertai skim cepat kaya kerana skim seperti ini tidak akan memberi kekayaan.

Fikirlah, jika institusi kewangan yang disokong kerajaan pun ada ketika tidak mampu memberi pulangan sebanyak lima peratus, bagaimana skim cepat kaya yang diasaskan seorang individu mampu memberi jaminan pulangan terlalu tinggi.

Jauhkan diri sebelum tersontot.

BACA INI JUGA: 2 Cara Mudah Membezakan Bisnes MLM Sebenar vs Skim Cepat Kaya

sumber: bnm

Pyare Mohan Ketagih Makan 3 Kilo Cili Setiap Hari

Pyare Mohan Ketagih Makan 3 Kilo Cili Setiap Hari

Setiap hari, Pyare Mohan akan makan hingga tiga kilogram cili dan tanpa cili, dia merasakan hidupnya pada hari itu tidak lengkap. Lelaki ini ketagih makan benda yang agak pelik, iaitu cili.

Pyare Mohan

Pyare, 40, menyifatkan rasa cili yang dimakannya itu manis dan dia tidak akan rasa kenyang selagi tidak makan cili. Lagi pedas lagi bagus, katanya yang mula ketagih makan cili sejak enam tahun lalu.

Semua jenis cili akan dimakan oleh warga India ini dan dia juga akan meminta isterinya menyediakan makanan yang sangat pedas.

“Saya tidak akan rasa kenyang selagi tidak makan cili. Tanpa cili, rasa seperti langsung tidak makan apa-apa pun,’’ katanya yang berasal dari Madhya Pradesh.

Disebabkan tabiat pelik itu, Pyare menjadi perhatian dan setiap hari ada sahaja orang yang datang ke rumahnya untuk menyaksikan dia makan cili.

“Mereka layan saya seperti selebriti. Mereka semua tahu akan keupayaan saya untuk makan cili. Setiap hari boleh dikatakan sekurang-kurangnya ada 10 orang akan beratur di luar rumah saya,’’ katanya.

Di sebalik tabiat pelik itu, Pyare yang memperoleh pendapatan dengan bermain alat muzik di majlis perkahwinan, malahan juga tidak pernah jatuh sakit.

BACA INI JUGA: Tekak Berlubang Selepas Makan Lada Paling Pedas!

sumber: mynewshub

Tahukah Anda Bunyi Paling Kuat Dalam Sejarah Manusia?

Tahukah Anda Bunyi Paling Kuat Dalam Sejarah Manusia?

Bunyi paling kuat pernah berlaku dalam sejarah manusia yang pernah direkodkan telah dicatatkan pada tahun 1883.

Krakatau

Bunyi tersebut adalah hasil letusan gunung berapi Krakatau di Pulau Lautan Hindi Kecil.

Bunyi tersebut boleh didengar sehingga sejauh 3,000 batu yakni sehingga ke Madagascar.

Kepulan debu menjulang setinggi 25 batu ke langit dan menyebabkan tsunami yang amat besar dengan ombak setinggi 175 kaki, berkelajuan 400 batu sejam menyeberangi lautan dan memusnahkan 300 buah bandar.

Semoga kejadian ini tidak berulang lagi. Amin..

BACA INI JUGA: 10 Fakta 'Menakutkan' Gunung Berapi Dan Gempa Bumi!

sumber: blogger2u

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Julai)

Tarikh 12 Julai merupakan hari ke 193 (hari ke 194 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 172 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Australian_Aboriginal_Flag
Australian Aboriginal Flag.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Peringatan Perang Boyne (1690) di Ireland Utara (Hari Kedua Belas) dan Hari Kemerdekaan di São Tomé dan Príncipe (1975) dan Kiribati (1979).

Peristiwa

1806 - 16 negeri Jerman keluar daripada Empayar Suci Rom dan membentuk Gabungan Rhein.

1862 - Pingat ketenteraan tertinggi kerajaan Amerika Syarikat Medal of Honor diluluskan oleh Kongres A.S.

