Thursday, June 12, 2014

Remaja Maut Jatuh Bangunan Terlalu Leka Berasmara!


LONDON – Dua remaja yang sedang asyik melakukan hubungan seks di balkoni di tingkat enam sebuah hotel mewah, meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan berkenaan.

Anastasia Tutik

Mangsa, Anastasia Tutik , 19, dari Rusia maut bersama pasangannya dari Mexico yang hanya dikenali sebagai Miguel, 18, menyewa bilik hotel mewah itu bagi meraikan tamatnya peperiksaan.

Kedua-duanya dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh dari ketinggian 60 kaki, menyebabkan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Tutik dan Miguel merupakan anak orang berada dan menuntut di sekolah antarabangsa, Kolej Bellerbys.

Dalam pada itu, seorang saksi, Samson Oguntayo, 32, yang menetap di bilik sebelah memberitahu apa yang dilakukan oleh remaja terbabit merupakan aksi yang merbahaya.

Remaja lelaki itu cuba mengangkat remaja perempuan tersebut beberapa kali ketika mereka melakukan seks di balkoni. Saya hanya mampu menjerit apabila melihat mereka jatuh,’’ katanya.

Dalam pada itu rakan sekelas Tutik, Alfonso berkata, remaja perempuan itu adalah seorang pelajar bijak dan merupakan antara yang mendapat markah tertinggi dalam kelas.

Mereka bertemu di satu parti. Miguel baru seminggu tiba di London bagi mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia mahu mengikuti pengajian perniagaan.

Tutik pula amat cantik dan sedang belajar A-Level. Dia berharap dapat memasuki universiti pada bulan September ini,’’ katanya.

Lelaki Beri Alasan Pelik Punca Kemaluannya Tersekat Pada Paip

Lian Tien

Sementara itu, seorang lelaki warga China terpaksa menahan malu apabila kemaluannya tersekat pada sebatang paip selama dua hari.

Bagaimanapun yang menarik perhatian apabila lelaki itu yang dikenali sebagai Lian Tien memberikan alasan yang mungkin paling pelik di dunia mengenai punca insiden itu dengan mengatakan dia sedang mengecat dinding dalam keadaan berbogel dan kemudiannya tergelincir menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam paip.

"Cuaca agak panas, jadi saya mengecat dinding dalam keadaan berbogel, dan saya tergelincir di lantai menyebabkan kemaluan saya terjatuh ke dalam paip."

Lelaki berusia 61 tahun itu berkata, kemaluannya tersekat di dalam sebatang paip yang digunakan untuk mengambil air dari unit penyaman udara bangunan itu.

Tetapi dia merasakan tiada sesiapa pun yang akan percaya ceritanya itu, menyebabkan dia membiarkan "keadaan" itu selama dua hari sehingga dia mengalami demam panas dan menghubungi doktor.

Doktor itu kemudiannya mencadangkan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.

Doktor Dewei Yuan berkata: "Lelaki itu terpaksa berhadapan dengan perkara tersebut dan tidak apa yang boleh kita lakukan, dan kita terpaksa meminta bantuan."

Pasukan bomba di bandar Quanzhou mengambil masa empat jam untuk memotong paip di bahagian kemaluan lelaki itu tersekat.

Kata lelaki itu, "Saya fikir tiada seorang pun yang akan mempercayai saya dan saya cuba semua cara yang saya fikirkan untuk mengeluarkan kemaluan saya yang tersekat.

"Saya cuba memotong paip itu dari dinding dan cuba untuk meletakkan minyak dan cecair sabun di bahagian dalam paip itu tetapi kemaluan saya begitu ketat tersekat menyebabkan tiada sebarang perubahan.

"Saya tidur dan fikir sekiranya saya berehat dan bertenang, ia mungkin akan tertanggal dari paip. Saya kemudiannya berasa panas seperti hendak demam. Saya begitu bimbang yang saya mungkin akan mendapat jangkitan yang teruk. -Mirror.co.uk

BACA INI JUGA: Top 10 Muka Hadapan Majalah Terkenal Paling Kontroversi

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon