Thursday, December 08, 2016

Misteri Kesatria Hitam, Satelit Atau UFO?

Misteri Kesatria Hitam, Satelit Atau UFO?

Tahukah anda bahawa terdapat sebuah satelit misteri di angkasa lepas yang dikenali sebagai Kesatria Hitam atau Black Knight.

Black Knight UFO

Satelit misteri ini juga tidak diketahui siapa pemiliknya dan Kesatria Hitam bukan berasal dari Bumi.

Istilah yang digunakan untuk satelit misteri ini termasuk apa yang dipanggil Sampah Angkasa (Space Junk) ataupun objek diluar bumi.

Bagi NASA, sampah angkasa tidak mempunyai sebarang nilai sains tetapi jika sampah ini jatuh ke Bumi, ia akan memberi kesan, bergantung kepada saiznya.

Persoalannya, siapa pemilik Kesatria Hitam dan apa fungsinya?

Setakat ini belum ada sebarang jawapan tetapi saintis ada beberapa fakta tentang Kesatria Hitam.

Satelit Kesatria Hitam mula mendapat publisiti pada tahun 1950an walaupun kehadirannya telah dikesan seawal tahun 1930an lagi.

Pada waktu itu, ahli astronomi telah mengesan isyarat radio yang dipercayai berpunca dari satelit misteri tersebut.

Disebabkan manusia belum lagi mempunyai kemampuan serta teknologi untuk menghantar sebarang satelit ke angkasa, minat untuk mengenal pasti serta mengkaji sumber isyarat radio tersebut terbantut.

Apabila Amerika dan Rusia mula membangunkan teknologi angkasa lepas, barulah minat terhadap satelit misteri Kesatria Hitam segar semula.

Pada mulanya, pihak Barat menyangka Kesatria Hitam sebagai satelit risikan kerana Rusia merupakan negara pertama yang berjaya membawa manusia ke angkasa lepas.

Mereka menyangka satelit Kesatria Hitam adalah milik Rusia. Tetapi ia bukan. Malah, satelit Kesatria Hitam bukan berasal dari Bumi pun!

Gelaran Kesatria Hitam (Black Knight) pada satelit misteri ini hanya bermula pada tahun 1998 apabila angkasawan NASA berjaya merakam gambarnya sewaktu berada di angkasa lepas.

Ramai yang percaya bahawa Kesatria Hitam adalah sebuah satelit, tetapi jika dilihat kepada rupa bentuknya, ia lebih mirip sebuah pesawat atau lebih tepat lagi ia mirip seperti sebuah UFO!

Isyarat Radio Misteri

Objek misteri Kesatria Hitam ini telah dikesan mengeluarkan isyarat radio selepas lebih 60 tahun, namun sehingga kini tiada siapa tahu identitinya yang sebenar.

Sehingga kini juga, tiada sebarang usaha mana-mana agensi angkasa lepas untuk memahami maksud isyarat radio Kesatria Hitam.

Isyarat radio yang dipancarkan dari Kesatria Hitam nampaknya bukan ditujukan kepada penduduk bumi kerana ia tidak mengandungi sebarang mesej yang boleh difahami.

Adakah objek misteri Kesatria Hitam sebenarnya sebuah kapal angkasa milik makhluk asing yang rosak dan terperangkap di ruang atmosfera Bumi?

Adakah isyarat yang dipancarkan mungkin isyarat kecemasan untuk meminta bantuan daripada bangsanya?

Rahsia UFO Disembunyikan?

UFO
UFO dilaporkan terhempas di Jepun yang siasatannya dirahsiakan.

Di Bumi, sepanjang beberapa dekad, telah banyak laporan mengenai UFO yang disyaki terhempas.

Dalam semua insiden, kerajaan yang terlibat telah meminta bantuan serta kepakaran kerajaan Amerika Syarikat.

Seperti dalam kejadian UFO yang terhempas di Jepun, Brazil, Turki serta negara-negara lain di luar Amerika.

Kejadian UFO yang didakwa terhempas di Roswell, Amerika Syarikat pada tahun 1947, menjadikan Amerika sebagai rujukan.

Yang peliknya, sebarang laporan kejadian UFO terhempas tidak pernah diumumkan hasil siasatannya kepada orang awam.

Kesatria Hitam mungkin adalah UFO yang tidak jatuh ke Bumi tetapi terapung di luar angkasa disebabkan berlaku kerosakan, lalu manusia menyangka ianya sebagai satelit.

Black Knight Satelit Makhluk Asing?

Seorang operator radio mendakwa berjaya mengungkai mesej yang dipancarkan dari satelit misteri Kesatria Hitam.

