Tuesday, June 26, 2018

Tahukah Anda Buaya Dan Aligator Sebenarnya Berbeza!

Tahukah Anda Buaya Dan Aligator Sebenarnya Berbeza!

Bagi anda yang belum tahu, buaya dan aligator nampak sama tetapi sebenarnya adalah berbeza dan cara untuk membezakan antara kedua-duanya, rahang aligator lebih berbentuk U, manakala rahang buaya berbentuk V.

Tahukah Anda Buaya Dan Aligator Sebenarnya Berbeza!
Buaya.

Buaya mempunyai kelenjar masin pada lidah yang membolehkan ia menyesuaikan diri dengan air masin, manakala aligator tidak mempunyai kelenjar begitu sebab itu ia hanya hidup di kawasan tasik atau air tawar.

Perbezaan Buaya Dan Aligator

Secara amnya, kita tahu buaya itu digelar sebagai Crocodile, berasal daripada keluarga Crocodylidae dan terdapat 13 spesis termasuk C. porosus (buaya laut masin), C. acutus (Buaya Amerika), C. niloticus (Buaya Nil), C. rhombifer (Buaya Cuba), M. cataphractus (Buaya Afrika), O. tetraspis (Buaya kecil Afrika).

Ketika era Mesozoik, dalam lingkungan 100 juta tahun yang lalu, buaya adalah salah satu pemangsa terkenal di dalam rantaian makanan.

Jika dilihat sekarang, buaya mudah dijumpai diserata dunia dan kebiasaannya tinggal di sekitar tasik, sungai, paya dan juga laut air masin.

Jadi, mari kita selami perbezaan antara Crocodile dan juga Alligator.

Alligator VS Crocodile

Crocodile atau buaya selalu ramai yang terkeliru dengan alligator, tetapi ada cara yang mudah untuk membezakan mereka berdua ini.

Rahang aligator kebiasaannya lebih kepada bentuk U, manakala buaya pula kebiasaannya rahang akan berbentuk seperti V.

Mereka juga mempunyai gigi yang sentiasa kelihatan di luar mulutnya apabila ia di tutup.

Tahukah Anda Buaya Dan Aligator Sebenarnya Berbeza!
Aligator.

1. Perbezaan muncung

Perbezaan yang sangat jelas ialah muncung yang berbeza. Buaya berbentuk V manakala alligator berbentuk U.

Aligator boleh dikatakan mempunyai daya gigitan yang sangat kuat sehingga mampu memcahkan cengkerang kura-kura.

Manakala buaya pula lebih sesuai untuk memburu mangsa seperti ikan, haiwan reptilian dan juga mamalia.

2. Saiz dan tahap agresif

Secara amnya, buaya dewasa akan membesar sehingga 19 kaki panjang manakala aligator pula sehingga 14 kaki panjang.

Apabila di darat, buaya akan lebih pantas berbanding Aligator.

Tingkah laku Aligator sangat berbahaya berbanding buaya dan kebiasaannya akan cuba melarikan diri daripada manusia dengan berenang jauh.

Aligator juga sangat takut kepada manusia dan kadang-kala boleh hilang rasa takut jika manusia sering mendekati mereka dengan sering memberikan mereka makanan.

Hanya suatu masa sahaja Aligator akan menyerang manusia jika ia diganggu atau untuk melindungi anaknya.

Buaya pula jika dilihat lebih panas baran sehingga boleh menyerang manusia walaupun ia tidak diganggu.

Buaya air masin Australia, diikuti buaya sungai Nil sering dilihat oleh pakar sebagai jenis yang amat berbahaya di dunia.

Lain cerita pula pada buaya Amerika, mereka jarang sekali menyerang manusia manakala di USA, hanya Aligator sahaja yang akan menyerang manusia.

3. Warna

Buaya kebiasannya lebih terang atau seperti warna zaitun, manakala Aligator pula kebiasaannya berwarna kelabu kehitaman.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Saturday, April 14, 2018

Arnab Binatang Paling Pantas Membiak Diantara Semua Binatang!

Arnab Binatang Paling Pantas Membiak Diantara Semua Binatang!

54 Menjadi 10 Juta Dalam Tempoh 10 Tahun! Arnab merupakan spesis yang sangat pantas membiak dan menurut rekod, 54 ekor arnab telah dibawa dan dibiakkan di Australia pada tahun 1859.

