Friday, March 20, 2026

Kisah Nabi Samson a.s. Dan Malam Seribu Bulan

Kisah Nabi Samson a.s. Dan Malam Seribu Bulan

Kisah Nabi Samson a.s. (dalam tradisi Islam dikenali sebagai Shamshun atau Sam'un) adalah antara cerita paling terkenal tentang kekuatan luar biasa yang diberikan oleh Allah, adalah seorang pejuang dari Bani Israel yang hidup di zaman penindasan oleh bangsa Filistin.

Kisah Nabi Samson a.s. Dan Malam Seribu Bulan

Kisah Nabi Samson atau Sam'un Al-Ghazi merupakan kisah-kisah Israiliyat, sudah diceritakan secara turun temurun dalam masyarakat Arab.

Diceritakan dalam kitab Muqasyafatul Qulub karya imam Al Ghazali, pada suatu malam di bulan Ramadan, Nabi Muhammad SAW sedang berkumpul dengan para sahabat.

Tiba-tiba seorang sahabat melihat Nabi Muhammad SAW tersenyum lalu bertanya, "Apa yang membuatmu tersenyum wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab, "Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika semua manusia dikumpulkan di padang mahsyar. Semua Nabi dan Rasul berkumpul bersama umatnya masing-masing kemudian masuk ke surga. Ada salah seorang nabi dengan membawa pedang, tidak memiliki pengikut satupun, masuk ke dalam surga. Dia adalah Sam'un."

Sam'un alias Samson alias Simson dalam bahasa ibrani merupakan salah seorang Nabi dalam ajaran agama Islam yang dikenal dengan nama Sam'un Ghozi Alaihi Salam.

Beliau adalah orang yang memiliki kekuatan luar biasa dan tak terkalahkan. Allah Swt memberikan mukjizat kepada Nabi Sam'un yang mampu melembutkan besi, memutuskan rantai yang besar serta merobohkan istana.

Nabi Sam'un berasal dari Palestin tepatnya Ghaza atau Gaza. Beliau diutus berdakwah untuk kaum Bani Israil di tanah Romawi. Nabi Sam'un memiliki sebuah senjata mirip pedang yang terbuat dari rahang unta bernama Liha Jamal.

Konon ceritanya, hanya dengan pedang tersebut, Nabi Sam'un telah membunuh ribuan kaum kafir. Ketika Nabi Sam'un haus, pedang itu dapat mengeluarkan air. Dan ketika beliau lapar, pedang itu akan menumbuhkan daging.

Pada masa itu paganisme tumbuh begitu subur di kalangan Bani Israil. Semua orang menjadi penyembah berhala dan hanya mementingkan harta benda. Maka diutuslah Nabi Sam'un untuk menyampaikan risalah Allah Swt dengan penuh ketakwaan.

Dalam berdakwah, beliau selalu menyebut 'Laa ilaaha ilallah' ertinya Tiada Tuhan Selain Allah. Namun kerana begitu sesatnya mereka, hingga Nabi Sam'un tidak memiliki seorang pengikut pun.

Namun, itu tak menjadi masalah baginya. Dengan kecekalan dan kekuatan yang dimiliki, Nabi Sam'un terus menentang pemerintah pada waktu itu bernama Raja Israil.

Nabi Sam'un Ghozi selalu memenangi pertempuran melawan kaum kafir dan tidak pernah kalah. Kaum kafir sampai ketakutan dibuatnya. Hingga akhirnya Raja Israil memikirkan cara-cara licik untuk mengalahkan Nabi Sam'un.

Sang Raja mengadakan sayembara kepada siapa saja yang berhasil mengikat dan membawa Nabi Sam'un ke istana, maka akan diberikan imbalan emas dan permata yang sangat banyak.

Raja kemudian mempunyai idea untuk menawarkan hadiah kepada isteri Nabi Sam'un.

Raja bertanya, "Wahai isteri Sam'un, adakah kamu mencintai suamimu?"

Sang isteri menjawab, "Tentu saja raja."

Kemudian Raja bertanya lagi, "Kamu tahukan bahawa suamimu membuat kita semuanya ketakutan."

Sang isteri berkata, "Tentu saya juga tahu itu Raja."

Raja lantas memberikan tawaran lumayan kepada isteri Nabi Sam'un, "Mahukah kamu menaklukkan suamimu dan membawanya ke istana? Atas kejayaanmu kelak akan diberikan imbalan berupa emas dan permata yang berlimpah."

Tergiur akan penawaran sang Raja, maka isteri Nabi Sam'un pun menyanggupinya dan berkata, "Baik Raja, saya bersedia."

Kemudian oleh Raja diberikanlah tali untuk mengikat tubuh Nabi Sam'un.

Percubaan di hari pertama, sang isteri menunggu Nabi Sam'un yang sedang solat, namun kerana terlalu lama akhirnya sang isteri mengantuk hingga tertidur.

Hari berikutnya ketika Nabi Sam'un sedang tertidur, sang isteri kemudian mengikat badannya. Nabi Sam'un lantas terbangun dan bertanya, "Wahai isteriku, adakah engkau yang mengikat tubuhku?"

Sang isteri menjawab, "Aku hanya mencuba seberapa kuatkah dirimu."

Kemudian tanpa kesukaran tali itu diputuskan oleh Nabi Sam'un dan terlepas dari tubuhnya.

Percubaan ketiga pun menemui kegagalan yang sama. Kerana selalu gagal, akhirnya sang isteri menggunakan strategi rayuan.

Dia bertanya kepada Nabi Sam'un, "Wahai suamiku, apakah gerangan yang mampu mengalahkanmu?"

Kerana cinta dan sayangnya Nabi Sam'un kepada sang isteri, beliau kemudian lantas menjawab, "Ikatlah tubuhku dengan rambut-rambutku, maka itulah yang sebenarnya membuatku lemah."

Nabi Sam'un memiliki rambut yang sangat panjang hingga menyentuh tanah. Maka keesokan harinya sang isteri pun mengikat tubuh Nabi Sam'un dengan potongan rambutnya sendiri.

Setelah lemah tak berdaya, sang isteri mengkhabarkan kepada Raja Israil kemudian dibawalah tubuh Nabi Sam'un ke istana.

Disana beliau diseksa dan akan dibunuh secara perlahan. Kedua mata dibutakan, telinga, kaki dan tangannya pun dipotong.

Atas kejadian itu Allah Swt memerintahkan malaikat Jibril turun dan menemui Nabi Sam'un lalu bertanya, "Apa yang engkau inginkan wahai nabiullah."

Nabi Sam'un menjawab, "Saya minta ampun atas kesalahan yang seharusnya tidak saya beritahukan kepada siapapun termasuk istri saya. Dan saya meminta agar kekuatan saya dikembalikan hingga mampu menggerakkan tiang istana ini."

Seketika itu juga kekuatan Nabi Sam'un dikembalikan oleh Allah Swt, hingga beliau dapat menghancurkan tiang dan merobohkan istana.

Reruntuhan istana menjatuhi masyarakat, sang Raja Israil dan bahkan isterinya sendiri, hanya Nabi Sam'un saja yang hidup.

Kemudian dikembalikan kedua kaki, tangan, telinga dan mata beliau.

Nabi Sam'un kemudian bersumpah bahawa dia akan melawan kebatilan dan beribadah selama 1000 bulan tanpa henti.

Dalam cerita nabi-nabi, Nabi Sam'un telah melaksanakan ibadah puasa di siang hari dan salat malam selama lebih kurang 1000 bulan tanpa terputus.

Setelah mendengar kisah Nabi Sam'un Al Ghaszi a.s., banyak sahabat Nabi Muhammad SAW yang terharu dan menitiskan air mata.

Lalu bertanyalah sahabat kepada Rasul, "Wahai Rasulullah betapa besar ganjaran yang diterima Nabi Sam'un Al Ghozi a.s., beliau membenteras kebatilan selama seribu bulan. Malamya beliau beribadah dan siangnya berpuasa serta berjihad. Sedangkan kami yang lemah ini tidak mampu melakukan ibadah itu."

Nabi Muhammad SAW kemudian terdiam sejenak. Disaat itulah turun wahyu dari Allah Swt surat Al Qadr ayat 1-5.

Rasulullah kemudian bersabda, "Burulah malam lailatulqadar ini, kalian hanya mengamalkan satu malam dan mendapatkan malam lailatulqadar itu, maka kamu akan mendapatkan lebih baik daripada beribadah seribu bulan seperti Nabi Sam'un Al Ghozi AS."

Tidak ada yang tahu bila malam lailatulqadar itu hadir. Malam dimana cahaya syurga menerangi bumi. Malam dimana Tuhan menyeka air mata dan dosa-dosa manusia.

Beberapa pendapat ulama menganjurkan kepada kita untuk memperbanyak ibadah di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan untuk mendapatkan malam lailatulqadar.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 264: Di Tengah Kampung Terpencil

SBDJ Siri 264: Di Tengah Kampung Terpencil

Dan senyum kesyukuran serta kepuasan terpamer di kelopak bibir pasangan suami isteri.

"Shafie, ulang sekali lagi," minta Pak Habib.

Shafie segera melaksanakannya. Malah dia meyebut makna dua kalima syahadat dalam bahasa ibunda.

SBDJ Siri 264 Di Tengah Kampung Terpencil

Tanpa mahu membuang masa, serentak Pak Habib dan datuk menerkam dan memeluk Shafie. Kelopak mata kedua-duanya terus digenangi air jernih. Sebaik saja datuk dan Pak Habib berhenti memeluk Shafie, segera digantikan oleh ibu dan ayah Shafie pula, mereka menangis kegembiraan.

"Alhamdulillah, usaha kita dikabulkan oleh Allah," suara datuk tersangkut-sangkut penuh terharu.

Seterusnya mereka berkongsi tenaga memapah Shafie menuju ke tepi surau. Shafie disuruh duduk disitu. Pasangan suami isteri, saya dan Tajuddin hanya mengekoori dari belakang.

"Awak berdua tunggu dan layan dia dengan baik, ceritakan padanya kisah-kisah kecilnya dulu. Kemudian dengar jawapan darinya," Datuk mengeluarkan arahan pada pasangan suami isteri.

"Buat apa tanya hal-hal lama padanya," si isteri seperti membantah cadangan datuk. Pak Habib hanya tersenyum sinis.

"Nak uji apa?" sanggah si isteri.

"Untuk menguji ingatannya, kalau dia boleh mengingat kisah-kisah masa kecilnya dulu, mudahlah kita menguruskannya. Kalau tak inagt atau lupa terus, sulitlah sikit," datuk menjelaskan.

"Kalau itu tujuannya, baik sekali," balas si isteri.

KOLAH

Datuk dan Pak Habib bergerak melangkah ke arah kolah surau. Pasangan suami isteri berpandangan. Hati cuba menghalang Pak Habib dan datuk meneruskan perjalanan.

"Kami mahu sembahyang syukur," bisik datuk ke telinga si suami.

"Oh, maafkan saya," balasnya dengan rasa terkejut.

Dengan segera Pak Habib menyatakan pada si suami, dia tidak perlu merasa cemas atau takut. Selagi Shafie tidak pulih seratus peratus, mereka tidak akan meninggalkan kawasan surau.

"Lagi sekali saya minta maaf, saya cepat sangat buruk sangka."

"Tak mengapa, kita makhluk lemah dengan sifat buruk sangka, irihati dan cemburu, agak susah nak dihapuskan dari hati kita," Pak Habib bagaikan memujuk si suami.

Ketika si suami menyatakan keinginannya untuk turut serta melakukan sembahyang sunat syukur, Pak Habib dan datuk tidak pula menghalangnya tetapi memberikan pandangan, ada baiknya dia dan isteri mengawasi Shafie dan mengajaknya bercakap-cakap supaya Shafie dapat mengingati zaman lampau yang secara tidak langsung, Safie akan dapat mengenali dirinya sendiri.

"Memang cakap itu ada benarnya. Adi biarlah kami dampingi dia," itulah janji dan pengakuan yang diluahkan oleh si suami pada datk dan Pak Habib.

Itulah juga pengakuan yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh Pak Habib dan Datuk.

Sebagai tanda terima kasih Pak Habib menghadiakan senyuman. Datuk pula menjatuhkan telapak tangannya keatas bahu si suami dengan penuh mesra.

TANYA

Beberapa detik kemudian Pak habib bersama datuk melangkah tenang menuju ke kolah untuk mengambil air sembahyang. Langkah seterusnya menuju ke perut surau.

Manakala si suami terus mengabungkan diri dengan si isteri. Apa yang di suruh oleh datuk, mereka lakukan dengan rela hati.

"Banyak perkara yang kami tanyakan kepadanya."

Itulah yang disampaikan oleh si suami kepada Pak Habib dan datuk sebaik sahaja mere keluar dari surau dan berdiri di samping pasangan suami isteri.

Saya dan Tajuddin yang berada di situ tidak memberikan sebarang komentar.

Kalau diminta, kami bersedia memberikan pandangan. Sebabnya, kami tahu apa yang berlaku masa ketiadaan datuk dan Pak Habib.

Terlalu banyak yang ditanyakan oleh pasangan suami isteri pada Shafie. Terlalu panjang pula jawapan yang diberikan oleh Shafie.

Malah, ada ketikanya Shafie naik angin, memaki hamun ayah ibu kerana ada soalan yang diajukan tidak disenangi.

Sungguh beruntung kemarahan itu tidak berlanjutan. Si ibu berhasil melembutkan hati Shafie dan terus menangis minta maaf. Ada masanya kami berhadapan dengan insiden yang melucukan. Kami terhibur dengan telatah mereka.

"Hasilnya bagaimana?" secara berbisik datuk bertanya pada si suami.

Tiada jawapan yang diperolehi oleh datuk, kecuali senyum tawar.

"Minta maaf, saya tahu hasilnya, tidak mengembirakan," celah Pak Habib.

"Betul telahan tuan," jawab si isteri.

"Tak mengapa," pujuk datuk.

"Kita bawa saja dia balik ke rumah."

Cadangan Pak Habib tidak mendapat sebarang bantahan. Semua setuju. Bagi mengukuhkan lagi cadangannya itu, Pak Habib menyebut, bila sampai di rumah kelak, rawatan yang lebih berkesan dan teratur dapat dilakukan.

"Tetapi, ada masalah sedikit," Tajuddin bersuara.

"Apa masalahnya," sanggah Pak Habib keras.

"Bagaimana dengan dia orang tu," balas Tajuddin sambil menjuihkan bibirnya ke arah dua lelaki yang duduk mencangkung menghadapi dinding surau, macam orang bodoh.

"Jangan hiraukan mereka, biarkan di situ sampai mati. Mereka yang bertanggungjawab merosakkan akidah anak saya," tiba-tiba saja s isteri bersuara garang.

Sebagai melepaskan rasa geram dan marah dia terus menghentakkan tumit kaki kanannya ke bumi.

Kemudian dia mengeluh kesakitan, tanah yang dihentaknya keras. Saya hampir mahu ketawa. Mujurlah dapat mengawal perasaan.

"Jangan begitu, kalau dia orang mahu ikut apa salahnya. Barangkali kita boleh dapat rahsia dari mereka, boleh membantu kita menyelesaikan masalah Shafie," si suami menyanggah pendapat si si isteri.

Saya dan Tajuddin sependapat dengan sang suami.

"Hissssss..." si isteri mendengus.

Datuk dan Pak Habib berpandangan. Mereka berbalas senyuman sedangkan sang suami terus merenung ke arah dua Ielaki yang masih mencangkung. Merenung dinding surau.

Pak Habib minta pasangan suami isteri itu melupakan tentang dua lelaki pengikut setia Shafie.

Mereka berdua tidak penting, malah tidak tercatat dalam agenda Pak Habib dan datuk. Agenda utama mereka ialah menyelamatkan Shafie.

"Jangan buang masa memikirkan mereka," kata Pak Habib.

"Iya," tingkah Tajuddin.

"Kita harus mencari jalan mudah dan terselamat, tanpa sebarang gangguan untuk membawa Shafie sampai ke rumah orang tuanya," itu komen datuk.

Bagi memudahkan perjalanan ke rumah orang tua Shafie yang letaknya agak jauh dari surau, satu perbincangan kilat diadakan. Ayah Shafie menyarankan supaya menggunakan basikal tetapi dibantah oleh ibu Shafie.

"Tak payah gunakan basikal, bukannya jauh kira-kira tiga batu dari sini. Lagi pun dengan berjalan kaki mudah mengawal Shafiee," kata ibu Shafie.

"Saya fikir elok kita gunakan kereta, pakai tiga buah kereta saya, bersama dengan pemandunya, lagi cepat sampai," kata Pak Habib. Buat seketika tiada bantahan dari sesiapa. Seolah-olah semuanya setuju dengan cadangan Pak Habib.

"Terima Kasih tuan, saya fikir jalan kaki lebih cepat. Saya lalui jalan pintas supaya cepat sampai ke rumah saya.

"Lalu kawasan kampung terpencil, orang tak ramai. Kita lalu kawasan sawah. Kalau berkereta atau berbasikal orang sekeliling rumah jadi terkejut, macam-macam cerita timbul.

"Setakat ini saja nama keluarga kami jadi buah mulut orang," kata ibu Shafie. Semua yang ada di situ terdiam.

SETUJU

Persetujuan sebulat suara tercapai. Hasrat ibu Shafie ditunaikan. Bagaimana cara bergerak mahu dimulakan diserahkan bulat-bulat atas bahu Pak Habib.

Alasan yang diberikan kerana Pak Habib orang tempatan yang dihormati, bila Pak Habib jadi ketua, tidak ada orang tempatan yang mempertikaikannya. Atas alasan itulah Pak Habib menerimanya dengan senang hati.

Atas permintaan Pak Habib, Shafie harus berada di tengah-tengah kumpulan bila bergerak nanti.

Saya disuruh berada disebelah kanan Shafie. Manakala Tajuddin di sebelah kiri. Di hadapan Shafie ayahnya sebagai kepala jalan. Di belakang Shafie ialah ibu kandungnya yang disuruh oleh Pak Habib membaca surah An-Nas sepanjang perjalanan.

Pak Habib pula mengambil tempat di sebelah saya. Datuk pula di sebelah Tajuddin. Tujuan Pak Habib berbuat demikian, supaya mudah mengawasi Shafie. Jika dia mahu mengamuk, mudah pula menangkap dan merebahkannya ke bumi.

Secara terbuka datuk memberitahu, saya dan Tajuddin boleh bertindak tanpa perlu meminta izin darinya atau Pak Habib.

Secara tidak langsung, datuk mencabar kami berdua. Tadi kami memprotesnya kerana menahan kami bertindak, sekarang tugas itu terus diletakkan atas bahu kami.

Pengumuman itu membuat saya cemas. Jantung berdegup kencang. Setelah membaca al-fatihah sebanyak tujuh kali berturut-turut yang diiringi dengan selawat, saya rasakan degup jantung beransur kurang dan akhimya kembali tenang.

DINDING

Dua lelaki pengikut setia Shafie masih lagi mencangkung merenung dinding surau. Mereka bagaikan tidak tergugat dengan suasana sekitar.

Setelah mempastikan semua arahannya dipatuhi dengan sempurna, Pak Habib terus mengarahkan kami supaya bersiap sedia.

"Kita melangkah sekarang," kata Pak Habib.

Saat langkah pertama dimulakan, dua lelaki yang duduk mencangkung mengadap dinding surau segera berdiri. Kemudian, mereka terus mengekori rombongan kami dalam jarak jauh.

Perbuatan kedua-dua lelaki itu meresahkan perasaan ibu Shafie. Kerana tidak dapat mengawal perasaan marahnya. Dia terus memaki hamun dua lelaki sesuka hati. Tindak tanduk ibu Shafie, ternyata lidak disenangi oleh Pak Habib dan datuk.

"Jangan begitu, sabar dan kawal perasaan," si suami cuba menenangkan perasaan si isteri.

Tetapi, si isteri terus juga merungut. Saya dan Tajuddin kurang senang dengan suasana begitu.

Setakat ini, Shafie tidak memperlihatkan tindak-tanduk yang membimbangkan. Dia kelihatan tenang dan sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan ayahnya yang mengepalai perjalanan.

Dua orang pengikut Shafie yang tadi berada dalam jarak yang jauh, kelihatan mempercepatkan langkah. Berusaha mendekatkan jarak agar tidak terpisah jauh dari kami.

"Hati-hati dengan mereka," Pak Habib mengingatkan dan melarang saya dengan Tajuddin menoleh ke belakang.

Rupa-rupanya, Pak Habib tahu apa yang berlaku, walaupun dia tidak toleh kiri, tidak toleh kanan, tidak renung ke belakang.

Si isteri yang membebel bagaikan kehabisan suara. Tidak bercakap, membisu semacam. Si suaminya masih seperti tadi melangkah dengan tenang dan hati-hati.

Cuma yang agak ganjil sedikit ialah Shafie. Ada ketikanya dia senyum sendirian, mengomel sendirian tidak jelas apa yang diperkatakannya.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 264/284

BACA: SBDJ Siri 263: Suaranya Tersekat
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Thursday, March 19, 2026

Samson Option: Pelan Rahsia 'ENDGAME' Israel

Samson Option: Pelan Rahsia 'ENDGAME' Israel

Bayangkan satu situasi ini: Sebuah negara kecil dikepung musuh, sistem pertahanannya runtuh dan pada saat terakhir sebelum jatuh mereka tekan satu butang. Bukan sekadar serangan balas, tetapi pelan untuk mengheret seluruh dunia ke dalam kehancuran bersama.

Samson Option Pelan Rahsia 'ENDGAME' Israel

Inilah yang didakwa sebagai Samson Option. Ia bukan sekadar teori ketenteraan biasa. Ia digelar oleh sesetengah pihak sebagai "Pelan hari kiamat Israel".

Namun, adakah ia benar-benar wujud atau sekadar propaganda psikologi untuk menakutkan musuh? Mari kita bongkar satu persatu.

Asal Nama "Samson" — Petanda Awal Yang Menyeramkan

Nama ini bukan dipilih secara rawak, ia datang daripada kisah purba seorang lelaki bernama Samson (Nabi Samson dalam Islam) yang dalam keadaan terdesak, meruntuhkan sebuah kuil — membunuh dirinya dan semua musuh di dalamnya.

Maksud simbolik sangat jelas. Jika aku jatuh, semua akan jatuh bersama dan itulah inti sebenar Samson Option.

Kisah Ringkas Nabi Samson Dalam Islam

Nabi Syam'un Al-Ghazi atau Nabi Samson merupakan seorang nabi dari kalangan Bani Israil keturunan Nabi Yaakub a.s.

Kisah Syam'un a.s. tidak diceritakan dalam al-Quran tapi ada dalam kitab Muqasyafatul Qulub oleh Imam Al-Ghazali dan Qishashul Anbiya (kisah-kisah nabi).

Syam'un a.s. dikurniakan mukjizat kekuatan yang sangat luar biasa sehinggakan mampu meruntuhkan tembok dan melembutkan besi.

Syam'un a.s. sangat dibenci orang-orang kafir pada masa itu termasuklah Raja Bani Israil sehinggakan mereka mahu menghapuskan baginda.

Raja Bani Israil sebenarnya sangat takut kepada Syam'un a.s., dan sanggup menawarkan harta berupa wang, permata dan emas untuk sesiapa sahaja yang mampu membawa Syam'un a.s. kepadanya dalam keadaan lemah.

Ibarat gunting dalam selimut, isteri Syam'un a.s. sanggup menerima tawaran orang-orang kafir dan mengkhianati cinta suaminya.

Syam'un a.s. yang mempercayai isterinya itu pernah memberitahu yang rambutnya sendiri adalah kelemahanya. Menariknya, rambut Syam'un a.s. sangatlah panjang sehinggakan masa berdiri pun rambutnya mencecah tanah.

Dipendekkan cerita, isteri Syam'un a.s. pun memotong rambut suaminya lalu mengikat baginda dengan rambutnya sendiri.

Syam'un a.s. yang sudah diikat itupun tak mampu melepaskan diri dari ikatan itu lalu dibawa ke istana Raja Bani Israil dalam keadaan yang lemah, lalu diseksa.

Syam'un a.s. dikerat bibir dan telinganya manakala matanya dibutakan oleh orang-orang kafir ini.

Kemudian, datanglah Malaikat Jibril kepada Nabi Syam'un a.s. bertanyakan permintaannya.

Syam'un a.s. berdoa meminta kepada Allah SWT: "Saya ingin memohon ampun atas kesalahan yang seharusnya tidak saya beritahukan kepada siapapun termasuk isteri saya dan minta agar kekuatannku dikembalikan hingga saya dapat menggerakkan tiang istana ini."

Maka, Allah SWT kabulkan doa Syam'un a.s. dan dikembalikan kekuatan sehinggakan tiang istana yang Syam'un a.s. diikat hancur lalu meruntuhkan istana Raja Bani Israil tu.

Kesemua masyarakat dalam istana itu habis mati dalam runtuhan kecuali baginda. Wallahu a'lam.

