Friday, March 31, 2017

Adegan Cium Bibir Nora Danish Dan Nedim Selepas Pernikahan Melampau?!

Adegan Cium Bibir Nora Danish Dan Nedim Selepas Pernikahan Melampau?!

Bagi yang menyaksikan majlis akad nikah pelakon Nora Danish di ibu negara, pasti ada perasan satu adegan si pasangannya, Nedim Nazri cium bibir isterinya sejurus selepas mereka selamat diijabkabulkan.

Cium Mulut Nora Danish

Rata-rata netizen kecoh mengatakan perbuatan mereka berdua itu tidak manis dipertontonkan buat tatapan umum memandangkan itu merupakan majlis agama yang mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Menurut pendakwah terkenal, Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haslin Bollywood apabila diminta pendapat dan pandangan beliau mengenai isu tersebut, secara adabnya tindakan itu tidak sesuai langsung dilakukan di khalayak ramai walaupun selebriti terkenal berkenaan sudah pun selamat sah bergelar sebagai suami isteri.

Dengan status Nora Danish sebagai artis dan Nedim Nazri sebagai anak kepada seorang ahli politik, perkara itu mungkin menjadi ikutan kepada mereka yang meminati mereka khasnya remaja.

“Kita ni sebagai orang Islam, bukannya orang Kristian yang memang adatnya si pengantin lelaki akan cium mulut pasangan selepas mereka berkahwin di gereja. Itu mereka bukan bagi kita yang beragama Islam ni.

"Sebenarnya, mencium dahi isteri juga adalah lebih baik jika dilakukan secara bersendirian, dan bukan langsung terbuka depan orang ramai sambil ditayangkan pula kepada umum,” kata Haslin lagi.

Mengulas pula tentang busana yang digayakan oleh Nora semasa majlis pernikahannya, beliau berkata, dalam Islam sememangnya melarang wanita memakai pakaian yang jarang dan menampakkan susuk badan.

Ia ibarat berpakaian tetapi terlanjang. Tambah beliau, ajaran Islam sangat menitikberatkan tentang cara berpakaian, waima seorang wanita itu bertudung, tetapi pakaiannya ketat, jarang dan tidak mengikut syiar Islam, ia tetap haram.

USTAZ HASLIN BAHARIM

Ujar Haslin, memang tiada kompromi dalam bab tersebut di sebalik tanggapan konon ia hanya sekadar fesyen.

“Nabi SAW sendiri pernah menegur Siti Asmah (kakak ipar baginda) yang memakai baju agak jarang dan meminta tukar dengan memakai pakaian yang lebih tebal sehingga tidak menampakkan tubuhnya,” kata beliau.

Menjelaskan pula isu tentang segelintir pihak yang mendakwa bahawa busana Nora itu menyerupai pakaian Kristian, Ustaz Haslin berkata, memang ramai yang suka meniru gaya Barat.

Tanpa diketahui sendiri, bahawa ia adalah gaya kaum Nasara dan kita sebagai umat Islam sebenarnya jelas tidak boleh meniru mana-mana gaya kaum lain.

Tambah beliau, Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang maksudnya bahawa: “Barang siapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk daripada kalangan mereka.”

Nora Danish Seksi

Sekadar renungan semua, Ustaz Haslin turut memetik satu hadis baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong.

“Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Riwayat Muslim)

Apa-apa pun, semoga pasangan ini berbahagia hingga ke akhir hayat.

BACA INI JUGA: Kisah Perceraian Dan Kontroversi Selebriti Malaysia 2016

sumber: mynewshub

Monday, March 27, 2017

Nora Danish, Nedim Nadzri Nikah 30 Mac 2017

Nora Danish, Nedim Nadzri Nikah 30 Mac 2017

Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya pelakon, Nora Danish bakal menamatkan zaman solonya dengan Nedim Nadzri, 30 Mac 2017 ini.

Nora Danish, Nedim Nadzri Nikah

Menerusi kad jemput majlis pernikahan Nora Danish dan Nedim Nadzri, acara perkahwinan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur dengan tema tradisional.

Nora Danish ketika dihubungi berkata, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Menurut Nora lagi, dia akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut berlangsung.

