Wednesday, June 10, 2015

Empat Pelancong Bogel Kinabalu Berjaya Ditangkap!

Empat Pelancong Bogel Kinabalu Berjaya Ditangkap!

Empat pelancong asing termasuk dua beradik yang dikatakan berbogel di puncak Gunung Kinabalu, 30 Mei lalu, direman untuk siasatan lanjut.

Pelancong bogel di Kinabalu [2]

Tangkapan pertama dilakukan di Lapangan Terbang Tawau, membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun warga Britain, 12 tengah hari semalam.

Susulan tangkapan itu, dua lelaki masing-masing berusia 23 tahun warga Kanada dan Belanda menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama seorang lagi perempuan Kanada berusia 22 tahun, pada 6 petang hari yang sama.

Keempat-empat suspek termasuk dua beradik ini dibawa ke hadapan Majistret untuk permohonan reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

Polis masih mengesan beberapa orang indvidu yang dipercayai berbogel di gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan.

Pelancong bogel di Kinabalu
Salah seorang pelancong yang berbogel dipuncak Kinabalu.

Terdahulu, pada 30 Mei lalu, 10 pendaki pelancong asing yang menyertai aktiviti mendaki Gunung Kinabalu bertindak berbogel sebaik tiba di puncak Gunung Kinabalu.

Perbuatan itu membangkitkan kemarahan masyarakat negeri ini sehingga ada yang mengaitkan kejadian gempa bumi pada Jumaat lalu, disebabkan sikap mereka yang tidak menghormati adat ketika berada di Gunung Kinabalu.

Sementara itu, empat pelancong asing yang berkelakuan tidak senonoh di puncak Gunung Kinabalu, direman empat hari bermula hari ini (Rabu).

BACA INI JUGA: Pelancong Asing Bogel Di Puncak Gunung Kinabalu

Sumber: Harianmetro.com.my

Monday, January 12, 2015

Video Terlampau Gadis Bertudung Dicabul Artis Kpop!

Video Terlampau Gadis Bertudung Dicabul Artis Kpop!

Isu paling gempar hari ini yang hangat diperkatakan adalah perkongsian gambar dan video menyedihkan perihal anak gadis Melayu beragama Islam yang mencalar maruahnya atas nama muzik Kpop!

Gadis-Melayu-Murahan [7]

Seperti diketahui umum anak muda zaman ini begitu menggilai muzik Korea atau lebih dikenali sebagai K Pop.

Justeru apabila kumpulan penyanyi lelaki terkenal Korea, B1A4 mengunjungi negara ini semalam bagi sesi bertemu peminat ia mendapat sambutan cukup hangat.

Bagaimanapun, sambutan penuh hangat bertukar keterlaluan hingga tahap ‘rentung’ bila beberapa gadis remaja yang manis mengenakan tudung, tergamak merelakan diri dipeluk dan dikucup anggota lelaki kumpulan berkenaan di atas pentas, depan khalayak ramai.

Hasilnya satu video berdurasi 3:21 minit, rakaman kejadian mencemar imej Islam itu mula bertebaran di laman sosial dan menjadi sensasi internet hari ini.

Aksi canggung lagi tak sesuai ini menunjukkan bagaimana ahli kumpulan tersebut menjemput peminat wanita naik ke atas pentas sebelum melakukan aksi berpegangan tangan, memeluk malah mencium dahi mereka!

Gadis-Melayu-Murahan [2]
Gadis-Melayu-Murahan [3]
Gadis-Melayu-Murahan [4]
Gadis-Melayu-Murahan [5]
Gadis-Melayu-Murahan [6]
Gadis-Melayu-Murahan [8]

Terdapat dua persoalan di sini iaitu; tidakkah anggota kumpulan ini diberi penerangan terlebih dahulu oleh pihak penganjur tentang adab dan sensitiviti masyarakat Islam di sini ketika melakukan konsert dan kedua, bagaimana seorang perempuan boleh membenarkan dirinya dilayan demikian rupa depan khalayak ramai dalam keadaan dia membawa imej wanita muslimah bersamanya?