Menurutnya, mesej itu adalah sebuah carta kepada sebuah bintang yang terletak di Epsilon Bootes, sebuah sistem yang mengandungi dua buah bintang di bahagian utara gagasan Bootes.

Tambahnya lagi, satelit Kesatria Hitam berasal dari bintang tersebut semenjak 13 ribu tahun dahulu.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak dapat dibuktikan.

***

Epsilon Bootes

The message is as follows:

START HERE.
OUR HOME IS EPSILON BOOTIS.
WHICH IS A DOUBLE STAR.
WE LIVE ON THE 6th PLANET OF 7 - CHECK THAT, 6th OF 7 -
COUNTING OUTWARDS FROM THE SUN
WHICH IS THE LARGER OF THE TWO.
OUR 6th PLANET HAS ONE MOON,
OUR 4th PLANET HAS THREE,
OUR FIRST AND THIRD PLANETS EACH HAVE ONE.
OUR PROBE IS IN THE ORBIT OF YOUR MOON
THIS UPDATES THE POSITION OF ARCTURUS SHOWN ON OUR MAPS."

 Source: Thelivingmoon

***

Namun, kajian keatas mesej yang dikatakan telah dihantar melalui isyarat radio oleh Kesatria Hitam diatas tidak diteruskan.

Adalah tidak logik bagi makhluk asing untuk meletakkan sebuah satelit di Bumi hanya untuk memberitahu mengenai gugusan bintang di Epsilon Boote.

Jika benar makhluk asing mahu berkomunikasi dengan penduduk Bumi, banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi menjalin hubungan dua hala.

Cerita tentang kehadiran Kesatria Hitam mula dipaparkan di dada akhbar pada 14 Mei 1954.

Pihak Amerika merasa cemas kerana memikirkan bahawa Kesatria Hitam adalah milik Rusia yang menjalankan misi pengintipan ke atasnya.

Walau bagaimanapun, Jabatan Pertahanan Amerika kemudiannya mendakwa bahawa satelit tersebut adalah milik tentera udara.

Amerika Syarikat sebenarnya tidak tahu sama sekali siapa pemilik satelit tersebut, jadi mereka cuba merahsiakannya.

Sekumpulan Objek Makhluk Asing?

Kesatria Hitam bukan hanya merujuk kepada satu objek misteri sahaja, kerana mungkin ada lagi dua atau lebih.

Dr. Lincoln LaPaz, seorang pakar tentang objek-objek diluar angkasa Bumi dari University New Mexico, telah mengetuai satu projek untuk mengenal pasti objek misteri ini.

Menurut Dr. Lincoln, ada dua objek atau satelit yang sedang mengelilingi Bumi.

Satu berada pada ketinggian 400 batu, sementara yang satu lagi mengelilingi Bumi pada ketinggian 600 batu.

Sewaktu Spuknik Rusia mengelilingi Bumi, ada laporan mengatakan bahawa Kesatria Hitam mengekori kapal angkasa mereka.

Jika benar ianya berlaku, nampaknya Kesatria Hitam bukan sebuah satelit tetapi sebuah UFO.

Hanya UFO yang akan memberi tindak balas dengan mengekori atau menghampiri sebarang roket yang dihantar manusia ke angkasa lepas.

Satelit, sebaliknya diletak pada ketinggian serta orbit yang ditetapkan dan tidak akan mengekori mana-mana kapal angkasa.

Astronomi dan saintis angkasa lepas menganggarkan, satelit Kesatria Hitam adalah seberat 10 tan.

Kesatria Hitam juga bergerak dua kali ganda lebih pantas berbanding kapal angkasa lepas.

Jadi, jika Kesatria Hitam bukannya berasal dari Bumi, siapa pemiliknya yang sebenar?

Istilah Hitam

Black Knight
Rakaman Kesatria Hitam melintasi bulan.

Pada bulan Februari 1960, majalah TIME melaporkan bahawa Tentera Laut Amerika telah mengesan sebuah objek hitam mengelilingi Bumi di kedudukan 79 darjah pada garisan Khatulistiwa.

Pada mulanya mereka menyangka ia adalah milik Rusia, tetapi ternyata bukan!

Ada yang mendakwa bahawa Kesatria Hitam telah mengekori Stesen Antarabangsa Angkasa Lepas (ISS).

Sementara itu, istilah 'hitam' yang banyak digunakan dalam menggambarkan sesuatu yang ingin dirahsiakan seperti Projek Hitam, Bajet Hitam dan sebagainya, berkaitan dengan projek atau kajian untuk membangunkan senjata dan pesawat canggih yang seakan UFO.