"Selepas majlis itu selesai, saya akan kongsi semuanya. Tapi majlis ini adalah untuk ahli keluarga dan rakan sahaja," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Pengumuman ini sekaligus menamatkan segala spekulasi tentang tarikh pernikahan pasangan ini.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Nora Danish yang juga ibu tunggal kepada Putera Rayqal berkata, dia bakal bernikah dengan Nedim hujung bulan Mac 2017 ini dalam satu majlis sederhana.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Wednesday, January 11, 2017

Nora Danish Bergelar Penyanyi, Muncul Dengan Single Duet 'Ini Lagi Boom'

Nora Danish Bergelar Penyanyi, Muncul Dengan Single Duet 'Ini Lagi Boom'

Nora Danish kini menonjolkan bakat nyanyiannya dan muncul dengan single duet berjudul 'Ini Lagi Boom' bersama penyanyi rap terkenal Waris.

Nora Danish

Lagu tersebut membawa genre Hip Hop Reggae yang diolah khusus bagi menepati citarasa penggemar muzik tempatan.

Menariknya Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias yang terkenal dengan lagu-lagu rap seperti Rembau Most Wanted tampil buat kali pertama menyanyi tanpa rap.

Ini Lagi Boom dicipta sepenuhnya oleh DJ Fuzz manakala liriknya pula adalah hasil nukilan Waris sendiri bersama rakannya Aziquebeats.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Dato’ Norman Abdul Halim berkata lagu itu terhasil daripada idea segar untuk menggalakan perkembangan industri hiburan tanah air.

"Industri muzik sentiasa perlu tampil dengan idea-idea segar dan menggalakkan kerjasama diantara artis walaupun berbeza syarikat rakaman.

"Ini biasa dilakukan di negara- negara Barat dan kolaborasi secara perkongsian diantara syarikat rakaman tempatan memang wajar dibudayakan di Malaysia untuk memberi variasi kepada peminat industri muzik tempatan.

“Kami berharap kolaborasi-kolaborasi seperti ini dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia yang kini makin progresif," katanya.

Ini Lagi Boom boleh didengari menerusi platform streaming seperti You Tube, Spotify dan Apple Music; muat turun menerusi iTunes.

Ini Lagi Boom juga boleh dijadikan sebagai lagu nada dering melalui perkhidmatan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

BACA INI JUGA: Ruhainies, Pelakon Cantik Mirip Nora Danish!

Sumber: AA

Tuesday, November 08, 2016

Nora Danish Dikecam Minta Dikecualikan Cukai?

Nora Danish Dikecam Minta Dikecualikan Cukai?

Gara-gara meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mempertimbangkan memberi pelepasan cukai kepada golongan selebriti, pelakon Nora Danish, teruk dikecam netizen berikutan kenyataannya itu.

Nora Danish LHDN

Nama Nora Danish menjadi trending di laman mikro Twitter kerana ramai netizen tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakan aktres itu.

Menurut mereka, bukan hanya golongan selebriti sahaja yang perlu berpenampilan menarik sebaliknya semua pekerjaan menuntut kriteria sebegitu.

Susulan kenyataan itu juga, teruk Nora dikecam, malah ada yang mengaitkan ungkapan ‘beauty with no brain’ (cantik tapi tak bijak) terhadap aktres cantik itu.

Seorang pengguna Twitter, @denitoazhar berkicau, “Congrats for showing you are just pretty and not smart, Nora Danish (tahniah kerana membuktikan yang anda hanyalah gadis cantik, tapi tak bijak, Nora Danish).”

@siggplus pula menulis, “Aku harap Nora Danish tuntut jugak cukai pelepasan untuk kebodohan.”

Ian Zainal pula mengaitkan apa sumbangan yang diberikan Nora sehingga dia meminta diberikan pelepasan cukai.

“By the way, apa sumbangan Nora Danish pada negara sampai minta pelepasan cukai? Dalam industri pun samar-samar je.”

Sementara itu, Nora yang mengetahui dirinya menjadi kecaman sesetengah netizen, tampil menulis di ruangan komen di laman Instagram mendakwa kenyataannya itu telah disalah tafsir oleh pihak media yang menulis.

