Wednesday, October 04, 2017

Tragedi Benxihu Kemalangan Terburuk Lombong Arang Batu Di Dunia!

Tragedi Benxihu Kemalangan Terburuk Lombong Arang Batu Di Dunia!

26 April 1942 menjadi tarikh yang dikenang penduduk China dan Jepun, bahkan juga seluruh dunia buat selama-lamanya.

Benxihu

Sebuah tragedi menyayat hati telah berlaku pada waktu itu, malah sehingga ke hari ini, bencana ini dikenali sebagai tragedi lombong arang batu terburuk di dunia.

Pada awal abad ke-20, operasi arang dan besi mula menjadi bahan penting dalam bidang industri.

Pada tahun 1905, Jepun dan China telah bekerjasama dalam penubuhan operasi pengendalian arang batu.

Sebuah lombong di Benxi, Liaoning, China, berhampiran Tasik Benxi menjadi lokasi kegiatan industri tersebut dijalankan.

Sementara di pihak Jepun pula, tempat itu dipanggil sebagai lombong arang batu Honkeiko.

Kawalan dua negara itu ke atas lombong berkenaan tidak bertahan lama selepas Jepun melancarkan serangan ke kawasan Liaoning, China.

Sejak itu, operasi pengendalian lombong dijaga sepenuhnya oleh pihak Jepun dan mengerah rakyat China untuk dijadikan sebagai tenaga buruh.

Ada diantara mereka yang ditangkap adalah askar china dan dipaksa bekerja di lombong Honkeiko dalam keadaan lombong yang sangat teruk dan tidak terjaga.

Menurut Encyclopedia Britannica, keadaan pekerja lombong di bawah kuasa Jepun ketika itu dianggap sebagai 'malapetaka'. Bekalan makanan dan pakaian untuk pekerja tidak mencukupi.

Kerja melombong juga sangat sukar dan terdedah kepada persekitaran yang berbahaya.

Pelombong juga bekerja selama 12 jam atau lebih lama dan risiko mendapat jangkitan penyakit seperti demam kepialu dan taun juga dilaporkan tinggi.

Pergerakan pekerja lombong juga dikawal ketat dengan kehadiran pengawal selain kawasan lombong yang berpagar.

Semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah terjadinya malapetaka yang tidak dijangka pada tahun 1942.

Bermula dengan letupan arang batu, ia kemudiannya mencetuskan kebakaran di dalam lombong.

Suasana menjadi kelam kabut dengan beribu-ribu pelombong sedang bekerja bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Keadaan dilaporkan menjadi kucar-kacir dengan jeritan ketakutan dan meminta tolong daripada pekerja lombong.

Usaha memadamkan api dilakukan dengan menutup setiap lubang kecil yang dipanggil pit bagi menghalang udara yang menggalakkan kebakaran.

Malangnya, tindakan tersebut dilakukan tanpa terlebih dahulu memindahkan semua pekerja lombong yang sedang bekerja di dalamnya.

Akibatnya, keadaan terburuk berlaku yang menyebabkan ramai pelombong mati terperangkap akibat sesak nafas.

Kerja-kerja menggali lombong mengambil masa selama 10 hari untuk mengumpulkan mayat-mayat yang tertimbus.

Kebanyakan mayat yang ditemui berada dalam keadaan hangus dan pengecaman juga sukar dilakukan disebabkan mayat terbakar dengan teruk.

Akhirnya, jumlah keseluruhan mayat pelombong berjaya dikeluarkan dengan kematian seramai 1,549 pelombong.

Seramai 1,518 warga China dan 31 warga Jepun disahkan maut dalam tragedi ngeri ini dan kesemua mangsa yang terkorban dikebumikan dalam satu kubur besar.

Jumlah kematian yang tinggi dalam tragedi lombong arang batu Benxi menjadikan kejadian tersebut direkodkan sebagai tragedi lombong batu paling tragik pernah berlaku dalam sejarah dan dicatatkan di dalam Guiness World of Record.

Tragedi ini turut tersenarai sebagai kemalangan industri kedua paling buruk selepas insiden Bhopal.

Lombong arang batu Benxihu kembali beroperasi sehinggalah tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945.

Selepas pengunduran Jepun, operasi lombong arang batu dikawal sementara oleh pelombong.

Kesatuan Soviet Union kemudiannya menjalankan siasatan ke atas tragedi itu dan mendapati hanya sebilangan kecil mangsa mati disebabkan oleh letupan gas dan debu arang batu.