Gambar dan video kejadian ini dihujani banyak komen daripada netizen yang mengkritik tindakan artis Kpop tersebut kerana tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan golongan muslimah tidak boleh disentuh sesuka hati.

Namun, ramai juga yang meletakkan kesalahan pada peminat-peminat wanita sendiri yang terlalu teruja sampai kelihatan seperti histeria dan merelakan diri dipeluk dan dicium oleh artis tersebut. Orang cakap, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, kan?

Begitu pun komen paling pedas bagi kami datang daripada seorang pengguna Facebook bukan Islam yang berbunyi:

Gadis-Melayu-Murahan

Pengguna tersebut, Mathis Mim, mengakui bahawa dirinya sendiri malu melihat perlakuan tersebut dan mempersoalkan tindakan wanita-wanita muslimah itu.

“Adakah masyarakat kita, bangsa Malaysia lebih mengagungkan budaya sekular yang dibawa pengaruh barat ini? Bukan sekadar memalukan agama Islam sendiri namun memalukan budaya bangsa Malaysia yang bersopan santun dan berintegriti dalam menjaga maruah diri.

“Saya mohon sangat-sangat pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengemukakan dasar-dasar yang dapat menghalang benda-benda seperti ini dari berlaku.

“Negara sedang bersusah, dilanda bencana, perlukan konsert beginidan . Tunggu dan lihat kesan akibat kita menjunjung sangat budaya jahil ini,” katanya.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak terbabit berkaitan kejadian ini, ia seharusnya membuka mata pihak bertanggungjawab supaya pada masa hadapan, penganjuran acara seperti ini diberikan garis panduan jelas agar perkara begini tidak berulang.

Paling kasihan, memikirkan kecetekan akal gadis muslimah itu sendiri yang mungkin terlalu teruja bertemu dengan idola mereka sampai alpa mereka sebenarnya telah merelakan diri ‘dicabul’. -Mynewshub.cc

Jom tonton video gadis-gadis bertudung rosak akhlak dipeluk dan dicium jantan bukan muhrim..

BACA INI JUGA: Sejarah Hitam Selebriti Hollywood Yang Cuba Di Sembunyikan


-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, August 13, 2014

Bertudung Tapi Tak Pakai Seluar!

Bertudung Tapi Tak Pakai Seluar!

Ramai wanita hari ini yang memakai tudung tapi tidak menepati syarak. Ada yang berbaju ketat, ada juga yang menampakkan seluar dalam.

Bertudung Tapi Tak Pakai Seluar!

Walhal, Allah SWT dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan juga orang lain, kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut!

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang memakai kain nipis dan jarang.

Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang, ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakai.

Bagi yang berbaju kebaya, terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang.

Contohnya seperti gambar-gambar yang dipaparkan ini. Mungkin fesyen terbaru masa kini atau sekadar menyahut seruan yahudi.

Bertudung Tapi Tak Pakai Seluar! [2]
Bertudung Tapi Tak Pakai Seluar! [3]

Tudung punya cantik di atas, tapi di bawah pula bertelanjang bulat!

Seluar kena curi agaknya masa dijemur, jadi tiada seluar nak dipakai masa nak berjalan.

Aurat wanita apa sudah jadi?

-Sentiasapanas.com

Thursday, June 12, 2014

Remaja Maut Jatuh Bangunan Terlalu Leka Berasmara!

Remaja Maut Jatuh Bangunan Terlalu Leka Berasmara!

LONDON – Dua remaja yang sedang asyik melakukan hubungan seks di balkoni di tingkat enam sebuah hotel mewah, meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan berkenaan.

Anastasia Tutik

Mangsa, Anastasia Tutik , 19, dari Rusia maut bersama pasangannya dari Mexico yang hanya dikenali sebagai Miguel, 18, menyewa bilik hotel mewah itu bagi meraikan tamatnya peperiksaan.

Kedua-duanya dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh dari ketinggian 60 kaki, menyebabkan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Tutik dan Miguel merupakan anak orang berada dan menuntut di sekolah antarabangsa, Kolej Bellerbys.