NORA+DANISH+BAYAR+CUKAI

Menurutnya, “Ni mesti ada salah penulisan mana-mana. Saya tak pernah minta pelepasan cukai malah saya kata semua haru bayar cukai.”

“Isu LHDN, tak buat salah pun kena marah. Ni mesti ada yang putar belit penyampaian Nora. Takpa, i’m on the way back home, Nora akan check siapa yang cuba sensasikan berita ini,” tulis ibu kepada Putra Raqyal Ramli ini lagi.

Kenyataan Nora dalam sebuah akhbar harian meminta LHDN mengecualikan cukai buat golongan selebriti kerana mendakwa pekerjaan mereka menuntut untuk sentiasa berpenampilan kemas dan menarik.

Golongan artis terpaksa berbelanja besar bagi tujuan tersebut dan disebabkan itu dia mengutarakan cadangan tersebut seperti mana yang tercatit dalam artikel terbabit.

Isu masalah cukai menjadi bualan hangat selepas pelakon Rozita Che Wan disekat daripada terbang ke luar negara gara-gara tidak menyelesaikan tunggakan cukai miliknya baru-baru ini. -Mynewshub

Nora Danish Minta Pelepasan, Bukan Pengecualian

Nora Danish Cukai

Kita faham point Nora. Dia bukan minta dikecualikan dari cukai. Dia minta pelepasan. Maksudnya cukai yang dia perlu bayar setiap tahun itu dikurangkanlah dari jumlah biasanya.

Sebab dia dah berbelanja banyak, mahal-mahal pula tu atas pelbagai jenis produk kecantikan diri yang perlu juga dia beli kerana sebagai artis penting untuk dia menjaga kecantikan diri. Pembelian ke atas barangan itu patut diserap sebagai kos, modal untuk kerjaya dia.

Contoh. Tukang gunting. Modal dia bukan sekadar sewa, bil elektrik, air, gaji pekerja, gunting, sikat, kerusi, cermin juga adalah kos kerja dia bagi membolehkan dia beroperasi sebagai tukang gunting yang berjaya.

Dan bagi Nora, artis sepertinya perlu kepada produk-produk kecantikan agar dia kekal cantik untuk membolehkan dia meneruskan kerjayanya.

Dia menjadi duta pelbagai jenis produk. Dan ada produk kecantikan juga. Walaupun dia jadi cantik guna produk lain, tapi dia promote produk lain. Hehe..

Dan pembelian produk-produk ini patutlah dianggap sebagai kos kerjaya dia. Dan apa salahnya dia minta pelepasan cukai kerana dia beli barang-barang tu untuk memastikan dia terus relevan dalam kerjaya sebagai artis. Ini maksud dia.

Kita faham. Kos dia semakin meningkat. Kos membeli barangan kecantikan branded dan mahal itu semakin mahal.

Tetapi dia tak patut minta pelepasan cukai juga. Sebaliknya dia boleh minta bakal bapa mertua dia yang gila tu. Tolong bayarkan.

Sebab bakal bapa mertua dia;

Nazri+Aziz

Tu dia.

Bila ringgit jatuh, harga barangan kecantikan branded luar negara meningkat. Maka Nora perlu keluarkan lebihan wang bagi mendapatkan produk yang sama. Apatah lagi produk-produk segala bagai ni pula dah ada GST.

Walaupun dia nampak macam kaya, dia sendiri pun secara tak langsung menunjukkan satu pemikiran kepada public, bahawanya dia terjejas dengan situasi ekonomi semasa.

Tanpa sedar, Nazri Aziz dah menyusahkan famili (atau bakal famili) dia. Paling gembira hotak kau.

Nora sampai harapkan pelepasan cukai kerana harga barang-barang kecantikan dia dah meningkat bagai sejak 2, 3 tahun kebelakangan ni.

Faham tak?

Ini sebab dia, walaupun Nora Danish tak pernah bercerita pada aku. Pandai-pandai la korang nak percaya ke tak. -Amenoworld

BACA INI JUGA: 'Rakyat Tak Marah Bayar Cukai Tinggi Jika Kebajikan Terjaga'

Saturday, April 09, 2016

Ruhainies, Pelakon Cantik Mirip Nora Danish!