Sebahagian besar mangsa yang terkorban akibat keracunan gas karbon monoksida semasa penutupan pit dilakukan.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, September 14, 2017

Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah Kejadian Kedua Terbesar Selepas Kes Pondok Pak Ya

Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah Kejadian Kedua Terbesar Selepas Kes Pondok Pak Ya

Insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang mengorbankan 23 orang termasuk dua guru agama merupakan kes kedua terbesar yang pernah berlaku melibatkan sekolah agama.

Pondok Pak Ya

Insiden malang yang sama pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu di Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Kampung Padang Lumut, Yan, Kedah.

Dalam kejadian awal pagi Jumaat 22 September 1989 itu, seramai 27 pelajar perempuan sekolah tersebut maut dalam keadaan yang sungguh tragis apabila lapan buah asrama yang dihuni mereka terbakar.

Peristiwa yang mencatatkan sejarah hitam itu difahamkan berlaku ketika penghuni asrama yang majoritinya berusia antara 13 hingga 18 tahun sedang nyenyak tidur.

Siasatan yang dijalankan pihak berkuasa mendapati kebakaran berpunca daripada lilin yang dibakar oleh pelajar untuk mengulang kaji pelajaran yang tidak dipadam dan terjatuh serta membakar tilam hingga menyebabkan api marak dan tidak dapat dikawal.

Kejadian itu juga telah menimbulkan persoalan pelbagai pihak tentang penggunaan tilam yang diperbuat daripada bahan ‘polyurethane foam’ berikutan kebanyakan mangsa dijumpai mati di atas dan berhampiran tilam jenis itu.

Semua jenazah dikebumikan di tanah perkuburan khas ‘27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya’ yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

Kisah duka yang pastinya tidak mungkin dilupakan oleh ahli keluarga mangsa yang terkorban turut mendapat perhatian beberapa stesen televisyen untuk mengimbau semula kejadian yang berlaku dalam bentuk dokumentari dan telefilem.

Pada 2011, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menayangkan sebuah dokumentari dalam program bersiri Syahadah berjudul ‘Pondok Pak Ya, Kedah’ di bawah kelolaan penerbit berpengalaman Ramlee Johari yang menyentuh mengenai penubuhan dan perkembangan terkini sekolah tersebut.

Dokumentari berdurasi 30 minit itu juga turut mengupas kejadian malang yang menimpa pelajar sekolah itu dengan menampilkan beberapa saksi, bekas pelajar dan mangsa yang terselamat daripada insiden tersebut.

Astro juga telah menayangkan sebuah telefilem berjudul ‘Pondok Pak Ya’ arahan Wan Hasliza berdasarkan kisah benar yang berlaku itu pada 2014.

Telefilem itu juga memuatkan beberapa fakta mengenai kebakaran sekolah tersebut dan anak saudara kepada salah seorang mangsa kejadian turut berlakon dengan memegang watak ibu saudaranya.

Al-Fatihah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Video Pusat Tahfiz Jalan Keramat Ujung Terbakar, 24 Pelajar Dan Warden Terkorban!



sumber: bernama

Video Pusat Tahfiz Jalan Keramat Ujung Terbakar, 23 Pelajar Dan Warden Terkorban!

Video Pusat Tahfiz Jalan Keramat Ujung Terbakar, 23 Pelajar Dan Warden Terkorban!

Dalam satu kejadian kebakaran yang sangat menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi (14/9/2017), 23 orang pelajar termasuk tenaga pengajar telah terkorban.

Pusat Tahfiz

Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran pusat tahfiz ini dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Ramai yang tersentuh perasaan dengan pelbagai kisah amat menyayat hati melibatkan kematian mangsa berusia muda gugur syahid menemui Ilahi.

Tidak ketinggalan apabila dua adik-beradik secara kebetulan turut menjadi mangsa dan merupakan anak seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di ibu negara, D/Koperal F. Zaska Yusoh.

F. Zaska

Kedua-dua anak anggota polis berkenaan dikenal pasti iaitu Azkar Abiedi F. Zaska, yang berumur 11 tahun manakala adiknya, Azkar Darimi F. Zaska pula berusia lapan tahun.

Semoga anggota terbabit tabah menerima dugaan berat Ilahi apabila hiba kehilangan dua cahaya matanya serentak dijemput menjadi ‘anak syurga’ namun memberi syafaat buat ibu bapanya di akhirat kelak.

