Saturday, December 10, 2016

10 Video Muzik Paling Popular Di Dunia 2016

10 Video Muzik Paling Popular Di Dunia 2016

Google dalam kenyataannya menyenaraikan 10 klip video muzik paling popular di seluruh dunia dan trending sepanjang 2016.

Rihanna

Fifth Harmony muncul sebagai klip video muzik paling popular tahun 2016 (dengan lebih dari satu bilion tontonan).

Berikut adalah senarai video muzik paling popular di seluruh dunia bagi tahun 2016:

1. Fifth Harmony - Work from Home ft. Ty Dolla $ign

2. Calvin Harris - This Is What You Came For (Official Video) ft. Rihanna

3. Hasta el Amanecer - Nicky Jam | Video Oficial

4. The Chainsmokers - Closer (Lyric) ft. Halsey

5. Rihanna - Work (Explicit) ft. Drake

6. Mike Posner - I Took A Pill In Ibiza (Seeb Remix) (Explicit)

7. Sia - Cheap Thrills (Lyric Video) ft. Sean Paul

8. ZAYN - PILLOWTALK

9. Coldplay - Hymn For The Weekend (Official video)

10. twenty one pilots: Heathens (from Suicide Squad: The Album) [OFFICIAL VIDEO]

Video muzik Rihanna mencatat jumlah tontonan video tertinggi dalam masa 24 jam pertama untuk sebuah video muzik pada tahun 2016. -mk

BACA INI JUGA: 10 Penyanyi Arab Paling Kaya

10 Video Dan Video Muzik Antarabangsa Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Dan Video Muzik Antarabangsa Paling Trending Di Malaysia 2016

Bagi kategori 10 video dan video muzik global paling popular di Malaysia 2016, senarai terbaru Google menyatakan, secara keseluruhan semua 10 klip yang tersenarai mencatatkan 550 juta tontonan dan disaksikan untuk tempoh lebih dari 25 juta jam oleh penonton Malaysia.

Adele Carpool Karaoke

Berikut adalah 10 video global Paling Trending dan Popular di Malaysia 2016.

1. Adele Carpool Karaoke

2. Pen-Pineapple-Apple-Pen/PIKO-TARO

3. What's inside a Rattlesnake Rattle?

4. Nike Football Presents: The Switch ft. Cristiano Ronaldo, Harry Kane, Anthony Martial & More

5. Grace VanderWaal: 12-Year-Old Ukulele Player Gets Golden Buzzer - America's Got Talent 2016

6. Water Bottle Flip Edition | Dude Perfect

7. Channing Tatum & Beyonce's "Run The World (Girls)" vs. Jenna Dewan-Tatum's "Pony" | Lip Sync Battle

8. Donald Trump: Last Week Tonight with John Oliver (HBO)

9. THE $21,000 FIRST CLASS AIRPLANE SEAT

10.Brothers Convince Little Sister of Zombie Apocalypse

Saluran-saluran yang mencipta video tersebut memiliki lebih 40 juta pelanggan yang kerap menonton kandungan lucu, berinformasi dan menghiburkan. -mk

BACA INI JUGA: 5 Lagu Michael Jackson Yang Paling Diminati

10 Video Muzik Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Muzik Paling Trending Di Malaysia 2016

Dalam senarai video muzik paling popular di Malaysia pada tahun 2016, penyanyi Aiman Tino berada di kedudukan tertinggi melalui lagu popularnya, Kurela Dibenci.

Aiman Tino

Google Malaysia menyenaraikan 10 klip video muzik yang menjadi trending di negara ini sepanjang 2016.

Senarai trending untuk video muzik di YouTube Malaysia bagi tahun ini ialah:

1. Aiman Tino - Ku Rela Dibenci (Official Music Video with Lyric)

2. Projector Band - Sudah Ku Tahu (Official Lirik Video)

3. The Chainsmokers - Closer (Lyric) ft. Halsey

4. Gamma1 - Jomblo Happy | Official Video Clip

5. DNCE - Toothbrush (Official Video)

6. JESSICA (제시카) (Feat. Fabolous) - FLY Official Music Video

7. 방탄소년단 'Save ME' MV

8. Galantis - No Money (Official Video)

9. Jennifer Lopez - Ain't Your Mama

10. Maroon 5 - Don't Wanna Know

Aiman Tino mengatasi artis lain termasuk Gamma1, Jennifer Lopez dan Maroon 5. -mk

BACA INI JUGA: Tiket Konsert Paling Mahal Selebriti Terkenal

10 Video Paling Trending Di Malaysia 2016

10 Video Paling Trending Di Malaysia 2016

Google Malaysia dalam kenyataan terbaru menyenaraikan 10 klip video yang paling trending dan popular di Malaysia sepanjang 2016.