Rahsia Nuklear Israel: Apa Yang Tidak Diceritakan Secara Rasmi

Israel terkenal dengan satu polisi pelik. Tidak mengaku tapi juga tidak menafikan memiliki senjata nuklear.

Namun, di belakang tabir ramai pakar percaya Israel sebenarnya mempunyai 80 hingga 200 kepala peledak nuklear, peluru berpandu jarak jauh, kapal selam nuklear (second-strike capability) dan jet pejuang dengan kemampuan nuklear.

Lokasi paling sering disebut? Dimona Nuclear Facility. Sebuah kemudahan yang sering dikaitkan dengan program nuklear rahsia Israel sejak 1960-an.

Samson Option: Pelan "Butang Terakhir"

Samson Option bukan strategi biasa. Ia bukan tentang menang. Ia tentang satu perkara sahaja; Pastikan tiada siapa menang!

Scenario Yang Ditakuti

Jika Israel menghadapi serangan gabungan negara besar, kekalahan total dalam perang atau serangan nuklear ke atas wilayahnya, maka Samson Option mungkin diaktifkan.

Apa Yang Akan Berlaku Jika Ia Diaktifkan?

Inilah bahagian paling menakutkan.

Fasa 1: Serangan Nuklear Besar-Besaran

Bandar utama musuh disasarkan, pangkalan tentera dimusnahkan, infrastruktur lumpuh sepenuhnya.

Fasa 2: Serangan Berantai

Negara yang terlibat atau menyokong musuh turut diserang. Kemungkinan melibatkan kuasa besar.

Fasa 3: Reaksi Dunia

Serangan balas nuklear, perang global tercetus dan di sinilah segalanya berubah.

Teori Paling "Gelap" Tentang Samson Option

Di sinilah konspirasi mula menjadi liar.

Ada yang mendakwa:

1. Senarai Sasaran Global Sudah Siap

Bukan sekadar Timur Tengah tetapi juga Eropah, Asia dan Rusia. Kononnya, sasaran ini telah ditetapkan lebih awal.

2. Sistem "Dead Man's Switch"

Teori ini mengatakan, jika kepimpinan Israel dimusnahkan, sistem automatik akan melancarkan nuklear tanpa arahan manusia. Seolah-olah satu "bom balas dendam" global.

3. Kapal Selam Nuklear Sentiasa Bersedia

Israel didakwa mempunyai kapal selam di laut yang tidak dapat dikesan dan sentiasa bersedia melancarkan serangan.

Ini bermakna walaupun Israel "hilang dari peta", serangan balas tetap akan berlaku.

Kenapa Dunia Sangat Takut Dengan Samson Option?

Kerana ia melangkaui logik biasa.

Dalam doktrin nuklear biasa seperti MAD (Mutually Assured Destruction), tujuannya adalah untuk menghalang perang, tetapi Samson Option? Ia adalah ancaman terakhir apabila pencegahan gagal.

Amerika Syarikat: Sekutu Atau Pengawal?

Satu persoalan besar, jika Samson Option diaktifkan — Apa akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?

Kemungkinan menyekat Israel? Menyokong secara diam? Atau turut terlibat dalam konflik global? Tiada siapa tahu.

Dan itulah yang menjadikannya lebih menakutkan.

Jika Samson Option Jadi Realiti, Apa Akan Terjadi?

Mari kita bayangkan senario paling buruk:

1. Bandar Besar Dunia Hancur

New York, Moscow, Tehran, Beijing. Semua berpotensi menjadi sasaran balas.

2. Nuclear Winter

Debu radioaktif akan menutup cahaya matahari, menjatuhkan suhu global dan menghancurkan pertanian. Dunia akan memasuki fasa zaman gelap moden.

3. Kematian Berskala Besar

Jutaan, mungkin berbilion manusia. Sistem kesihatan runtuh. Bekalan makanan terputus.

Adakah Ini Semua Sekadar Teori Konspirasi?

Jawapan jujur, tiada siapa boleh sahkan sepenuhnya.

Tetapi, Israel memang dipercayai mempunyai nuklear. Doktrin pertahanannya sangat agresif dan sejarah konflik mereka sangat kompleks.

Jadi, Samson Option mungkin bukan sekadar cerita kosong.

Ia mungkin senjata psikologi atau pelan sebenar yang hanya menunggu masa.

Realiti Yang Ramai Tidak Sedar

Dalam dunia moden, satu butang boleh mengubah sejarah. Satu keputusan boleh memusnahkan tamadun dan Samson Option adalah simbol kepada realiti ini.

Kesimpulan: Pelan Yang Dunia Harap Tidak Pernah Digunakan

Samson Option bukan sekadar strategi ketenteraan. Ia adalah simbol ketakutan, senjata psikologi dan mungkin pelan sebenar mempercepatkan ketibaan hari kiamat.

Persoalan terakhir, jika satu hari nanti Israel benar-benar terdesak, adakah mereka sanggup menarik dunia jatuh bersama?

Tiada siapa tahu dan mungkin kita sendiri tidak pernah mahu tahu pengakhirannya.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 263: Suaranya Tersekat

SBDJ Siri 263: Suaranya Tersekat

Larangan itu membuat saya da Tajuddin terkilan. Kenapa mesti dilarang, fikir saya dalam hati. Shafie sudah melampau, tidak hormat dengan orang tua. Dia harus diajar dengan secukupnya. Hentak dadanya dengan penumbuk, biar dia jatuh tergolek-golek di bumi. Dengan itu saja baru dia sedar diri. Manusia biadap, batin saya terus bergelora.

Siri Bercakap Dengan Jin 263, Suaranya Tersekat

"Kau orang berdua tak puas hati Tamar?"

Datuk bagaikan dapat membaca apa yang berombak dalam dada. Tiada jawapan balas yang diberikan. Saya cuma senyum tersipu-sipu. Pertanyaan yang sama datuk halakan pada Tajuddin. Tajuddin termenung sebentar sebelum menganggukkan kepala.

"Saya memang tak puas hati, kenapa kami dihalang."

Tidak saya duga, Tajuddin begitu berani berterus terang. Ada rasa cemas dalam diri. Bimbang kalau datuk naik angin. Syukur, datuk tidak naik angin dia nampak tenang.

"Bukan apa-apa Tamar, Tajuddin."

Nada suara datuk rendah sekali. Sesekali dia mengurut-urut batang lehernya. Pak Habib yang jatuh terlentang sudah pun bangun.

Ketika dia mahu berdiri, Shafie terus menerkam dan melepaskan satu tendangan lagi. Pak Habib tersungkur untuk kali kedua. Datuk tidak pula bertindak melindungi Pak Habib. Perbuatan datuk membuat kami berdua kian marah.

"Ini urusan kami, jadi biarlah kami uruskan. Kamu berdua janganlah masuk campur," sambung datuk.

"Tapi, Pak Habib terus diserang orang gila itu," Tajuddin memprotes. Saya sukong protes tersebut dengan menganggukkan kepala.

"Kamu berdua memang biadab," pekik datuk lantang.

"Sudah aku katakan, ini urusan kami, kamu berdua jangan masuk campur."

Selesai saja datuk mengakhiri kata-kata, dia terus menerpa ke arah Shafie dari sebelah kiri. Sepasang kaki Shafie ditangkap dan ditarik ke arahnya.

Shafie menjerit lalu jatuh tersembam di bumi. Ketika datuk berhasil duduk atas belakang Shafie. Hati Pak Habib berdebar, dia merasakan datuk sudah tidak mampu mengawal perasaan marahnya.

Dengan pantas datuk menyauk leher Shafie dengan lengan kiri dan menarik ke belakang membuat muka anak muda itu mendongak ke langit.

Sementara tangan kanan datuk terus mengilas tangan kanan Shafie ke belakang.

Shafie kelihatan terkapar dan sukar melepaskan nafas. Suaranya, bagaikan tidak keluar dari kerongkong.

"Jangan, nanti patah lehernya."

NYARING

Suara Pak Habib bergema nyaring, ketika dilihatnya datuk mahu merengkuh leher Shafie lebih jauh ke belakang. Gema suara itu membuat datuk terhenti melakukannya.

Tengkuk dan tangan Shafie segera dilepaskan, tetapi ketika itu Shafie sudah tidak bermaya lagi. Nampak amat lemah sekali. Datuk yang menyedari perbuatannya itu agak keterlaluan, segera menyesalinya.

"Saya hilang sabar."

"Tak mengapa, kita manusia tidak lepas dari kelemahan dan kekurangan."

"Subhanallah."

Suara datuk lemah. Muka Pak Habib ditatapnya. Mereka berbalas senyum.

LEMAH

Bagaikan diatur, kedua-duanya segera mendekati Shafie yang lemah dan keletihan. Rawatan memulihkan tenaga segera datuk lakukan dengan mengurut dan menyentuh bahagian sendi tertentu.

Walaupun begitu, kedua-duanya sentiasa berwaspada, malah bersedia menghadapi sebarang kejadian di luar dugaan dari Shafie.

Beberapa minit berikutnya, muka Shafie yang pucat lesi kembali merah. Boleh menggerakkan sebahagian dari tubuhnya. Tetapi masih belum mampu berdiri.

Dalam kepala datuk dan Pak Habib sudah tersusun rencana yang bakal dilakukan, andainya Shafie dapat berdiri dan melakukan serangan mengejut pada mereka.

Ayah dan ibu Shafie menghampiri datuk dan Pak Habib.

"Izinkan kami berdua membantu," Ungkap si isteri.

Datuk dan Pak Habib segera berpandangan, kehairanan.

"Mahu membantu," Pak Habib minta kepastian.

"Iya," angguk si suami.

"Caranya?" tanya datuk ragu-ragu. Ada renungan memperkecilkan hasrat pasangan suami isteri tersebut.

"Dengan berdoa pada Allah. Saya pernah diberitahu oleh seorang ustaz, doa ibu bapa kepada anaknya lebih mustajab. Kami berharap doa kami berdua dikabulkan oleh Allah," jelas si suami.

"Kamu bercakap perkara yang benar, silakan," Pak Habib memberi laluan. Tiada bantahan dari datuk.

Saya dan Tajuddin berpandangan. Sesungguhnya kami berdua berdebar menanti kemampuan dan tindakan selanjut dari pasangan suami isteri.

Dengan langkah dan rajah penuh keyakinan, pasangan suami isteri itu mendekati Shafie dan terus duduk bersimpuh di sisinya.

Mereka menadah tangan ke langit. Mereka pun berdoa penuh dengan khusyuk dan tawaduk. Mereka menganggap tiada orang lain di sekitar mereka. Hanya mereka berdua saja yang berada di situ.

Semua gerak-geri dan tindak tanduk pasangan suami isteri tidak terlepas dari kuasa mata saya dan Tajuddin.

Pak Habib dan datuk kelihatan serius sekali. Seolah-olah memberikan restu dan bersedia turut berdoa, jika dipelawa.

"Allah yang Maha Besar, Maha Pemurah dan Penyayang pada-Mu kami bermohon. Ampunilah dosa anak kami Shafie. Kembalikan keimanan dalam kalbunya, agar dia menjadi seorang Islam sejati.

"Padamu kami bermohon, sempurnakanlah keimanannya dan turunkan Hidayah padanya.

"Bersihkan hati anak kami Shafie dari pengaruh jahat. Ya Allah, Engkau perkenanlah permintaan hambamu yang hina..." pasangan suami isteri itu menangis terisak-isak.

Perasaan saya dihempap keharuan yang amat sangat.

BERDOA

Sebaik saja pasangan snami isteri itu selesai berdoa, terdengar suara azan mewarnai keadaan sekitar.

Saya dan Tajuddin tercari-cari dari mana suara datang. Rupa-rupanya suara tersebut adalah suara Pak Habib. Dia melaungkan azan dari satu tempat tinggi.

Saya tidak sedar ketika mana Pak Habib bergerak, ke arah tanah yang agak tinggi.

Selesai azan Pak Habib mendekati kami. Dia menyuruh Tajuddin ambil air kolah surau satu baldi. Dengan berlari-lari anak Tajuddin menyempurnakan permintaan datuk.

Setelah air satu baldi dibacakan fatihah tujuh kali lalu dicurahkan ke tubuh Shafie, mulai dari kepala hingga ke hujung kaki.

Setiap curahan mesti berakhir di kepala lutut kiri dan kanan. Kemudian dimulakan kembali dari kepala hingga ke hujung kaki dan berakhir di kepala lutut.

Setengah jam masa berlalu, hasil kerja yang dilakukan oleh Pak Habib, tidak menampakkan hasil. Tiada perubahan pada diri Shafie masih macam tadi. Ayah dan ibunya terus berdoa.