Warden Maut Baru Seminggu Majlis Kahwin

Tiada yang lebih menyedihkan buat seorang isteri apabila kehilangan suami tercinta selepas baru seminggu melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Namun, itu yang harus ditempuhi Noor Fatihah Osman selepas suami dinikahi pada Mei lalu, Mohd. Amirul Nizam Sokarno, 25, setelah maut dalam kebakaran di bangunan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat.

Warden

Noor Fatihah, 23, malah dilihat tidak berhenti menangis ketika ditemui media tempatan di lokasi kejadian serta enggan ditemu bual pemberita. Allahyarham suaminya merupakan seorang warden pusat tahfiz berkenaan.

Sementara itu, ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, berkata, anak saudaranya dikejutkan dengan berita tersebut kira-kira jam 6 pagi sebelum bergegas ke lokasi dari hostelnya di Universiti Sains Islam Malaysia.

“Selalunya dia (Mohd. Amirul Nizam) akan telefon anak saudara saya untuk kejutkan dia bangun waktu Subuh tapi hari ini dia tak telefon. Noor Fatihah juga cuba menelefon suaminya tapi tidak berjawab.

“Saya sebenarnya juga tidak menyangka bahawa perkara buruk ini terjadi kepada dirinya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang kakitangan pusat tahfiz berkenaan, Mohd. Arif Mawardy, 24, berkata, pada awalnya dia terdengar bunyi kuat seperti ribut di luar bangunan tiga tingkat tersebut.

“Saya terjaga dan lihat keluar tingkap namun bukan ribut dan saya terkejut nampak kepulan asap di tingkat tiga.

"Kemudian saya dengar suara dari tingkat atas menjerit supaya selamatkan diri kerana berlaku kebakaran,” ujarnya.

Pelajar Tahfiz

Mohd. Arif berkata, dia ketika itu berada di tingkat dua bangunan itu bersama tiga lagi guru cuba menyelamatkan pelajar di asrama yang terletak di tingkat tiga dengan bantuan penduduk setempat namun tidak berjaya.

Seramai 21 pelajar dan 2 tenaga pengajar disahkan terkorban dalam insiden tragik tersebut manakala 14 murid lagi terselamat.

Al-Fatihah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Jenazah Mohamad Thaqif Masih Elok Seperti Baharu Dikebumi


sumber: mynewshub

Thursday, May 18, 2017

Kisah Kematian Jutawan Melayu Yang Pernah Beli Syarikat LOTUS Secara Tunai

Kisah Kematian Jutawan Melayu Yang Pernah Beli Syarikat LOTUS Secara Tunai

Tan Sri Yahya Ahmad satu nama yang cukup popular di tahun 90an. Beliau adalah Pengerusi Kumpulan DRB Hicom. Beliau pernah menggegarkan dunia apabila membeli Lotus secara tunai.

TAN Sri Yahya Ahmad

Pembelian tunai itu dilakukan setelah orang putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya. Tanpa bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya!

Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.

Ramai yang masih ingat akan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan rungutan penumpang bas Intrakota terhadap tahap perkhidmatannya.

Dengan menunggang sendiri motosikal kapcai, beliau meredah di celah-celah kesibukan kenderaan KL tanpa mengira di awal pagi sebelum matahari terbit ataupun sewaktu panas yang terik. Tiada protokol yang dipentingkan beliau.

Kronologi kejadian:

10.45 malam - Helikopter Agusta A 109E milik Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu jam 11.52 malam.

11.07 malam - Pada kedudukan 49 batu nautika ke arah 039 darjah magnetik, helikopter itu kelihatan berpusing sedikit ke kanan.

11.11 malam - Helikopter itu kelihatan mengarah 090 darjah dari kedudukannya yang lalu.

11.15 malam - Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan Subang dan hilang dari skrin radar. Pusat Kawalan Udara dimaklumkan mengenai keadaan itu.

11.25 malam - Polis Pahang menerima laporan mengenai kemalangan pesawat Agusta-109 itu yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Atong di Jerangsang, Benta, 41 kilometer dari Kuala Lipis.

Gerakan mencari dimulakan.

12.05 tengah malam - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan polis mengenai nahas itu dan bergegas ke tempat kejadian.

1 pagi - Mayat mangsa dan bangkai pesawat ditemui. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

9.52 pagi - Semua mayat diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forensik.

10.50 pagi - Semua jenazah tiba di Hospital Kuala Terengganu.

2.05 petang - Jenazah Mejar (B) Azlizan dibawa ke padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke kampungnya di Batu Pahat untuk pengebumian.

2.30 petang - Jenazah Yahaya dan isteri dihantar ke rumahnya di Marang dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk pengebumian.

Selain Yahaya, dua lagi mangsa ialah isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 49, dan juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas, 32.

Helikopter Agusta A109E Power milik Gadek Aviation Services Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom, dilaporkan hilang pada skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam ketika dalam penerbangan dari ibu negara ke Kuala Terengganu, Terengganu.

Helikopter yang mempunyai 6-tempat duduk itu menjunam 2,900 meter ke celah-celah pokok getah. Ia baru dibeli ketika itu dan adalah model tercanggih yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Agusta dari Itali.

Yahaya dan isteri dikatakan ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibunya yang sakit, tetapi malang umurnya tidak panjang kerana dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan pulang.

Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, kali terakhir dilihat menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada malam sebelum nahas.

Ketika dalam penerbangan, enjin pesawat malang itu dikatakan tidak berfungsi secara normal mengakibatkan kipas utama kehilangan kuasa dan berputar secara tidak seimbang lalu mengakibatkan tekanan terhadap struktur kipas.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan kipas itu patah dan siasatan mendapati kipas utama helikopter patah sebelum pesawat terhempas. Tiga daripada kipas ditemui di tiga tempat berasingan, manakala satu bahagian lagi ditemui penduduk kampung beberapa hari kemudian.

Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai jatuh terhempas tanpa kipas utama kerana tidak ada kesan libasan kipas pada pokok sekitar kawasan kemalangan.

Sebaik saja helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan. Berdasarkan maklumat beberapa penduduk kampung berhampiran dikatakan mendengar dua letupan, iaitu sekali di udara dan sekali lagi di tempat pesawat itu menjunam.

Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, bangkai helikopter itu masih terbakar dan ada serpihan ekor yang tertulis perkataan DRB.

Kira-kira 20 anggota polis, lima pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mahmud Embi, menjalankan gerakan mencari mangsa di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat kejadian, tetapi gagal menemui mayat berkenaan.

Gerakan yang turut dibantu kira-kira 10 anggota bomba dan penduduk kampung diteruskan hingga mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pada jam 1 pagi di bawah serpihan helikopter itu.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain.

Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.

Semua mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Kuala Lipis, kira-kira jam 5.20 pagi untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Marang, Terengganu.

Jenazah kemudian diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 9.45 pagi ke Hospital Kuala Terengganu dan dikebumikan.

Di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas.

Pada hari ke-12 selepas nahas, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menemui bilah rotor terakhir helikopter.

Sebelum itu, satu daripada kipas helikopter dijumpai kira-kira satu kilometer dari bangkai pesawat, manakala tiga lagi dijumpai antara 200 hingga 300 meter dari situ.

Moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Yahaya, isteri dan juruterbang berkenaan.

Al- Fatihah.

BACA INI JUGA: PANAS! CIA Dan Teori Konspirasi Hilangnya MH370

sumber: sembangpress

Sunday, April 05, 2015

Tragedi Pembunuhan Wynekoop Mansion

Tragedi Pembunuhan Wynekoop Mansion

Pada tahun 1901, sebuah rumah agam dibina di kawasan barat Chicago, Amerika Syarikat. Ia dimiliki oleh keluarga Wynekoop dan ketika itu menjadi salah satu mercu tanda di kawasan tersebut kerana keluasan dan keindahannya.

Wynekoop Mansion

Pada mulanya, rumah itu dibina sebagai tanda kasih sayang dalam keluarga Frank Wynekoop dan isterinya, Dr. Alice Wynekoop.

Mereka mengharapkan rumah itu mampu memberi perlindungan buat mereka sekeluarga. Namun, sebaliknya berlaku satu demi satu tragedi menimpa keluarga Wynekoop.

Kesedihan bermula dengan kematian anak perempuan mereka, Marie Louise Wynekoop di rumah tersebut.

Kemudian ia berlanjutan apabila adik Frank, Dr. Gilbert Wynekoop pula cuba membunuh isterinya di dalam rumah itu kerana tertekan akibat keretakan rumah tangga mereka. Gilbert kemudiannya menjadi gila dan dimasukkan ke rumah sakit jiwa.

Namun, kejadian yang menimpa Rheta Wynekoop pada tahun 1933 telah membuatkan rumah agam itu menjadi tumpuan segenap masyarakat ketika itu. Rheta merupakan menantu Frank dan Alice.

Rheta Wynekoop
Rheta Wynekoop.

Dia berkahwin dengan anak Frank iaitu Earl Wynekoop. Sayangnya, perkahwinan mereka tidak bahagia kerana sikap Earl yang kaki perempuan dan jarang pulang ke rumah.

Rheta berbakat dalam bermain biola. Oleh itu, dia sering menghabiskan masanya di rumah agam tersebut dengan bermain biola bagi menghilangkan rasa sedihnya terhadap sikap Earl.

Tanggal 21 November 1933, kegemparan berlaku apabila Rheeta ditemui mati dalam keadaan meniarap di atas meja pembedahan milik Dr. Alice di bilik bawah tanah rumah agam tersebut. Terdapat kesan tembakan di bawah bahu kirinya.

Turut ditemui di sebelah Rheta ialah topeng yang mengandungi kloroform dan juga pistol yang dipercayai senjata yang digunakan dalam pembunuhan tersebut.

Apabila pihak polis menyoal Dr. Alice, dia kerap menukar kenyataannya sehingga mengelirukan siasatan.

Semua ahli keluarga Wynekoop termasuk seorang wanita yang menyewa sebuah bilik di rumah agam tersebut ditahan. Polis yang menyiasat bertambah keliru dengan kelakuan setiap orang daripada mereka kerana seolah-olah dipukau dan enggan membuka cerita. Malahan, mereka mencipta pelbagai versi cerita untuk menyelamatkan isteri Frank daripada tuduhan membunuh.

Dr. Alice sendiri mengeluarkan kenyataan kononnya ada perompak yang cuba mencuri ubat-ubatan di dalam bilik bawah tanah tersebut dan telah membunuh Rheta. Menurutnya lagi, kemungkinan Rheta terserempak dengan perompak itu sebelum dibunuh.

Earl Wynekoop
Earl Wynekoop.

Kenyataan itu bercanggah dengan apa yang diberitahu Dr. Alice kepada bapa Rheta bahawa anaknya mati akibat komplikasi penyakit tibi.

Sewaktu siasatan berlangsung, polis mendapati Earl telah mengeluarkan sejumlah wang daripada insurannya bersama Rheta. Earl kemudiannya menjadi suspek utama pembunuhan ini.

Itulah yang menjadi umpan untuk Dr. Alice membuka cerita apabila mendapat tahu anak kesayangannya menjadi suspek utama. Dr. Alice serta-merta menukar kesemua kenyataannya sebelum ini bagi melindungi Earl. Dia mengaku telah melepaskan tembakan kepada Rheta.

Pada hari kejadian, Dr. Alice telah melakukan pembedahan terhadap menantunya itu. Ada sumber mengatakan Dr. Alice mahu Rheta menggugurkan kandungannya namun tidak ada bukti kukuh mengenainya.

Malangnya, pembedahan itu tidak berjaya. Dr. Alice yang takut reputasinya tergugat, lantas mengambil tindakan untuk membunuh Rheta yang pada ketika itu sudah tidak bernyawa kerana diberikan dos ubat tidur berlebihan.

Apabila Earl mendapat tahu ibunya ditahan polis atas tuduhan membunuh isterinya, dia segera menyerah diri dan mengaku telah membunuh Rheta dan kemudiannya melarikan diri bersama kekasih hatinya.

Meskipun polis menerima dua pengakuan, tetapi bukti dan petunjuk yang ditemui lebih mengarah kepada Dr. Alice sebagai suspek utama.

Dr. Alice Wynekoop
Dr. Alice Wynekoop.

Turut ditemui beberapa pucuk surat cinta di antara Dr. Alice dan Earl yang menunjukkan mereka mempunyai hubungan songsang antara ibu dan anak.

Psikiatri ketika itu berpendapat kedua anak beranak itu mengalami Oedipus Complex iaitu satu fenomena di mana anak lelaki mempunyai keinginan seksual terhadap ibunya sendiri.

Pendakwaan dijalankan terhadap Dr. Alice dan enam bulan kemudian dia disabitkan bersalah dan dihukum penjara 25 tahun. Dia dibebaskan dengan parol pada tahun 1949 ketika berusia 79 tahun dan meninggal dunia dua tahun kemudian selepas dibebaskan.