Arnab Binatang Paling Pantas Membiak Diantara Semua Binatang!

Hanya dalam tempoh 10 tahun, bilangan arnab ini telah mencecah 10 juta ekor.

Menurut saintis, angka itu adalah sesuatu yang luar biasa dan ini menunjukkan bahawa arnab paling sesuai dibiakkan untuk menjamin bekalan makanan segar sepanjang masa.

Walaupun ia bersaiz kecil, namun ia mampu berkembang biak dengan banyak dan cepat.

Keadaan itu boleh menjamin rantaian makanan untuk manusia bagi satu jangka masa yang panjang.

Arnab Binatang Paling Pantas Membiak Diantara Semua Binatang!

Kebiasaannya, kita cuma mengetahui arnab tidak bersaiz besar namun di United Kingdom, seorang pembiak baka arnab, Annette Edward telah berjaya membiakkan baka Continental Giant menjadi arnab terbesar di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Binatang Paling Pemalas Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, April 12, 2018

Ketawa Lebih 20 Minit Boleh Menyebabkan Kematian!

Ketawa Lebih 20 Minit Boleh Menyebabkan Kematian!

Ketawa yang kuat secara berdekeh-dekah seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali sehari kerana ternyata ia memberi kesan yang baik kepada individu dari aspek kesihatan dan emosi mereka.

Ketawa Lebih 20 Minit Boleh Menyebabkan Kematian!

Namun, tahukah anda, ketawa yang keterlaluan boleh menyebabkan kematian.

Terdapat beberapa kes orang mati akibat ketawa yang masih lagi menjadi tanda tanya dan tidak ada penjelasan yang munasabah.

Apa yang pasti, semua mangsa yang mati ketawa berlaku selepas mereka ketawa tanpa henti lebih daripada 20 minit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, March 25, 2018

Berapa Pendapatan 15 Orang Terkaya Dunia Dalam Sehari?

Berapa Pendapatan 15 Orang Terkaya Dunia Dalam Sehari?

Tahun 2017 menyaksikan keuntungan bersih manusia paling kaya, Jeff Bezos, yang meningkat sebanyak AS$39.2 bilion, peningkatan terbesar dalam tempoh satu tahun dalam senarai Billionaires abad ini.

Berapa Pendapatan 15 Orang Terkaya Dunia Dalam Sehari?

Angka itu diperolehi dari senarai orang terkaya di dunia 2017 dan 2018 Forbes, yang mana Business Insider digunakan untuk membuat kiraan peningkatan nilai keuntungan bersih harian orang-orang terkaya di dunia ini.

Business Insider mendapat perbezaan antara nilai bersih 2017 dan 2018 yang diterbitkan oleh Forbes pada Mac setiap tahun dan membahagikan angka itu dengan 365 untuk mewakili bilangan hari dalam setahun.

Perlu dijelaskan, jutawan-jutawan ini bukanlah memperoleh jumlah keuntungan yang sama setiap hari pada tahun 2017, memandangkan banyak nilai bersih keuntungan mereka datangnya dari nilai saham yang turun naik.

Untuk tujuan pengiraan ini, setiap hari dikira sama, sama ada hari yang baik atau hari malang, yang mana jutawan-jutawan ini kerugian berjuta-juta dolar.

Jadi, angka yang dikeluarkan hanya sekadar anggaran.

Berikut senarai 15 orang paling kaya di dunia dengan anggaran keuntungan bersih yang diperolehi mereka dalam sehari pada 2017:

1. Jeff Bezos: AS$107.4 juta sehari

2. Bernard Arnault: AS$83.6 juta sehari

3. Mark Zuckerberg: AS$41.1 juta sehari

4. Carlos Slim: AS$34.8 juta sehari

5 & 6. Charles dan David Koch: AS$32.1 juta sehari

7. Jack Ma: AS$29.3 juta sehari

8. Warren Buffett: AS$23 juta sehari

9. Steve Ballmer: AS$23 juta sehari

10. Larry Page: AS$22.2 juta sehari

11. Jim Walton: AS$21.9 juta sehari

12. Larry Ellison: AS$17.3 juta sehari

13. Bill Gates: AS$11 juta sehari

14. Michael Bloomberg: AS$6.8 juta sehari

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Individu Paling Kaya Di Dunia Forbes 2018

sumber: mstar

Tuesday, February 27, 2018

Sturbuck Tiada Di Negara Paling Banyak Minum Kopi

Sturbuck Tiada Di Negara Paling Banyak Minum Kopi

Finland dan Norway merupakan dua negara yang penduduknya paling banyak pengambilan kopi bagi setahun tetapi, apa yang mengejutkan adalah kedua-dua negara ini tidak mempunyai Starbuck.