"Allah..."

Semua yang berada di situ tumpukan perhatian pada Shafie yang mula bergerak perlahan-lahan hingga berjaya menelentangkan tubuhnya merenung langit biru.

"Saya nak balik mak."

Shafie merenung wajah ibunya. Kemudian beralih merenung muka ayahnya. Segaris senyum bermain dikelopak bibir Shafie yang pucat.

"Ayah sihat," tanyanya.

"Sihat," pendek si ayah memberikan jawapan, bersama senyum keriangan.

Beberapa helai daun kering melayang-layang di udara dibawa angin, sebelum jatuh berhampiran dua lelaki pengikui setia Shafie.

"Shafie anakku, mengucap dua kalimah syahadat," lembut sekali nada suara si ibu mengajukan permintaan.

Sejenak Shafie termenung, macam ada sesuatu yang berlegar-legar dalam tempurung kepalanya.

Sepasang kelopak bibir Shafie bergerak tetapi, tiada suara yang terkeluar. Kelihatan amat payah sekali bagi Shafie untuk melafazkan dua kalimah syahadat.

"Emak."

Suara Shafie tersekat. Dia gelengkan kepala. Perasaan ibu dan ayahnya terus diresap kehampaan yang panjang. Seketika terdengar keluhan dari si ayah.

Harapan dan cita-citanya untuk melihat Shafie jadi ulama besar terus berkecai. Tidak akan menjadi kenyataan sampai bila-bila pun.

Melihat pada situasi Pak Habib yakin agak lambat menemui titik akhir. Dia segera mendekati ayah Shafie dan terus membisikkan sesuatu.

Orang tua (ayah Shafie) yang kelihatan lemah dan kecewa itu terus anggukkan kepala. Malah memberi ruang pada Habib untuk duduk di sisi Shafie.

"Saya mulakan," kata Pak Habib.

"Silakan," jawab ayah dan ibu Shafie serentak.

Pak Habib pun membongkokkan badan, mendekatkati kelopak bibir ke telinga Shafie lalu membisikkan sesuatu.

Saya yakin, Pak Habib membisikkan potongan-potongan ayat pilihan dari al- Quran. Tiada sebarang tindak balas dan Shafie, setelah mendengar bisikan tersebut.

Pak Habib tidak berputus asa dan terus mengulangi perbuatan yang sama sebanyak tujuh kali berturut-turut. Usaha Pak Habib membuahkan hasil.

Shafie terus duduk bersila di hadapan ayah dan ibu. Sepasang anak matanya yang bercahaya garang tertumpu ke wajah Pak Habib.

Antara Pak Habib dan Shafie ada adegan pertarungan melalui kelopak mata. Kelopak bibir Pak Habib nampak bergetar, ada sesuatu yang dibacanya.

MENGEJUT

Sungguh mengejutkan, malah semua ada di situ bagaikan tidak yakin kata.

"Assalamualaikum," terpancut keluar dari mulut Shafie yang ditujukan pada Pak Habib.

Dengan pantas Pak Habib membalas salam sambil menghulurkan tangan. Shafie menyambut huluran tangan Pak Habib. Mereka berjabat tangan penuh kemesraan.

"Emak, saya nak balik," kata Shafie.

"Boleh, tapi..."

"Tapi, apa emak," potong Shafie.

"Kena minta izin dengan orang yang kamu salam tadi," Tutur ibunya dengan tenang, penuh keyakinan. Lagi sekali Shafie renung muka Pak Habib.

"Saya nak balik ke rumah emak saya, tuan."

"Sudah tentu boleh kerana itu adalah rumah kamu dengan syarat..." Pak Habib tidak menamatkan kata-katanya. Mulut Shafie terlopong, sepasang biji matanva bagaikan mahu tersembul.

"Ikut saya mengucap dua kalimah syahadat secara betul, ikhlas dalam hati," sambung Pak Habib.

Dengan serta merta si ibu memberikan isyarat mata pada Shafie, agar mematuhi saranan Pak Habib. Tiada tindak balas positif dari Shafie.

Si ibu mengulangi perbuatan yang sama pada Shafie. Kali ini reaksi yang diberikan amat menyenangkan hati si ibu serta si ayah.

"Boleh, saya ikut cakap tuan," itu kata pemutus dari Shafie. Pak Habib tersenyum dan mengucapkan terima kasih pada Shafie dan kedua orang tuanya.

Dengan pantas Pak Habib memanggil datuk, saya dan Tajuddin agar segera menghampirinya.

Secara tidak langsung, kami bertiga dikehendaki berada di sisi Shafie dan kedua orang tuanya. Permintaan Pak Habib segera kami kabulkan.

Dengan disaksikan oleh kedua-dua orang tuanya, saya, datuk serta Tajuddin, Pak Habib pun melafazkan dua kalimah syahadat dengan terang dan lancar.

Kemudian turut dilafazkan oleh Shafie dengan nada suara yang lancar dan terang sekali.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 263/284

BACA: SBDJ Siri 262: Tumbuk Bumi Kaki Lembik
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Tuesday, March 17, 2026

Jika Kapal Minyak Wajib Bayar Yuan di Selat Hormuz, Adakah Dominasi Dolar Amerika Akan Berakhir?

Jika Kapal Minyak Wajib Bayar Yuan di Selat Hormuz, Adakah Dominasi Dolar Amerika Akan Berakhir?

Selat Hormuz merupakan salah satu laluan perdagangan tenaga paling penting di dunia. Hampir 20% bekalan minyak global melalui laluan sempit ini setiap hari, menjadikannya titik strategik yang boleh menentukan kestabilan ekonomi dunia.

Yuan di Selat Hormuz

Namun dalam keadaan perang antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat yang semakin tegang, muncul satu cadangan mengejutkan: kapal tangki minyak hanya dibenarkan melalui Selat Hormuz jika transaksi minyak dibayar menggunakan yuan China.

Jika perkara ini benar-benar berlaku, kesannya bukan sekadar pada harga minyak, tetapi boleh mengubah sistem kewangan global, dominasi dolar AS dan keseimbangan kuasa dunia.

Artikel ini akan menerangkan apakah yang mungkin berlaku jika "syarat yuan" benar-benar dilaksanakan di Selat Hormuz.

Selat Hormuz: Leher Ekonomi Dunia

Selat Hormuz terletak di antara Iran dan Oman, menghubungkan Teluk Parsi dengan Laut Oman.

Laluan ini adalah pintu keluar utama bagi minyak dari negara-negara pengeluar besar seperti Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan UAE.

Secara purata 18–20 juta tong minyak melalui selat ini setiap hari dengan lebih 25% perdagangan minyak laut dunia bergantung kepada laluan ini. Sebahagian besar minyak dihantar ke Asia seperti China, India dan Jepun

Ini bermakna jika Selat Hormuz terganggu walaupun beberapa hari, harga minyak dunia boleh melonjak dengan drastik.

Dalam konflik terkini, beberapa kapal tangki telah diserang berhampiran kawasan ini, menyebabkan ratusan kapal berhenti berlayar kerana risiko keselamatan dan bayaran insuran yang tinggi.

Cadangan Iran: Laluan Dibuka Jika Bayar Dengan Yuan

Di tengah konflik dengan Amerika Syarikat dan Israel, Iran dilaporkan mempertimbangkan satu strategi ekonomi yang sangat berani.

Cadangan tersebut ialah kapal tangki minyak hanya boleh melalui Selat Hormuz jika minyak yang dibawa dijual menggunakan mata wang China, yuan.

Langkah ini dilihat sebagai usaha Iran untuk mengelak sekatan ekonomi Amerika, melemahkan sistem petrodollar dan mengukuhkan hubungan strategik dengan China.

Jika syarat ini dilaksanakan secara meluas, kesannya boleh menjadi perubahan geopolitik terbesar dalam perdagangan minyak sejak 1970-an.

1. Petrodollar Amerika Mungkin Mula Runtuh

Sejak tahun 1970-an, hampir semua perdagangan minyak dunia dilakukan menggunakan dolar Amerika Syarikat. Sistem ini dikenali sebagai petrodollar.

Kesan sistem ini sangat besar kerana setiap negara perlu menyimpan dolar untuk membeli minyak menyebabkan permintaan dolar kekal tinggi, yang memberikan Amerika lesen untuk mencetak wang tanpa risiko inflasi yang besar.

Tetapi jika minyak mula diperdagangkan menggunakan yuan, sistem ini boleh mula runtuh.

Bayangkan senario berikut, China membeli minyak Teluk menggunakan yuan, Iran menerima yuan, bukan dolar lalu negara lain ikut cara sama untuk mengelak sekatan AS.

Lama-kelamaan, dominasi dolar dalam perdagangan tenaga boleh berkurang dengan cepat.

2. China Menjadi Pemenang Besar

Jika sistem pembayaran yuan digunakan di Selat Hormuz, China akan menjadi pemain terbesar yang mendapat keuntungan.

Ini kerana China adalah pengimport minyak terbesar dunia, China mempunyai hubungan perdagangan rapat dengan Iran dan China mahu menjadikan yuan sebagai mata wang global.

Dengan minyak dibayar menggunakan yuan, permintaan terhadap yuan meningkat, bank pusat dunia mungkin mula menyimpan yuan sebagai rizab dan pengaruh ekonomi China meningkat dengan mendadak.

Ini bermakna dunia mungkin bergerak ke arah sistem kewangan multipolar, bukan lagi didominasi oleh Amerika.

3. Amerika Syarikat Akan Kehilangan Kuasa Ekonomi

Dominasi dolar memberi Amerika satu kuasa geopolitik yang sangat besar.

Sebagai contoh, Amerika boleh mengenakan sekatan ekonomi, boleh membekukan aset negara lain, boleh mengawal sistem pembayaran global seperti SWIFT.

Tetapi jika perdagangan minyak berpindah kepada yuan, kuasa sekatan Amerika menjadi kurang berkesan, negara boleh berdagang tanpa menggunakan dolar dan sistem kewangan global menjadi lebih bebas dari Washington.

Inilah sebabnya Amerika sangat sensitif terhadap sebarang usaha "de-dollarization".

4. Harga Minyak Dunia Boleh Meletup

Jika Selat Hormuz dikenakan syarat khas seperti ini, pasaran tenaga global akan menjadi sangat tidak stabil.

Penganalisis memberi amaran bahawa jika laluan ini terganggu, harga minyak boleh melepasi USD100 hingga USD150 setong, inflasi global akan meningkat dan kos pengangkutan dan makanan naik mendadak.

Bagi negara seperti Malaysia, kesannya termasuk harga petrol naik, kos barang meningkat dan tekanan ekonomi kepada rakyat.

5. Risiko Perang Besar Di Selat Hormuz

Selat Hormuz bukan sekadar laluan ekonomi. Ia juga kawasan strategik tentera.

Jika Iran cuba mengawal laluan ini atau mengenakan syarat tertentu, Amerika dan sekutunya mungkin bertindak untuk memastikan laluan kekal bebas.

Ini boleh membawa kepada pertempuran laut, serangan terhadap kapal tangki dan operasi tentera antarabangsa.

Sejarah menunjukkan bahawa sebarang konflik di Selat Hormuz boleh dengan cepat berubah menjadi krisis global.

Kesimpulan: Dunia Sedang Berubah

Cadangan Iran untuk membenarkan kapal minyak melalui Selat Hormuz hanya jika transaksi menggunakan yuan mungkin kelihatan seperti strategi ekonomi biasa, namun sebenarnya ia membawa kesan jauh lebih besar.

Jika perkara ini benar-benar berlaku secara meluas, dunia mungkin menyaksikan kemerosotan sistem petrodollar, kebangkitan yuan sebagai mata wang utama dunia, perubahan keseimbangan kuasa antara Amerika dan China dan ketidakstabilan harga minyak global.

Dalam erti kata lain, pertempuran sebenar mungkin bukan sekadar perang peluru berpandu antara Iran dan Israel — tetapi perang matawang yang boleh mengubah sistem ekonomi dunia.

Dan Selat Hormuz mungkin menjadi medan perang ekonomi paling penting abad ini.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 262: Tumbuk Bumi Kaki Lembik

SBDJ Siri 262: Tumbuk Bumi Kaki Lembik

Tanpa memperdulikan saya dan dua pengikut setia Shafie, datuk segera duduk di sisi Shafie dengan kaki kiri mengampu daging punggung kiri. Lutut kanan ditegakkan manakala telapak tangan kanan menekup (menutup) tempurung lutut kanan. Kelima-lima jarinya berkembang. Kepala ditundukkan ke bumi.