1943 - Perang Dunia Kedua: Angkatan Jerman dan Soviet bertembung dalam Pertempuran Prokhorovka, salah satu pertempuran kereta kebal terbesar dalam sejarah.

1967 - Rusuhan kaum bermula di Newark, New Jersey, A.S. mengakibatkan 27 orang maut dalam tempoh empat hari.

1971 - Bendera Orang Asli Australia, salah satu bendera rasmi Australia, dikibarkan buat pertama kali.

1975 - São Tomé dan Príncipe mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal.

1979 - Kepulauan Gilbert memperoleh kemerdekaan dan dikenali sebagai Kiribati.

1993 - Gempa bumi bermagnitud 7.8 berhampiran pesisir Hokkaidō, Jepun mencetuskan tsunami yang membunuh 202 orang di pulau kecil Okushiri.

2005 - Putera Albert II dinobatkan sebagai pemerintah Monaco.

2006 - Hizbullah menyerang kedudukan tentera Israel di sempadan Lubnan di samping melancarkan roket dan mortar ke Israel, mencetuskan Perang Julai.

2009 - Javier Velásquez menjadi Perdana Menteri Peru.

2010 - Switzerland menolak permintaan ekstradisi Amerika Syarikat terhadap pengarah filem Roman Polanski untuk dijatuhkan hukuman kes serangan seksual terhadap gadis bawah umur pada 1977.

2011 - Ahli politik Afghan dan adik tiri Presiden Hamid Karzai, Ahmed Wali Karzai dibunuh.

2012 - Putera Mahkota Tonga Tupoutoʻa ʻUlukalala mengahwini Sinaitakala Fakafanua di Nukuʻalofa.

Kelahiran

1852 - Hipólito Irigoyen salah seorang presiden Argentina.

1978 - Topher Grace, pelakon Amerika Syarikat.

Kematian

1968 - Hassan Yunus, Menteri Besar Johor ke-10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Julai)

sumber: wikipedia

Tuesday, July 11, 2017

Imbasan Tragedi Berdarah Pembunuhan Muslim Bosnia 1995

Imbasan Tragedi Berdarah Pembunuhan Muslim Bosnia 1995

Antara tahun 1992 dan 1995, lebih daripada 100,000 orang awam Bosnia yang tidak berdosa kehilangan nyawa mereka.

Kekejaman Serbia

Di bandar Srebrenica pula, hampir 8000 orang Islam telah dibunuh di antara 11 dan 13 Julai pada tahun 1995. Ya, Srebrenica adalah ‘Safe Area’ yang dilindungi PBB.

Terdapat pasukan pengaman Belanda yang ditempatkan di wilayah itu dan tugas mereka adalah untuk melindungi pelarian di dalam dan sekitar Srebrenica.

Namun begitu, pasukan pengaman gagal memainkan peranan mereka. Pembunuhan beramai-ramai ini, tidak dapat dinafikan merupakan antara peristiwa yang paling teruk yang pernah disaksikan oleh Eropah selepas Perang Dunia Kedua, yang telah dilakukan oleh tangan-tangan pengganas Serbia yang diketuai oleh si laknat Jeneral Ratko Mladic.

Mangsa-mangsa telah ditembak dan dibuang ke dalam kubur besar, menjadikan proses mengenalpasti mangsa yang dibunuh sangat sukar.

International Commission on Missing Persons (ICMP) hanya berjaya mengenal pasti hampir 6,500 mangsa pembunuhan beramai-ramai Srebrenica. Selebihnya kekal ‘tidak dikenali’.

Pasukan pengaman Belanda gagal untuk menjalankan tugas dan peranannya malah, melihatkan petikan kata-kata Jeneral John Sheehan, Komander Agung NATO:

“The case in point that I’m referring to is when the Dutch were required to defend Srebrenica against the Serbs. The battalion was under-strength, poorly led, and the Serbs came into town, handcuffed the soldiers to the telephone poles, marched the Muslims off, and executed them. That was the largest massacre in Europe since World War Two.”

