Tuesday, December 27, 2016

Ular Kepala Pelangi Antara Spesies Baharu Ditemui

Ular Kepala Pelangi Antara Spesies Baharu Ditemui

Ular berkepala pelangi dan cicak kelihatan seperti naga adalah antara 163 spesies baharu yang ditemui sekumpulan saintis di wilayah Greater Mekong, baru-baru ini.

Ular

Pengurus Program Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk Great Mekong, Jimmy Borah berkata, kesemua spesies baharu yang ditemui itu adalah satu peringatan bahawa masih ada harapan meskipun kadar kepupusan semakin meningkat pada tahap membimbangkan.

"Wilayah Greater Mekong terus mengingatkan manusia bahawa masih terdapat banyak kawasan luar biasa belum diterokai yang boleh membawa kepada penemuan baharu setiap tahun dan adalah sangat penting untuk kita melindunginya sebelum ia pupus," katanya.

Penemuan yang diterbitkan dalam satu laporan turut menemui cicak tokek di Laos dengan kulit biru pucat dan spesies pisang jarang ditemui di utara Thailand yang semakin terancam kerana peningkatan aktiviti penebangan hutan.

BACA INI JUGA: 10 Spesies Ular Paling Berbisa Di Dunia!

Sumber: SH

Sunday, October 23, 2016

Keunikan Air Terjun Baatara Gorge Umpama Gua Tiga Jambatan

Keunikan Air Terjun Baatara Gorge Umpama Gua Tiga Jambatan

Jika anda ingin melihat pemandangan seperti dalam kisah dongeng, bolehlah berkunjung ke gua Baatara Gorge yang terletak di Tannourine, Lebanon.

Baatara Gorge Cave

Gua Baatara Gorge terbentuk daripada formulasi batu kapur yang berusia jutaan tahun dan ia turut dikenali dengan nama 'gua tiga jambatan'.

Terdapat tiga lantai yang merentangi gua ini dari atas ke bawah menjadikannya tiga tingkat dengan panorama alam yang cukup menakjubkan.

Menjelang musim bunga, salji yang mencair akan mengalirkan air yang jatuh dari atas ke jurang di bawah gua Baatara Gorge setinggi 250 meter!

Ia seakan-akan sebuah pemandangan tiga buah air terjun berkembar.

Baatara Gorge Cave

Pemandangan yang cukup indah di gua Baatara Gorge ini hanya dapat disaksikan sekitar bulan Mac dan April setiap tahun.

BACA INI JUGA: Keunikan Ruby Falls Air Terjun Di Bawah Tanah

-Sentiasapanas.com

Saturday, August 27, 2016

Keunikan Tarian Pemikat Wodaabe Ketika Pesta Gerewol

Keunikan Tarian Pemikat Wodaabe Ketika Pesta Gerewol

Apabila tiba bulan Jun hingga Oktober, kawasan tengah Nigeria mula mengalami kemarau. Kolam dan lopak air menjadi kering secara beransur-ansur.

Pesta Gerewol

Suasana itu menunjukkan padang rumput Savana seolah-olah bakal berdepan dengan bencana. Kawanan haiwan daripada pelbagai spesis juga sudah berebut-rebut mengerumuni lopak air baru.

Ada yang bergaduh sesama sendiri, namun disebalik suasana itu, gerombolan masyarakat Wodaabe kelihatan begitu bersemangat mengemas barang seolah-olah mereka akan berpindah ke satu tempat lain seperti kawanan haiwan yang berpindah dari sebuah lopak air ke satu lopak air yang lain.

Tidak lama selepas itu, angin kering gurun yang dikenali sebagai harmatan mula bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Kemunculan angin ini sebenarnya menjadi petanda kepada Wodaabe untuk menyiapkan diri ke gurun utara bagi meraikan pesta Gerewol.

Gerewol atau dikenali sebagai pesta percintaan adalah satu perayaan tradisi yang diraikan puak-puak dari suku kaum Taboo yang mendiami kawasan tengah Niger.