SBDJ Siri 262 Tumbuk Bumi Kaki Lembik

Saya yang arif dengan apa yang datuk lakukan segera mengetahui. Bila sudah begitu, ertinya datuk sedang berusaha membuang apa saja yang berada dalam fikirannya ketika itu. Dia mahu memusatkan semua pancaindera ke arah menyelesaikan masalah Shafie.

Lebih dari lima minit datuk berkeadaan demikian. Peluh-peluh halus muncul di dahi dan cuping telinga. Wajah datuk kelihatan merah. Anak rambut di kiri kanan pipi kelihatan menegak, begitu juga di bahagian batang lehernya.

Biasanya, apa yang datuk alami itu, menggambarkan dia sedang bertarung dengan makhluk lain secara kebatinan.

"Uuhhhh...."

Datuk terlentang di sisi Shafie dan Shafie seperti digerakkan kuasa lain cuba bangun. Pak Habib tergamam, tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Datuk yang rebah cuba bangun. Tiga kali usahanya gagal. Begitu juga dengan Shafie.

Mereka sering berlawan antara satu dengan lain. Tetapi, bangun kali ketujuh datuk berhasil dan terus berdiri. Shafie rebah dan tidak bangun-bangun lagi.

Ada imbasan cahaya yang keluar dari ibu kaki Shafie lalu mengenai mata Pak Habib yang menyebabkan dia terhoyong-hayang.

IMBASAN

Imbasan cahaya terkena juga pada saya dan Tajuddin. Pandangan kami jadi silau dan mata terasa pedih. Cuma kami tidak terhoyong-hayang macam Pak Habib.

Dalam masa yang sama juga terdengan suara jeritan pasangan suami isteri. Saya kira mereka berhadapan dengan bahaya besar.

Apakah daya kami tidak dapat melihat, kelopak mata tidak boleh dibuka, sakitnya bukan kepalang.

Bila keadaan sudah tenang, mata tidak terasa sakit lagi. Pasangan suami isteri segera saya renung, ternyata pasangan suami isteri tidak mengalami sesuatu yang tidak diingini.

Mereka nampak normal seperti keadaan sebelum kejadian. Jadi suara siapa yang menjerit persis suara pasangan suami isteri tersebut. Perkara itu segera saya lupakan.

Bila datuk dapat berdiri dengan baik, dia terus mendekati dan menatap wajah Pak Habib. Dua kali dia mengoyang-goyangkan tangannya di depan muka Pak Habib. Datuk berdehem dengan sekuat hati.

"Di depan saya?"

"Iya."

"Saya tak nampak apa-apa Cuma gelap saja."

"Subhanallah," keluh datuk sambil mengesel-gesel kedua belah telapak tangannya dan membaca al-Fatihah yang diakhiri surrah al-Ikhlas.

"Tahan sakit, saya nak ubat mata sahabat."

"Silakan."

Tanpa berlengah-lengah lagi, datuk menekapkan sepasang telapak tangannya ke sepasang mata Pak Habib. Saya lihat sepasang tangan dan kaki Pak Habib menggeletar menahan sakit. Kemudian rebah di kaki datuk.

Hampir lima minit Pak Habib tidak sedarkan diri. Bila sedar dan membuka mata, penglihatannya kembali normal.

"Syukur Alhamdulillah," cetus Pak Habib, datuk sambut dengan senyum yang panjang.

Pak Habib dan datuk bertentang mata.

"Saya mulakan tugas saya," tutur datuk.

"Silakan."

"Kalau ada apa-apa bantu saya."

"Insyas Allah saya bersedia," ikrar Pak Habib.

Mereka berhenti dari bertentang mata. Tidak lagi berpandangan wajah. Dua tapak datuk undur ke belakang. Dua tapak juga Pak Habib bergerak ke kanan.

"Sahabat."

"Ada apa," datuk toleh ke arah Pak Habib.

"Semoga Allah memberkati kerja kita, kerana kita mahu mengembalikan orang yang berada dalam telunjuk syaitan ke jalan yang benar," kata Pak Habib memberi sokongan yang sungguh bererti buat datuk.

CAKAP

Selesai bercakap dari hati ke hati, penuh keikhlasan pada Pak Habib, datuk segera mendatangi kami berdua.

Saya berjanji tidak akan memberikan sebarang komen berhubung dengan sebarang arahan yang dikeluarkan oleh datuk meskipun arahan itu tidak sealiran dengan kemahuan saya.

"Kamu berdua," datuk tidak menyambung percakapannya.

Dia lihat ke langit, melihat awan dan burung yang berterbangan. Kemudian merenung kami kembali.

"Masa aku berusaha memulihkan Shafie, jika dia melawan atau menentang aku, kau orang berdua lawan dia sampai kalah, bagi dia pengsan. Biar dia luka berdarah."

"Kejam," cetus saya secara tidak sengaja.

"Tamar, kamu jangan banyak cakap. Emak bapa Shafie, aku tugaskan menjaga dua lelaki pengikut setia Shafie. Tugas kamu berdua tidak seberat mana, bila dibandingkan dengan tugas mereka berdua."

"Usah bantah cakap datuk kamu," bisik Tajuddin ke telinga saya.

Dengan tenang saya gigit bibir.

"Maafkan saya."

"Ikut saja cakap aku, jangan banyak karenah," lanjut datuk. Suaranya bernada geram.

Datuk kembali pada tugasnya yang terganggu sebentar tadi. Duduk bersila berdepan Shafie yang terkapar di bumi.

Terdengar datuk membaca surah Al-Fatihah tujuh kali. Pak Habib pula membaca beberapa ayat yang diambil dari surah Yassin.

Bila pembacaan mereka berdua selesai. Datuk letakkan tangan kirinya atas dada Shafie, buat seketika. Kemudian datuk beralih pada acara lain.

Datuk melepaskan tumbukan ke bumi dengan sekuat hati sebanyak tiga kali berturut-turut. Setiap kali tumbukkan dilepaskan, tubuh Shafie dari kepala hingga ke pinggang terangkat secara mengejut, bagaikan terkena kejutan arus elektrik.

Semasa Pak Habib berusaha untuk mendudukkan Shafie, satu kejutan diluar dugaan terjadi.

Shafie melompat bagaikan harimau terlepas dari kandang. Menendang dan menerkam apa saja yang ada disekitarnya.

Saya dan Tajuddin menerpa dan cuba menangkap tangannya. Akibatnya kami kena penendang dan terus terperosok di pangkal pokok sukun.

Saya cuba bangun, terasa sakit di bahagian pangkal belikat dan paha. Saya ambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Tajuddin yang saya kira tidak begitu parah, sudah pun bangun dan berlari ke arah surau menyelamatkan diri.

Pada saat itu juga dua lelaki yang setia pada Shafie cuba membantu dengan melanggar arahan datuk. Tetapi, usaha mereka tidak berhasil.

Bila mereka cuba berdiri, sepasang kaki terasa lembik bagaikan tidak bertulang. Tidak dapat bergerak kemana dan terpaksa kembali pada kedudukan asal.

"Pelik," rungut saya.

"Tak pelik, mereka langgar arahan datuk kamu," sahut Tajuddin.

Saya segera anggukkan kepala.

Pak Habib dan datuk berhempas pulas bertarung dengan Shafie yang melakukan serangan secara membabi buta.

Setiap kali, datuk berhasil memeluk tubuhnya pasti terlepas, badannya bagaikan dilumuri minyak. Meskipun begitu datuk dan Pak Habib tidak berputus asa, terus berusaha menangkap Shafie.

Pada suatu ketika, Pak Habib berhasil merebahkan Shafie ke bumi, datuk berhasil memegang kaki kirinya dan sekaligus berjaya menangkap ibu jari kiri Shafie. Dengan serta merta Shafie menjadi lemah. Dia bagaikan kehilangan tenaga.

Tetapi, ada yang lebih mengejutkan dari itu. Setelah berhempas pulas berjuang dan sudah berada dalam tangan.

Tiba-tiba saja dengan mudah datuk melepaskan Shafie. Satu tindakan yang mengejutkan dan diluar dugaan.

"Kenapa?" tanya Pak Habib cemas.

"Ada masalah sedikit."

"Apa masalahnya," desak Pak Habib yang masih mengilas tangan Shafie ke belakang. Ternyata, datuk seperti keberatan untuk menjawab pertanyaan tersebut.

"Apa masalahnya, ceritakan. Mungkin saya boleh membantu," Pak Habib terus mendesak. Datuk masih seperti tadi, keberatan untuk membuka mulut.

"Berterus-terang saja," Tajuddin turut campur.

"Ada syarat yang terlupa, ini kesilapan saya. Agaknya, usaha saya kali ini memang tidak mahu menjadi," Tekanan suara datuk penuh rasa putus asa. Wajahnya dibalut kekecewaan.

KUAT

Pak Habib masih terus mengilas tangan Shafie dengan sekuat had. Sekuat itu juga Shafie meronta-ronta untuk melepaskan diri dari dikuasai oleh Pak Habib.

Bagi mengangkang Shafie, Pak Habib menekan pangkal pinggang Shafie dengan kepala lututnya. Walaupun begitu Shafie terus juga meronta-ronta tanpa menghiraukan rasa sakit yang dialami.

"Ini kelemahan dan kesilapan saya, biasanya ke mana-mana saya pergi, saya bawa paling kurang dua tiga kerat rotan seni," rungut datuk seperti menyesali diri sendiri.

"Buat apa dengan rotan," Pak Habib terus bertanya. Pertanyaan itu tidak dijawab oleh datuk.

TERINGAT

Seketika itu juga saya teringat, biasanya dalam kes ini, datuk menggunakan dua batang rotan seni. Satu berbentuk lingkaran manakala yang satu lagi lurus.

Rotan seni dalam bentuk (lingkaran) bulat dimasukkan ke dalam ibu jari kaki orang yang mahu ditundukkan atau mahu dilemahkan.

Bila rotan yang bulat sudah berada dalam ibu jari kaki kiri orang yang mahu ditewaskan (dilemahkan).

Rotan seni yang lurus (panjangnya kira-kira satu kaki setengah) hujunngnya dibalut dengan timah hitam dimanfaatkan untuk memukul belakang orang yang terbabit sebanyak tujuh kali berturut-turut.

Di saat belakang orang yang terbabit dipalu datuk akan bertanya pada orang yang berkenaan (roh halus yang menjelma ke dalam darahnya) berasal dari mana. Mohon dia pulang ke tempat dari mana dia berasal.

Datuk juga memberitahu, bahawa makhluk manusia lebih bijak dan handal dari makhluk jin dan syaitan.

Roh halus yang jahat akan menjawab (menerusi orang yang dipalu) semua pertanyaan yang diajukan. Kerana rotan seni yang penting itu tidak dibawa, maka perkara demikian tidak dapat dilakukan pada Shafie.

"Bagaimana? Saya sudah tak mampu lagi," Pak Habib mengadu.

"Saya sudah mati akal, biarkan dia lari ke hutan," balas datuk.

Belum pun sempat Pak Habib memberikan pandangan, Shafie berhasil melepaskan lengannya dari genggaman Pak Habib.

Satu tumbukan kencang dari Shafie singgah di muka Pak Habib menyebabkan Pak Habib terlentang.

Shafie dapat berdiri dengan baik dan bersedia untuk melakukan serangan kedua pada Pak Habib.

Melihat pada keadaan yang semakin genting, saya dan Tajuddin bermuafakat untuk melakukan serangan kilat pada Shafie.

Tetapi hal itu segera dapat dikesan oleh datuk. Kami dilarang melaksanakannya.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 262/284

BACA: SBDJ Siri 261: Abu Bakar Bawafi Utusan Allah
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Kenapa Harga Diesel Sabah & Sarawak Masih Murah? Ini Sebab Kerajaan Kekalkan Subsidi

Kenapa Harga Diesel Sabah & Sarawak Masih Murah? Ini Sebab Kerajaan Kekalkan Subsidi

Harga bahan api sentiasa menjadi isu sensitif dalam ekonomi sesebuah negara. Di Malaysia, perbezaan harga diesel antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sering menjadi topik perbincangan hangat.

Kenapa Harga Diesel Sabah Sarawak Murah

Terutamanya selepas pelaksanaan semula penyasaran subsidi diesel, ramai rakyat mula bertanya: mengapa harga diesel subsidi di Sabah dan Sarawak masih dikekalkan berbanding di Semenanjung?

Artikel ini akan membincangkan secara terperinci tentang harga diesel subsidi di Sabah dan Sarawak, sebab kerajaan mengekalkan subsidi tersebut, serta kesannya kepada ekonomi tempatan dan rakyat.