Bagi gelaran Kesatria Hitam (Black Night), ia menggambarkan ketidakpastian identiti sebenar objek tersebut.

Seperti juga projek hitam yang lain, pihak Barat dan Rusia mahu misteri Kesatria Hitam juga dirahsiakan.

Dengan kewujudan Kesatria Hitam ini, adakah itu tandanya makhluk asing sebenarnya sudah pun sampai ke Bumi?

BACA INI JUGA: Misteri Brazil Sebagai Lokasi 'Lawatan' UFO!

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, May 31, 2016

Misteri Brazil Sebagai Lokasi 'Lawatan' UFO!

Misteri Brazil Sebagai Lokasi 'Lawatan' UFO!

Selain Amerika Syarikat, dikatakan bahawa Brazil merupakan negara yang menjadi kegemaran untuk dilawati oleh makhluk asing atau UFO.

UFO in Brazil [2]

Bukan hanya disebabkan banyaknya kemunculan UFO di Brazil tetapi 'kualiti' kes yang sungguh mengagumkan.

Jika kita hanya mampu menonton serangan makhluk asing di televisyen, ternyata kejadian makhluk asing di Brazil benar-benar berlaku!

Malah, di Brazil, kehadiran makhluk asing turut dikaitkan dengan kemuculan Chupacabre, makhluk pelik dengan duri di leher hingga ke pangkal ekor.

Tidak seperti negara lain, kunjungan UFO ke Brazil nampaknya cukup 'agresif'. Dan sebagai bukti betapa seriusnya ancaman UFO di sana, kerajaan Brazil menangani masalah ini dengan kekuatan tentera!

Pada tahun 1996, dua makhluk asing telah ditangkap ketika berada di bandar Varginha. Kes ini menggegar dan dihebahkan keseluruh dunia.

The Varginha, Brazil Entity
Lakaran entiti makhluk asing yang dilihat saksi mata.

Malangnya, kerajaan menafikan kejadian ini. Seolah-olah dengan sengaja cuba menutup sesuatu daripada tersebar kepada umum, walhal ada beberapa saksi yang menyaksikan peristiwa ini.

Wikipedia menjelaskan ketika itu media massa menyebutkan, makhluk pelik itu pertama kali dilihat oleh tiga orang wanita, Liliane, Valquiria Fatima Silva dan Katia Andrade Xavier.

Mereka melihat makhluk asing ini pada suatu petang pada 20 Januari 1996, tingginya 1.6 meter, kepalanya besar dan tubuhnya sangat nipis. Kulitnya berwarna coklat dan matanya merah, besar serta berbau.

Menurut mereka lagi, makhluk asing itu kelihatan lemah, seperti cedera atau sakit.

Penampilan menakutkan makhluk asing ini membuatkan mereka lari lintang pukang, ketakutan, lantas menceritakan kepada orang lain.

Apa yang mampu mereka katakan? Mereka telah melihat syaitan!

Kemudian, seperti dijangka, berita itu kemudiannya menjadi gempar! Heboh diperkatakan bahawa ada makhluk asing dibandar mereka.

The Varginha, Brazil Entity [2]

Dua hari kemudian, ada berita menggemparkan lagi. Ada makhluk asing ditemui mati diatas jalan yang kemudiannya diangkut oleh anggota keselamatan ke hospital tentera, kemungkinan untuk dikaji.

Pelbagai spekulasi timbul, namun menemui jalan buntu kerana akses mengenai kejadian ini dirahsiakn oleh kerajaan.

Sehinggalah akhirnya satu testimoni muncul daripada Vitorio Paccini, pemerhati UFO Brazil.

Vitorio mengatakan bahawa seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu namanya disebutkan, mengakui peristiwa tersebut benar-benar berlaku.

Vitorio menyatakan bahawa orang pertama yang menemui makhluk asing tersebut bukanlah tiga orang wanita tadi, tetapi petugas pemadam kebakaran.

Sebelum itu, pada 20 Januari, mereka menemui sekumpulan kanak-kanak sedang membaling batu kepada makhluk asing tersebut. Mereka kemudiannya menangkap makhluk tersebut, kemudian dibawa pergi.

Official UFO Night in Brazil

UFO in Brazil
Dikatakan bahawa ini adalah kapal makhluk asing yang berjaya dirakam.

Sejak kejadian tersebut, Bandar Varginha menjadi sangat terkenal di dunia dan dikunjungi ramai pelancong. Pelbagai cenderamata berbentuk 'ET' dan makhluk asing dijual kepada pelancong.