Tiada rusuhan di Srebrenica. Tidak juga wujud konflik antara dua pihak. Ia adalah pembunuhan beramai-ramai semata, seperti yang disebut International Criminal Tribunal for Former Yugoslavia dan International Court of Justice :

“By seeking to eliminate a part of the Bosnian Muslims, the Bosnian Serb forces committed genocide. They targeted for extinction the 40,000 Bosnian Muslims living in Srebrenica, a group which was emblematic of the Bosnian Muslims in general. The Appeals Chamber states unequivocally that the law condemns, in appropriate terms, the deep and lasting injury inflicted, and calls the massacre at Srebrenica by its proper name: genocide. Those responsible will bear this stigma, and it will serve as a warning to those who may in future contemplate the commission of such a heinous act.”

Ringkasan Tragedi Pembunuhan

Strategi Serbia membunuh secara selektif mengikut gender iaitu golongan lelaki adalah kekejaman sistematik yang paling teruk pernah tercatat dalam sejarah dunia.

Secara umum, tragedi sedih ini adalah jenayah genocide terhadap Muslim Bosnia dan secara khusus jenayah gendercide terhadap lelaki Muslim Bosnia.

Tragedi ini berlaku di sebuah bandar-perlombongan perak Bosnia yang terletak di Srebrenica pada Julai 1995, salah satu tindakan gendercide moden paling dahsyat yang pernah berlaku.

Walaupun di bawah ‘pemantauan’ masyarakat antarabangsa dan pasukan pengaman PBB, namun tentera Serbia tetap boleh memisahkan golongan lelaki dari wanita dan membunuh beribu-ribu orang secara beramai-ramai atau memburu mereka sehingga ke dalam hutan.

Seperti mana kejahatan yang sering dilakukan oleh satu-satu bangsa pelampau terhadap satu-satu bangsa yang ditindas termasuklah kemusnahan bandar-bandar dan rogol wanita beramai-ramai, tentera Serbia lebih menumpukan perhatian mereka secara sistematik kepada golongan lelaki “battle-age” iaitu umur antara 18-55 tahun.

Sebagaimana yang diperincikan oleh Perdana Menteri Serbia, Hasan Muratovic, lelaki Bosnia ditangkap di mana sahaja mereka berada, kemudian mereka akan dibunuh terus atau ditahan di suatu tempat.

Berikut merupakan ringkasan modus operandi tentera Serbia:

1. Concentration – Mengelilingi kawasan yang akan ‘dibersihkan’ dan selepas memberi amaran kepada penduduk – mereka kerap digesa untuk meninggalkan rumah atau sekurang-kurangnya menandakan rumah-rumah penduduk dengan bendera putih – menakut-nakutkan penduduk dengan tembakan meriam dan sewenang-wenangnya membunuh dan mengheret mereka keluar ke jalan-jalan.

2. Decapitation – Membunuh dan menyingkir pemimpin politik dan mereka yang mampu mengisi kerusi kepimpinan seperti peguam, hakim, pegawai-pegawai awam, penulis atau ahli akademik.

3. Separation – Mengasingkan wanita, kanak-kanak dan orang tua dari lelaki lingkungan ‘battle-age’ iaitu antara 16-60 tahun.

4. Evacuation – Mengangkut wanita, kanak-kanak, dan orang tua ke sempadan, membuang mereka ke wilayah atau negara jiran.

5. Liquidation – Membunuh lelaki lingkungan ‘battle-age’ dan melupuskan mayat-mayat mereka.

Dalang di sebalik jenayah pembunuhan

Kedua-dua dalang utama penghapusan bangsa Srebrenica yang masih dalam perbicaraan di The Hague adalah; bekas Presiden Republika Srpska, Radovan Karadzic, dan Ketua Tentera Republika Srpska, Ratko Mladic.

Sepanjang perbicaraan, Kolonel Luka Dragicevic yang turut terlibat dalam jenayah ini ada menyebut dalam keterangannya bahawa dia tidak menyesal langsung dengan jenayah yang dilakukannya pada 1995.