Harga Diesel Subsidi di Sabah dan Sarawak

Secara umum, harga diesel subsidi di Sabah dan Sarawak masih dikawal oleh kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Di kedua-dua negeri ini, harga diesel biasanya berada pada paras sekitar RM2.15 seliter, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran bebas yang boleh melebihi RM3.00 seliter.

Perbezaan ini berlaku kerana kerajaan Malaysia mengambil pendekatan berbeza terhadap subsidi bahan api di Malaysia Timur berbanding Semenanjung.

Langkah ini dibuat selepas kerajaan melaksanakan sistem penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia yang menyebabkan harga diesel mengikut harga pasaran tertentu.

Namun, Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada dasar tersebut.

Mengapa Sabah dan Sarawak Masih Mendapat Diesel Subsidi?

Terdapat beberapa sebab utama mengapa kerajaan mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

1. Infrastruktur Pengangkutan yang Terhad

Di banyak kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak, jaringan jalan raya dan pengangkutan awam masih belum berkembang sepenuhnya.

Ramai penduduk bergantung kepada:
  • Bot sungai. 
  • Kenderaan pacuan empat roda. 
  • Generator diesel untuk elektrik. 

Ini bermakna diesel bukan sekadar bahan api kenderaan, tetapi juga sumber tenaga utama bagi kehidupan harian.

Tanpa subsidi, kos kehidupan boleh meningkat dengan mendadak.

2. Kos Logistik yang Sangat Tinggi

Sabah dan Sarawak mempunyai kawasan geografi yang luas serta banyak kawasan pedalaman.

Pengangkutan barang sering memerlukan:
  • Perjalanan laut. 
  • Pengangkutan sungai. 
  • Laluan darat yang panjang. 

Jika harga diesel meningkat, kos pengangkutan barangan seperti makanan, bahan binaan dan keperluan harian juga akan meningkat.

Kesannya, harga barang di kedai akan menjadi lebih mahal.

3. Menjaga Keseimbangan Ekonomi Wilayah

Kerajaan juga mahu memastikan jurang pembangunan antara Semenanjung dan Malaysia Timur tidak menjadi terlalu besar.

Sabah dan Sarawak masih memerlukan banyak pembangunan dari segi:
  • Infrastruktur. 
  • Ekonomi tempatan. 
  • Kemudahan asas. 

Subsidi diesel dilihat sebagai salah satu cara untuk membantu mengekalkan kestabilan ekonomi di kedua-dua negeri tersebut.

Siapa Yang Mendapat Manfaat Daripada Diesel Subsidi?

Pelbagai sektor ekonomi di Sabah dan Sarawak bergantung kepada diesel subsidi.

Antara yang paling terkesan termasuk:

1. Nelayan

Industri perikanan sangat bergantung kepada diesel untuk menggerakkan bot nelayan.

Jika harga diesel meningkat, kos operasi nelayan akan naik dan boleh menyebabkan harga ikan menjadi lebih mahal.

2. Petani dan Pekebun Kecil

Banyak jentera pertanian menggunakan diesel seperti:
  • Traktor. 
  • Pam air. 
  • Mesin penuaian. 

Diesel subsidi membantu memastikan kos pengeluaran pertanian kekal rendah.

3. Pengangkutan dan Logistik

Lori pengangkutan barangan di Sabah dan Sarawak kebanyakannya menggunakan diesel.

Jika harga diesel melonjak tinggi, kos pengangkutan barang akan meningkat dan memberi kesan kepada harga barang keperluan harian.

Risiko Penyelewengan Subsidi

Walaupun diesel subsidi membantu rakyat, ia juga membawa cabaran lain iaitu penyelewengan.

Antara masalah yang sering berlaku ialah:
  • Penyeludupan diesel ke negara jiran. 
  • Penjualan diesel subsidi kepada industri besar. 
  • Manipulasi kuota bahan api. 

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai langkah untuk mengawal perkara ini termasuk:
  • Pemantauan stesen minyak. 
  • Sistem kuota bahan api. 
  • Penguatkuasaan oleh agensi berkaitan. 

Langkah ini penting bagi memastikan subsidi benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Masa Depan Subsidi Diesel di Malaysia Timur

Walaupun subsidi diesel masih dikekalkan di Sabah dan Sarawak, kerajaan mungkin akan melakukan perubahan pada masa hadapan.

Antara kemungkinan yang dibincangkan termasuk:
  • Sistem subsidi bersasar. 
  • Penggunaan kad khas bahan api. 
  • Bantuan tunai kepada golongan tertentu. 

Tujuannya adalah untuk memastikan subsidi tidak disalahgunakan dan lebih tepat kepada kumpulan sasaran.

Namun begitu, sebarang perubahan perlu dilakukan secara berhati-hati supaya tidak menjejaskan ekonomi rakyat di Malaysia Timur.

Kesimpulan

Harga diesel subsidi di Sabah dan Sarawak merupakan satu langkah penting kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang tinggi serta cabaran geografi yang unik di Malaysia Timur.

Dengan harga sekitar RM2.15 seliter, diesel subsidi membantu pelbagai sektor ekonomi termasuk nelayan, petani dan industri logistik.

Walaupun terdapat cabaran seperti penyelewengan subsidi, dasar ini masih memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan ekonomi di Sabah dan Sarawak.

Pada masa hadapan, kerajaan mungkin akan memperkenalkan sistem subsidi yang lebih bersasar bagi memastikan bantuan ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan.

Apa yang pasti, isu harga diesel subsidi akan terus menjadi topik penting dalam perbincangan ekonomi Malaysia, terutamanya apabila melibatkan keseimbangan pembangunan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 261: Abu Bakar Bawafi Utusan Allah

SBDJ Siri 261: Abu Bakar Bawafi Utusan Allah

Suasana tenang sekali. Tiada tanda-tanda bimbang dan cemas akan berlaku. Sama ada dari datuk dan Pak Habib, begitu juga dari pasangan suami isteri dan kami berdua.

Beberapa saat berikutnya datuk dan Pak Habib mula bergerak ke arah Shafie dan orang tuanya. Seperti ada sesuatu yangmendorong saya melangkah mengekori datuk.

SBDJ Siri 261 Abu Bakar Bawafi Utusan Allah

"Tuk macamana dengan kami berdua ni?"

"Eh, kamu Tamar," datuk gelengkan kepala sambil menjegilkan sepasang biji mata. Saya jadi serba salah.

"Kamu suka ganggu," tambah datuk.

"Maafkan saya tuk."

"Kamu mesti ingat, apa yang kami lakukan ini peringkat terakhir. Banyak syarat dan pantang larangnya. Kalau kami gagal, hutanlah tempat Shafie untuk selama-lamanya.

"Kerana tugas ini berat, kamu tak usahlah masuk campur. Sebaik-baiknya kamu berdua awasi Shafie dan orang tuanya," datuk berhenti bercakap. Muka Pak Habib dijeling.

"Semasa mengawasi Shafie dan orang tuanya, jangan sekali-kali berkasar dengan mereka, kecuali kalau sudah terpaksa," Pak Habib mengambil tugas datuk, menyambung percakapan yang terhenti.

Nada suara Pak Habib lebih lembut penuh diplomasi tidak keras macam datuk.

"Baik, maafkan saya," jawap saya terketar dan berpatah balik ke arah Tajuddin.

PERLU

Sebenarnya, saya dan Tajuddin tidak perlu menjaga Shafie dan orang tuanya. Sebabnya ketika pasangan suami isteri melihat datuk dan Pak Habib mahu melangkah ke arah mereka.

Cepat-cepat mereka beredar dari sisi Shafie, bagaikan memberi kesempatan pada datuk dan Pak Habib mengambil alih tempat yang mereka kosongkan.

Shafie yang masih belum puas memeluk ibunya kelihatan terpinga-pinga dengan kehadiran datuk dan Pak Habib di sisinya.

Shafie tidak diberikan peluang langsung oleh datuk untuk bergerak atau melontar kata-kata.

"Saya pegang tangannya," bisik datuk pada Habib.

"Saya nak pegang apa?"

"Kakinya," pendek balas datuk. Dan mereka pun melakukan perkara itu dengan pantas dan serentak.

Semasa kaki dan tangan dikuasai oleh datuk dan Pak Habib, tidak terdengar keluhan atau suara Shafie, tubuhnya kaku macam batang pisang.

Datuk dan Pak Habib tidak bercakap sepatah apa pun. Sesekali kelopak bibir datuk dan Pak Habib bergerak-gerak.

Dua lelaki pengikut setia Shafie hanya melihat sahaja kejadian di depan mata. Wajah mereka tidak memperlihatkan sebarang reaksi sama ada cemas atau marah. Mereka nampak selamba saja.

Tetapi lain keadaannya dengan pasangan suami isteri. Mereka cemas bagaikan terpukau tidak terkata. Cuma anak mata sahaja melilau melihat gerak-geri datuk dan Pak Habib.

Sepuluh minit suasana berlalu dengan aman. Tidak ada kejadian tidak diingini berlaku.

"Nampaknya, setakat ini kita selamat," terdengar Pak Habib berbisik dengan datuk.

"Syukur pada Allah," Balas datuk.

Pak Habib dan datuk bangun dan berdiri serentak. Shafie yang tadi duduk terus rebah ke bumi.

Tanpa memperdulikan keadaan sekitar, Pak Habib dan datuk melangkah ke arah saya dan Tajuddin. Dalam sekelip mata pula Shafie terus berdiri.

Matanya liar merenung ke kiri, ke kanan. Merenung ke langit dan ke bumi. Dia bagaikan berhadapan dengan dunia baru. Datuk berpatah balik mendekati Shafie.

"Pelik betul dia, macam mengigau. Macam orang bangun tidur," itu komen Tajuddin bila melihat keadaan Shafie yang tidak keruan itu.

Komen dari Tajuddin dapat didengar oleh Pak Habib. Akibatnya, Tajuddin menerima satu jelingan yang tajam. Pasangan suami isteri segera mahu menerkam ke arah Shafie tetapi dihalang oleh Pak Habib.

"Mengucap dua kalimah syahadat," kata datuk lantang.

Tiada sebarang tindak balas dari Shafie. Dia masih macam orang mamai. Terhoyong hayang ke kiri dan ke kanan.

"Mengucap dua kalimah syahadat," Pak habib pula bersuara.

Shafie tunaikan permintaan Pak Habib. Tetapi ada kejutan yang diluar dugaan yang dilontar dari mulut Shafie sebagai jawapan atas permintaan Pak Habib.

"Setiap umat Islam mengucap dua kalimat syahadat menyebut nama Nabi Muhammad. Tetapi, Shafie menambah sebutan nabi dengan menyebut nama Abu Bakar Bawafi," Pak Habib merungut sambil mengerutkan dahi.

"Sabar sahabat, dia masih tak tentu arah," pujuk datuk.

Pasangan suami isteri yang mendengar ucapan itu menggeleng-gelengkan kepala sambil menarik nafas panjang.

"Siapa Abu Bakar Bawafi," pujuk Pak Habib.

Buat seketika Shafie terdiam.

"Siapa Abu Bakar Bawafi," datuk bertanya dalam nada suara yang lemah lembut penuh mesra.

"Dia yang memimpin kami ke jalan yang benar. Dia adalah utusan Allah macam nabi."

"Di mana dia sekarang?" soal Pak Habib.

"Ikut kami baru kamu tahu jawapannya."

REAKSI

Sampai di sini datuk segera membisikkan sesuatu ke telinga Pak Habib. Seterusnya, tiada pertanyaan yang diajukan oleh datuk dan Pak Habib kepada Shafie.

Dua lelaki pengikut setianya mula memperlihatkan reaksi yang membimbangkan. Mereka mula menumbuk dan menendang angin.

Menyedari sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Datuk segera mengingatkan saya dan Tajuddin supaya berjaga.

Manakala si suami dapat merasakan gerak-geri yang dipamerkan oleh dua lelaki pengikut setia Shafie agak ganjil, segera memberitahu isterinya supaya berhati-hati, jangan sampai Shafie jatuh ke tangan dua lelaki tersebut. Bahang kecemasan mulai dirasai.

"Biar saya uruskan," suara datuk keras.

Dia pun terus menuju ke arah dua lelaki tersebut. Kehadiran datuk di sisi mereka disambut dengan wajah bengis bersama ungkapan kata yang sukar difahami.

Bila datuk menyingsing lengan baju kirinya separas siku, kedua-dua lelaki itu diam terpaku. Secara rela mereka hulurkan sepasang tangan masing-masing ke arah datuk minta diikat.

Datuk tidak menunaikan permintaan mereka, sebaliknya menyuruh kedua-dua lelaki itu duduk bersila atas tanah.