Rama-Rama

Mengungguli carta klip video paling trending di Malaysia ialah Lagu Kanak Kanak | Rama-Rama | Didi & Friends, diikuti klip video siri animasi televisyen BoBoiBoy.

Turut tersenarai ialah video klip program hiburan, lagu Namewee dan parodi filem Korea.

Tidak ketinggalan, klip video tendangan percuma luarbiasa Faiz Subri.

Berikut adalah senarai video klip yang menjadi trending di YouTube pada tahun ini:

1. Lagu Kanak Kanak | Rama-Rama | Didi & Friends

2. TERBARU! Musim 3 - Episod TERAKHIR: Jumpa Lagi BoBoiBoy (ENG SUB)

3. TRAIN TOO 'BOSAN' Trailer (Parody of 'Train to Busan' Trailer)

4. Spicy Korean Noodle Challenge | Asyalliee

5. [Namewee Tokok] 057 Tattoo Artist 紋身 10-01-2016

6. Maharaja Lawak Mega 2016 - Akhir (Bocey) Muzikal

7. Faiz Subri insane knuckleball free kick Penang 4-1 Pahang FC

8. Pokemon GO In REAL LIFE

9. 当学校开学的时候 -Youtube

10. Like, DM, Unfollow: Malaysian Beauties

Menurut kenyataan Google Malaysia hiburan kanak-kanak memberi kesan besar pada tahun ini.

"Populariti kandungan YouTube tempatan juga melonjak ke paras tertinggi dengan lapan daripada video yang berada dalam senarai 10 video trending adalah dari bakat-bakat tempatan.

"Mereka melayani para penonton dengan video-video watak menyeronokkan, aksi mendebarkan dan gelagat menghiburkan," katanya. -mk

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Kartun Spongebob Squarepants?

Wednesday, November 30, 2016

Fenomena Selfie Satu Jari, Aksi Merakam Selfie Tanpa Pakaian Depan Cermin

Fenomena Selfie Satu Jari, Aksi Merakam Selfie Tanpa Pakaian Depan Cermin

Trend mengarut terbaharu apakah ini? Sekumpulan lelaki dan wanita cuba mencipta trend terbaru di media sosial dengan mewujudkan Cabaran Selfie Satu Jari, iaitu merakamkan selfie sambil berbogel di depan cermin, dengan syarat satu jari perlu menutup bahagian sulit mereka.

Selfie Satu Jari
Gambar hiasan.

Malangnya, peserta cabaran berkenaan berisiko menunjukkan lebih daripada apa yang mereka rakamkan, dengan mendedahkan seluruh badan mereka yang bogel itu.

Salah seorang peserta yang mengambil bahagian ialah Aimee Davison yang menyatakan cabaran itu bermula hasil lukisan pelukis anime Jepun, Sky-freedom.

Dalam ilustrasi pelukis itu, watak anime berkenaan digambarkan merakamkan selfie dalam keadaan bogel, dengan hanya satu jari sahaja menutup alat sulitnya.

Pada mulanya Aimee teragak-agak untuk mencuba cabaran berkenaan tetapi dia kemudiannya mencuba selfie itu, tetapi masih memakai seluar.

Dia hanya menggunakan jari untuk menutup payu daranya.

“Saya jadi keliru bagaimana nak tutup payu dara dan alat sulit pada satu masa dengan menggunakan satu jari sahaja,’’ soal Aimee.

Kalau nak tengok gambar Selfie Satu Jari, sila google sendiri. Sebab gambar tu mengarut, kah kah..

BACA INI JUGA: Padah Selfie Berahi, Polis Wanita Dipecat!

Sumber: Mynewshub

Thursday, September 15, 2016

Jamsu, Trend Cantik Terbaharu Dari Korea Yang Serius Pelik!

Jamsu, Trend Cantik Terbaharu Dari Korea Yang Serius Pelik!

Apabila sebut sahaja negara Korea Selatan, pasti sudah terbayang mengenai rakyatnya yang amat mementingkan penjagaan kecantikan kulit wajah.

Korean Jamsu

Sehinggakan, muncul macam-macam idea tips dan perawatan kulit yang aneh lagi luar biasa.

Salah satunya perawatan pelik dari negara kimchi itu adalah menampar wajah puluhan kali sebelum tidur.

Ini kerana mereka percaya cara ini dapat melancarkan aliran darah di wajah sekali gus membuatkan kulit menjadi ‘pink’ semula jadi.