Dia berasa bahawa “orang Serbia secara genetik lebih kuat, lebih baik, lebih indah dan lebih bijak” berbanding orang Bosnia.

Sikap perkauman yang melampau itu hanyalah sebahagian kecil daripada kebencian yang mendalam terhadap bangsa Muslim Bosnia.

Kesimpulan

Sudah 22 tahun berlalu, namun parut tragedi masih segar. Kerajaan Serbia bercita-cita untuk menyertai EU.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa agenda mereka dalam ‘sikap acuh tak acuh’ terhadap kejahatan semalam bukanlah jalan yang betul.

Rakyat di Republika Srpska perlu sedar bahawa pemimpin mereka – sama ada sebelumnya Presiden Radovan Karadzic, anak perempuannya Sonja Karadzic-Jovicevic, atau Presiden sekarang – perlu disingkirkan. Nasionalisme boleh diterima, tetapi sikap ultra-nationalisme hanyalah sia-sia dan tidak berguna.

Di sisi lain, rakyat Bosnia, mengalami trauma sakit peperangan dan menjadi saksi jenayah pembunuhan beramai-ramai ke atas saudara-mara mereka, ditambah sedang mengalami krisis penafian kewujudan bangsa mereka di tanah air sendiri.

Tiada keganasan tidak bermakna tiada lagi rasa takut.

Selepas semua siri kekejaman itu, rakyat Bosnia perlu sedar bahawa perjuangan mereka untuk keadilan masih belum berakhir. Mereka perlu mencari kekuatan untuk memiliki masa depan yang gemilang di tanah air sendiri.

Bukan sahaja bagi orang-orang Bosnia, bahkan orang Islam secara keseluruhannya yang bersyahadah dengan kalimah yang sama!

BACA INI JUGA: Sejarah Kolonialisme Dan Kebencian Terhadap Islam

sumber: focuss

Makan Bawang Putih Setiap Malam Mampu Mengeluarkan Racun Dari Tubuh

Makan Bawang Putih Setiap Malam Mampu Mengeluarkan Racun Dari Tubuh

Bawang putih dipercayai dapat membersihkan tubuh anda dari toksin atau racun dan membantu merawat beberapa jenis penyakit.

Bawang putih

Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh sekaligus melancarkan sistem penghadaman.

Cara Penyediaan

1. Potong beberapa hirisan bawang putih.

2. Kemudian tambah satu sudu air.

3. Masukkan perahan air lemon dan minum.

Amalkan selalu

Ulangi prosedur ini setiap malam sebelum tidur dan pastikan minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Diet Lemon Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu!

sumber: sehinggit

Hadji Ice Cream Pembekal Ais Krim Halal Di Malaysia

Hadji Ice Cream Pembekal Ais Krim Halal Di Malaysia

Hadji Ice Cream sebuah syarikat tempatan di Malaysia kini sedang membuka peluang keemasan buat peniaga dan penjual yang berminat untuk memulakan bisnes aiskrim halal di Malaysia dengan bekalan ais krim perisa tempatan buatan sendiri yang pastinya enak dan punyai rasa istimewa tersendiri.

Hadji Ice Cream

Menceburi perniagaan ais krim pastinya amatlah berbaloi kerana selain cuaca negara yang panas dan lembap sepanjang tahun, bisnes aiskrim juga modalnya kecil dengan risiko rendah.

Ais krim Hadji paling sedap di Malaysia?

Bagi anda penggemar ais krim, ini satu lagi pilihan terbaik untuk anda merasai keenakan perisa tempatan yang dibuat dengan resepi tradisi turun temurun malah ada juga perisa asli buah-buahan tropika, misalnya Durian King!

Anda pasti menyukai rasa dan kelazatannya.

Peluang Bisnes Ais krim Halal Di Malaysia

Anda minat berniaga ais krim, atau sememangnya penjual ais krim? Bisnes ais krim sebenarnya antara perniagaan yang tidak akan rugi sebaliknya mampu mendatangkan keuntungan lumayan.