Namun, kini kerajaan Brazil tidak lagi tertutup mengenai fenomena UFO, malah sedia berkongsi maklumat dan rahsia tentang kemunculan-kemunculan UFO, termasuk data-data rahsia kejadian pada 19 Mei 1986 yang dikenali sebagai 'Official UFO Night in Brazil'.

Dalam kejadian ini, ramai saksi menyaksikan 21 objek misteri berbentuk lingkaran, dianggarkan masing-masing berdiameter 100 meter, melayang di udara Brazil.

Objek misteri ini dikesan oleh juruterbang awam dan menjadikan trafik udara terutamanya di Sao Paolo dan Rio de Janeiro terganggu.

Pesawat pejuang tentera, Mirage F-5 turut mengejar objek misteri ini.

Menteri pertahanan Udara, Brigadier Ovtavio Moreira, turut menyebut kejadian itu secara terbuka di televisyen, termasuklah juruterbang yang melakukan pemburuan yang berlangsung selama beberapa jam itu.

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai isniden itu, ia boleh diakses di arkib nasional Brazil. Pada tahun 2004, Brazilian Committee of UFO Researchers ditubuhkan.

Brazil adalah negara pertama di dunia yang secara rasmi dan terbuka mengakui realiti fenomena UFO.

Brazil juga merupakan negara pertama yang melakukan kajian terhadap UFO secara terbuka.

BACA INI JUGA: Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, August 05, 2015

Video UFO Pintas Kapal Terbang Virgin Atlantic!

Video UFO Pintas Kapal Terbang Virgin Atlantic!

Video ini menunjukkan saat-saat seorang peminat kapal terbang merakam objek misteri yang terbang melepasi kapal terbang Virgin Atlantic yang baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York.

Virgin Atlantic-UFO

Rakaman itu telah menimbulkan banyak dakwaan menyatakan objek tersebut adalah UFO yang dimiliki oleh makhluk asing.

UFO atau unidentified flying object sering dikaitkan dengan kewujudan makhluk asing yang menimbulkan seribu persoalan mengenai kewujudannya.

Menerusi video yang dirakam itu, sebuah objek dipercayai piring terbang telah melintasi kapal terbang antarabangsa itu dengan pantas dan jelas.

Sejak kebelakangan ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai kewujudan makhluk asing di kalangan netizen.

Baru-baru ini, 10 buah ‘kapal’ misteri yang berterbangan di ruang udara di Jepun turut berjaya dirakam.

Namun masih tidak ada fakta yang boleh mensahihkan segala dakwaan mengenai objek misteri yang sering dirakam oleh manusia itu.

Benar atau tidak, semuanya terpulang pada kepercayaan individu masing-masing.

BACA INI JUGA: Misteri 41 Monyet Yang Terkena Sumpahan


Sumber: Mirror.co.uk

Saturday, August 01, 2015

Video Penampakan Makhluk Asing Berterbangan Di Osaka, Jepun

Video Penampakan Makhluk Asing Berterbangan Di Osaka, Jepun

Video yang merakamkan 10 objek pelik berterbangan di ruang udara Osaka ini telah mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.

UFO

Menerusi rakaman video amatur oleh seorang individu di bandar pelabuhan Jepun ini, rata-rata netizen mendakwa objek berkenaan adalah kapal yang dimiliki oleh makhluk asing.

Sahih atau tidak dakwaan itu, masih tiada bukti kukuh yang dapat merungkai bahawa 10 objek bercahaya itu adalah kapal makhluk asing.

Kejadian ini dikatakan sama dengan peristiwa yang pernah berlaku di London semasa sebuah konsert berlansung di Hyde Park.

Penonton konsert itu mendakwa ternampak objek bercahaya yang sama di awan sebelum hilang beberapa saat kemudian.

BACA INI JUGA: Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia


Tonton video ini di Youtube.

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, June 30, 2015

Kisah Benar UFO Mendarat Di Sekolah!

Kisah Benar UFO Mendarat Di Sekolah!

Guru-guru dan kakitangan di Sekolah Ariel, Ruwa, Zimbabwe, terkejut apabila seramai 62 orang pelajar mendakwa melihat sebuah UFO mendarat di halaman sekolah. Mereka turut mendakwa sosok entiti pelik, makhluk yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini keluar dari objek terbang berkenaan dan datang menghampiri mereka.

Zimbabwe alien invasion
Lakaran yang dilukis para pelajar.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 10:15 pagi, pada 16 September 1994. Pada hari itu, sekumpulan murid berumur antara lima hingga 12 tahun sedang bermain di padang sekolah. Ketika bermain, beberapa orang pelajar tiba-tiba menunjuk ke atas dengan reaksi terkejut.

Kanak-kanak tersebut mendakwa melihat tiga buah objek bulat seperti 'bola' berwarna perak sedang terbang tinggi di udara sekitar sekolah.

Penampakan itu diiringi cahaya terang berwarna merah sebelum hilang dalam kepulan awan kemudian muncul semula tidak jauh dari tempat ia menghilang.

Menurut saksi, perkara itu berlaku sebanyak tiga kali. Selepas kali ketiga, salah satu diantaranya dilihat terbang lebih rendah dan perlahan-lahan mendarat dalam belukar, 100 meter dari tempat mereka bermain.

Dilaporkan, seramai 62 orang pelajar yang berada di padang ketika itu telah menyaksikan secara langsung pemandangan pelik itu.

Kanak-kanak itu menyatakan, sebaik sahaja objek itu mendarat, seorang lelaki kecil dengan ketinggian kira-kira satu meter muncul di atas objek tersebut. Sejurus kemudian, entiti itu turun dan berjalan dengan gaya pelik, mendekati para pelajar.

Daripada keterangan pelajar-pelajar itu, entiti tersebut memakai pakaian berwarna hitam ketat dan berkilat.

Memiliki leher panjang dan kurus, berwajah pucat, rambut hitam sepanjang paras bahu (ada yang mengatakan tidak berambut), bermata besar dan bulat). Ciri-ciri fizikal ini sangat ironi dengan manusia biasa.

Menyedari diperhatikan, makhluk tersebut serta-merta menyorok di belakang objek terbang sebelum hilang dari pandangan.

Kebetulan, dalam kepercayaan masyarakat Zimbabwe, ada lagenda tentang Tokoloshis, syaitan yang suka memakan kanak-kanak, juga bertubuh kecil sama seperti entiti yang baru mereka lihat tadi.

Penampakan ini menambahkan lagi rasa takut mereka. Kerana terlalu takut selepas menyaksikan kejadian itu, pelajar-pelajar diserang histeria, berteriakan dan menangis sekuat hati sambil menjerit-jerit meminta tolong.

Ketika kejadian, guru-guru sedang bermesyuarat. Satu-satunya orang dewasa yang ada ketika itu ialah seorang wanita penjual makanan ringan.

Bagaimanapun, dia tidak melarikan diri kerana risau barangannya di curi.

Keesokannya, seorang pengkaji UFO Afrika, Cynthia Hind, datang ke sekolah untuk menyiasat kesahihan cerita tersebut.

Cynthia meminta kanak-kanak itu untuk melukis apa yang telah mereka lihat. Mengejutkan, 35 lukisan adalah sama!

Namun, apabila mereka menyiasat lokasi pendaratan UFO bersama seorang pakar elektrik yang datang bersamanya, mereka mendapati tiada kesan radiasi ditemui ditempat kejadian.

Cynthia mula tertanya-tanya, adakah kanak-kanak ini sepakat untuk berbohong?

Salah seorang pelajar yang menjadi saksi menolak andaian itu dan sanggup bersumpah atas kejadian tersebut. Guru besar sekolah pula menegaskan yang dia percaya murid-muridnya tidak bercakap bohong.

Pelajar luar bandar pada masa itu kurang pendedahan kepada televisyen mahupun surat khabar, jadi tidak mungkin mereka sekadar mereka-reka cerita.

Seorang penyelidik dari Harvard Medical School, Dr. John Mack bersama rakannya, Dominique Callimanopulos kemudian dipanggil untuk turun ke lokasi menemui pelajar-pelajar berkenaan.

Dan sepanjang dua hari menyiasat, mereka telah menemubual dan memberikan kaunseling kepada seramai 12 orang saksi, termasuk ibu bapa mereka.

Daripada temubual yang dijalankan, didapati semua keterangan memberikan cerita yang konsisten.

Dr. Mack percaya kes itu bukanlah kejadian histeria beramai-ramai dan yakin ia merupakan pertemuan dengan makhluk asing yang benar-benar telah berlaku.

Walau bagaimanapun, keterangan kanak-kank ini masih diragui kerana tiada saksi daripada orang dewasa.

Umum hanya mengklasifikasikan kejadian ini sebagai satu gurauan yang dihasilkan oleh minda dan imaginasi seorang kanak-kanak.

Anda percaya?

BACA INI JUGA: Blue Beam, Projek Rahsia NASA, Freemason Dan Illuminiti Terbongkar!