Permintaan datuk ditunaikan. Seterusnya mereka disuruh meletakkan sepasang telapak tangan di permukaan tanah.

"Tundukkan kepala kamu."

Perintah itu juga turut di patuhi.

"Sekarang tahan nafas, lepaskan perlahan-lahan."

Semasa kedua-dua lelaki itu mematuhi perintah dengan teratur dan sopan, dengan pantas datuk menepuk pangkal leher mereka, tiga kali berturut-turut. Mereka tersedak, kelopak mata semakin rapat. Perlahan-lahan membongkokkan tubuh, macam orang sujud.

"Duduk diam di sini, jangan ke mana-mana, kecuali aku suruh."

Itulah yang datuk bisikkan ke cuping telinga kedua-dua lelaki tesebut. Tiada jawapan, tiada tindak balas agresif dipamerkan. Mereka kelihatan bodoh, setia mengikut perintah.

Datuk kembali mendekati Pak Habib.

"Janji ita dengan orang suami isteri belum selesai, jadi kita kena selesaikan kerja kita," kata datuk sambil menarik tangan Pak Habib. Tetapi Pak Habib enggan bergerak dari tempat dia berdiri.

"Apa saudara yakin dua manusia itu, tidak akan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan kita," terpegun datuk sebentar mendengar perkataan tersebut.

Sebagai orang yang kaya dengan pengalaman, datuk dapat membaca apa yang tersurat dan tersirat di sebalik ungkapan tersebut. Sebentar datuk meluangkan waktu menatap biji mata Pak Habib.

"Saudara takut?" tutur datuk.

"Saya tidak takut. Cuma bimbang kalau mereka melakukan sesuatu dengan cara mengejut pada kita," ada nada cemas dari Pak Habib.

"InsyaAllah kita selamat, tidak apa-apa," balas datuk.

"Kalau begitu, kita selesaikan segera," Pak Habib segera memegang pergelangan tangan datuk.

MINTA

Beberapa saat kemudian mereka sudah pun berada di sisi Shafie. Arahan pertama yang datuk keluarkan ialah meminta saya, Tajuddin dan pasangan suami isteri beredar dari sisi Shafie.

Kami disuruh berdiri dekat bucu surau. Pasangan suami isteri diarah berada hampir pohon sukun yang baru berputik.

Jarak pasangan suami isteri dengan Shafie antara 8 hingga 10 kaki. Mereka berada di sebelah kanan tubuh Shafie yang terbaring.

Pak Habib tidak disuruh kemana-mana. Dia cuma diminta berganjak tiga tapak dari tempat asal dia berdiri. Pergerakan itu menyebabkan Pak Habib berada di hujung kaki Shafie.

"Bosan," saya mengeluh.

Secara tidak sengaja, saya angkat kepala dan kebetulan terpandangkan datuk sedang menggamit saya agar datang menghampirinya.

Kerana tidak mahu keseorangan, saya gunakan bahasa mulut, bertanya apakah saya seorang saja yang dikehendaki.

Datuk memberikan jawapan (dengan bahasa mulut), supaya mengajak Tajuddin sama. Perkara itu segera saya sampaikan pada Tajuddin.

"Bagus, aku pun tak mahu seorang berdiri di sini," komen Tajuddin.

"Ayuh," kata saya.

Tanpa membuang masa kami segera melangkah ke arah datuk.

Setelah berada di sisi datuk. Tiada sebarang perintah yang diberikan. Kami berdua tercegat disitu macam patung.

Perkara begini memang menjadi seteru saya. Berdiri macam pak pacak dalam teater bangsawan. Sungguh menjemukan, lebih-lebih lagi bila mengambil masa yang agak lama. Sungguh menyakitkan hati.

"Berapa lama nak jadi pak pacak."

Tanpa disedari rungutan yang terkeluar dari kelopak bibir agak kuat. Dapat didengar oleh datuk. Dengan pantas dia melepaskan jelingan yang cukup tajam.

"Cucu yang biadap tidak pernah sabar."

Saya terdiam, tidak berani menentang mukanya.

Angin terus bertiup, panas tidak seterik tadi. Tetapi badan saya dan Tajuddin berpeluh.

Dalam suasana begitulah, datuk melangkah dengan tenang ke arah Pak Habib. Datuk meneruskan langkahnya menuju ke arah pasangan suami isteri. Ada sesuatu yang datuk bisikan ke telinga ayah Shafie.

SAMPAI

Ungkapan bisikan yang datuk sampaikan pada si suami segera disampaikan ke telinga isterinya.

Sebaik saja datuk beredar dari situ, pasangan suami isteri segera melemparkan pandangan ke arah dua lelaki pengikut setia Shafie. Pandangan mereka penuh dengan rasa marah, geram dan kebencian membara.

Dua pengikut setia Shafie, masih dalam keadaan sujud mencium bumi. Tidak tahu apa yang berlaku sekitar mereka.

Sebelum datuk melangkah untuk datang semula ke sisi Pak Habib, serentak pasangan suami isteri anggukkan kepala seolah-olah memberi mandat baru pada datuk. Merestui akan yang bakal dilakukan oleh datuk, mungkin juga Pak Habib.

Sungguh mengejutkan, sehelai daun rambutan tua melayang-layang di udara dan jatuh di bahu kanan datuk.

Dengan segera datuk berpatah balik mendapatkan pasangan suami isteri. Mereka bercakap-cakap sejenak dan berjabat tangan.

Perjalanan yang terganggu datuk teruskan.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 261/284

BACA: SBDJ Siri 260: Di Serang Pengikut Setia
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Strawberry Matcha: Minuman Viral TikTok Yang Sedang Menawan Dunia!

Strawberry Matcha: Minuman Viral TikTok Yang Sedang Menawan Dunia!

Dalam dunia minuman moden, trend sentiasa berubah dengan pantas. Setiap tahun pasti muncul minuman baharu yang menjadi kegilaan di kafe dan media sosial.

Bagi tahun 2026, salah satu minuman yang semakin viral dan mendapat perhatian ramai ialah Strawberry Matcha, gabungan unik antara rasa pahit lembut matcha dengan kemanisan strawberi segar menjadikan minuman ini bukan sahaja sedap, malah sangat menarik dari segi visual.

Strawberry Matcha Minuman Viral TikTok

Di platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube, Strawberry Matcha sering muncul dalam video pendek yang memaparkan lapisan warna hijau dan merah jambu yang cantik. Tidak hairanlah minuman ini kini menjadi salah satu trend minuman paling popular di dunia.

Apa itu Strawberry Matcha, bagaimana ia menjadi trend global, serta mengapa minuman ini dijangka terus popular sepanjang tahun 2026.

Apa Sebenarnya Strawberry Matcha?

Strawberry Matcha ialah minuman yang menggabungkan serbuk matcha Jepun dengan strawberi segar atau puree strawberi.

Biasanya minuman ini disediakan dalam beberapa lapisan yang cantik:
  • Lapisan puree atau sos strawberi di bahagian bawah. 
  • Susu segar di bahagian tengah. 
  • Matcha yang dikacau dengan air panas di bahagian atas. 

Apabila disusun dalam gelas lutsinar, ia menghasilkan tiga warna yang sangat menarik: merah, putih dan hijau. Kombinasi ini bukan sahaja cantik tetapi juga memberikan rasa yang seimbang.

Rasa pahit semula jadi matcha dipadankan dengan kemanisan strawberi dan kelembutan susu, menjadikan minuman ini sesuai untuk pelbagai jenis selera.

Mengapa Strawberry Matcha Viral Pada 2026?

Terdapat beberapa sebab mengapa Strawberry Matcha menjadi fenomena global pada tahun 2026.

1. Visual Yang Sangat Instagrammable

Salah satu faktor utama populariti minuman ini ialah penampilan visualnya yang unik. Lapisan warna merah jambu strawberi, putih susu dan hijau matcha kelihatan sangat cantik dalam gambar.

Ramai pencipta kandungan media sosial menggunakan Strawberry Matcha sebagai bahan video “aesthetic drinks”, yang kemudian menjadi viral dan menarik minat orang ramai untuk mencubanya sendiri.

2. Gabungan Tradisi dan Trend Moden

Matcha mempunyai sejarah panjang dalam budaya Jepun, khususnya dalam upacara minum teh tradisional.

Namun apabila digabungkan dengan strawberi dan susu moden, ia menghasilkan minuman yang terasa klasik dan moden pada masa yang sama.

Gabungan ini menjadikan Strawberry Matcha sesuai untuk generasi muda yang mahu menikmati minuman tradisional dalam bentuk yang lebih kreatif.

3. Pilihan Lebih Sihat Berbanding Minuman Manis

Ramai pengguna kini lebih peka terhadap kesihatan. Berbanding minuman yang terlalu manis atau tinggi gula, Strawberry Matcha sering dianggap pilihan yang lebih sihat.

Matcha terkenal mengandungi:
  • Antioksidan tinggi.
  • Tenaga semula jadi daripada kafein ringan.
  • Asid amino L-theanine yang membantu fokus.

Apabila digabungkan dengan strawberi segar yang kaya dengan vitamin C, minuman ini bukan sahaja sedap tetapi juga memberikan manfaat kesihatan.

Cara Membuat Strawberry Matcha di Rumah

Salah satu sebab Strawberry Matcha semakin popular ialah kerana ia mudah dibuat di rumah. Ramai pencinta minuman kopi dan teh kini cuba menghasilkan versi mereka sendiri.

Berikut cara mudah membuat Strawberry Matcha.

Bahan-bahan:
  • 4–5 biji strawberi segar.
  • 1 sudu besar gula atau madu.
  • 1 sudu kecil serbuk matcha.
  • 60 ml air panas.
  • 150 ml susu segar.
  • Ais secukupnya.

Cara penyediaan:
  • Hancurkan strawberi bersama gula sehingga menjadi puree.
  • Masukkan puree strawberi ke dalam gelas.
  • Tambahkan ais dan tuangkan susu segar.
  • Bancuh serbuk matcha dengan air panas sehingga sebati.
  • Tuangkan matcha perlahan-lahan di atas susu untuk menghasilkan lapisan.

Hasilnya ialah minuman tiga lapisan yang cantik dan menyegarkan.

Variasi Strawberry Matcha Yang Popular

Seiring dengan populariti minuman ini, banyak kafe mula mencipta variasi Strawberry Matcha yang unik.

Antara yang paling popular termasuk:

Strawberry Matcha Latte: Menggunakan susu penuh atau susu oat untuk rasa lebih creamy.

Strawberry Matcha Smoothie: Dikisar bersama ais untuk menghasilkan tekstur lebih pekat.

Strawberry Matcha Coconut: Menggantikan susu dengan santan atau susu kelapa untuk rasa tropika.

Sparkling Strawberry Matcha: Menambah air soda untuk menghasilkan minuman yang lebih segar dan berkarbonat.

Kreativiti inilah yang menjadikan Strawberry Matcha terus relevan dalam dunia minuman moden.

Peluang Bisnes Minuman Strawberry Matcha

Trend Strawberry Matcha juga membuka peluang besar dalam industri makanan dan minuman.

Banyak kafe kecil dan gerai minuman mula menambah minuman ini ke dalam menu mereka.

Beberapa faktor menjadikan Strawberry Matcha menarik untuk bisnes:
  • Kos bahan yang agak rendah.
  • Penampilan menarik untuk pemasaran media sosial.
  • Mudah diubah suai dengan pelbagai variasi.

Dengan strategi pemasaran yang baik, minuman ini boleh menjadi produk “signature” yang menarik pelanggan.

Masa Depan Trend Strawberry Matcha

Berdasarkan trend semasa, Strawberry Matcha dijangka terus popular sekurang-kurangnya beberapa tahun lagi.

Permintaan terhadap minuman yang bukan sahaja sedap tetapi juga cantik dan sihat semakin meningkat.

Tambahan pula, generasi muda kini lebih gemar mencuba minuman baharu yang unik dan sesuai untuk dikongsi di media sosial. Strawberry Matcha memenuhi semua kriteria tersebut.

Kita mungkin akan melihat lebih banyak inovasi seperti:
  • Strawberry Matcha protein drink.
  • Strawberry Matcha dessert.
  • Strawberry Matcha ice cream.

Semua ini menunjukkan bahawa minuman ini bukan sekadar trend sementara, tetapi berpotensi menjadi ikon minuman moden.

Kesimpulan

Strawberry Matcha adalah contoh sempurna bagaimana tradisi dan kreativiti moden boleh digabungkan untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Dengan gabungan rasa yang unik, penampilan yang menarik serta manfaat kesihatan, tidak hairanlah minuman ini menjadi fenomena global pada tahun 2026.