Ais krim sentiasa berada di rangkaian bisnes yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan terutamanya di musim panas.

Apabila bercakap tentang produk Ais Krim Hadji pula, rasanya hampir semua suka makan apatah lagi kalau rasanya memang sedap, tambahan lagi kalau dijamin halalnya seperti produk tempatan ini, Hadji Ice Cream.

Selain halal, terjamin kualitinya dan sedap dimakan, Ais Krim Hadji juga boleh ditempah oleh peniaga ais krim yang berminat untuk mendapatkan produk tempatan untuk menjalankan perniagaan Ais Krim.

Begitu juga jika anda sendiri masih lagi terkial-kial untuk menentukan jenis perniagaan yang mahu diceburi, ini peluang terbaik yang tidak akan selalu melintas di depan mata.

Al-Jazeera Ice Cream milik Bumiputera

Hadji Ice Cream

Berdiri dibawah syarikat Al-Jazeera Ice Cream, syarikat milik sepenuhnya bumiputera ini baru dilancarkan pada tahun 2015.

Al-Jazeera Ice Cream Sdn. Bhd. Is an ice cream products manufacturing company established in the year 2005. Our principal activity is in the production of soft and hard ice cream products with various flavors under the brand Hadji Ice Cream.

Our operations and products are certified by Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP) and Halal (JAKIM) standards.

Panduan semakan logo Halal
  • MS1500 : 2009
  • 1142 - 10/2009

Antara Produk Keluaran Ais Krim Hadji

1. Essential Series

Essential Series

Perisa
  • Raspberry Ripple
  • Double Chocolate
  • Pistachio
  • Butterscotch

2. Natural Series

Natural Series

Perisa
  • Durian King
  • Coconut Royale

3. Bulk Ice Cream in Tubs

Bulk Ice Cream in Tubs

Perisa
  • Raspberry Ripple
  • Double Chocolate
  • Pistachio
  • Butterscotch
  • Vanilla
  • Strawberry
  • Chocolate Ripple
  • Lime Ripple
  • Coconut

4. Bulk Ice Cream in Boxes

Bulk Ice Cream in Boxes

Perisa
  • Raspberry Ripple
  • Double Chocolate
  • Pistachio
  • Butterscotch
  • Vanilla
  • Strawberry
  • Chocolate Ripple
  • Lime Ripple
  • Coconut

Penghantaran produk Ais Krim dengan kos paling minimum

i. Free delivery with minimum purchase

Area 1 : KL , Gombak, Ampang & Pandan
  • Free delivery with minimum purchase of RM 100 worth of Hadji Ice Cream products (excluding cones)
  • For purchase below RM 100 a delivery charge of RM20 is applicable
  • Delivery within 2 working days

ii. Delivery to other locations within Selangor

Area 2 : Kelana Jaya, Subang, Selayang, Puchong, Petaling Jaya
  • RM 30 per delivery
  • Delivery within 2 working days

Area 3 : Shah Alam, Putrajaya, Hulu Langat & Serdang
  • RM 50 per delivery
  • Delivery within 2 working days

Area 4 : Semenyih, Dengkil, Klang, Kapar, Ijok, Serendah, Ulu Yam
  • RM 80 per delivery
  • Delivery within 2 working days

Area 5 : Other Locations in Selangor
  • RM 150 per delivery
  • Delivery within 3 working days

iii. Delivery to other states in Peninsular Malaysia

States : Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis
  • Minimum order quantity - 40 cartons
  • Delivery Charge - RM 3 per carton
  • Delivery within 5 working days

States : Kelantan, Terengganu & Pahang
  • Delivery charge as per refrigeration truck (3 tonne)
  • Service Fee - RM 1,600/per delivery
  • Delivery within 14 working days

Bagaimana Mahu Menempah Ais Krim Hadji?

Untuk sebarang pertanyaan bagi anda yang berminat dengan produk Hadji Ice Cream, mereka boleh dihubungi menerusi laman web haji.com.my.