-Sentiasapanas.com

Monday, March 10, 2014

Misteri UFO Memburu Pesawat Udara

Misteri UFO Memburu Pesawat Udara

Pada 4 Jun 2013, sebuah pesawat Boeing 757 milik China Airlines sedang dalam penerbangan dari Chengdu ke Guangzhou bila tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang kuat di bahagian kepala pesawat. Sebaik sahaja kedengaran bunyi tersebut, pesawat mula terbang dengan tidak stabil. Untuk keselamatan penumpang serta kakitangan, pesawat terbabit berpatah balik ke Chengdu.

UFO Memburu Pesawat

Selepas ia mendarat, bahagian hadapan pesawat didapati telah remuk. Para penyiasat menolak kemungkinan ia disebabkan terlanggar burung. Ini kerana, jika terlanggar burung, biasanya akan ada kesan darah, bulu serta cebisan badan burung. Mereka percaya pesawat ini telah berlanggar dengan sebuah objek yang sedang terbang!

Yang biasanya terdapat di udara hanyalah kapal terbang, helikopter, burung, belon dan UFO!

Semua pesawat komersial dan tentera, terbang pada arah dan ketinggian yang telah ditetapkan. Jadi, tidak akan berlaku sebarang perlanggaran.

Jika altimeter atau meter yang menunjukkan ketinggian pesawat sedang terbang rosak, pusat kawalan trafik udara akan memaklumkan pada juruterbang kerana mereka dapat mengesannya pada radar kawalan udara bila ketinggian pesawat berubah.

Sementara semua pesawat udara mematuhi peraturan penerbangan, UFO pula tidak terikat dengan undang-undang ini, maka risiko akan berlaku perlanggaran adalah tinggi. Akan tetapi jika UFO dibawah kawalan suatu sistem yang canggih, ia dapat mengelak tragedi ini.

Cuba lihat pada sekumpulan burung yang terbang rapat. Bila mereka diganggu, semua akan bergerak mengejut ke suatu arah. Tidak berlaku perlanggaran sesama mereka.

Pesawat udara juga mempunyai teknologi anti-perlanggaran sama seperti yang dimiliki oleh burung. Adakah UFO pula mempunyai teknologi ini?

Mungkin sesetengah UFO ada teknologi sedemikian dan ada yang tiada. Banyak insiden telah direkodkan, di mana kehadiran UFO telah menyebabkan kapal terbang jatuh terhempas.

Kes paling awal yang dilaporkan ialah pada 24 Julai 1948. Tiada perlanggaran berlaku tetapi sebuah UFO berbentuk torpedo hampir berlanggar dengan sebuah pesawat DC-3.

Dua orang juruterbang berpengalaman melaporkan sebuah UFO hampir berlanggar dengan pesawat mereka. Ketika itu mereka sedang terbang pada ketinggian 5,000 kaki apabila Kapten Clarence Chiles, memaklumkan pada pembantunya - "Lihat. Itu sebuah jet tentera".

Sebaik saja berkata begitu, Kapten Chiles tiba-tiba sedar yang itu bukan sebuah jet kerana ia tidak menyerupai sebuah pesawat. Dan objek tersebut sedang menuju ke arah mereka dengan kelajuan yang sangat tinggi!

Untuk mengelak dari berlanggar, Kapten Chiles segera membelok ke kiri. Pembantunya menoleh ke belakang dan sempat melihat UFO tersebut melonjak naik ke langit.

UFO itu dikatakan berukuran 100 kaki panjang dan tanpa sebarang sayap. Ia mengeluarkan cahaya merah-oren yang terang dari ekzosnya.

Beberapa tahun kemudian, sebuah jet Tentera Udara Di Raja British hampir berlanggar dengan dua buah UFO di ruang udara Southend, England pada ketinggian 16,000 kaki.

Menurut Flt. Lt. James Salandin, objek terbang tersebut berbentuk piring, satu berwarna silver dan yang satu berwarna emas. UFO tersebut bergerak bertentangan dengan jetnya dan dia sempat mengelak. Mereka hampir bertembung di udara.

Sebuah pesawat komersial sedang terbang dari Osaka ke Hiroshima apabila sebuah UFO sepanjang 15 meter berwarna hijau didapati berada di belakang pesawat. Juruterbang terpaksa membelok 60 darjah untuk mengelak objek misteri itu dari melanggarnya.

Sebuah pesawat pengebom Rusia yang dalam penerbangan dari Moscow ke Vladivostok telah dilaporkan hilang pada Ogos 1970. Bangkai pesawat tidak ditemui.