Ruhainies, Pelakon Cantik Mirip Nora Danish!

Pelakon baru, Ruhainies, mengakui dirinya sering kali disamakan dengan Nora Danish sejak dari bangku sekolah lagi tetapi dia tidak mahu menumpang populariti yang dimiliki oleh aktres comel itu.

Ruhainies [2]

Ruhainies mengambil perkara tersebut sebagai satu pujian yang tinggi dan dia merasakan dirinya terlalu kerdil untuk dibandingkan bersama Nora Danish.

“Sudah lama persamaan ini diperkatakan oleh orang. Sejak dari bangku sekolah lagi, ramai yang mengatakan wajah saya seakan sama dengan Nora Danish.

"Lepas dah masuk dunia seni juga perkara demikian diperkatakan lagi.”

“Pujian itu sudah terlalu tinggi untuk saya.

"Nora merupakan idola saya sejak dahulu kagi dan dia adalah pelakon yang hebat.

"Nora sudah berada pada tahap terbaik dalam kerjaya seni.”

"Langkah saya pula baru saja bermula dan masih banyak lagi pengalaman serta ilmu yang perlu dikutip di arena ini,” jelasnya kepada BH Online.

Ruhainies juga menegaskan biarpun dirinya sering disamakan dengan Nora Danish, tetapi dia sesekali pun tidak menggunakannya untuk menumpang populariti pelakon tersebut.

BACA INI JUGA: 5 Lagu Dangdut Yang Diharamkan Kerana Tidak Bermoral

Ruhainies
Ruhainies [3]
Ruhainies [4]
Ruhainies [5]
Ruhainies [6]
Ruhainies [7]

Tuesday, February 17, 2015

PANAS! Gambar Nora Danish Dalam Video Pengganas ISIS Malaysia 69!

PANAS! Gambar Nora Danish Dalam Video Pengganas ISIS Malaysia 69!

Berikutan penyebaran video kumpulan Pengganas ala ISIS yang diberi nama Anak Muda Malaysia yang terdapat gambar aktres jelita, Nora Danish, satu laporan polis akan dilakukan oleh aktres jelita tersebut.

Nora-Danish-ISIS-Malaysia-69

Di dalam video tersebut, pengganas Anak Muda Malaysia yang menggunakan ID – Isis Malaysia 69 itu telah mengugut akan menyerang mahkamah pada pukul 11.30 rabu ini.

“Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya.

“Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya” ujarnya memetik laporan Berita Harian.

Menurutnya ekoran penyebaran video klip tersebut, pihak akan membuta laporan polis bagi mengelakkan seberang kemungkinan.

“Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih.

“Apa yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi,” katanya lagi.

Terdahulu kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ini.

Di dalam sebuah rakaman video berdurasi 1:01 minit itu, empat lelaki bertopeng tersebut memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun.

Dengan berlatarkan bendera Malaysia, empat orang individu itu berbaju hitam dan turut menutup muka dengan topeng hitam sambil memberitahu ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula disusuli dengan kata-kata cacian terhadap demokrasi.

Dalam keterangan video itu, empat individu tersebut juga didapati menghasut anak muda seluruh Malaysia supaya bersama perjuangan kumpulan tersebut.

Tindakan empat individu tersebut menyerupai video ugutan yang pernah dilakukan oleh para pemberontak di timur tengah.

BACA INI JUGA: 5 Fakta Kenapa Bangsa Yahudi WAJIB Di HAPUSKAN!

Sumber:
http://beritapantas92.blogspot.com/2015/02/video-isis-malaysia-69-nora-danish-buat.html

Tuesday, December 02, 2014

Nora Danish Caj RM3,000 Untuk Muncul Di Instagramnya!

Nora Danish Caj RM3,000 Untuk Muncul Di Instagramnya!

Artis kita semakin pandai buat duit online! Baguslah kalau macam itu, lagi-lagi pendapatan artis sememangnya tidak menentu naik turunnya.

Instagram

Maka, tak salahlah segelintir artis yang mencari wang lebih dengan meniaga dan sebagainya.

Namun, lain pula segelintir artis yang menggunakan medium laman Instagram masing-masing membuat review iklan berbayar.

Nama pun artis, apa yang ditulis oleh artis di laman-laman sosial milik mereka seperti, Instagram pastinya mendapat perhatian dan sekaligus memberi keuntungan kepada tuan punya kedai.

Jadi apa salahnya kan golongan artis ini mengenakan caj..

Tapi terkejut kami mengetahui caj yang dikenakan selebriti kepada para peniaga untuk membuat review.

Menerusi laporan mStar Online, ‘hot mama’ iaitu Nora Danish menduduki carta antara artis tempatan yang mengenakan bayaran termahal untuk membuat review iklan, sekitar RM1,500 sehingga RM3,000.

Mak aih.. gaji sebulan!

Mungkin bayaran itu bersesuaian mengikut jumlah pengikutnya di laman tersebut yang sudah mencecah 1.4 juta orang.

Dengarnya, bayaran yang dikenakan Nora berlainan mengikut hari dan masa. Wah, kelas.. kiranya waktu ‘peak hour’ Instagram adalah paling mahal!

Bayaran serendah RM1,500 dikenakan bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.

Instagram

Manakala, caj sebanyak RM3,000 pula dikenakan untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Model muslimah terkenal, Felixia Raisyyah Rania pula mengenakan caj sekitar RM2,000 mengikut review yang diinginkan pelanggan.

Walaupun kedengaran mahal, tapi mungkin keuntungan yang dikaut oleh para peniaga yang membuat review tersebut berganda-ganda.

Yelah, siapa tahu kan?

BACA INI JUGA: Nora Danish Artis Paling Popular Di Instagram

sumber: mynewshub

Tuesday, June 10, 2014

Nora Danish Artis Paling Popular Di Instagram

Nora Danish Artis Paling Popular Di Instagram

Pelakon Nora Danish meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 828,000 orang.

Nora Danish

Pemantauan rambang mStar Online pada Isnin sehingga pukul 4 petang mencatatkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menduduki tempat kedua dengan memperoleh 622,000 pengikut.

Pelakon Lisa Surihani pula mempunyai 601,000 pengikut yang melayakkannya menduduki tempat ketiga.

Satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai antara lima teratas ialah pelawak Zizan Razak yang mempunyai pengikut seramai 589,000 orang.

Manakala tempat kelima diikuti oleh kekasih Zizan iaitu Emma Maembong dengan 588,000 pengikut.

Berdasarkan tiga artis yang tersenarai pilihan tertinggi, Nora banyak memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara.

Instagram

Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama.

Secara purata, setiap gambar yang dimuat naik Nora itu mendapat jumlah like daripada 15,000 hingga 30,000 orang.

Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 5,563.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza pula banyak mengabadikan aktiviti harian dengan memuat naik rakaman video ketika membuat persembahan, rakaman di studio, aktiviti riadah dan juga ketika di dapur.

Malah Siti turut berkongsi cerita masakannya dengan peminat dan juga makanan yang dipilih ketika sarapan.

Secara purata Siti mendapat lebih 15,000 like dan setakat ini telah memuat naik sebanyak 2,388 status.

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami, dan juga gambar bersama rakan-rakan artis.

Tidak ketinggalan gambar di set penggambaran untuk dikongsi dengan peminat.

Lisa turut mengunakan Instagram miliknya dengan memasukkan rakaman video aktiviti-aktiviti terpilih.

Lisa berjaya mendapat jumlah like teritinggi melebihi 55,000 menerusi rakaman videonya. Pelakon ini telah memuat naik staus sebanyak 2,718.

Bagaimanapun jika dibuat perbandingan menerusi laman Twitter pula, Lisa antara artis paling popular dengan meraih 2.1 juta pengikut, Siti Nurhaliza (1.4 juta) dan Nora Danish (1.2 juta).