Dalam pada itu, seorang saksi, Samson Oguntayo, 32, yang menetap di bilik sebelah memberitahu apa yang dilakukan oleh remaja terbabit merupakan aksi yang merbahaya.

Remaja lelaki itu cuba mengangkat remaja perempuan tersebut beberapa kali ketika mereka melakukan seks di balkoni. Saya hanya mampu menjerit apabila melihat mereka jatuh,’’ katanya.

Dalam pada itu rakan sekelas Tutik, Alfonso berkata, remaja perempuan itu adalah seorang pelajar bijak dan merupakan antara yang mendapat markah tertinggi dalam kelas.

Mereka bertemu di satu parti. Miguel baru seminggu tiba di London bagi mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia mahu mengikuti pengajian perniagaan.

Tutik pula amat cantik dan sedang belajar A-Level. Dia berharap dapat memasuki universiti pada bulan September ini,’’ katanya.

Lelaki Beri Alasan Pelik Punca Kemaluannya Tersekat Pada Paip

Lian Tien

Sementara itu, seorang lelaki warga China terpaksa menahan malu apabila kemaluannya tersekat pada sebatang paip selama dua hari.

Bagaimanapun yang menarik perhatian apabila lelaki itu yang dikenali sebagai Lian Tien memberikan alasan yang mungkin paling pelik di dunia mengenai punca insiden itu dengan mengatakan dia sedang mengecat dinding dalam keadaan berbogel dan kemudiannya tergelincir menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam paip.

"Cuaca agak panas, jadi saya mengecat dinding dalam keadaan berbogel, dan saya tergelincir di lantai menyebabkan kemaluan saya terjatuh ke dalam paip."

Lelaki berusia 61 tahun itu berkata, kemaluannya tersekat di dalam sebatang paip yang digunakan untuk mengambil air dari unit penyaman udara bangunan itu.

Tetapi dia merasakan tiada sesiapa pun yang akan percaya ceritanya itu, menyebabkan dia membiarkan "keadaan" itu selama dua hari sehingga dia mengalami demam panas dan menghubungi doktor.

Doktor itu kemudiannya mencadangkan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.

Doktor Dewei Yuan berkata: "Lelaki itu terpaksa berhadapan dengan perkara tersebut dan tidak apa yang boleh kita lakukan, dan kita terpaksa meminta bantuan."

Pasukan bomba di bandar Quanzhou mengambil masa empat jam untuk memotong paip di bahagian kemaluan lelaki itu tersekat.

Kata lelaki itu, "Saya fikir tiada seorang pun yang akan mempercayai saya dan saya cuba semua cara yang saya fikirkan untuk mengeluarkan kemaluan saya yang tersekat.

"Saya cuba memotong paip itu dari dinding dan cuba untuk meletakkan minyak dan cecair sabun di bahagian dalam paip itu tetapi kemaluan saya begitu ketat tersekat menyebabkan tiada sebarang perubahan.

"Saya tidur dan fikir sekiranya saya berehat dan bertenang, ia mungkin akan tertanggal dari paip. Saya kemudiannya berasa panas seperti hendak demam. Saya begitu bimbang yang saya mungkin akan mendapat jangkitan yang teruk. -Mirror.co.uk

BACA INI JUGA: Top 10 Muka Hadapan Majalah Terkenal Paling Kontroversi

-Sentiasapanas.com

Tuesday, May 06, 2014

Video Kekasih Berasmara Sewaktu Memandu Kereta!

Video Kekasih Berasmara Sewaktu Memandu Kereta!

Tidak dapat dinafikan banyak perkara lain yang biasa dilakukan oleh para pemandu termasuklah makan, membalas SMS atau membual panggilan telefon.

Video Kekasih Berasmara Sewaktu Memandu Kereta!

Dan di China, semua benda mereka boleh buat. Termasuklah 'make love' semasa memandu.

Itulah yang berlaku di China yang mungkin boleh dikategorikan sebagai agak ekstrem kerana pemandunya begitu asyik berasmara dengan seorang wanita.

Pemanduannya yang kelihatan tidak tentu arah menarik minat seorang lagi pemandu yang kemudiannya merakamkan aksi mereka.