Sama ada dinikmati di kafe hipster atau dibuat sendiri di rumah, Strawberry Matcha menawarkan pengalaman minuman yang segar, cantik dan memuaskan.

Jika anda belum mencubanya, mungkin inilah masa terbaik untuk menikmati minuman viral yang sedang menawan dunia ini.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 260: Di Serang Pengikut Setia

SBDJ Siri 260: Di Serang Pengikut Setia

Kami dikejutkan dengan bunyi deru angin yang datang dari arah belakang surau. Rempuhan angin membuat kami (saya, Tajuddin datuk dan Pak Habib) hampir terjatuh. Sentuhan angin yang kencang itu tidak dirasai oleh pasangan suami isteri, kerana mereka tidak berdiri.

SBDJ Siri 260 Di Serang Pengikut Setia

Sejadah yang menutup sebahagian dari tubuh pengikut Shafie yang terbaring (di kiri dan kanannya) diterbangkan oleh angin hingga tersangkut di ranting pokok rambutan.

Sungguh aneh, sejadah yang menutup muka Shafie tidak berubah.

Bila angin kencang berhenti, orang di kiri kanan Shafie berubah tempat, berada di muka pintu surau, duduk di situ sambil merenung sejadah yang tersangkut di dahan rambutan. Tiada seorang pun sedar bagaimana mereka berdua boleh berada di pintu surau.

"Lihat Shafie," Kata Tajuddin.

Semua biji mata tertumpu ke arah Shafie. Sejadah yang menutup mukanya bergerak sendiri lalu terletak atas tanah. Macam ada tangan tersembunyi yang melakukannya.

Dada Shafie nampak berombak, menandakan dia sudah mula bernafas. Perkara ini tidak berlanjutan lama. Dada Shafie tidak bergerak kembali. Nafasnya terhenti dengan serta merta.

Pada saat itu terlihat seperti ada pantulan cahaya atau bebayang nipis berkaca keluar dari tubuh Shafie. Dedaun kering yang ada dekatnya bergerak-gerak macam dipijak sesuatu, ada kesan telapak kaki yang cukup besar dengan bentuknya menyerupai kaki manusia, mempunyai tiga jari.

Kesan telapak kaki itu hanya dapat dilihat dalam waktu yang amat singkat sekali. Kemudian hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan. Cuma yeng kedengaran bunyi orang memijak reranting kering hingga patah.

Terdengar bunyi daun tingkap dan pintu surau dihempas dengan kuat. Sekeping daun tingkap terkopak. Dua pengikut Shafie di muka pintu surau, tidak terusik dengan kejadian yang berlaku.

"Sekejap lagi semuanya selesai," ujar datuk dengan penuh keyakinan sambil merenung muka Pak Habib.

Pandangan itu beralih pula kepada pasangan suami isteri yang masih tidak berganjak dari menatap Shafie.

"Kerja-kerja begini, mesti banyak sabar," secara spontan Pak Habib bersuara. Datuk angguk kepala sambil tersenyum.

"Aahhhhhhh..."

Dengan mengejut saya menoleh ke arah pasangan suami isteri. Tubuh Shafie mual bergerak-gerak. Batuknya tidak kedengaran lagi. Digantikan dengan suara mengerang, bagaikan orang yang sedang menanggung rasa sakit yang amat sangat.

MEMICIT

Jari jemari pasangan suami isteri itu terus berlari memicit tubuh Shafie. Sesungguhnya, saya amat terharu dengan apa yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri itu terhadap anak tunggal mereka. Saya kira Tajuddin juga mengalami perasaan yang sama seperti saya.

Kerana jemu melihat pandangan yang sama, sepasang mata saya alihkan ke angkasa. Awan kelihatan bersih, beberapa ekor burung terbang bebas diangkasaraya.

"Ada tanda-tanda yang baik, nampaknya," kata datuk pada Pak Habib.

Reaksi dari Pak Habib macam selalu juga, dia mengangguk dan diakhiri dengan puji-pujian pada Allah yang maha besar. Datuk menerima reaksi itu sebagai sesuatu yang membanggakan.

"Ahhhh..." Shafie mengerang.

Kemudian Shafie cuba sedaya upaya mengalihkan kedudukan badannya ke kanan. Usaha itu gagal. Dia kembali terlentang menadah langit. Kaki kanannya bergerak-gerak. Dua tiga kali cuba membuka kelopak matanya. Beberapa helai bulu keningnya gugur sendiri.

"Dia anak kita, biar apa yang terjadi kita tunggu dia di sini. Saya sanggup mati kering dari meninggalkannya," si suami memberikan sebuah ikrar pada isterinya.

"Sama-samalah kita bang," Jawab si isteri.

NAFAS

Mendengar ikrar pasangan suami iseri itu, saya menarik nafas panjang sambil merenung ke arah Tajuddin. Secara mendadak saja Tajuddin menggeleng-gelengkan kepala.

Dari gerak-gerinya itu, saya membuat kesimpulan yang Tajuddin juga turut mendengar apa yang dikatakan oleh pasangan suami isteri tersebut.

Si isteri merapatkan mulutnya ke telinga Shafie.

"Shafie, ni emak," katanya.

Shafie tidak memberikan sebarang tindak balas. Manakala si suami terus memicit seluruh tubuh Shafie. Mulutnya nampak bergerak-gerak macam ada sesuatu yang dikatakannya. Malangnya suara si suami tidak dapat didengar.

"Shafie, buka mata tengok emak," rayu si isteri.

Macam tadi juga, Shafie tidak memberikan sebarag reaksi. Terus terbujur kaku, sekali-sekala mengerang seperti kesakitan. Si suami tidak berhenti dari memicit anak kesayangannya.

Dua orang pengikut setia Shafie, masih lagi berada di pintu surau. Masih merenung sejadah yang tersangkut dan terbuai-buai di dahan rambutan di main angin.

"Saya berganjak," pendek suara datuk.

Dia berubah tempat, menjarakkan dirinya dengan Pak Habib. Berdiri di kawasan tanah yang bergonggol tidak ditumbuhi sehelai rumput pun, kedudukannya berada di tengah-tengah antara surau dan kami.

"Apa dia nak buat di situ?" Tanya saya pada Tajuddin.

"Entah," balas Tajuddin pendek.

"Semuanya kerja pelik dan gila," lanjut saya.

"Ehhheeemmm..."

Pak Habib beri isyarat, menyuruh saya diam. Apa yang boleh saya lakukan ialah menarik nafas dalam-dalam sebagai tanda kecewa. Sepasang mata kembali menyorot ke arah sepasang suami isteri.

Saya lihat si isteri sedang menggosok-gosok kepala Shafie. Sesekali menyapu mukanya dengan telapak tangan. Manakala si suami terus memicit-micit bahagian sendi leher Shafie. Dari situ bergerak hingga ke telapak kaki.

Dalam suasana yang serba mencengkam itu. Tiba-tiba si isteri menangis tersedu seketika. Rupa-rupanya Shafie mula menyebut nama emaknya berkali-kali dan terus duduk. Shafie dan ibunya berpelukan. Sementara ayahnya tertunduk pilu.

Pak Habib mula mendekati mereka. Tetapi, melarang saya dan Tajuddin mengikutnya.

Tindakan Pak Habib itu memang tidak disenangi oleh pasangan suami isteri tersebut. Mungkin mereka beranggapan perbuatan itu mencampuri urusan keluarga mereka yang mula mahu berputik segar.

"Bersedia..."

Suara jeritan datuk yang lantang membuat kami semua merenung ke arahnya. Dua orang pengikut setia Shafie yang duduk di muka pintu surau bertindak pantas.

Tiada siapa yang sedar dan melihat, bagaimana mereka menjatuhkan datuk di kawasan tanah yang berbonggol.

Datuk tertiarap di situ. Secepat kilat pula kedua-dua lelaki itu berlari ke arah kami dengan sepotong kayu di tangan masing-masing.

Saat mereka menerkam, terhambur kata-kata yang sukar difahami. Apa yang pasti, awajah mereka penuh dengan api kemarahan.

"Tamar, Tajuddin lindungi Shafie dan orang tuanya," Pak Habib mengeluarkan arahan.

Merasakan kurang senang dengan arahan tersebut, bahu Tajuddin saya singgung dengan maksud supaya dia bertanya. Tajuddin gelengkan kepala.

"Kenapa, ada Pak Habib?" Saya memberanikan diri.

"Ikut saja kata saya."

Sebaik saja Pak Habib berkata begitu, dia terus menuju ke arah dua lelaki yang meluru ke arahnya.

Dengan tenang Pak Habib mendepangkan kedua belah tangannya untuk menghalang dua lelaki itu menghampiri Shafie dan orang tuanya. Perbuatan Pak Habib tidak menakutkan kedua-dua lelaki berkenaan.

Dengan wajah marah, penuh rasa geram beserta dengan sepotong kayu di tangan masing-masing. Mereka terus menerpa ke arah Pak Habib sambil mencuba menghayunkan kayu ke tubuh Pak Habib.

Andainya, mereka menghayun kayu serentak dan tepat pada sasarannya, sudah pasti Pak Habib yang berdarah campuran Arab-Melayu lembik. Terkulai dengan tulang-temulangnya patah remuk.

"Allahhu akbar..."

Suara tempikan Pak Habib menguasai suasana sekitar. Serentak dengan tempikkan itu, Pak Habib hentakkan sepasang tumit kakinya ke bumi.

Dua lelaki pengikut setia Shafie terhenti dan jatuh terlentang, bagaikan ada tenaga ghaib yang menolak mereka dari depan. Kayu ditangan mereka terpelanting jatuh.

BANGUN

Sebelum kedua-duanya sempat bangun, Pak Habib menerkam mereka. Datuk yang berada di kawasan tanah bonggol segera menerpa dari arah belakang.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, semua pergerakan berlaku dengan pantas sekali.

Tetapi, saya dapat melihat antara Pak Habib dengan datuk, ternyata datuk bertindak cukup agresif sekali. Dia melepaskan hentakan siku kiri ke pangkal bahu kanan kedua-dua lelaki itu.

Kemudian Pak Habib dan datuk segera mengkilas tangan kedua-dua lelaki tersebut ke belakang. Mereka tidak melawan langsung.

Dengan ibu jari kiri datuk tekan pangkal leher lelaki dalam tangannya. Lepas itu lelaki di tangan Pak Habib pula dikerjakannya.

"Lepaskan mereka."

"Tak merbahaya pada kita?" Pak Habib ragu-ragu.

"InsyaAllah tak apa-apa," jawab Datuk.

Kedua-dua lelaki itu dilepaskan, mereka kelihatan amat lemah sekali. Wajah yang tadi geram, bertukar menjadi wajah orang bodoh dan dungu.

Sungguh melucukan, meskipun mereka dibebaskan, kedua-dua lelaki itu tidak mahu pergi ke mana-mana. Mereka asyik berlegar-legar di sekeliling datuk dan Pak Habib saja.

"Kenapa mereka jadi macam ini?" Pak Habib bertanya.

"Dengan izin Allah, saya berjaya mengunci pergerakan tubuh dan akal fikiran mereka."

"Ini merbahaya, kenapa tidak dihalau saja merek dari sini."

"Sabar dulu, banyak rahsia yang boleh kita korek dari mereka," jelas datuk.

"Apa yang mesti kita buat seterusnya," ghairah sekali Pak Habib bertanya.

"Kita kena bertindak pantas, sebelum hati dan perasaan mereka dikuasai iblis semula."

"Cakaplah, apa yang disuruh, saya buat," Pak Habib nampak tak sabar.

Dia mahu menamatkan suasana yang dihadapinya dengan segera. Sedangkan datuk, berpendapat biar lambat asalkan akar umbi dari kejadian ini dapat dicantas terus. Supaya tidak mengganggu gugat orang lain di masa mendatang.

"Cakaplah, apa yang mesti saya buat seterusnya," Pak Habib terus mendesak.

"Sebelum kita uruskan mereka berdua, kita pulihkan Shafie terlebih dahulu. Biar dia kembali ke alam nyata. Shabat hafal surah yassin, kita baca bersama dalam hati, semasa kita membetulkan pergerakan darahnya."

"Caranya, saya tak tahu."

Mendengar kata-kata itu datuk senyum. Muka Pak Habib direnungkan seketika. Kemudian mereka berbalas senyum.

"Baiklah, saya menurut saja," kata Pak Habib.

"Kalau begitu, ikut apa saya buat," datuk renung biji mata Pak Habib.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 260/284

BACA: SBDJ Siri 259: Tanam Gelas Dengan Tumit
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com