Berikut ini 15 senarai artis paling ramai pengikut di Instagram.
  1. Nora Danish – 828,000
  2. Datuk Siti Nurhaliza – 622,000
  3. Lisa Surihani – 601,000
  4. Zizan Razak – 589,000
  5. Emma Maembong – 588,000
  6. Shila Amzah – 558,000
  7. Scha Al-Yahya – 525,000
  8. Fazura – 500,000
  9. Elfira Loy – 493,094
  10. Fasha Sandha – 438,000
  11. Aaron Aziz – 419,000
  12. Neelofa – 409,000
  13. Nelydia Senrose – 403,000
  14. Erra Fazira – 364,000
  15. Nabila Huda – 357,000

BACA INI JUGA: 5 Rahsia Kejayaan Laman Sosial Instagram

sumber: mstar

Sunday, January 19, 2014

Nora Danish Enggan Komen Isu Ilmu Sihir

Nora Danish Enggan Komen Isu Ilmu Sihir

Baru-baru ini, tersebar berita mengenai ibu kepada aktres Fasha Sandha, Hatijah Teh Man mengeluarkan status agak keras menerusi akaun Facebook miliknya setelah ada pihak yang mendakwa keluarganya mempunyai kaitan dengan penggunaan ilmu sihir.

Nora Danish

Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada peminat Nora Danish kerana mereka menghentam Fasha dan mengaitkan Fasha dengan ilmu sihir.

Hatijah menerusi status itu juga mendakwa Nora sendiri pernah bercakap mengenai ilmu sihir dan percakapan itu seakan-akan menuduh keluarga mereka terlibat dengan perbuatan syirik itu.

“Saya enggan besarkan cerita. Saya sayang anak saya lebih daripada segala-galanya. Dia (Hatijah) merupakan nenek kepada adik Rayqal, jadi dia punya perkaitan dengan anak saya.

"Jadi, saya tak mahu komen sebab anak saya penting daripada perasaan saya sendiri,” jelas Nora apabila diminta mengulas tentang perkara ini.

Jelas heroin ‘Aku Terima Nikahnya’ ini lagi dia berasa terkejut apabila mengetahui berita ini. Mengakui yang dia tidak mengikut perkembangan Hatijah di laman sosial, Nora mendapat tahu tentang isu ini apabila ada rakan yang memaklumkan kepadanya.

(Baca: Top 10 Pelakon Lelaki Bollywood Paling Kaya)

Mengulas mengenai kemungkinan segelintir orang akan memberikan tohmahan kepadanya apabila isu begini timbul, Nora hanya mengambil pendekatan mudah.

“Saya hanya boleh diamkan diri, hanya untuk anak saya walaupun saya ditohmah. Bagi saya, orang sekarang sudah bijak dan pandai menilai yang mana baik, yang mana buruk,” ujar Nora.

Ketika ditanya mengenai tindakannya memuat naik foto berkenaan doa untuk dijauhkan daripada ilmu sihir di akaun Instagramnya, Nora ada penjelasan tersendiri mengenai perkara ini.

“Orang mungkin salah faham. Umum tahu, sebelum ini ada banyak berita mengenai gangguan ilmu sihir di kalangan selebriti, jadi apa salahnya dengan doa sebegitu. Saya mempunyai kelompok ‘haters’, begitu juga dengan Fasha.

"Apabila saya memuat naik gambar tersebut, ‘haters’ mula menjalankan tugas mereka. Jadi timbul salah faham di situ.

"Apapun, hubungan saya dan Fasha masih dalam keadaan baik.

"Tempoh hari, Fasha ada menghadirkan diri ke majlis doa selamat sempena hari lahir Rayqal,” ujar Nora mengakhiri perbualan.

Sumber: GUA

Thursday, December 12, 2013

Gambar Nora Danish Berbikini Di Thailand!

Gambar Nora Danish Berbikini Di Thailand!

Hujung tahun sememangnya masa terbaik untuk bercuti bersama orang tersayang dan rakan-rakan rapat.

Dimorian Crew

Setelah terbang ke Eropah baru-baru ini, sekali lagi Nora Danish, Nadeem dan rakan-rakan mereka yang diberi nama “Dimorian Crew” melancong ke Thailand pula.

Paling cool dan stylo apabila kesemua yang terlibat di dalam trip ini memakai baju T-shirt yang dicetak dengan wajah Nadeem.