Inilah yang dikatakan ‘putus’ urat malu bila nafsu sudah menguasai diri.

Jangan sampai ditimpa kemalangan baru nak sedar. -Mynewshub.my


Wednesday, April 30, 2014

"Saya Hanya Berasmara Bukan Lakukan Pun…"

"Saya Hanya Berasmara Bukan Lakukan Pun…"

“Saya hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan seks pun.”

Gadis-Cantik
Gambar hiasan.

Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah, semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain.

Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan.

(Baca: Gadis Cantik Yang 'Rosak' Kerana Seorang Lelaki)

Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai penguat kuasa.

Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang.

Khalwat

“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik hotel.

“Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini. –HARIAN METRO

Thursday, April 24, 2014

Gambar Anak Sheila Majid BerciumTersebar Di Internet

Gambar Anak Sheila Majid BerciumTersebar Di Internet

Ada harganya apabila seseorang itu mengambil keputusan untuk bergelar selebriti kerana segala tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut oleh peminat di luar sana.

Gambar Bercium Kayda Aziz

Ada kalanya artis dan public figure yang lain perlu berahsia dan tidak berkongsi kisah peribadi mereka untuk tatapan umum sekiranya benda itu akan mendatangkan fitnah mahupun perkara negatif dan sensitif untuk dikongsikan kepada orang ramai.

Apa yang ingin dikaitkan di sini ialah mengenai anak dara penyanyi popular, Datuk Sheila Majid, Wan Khaleda atau nama glamornya Kayda Aziz di mana gambarnya sedang bersosial dan bercium dengan seorang jejaka telah tersebar di Internet.

Gambar Bercium Kayda Aziz [2]

Jika sebelum ini gambarnya berpakaian seksi serta memegang botol arak tersebar namun itu merupakan cerita beberapa tahun lalu. Mungkin orang dah lupakan kisahnya itu.

Namun, seiring dengan perkembangan karier seninya dalam bidang nyanyian yang mula meningkat naik kebelakangan ini, adakah ini merupakan satu publisiti untuknya terus melakar nama dalam bidang ini?

Tak tahulah, hanya tuan punya badan yang boleh menjawabnya.

Yana Dikritik Gara-Gara Gambar ‘Dukung’

Gambar Yana Samsudin Kena Dukung

Gara-gara memuatnaik gambarnya sedang didukung oleh lelaki asing sewaktu menjalani penggambaran di luar negara, pelakon Yana Samsudin telah menerima pelbagai kritikan daripada para pengikutnya di Instagram.

Gambar itu disertakan dengan ‘caption’: Alternatifnya , sbb tak boleh jalan akibat kaki dah bengkak.. Nasib baik ada #ALdin , dah dua hari dia je yg berangkut kita naik turun tangga tingkat 3 atau ke set shooting.. :,( nasib badan dia beso.. Shooting banyak Outdoor pulak tu.. Esok apa lah nasib .. #BendaDahNakJadi #khirr #VrelaBosne.”

Hal-hal yang dibangkitkan termasuklah bab dosa dan haram kerana membenarkan dirinya didukung jejaka itu.

Bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Yana punya jawapannya sendiri mengenai kejadian itu:

“Mungkin mereka yang tentukan dosa saya. Gambar itu diambil ketika saya dalam keadaan darurat sebab kaki terseliuh dan tak boleh berjalan langsung. Nak tak nak kenalah (lelaki) yang kuat tolong saya.

“Kalau nak harapkan saya berjalan lambatlah jadinya. Kami pula kejar masa untuk lengkapkan jadual penggambaran. Saya tahu apa yang saya buat. Terima kasih kepada yang terlebih prihatin. Sedih pula bila jadi begini.”

Betul juga kata Yana itu. Kami perhatikan kebanyakan komen-komen pengguna Instagram adakalanya melampau sehingga menggunakan kata-kata kesat dan tidak beretika.

Rasanya Yana pun sudah jelaskan mengapa terpaksa menggunakan ‘khidmat dukung’ tersebut, bukannya saja hendak ‘menggedik’, tak gitu?

Sumber: Mynewshub.my