Thursday, April 17, 2014

Video Rakaman ‘Kereta Berhantu’ Di Rusia

Video Rakaman ‘Kereta Berhantu’ Di Rusia

Sebuah video yang dikatakan memperlihatkan sebuah kereta berhantu kini menjadi viral di media sosial. Rakaman yang dimuatnaik di YouTube ini menunjukkan kejadian di jalanraya Rusia di mana sebuah kereta tiba-tiba muncul secara misteri lalu meluncur laju secara terus di persimpangan lampu isyarat yang sibuk.

Misteri Kereta Hantu

Apa yang menakjubkan, tidak ada kereta yang terlanggar kereta tersebut sedangkan ia berada di laluan yang salah kecuali sebuah BMW yang hampir merempuhnya namun berhenti tepat pada masa.

Wanita yang merakam iaitu penumpang kereta di belakang BMW tersebut dapat didengar menjerit ketakutan melihat perkara ini.

Walaupun ada yang mendakwa ada penjelasan bagaimana kenderaan dalam rakaman ini tiba-tiba muncul namun ramai juga mengakui terkejut dan berasa seram menyaksikannya lalu berkongsi video ini hingga ia mendapat tontonan lebih sejuta kali.

Sesudah menyaksikan video di atas dapatkah anda fikirkan dari mana kereta misteri itu datang?

Semoga memberi manfaat.



BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Thursday, April 10, 2014

10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia!

10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia!

Kita biasa mendengar kisah-kisah rumah berhantu, istana berhantu, kapal berhantu dan sebagainya, tetapi kali ini kami akan bawakan kepada anda kisah-kisah kereta api yang dikatakan berhantu.

Sesetengah daripada stesen ini dikatakan dibina berhampiran dengan tanah perkuburan, jadi kemungkinan ada elemen seram di situ.

1. Stesen Waterfront
Kanada

Waterfront Station Canada

Stesen ini terletak di Gastown, Vancouver dan masih digunakan sejak ia mula dibina pada tahun 1915. Namun, ia dikatakan sebagai salah satu bangunan paling berhantu di bandar tersebut.

Seorang pengawal keselamatan pernah melihat seorang wanita sedang menari-nari dengan iringan muzik pada tahun 1920an. Ketika dia mendekati wanita tersebut, tiba-tiba sahaja wanita tersebut hilang dan muzik terhenti.

Seorang lagi pengawal keselamatan pernah terserampak hantu seorang wanita tua yang datang kepadanya namun kali ini pengawal itu pula yang melarikan diri.

Malah, pernah juga berlaku kejadian misteri apabila meja-meja dipejabat yang tersusun dengan sendiri dan menghalang pengawal keselamatan daripada keluar dari biliknya.

2. Stesen Kereta Api Glen Eden
New Zealand

Glen Eden Station New Zealand

Stesen ini terletak di Auckland Barat ialah sebuah stesen yang mempunyai kaitan dengan tanah perkuburan kerana pembinaannya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada Tanah Perkuburan Waikumete. Ia digunakan untuk membawa mayat-mayat serta keluarga mereka ke kawasan perkuburan berdekatan pada hari ahad.

Kafe yang baru dibuka di stesen itu pada tahun 2001 menyaksikan para pekerja melihat kelibat hantu yang kisahnya sudah diketahui umum.

Kisah ini adalah tentang seorang pekerja stesen kereta api bernama Alec MacFarlane yang terbunuh pada 11 Januari 1924 ketika satu cangkuk dari beg surat dari sebuah kereta api sedang bergerak telah terlekat di antar kedua matanya.

Mereka mempercayai yang Alec ialah hantu tersebut dengan janggut berwarna kelabu.

3. Stesen Metro Panteones
Mexico

Panteones Metro Station, Mexico

Stesen di Line 2 yang menyambungkan Mexico City mempunyai pelbagai cerita menarik. Namanya itu membawa maksud 'tanah perkuburan' kerana ia dibina berdekatan dengan dua tanah perkuburan lama.

Dalam terowong di antara Panteones dan Tacuba, kelibat hantu dikatakan akan mengetuk dinding pada waktu malam.

Terdapat juga sebuah video menunjukkan para jurutera kereta api di situ terdengar jeritan yang kuat di sepanjang trek kereta api. Dalam video tersebut, jeritan itu boleh didengar pada saat ke 22, 55 dan 58. Jeritan itu sebenarnya seringkali didengar terutamanya apabila stesen itu ditutup pada waktu malam.

4. Stesen Kereta Api Macquarie Fields
Australia

Macquarie Fields Train Station, Australia

Stesen kereta api pinggir bandar ini terletak di New South Wales, Australia dan pada dasarnya ialah sebuah stesen yang senyap dan menyenangkan. Namun, biasanya pada lewat malam, kelibat hantu remaja perempuan akan berlegar-legar di stesen itu dan kelibatnya pernah dilihat oleh orang ramai.

Dia akan berjalan sambil menjerit-jerit yang mana jeritannya akan menjadi semakin kuat. Dia berpakaian dalam pakaian menari dengan dadanya dipenuhi darah. Dia juga akan duduk di stesen itu sambil memandang ke depannya dan akan mengeluh dan mengeluarkan pelbagai bunyi.

Stesen itu turut mendapat perhatian pihak Ghost Haunting Australia yang berjaya mengambil gambar kelibat yang memerhatikan mereka.

5. Stesen MRT Bishan
Singapura

Bishan MRT Station, Singapore

Sebenarnya terdapat beberapa buah stesen MRT di Singapura yang dikatakan berhantu, namun stesen ini adalah yang paling terkenal dengan kisah hantu. Ia dibina di bekas tapak tanah perkuburan Bi Shan Teng, kisah-kisah mengenai hantu mula kdengaran sejak ia mula dibuka pada tahun 1987.

Satu lagi stesen berdekatan, Novena turut dibina ditapak perkuburan dan juga telah keluar dengan cerita-cerita hantu sejak ia mula dibuka. Seorang wanita yang sedang meninggalkan kereta api pada tahun 1990an telah pitam dan apabila ia sedar, dia memberitahu bahawa dia telah ditarik oleh tangan yang tidak kelihatan ketika ingin keluar dari kereta api itu.