Dimorian Crew
Dimorian Crew
Dimorian Crew

Memang sempoi habis. Nampak gaya perancangan untuk percutian ini telah dilakukan lama. Pasti seronok dapat berehat bersama rakan-rakan yang sekepala.

Di bawah adalah gambar terkini percutian hangat geng Dimorian Crew di Thailand.

Dimorian Crew

Apa yang menarik dan hangat ialah aksi berbikini ahli-ahli wanitanya ketika mandi manda di lautan.

Dimorian Crew
Dimorian Crew

Dan Nora Danish? Entah, tak perasan pula, tapi sempat juga beliau twitkan sesuatu:

Dimorian Crew

"Pada siapa yang mengfitnah dan mengeji di laman sosial, get rest now, or go on holiday," ujar Nora Danish yang ikut serta dalam percutian itu bersama teman tapi mesranya Nedim Nazri.

Sumber: Pilihan-anda.blogspot.com

Wednesday, November 13, 2013

Video Gwiyomi Nora Danish Dipuji Bintang Korea!

Video Gwiyomi Nora Danish Dipuji Bintang Korea!

Pada awalnya tindakan untuk membuat gaya Gwiyomi hanya sekadar suka-suka. Tetapi dalam pada dia meraih tontonan mencecah lebih satu juta di Youtube, siapa sangka aksinya itu turut ditonton oleh penyanyi asal lagu tersebut iaitu bintang dari Korea, Hari.

Gwiyomi Nora Danish

Ketika kunjungannya ke tanah air baru-baru ini, Hari menyifatkan video parodi Gwiyomi Nora adalah yang terbaik pernah ditontonnya. Malah Hari menyatakan hasrat mahu berkolaborasi dengan pelakon comel ini.

“Saya rasa sungguh terharu. Tak sangka dalam banyak-banyak parodi, dia tengok video saya. Saya terkejut bila dapat tahu dia sukakan video tu.

Saya buat video tu pun mulanya hanya sekadar suka-suka”, kata Nora Danis tatkala diminta mengulas mengenai kenyataan Hari itu.

(Baca: Video Aksi Gwiyomi Super Cute Nora Danish)

Tambah Nora yang ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2013, dia sememangnya berbesar hati sekiranya dapat berjumpa dengan penyanyi berusia 23 tahun itu.

Namun pertemuan mereka tidak dapat dibuat kerana masing-masing sibuk dengan kerja.

“Sepatutnya memang saya nak jumpa dia. Tapi saya dapat tahu saat-saat akhir dan masa tu pula saya sangat sibuk. Jadi tak dapat lah kami berjumpa”, katanya.

Sementara itu, Nora yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2013 meluahkan rasa syukurnya atas percalonan tersebut. Nora tercalon menerusi filem Mencari Cinta.

“Dalam pada timbul cerita-cerita gosip saya, sekurang-kurangnya ada pihak yang melihat bakat saya. Bagi saya percalonan ini untuk keluarga saya yang banyak menyokong saya walau dalam apa pun keadaan”, katanya yang sudah berkecimpung dalam dunia lakonan selama 10 tahun.

Sumber: Malaysian Digest

Wednesday, August 14, 2013

Gambar Hot Nora Dan Nadeem Di Bali

Gambar Hot Nora Dan Nadeem Di Bali

Nampaknya masih menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan anak VIP, Nadeem Nazri, namun Nora Danish dilihat semakin terbuka mempamerkan gambar-gambar romantik dan mesranya di laman Instagram bersama jejaka tersebut.


Nora dan Nadeem bersama-sama ibu, kakak dan anaknya baru-baru ini berlepas ke Bali untuk bercuti melihat keindahan kawasan pelancongan terkenal di Indonesia itu.

Kalau benar pun Nora bersama Nadeem, rasanya tak salah kerana kedua-duanya pun sudah ‘bujang’ kembali dan tidak terikat dengan sesiapa.

Malah kebanyakan peminat Nora di laman Instagramnya melahirkan perasaan gembira dan teruja mereka sekiranya benar aktres kesayangan mereka itu kini sedang dilamun cinta dengan Nadeem.


Apa-apa pun kita doakan sahaja yang terbaik buat Nora dan Nadeem. Jika ada jodoh tak kemana.

Tak gitu?

-Mynewshub