Terbaharu, negara yang sinonim dengan muzik K-Pop ini kembali memperkenalkan teknik kecantikan aneh iaitu dengan menenggelamkan wajah dalam besen berisi air selama 30 saat.

Korean Jamsu

Teknik kecantikan ini dikenali dengan nama bahasa Korea, jamsu atau bermaksud tenggelam.

Menurut kepercayaan mereka, menenggelamkan wajah dalam air dapat membuat solekan wajah tahan lama.

Teringin ingin mencuba?

Ini langkah-langkahnya:
  • Pakai mekap di wajah secara biasa.
  • Taburkan bedak bayi ke wajah anda, sebanyak yang anda suka.
  • Siapkan besen penuh air.
  • Tenggelamkan wajah anda dalam besin, tahan nafas hingga 30 saat.
  • Ulang hingga dua.

Anda boleh mencuba sendiri tapi ingat, risiko teknik kecantikan ini anda kena tanggung sendiri ye..

BACA INI JUGA:

Sumber: Mynewshub

Wednesday, March 16, 2016

Trend `Pinggang Paling Cantik’ Gadis China!

Trend `Pinggang Paling Cantik’ Gadis China!

Gadis-gadis di China ketika ini dilanda trend pinggang ramping dan menggunakan kertas A4 bagi mengukur pinggang masing-masing.

Pinggang Paling Cantik

Ia bagi menunjukkan bahawa pinggang mereka tidak melebihi ukuran lebar kertas terbabit.

Gambar-gambar gadis yang bergambar dengan kertas di pinggang kini memenuhi media sosial di negara itu dan menjadi trend terbaru di kalangan mereka.

Masing-masing memuatnaik gambar mereka dengan kertas itu diselitkan sama ada di dalam seluar atau dilekatkan di pinggang.

Berpuluh ribu orang sudah berkongsi gambar pinggang mereka dalam Weibo, iaitu medium media sosial yang sama seperti Twitter dan Facebook.

Pinggang Paling Cantik

Bagaimanapun tidak semua yang bersetuju dengan trend berkenaan kerana ia umpama menghina dan memalukan mereka yang mempunyai pinggang yang besar.

“Ia bukan sesuatu yang `cool’ untuk menghina gadis yang tidak menepati ukuran itu,’’ demikian tulis netizen.

Disebabkan ia menjadi trend, maka perkataan `pinggang paling cantik’ menjadi carian paling tinggi dalam internet.

BACA INI JUGA: 7 Perangai Pelancong China Yang Paling Menjengkelkan!

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, February 24, 2016

Glitter, Air Mata Berkilau Kegilaan Terbaru Trend Kecantikan

Glitter, Air Mata Berkilau Kegilaan Terbaru Trend Kecantikan

Menangis, terutamanya dengan muka yang penuh dengan solekan menyebabkan maskara mencair. Tetapi, dengan solekan muka terbaru yang popular di Internet ini membolehkan anda menangis dan masih kelihatan sempurna.

Glitter

Air mata berkilau adalah kegilaan terbaru trend kecantikan menggunakan glitter, yang sebelum ini popular digunakan pada akar rambut dan sebagai ‘jeragat’ berkilauan.

Peminat trend itu akan memakai glitter di bawah mata sehingga ke bawah pipi bagi mewujudkan ilusi ‘air mata’ sebelum memuat naik gambar itu ke akaun Instagram.

Glitter boleh dipakai sama ada sebagai perlindungan di bawah mata untuk menambah sentuhan berkilau atau dipakai dengan banyak bagi membentuk seperti air mata mengalir ke bawah.

Populariti trend ini semakin meningkat pada Hari Valentine, sebagai cara wanita melahirkan rasa kekecewaan kerana masih belum berteman.

Glitter [2]

“Air mata glitter ini diinspirasikan sempena keseorangan pada Hari Valentine,” tulis seorang pengguna media sosial yang berkongsi gambarnya mengikut trend itu.

Tetapi ada juga yang menggunakannya untuk menambah sentuhan pada solekan mereka, selain ada yang mencampurkan glitter dengan celak bagi memberikan ilusi seperti maskara itu dirosakkan air mata.

Trend itu menyusuli tompok glitter, yang popular di media sosial baru-baru ini. Peminat trend itu melitupi hidung, tulang pipi dan sekitar mata dengan tompokan glitter.

Glitter [3]

Glitter juga digunakan oleh wanita yang gemarkan kelainan menyembunyikan perbezaan pada akar rambut yang diwarnakan. Untuk tujuan itu, ia diletakkan sepenuhnya pada akar rambut untuk menambahkan sentuhan berkilau.

Imej itu dibawa oleh Miley Cyrus, yang juga peminat trend itu dan Lucy Hale, yang berkongsi gambarnya memakai glitter pada rambutnya di Instagram.

BACA INI JUGA: 'Marah' Kepada Allah Kerana Buah Tembikai?

Sumber: Hmetro

Tuesday, September 01, 2015

Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala Di China

Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala Di China

Macam-macam ragam, itulah yang berlaku di China sekarang, mana tidaknya fesyen 'menanam' tumbuhan kecil di atas kepala kini menjadi ikutan ramai di negara itu.

Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala

Berdasarkan laporan Taobao, fesyen itu menjadi ikutan bukan sahaja kepada kaum wanita muda, malah lelaki dewasa serta kanak-kanak kini secara beramai-ramai menanam tumbuhan di atas kepala mereka.

Trend ini terjadi rupa-rupanya dek kerana masyarakat China terpengaruh dengan karektor kartun maskot Yan Jun, yang memiliki tumbuhan di atas kepalanya.

Oleh kerana merasakan comel dan uniknya karektor Yan Jun, masyarakat di China cuba mencontohi karektor tersebut.

BACA INI JUGA: Fesyen-fesyen Terkini Tapi Pelik

Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala [2]
Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala [3]
Trend 'Tanam' Pokok Atas Kepala [4]

Sumber: Sinarharian.com.my

Monday, April 14, 2014

Fesyen-fesyen Terkini Tapi Pelik

Fesyen-fesyen Terkini Tapi Pelik

Dunia serba moden kini menyaksikan kemunculan pelbagai fesyen-fesyen terkini sealiran dengan peredaran zaman.

Namun yang pasti bukan semua fesyen terkini lebih cantik, canggih dan menarik. Malah sebahagiannya ada yang kelihatan pelik. Fesyen-fesyen ini bukan sahaja bermaksud pakaian tapi apa sahaja yang dirasakan boleh mencantikkan penampilan, gaya dan keterampilan seseorang.

Jom kita lihat antara fesyen-fesyen terkini yang lain daripada yang lain.

Facekini

Facekini

Salah satu cara untuk mengelakkan sinaran matahari yang membahayakan ialah dengan berada di dalam rumah. Tapi jika ingin keluar, ramai yang menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan sinaran itu terkena secara langsung dengan kulit mereka seperti menggunakan losyen atau krim penahan sinaran matahari.

Namun, dinegara China, terdapat satu lagi kaedah untuk mengelakkan sinaran matahari terkena muka jika berada di luar iaitu dengan mengenakan topeng 'Facekini'. Facekini digunakan dioleh para pengunjung pantai di perairan Laut China Timur untuk mengelakkan kulit mereka terkena pancaran sinaran matahari.

Topeng ini telah dicipta pada tahun 2005 dan kini dipasarkan secara meluas dan biasanya dijual disepanjang kawasan pantai di negara tersebut. Harga Facekini ialah antara USD$1.50 ke USD$4. Selain melindungi daripada sinaran cahaya matahari, ia turut membantu mengelakkan serangan serangga dan obor-obor.

Pendakap gigi tiruan

Pendakap gigi tiruan

Ingin memakai pendakap gigi tapi tak mahu mengambil risiko? Mungkin memakai pendakap gigi tiruan adalah jawapan untuk mereka yang mahukan fesyen terkini untuk digayakan di gigi mereka. Bagi sesetengah remaja di Thailand, Indonesia dan China, memakai pendakap gigi telah menjadi satu gaya baru yang telah memberi impak yang cukup besar di negara-negara tersebut. Ini kerana memakai pendakap gigi menunjukkan lambang kekayaan, status dan gaya. Oleh kerana pendakap gigi sebenar boleh mencecah harga USD$1,200, ramai remaja yang ingin menggayakan trend tersebut menggunakan pendakap gigi tiruan yang boleh dibeli dengan harga serendah USD$100.

But muncung

Botas Picudas Mexicanas

But muncung yang turut dikenali sebagai 'Botas Picudas Mexicanas' adalah satu gaya but yang memang berbeza kerana mempunyai bahagian depan yang muncung tirus dan melengkung naik keatas. Sejak tahun 2009, fesyen but sebegini menjadi begitu popular di kalangan lelaki di Mexico dan sebahagian kawasan di Amerika Syarikat. Lelaki-lekaki muda mula menjadi obses dengan but-but ini yang dikatakan berasal dari Matehuala, San Luis Potosi.

Cermin mata tanpa gelas

Cermin mata tanpa gelas

Cermin mata tanpa gelas menjadi kegilaan remaja terutamanya di Korea Selatan dan Hong Kong. Cermin mata tanpa gelas dibuat dalam pelbagai warna serta bentuk dan biasanya digunakan sebagai satu padanan gaya bersama baju atau rambut pemakai. Menurut mereka yang rajin memakai cermin mata ini, ia bukan sekadar fesyen semata-mata, malah dapat menutup kekurangan yang ada pada wajah, contohnya lingkaran gelap di bawah mata.

Seluar baju panas

Swants Sweater Pants

Sesuai dengan musim sejuk, maka fesyen seluar baju panas ataupun dikenali juga dengan panggilan 'Swants Sweater Pants' boleh juga digunakan. Seluar yang diperbuat daripada baju panas ini perlulah diubahsuai sepertimana yang dilakukan dalam tutorial oleh Steven May.

Janggut palsu

Trend Janggut palsu

Bagi lelaki yang teringin untuk memiliki janggut tetapi tidak boleh kerana masalah gen yang tidak memungkinkan mereka untuk memiliki janggut, maka jawapannya ada pada janggut-janggut palsu ini. Janggut-janggut palsu keluaran Jepun ini digunakan untuk lelaki-lelaki yang inginkan kelainan pada rupa paras mereka tetapi tidak mampu memiliki janggut sendiri. Janggut-janggut palsu ini bagaimanapun hanya terdapat dalam warna hitam. Namun, bagi mereka yang mempunyai warna rambut seperti warna perang atau merah, kurang sesuai untuk memakainya.

Aksesori haiwan peliharaan hidup

Fur Is Alive

Seorang artis seni dari Belanda, Cecilia Vilentine telah muncul dengan satu idea aksesori yang pelik tetapi pada masa yang sama sangat menarik. Daripada koleksi siri 'Fur Is Alive' miliknya, terdapat aksesori hiasan seperti cekak rambut yang mempunyai sangkar burung yang memuatkan seekor burung kecil dan sebuah rantai yang boleh memuatkan haiwan peliharaan seperti tikus, harmster dan ketam hermit.

Ekor robotik

Ekor robotik

'Tailly' ialah sejenis ekor robotik yang dicipta oleh Shota Ishiwatari. Ia mampu mengenalpasti perasaan teruja seseorang yang memakainya dengan mengukur kadar degupan jantung melalui satu pengesan yang dipasang pada tali pinggang pada ekor tersebut. Tailly akan bergoyang-goyang jika kadar degupan jantung pemakainya naik dan akan mengendur semula jika kadar degupan jantung pemakainya turun.

Anda suka yang mana satu?

BACA INI JUGA: Fesyen Yang Tidak Luput Ditelan Zaman

-Sentiasapanas.com

Sunday, January 19, 2014

GILER! Wanita Sanggup Suntik G-spot Demi Kepuasan!

GILER! Wanita Sanggup Suntik G-spot Demi Kepuasan!

Prosedur mudah suntikan G-spot telah mula mendapat populariti kerana menjanjikan peningkatan kepuasan seks wanita dengan melakukan suntikan di kedudukan G-spot.

G-spot
Gambar hiasan.

Kos $1,000 dolar untuk satu suntikan Hyaluronan iaitu sejenis kolagen yang disuntik ke kawasan G-spot menyebabkan kawasan G-spot itu membengkak.

G-spot yang merupakan Zon nikmat bagi wanita akan lebih mudah dikesan selepas proses pembengkkan ini berlaku.

Walau bagaimanapun, pendapat mengenai prosedur ini terbahagi dua.

Walaupun suntikan telah terbukti berjaya, terdapat juga beberapa pihak yang mendakwa suntikan adalah tidak perlu dan bagi sesetengah wanita ianya sia-sia dan menyakitkan.

BatSheva Marcus, pengarah klinikal Pusat Perubatan untuk Seksualiti Wanita di New York, berkata, "Bagi sesetengah wanita, ransangan G-spot berasa hebat, untuk orang lain tidak begitu".

"Bagi wanita yang biasanya tidak mendapat ransangan nikmat dari kawasan itu, mereka tidak akan berasa banyak kesan ". katanya kepada akhbar New York.

BACA INI JUGA: Benarkah Isteri Suka Zakar yang Besar?

Tuesday, January 14, 2014

Najib Umum Harga Kangkung Turun Dapat Sambutan Hangat!

Najib Umum Harga Kangkung Turun Dapat Sambutan Hangat!

Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

NAJIB KANGKUNG

Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara.

Katanya, sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harga namun kerajaan tidak dipuji.

Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah ‘menyindir’ kenyataan tersebut.

Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masakan sayur tersebut.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.

-Sentiasapanas.com

Saturday, January 11, 2014

Aerosol Challenge, Trend Baru Sembur Kulit Sampai Melecur!

Aerosol Challenge, Trend Baru Sembur Kulit Sampai Melecur!

Percayakah anda menyembur deodoran kini menjadi subjek yang ‘viral’ di laman YouTube dan Facebook khususnya di kalangan remaja Britain pada masa kini?

Aerosol Challenge
Gambar hiasan.

Masalahnya, ia bukanlah digunakan mengikut cara yang sepatutnya, sebaliknya digunakan untuk menyembur bahagian tertentu pada kulit sehingga meninggalkan bekas kemerah-merahan.

Melalui video yang dimuatnaik, para remaja dilihat bersaing untuk menahan kesakitan apabila deodoran disemburkan pada kulit dalam jangka masa yang lama.

Aerosol Challenge
Sembur sehingga melecur.

Mereka yang dapat bertahan paling lama dianggap sebagai pemenang.

Bagaimanapun, trend tersebut membimbangkan ramai pihak termasuklah Yayasan Kulit British kerana ia mengakibatkan kecederaan sehingga meninggalkan parut kekal.

(Baca: Bintang Hollywood Yang Menyesal Buat Pembedahan Plastik)

Menurut jurucakapnya, pihak mereka tidak menggalakkan pendedahan penyembur deodoran pada kulit untuk jangka masa lama kerana ia akan menyebabkan pembekuan yang membawa kepada kesan lecur.



Hai, penulis pun tak faham dengan trend yang dianggap ‘cool’ oleh budak-budak ini...

Sumber: Mynewshub

Friday, December 20, 2013

Trend Baru Makan Secara ‘LIVE’ Di Korea Selatan

Trend Baru Makan Secara ‘LIVE’ Di Korea Selatan

‘Porn’ biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang lucah tapi apabila disebut ‘dinner porn’ ia merujuk kepada aktiviti yang kini menjadi trend baru di Korea.

Dinner porn

Aktiviti yang popular di laman YouTube versi Korea Selatan iaitu Afreeca TV ini menyaksikan seseorang duduk di hadapan makanan yang banyak lalu makan sambil berbual atau melakukan apa sahaja sambil disaksikan penonton.

Salah seorang yang kini menjadi selebriti ‘dinner porn’ paling terkenal di Korea Selatan adalah The Diva.

(Baca: Manusia Yang Mati Dengan Cara Yang Sangat Pelik)

Saban malam The Diva akan menyiarkan dirinya duduk di hadapan aneka makanan lalu bercakap tentang apa sahaja, kadangkala menari sambil menghabiskan makanannya selama berjam-jam.

Modal dikeluarkan The diva untuk membeli makanan bagaimana pun berbaloi kerana penonton di Afreeca TV sanggup membayar menggunakan ‘duit maya’ dipanggil ‘Star Balloons’ untuk melihat telatahnya ini.

Star Balloons ini kemudiannya boleh ditukar kepada wang tunai.

Ok, The Diva mungkin comel hingga aksinya makan dengan mulut terbuka pun masih nampak manis.

Tapi bagaimana pula dengan lelaki di bawah ini?



Nampaknya trend baru bukanlah sesuatu yang sesuai untuk diaplikasi oleh semua orang!

Sumber: Latimes.com

Thursday, November 07, 2013

 Trend Pakaikan Stokin Panjang Pada Kucing

Trend Pakaikan Stokin Panjang Pada Kucing

Di laman sosial bergambar Tumblrs, kucing antara subjek yang sering mendapat perhatian.

Trend Baru

Namun manusia tak pernah puas dan sentiasa berkreatif.

Mungkin bulu gebu dan aksi lincah sudah terlalu biasa, maka kini pemilik kucing menghias binatang kesayangan mereka sebelum mengepos gambarnya.

Trend yang sedang hangat diikuti adalah mengenakan stokin panjang pada kucing.

Pencetusnya adalah Katja Wulff dan teman lelakinya Dan, yang tinggal di Gothenburg, Sweden.

Mereka mempunyai tiga ekor kucing iaitu Gucci, Iggy dan Zappa tapi hanya seekor iaitu Gucci sering dipakaikan stokin atau selar ketat panjang.

Menurut Wulff, tiada masalah untuk melakukan sedemikian pada Gucci kerana ia biasanya hanya duduk diam dan merelakan dirinya dipakaikan apa sahaja sebelum diambil gambar.

Berasakan gambar-gambar Gucci dalam pakaian tersebut lucu dan comel, pasangan kekasih ini kemudiannya memuatnaik gambar tersebut di meowtfit.tumblr.com hingga menjadi tumpuan ramai.

Menurut Wulff dan Dan, kucing yang paling sesuai digayakan dengan stokin ketat adalah kucing Siam dan Mesir memandangkan baka ini mempunyai naluri ingin tahu dan gemarkan perhatian.

Trend Baru
Trend Baru
Trend Baru

Sumber: Metro UK

Saturday, September 07, 2013

Korek Hidung Jadi Trend Baru Di Jepun!

Korek Hidung Jadi Trend Baru Di Jepun!

Kegilaan terbaru di Jepun ketika ini ialah aktiviti mengorek lubang hidung.

Hojirerun desu

Namun ia bukan hidung sebenar sebaliknya hidung plastik atau hojirerun desu yang dijual pada harga kira-kira RM6.

Ia dicipta selepas kebanyakan kanak-kanak ditekankan supaya tidak mengorek lubang hidung di tempat awam.

Hidung plastik ini dijual dalam mesin dan dikeluarkan oleh Bandai.

Hojirerun desu, ini boleh diperolehi dalam dua warna dan ada empat bentuk serta saiz, sesuai dengan permintaan daripada pelanggan.

Ia berupa bentuk biasa, hidung nakal, hidung cantik dan hidung idol .

Tidak diketahui bagaimana syarikat itu mendapat ilham untuk mencipta produk tersebut namun kajian saintifik yang dijalankan mendapati tingkah laku mengorek hidung adalah baik untuk manusia.

Sesetengah saintis percaya, jika seseorang mengorek hidung sendri beberapa kali sehari, ia akan meningkatkan sistem imunisasi.

Malangnya hidung palsu yang dijual itu tidak mempunyai fungsi tersebut. -Mynewshub

Monday, August 26, 2013

Trend Baru Senyuman `The Joker’ Di Korea Selatan

Trend Baru Senyuman `The Joker’ Di Korea Selatan

Satu prosedur pembedahan bibir bagi menjadikan senyuman seperti watak `The Joker’ dalam filem Batman telah diperkenalkan kepada penduduk di Korea Selatan.


Melalui prosedur pembedahan itu, ia akan membentuk senyuman kekal di hujung bibir.

Prosedur dikenali sebagai `Smile Lipt’ diperkenalkan oleh sebuah klinik, AONE.

Selepas prosedur itu dilakukan, mulut akan kelihatan seperti tersenyum biarpun pesakit sebenarnya tidak senyum.


Namun terdapat risiko yang akan dialami pesakit iaitu kesan parut malah prosedur pembedahan itu berisiko tinggi dan menyakitkan.

Dalam pada itu, satu rakaman video Youtube yang dimuatnaik oleh klinik berkenaan menyatakan secara umumnya, `orang barat’ mempunyai senyuman yang lebih luas dan ruang tepi bibir yang lebih tinggi berbanding penduduk Korea.

Justeru, sesiapa sahaja di kalangan penduduk di negara tersebut boleh memiliki senyuman berkenaan.

Tidak diketahui sama ada senyuman The Joker ini akan mendapat perhatian atau tidak namun tidak dinafikan Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik paling tinggi di dunia. -Mynewshub

Sunday, August 18, 2013

Bulu Kening Cara Delevingne Punca Jualan Alat Pencabut Kening Merosot!

Bulu Kening Cara Delevingne Punca Jualan Alat Pencabut Kening Merosot!

Model terkenal, Cara Delevingne (gambar) didakwa menjadi punca jualan alat pencabut bulu kening semakin merosot, lapor akhbar dalam talian, Daily Mail.


Kening lebat model berusia 21 tahun itu menjadi trend terhangat selepas orang ramai cuba untuk mendapatkan kening sepertinya. Ini menyebabkan jualan peralatan kit HD Brow serta rawatan bulu kening semakin meningkat.

Google melaporkan, pencarian laman Cara Delevingne dan kenyataan yang dibuat mengenai keningnya meningkat manakala jumlah pencarian pencabut bulu kening semakin menurun.

Pendandan artis untuk model terkenal Kate Moss dan Delevingne, Charlotte Tilbury memberitahu MailOnline, kening lebat seperti bentuk kening pelakon Britain, Audrey Hepburn dan Elizabeth Taylor amat popular sekitar tahun 1950-an.