Gerewol - Wodaabe

Wodaabe merupakan salah satu upacara yang dilakukan sebagai usaha untuk mencari jodoh dan memulakan kehidupan sebagai suami isteri.

Namun begitu, ada pengkaji mengklasifikasikan pesta ini sebagai pesta mengekalkan bangsa kerana matlamat pesta ini adalah untuk mengekalkan zuriat bangsa tulin Wodaabe.

Justeru ramai pihak melihat pesta ini sebagai majlis mencari pasangan hidup. Soalnya kenapakah bangsa ini mahu mengekalkan ketulinan original kaumnya?

Mengikut beberapa sumber bacaan, pada tahun 1983, bilangan puak Wodaabe dianggarkan sekitar 45 ribu orang saja.

Puak ini sebenarnya terkenal dengan seni kecantikan diri. Baik lelaki mahupun perempuan, kecantikan dijadikan sebagai asas utama dalam kehidupan mereka seharian. Justeru berhias merupakan satu tatacara hidup yang wajib diamalkan oleh semua orang.

Gerewol - Wodaabe

Puak Wodaabe bercakap dalam bahasa Fula, salah satu bahasa yang dituturkan tanpa ada tulisan. Oleh itu, penutur bahasa ini cuma kenal bunyi dan ia tidak ada huruf untuk ditulis.

Dalam bahasa Fula, bunyi Wo bermaksud 'pantang'. Bunyi Aa atau E pula membawa maksud 'rakyat yang berpantang larang'.

Sebab itu ada sesetengah suku lain menterjemahkan Wodaabe sebagai orang-orang yang menghormati pantang larang.

Meskipun begitu, pada abad ke-17, semasa era pendudukan dan penjajahan bangsa Eropah dikawasan Afrika, Wodaabe diberi nama sebagai Bororo.

Istilah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai bermaksud 'Lembu Feluni' iaitu merujuk kepada maksud 'Orang-orang yang tinggal dalam kem lembu'.

Gerewol - Wodaabe

Sementara itu, apabila hujan mulai mencurah di kawasan selatan, kumpulan-kumpulan kecil Wodaabe sudah mula sampai kesebuah kawasan tanah rata untuk meraikan pesta Gerewol.

Lokasi yang dipilih untuk pesta ini telah ditentukan. Oleh itu, puak ini sudah jelas tentang pesta yang bakal mereka lakukan tidak lama lagi.

Kebiasaannya, dikawasan itu sudah ada pondok-pondok yang didirikan untuk menampung jumlah masyarakat ini. Selepas sebulan berkumpul, akhirnya pesta ini dimulakan.

Pada hari tersebut, semua lembu akan disimpan dikandang khas yang telah didirikan. Sesuatu yang agak pelik mengenai kaum ini ialah, mereka tidak perlu bimbang tentang penipuan kerana lembu setiap keluarga diajar untuk mengenali tuannya. Sistem itu menyebabkan tidak ada orang yang boleh mengambil lembu orang lain.

Apabila menjelang saja fajar hari Gerewol, para wanita Wodaabe akan menyanyikan sebuah lagu unik.

Lagu itu berbunyi seperti ini, ”Bintang pagi telah datang. Anda gadis cantik dan anda lelaki menawan, bangunlah. Hari gerewol telah bermula”.

Gerewol - Wodaabe

Nyanyian itu menandakan para lelaki dalam kaum ini akan mula menghiaskan diri mereka secantik Ewleh untuk memulakan pertandingan lelaki tampan dalam puak ini.

Pelbagai perkara pelik dapat dilihat ketika lelaki dalam puak ini menghias diri. Ada yang membuat tatu puak, mencukur kepala untuk memperlihatkan kepala yang lonjong dan panjang selain mengenakan palbagai perhiasan, rantai dan cincin.

Sesuatu yang pasti, semua orang akan mewarnakan muka mereka dan melukis garisan melintang di bahagian pipi.

Pada peringkat awal, pertandingan gigi cantik akan dimulakan dahulu sebelum pertandingan mata dengan disusuli tarian unik seorang pemikat.

Gaya dan persembahan setiap individu sebenarnya sedang diperhatikan oleh gadis-gadis yang sedang nnencari pasangan hidup.

Selepas beberapa ketika, si gadis yang menjadi penonton akan memilih siapakah lelaki yang menjadi juara mereka.

Lazimnya, pemilihan ini dibuat mengikut kriteria yang diingini si gadis itu terhadap le1aki yang mereka ingin kahwini.

Gerewol - Wodaabe

Keadaan itu mewujudkan suasana semua lelaki yang bertanding akan menjadi juara. Kadang kala ada sesetengah juara menjadi rebutan ramai gadis.

Mengikut tradisi puak ini, lelaki itu berhak untuk mengahwini semua gadis yang memilihnya dan perkara itu tidak menjadi masalah.

Bagaimanapun, jika lelaki itu tidak dipilih oleh mana—mana gadis, dia layak untuk bĂ©rtanding lagi pada tahun depan.

BACA INI JUGA: Sejarah Dan Proses Pembuatan Kiswah, Kain Penutup Kaabah

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, August 01, 2016

Keunikan Dan Keindahan Lukisan Dari Paku 'Pelukis' Marcus Levine

Keunikan Dan Keindahan Lukisan Dari Paku 'Pelukis' Marcus Levine

Paku mahupun batang besi biasanya digunakan semasa membina rumah atau bangunan atau lain-lain. Bentuk yang kaku dengan bahagian yang tajam di hujungnya, membuatkan paku seolah-olah tidak mempunyai keindahan.

Marcus Levine

Namun, di tangan Marcus Levine, beribu-ribu paku digunakan untuk menjadikan sebuah gambaran lukisan yang tenang.

Menurut pelukis berasal dari London, England itu mula menggunakan media paku dan kayu sebagai kanvas lukisannya dari tahun 2004.

Rata-rata 'lukisannya' menggunakan 15 ribu hingga 50 ribu batang paku untuk membuat karya seninya.

Masa yang diperlukan antara tiga hingga enam puluh hari untuk menyiapkan karya seninya dari paku.

Menurut Global News, Levine menyebut seninya sebagai ekspirasi tubuh manusia dan dia sendiri menggelarkan dirinya sebagai pemahat tubuh.

Levine bukan sahaja membuat lukisan tiga dimensi dari paku malah ia memaparkan pelbagai karya pemasangan seni luar, katanya dilaman Levine Art.

Levine berkata, dia tidak membuat lakaran atau rancangan awal terlebih dahulu. Cahaya memberikan peranan penting untuk menghasilkan sebuah karya seninya.

Cahaya juga yang memberikan keunikan dan keindahan terhadap lukisan tiga dimensi yang dibuatnya.

BACA INI JUGA: Lukisan Unik Seorang Gadis Pada Pokok Kayu Di Sekitar Bandar

Marcus Levine [2]
Marcus Levine [3]
Marcus Levine [4]
Marcus Levine [5]
Marcus Levine [6]
Marcus Levine [7]

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, June 20, 2016

AbsorbPlate, Pinggan Unik Kurangkan 30 Kalori Setiap Hidangan!

AbsorbPlate, Pinggan Unik Kurangkan 30 Kalori Setiap Hidangan!

Anda ingin kurus dengan cara yang mudah? Anda boleh mencuba pinggan ini yang mempunyai 500 lubang halus dan didakwa sebagai rekaan unik untuk mengurangkan berat badan.

AbsorbPlate.jpg

Ini kerana lubang-lubang pada pinggan itu dikatakan boleh mengumpul dan mengasingkan minyak yang berlebihan dan dapat menghapuskan 30 kalori daripada makanan yang dihidangkan.

Pinggan tersebut dihasilkan oleh AbsorbPlate dalam usaha memberikan makanan yang sihat di seluruh Thailand.

Menurut agensi pengiklanan kepada AbsorbPlate, BBDO Bangkok, rekaan tersebut masih diuji dan tidak dijual pada masa ini.

Bagaimanapun beribu-ribu pinggan telah diedarkan kepada kedai-kedai makan di Thailand.

Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai dengan ada yang menyokong, tidak kurang pula yang memandang sinis akan ciptaan terbaru itu.

BACA INI JUGA: WTH! Sajian Yang Menyeksa Binatang Ketika Dihidang

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, December 02, 2015

Krishna's Butter Ball, Fenomena Unik Batu Terapung

Krishna's Butter Ball, Fenomena Unik Batu Terapung

Batu gergasi dikenali sebagai Krishna's Butter Ball merupakan satu fenomena unik yang boleh ditemui di bandar Mahabalipuram di selatan India.

Krishna's Butter Ball [2]

Menurut Amusing Planet, batu yang mempunyai ukuran ketinggian melebihi 10 meter dengan diameter melebihi lima meter ini terletak di lereng sebuah bukit dan menjadi tarikan bagi penduduk dan pelancong asing.

Krishna’s Butterball is a curious tourist attraction in Mahabalipuram, a town about 60 km south of Chennai famous for its stone carvings. The “butterball” is a giant balancing rock, 5 meters in diameter, perched on a smooth slope, seemingly defying all laws of physics. [more]

Jika dilihat pada mata kasar, batu gergasi ini sudah pasti bergolek ke bawah namun ia tetap kekal pada kedudukan asal selama ratusan tahun.

Masyarakat tempatan percaya batu tersebut dihasilkan daripada mentega, namun ada juga yang menganggap batu berkenaan dihasilkan oleh makhluk asing.

Apa pun, batu yang turut dikenali sebagai Vaan Irai Kal oleh penduduk tempatan ini benar-benar satu fenomena alam yang menakjubkan.

BACA INI JUGA: Keajaiban 190 Juta Tahun Bukit Gelombang Merah!

Krishna's Butter Ball
Krishna's Butter Ball [3]
Krishna's Butter Ball [4]

Sumber: Sinarharian.com.my

Tuesday, October 06, 2015

Pertandingan Janggut, Misai Paling Unik 2015

Pertandingan Janggut, Misai Paling Unik 2015

Lebih 300 peserta mengambil bahagian dalam Kejuaraan Janggut dan Misai Sedunia, World Beard And Moustache Championships, Sabtu lalu dengan pelbagai gaya dan bentuk bulu muka dipadankan dengan kostum masing-masing.

Mustache

Pertandingan yang dimulakan sejak tahun 1990 itu dianjurkan di lokasi berbeza di seluruh dunia beberapa tahun sekali.

Pada tahun ini para peserta berkumpul di perkampungan Leogang di pergunungan Alps, Austria.

Penyertaan dibahagikan kepada 18 kategori dan tiga kumpulan iaitu misai, sebahagian janggut dan janggut penuh bagi menobatkan pemilik janggut dan misai paling elegan berdasarkan bentuk dandanan setiap peserta.

Peserta tahun ini datang daripada 20 negara berbeza dengan sebahagian besar melibatkan warga Jerman dan Austria bagi merebut gelaran kategori seperti janggut tercantik, fesyen janggut terbaik dan reka bentuk anyaman terbaik.

Bermacam perwatakan dipamerkan peserta tahun ini dengan penampilan bersih dan kemas tradisional sehingga ke fesyen hippi yang berserabut tetapi unik mengikut peredaran zaman.

Kejuaraan tahun ini turut diadakan bersama sambutan ulang tahun Kumpulan Pancaragam Tradisional Leogang ke-125 dan disusuli Kejuaraan Janggut dan Misai Kebangsaan Amerika Syarikat di Brooklyn, New York pada 7 November ini. –Agensi

BACA INI JUGA: Misai Hipster Yang Unik Tapi Melucukan