Pada hari yang sama, beberapa buah UFO telah dilihat. Adakah kehilangan pesawat ini ada kaitannya dengan kemunculan pesawat UFO tersebut?

Jawapannya mungkin boleh dilihat pada kes yang berlaku di Amerika-Mexico. Pada suatu hari, radar tentera udara Amerika mengesan sebuah objek yang terbang pada kelajuan 4,000 kilometer sejam menuju ke Mexico.

Pada waktu yang sama, sebuah pesawat ringan berlepas dari Texas menuju ke Mexico City. Pegawai kawalan radar dapat melihat kedua-duanya, UFO dan pesawat ringan pada skrin radar. Selepas beberapa ketika, kedua-dua isyarat hilanh pada waktu yang sama di lokasi yang sama di Mexico. Kedua-duanya telah bertembung di udara!

Walaupun terdapat bukti yang sahih, kerajaan Mexico mendakwa kejadian ini tidak berlaku. Dan bagi pihak Amerika yang tiba di tempat kejadian, mereka bukan saja menemui bangkai pesawat ringan tersebut, tetapi juga bangkai UFO!

Insiden yang membuka mata dunia tentang penglibatan pesawat dan UFO telah berlaku di Australia pada tahun 1978.

Juruterbang berusia 20 tahun, Fred Valentich melaporkan bahawa terdapat sebuah UFO di atas pesawat ringannya yang sedang terbang di kawasan Laut Tasmania. Sebaik saja selesai melaporkan perkara itu, hubungan juruterbang dengan menara kawalan terputus.

Fred Valentich dan pesawatnya tidak berjaya ditemui sehingga ke hari ini. Ramai yang percaya dia telah diculik makhluk asing.

Kes pendaratan kecemasan pertama di dunia yang disebabkan UFO pula telah melibatkan pesawat Supercaravelle yang berlepas dari Salzburg dari Austria menuju ke Las Palmes.

Sewaktu dalam perjalanan, juruterbang serta anak kapalternampak satu set cahaya merah menuju ke arah pesawat mereka.

Untuk mengelak dari berlaku perlanggaran, juruterbang terpaksa menukar ketinggian. Sebaik berbuat demikian, UFO tersebut juga mengubah haluannya tetapi masih menghala ke arah pesawat mereka.

Memikirkan nyawa 109 orang penumpang dan anak kapal, juruterbang mengambil keputusan untuk membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang terdekat.

Sebaik mendarat, tiga UFO telah dikesan pada radar. Salah sebuah UFO dilihat terbang rendah melintasi lapangan terbang tersebut!

Sebuah pesawat pejuang jenis Mirage F-1 Tentera Udara Sepanyol telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti objek tidak dikenali itu. Juruterbangnya, Kapten Fernando Camara, dapat melihat UFO tersebut dengan jelas.

Walau bagaimanapun, dia tidak dapat memintasnya kerana UFO itu terbang pada kelajuan yang sangat tinggi. Objek tersebut dikatakan mengeluarkan cahaya yang sangat terang.

Hari ini ramai juruterbang komersial Amerika yang ingin bersumpah pada Kongres yang mereka pernah bertembung dengan UFO di udara. Terdapat lebih 300 juruterbang yang mendakwa telah melihat UFO.

Dan sehingga 2013, mereka masih menunggu tindakan dari Kongres Amerika untuk membuat sesuatu tentang UFO.

Sementara menunggu pihak berwajib mengambil tindakan yang positif, apa yang berlaku antara pesawat komersial dan UFO terpaksalah ditanggung sendiri!

BACA INI JUGA: Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia

-Sentiasapanas.com

Monday, December 16, 2013

Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia

Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia

Berbicara mengenai UFO, pasti akan menimbulkan banyak kontroversi. Ada yang percaya bahawa UFO atau makhluk asing sebenarnya tidak wujud dan hanya rekaan fiksyen semata-mata.

Namun ada juga yang berpendapat bahawa makhluk asing yang dikenali sebagai UFO memang benar-benar wujud, terbukti dengan kehadiran saksi yang melihat penampakan UFO di muka bumi.

Artikel ini akan membicarakan mengenai Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri dunia.

Penampakan UFO 1942 Hopeh Province, China

UFO 1942 Hopeh Province, China

Gambar penampakan UFO diatas diambil pada 1942 yang kemudiannya ditemui di dalam sebuah album. Pemilik album ini mendakwa membeli gambar ini dari seorang jurugambar jalanan di China.

Beberapa orang juga mendakwa, UFO tersebut kelihatan seperti topi atau burung dan mengatakan gambar tersebut merupakan piring terbang.