Para pekerja di stesen itu pula pernah menyaksikan pembawa keranda berjalan-jalan di trek stesen tersebut. Ada yang ternampak kelibat orang yang tidak mempunyai kepala, penumpang hantu dan sebagainya di sekitar kawasan stesen tersebut.

Turut tidak ketinggalan menambahkan misteri ialah orang ramai yang menaiki kereta api turut mendengar bunyi orang berjalan-jalan di atas bumbung kereta api yang sedang bergerak.

6. Stesen Kereta Api Begunkodor
India

Begunkodor Train Station, India

Begunkodor ialah sebuah kampung kecil kira-kira 161 batu dari ibu negeri Bengal Barat, Calcutta. Penduduk tempatan sukar bergerak ke mana-mana sejak stesen tersebut ditinggalkan lebih 42 tahun lamanya sejak seorang pekerja stesen mendakwa ternampak hantu di situ dan dia kemudiannya mati tidak lama kemudian.

Hantu yang dikatakan seperti seorang wanita memakai sari itu telah menghantui stesen tersebut dipercyai adalah seorang wanita yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah kereta api. Adakalanya dia dilihat menari-nari di kawasan platform.

Stesen ini dibuka semula pada tahun 2009 namun sehingga kini tiada pula laporan sesiapa menyaksikan kelibat wanita itu berada di situ.

7. Stesen Kereta Api Bawah Tanah Caobao
China

Stesen Kereta Api Bawah Tanah Caobao

Stesen di Line 1 di sistem kereta api bawah tanah Shanghai mempunyai reputasi yang menggerunkan. Terdapat 9 kes kematian yang misteri di situ. Manakala kereta api pula selalu mengalami kerosakan selain kelibat hantu yang dikatakan dilihat di situ selain kisah penumpang yang dikatakan ditarik dari platform oleh tangan yang bukan tangan manusia.

Seorang gadis memakai baju berwarna merah pernah dilihat di situ selepas dia membunuh diri dengan hanya duduk di kerusi platform di situ.

Manakala suara wanita ketawa kedengaran dalam kegelapan trek kereta api tersebut pada waktu malam ketika tidak ada sesiapa pun di situ.

Salah satu kisah yang paling menggerunkan ialah seorang pengguna telah jatuh dari platform yang menurut saksi, mendakwa ternampak 'sesuatu' menolaknya jatuh.

8. Stesen Kereta Api Addiscombe
England

Addiscombe Railway Station, England

Persekitaran kawasan stesen ini dilanda demam hantu sebelum ia dirobohkan pada tahun 2001 untuk membina tram. Seorang pemandu kereta api terbunuh pada awal tahun 1900an dan mungkin dialah yang ditemui di situ dengan kelibat yang agak kabur dalam pakaian warna kelabu. Dia seringkali ditemui berada di kawasan boiler air yang pernah meletup dan mengorbankan pekerja di situ.

Sejak meruntuhkan stesen tersebut, kelibat yang sama masih dapat dilihat dimana dia kelihatan memandang dari jauh di belakang pagar berdekatan Jalan Capri.

Mungkinkah juga dia adalah orang yang bertanggungjawab menggerakkan kereta api di tengah malam di saat-saat semua pekerja sudah pulang.

9. Stesen Kereta Api Connolly
Ireland

Connolly Station, Ireland

Stesen Connolly adalah salah satu daripada stesen kereta api terbesar di Ireland tapi telah di bom dalam satu serangan semasa perang dunia kedua berdekatan Jalan North Strand pada tahun 1941.

Sejak itu, bangunan tersebut menjadi tumpuan orang ramai melihat kelibat para askar dan pernah juga pihak Irish Ghost Hunters menjadikannya subjek untuk dikaji kisah misterinya.

Kononnya, askar memakai baju berwarna kelabu akan berjalan di platform stesen tersebut. Manakala seorang pengawal keselamatan di situ pernah melihat dua susuk tubuh berpakaian tentera melalui kamera pengawasan tetapi apabila dia berkejar ke tempat tersebut, dua kelibat tersebut telah pun hilang.

10. Stesen Kereta Api Union
Amerika Syarikat

Union Station Pheonix USA

Stesen yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat ini pernah menjadi stesen paling penting di bandar tersebut sehingga tahun 1950an. Namun, ianya ditutup sejak tahun 1995 oleh Amtrak dan selepas itu hanya digunakan sekali sekala untuk kereta api pelancong dan seumpamanya.

Stesen itu kini menjadi pejabat beberapa syarikat dan pekerja-pekerja di syarikat inilah yang pernah melihat kelibat hantu 'Fred'. Nama itu diberi oleh pengurus, Dudley Weldon kerana ia tiba-tiba tercetus di kepalanya.

Dia serta ramai lagi pekerja lain pernah melihat kelibat seseorang di bahagian loteng yang mereka percaya diduduki oleh Fred.

Terdapat juga sebuah pintu berat yang akan tertutup dan terbuka dengan sendirinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Thursday, April 03, 2014

Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!

Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!

Selfie atau mengambil gambar sendiri kini menjadi kegemaran semua orang tanpa mengira usia, di seluruh dunia.

Selfie

Tapi siapa sangka, trend ini turut diikut oleh ‘makhluk lain‘. Tak percaya?

Saksikan gambar di bawah dan penerangannya:

Selfie

Beberapa bulan lalu sepupu kepada kawan saya membeli sebuah telefon bimbit baru. Satu hari selepas balik kerja dia meletakkan telefon tersebut di atas meja lalu mula menonton televisyen.

Anaknya datang lalu meminta untuk bermain dengan telefon bimbit tersebut. Dia membenarkan dengan syarat jangan menelefon sesiapa atau membuka mesej.

Sekitar 11.20 malam dia mula berasa mengantuk lalu ke bilik anaknya untuk memeriksa, dan anaknya tiada di situ.

Rupa-rupanya si anak tertidur dalam biliknya dengan telefon masih di tangan. Dia mula memeriksa jika ada perubahan dilakukan anaknya pada telefon bimbit.

