Apr 13, 2015

Festival Bunga Sakura, Kisah Disebalik Kecantikan

Pesta bunga sakura merupakan antara acara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Jepun saban tahun. Pohon sakura turut dikenali dengan nama Cherry blossom merupakan pokok hiasan yang paling diminati oleh penduduk di negara Matahari Terbit tersebut.

Festival Sakura

Sepanjang sambutan Festival Sakura, masyarakat Jepun akan berkumpul untuk berkelah sambil mengamati keindahan pohon berkenaan.

Berjuta-juta pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta menyaksikan bunga sakura yang mewarnai bumi Jepun sejak tahun 1912.

Di China pula, lokasi popular untuk melihat pohon sakura ialah Taman Yuyuantan, Beijing yang mempunyai lebih 2,000 pokok dengan 200 daripadanya dihadiahkan oleh Jepun pada awal tahun 1970 sebagai tanda keakraban hubungan diplomatik.

Aktiviti melihat bunga sakura amat popular dalam kalangan masyarakat Jepun berikutan ia hanya kembang selama seminggu setiap penghujung bulan Mac. Ia merupakan tanda ketibaan musim bunga.

Keraian tersebut turut menjadi tarikan pelancongan utama di Jepun dan beberapa kawasan di China serta Korea Selatan dengan mekarnya bunga istimewa berwarna merah jambu dan putih.

Di sebalik kemeriahan sambutan pesta bunga yang juga merupakan sejenis pokok hiasan ceri tersebut, wujud perdebatan antara pihak China, Jepun dan Korea Selatan yang mendakwa bahawa pohon sakura berasal dari negara mereka.

Sejak kebelakangan ini, pihak media Korea Selatan telah mewujudkan provokasi terhadap Jepun yang mendakwa bahawa negara mereka merupakan lokasi asal pokok bunga sakura.

Begitupun, menurut Pengerusi Eksekutif Persatuan Cherry China, Zongru, dakwaan Jepun dan Korea Selatan bahawa pohon sakura berasal dari negara mereka adalah tidak benar.

Menurutnya, spesies asal pohon tersebut mula-mula ditemui pada pemerintahan Kerajaan Pertengahan Mesir iaitu abad ke-20 hingga ke-17 Sebelum Masihi.

Sejarah

Festival Sakura [2]
Pengunjung di Jepun menikmati keindahan bunga sakura.

Dalam huraian sebuah monograf Jepun berkaitan bunga sakura mendakwa bahawa pohon tersebut kemudian ditanam di pergunungan Himalaya, China, sebelum dibawa ke Jepun semasa pemerintahan Dinasti Tang lebih 1,100 tahun lalu.

“Kami tidak mahu bertikam lidah dengan Jepun dan Korea Selatan tetapi kami bercakap berdasarkan bukti.

“Terdapat banyak dokumen sejarah yang mengesahkan bahawa bunga sakura berasal dari China dan kami mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu kepada semua orang tentang sejarah berkenaan,” katanya.

Sedekad lalu, Tokyo telah menghadiahkan tumbuhan istimewa tersebut kepada beberapa negara seperti Amerika Syarikat sebagai tanda hubungan baik antara kedua-dua buah negara.

Selain pertelingkahan tentang bunga sakura, hubungan antara ketiga-tiga buah negara itu telah sedia tegang.

Ini berikutan beberapa isu termasuklah sejarah penjajahan Jepun pada abad ke-20 di Korea dan sebahagian tanah besar China yang menjadi punca Perang Dunia Kedua, sekali gus mewujudkan persaingan tuntutan wilayah di perairan serantau.

Zongru dalam perdebatan terakhir berkenaan pohon sakura menegaskan kepada Korea Selatan bahawa bunga tersebut merupakan tumbuhan yang berasal dari China dan telah berkembang di Jepun.

Beliau turut menyatakan bahawa Korea Selatan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sejarah kewujudan pohon tersebut. –Agensi

BACA INI JUGA: Festival Argungu, Perayaan Menangkap Ikan Terbesar Dunia!

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

teringat kes popia yg jadi rebutan indonesia dan malaysia ...pape pon sy suka tgk bunga sakura nih...cantik

Bila agaknya dapat tengok bunga sakura betul nie

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon