Friday, April 05, 2013

Trend Baru Melompat Sambil Cekik Leher Sendiri!

Trend Baru Melompat Sambil Cekik Leher Sendiri!

Trend terkini yang menjadi ikutan ramai, cekik diri sendiri menerusi kuasa mencekik orang lain. Trend ini dipanggil Vadering.


Apa yang seronoknya? Entahlah..

[Sumber]

Thursday, April 04, 2013

Trend Baru Dagu 'Berlemak' Jadi Ikutan Di Amerika

Trend Baru Dagu 'Berlemak' Jadi Ikutan Di Amerika

Kini, bibir yang tebal bukan lagi menjadi ikutan di kalangan wanita Amerika Syarikat. Sebaliknya, kebanyakan daripada mereka yang melakukan pembedahan plastik inginkan bentuk dagu yang lebih cantik untuk menambah baik paras rupa wajah.


Pada tahun lepas sahaja, Persatuan Pembedahan Plastik Amerika Syarikat melaporkan bahawa populariti pembedahan dagu, atau nama popularnya 'chinplant' telah meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 71% berbanding dengan pembedahan plastik untuk bahagian badan yang lain seperti bibir, punggung dan dada.

Apakah faktor di sebalik permintaan tinggi terhadap pembedahan sedemikian? Secara tradisinya, dagu yang lebih runcing dilihat sebagai simbol kekuatan dan kejayaan.

Dilihat pada zaman sekarang pula, ramai yang inginkan dagu sebegitu untuk memberikan bentuk wajah yang lebih bersimetri,di samping membuatkan mereka nampak lebih menarik di hadapan kamera. Dagu selebriti yang dianggap sempurna adalah seperti Keira Knightley, Angelina Jolie, Halle Berry dan Jennifer Lopez yang mana ramai yang membuat pembedahan dagu inginkan rupa bentuk dagu seperti mereka.

Dr. David Rapaport, seorang pakar bedah dari New York juga menjelaskan bahawa dagu yang berlemak dan mengendur menyebabkan wajah kelihatan lebih tua, seperti yang boleh dilihat pada ramai wanita.

Antara personaliti terkenal yang telah menjalani prosedur 'chinplant' termasuklah bintang rancangan televisyen seperti Vicki Gunvalson dan Heidi Montag serta anak sulung kepada Sarah Palin yang bernama Bristol.

-YM

Sunday, March 31, 2013

Trend Tanpa Baju Dalam Artis-artis Korea

Trend Tanpa Baju Dalam Artis-artis Korea

Ketika pemakaian bra sudah tidak lagi menjadi perhatian bagi selebriti-selebriti Korea, gambar-gambar ini menimbulkan satu persoalan? Adakah memakai bra sudah ketinggalan zaman bagi mereka?


Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan teladan.

-SP

Tuesday, March 26, 2013

Giler! Gadis Jepun Sanggup Bedah Untuk Panjangkan Kaki

Giler! Gadis Jepun Sanggup Bedah Untuk Panjangkan Kaki

Ada satu trend terbaru di Jepun dimana gadis Jepun sanggup berhabis wang beribu-ribu semata-mata untuk kelihatan menarik dan comel dengan kaki yang dipanjangkan berbanding seperti kebiasaannya. Trend pelik ini kerana ketaksuban untuk kelihatan lebih menarik!


Remaja- remaja perempuan Jepun kebanyakannya seperti wanita asia yang lain, mempunyai kaki yang tidaklah sepanjang mana. Untuk memastikan mereka kelihatan cantik dan menarik, trend memanjangkan kaki ini dilakukan mereka..


Dengan kos yang agak tinggi sehingga menjangkau RM65,000 untuk dua kali proses pembedahan dalam jangkamasa 9 bulan, gadis Jepun gila nak kelihatan cantik, menarik dan comel ini sanggup melakukannya!

[Sumber]

Tuesday, March 19, 2013

Kuku Tidak Bercat Trend Terbaru 2013

Kuku Tidak Bercat Trend Terbaru 2013

Nampaknya kuku yang tidak bercat sudah menjadi trend buat tahun 2013. Siapa kata anda perlukan pewarna kuku untuk bergaya?

Kuku Tidak Bercat

Berdasarkan apa yang dilihat di majlis Oscars 2013, ramai selebriti seperti Selma Hayek, Adele, Charlize Theron, Naomi Watts, Amy Adams dan Jennifer Garner menghadiri majlis dengan kuku yang 'kosong'.

Untuk buatkan kuku anda tampil menawan tanpa pewarna kuku, dapatkan gaya klasik menerusi manicure Perancis.

Tetapi, untuk lebih mudah lagi, anda tidak perlu menggilapkan kuku langsung! Apa yang penting adalah kuku anda kekal bersih.

Namun, jika anda tidak mahukan kuku yang kelihatan terlalu 'kosong', anda boleh gunakan warna merah jambu ala Kerry Washington.

Bagi anda yang mahu sesuatu yang lebih seronok pula, anda boleh cuba gaya kuku yang bercetak 'tribal'.

Gaya sebegini tetap menjadi kegemaran ramai semenjak perkenalannya pada tahun 2012 dan masih popular di dunia fesyen musim bunga dan musim panas yang dibawa oleh BCBG, Bottega Veneta dan Donna Karan.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Kuku

Sunday, February 24, 2013

Pakai Seluar Dalam Di Kepala Trend Terbaru Gadis Jepun

Pakai Seluar Dalam Di Kepala Trend Terbaru Gadis Jepun

Ingatkan kegilaan menjilat tombol pintu merupakan kemuncak aksi gila di Jepun…namun penulis tersilap.


Sekarang ni dah ada yang lagi gila…pelajar perempuan sekolah menengah Jepun memakai seluar dalam mereka di kepala!


Berapa punya psycho Jepun nak pergi?

Mereka memakai seluar dalam di kepala ketika membuat hampir semua rutin harian termasuk belajar, berenang dan macam-macam aktiviti lain.


Sebenarnya, ada satu watak superhero komik Jepun dikenali sebagai Hentai Kamen yang memakai seluar dalam di kepala.

Boleh...superhero pakai seluar dalam perempuan kat kepala!

Jangan ingat apa...bulan April ni siap ada movie superhero tu lagi akan keluar di Jepun! Tak sabar tunggu DVD kat Malaysia…nak gelak puas-puas.

Tak percaya..tengok teaser kat bawah ni..



Ok..berbalik kepada kegilaan perempuan muda Jepun yang terbaru ni…rasanya ada kait mengait dengan Hentai Kamen yang pakai seluar dalam perempuan kat kepada tu…


Entah la…melihat senario yang ini…apa lagi kegilaan yang akan datang dari Jepun selepas ini..

[Sumber]

Sunday, February 10, 2013

Trend Perut Boyot Untuk Wanita Melanda Britain

Trend Perut Boyot Untuk Wanita Melanda Britain

Ia sudah lama popular di Amerika Syarikat selepas Mariah Carey melukis pada perut boyotnya.


Kini, kegilaan itu merebak ke Britain dengan bakal ibu berusaha meraikan kehamilan mereka dengan fesyen artistik.

Leila Searle, 27, pelukis wajah dari Upton di Poole, Dorset, meluaskan perniagaan melukisnya kepada seni lukisan tubuh pada perut boyot selepas menerima permintaan daripada bakal ibu.

Dia mendapati perkhidmatan itu semakin popular, di majlis meraikan bakal ibu, satu lagi tradisi Amerika Syarikat yang kini kian berkembang di Britan.

“Saya memulakan perniagaan kecantikan beberapa tahun lalu sebelum mengambil kursus melukis wajah.

“Ogos lalu, saya menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang bertanya sama ada saya boleh melukis pada perut boyotnya.

“Saya teruja menerima panggilan itu dan hadir pada majlis meraikan kehamilannya. Saya melukis pada perutnya dan dari situ, karier saya berkembang.

“Tidak seperti kanak-kanak, orang dewasa akan duduk diam. Ia membolehkan saya lebih kreatif.

Leila menggunakan bahan mekap untuk artis pementasan teater bagi menghasilkan imej pada perut besar bakal ibu yang menjadi pelanggannya.

Antara rekaannya termasuklah, rama-rama, glob, bunga dan potensi nama bayi.

–Daily Mail

Monday, February 04, 2013

Trend Terbaru Gigi Taring Berlapis Gadis Jepun

Trend Terbaru Gigi Taring Berlapis Gadis Jepun

Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik.

Lelaki Jepun sukakan gadis yang mempunyai gigi taring berlapis.

Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.

Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan.

Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut 'tsuke-yaeba' dan ditampal pada gigi asal mereka.

Doktor gigi mengenakan bayaran AS$390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan.

Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke-yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka.

Menurut Masuoka, 'yaeba' memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal.

-Agensi

Wednesday, January 23, 2013

Trend Paling Pelik Melanda Gadis-gadis China

Trend Paling Pelik Melanda Gadis-gadis China

Kalau remaja perempuan di Jepun terkenal dengan trend baru menjilat tombol pintu, remaja dari China pula macam mana? Inilah gambar trend pelik yang melanda gadis-gadis remaja China.


Baca: Trend Baru Gadis Jepun Bergambar Jilat Tombol!

Mereka tampil dengan trend imej melakukan aksi meluruskan kedua-dua belah kaki.


Kan dah jadi ikutan, sekarang siapa yang susah?

-SP