Didapati, hanya perubahan kecil dilakukan seperti menukar gambar latar. Seterusnya dia membuka bahagian ‘Pictures’ dan mula memadam gambar-gambar yang diambil. Hinggalah apabila tiba di gambar terakhir, dia tersentak…

Gambar itu menunjukkan anaknya sedang tidur di atas katil tetapi diambil oleh ‘orang lain’. Separuh daripada wajah pengambil dapat dilihat dan menyerupai wajah perempuan tua!

Seram tak?

Kewujudan makhluk selain manusia memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Tapi sama ada gambar dan cerita di atas benar, Wallahu’alam.

BACA INI JUGA: Gambar ‘Selfie’ Pertama Di Dunia!

Sumber: Mynewshub

Monday, January 13, 2014

Kisah Benar Penumpang Misteri Van Jenazah!

Kisah Benar Penumpang Misteri Van Jenazah!

Van jenazah dipandu Epin menderu laju meninggalkan Felda Tenggaroh 1, menghala ke bandar Kota Tinggi pada 2 September 2013, kira-kira jam 3.30 pagi.

Hantu van jenazah

Selepas menghantar jenazah ke Felda tersebut, Epin mahu segera pulang ke rumahnya yang terletak di bandar Kota Tinggi, Johor.

Perjalanan pulang pagi itu agak sepi. Tidak banyak kenderaan yang melalui jalan di antara Johor Bahru ke Mersing.

Hanya sesekali van jenazah dipandu Epin berselisih dengan kereta atau lori-lori kenderaan berat.

Setengah jam memandu seorang diri dalam keadaan bosan, tiba-tiba Epin dikejutkan dengan deringan telefon. Cepat-cepat dia menjawab panggilan daripada isterinya itu.

"Abang kat mana? Balik tak?", tanya isterinya.

"Dah hantar jenazah. Ni on the way balik," jawab Epin lalu menamatkan perbualan.

Tapi, sebaik telefonnya diletakkan di kerusi sebelah dan melalui sebuah selekoh tajam di kilometer 46.5, tiba-tiba Epin tergamam.

Manakan tidak. Di depannya kelihatan sebuah kenderaan berada di laluan bertentangan selepas hilang kawalan. Kenederaan itu bergerak ke kiri dan ke kanan sebelum berpusing-pusing beberapa kali.

Sepantas kilat kaki Epin menekan brek. Serentak tangannya menyentap stereng ke sebelah kiri, mengelak dari bertembung kenderaan tadi. Bunyi tayar menjerit mencengkam jalan.

STREEETTTTT.... DAMMM!

Suasana sunyi sepi. Badan Epin menggeletar. Jantungnya berdenyut kencang.

Akibat cuba mengelak kenderaan tadi, van jenazah dipandunya terbabas ke kiri sebelum melanggar penghadang jalan.

Bila keadaan sudah tenang, Epin cepat-cepat keluar dari van jenazah tersebut. Baru dia tahu rupanya, van jenazahnya sudah tersadai di atas pembahagi jalan.

Epin meninjau keadaan sekeliling mencari kenderaan yang terbabas tadi.

Tapi, Epin pelik. Kereta yang terbabas dan hampir melanggar van jenazahnya tiada di situ! Yang ada hanya van jenazahnya saja.

""Pelik. Mana pula perginya kereta tadi?", soalnya hairan sebab yakin kenderaan itu betul-betul terbabas dan mereka hampir berlanggar.

Disebabkan van tidak boleh bergerak dan handphonenya tercampak ketika kemalangan, Epin gagal menghubungi sesiapa untuk meminta bantuan.

Epin berdiri di tepi jalan. Niatnya mahu meminta bantuan daripada pengguna jalan raya yang lain.

Tapi, selepas hampir 20 minit menunggu, sekali lagi Epin terasa pelik.

Hampir 20 buah kenderaan telah melalui kawasan itu dan sudah hampir 10 buah kereta ditahan tapi peliknya tiada sebuah pun yang sudi berhenti menghulur bantuan.

Lebih pelik, semua kenderaan itu berlalu begitu sahaja seolah-olah langsung tidak nampak kemalangan yang berlaku.

"Mustahil tak nampak. Tepi jalan saja. Biasanya kalau ada kemalangan, mesti kereta slow. Ini semuanya laju. Tak nampak ke?", bisiknya dalam hati.

Akhirnya selepas 20 minit, sebuah kereta berhenti dan bertanyakan kemalangan yang berlaku. Pantas Epin meminjam telefon pemandu tersebut lalu menghubungi rakannya meminta bantuan.

Setengah jam kemudian, rakannya tiba bersama trak penunda. Sebelum van jenazah ditunda, pemandu trak merakam gambar van tersebut terlebih dahulu.

Gambar itu dirakam sebagai bukti van tersebut terlibat kemalangan apabila pihaknya mahu menuntut insuran nanti.

Dua hari kemudian, Epin terima panggilan daripada pemandu trak penunda tersebut.

"Epin...dah tengok gambar van accident tu? Ada benda dekat van tu", beritahu lelaki tersebut melalui telefon.

Lantas tanpa berlengah, lelaki tadi menghantar gambar dirakamnya ke telefon bimbit Epin. Sebaik melihatnya, Epin terkejut.

Gambar itu menunjukkan ada rambut panjang mengurai keluar melalui cermin belakang van tersebut.

"Hiss... rambut siapa pula? Macam mana boleh ada", bisik hati Epin tertanya-tanya.

Lagipun dia yakin ketika meninjau keadaan van bersama rakan-rakan yang datang membantu, tiada siapa yang perasan kemunculan rambut tersebut.

Selepas melihat gambar itu, Epin mula percaya. Dia yakin, kelibat kereta terbabas dan hampir melanggarnya bukanlah kereta sebenar seperti disangkanya. Sebab itu, 'kereta' tersebut ghaib begitu sahaja.

Sebaliknya, apa yang berlaku disebabkan ada 'sesuatu' yang aneh mengganggu perjalanannya selepas menghantar jenazah.

Lagipun, kalau hendak kata dia mamai, berkhayal atau mengantuk, agak mustahil. Sebabnya, dia baru sahaja bercakap dengan isterinya.

Satu lagi, Epin juga teringat kejadian pelik yang berlaku sebelum dia mengambil jenazah di hospital sebelum kejadian.

Apabila tiba di hospital, Epin terus masuk untuk uruskan dokumentasi menuntut jenazah.

Misteri penumpang van jenazah
Gambar hiasan.

Sebaik selesai dan berjalan ke bilik mayat, salah seorang rakannya yang bertugas sebagai kakitangan hospital malam itu menegurnya.

"Abang, kenapa van ni bau busuk sangat?"

Busuk? Apa yang busuknya? Epin jadi pelik mendengar pertanyaan rakannya. Bila masa pula vannya berbau busuk?

Dia datang ke hospital dengan van itu dan tidak pula dia terhidu sebarang bau busuk atau kurang menyenangkan ketika memandu tadi.

Dek perasan ingin tahu, Epin terus pergi ke vannya. Memang betul, sebaik mukanya dijengah ke dalam van, serta-merta bau busuk menerpa hidungnya.

Fuhh! Bau itu begitu busuk hingga tekak terasa loya. Bagi Epin, baunya seperti nasi basi yang ditinggalkan terperap semalaman dalam kereta.

Mulanya Epin cuba mencari bau tersebut, tapi selepas puas selongkar, dia sendiri tidak pasti dari mana bau itu muncul.

Tapi, apa yang membuatkan Epin lebih pelik, selepas van jenazahnya terlibat dalam kemalangan, serta-merta bau busuk tadi juga hilang.

Bila teringat semua kejadian tersebut, Epin mula tertanya-tanya. Adakah bau busuk seperti nasi basi itu sebenarnya datang daripada makhluk yang menumpang vannya sehingga gambar rambut makhluk itu berjaya dirakam?

Atau, adakah angkara makhluk itu juga, dia terlibat kemalangan?

*Epin dalam cerita di atas ialah Khairul Ariffin Harun, salah seorang pemandu van jenazah di Pejabat Agama Kota Tinggi, Johor.

BACA INI JUGA: Misteri Manusia Bercahaya, Lady of Fatima

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, January 05, 2014

Video Rakaman CCTV Jin Jilat Makanan!

Video Rakaman CCTV Jin Jilat Makanan!

Tak dapat dipastikan apakah objek hitam yang berterbangan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ini yang kini menjadi viral di laman Facebook.

Jin jilat makanan

Menerusi video berdurasi 40 saat itu dapat dilihat objek itu pergi ke arah meja makan dan kemudiannya menjilat makanan yang terdedah di situ.

Memetik komen yang ada di status itu, memang terdapat kebenaran daripada ulama yang makanan dibiarkan terdedah akan dijilat oleh jin.

Sebab itulah, segala makanan harus disimpan dengan sebaik mungkin dalam bekas tertutup atau pun ditutupi dengan tudung saji.

Ini sekali gus menghindarkan lalat dan serangga daripada menghinggapi makanan dan mengelakkan makanan itu daripada tercemar.

Wallahu a'lam.




BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Saturday, December 28, 2013

Kisah Benar Di Ganggu Tetamu Misteri Di Banglo Lama!

Kisah Benar Di Ganggu Tetamu Misteri Di Banglo Lama!

Beberapa tahun lalu, semasa menjalani latihan industri di sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, saya disediakan sebuah rumah banglo besar di sebuah bandar kecil di Melbourne, Australia.

Haunted mansion

Banglo konkrit berbentuk klasik ini terletak agak jauh daripada rumah-rumah lain. Suasana sunyi sepi. Saya teruja untuk memulakan kehidupan baru walaupun hanya sebuah bandar kecil.

Setiap hari saya menghabiskan masa yang sangat panjang berada di pejabat menyiapkan tugas-tugas penting dan apabila tiba di rumah saya betul-betul letih dan lesu.

Biasanya, selepas balik kerja, saya akan terus mandi dan berbaring di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen sebelum bergerak ke bilik tidur.

Pada suatu malam, saya telah tertidur akibat terlalu letih. Malam itulah saya bermimpi yang sungguh aneh. Dalam mimpi itu saya melihat ada suatu lembaga aneh sedang asyik memerhatikan saya tidur.

Hantu di hujung katil
Lembaga itu betul-betul berdiri berdekatan kaki katil.

Lembaga aneh itu bersandar pada saya dengan wajah yang sangat marah. Wajah lembaga itu kelihatan seperti seorang lelaki tua yang sedang marah.

Matanya merenung tajam ke arah saya seolah-olah tidak berpuas hati. Renungan tajam itu membuatkan saya berasa amat takut lantas terjaga.

Perasaan saya mula bercampur-baur. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah banglo lama itu. Perasaan saya tidak keruan. Sukar hendak diceritakan.

Pada malam ketiga menginap di rumah banglo itu, tiba-tiba suhu bilik jatuh ke paras yang sangat rendah.

Saya terjaga kesejukan sampai menggigil. Lebih memeranjatkan, saya terbatuk-batuk dan keluar wap semasa bernafas.

Pelik, mengapa suhu bilik tidur saya terlalu sejuk? Adakah suhu sejuk ini datang dari luar? Saya tertanya-tanya sendirian.

Saya mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa tiba-tiba saja rasa sejuk sampai tahap berais di dalam bilik tidur saya?

Sekonyong-konyong, dari sudut penjuru meja bar, saya terlihat lembaga berkabus yang sedang bergerak beralun, perlahan-lahan melepasi bilik tidur saya. Saya menggosok-gosok mata untuk memastikan bukan bermimpi. Apakah objek aneh itu?

Hantu kabus
Kabus itu bergerak-gerak, beralun-alaun sekitar bilik.

Saya cuba bangun perlahan-lahan sambil menggigil kesejukan. Saya melihat kabus tersebut masih bergerak-gerak, beralun-alun. Saya memberanikan diri berjalan ke hadapan sedikit untuk melihat apakah sebenarnya yang sedang berlaku.

Saya cuba mengekori pergerakan lembaga berkabus itu. Tapi sebaik saya membuka pintu utama dihadapan rumah, kabus itu terus hilang.

Paling memeranjatkan saya, udara di luar rumah panas tapi mengapa dalam rumah bilik tidur sejuk menggila? Saya periksa suis air cond tapi tidak dibuka. Keanehan itu terus menghantui saya.

Seminggu sudah berlalu. Macam biasa balik rumah saya terus masuk ke bilik tidur. Tapi, petang itu sebelum melelapkan mata, saya terdengar bunyi tapak kaki persis seperti ada orang sedang berjalan.

TAP! TAP! TAP!

Bunyi asing itu datangnya dari arah ruang tamu. Tikus? Soal saya sendirian. Tiba-tiba bunyi derap tapak kaki itu hilang. Saya cuba tenangkan hati dan merancang untuk memanggil pembasmi tikus keesokkan hari.

Lalu, saya bangun menuju ke dapur untuk mengambil air minuman. Semasa berjalan di lorong kecil menuju ke dapur, saya terus mematikan langkah.

Saya terkejut besar. Saya ternampak ada sesuatu sedang berdiri di hujung lorong sempit itu. Kelibatnya hitam dan besar. Dada saya mula berdebar-debar. Mujurlah objek itu menghilang daripada pandangan.

Hantu kabus
Ada sesuatu sedang berdiri dihujung sempit itu.

Saya terus memberanikan diri terus berjalan ke ruang tamu cuba mencari objek hitam tadi tapi puas melilau memerhatikan ia tidak kelihatan di mana-mana.

Banglo ini memang tidak banyak perabot jadi tiada tempat boleh bersembunyi. Tapi setelah disiasat memang tiada sesiapa pun berada dalam banglo ketika itu kecuali saya seorang.

Setelah mengalami gangguan menyeramkan sejak seminggu tinggal disitu, saya semakin tidak selesa. Apa yang telah berlaku dalam banglo lama ini?

Saya pula tidak bermimpi atau mengalami halusinasi. Saya pasti lembaga besar, hitam berkilat yang saya lihat tadi benar-benar menyerupai seorang lelaki.

Saya berasa bingung. Siapa patut saya tanya dan apa yang patut saya buat untuk mengatasi gangguan mistik ini?

Saya biarkan saja kejadian pelik ini berlalu. Tapi beberapa malam kemudian saya kembali mengalami mimpi ngeri.

Ketika itu saya merasakan ada seorang sedang memerhatikan dan jantung saya berdegup kencang sehinggalah saya terbangun daripada tidur.

Sebaik terjaga, perasaan saya kuat menyuruh agar saya ke bahagian kanan bilik tidur. Tiba-tiba saya terpandang satu lembaga hitam legam lagi besar menyerupai tubuh seorang lelaki. Lembaga itu betul-betuk berdiri berdekatan kaki katil.

Saya tidak mampu bergerak sedangkan lembaga tersebut semakin menghampiri saya. Ketika itulah saya berasa sangat takut sehingga tidak mampu membuka mulut kecuali terus berdoa supaya terselamat sambil menggigil ketakutan.

Nasib baiklah tiba-tiba terpancar cahaya yang datang dari arah bilik mandi. Mungkin itu cahaya dari kenderaan orang yang memandu melepasi banglo yang saya diami.

Tapi, setelah cahaya itu muncul, lembaga hitam legam itu hilang melalui pintu bilik tidur berhampiran. Apakah lembaga yang saya lihat tadi? Hantu?

Saya tidak pernah percaya aktiviti paranormal dan saya beranggapan bahawa hantu hanyalah khayalan imaginasi manusia. Namun, saya tidak berminat hendak mengkaji apakah jenis makhluk aneh yang menghantui banglo lama itu.

Pada masa yang sama, saya tidak sanggup lagi untuk terus menunggu. Entah apa lagi insiden yang bakal berlaku.

Biarlah saya yang meninggalkan banglo ini. Saya membuat keputusan berpindah ke rumah lain.

Kiriman: Amir Shafuan dari Melbourne, Australia.

*Gambar-gambar diatas adalah hiasan semata-mata.

BACA INI JUGA: Hotel Berhantu Paling Seram Di Amerika

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 23, 2013

10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia

10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia

Setiap negara di seluruh dunia ada kisah hantu paling seram yang tersendiri. Cerita-cerita seram ini biasanya dibawa dari mulut ke mulut.

Hantu paling seram yang pernah kita dengar seperti langsuir, pontianak dan sebagainya, tetapi bagaimana di negara-negara luar? Adakah hantu paling seram bagi mereka?

Jom kita lihat 10 hantu paling seram di serantau dunia.

Zombie

Zombie

Zombie adalah mayat yang bangkit dari alam kubur. Rupanya amat mengerikan dengan tubuh yang tidak sempurna, badan dipenuhi darah dan organ-organ badan tidak mencukupi.

Zombie amat laparkan daging benda-benda hidup termasuklah manusia dan haiwan. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit.

Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran zombie akan turut bertukar menjadi zombie.

Aswang

Aswang

Hantu paling seram berasal dari Filipina. Pada siang hari, ia berbentuk manusia yang bersifat pendiam.

Malamnya ia akan bertukar menjadi makhluk yang kejam dan menyeramkan. Aswang amat kuat dan mampu bertukar menjadi beruang raksasa hitam.

Yurei

Yurei

Yurei adalah hantu paling seram di negara Jepun. Berkulit pucat, berambut panjang, berjalan mengambang dan dikelilingi oleh bola-bola api yang dipanggil "Hitodama".

Yurei biasanya hantu yang kembali ke dunia untuk membalas dendam. Sentiasa hauskan darah manusia.

Rugaru

Rugaru

Rugaru pada asalnya adalah manusia normal. Pada usia 30an, tanpa disedari oleh dirinya sendiri, dia telah berubah menjadi Rugaru.

Keadaan tidak normal ketika ingin menjadi rugaru adalah, dia sentiasa berasa lapar dan memakan apa saja dihadapannya.

Hinggalah pada satu ketika hanya daging manusia yang mampu memuaskan nafsu laparnya.

Banshee

Banshee

Banshee berupa wanita tanpa seurat pakaian, rupa yang menyeramkan dan berambut panjang. Banshee adalah lambang kepada kematian. Dia akan muncul dan menangis di belakang orang yang akan meninggal.

Bloody Mary

Bloody Mary

Bloody Mary adalah antara hantu paling seram di dunia barat. Asalnya dia tuduh membunuh anaknya sendiri untuk satu ritual ilmu hitam.

Masyarakat pada ketika itu amat marah kepadanya dan menyeksanya sehingga meninggal dunia. Untuk memanggil hantu Bloody Mary, seru namanya 3 kali dihadapan cermin.

Doppelganger

Doppelganger

Doppelganger adalah hantu paling seram yang mampu mengubah bentuknya menyerupai anda. Bukan setakat rupa dan bentuk badan, malah ia mampu meniru pakaian yang sedang anda pakai dan tingkah laku anda.

Kononya, jika anda melihat Doppelganger, bermakna waktu kematian anda sudah hampir tiba.

Wendigo

Wendigo

Kisah Wendigo berasal dari Amerika Syarikat. Makhluk ini tinggi, besar, mempunyai taring dan mempunyai rupa seperti serigala.

Kehidupannya adalah di kawasan pergunungan dan hutan. Ia perlu memakan daging manusia untuk hidup lebih lama.

Incubus

Incubus

Mempunyai wajah yang menyeramkan, bertanduk dan bersayap di punggung. Sentiasa muncul di waktu malam dan sasarannya adalah gadis-gadis muda yang sedang lena diulit mimpi.

Setelah menemui sasarannya, Incubus akan mengadakan hubungan kelamin dengan sasarannya secara ghaib bertujuan untuk mengandungkan anaknya.

Apabila mengandungkan anak Incubus, janin di dalam kandungan akan menyebabkan ibu sakit dan lemah secara perlahan-lahan dan seterusnya meninggal dunia.

Apabila si ibu meninggal, maka lahirlah zuriat Incubus di alam ghaib.

Changeling

Changeling

Makhluk yang digelar Changeling ini mampu menyerupai kanak-kanak. Biasanya ia menyerupai kanak-kanak yang anda kenali.

Penyamarannya dari segi rupa boleh dikatakan 100% sama dengan kana-kanak tersebut cuma kelakuannya agak berbeza.

Changeling akan menyerupai kanak-kanak yang anda kenali setelah kanak-kanak itu diculik oleh makhluk ghaib yang lain. Changeling akan terus hidup  dan akan membawa bencana kepada anda.

Nota editor: Semua gambar didalam artikel ini adalah hiasan semata-mata.

BACA INI JUGA: Misteri Lukisan Berhantu 'The Hands Resist Him'

Sumber: buahtopoh

Monday, December 16, 2013

Gempar Penampakan 'Pontianak Kota Kemuning'?!

Gempar Penampakan 'Pontianak Kota Kemuning'?!

Penyebaran imej seorang wanita berambut panjang di sekitar Kota Kemuning, menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat. Imej dalam foto itu kini dikatakan tersebar luas pengguna telefon pintar dan dipercayai dirakam di sebuah kawasan pembinaan sekitar bandar raya ini sebelum diperoleh seorang penduduk.

Pontianak Kota Kemuning

Beberapa penduduk yang melihat gambar itu memberi pelbagai reaksi kerana sehingga kini tidak diketahui siapa merakam imej berkenaan.

Penduduk Shamsudin Daim, 40, berkata, imej dalam foto itu dipercayai dirakam pada waktu siang ketika beberapa pekerja menyiapkan kerja menambak tanah di sebuah tapak pembinaan.

Bagaimanapun, katanya, ketulenan foto itu tidak dapat disahkan kecuali selepas ia dinilai pakar dalam bidang teknologi fotografi atau grafik jika gambar berkenaan menggunakan teknik pertindihan.

“Memang foto imej wanita berambut panjang itu tersebar meluas di sekitar Kota Kemuning. Cuma kita tidak tahu siapa merakamnya. Mungkin ia tulen atau mungkin juga tidak. Hanya pakar dapat menentukannya.

“Namun berdasarkan imej diperoleh, memang tertera imej seorang wanita berambut panjang,” katanya yang tidak mengetahui identiti perakam gambar itu.

Sementara itu, Bilal Surau Al-Hidayah Jalan Kebun Jamal Sanusi, 50, yang turut melihat imej berkenaan berkata, tiada yang mustahil dalam kehidupan manusia, terutama membabitkan sesuatu yang ghaib atau di luar pengetahuan.

“Cuma kita tidak boleh terlalu taksub selagi kita tidak tahu kesahihan gambar berkenaan atau sebaliknya.

“Perkara begini kadangkala boleh menjejaskan akidah kalau kita tidak berhati-hati jika orang ramai mempercayainya bulat-bulat,” katanya.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, September 18, 2013

Top 5 Lukisan Paling Menyeramkan Di Dunia

Top 5 Lukisan Paling Menyeramkan Di Dunia

Lukisan biasanya dibuat dengan unsur seni yang sangat indah sehingga membuatkan harga lukisan tersebut menjadi sangat mahal apabila dijual.

Namun, bagaimana jika lukisan yang dicipta menimbulkan kesan seram dan mengerikan, adakah ada lagi pembeli yang mahu membelinya?

Berikut adalah beberapa lukisan yang sangat menyeramkan di dunia yang pernah dicipta oleh beberapa orang pelukis terkenal;

Heads Severed

Heads Severed

Merupakan lukisan yang di cipta oleh Theodore Gercault. Lukisan ini merupakan lukisan yang paling terkenal dari pelbagai jenis karya seni yang di hasilkannya. Lukisan ini juga terkenal dengan gaya artistik.

Kononnya lukisan yang menggambarkan dua kepala mayat ini terinspirasi dari dirinya yang melihat beberapa organ tubuh manusia di rumah mayat mahupun potongan tubuh manusia di rumah sakit.

Study After Velazquez's Potrait Of Innocent X

Study After Velazquez's Potrait Of Innocent X

Merupakan lukisan yang di cipta oleh seniman terkenal pada abad 20, iaitu Francis Bacon. Gaya lukisannya sangat berani dan memiliki unsur gelap dalam bentuk figura atau tokoh tertentu.

Lukisan ciptaannya terjual dengan harga yang sangat mahal walaupun hanya sebuah kanvas saja. Dalam lukisan ini di gambarkan bahawa paus tersebut sedang termenung dan seperti sedang berbicara.

Bacon menggambarkan bahawa paus ini sedang menjerit.

The Hand's Resist Him

The Hand's Resist Him

Merupakan lukisan yang di cipta oleh Bill Stoneham pada tahun 1972 di Oakland, California. Lukisan ini juga di kenali sebagai lukisan paling menyeramkan di dunia.

Dalam lukisan ini di gambarkan seorang kanak-kanak lelaki dan adik perempuannya dimana seperti ada tangan sedang cuba untuk keluar di balik pintu dengan hanya sebuah kaca rapuh yang menahan kedudukan mereka.

Di katakan bahawa anak kecil pada lukisan ini akan bergerak apabila malam tiba malah saling berkelahi!

The Crying Boy

The Crying Boy

Merupakan lukisan yang di cipta oleh Bruno Amadio. Lukisan ini mengambarkan seorang anak kecil dengan air mata yang mengalir ke pipinya.

Pelukisnya telah mengekspresikan kesedihan mendalam pada lukisan ini, di mana tidak ada seorang pun yang dapat menahan emosinya ketika melihat tangisan anak kecil ini.

Lukisan ini terkenal dengan pelbagai cerita lagenda dimana kebakaran dan kematian menghantui lukisan ini.

Malah, lukisan ini juga terkenal dengan kejadian kebakaran dimana sahaja lukisan ini di pamer atau di simpan.

The Scream

The Scream

Merupakan lukisan yang di cipta oleh Edvard Munch dan merupakan lukisan yang paling terkenal di dunia kerana harganya yang sangat mahal.

Di katakan bahawa sesiapa yang ingin mengkaji tentang lukisan ini akan jatuh sakit dan mengalami tekanan.

Malah di katakan bahawa lukisan ini juga akan membawa malang kepada orang yang menjatuhkan lukisan ini.

Itulah beberapa lukisan paling menyeramkan yang ada di dunia ini.

BACA INI JUGA: Wow! Gambar Sungai Rhein II Dijual USD4.3 Juta!

[Sumber] [Edited by SP]

Sunday, June 30, 2013

Kisah Istana Edinburg Scotland Yang Berhantu

Kisah Istana Edinburg Scotland Yang Berhantu

Istana Edinburgh ini dulunya sebagai tempat mukim bagi keluarga kerajaaan Scotland pada abad ke-12. Namun, Istana Edinburgh sudah dihuni sejak 900 tahun lalu.

Istana Edinburg

Dipetik dari laman rasmi Istana Edinburgh, diceritakan pelbagai pertempuran dan pengepungan terjadi di istana ini.

Ramai keluarga kerajaan hidup dan meninggal di dalam istana ini. Sebuah puisi kuno menceritakan para kesatria gagah berani berpesta di sini sebelum pergi ke medan perang dan mati.

Istana ini menjadi rumah bagi keluarga Kerajaan Scotland, Ratu Margaret menghembuskan nafas terakhirnya di sini pada tahun 1093.

Kemudian Ratu Scotland Mary Queen, ibu dari Raja James VI meninggal tahun 1566. Istana ini menjadi pangkalan tentera pada tahun 1600an.

Pada tahun 2001, beberapa pasukan paranormal pernah mengadakan penelitian tentang keberadaan hantu-hantu di dalam istana.

Anehnya, mereka melaporkan kejadian yang sama dengan cerita masa lalu. Mereka mendapati banyak tokoh penampakan hantu.

Sejak tahun 1996, semua tempat di mana raja-raja bertahta selama beberapa abad lamanya kini dipamerkan.

Di sana pelancong boleh melihat semua rahsia dan harta Kerajaan Scotland yang masih mempunyai nilai seni tinggi.

Ketika memasuki bilik, terlihat ruang dengan sedikit pencahayaan. Istana ini terbahagi kepada 12 bangunan dengan pelbagai fungsi seperti muzium, bilik tarian dan beberapa bangunan yang lain.

Namun siapa sangka, bangunan yang menyeramkan ini menjadi ikon destinasi pelancongan di Scotland dan menjadi tapak warisan budaya dunia UNESCO.

Bangunan istana ini banyak dimanfaatkan untuk peristiwa penting seperti perkahwinan, majlis, lokasi penggambaran dan acara persendirian yang lain.

Ketika melawat ke sana, jangan dilihat dari kisah seramnya saja. Di sana anda boleh mengelilingi kawasan istana. Anda boleh menyaksikan video 3D Map yang menggambarkan seluruh sisi kawasan bangunan.

Jika datang ke sana, perbezaan musim menentukan waktu buka Istana Edinburgh. Jika pada musim panas istana ini buka pada pukul 09.30-5.00 petang. Dan ketika musim salji, dibuka pada dari pukul 09.30-5.00 waktu setempat.

Anda perlu membayar harga tiket dewasa sebanyak 16 Euro. Harga tiket kanak-kanak 9.60 Euro.

BACA INI JUGA: 10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, May 02, 2013

Seram! Video Hantu Dirakam Semasa Acara Karaoke

Seram! Video Hantu Dirakam Semasa Acara Karaoke

Satu lagi video yang menjadi perbincangan hangat dalam rancangan televisyen popular Thailand mengenai video parti karaoke. Tiada apa yang pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di Thailand, tetapi apa yang mengejutkan ialah terdapat hantu dalam video tersebut.

Hantu Karaoke

Sepanjang parti berlangsung, kamera bergerak secara rambang untuk menangkap gambar kesemua tetamu.

Pada masa itu seorang tetamu lelaki duduk di hadapan pintu dan tanpa disedari di sebelahnya terdapat seorang lagi lelaki yang sedang duduk.

Pengacara rancangan televisyen ini turut menceritakan tentang kejadian kemalangan ngeri yang menimpa salah seorang tetamu ketika dalam perjalanan ke parti tersebut sehingga menyebabkan kematian.

Walau bagaimanapun, roh lelaki tersebut tetap mahu menyertai rakan-rakannya. Tiada siapa yang menyedari kehadiran lelaki tersebut sehinggalah video ini diulang tayang.

Rancangan ini juga turut memaparkan gambar kemalangan pemuda yang berlanggar dengan lori pickup ketika menunggang motosikal ke parti tersebut.

Kecederaannya amat serius sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Jika kemalangan ini serta parti tersebut mempunyai kaitan, mungkin lelaki ini tidak sedar bahawa dia telah mati dan tetap menghadirkan diri seperti apa yang dirancang.


Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Saturday, March 16, 2013

Kisah Misteri Kaki Mencari Tuannya

Kisah Misteri Kaki Mencari Tuannya

Sesuatu yang dianggap misteri apabila roh si mati kembali ke rumahnya untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada waris. Kisah seperti ini pernah ditayangkan dalam drama Tanah Kubur. Ia berkisarkan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan dan maut di tempat kejadian.

Misteri kaki mencari tuan
Gambar hiasan.

Tanpa disedari rupa-rupanya terdapat cebisan anggota badannya terlekat di bahagian motosikal. Kemudian si roh datang dan meminta untuk menyempurnakan jasadnya yang masih berbaki lagi.

Maka, kisah di bawah ini pula adalah tentang sepasang kaki yang tiba-tiba muncul di rumah si mati. Apakah mesej yang ingin disampaikan?

Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda.

Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.

Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.

"Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.

"Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu," ujar Hashim.

Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.

Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.

Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin.

Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan.

Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.

Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu.

Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.

"Ya Allah…abang..," tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan.

Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya.

Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah.

Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.

"Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam.

Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.

Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang.

Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim.

Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham.

Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.

Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam.

Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.

"Kucing agaknya," bisik hati Zaoyah.

Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh.

Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.

"Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada.

"Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya.

Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.

"Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya.

Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?

Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda, sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?

Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak.

Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.

Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya.

Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut.

Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya.

Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.

"Ya Allah, abang Hashim…" bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya.

Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai baru tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya.

Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku.

Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.

Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah.

Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.

"Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Zaoyah sedih.

"Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi.

Tok Imam memikir-mikir sebentar.

"Ada yang tak kena ni Yah," ujar Tok Imam.

Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam.

Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.

"Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang.

Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.

"Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam.

Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.

"Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahu a'lam," ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.

Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.

Wallahu a'lam

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Lembaga Dengan Lidah Terjelir Terakam Di Telefon

Lembaga Dengan Lidah Terjelir Terakam Di Telefon

Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, hujung tahun 2012 lalu.

Lembaga Lidah Terjelir

Musa (tengah) dan Abu Bakar(kiri) menunjukkan kedudukan imej lembaga hantu yang dirakam secara tidak sengaja.
Gambar kecil: Imej lembaga didakwa hantu yang berjaya dirakam.


Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui di Pekan Bagan Tiang.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

“Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Friday, March 15, 2013

Video Bomoh Menangkap Kepala Hantu Penanggal

Video Bomoh Menangkap Kepala Hantu Penanggal

Video berdurasi 4:28 saat di bawah didakwa adalah dari satu upacara menangkap hantu yang diadakan di sebuah rumah di Malaysia, menunjukkan seorang bomoh menurunkan sebuah bungkusan yang dipercayai kepala hantu dari tangga sebelum ianya di bawa ke ruang tamu rumah.

Kepala Balan-balan

'Kepala' hantu itu dilihat bergerak-gerak ketika dibawa oleh bomoh berkenaan.

'Kepala' berkenaan dipercayai milik 'hantu penanggal', sejenis hantu yang berterbangan dengan hanya kepalanya bersama perut yang terburai.

Penanggal

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman/peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Kini, penanggalan bukan sahaja dituntut oleh wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.

Daerah Kota Belud di Sabah amat terkenal dengan balan-balan.

Sebenarnya penanggalan ialah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Kini, ilmu ini disifatkan sebagai penyakit bagi zaman kini.

Ada separuh masyarakat mengatakan bahawa penanggalan datang dari orang yang menuntut ilmu hitam, selalunya terdapat dikawasan pendalaman.

Wallahu a'lam.


BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Sunday, March 10, 2013

Kereta Wanita Terbabas Dakwa Nampak Pocong

Kereta Wanita Terbabas Dakwa Nampak Pocong

Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru.

Kereta Terbabas

Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurutnya, keadaan ketika itu masih gelap dan ketika melalui laluan itu, dia terlihat objek aneh berwarna putih berada di atas jalan.

“Saya cuba mengenal pasti objek tersebut dan terkejut mendapati ia seakan-akan hantu pocong yang muncul tiba-tiba di atas jalan.

“Akibatnya, saya tidak dapat mengawal kenderaan dan terus menjunam ke dalam parit yang terletak di tepi jalan berkenaan,” katanya sewaktu ditemui media.

Janariah berkata, walaupun keretanya hampir tenggelam di dalam parit, dia tidak keluar dari kenderaan berkenaan akibat berasa takut mengenangkan objek mistik putih yang dilihatnya.

Jelasnya, bagaimanapun, dia sempat menelefon adiknya untuk meminta bantuan dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

Sahabat karib mangsa yang hanya dikenali Hayuzzi berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah pasar awam di Tanjung Piandang untuk membeli barangan perniagaan.

Katanya, dia terkejut melihat kelibat manusia dan cahaya lampu dari dalam parit.

“Setibanya di lokasi kejadian, saya sekali lagi terkejut apabila mengetahui kelibat itu adalah rakan karib saya yang tinggal berhampiran rumah.

“Keadaan mangsa pada waktu itu seperti terpinga-pinga dan tidak mampu bercakap,” katanya.

Hayuzzi berkata, setelah pulang ke rumah barulah Janariah menceritakan punca kemalangan berlaku kepada orang kampung.

“Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku di laluan itu melibatkan kenderaan terhumban setelah terlihat sebuah objek aneh dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com