Penampakan UFO Lelaki Berbaju Hitam

Pada 1947, seorang nelayan mendakwa telah melihat UFO berbentuk donat terbang di udara di atas Pulau Maury, Puget Sound, Washington, Amerika Syarikat.

Salah satu objek ini telah menjatuhkan puing ke dek kapal yang telah mencederakan pemilik kapal dan anjingnya.

Penampakan UFO Pertama

Hanya beberapa hari selepas insiden lelaki berbaju hitam, Kenneth Arnold melaporkan telah melihat UFO terbang di udara berhampiran Mt. Ranier, Washington. Media kemudian menggunakan istilah piring terbang untuk menggambarkan objek itu. Arnold kemudiannya menjadi selebriti di dunia paranormal.

Penampakan UFO Foo Fighter

Sepanjang Perang Dunia II, juruterbang perang Amerika, Inggeris, Jerman dan Perancis telah melaporkan melihat bulatan raksasa bercahaya di langit yang tak mampu dijelaskan. Bulatan ini kemudiannya diberi nama 'Foo Fighter'.

Asal-usul nama ini sendiri tidak pernah diketahui namun, beberapa orang memiliki teori, nama ini muncul dari perkataan Jerman untuk feuer yang bermaksud api.

Hilangnya Felix Moncla

Ketika mengejar UFO di Superior Lake pada 1953, juruterbang angkatan tentera udara AS, Felix Moncla telah dilaporkan hilang begitu sahaja.

Operator darat mengaku melihat Moncla dan UFO 'bersatu' di radar sebelum kedua-duanya hilang.

Pada 1968, bahagian pesawat telah ditemui di sebuah danau namun bahagian itu tidak pernah dipastikan sama ada sebahagian dari pesawat Moncla ataupun bukan.

Penampakan UFO Insiden Kecksburg

Pada malam 9 Disember 1965, warga Kecksburg, Pennsylvania, mendakwa ada benda besar berbentuk seperti sebiji pohon ek dengan tulisan hieroglyphic telah jatuh di hutan. Pihak tentera dengan cepat mengepung kawasan tersebut.

Pada 2005, NASA menjelaskan objek yang jatuh itu mungkin merupakan puing satelit Rusia namun saksi mendakwa penjelasan NASA tidak konsisten dengan apa yang mereka saksikan.

Penampakan UFO Jimmy Carter

Presiden Jimmy Carter mengaku melihat objek putih terang yang kemudian berubah warna dari biru, merah dan kemudian berubah semula menjadi warna putih sebelum terjatuh ke Leary, Georgia pada 1969.

Walaupun kemudiannya menafikan telah melihat sebuah objek makhluk asing, dia mengatakan, "Satu perkara yang pasti, saya tidak pernah meremehkan orang yang mengaku telah melihat UFO di langit".

"Jika saya menjadi presiden, kata Carter pada 1976, Saya akan menerbitkan semua maklumat di negara ini mengenai penampakan UFO pada warga dan ilmuwan".

Penampakan UFO Lelaki Bengis

Walaupun lelaki bengis ini pertama kali ditemui setelah penampakan UFO pada 1966 di Elizabeth, New Jersey, ia muncul semula di seluruh bahagian AS setelah ada penampakan UFO dan mengatakan pada saksi namanya Indrid Cold.

Saksi menggambarkan lelaki ini bertubuh tinggi dan mirip manusia namun tidak memiliki hidung atau telinga, hanya mata dan senyuman lebar.

Penampakan UFO Bandar O’hare

Pada Selasa 7 November 2006, FAA menerima laporan 12 penumpang penerbangan di O'Hare, Chicago melihat pesawat piring terbang berlegar-legar di kawasan lapangan terbang.

Menurut saksi, objek ini melayang selama dua minit, namun ketika cuba diselidiki, objek ini meluru menuju ke arah awan dan kemudiannya menghilang.

FAA menyimpulkan, ini merupakan gangguan cuaca pada mata manusia namun saksi tetap berkeras menyatakan itu adalah objek UFO.

Penampakan UFO Turki 2008



Pengawal yang bertugas pada waktu malam di Turki bernama Yalcin Yalman telah menyaksikan sejumlah besar UFO pada 2008 dan berjaya merakam kejadian itu.

Video itu sendiri dianggap sebagai ‘gambar UFO paling penting yang pernah ada’ walaupun kebenarannya masih perlu dibuktikan.

Jangan lupa kongsi artikel misteri ini dengan kawan-kawan. Selamat membaca..:)

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Bila Penerbangan Pesawat Concorde Yang Terakhir?

-Sentiasapanas.com