Sturbuck Tiada Di Negara Paling Banyak Minum Kopi

Starbuck adalah jenama antarabangsa bagi kopi dan mempunyai 17,000 cawangan di 55 buah negara termasuk Malaysia.

Perkara ini disebabkan oleh kekurangan industri susu domestik dan negara itu mempunyai harga susu paling tinggi di dunia.

Kos ini menjadi kekangan bagi Starbuck beroperasi di sana malahan, tenaga pekerja di Norway adalah sangat mahal disebabkan kekangan dari polisi imigran yang sangat ketat dan kesatuan pekerja yang kuat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Fakta Menarik Tentang Kopi Anda Perlu Tahu

sumber: itufakta

Sunday, February 25, 2018

10 Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

10 Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

Skim ponzi atau skim cepat kaya pertama diasaskan oleh Charles Ponzi, dari seseorang yang tidak dikenali menjadi jutawan Boston terkenal dalam tempoh enam bulan melalui skim cepat kaya pada tahun 1920.

Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

Keuntungan sepatutnya datang dari pertukaran kupon jawapan pos antarabangsa dengan dia menjanjikan 50% faedah (pulangan) keatas pelaburan dalam tempoh 45 hari atau “gandakan wang anda” dalam tempoh 90 hari.

Sekitar 40,000 orang melabur $15 juta (sekitar $150 juta dalam nilai dolar 2006), akhirnya hanya satu pertiga wang tersebut dipulangkan semula kepada pelabur.

Selain skim Ponzi, skim piramid lain paling terkenal dalam sejarah termasuk:

1. Sindiket Franklin

Sebelum Ponzi, pada tahun 1899 William "520 Peratus" Miller membuka perniagaannya sebagai "Sindiket Franklin" di Brooklyn, New York.

Miller menjanjikan faedah 10% seminggu dan menggunakan sebahagian tema utama skim Ponzi, seperti pelanggan melabur semula faedah yang mereka terima.

Dia menipu pelabur sebanyak $1 juta dan dihukum penjara selama 10 tahun. Apabila dibebaskan, dia membuka kedai runcit di Long Island.

Semasa siasatan, Miller diwawancara oleh Boston Post untuk membandingkan skimnya dengan Ponzi's — wawancara mendapati caranya hampir sama tetapi Ponzi menjadi lebih mahsyur kerana mendapat tujuh kali ganda wang.

2. Dona Branca

Antara 1970 dan 1984 di Portugis, seorang wanita dikenali sebagai Dona Branca menjalankan skim cepat kaya yang membayar faedah 10% sebulan.

Pada tahun 1988 dia dipenjarakan selama 10 tahun dan sentiasa mendakwa bahawa dia hanya membantu orang-orang miskin, tetapi semasa perbicaraan terbukti dia menerima bayaran sebanyak 85 juta Euro.

3. MMM

MMM adalah syarikat Rusia yang muncul pada tahun 1990-an dan dianggarkan antara 5-10 juta orang kehilangan semua wang simpanan mereka.

Skim cepat kaya ini menjanjikan pulangan antara 3,000 - 30,000 peratus setahun.

Kerugian dianggarkan antara 500 juta dolar sehingga 1.5 bilion dollar.

4. European Kings Club (EKC)

Pada musim gugur 1994, European Kings Club (EKC) runtuh, menyebabkan kerugian sekitar AS$1.1 bilion. Penipuan ini diketuai oleh Damara Bertges dan Hans Günther Spachtholz.

Dalam siri penipuan ini, 1 daripada sepuluh orang dewasa melabur dalam EKC.

Penipuan ini adalah dengan cara membeli "surat" bernilai 1,400 francs yang membolehkan pembeli menerima bayaran sebanyak 200 francs sebulan selama 12 bulan.

Organisasi ini berpangkalan di Gelnhausen, Jerman.

5. Yayasan Kedermawanan Era Baru

Pada Mei 1995, pendakwa raya Pennsylvania bertindak membekukan aset Yayasan Kedermawanan Era Baru dan menahan pengerusinya, John G. Bennett, Jr. Organisasi ini telah mengaut wang melebihi USD500 juta dari 1,100 penyumbang.