"Kening Cara Delevingne yang lebat dan hitam telah menawan dunia kecantikan.

"Jualan serum melebatkan kening yang kami keluarkan, Grow Baby Grow dan celak pensil turut mengalami peningkatan pada tahun lalu," tambahnya.

Delevingne kini merupakan model untuk jenama terkenal, Burberry bersama dua model lain, Edie Camp- bell dan Jourdan Dunn.


-Agensi

Wednesday, July 31, 2013

Mata Bengkak Trend Terbaru Di Korea Selatan

Mata Bengkak Trend Terbaru Di Korea Selatan

Wanita biasanya sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengeluarkan duit lebih untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, namun berbeza bagi golongan itu di Korea Selatan yang mahukan ciri-ciri tersebut yang dianggap menarik.


Satu trend baharu dikenali sebagai 'aegyo sal' atau membuatkan bahagian bawah mata nampak berbonjol, kini menjadi kegilaan kerana ia disifatkan mampu menonjolkan mata wanita Korea yang kebiasannya kecil.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan bentuk bawah mata idaman itu sama ada melalui solekan atau melekatkan pita khas di bawah kulit, malah ada juga sesetengah wanita sanggup melakukan pembedahan plastik.

Blogger myfatpocket.com, Patricia Cahiga berkata, aegyo sal bukanlah lingkaran bawah mata yang terbentuk akibat kurang tidur atau disebabkan oleh genetik, namun merupakan lapisan kulit comel di bawah kelopak mata yang boleh membuatkan mata kelihatan lebih besar.

Laman web China, Weibo turut memaparkan video tentang cara-cara untuk mendapatkan ciri-ciri tersebut dengan menggunakan pita pelekat dan solekan.


Sementara itu, pemilik laman web Asian Eyelid Surgery, Dr. Kenneth Kim menjelaskan, prosedur pembedahan itu menjadi pilihan golongan wanita kerana ia memberikan penampilan lebih muda.

"Aegyo sal bukanlah lingkaran gelap bawah mata, tetapi ia mampu membuatkan mata seseorang nampak lebih cantik," ujarnya. -AGENSI

Tuesday, July 09, 2013

Trend Lelaki Barat Sengaja Mahu Dijangkiti HIV!

Trend Lelaki Barat Sengaja Mahu Dijangkiti HIV!

Sejenis ‘kegilaan’ baru dilaporkan semakin berkembang di Barat apabila sesetengah lelaki sengaja menjalani hidup songsang dengan harapan dapat dijangkiti virus HIV.


Aktiviti itu - digelar sebagai memburu pepijat (bug chasing) - tercetus di AS pada 1999 dalam usaha mereka mendapat kepuasan seksual.

Seorang daripada mereka yang aktif dalam aktiviti itu berkata, ada beratus-ratus lelaki di Britain mendedahkan diri masing-masing di forum dalam talian, Facebook dan Twitter.

Kebanyakan mereka kemudian bertemu dan cuba menyebarkan virus berbahaya itu yang mampu membawa maut kerana menyerang sistem imunisasi badan.

Sesetengah pemburu pepijat itu mendakwa virus HIV menyebabkan kualiti hidup mereka meningkat kerana pengambilan ubat-ubatan yang terpaksa diambil. Kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Nick, 30, dia berasa semakin bertenaga dan sihat akibat pengambilan ubat berkenaan.

“Saya menjalani ujian hati setiap tiga bulan, paras kolesterol pula dipantau dari semasa ke semasa dan ada banyak pemeriksaan kesihatan yang disediakan.

“Jika ada sebarang masalah, saya dapat mengesannya dengan cepat.

“Malah, semua perkhidmatan itu diberikan percuma oleh hospital kerajaan,” katanya ketika ditemui. Tahun lalu, 73,659 orang dirawat kerana HIV di Britain dan 43 peratus daripada mereka adalah pengamal homoseksual.

Jumlah itu menunjukkan pertambahan 58 peratus berbanding 10 tahun lalu.

Pada 2012 juga, perkhidmatan kesihatan Britain membelanjakan wang berjumlah £840 juta (RM3,99 bilion) sebagai kos rawatan HIV. Sementara itu, sukarelawan Yayasan Aids Elton John, Simon Prytherch berkata, amalan mengejar pepijat itu amat menakutkan dan sangat tidak bertanggungjawab.

“Apa yang kita tahu, semakin banyak rawatan gagal dan berlaku kemerosotan tahap kesihatan yang ketara,” katanya dalam satu kenyataan.

-Agensi