Jadi, apa tunggu lagi.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Julai)

Tanggal 11 Julai merupakan hari ke 192 (hari ke 193 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 173 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Penghapusan bangsa Bosnia
Penghapusan bangsa Bosnia.

Hari ini juga merupakan permulaan Naadam di Mongolia.

Peristiwa

1302 - Infantri Flanders berjaya menghentikan serangan Perancis berhampiran Kortrijk dalam Pertempuran Pacu Emas.

1405 - Pengembara China Ming Laksamana Zheng He memimpin armada besar 317 kapal dari Suzhou dalam misi perdagangan ke India.

1533 - Raja Henry VIII dari England dikucilkan oleh Paus Clement VII.

1789 - Revolusi Perancis: Jacques Necker disingkirkan sebagai Menteri Kewangan, mencetus bantahan umum di Paris yang membawa kepada Serbuan Bastille tiga hari kemudian.

1804 - Di Weehawken, New Jersey, bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Alexander Hamilton, mengalami cedera parah dalam pertarungannya dengan Naib Presiden Aaron Burr.

1811 - Ahli sains Itali Amedeo Avogadro menerbitkan hipotesis mengenai kandungan molekul gas, iaitu Hukum Avogadro.

1921 - Perang Kemerdekaan Ireland tamat dengan damai sementara antara United Kingdom Great Britain dan Ireland dengan Tentera Republikan Ireland.

1921 - Bekas Presiden Amerika Syarikat William Howard Taft mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Mahkamah Agung, menjadikan beliau satu-satunya orang yang pernah memegang kedua jawatan.

1940 - Wira Perang Dunia I Perancis Henri-Philippe Petain menjadi ketua negara Perancis Vichy.

1957 - Putera Karīm al-Hussaynī mewarisi Sultan Muhammed Shah sebagai Aga Khan.

1995 - Penghapusan bangsa Bosnia: Tentera Serb Bosnia pimpinan Ratko Mladić memulakan pembunuhan Srebrenica di Potočari, Srebrenica, Bosnia dan Herzegovina.

2006 - Satu letupan berlaku di bandar Mumbai, India, mengorbankan 200 nyawa dengan lebih 700 orang tercedera.

2010 - Satu siri serangan bom di Kampala, Uganda, membunuh 74 orang.

2010 - Piala Dunia FIFA berakhir dengan Sepanyol menewaskan Belanda untuk kejuaraan pertamanya.

2012 - Ahli astronomi mengumumkan penemuan S/2012 P 1, bulan kelima Pluto.

2013 - Kerajaan Perdana Menteri Luxembourg Jean-Claude Juncker jatuh berikutan satu skandal perkhidmatan rahsia.

Kelahiran

1767 - John Quincy Adams, Presiden Amerika Syarikat ke-6.

Kematian

1991 - Mokhtar Dahari, pemain bola sepak Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Julai)

sumber: wikipedia

Gambar Cantik Anak Dara Shah Rukh Khan Sudah Berusia 17 Tahun

Gambar Cantik Anak Dara Shah Rukh Khan Sudah Berusia 17 Tahun

22 Mei lalu, anak gadis Shah Rukh Khan, Suhana, meraikan ulang tahunnya yang ke-17, namun, apa yang menjadi perhatian anak aktor filem Kuch Kuch Hota Hai kini berubah menjadi gadis yang menawan.

Shah Rukh Khan and suhana

Kecantikan Suhana jelas terlihat menerusi foto yang dimuat naik ibunya di Instagram.

Bintang popular Bollywood, Shah Rukh Khan memiliki tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Gauri Khan dan salah seorang anak aktor itu merupakan gadis bernama Suhana Khan.

Shah Rukh Khan and suhana

Menerusi Indian Express, foto yang dimuat naik Gauri itu dibidik oleh jurufoto terkenal, Avinash Gowarika.

Ternyata, selepas Gauri memuat naik foto anaknya, ramai netizen yang memuji kecantikan Suhana.

BACA INI JUGA: Filem Shahrukh Khan Dan Kajol Terus Ditayang Selepas 20 Tahun!

sumber: sehinggit