Ahlinya termasuk Palang Merah, percaya mereka terbabit di dalam program matching-gifts melalui New Era tetapi, sebenarnya ia adalah skim Ponzi.

Kerugian dianggarkan sekitar $135 juta.

6. Bennett Funding Group

Pada awal tahun 1996, SEC mengfailkan saman umum (civil action) terhadap Bennett Funding Group, pegawai ketua kewangannya (chief financial officer), Patrick R. Bennett dan syarikat lain yang dikawal Bennett, berkaitan dengan skim Ponzi berskala besar.

Syarikat itu secara menipu mengaut beratus juta dollar, dengan mengaku membeli jaminan sewa peralatan dan promissory notes.

7. Albania

Pada tahun 1997, kerajaan Albania secara rasmi mengesahkan beberapa siri dana pelaburan skim piramid.

Apabila kerugian tidak lagi dapat dielakkan, penduduk Albania yang kerugian hampir USD1.2 bilion, menunjuk perasaan di jalanan dalam pemberontakan yang menggulingkan kerajaan.

8. Reed Slatkin

Pada tahun 2000, skim Ponzi yang diuruskan oleh Reed Slatkin, paderi Gereja Saintologi, terbongkar apabila pegawai Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat menyedari bahawa Slatkin bukannya seorang penasihat pelaburan berlesen.

Reed Slatkin telah mengutip kira-kira AS$600 juta daripada lebih 500 orang pelabur kaya, dengan kebanyakan mereka merupakan tokoh-tokoh terkenal Hollywood.

9. Larry Toshio Osaki

Pada bulan Disember 2005, Larry Toshio Osaki yang mengendalikan sebuah skim Ponzi di Los Angeles, California menawarkan pelaburan-pelaburan palsu dalam "pemfaktoran" akaun belum terima, walaupun telah diperintahkan oleh seorang hakim persekutuan supaya menghentikan kegiatannya, dipenjarakan di penjara persekutuan selama 20 tahun.

Kerugian dianggarkan sebanyak USD200 juta dari lebih 1,000 pelabur.

Selain hukuman penjara, Hakim Stephen V. Wilson juga memerintahkan Larry supaya membayar AS$145 juta kepada mangsa-mangsanya.

10. SwissCash

Pada bulan Oktober 2006, dua individu terkenal di Malaysia, bersama-sama orang lain, ditahan oleh pihak berkuasa kerana mengendalikan SwissCash atau Dana Bersama Switzerland (1948) yang dikatakan bersifat komplot.

SwissCash menawarkan pulangan sehingga 300% dalam tempoh pelaburan selama 15 bulan.

Difahamkan skim pelaburan haram itu menerima deposit antara RM380 juta sehingga RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.

Pelaburan HYIP tersebut ditawarkan kepada warganegara Malaysia, Singapura dan Indonesia, dengan penganjur skim cepat kaya ini mendakwa bahawa dana-dana pelabur disalurkan ke dalam perniagaan yang merangkumi cari gali minyak, perkapalan dan pertanian di Caribbean.

Syarikat ini mendakwa bahawa mereka berpusat di New York dan diperbadankan di Dominica.

BACA INI JUGA: Skim Cepat Kaya 'Pak Man Telo' Yang Pernah Menggegar Malaysia!

sumber: wikipedia

Monday, February 19, 2018

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

Pasti anda semua pernah dengar permainan legenda seperti Super Mario, Contra, Super Tank, Street Fighter dan bermacam-macam lagi dan sekarang permaianan video lebih canggih dari yang sebelumnya.

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?
Tennis for Two.

Tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak, pasti ramai yang menyukai permainan video. Bermain permainan video perlu menggunakan konsol melalui televisyen skrin besar dan pada zaman ini, game boleh dimainkan hanya di telefon pintar dan juga komputer.

Setiap tahun industri permainan video mengaut pendapatan lebih daripada $17 bilion hanya melalui game.

Para penggemar video permainan pula pasti sentiasa mencari pengalaman terkini dalam permainan dan juga grafik yang tinggi.

Mari melihat kembali ke masa silam yang akan mendedahkan sejauh mana permainan video ini bermula.

Siapakah orang yang pertama mencipta permainan video?

Walaupun ia kelihatan seperti pertanyaan yang mudah tetapi sebenarnya sejarah perkembangan permainan video ini agak rumit.

Permainan video yang pertama dicipta

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

Seawal tahun 1940an, Thomas T. Goldsmith Jr dan Estle R. Mann menggunakan peranti yang mereka cipta dan dipanggil alat amatur Tube Katod Ray.

Ia adalah peranti elektronik yang menggunakan skrin untuk bermain permainan asas yang langsung tidak menyerupai apa yang kita fikirkan sehingga wujudnya permainan video yang sebenar.

Pada tahun 1958, William Higinbotham mencipta permainan elektronik dipanggil Tennis for Two yang boleh dipaparkan pada osiloskop.

Penciptaannya juga adalah permainan yang asas tetapi sekali lagi ia bukan permainan yang banyak digunakan dan dapat dimainkan dengan mudah oleh orang ramai. Bayangkan ia dipaparkan pada osiloskop?

Permainan video seterusnya tidak dicipta sehinggalah pada tahun 1967 apabila seorang jurutera bernama Ralph H. Baer telah mencipta prototaip pertama yang akhirnya dikenali sebagai Magnavox Odyssey yang merupakan permainan konsol video pertama di dunia.

Baer juga amat dikenali sebagai "Bapa Permainan Video" merupakan orang pertama yang membuat sistem penukaran isyarat elektronik menjadi gambar pada skrin televisyen melalui corak raster atau apa yang kita kenali sekarang sebagai permainan video.

Magnavox Odyssey asalnya menampilkan beberapa permainan yang mudah seperti permainan mengejar, dam dan permainan menembak menggunakan peranti senapang elektronik.

Sistem ini dilengkapi dengan dua pengawal paddle serta beberapa aksesori lain. Ia adalah suatu kejayaan yang besar kerana Magnavox Odyssey telah terjual lebih 700,000 unit dalam tiga tahun pertama pengeluarannya.

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

Sebagai permainan video yang sangat laris terjual pada waktu itu telah menampakkan wujudnya saingan baru.

Walaupun populariti mereka kian melonjak, namun ada orang lain yang tidak lama kemudian mula membangunkan sistem yang baru.

Nolan Bushnell dan Ted Dabney tealh mencipta Atari Computers pada tahun 1972 dan pada tahun 1975, Atari mengeluarkan permainan video rumah, yang dikenali sebagai Pong.

Pong telah membawa kepada perubahan yang sangat besar dalam populariti permainan video.

Tidak lupa juga pada kanak-kanak generasi 80an yang berpeluang bermain permainan video yang mempunyai warna iaitu Nintendo Entertainment System.

Mula dikeluarkan dan dipasarkan pada 15 Julai 1983, Nintendo Entertainment System (NES) adalah konsol permainan video 8-bit yang dikeluarkan oleh Nintendo untuk pasaran di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Asia, Oceania dan Afrika.

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

NES adalah konsol permainan video rumah pertama di Nintendo yang dikeluarkan di luar Jepun.

Di Jepun, ia dikenali sebagai "Family Computer" atau singkatannya disebut Famicom dan telah terjual sebanyak 61.91 juta unit di seluruh dunia.

NES membantu menghidupkan semula industri permainan video berikutan berlakunya kemalangan pada permainan video pada tahun 1983 dan ia telah menetapkan piawaian untuk konsol berikutnya dalam segala hal dari reka bentuk permainan sehingga tatacara dan amalan perniagaan.

The NES adalah konsol pertama yang mana terbuka untuk mengutuk pemaju pihak ketiga yang membangunkan NES.

Sejak lewat tahun 90an banyak jenis permainan video dan konsol telah wujud dengan sistem terkini.

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

Pada masa ini, Microsoft Xbox dan Sony Playstation tetap menjadi dua konsol permainan video yang paling popular di dunia.

Manakala kanak-kanak dan orang dewasa juga masih ramai yang menikmati permainan video di komputer dan telefon pintar mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kos Pembikinan Video-video Game Terkenal

sumber: iluminasi

Sunday, January 14, 2018

16 Fakta Menarik Tentang Sabun Mandi

16 Fakta Menarik Tentang Sabun Mandi

Pengguna sabun sememangnya boleh melindungi diri daripada bakteria dengan mencuci tangan bersama kemudian lap dengan tuala bersih, selain mencuci permainan kanak-kanak dengan kerap serta mendidik anak mengenai cara mencuci tangan dengan betul.