Earl pula menghilangkan diri setelah ibunya disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan isterinya. Kali terakhir Earl dilihat, dia dikatakan menjadi seorang mekanik dan hidup bersendirian selepas itu.

Kisah pelik ahli keluarga Wynekoop kian dilupakan setelah rumah agam yang mendapat jolokan 'Wynekoop Mansion' dirobohkan.

Namun, masih ada sesetengah pihak yang mendakwa sering terdengar bunyi gesekan biola Rheta di sebalik runtuhan lama rumah itu.

Mungkinkah roh Rheta masih terperangkap di sana dan cuba mencari keadilan terhadap kematiannya?

BACA INI JUGA: Tragedi Ngeri 918 Jonestown

-Sentiasapanas.com

Sunday, November 09, 2014

The Island Race, Tragedi San Diego

The Island Race, Tragedi San Diego

Informasi Dunia. Tanggal 9 Mac 2013 yang lalu, satu perlumbaan kapal layar secara besar-besaran telah diadakan di perairan pantai San Diego. Perlumbaan tersebut dikenali sebagai The Island Race.

The Island Race

Kebanyakan peserta yang menyertai perlumbaan tersebut datang dari pulau-pulau berdekatan, antaranya Pulau Catalina dan San Diego.

Antara peserta yang menyertai perlumbaan tersebut ialah Craig Thomas William, 36. Beliau merupakan salah seorang pelayar yang terkenal. Dia yang juga merupkan salah seorang ahli Silver Gate Yacht Club di San Diego menggunakan kapal layar yang diberi nama Uncontrollable Urge.

Pihak pengajur perlumbaan telah menetapkan jarak perlumbaan itu sejauh 139 batu nautika. Perlumbaan tersebut akan bermula di Newport Harbor di Orange Country Friday dan berakhir di Point Loma, San Diego.

Tepat pukul lapan pagi, kesemua peserta dilepaskan. Dengan kelajuan angin sehingga 20 knot pada masa itu telah membantu pelumba-pelumba menggerakkan kapal layar mereka. Masing-masing menunjukkan kepakaran mengawal kapal layar dengan teknik tersendiri.

Pada mulanya, perlumbaan berjalan dengan lancar dalam tempoh dua jam pertama. Tiba-tiba, pusat kawalan menerima panggilan kecemasan daripada kapal Uncontrollable Urge.

Uncontrollable Urge San Diego Tragedy Map

Kapten kapal memaklumkan pusat kawalan tentang ribut kencang yang bakal melanda. Bagaimanapun, belum sempat maklumat ini sampai ke pusat kawalan, panggilan itu terputus.

Tepat pukul 11 pagi, penganjur pertandingan menerima berita tentang sebuah kapal layar telah pecah dan dihanyutkan ke Pulau Clement. Pihak pengajur kemudiannya menghantar pasukan penyelamat untuk membantu anak-anak kapal yang berada di dalam kapal tersebut.

Sejurus pasukan penyelamat tiba ditempat kejadian, mereka mendapati rangka sebuah kapal layar berukuran 32 kaki telah pecah dan karam. Kelihatan pada serpihan itu kapal itu tertera tulisan Uncontrollable Urge. Pasukan penyelamat kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan maklumat mengenai kapal itu.

Mengikut maklumat daripada pasukan penyelamat, kapal tersebut terdiri daripada lima orang anak kapal yang diketuai William selaku kapten kapal tersebut.

Tanpa melengahkan masa, pihak penyelamat terus menjalankan misi mencari dan menyelamat. Beberapa minit kemudian, mereka telah menemui lima orang mangsa tragedi yang masih lagi terselamat.

Uncontrollable Urge San Diego Tragedy
Kapal layar pecah dipukul ombak.

Lima minit kemudian, seorang lagi mangsa yang sudah tidak bernyawa ditemui tidak jauh dari kelima-lima mangsa tadi. Selepas diperiksa, mereka mendapati mangsa tersebut adalah William. Mereka kemudiannya dibawa ke hospital San Diego dengan menaiki helikopter.

Sebaik sahaja kesemua mangsa tragedi berada dalam keadaan stabil, mereka menceritakan detik-detik bagaimana cemas semasa tragedi tersebut.

Mengikut cerita mereka, pada hari kejadian, angin bertiup kuat dengan kelajuan mencecah 30 knot sejam. Pada masa yang sama, ombak setinggi lapan kaki tidak henti-henti menghempas kapal mereka sehingga kapal itu hilang kawalan.

Kapten William pada masa itu mengarahkan krew-krew kapal untuk mengawal kapal tersebut. Namun usaha mereka gagal.

Uncontrollable Urge San Diego Tragedy Coast Guard

Pada masa yang sama, mereka cuba mengaktifkan ciri-ciri keselamatan di atas kapal untuk memberitahu pihak berkuasa kedudukan dan maklumat-maklumat penting tentang kapal mereka ketika itu.

Oleh kerana gagal mengawal kapal, krew kapal terpaksa menjatuhkan sauh untuk mengelakkan mereka terus hanyut ke tengah laut. Namun, usaha untuk menjatuhkan sauh tersebut gagal, tali sauh tersangkut!

Kemudian, beberapa orang krew cuba menggunakan bot keselamatan untuk menjatuhkan sauh. Tetapi, pada masa itu kapal tersebut sudah tidak stabil lalu pecah dan terbalik.

Masing-masing cuba untuk menyelamatkan diri, sehinggalah mereka tidak sedarkan diri. Sedar-sedar sahaja, mereka sudah berada di hospital.

Menurut Chuck Hope, Komander Kelab Layar San Diego, pada mulanya, mereka tidak berada dalam keadaan bahaya. Mereka sepatutnya mampu untuk melengkapkan perlumbaan dan boleh menyelamatkan diri daripada sebarang kecelakaan.

Namun, keadaan mula bertambah teruk apabila ombak mula mengganas dan angin semakin kencang.

Menurut Hope lagi, Uncontrollable Urge amat dikenali dalam perlumbaan kapal layar di mana anak-anak kapal serta kaptennya sangat berpengalaman. Kejadian ini sepatutnya mustahil boleh berlaku kepada mereka.

Uncontrollable Urge
Gambar fail Uncontrollable Urge.

Tragedi ini sebenarnya berlaku hampir setahun selepas kejadian empat orang pelayar meninggal dunia semasa perlumbaan dari Selatan California ke Mexico.

Menurut pakar forensik yang menyiasat kejadian tersebut, mereka percaya kapal layar Aegean yang berukuran 37 kaki telah terkandas di Pulau North Coronado di luar pantai Mexico semasa perlumbaan dari Newport ke Ensenada.

Malah, pada bulan yang sama, lima orang pelayar lagi telah meninggal dunia di perairan pantai California Utara apaila kapal layar mereka yang berukuran 38 kaki telah dipukul ombak kuat lalu merempuh batuan dan terbalik semasa perlumbaan.

Dalam siri kejadian yang lain, tiga orang pelayar terselamat dalam kemalangan berhampiran Kepulauan Farallon, kira-kira 27 kilometer dari barat San Francisco.

-Sentiasapanas.com

Thursday, October 23, 2014

Tragedi Ngeri 918 Jonestown

Tragedi Ngeri 918 Jonestown

Tahukah anda kira-kira 918 orang telah ditemui mati dalam satu kejadian di Jonestown, California pada 18 November 1978.

918 Jonestown

Lebih mengejutkan, kematian mereka bukannya berpunca daripada bencana alam tetapi disebabkan terlalu taksub kepada ajaran sesat yang dibawa oleh ketua mereka sehingga tergamak membunuh diri dan berbunuhan sesama sendiri.

Angka korban yang terlalu besar itu seolah-olah tidak masuk akal. Bagaimana mereka sanggup mengikut jejak langkah ketua ajaran sesat itu hingga tiada seorang pun yang berani menentang?

Atau, adakah mereka terlalu takut hingga terpaksa berbuat demikian?

Sekitar tahun 1970 hingga 1980, rakyat Amerika masih diselubungi masalah perkauman. Walaupun pandangan dan persepsi negatif sudah sekian lama pudar, tapi pengasingan kaum dan perbezaan layanan masih belum dapat dipulihkan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa golongan minoriti kulit putih yang berusaha memperjuangkan konsep menyatukan semua bangsa.

Antaranya seorang pastor bernama Jones yang menggunakan gereja rakyat sebagai landasan perjuangan itu.

Usaha beliau disambut baik oleh sebilangan kecil rakyat kulit putih serta orang-orang politik menyebabkan Jones menerima anugerah The Martin Luther King Jr. Humanitarian Award.

Pun begitu, usaha itu tidak disenangi oleh media-media kulit putih yang mengkritik perjuangannya.

918 Jonestown [2]
918 Jonestown [3]

Serabut dengan masalah itu, Jones bersama-sama pengikutnya lari dan membuka sebuah penempatan baru di Guyana, Amerika Selatan. Ketika itu, Guyana adalah hutan yang belum diterokai. Mereka telah menyewa kawasan baru ini dari kerajaan Guyana.

Semua pokok ditebang dan digantikan dengan tanaman pokok pisang untuk dijadikan makanan asas. Malah, perkampungan ini diberi nama, Jonestown.

Dan disinilah bermula segala-galanya...

Jones yang disanjung tinggi oleh pengikutnya mula menunjukkan taring. Pemerintahan yang dulunya demokrasi bertukar diktator.

Setiap kali ada pandangan diajukan padanya, pasti ada saja yang ditempelak. malah, pengikut yang tidak bersetuju dengannya akan diperhatikan oleh pembantu-pembantu kanan Jones.

Apabila puak Jones tidak lagi menghantar berita kepada keluarga masing-masing, timbul persoalan dikalangan ahli keluarga. Persoalan ini telah mendesak senator Amerika Syarikat membuat lawatan dan melihat sendiri keadaan rakyatnya di sana.

918 Jonestown [4]
918 Jonestown [5]

Maka, berangkatlah wakil kerajaan Amerika bersama pengamal media dan jurugambar ke Guyana.

Kehadiran perwakilan itu disambut baik oleh puak Jones. Rombongan itu dibawa masuk ke dalam hutan sejauh tujuh batu meredah laluan berlumpur.

Ketika tiba di perkampungan tersebut, seorang penduduk telah memasukkan sekeping kertas kecil yang bertulis, 'TOLONG BAWA KAMI KELUAR DARI TEMPAT INI' ke dalam poket salah seorang ahli rombongan.

Menyedari kepelikan surat tersebut, perwakilan itu terus bertanya kepada Jones.

Hasilnya, rakyat yang tidak lagi sebulu dengan Jones dibenarkan keluar dari perkampungan itu dengan syarat, anak-anak mereka tidak boleh dibawa bersama kerana mereka dikatakan hak milik penuh Jones.

Ketika rombongan itu bergerak untuk menaiki pesawat pulang ke Amerika Syarikat, tiba-tiba datang sekumpulan penembak dan melepaskan tembakan bertubi-tubi kearah mereka.

Semua terkorban termasuklah wakil kerajaan Amerika Syarikat, pengamal media serta jurugambar. Selebihnya melarikan diri ke dalam hutan.

918 Jonestown [6]

Jones mula ketakutan. Dia yakin, berita itu akan sampai kepada pihak berkuasa. Selepas berfikir panjang, Jones mengumpul pengikutnya ditengah-tengah Jonestown berhampiran gereja. Dia memberitahu mereka bahawa dunia adalah tempat tinggal yang sangat kejam dan tidak selamat untuk mereka melainkan mati sahaja.

Bagi pengikut tegar, mati bersama Jones adalah adalah sesuatu yang diidam-idamkan. Cara yang paling mudah dan tidak meyakitkan adalah dengan meminum sejenis racun, Cynide Laced, yang bertindak melemahkan badan peminum sebelum tertidur lalu mati. Seolah-olah mati dalam tidur.

Sebelum diberikan racun, Jones pada mulanya membakar semua kebun pisang yang menjadi sumber makanan mereka.

Kemudian, dia menyusun kanak-kanak dan bayi didalam gereja sebelum disuntik dengan racun sehingga mati. Seterusnya, secawan racun diberikan kepada setiap orang dewasa seorang demi seorang.

Ketika itulah, beberapa orang pengikut mula sedar mereka telah ditipu oleh ketua yang mereka sanjung selama ini dengan satu kaedah psikologi gila dan tidak masuk akal.

Tanpa berfikir panjang, mereka cuba lari kedalam hutan untuk menyelamatkan diri, namun ditembak oleh orang-orang kanan Jones.

918 Jonestown [7]

Berita pembunuhan wakil kerajaan mendapat perhatian pihak berkuasa AS. Pasukan penyiasat dihantar untuk melihat kejadian sebenar.

Dan ketika sampai di Jonestown, mereka menemui 918 mayat busuk bergelimpangan!

BACA INI JUGA: Misteri Sumpahan Ladang Myrtles

-Sentiasapanas.com