16 Fakta Menarik Tentang Sabun Mandi

Berikut kami kongsikan buat pembaca beberapa fakta yang sangat menarik tentang sabun mandi.

1. Perkataan 'soap' atau sabun diambil dari bahasa latin iaitu 'sapo' yang merupakan nama sebuah gunung dalam mitos romawi kuno.

2. Pada tahun 2008, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menetapkan bahawa 15 Oktober setiap tahun sebagai Hari Mencuci Tangan Sedunia.

3. Pada tahun 1688, King Louis XIV dari Perancis telah menandatangani perjanjian dengan pengusaha sabun yang dikenali dengan nama 'Colbert's Edict'. Dalam perjanjian tersebut menyatakan bahawa pembuat sabun mesti menghasilkan sabun dengan minyak zaitun asli sahaja.

4. King Louis XIV juga pernah menghukum mati tiga orang pembuat sabun kerana membuatkan kulitnya menggelupas. Takut ditimpa nasib malang yang sama, beberapa pembuat sabun berusaha lebih serius untuk mencipta sabun berkualiti baik.

5. Ada tiga cara proses pembuatan sabun. Pertama, proses pemanasan, proses pendinginan dan yang terakhir adalah proses pelelehan.

Proses pelelehan sabun juga disebut sebagai proses penuangan kemudian dicetak ke dalam bentuk tertentu.

Setiap proses melibatkan beberapa jenis sabun dalam pembuatannya. Inilah yang membezakan antara produk sabun buatan sendiri dan sabun buatan makmal di kilang.

6. Proses pembuatan sabun dikenal sebagai ‘saponifikasi’. Proses ini merupakan penyampuran minyak tumbuhan dan lemak sebagai bahan dasar. Campuran tersebut kemudian ditambahkan ke dalam garam asam lemak.

7. Terdapat perbezaan yang signifikan pada bahan yang digunakan dalam sabun komersial dan sabun buatan sendiri.

Dalam pembuatannya, sabun komersial menggunakan haiwan dan minyak keras. Manakala sabun buatan sendiri biasanya dibuat menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti gliserin.

Maka tidak hairanlah jika sabun buatan sendiri jauh lebih lembut di kulit jika dibandingkan dengan sabun komersial atau buatan kilang.

8. Kenapa sabun berbuih? Ini kerana sabun memiliki kandungan sulfat atau sulfit. Jika sabun tertentu memiliki lebih sulfat, maka sabun tersebut berbuih lebih banyak.

9. Sabun tersedia dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan harian. Sabun biasanya dikemas dalam bentuk gel, cecair, krim dan buku.

10. Ada dua alasan penting mengapa sabun boleh menyebabkan mata iritasi atau terbakar. Biasanya, sabun yang mengandungi dua bahan kimia yang menyebabkan terbakar.

Yang pertama adalah Lye iaitu sejenis bahan kimia yang menyebabkan mata iritasi. Dan yang kedua adalah molekul lemak yang menyebabkan sensasi terbakar di mata.

11. Penggunaan sabun biasanya bergantung pada jenis sabun yang anda gunakan. Jika kulit berminyak atau sensitif, gunakanlah jenis sabun khas.

12. Sabun pertama kali digunakan dalam industri tekstil. Dalam perkembangannya, sabun kemudian digunakan dalam industri perubatan. Secara perlahan-lahan sabun mula diterima oleh masyarakat.

13. Sabun gliserin sangat popular digunakan untuk mandi namun, tahukah anda bahawa nama ini berasal dari proses kimia yang menggunakan alkohol untuk tujuan proses penjernihan.

14. Sabun biasa sebenarnya sudah cukup bagus untuk membunuh pelbagai jenis virus. Sedangkan mitos yang berkembang menyatakan bahawa sabun antibakteria hanya diperlukan untuk membunuh kuman. Padahal, sabun juga mampu mencegah penyebaran virus.

15. Sabun yang digunakan untuk mencuci tangan boleh membantu mencegah demam dan flu.

16. Sabun Buku buatan kilang sebenarnya merupakan deterjen sintetik. Berhati-hatilah ketika anda membeli sabun jenis ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Wanita Mengandung Mengidam Makan Sabun

-SENTIASAPANAS.COM