Monday, February 06, 2017

'Angin Beranak' Punca Bisikan Ghaib Suruh Ibu Kelar Bayi!

'Angin Beranak' Punca Bisikan Ghaib Suruh Ibu Kelar Bayi!

Penyakit 'gila meroyan' juga disebut 'angin beranak' disyaki sebagai punca seorang ibu sanggup mengelar anaknya sendiri sehingga maut dalam satu kejadian terbaru di Kelantan.

Anak

Ahli keluarga seorang wanita yang tergamak menyembelih anaknya sendiri di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kota Bharu, mendakwa suri rumah berusia 32 tahun itu bertindak di luar kawalan selepas mendengar bisikan ghaib.

Ibu suspek, Mariam Ismail, 56, yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, anaknya mendakwa suara-suara tersebut menyuruhnya menutup muka, Nur Areesa Sofea Jiry, dua bulan, dengan bantal dan mengelarnya dengan menggunakan pisau.

Mariam berkata, dia percaya anaknya yang hanya dipanggil sebagai Fadhilah, tidak berniat untuk bertindak demikian kerana cukup menyayangi anak bongsunya, Nur Areesa.

“Seluruh ahli keluarga reda dengan kejadian tersebut dan menyifatkan ia sudah ditakdirkan.

"Saya sempat bertemu dengan Fadhilah selepas kejadian itu dan dia memberitahu ada terdengar bisikan ghaib yang menyuruhnya bertindak demikian.

“Fadhilah beritahu saya, suara itu menyuruhnya menutup Nur Areesa menggunakan bantal.

"Bukan itu sahaja, suara tersebut juga menyuruh Fadhilah mengelar anaknya itu menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jal Kechik, Tumpat.

BACA INI JUGA: Jangan Biarkan Isteri Stress Walaupun Sedikit Selepas Bersalin!

Sumber: kosmo

Tuesday, January 31, 2017

Video Ngeri Pengunjung Zoo Maut Dibaham Harimau!

Video Ngeri Pengunjung Zoo Maut Dibaham Harimau!

Satu insiden ngeri melibatkan seorang lelaki warga China dibaham seekor harimau di sebuah zoo di China menjadi viral di media sosial selepas video tragedi berkenaan dimuat naik ke laman sosial.

Zhang

Harimau yang membahamnya ditembak mati oleh pengurusan Taman Hidupan Liar Youngor di Ningbo.

Menurut South China Morning Post, rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial menunjukkan mangsa di heret seekor harimau disaksikan beberapa beberapa harimau lagi.

Usaha menyelamat mangsa mengambil masa lebih sejam dengan kakitangan zoo menggunakan pelbagai cara, termasuk mercun dan meriam air namun harimau itu enggan melepaskan mangsanya sebelum akhirnya ia ditembak mati.

Lelaki itu dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Menurut kenyataan Kumpulan Pengurusan Pelancongan Daerah Ningbo Oriental Fortune yang menguruskan zoo berkenaan, dua lelaki dikenali sebagai Zhang dan rakannya, Li, tidak membeli tiket masuk.

Zhang

Rakaman CCTV menunjukkan mereka memanjat tembok luar di sebelah utara zoo, tidak menghiraukan papan tanda amaran bahaya namun hanya Zhang memanjat satu lagi tembok tiga meter yang memagari kawasan harimau sebelum dia diserang haiwan buas itu.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua mereka datang bersama keluarga namun isteri dan dua anak Zhang masuk menggunakan tiket.

Bayaran masuk ialah 130 yuan (RM83.76) untuk dewasa dan 70 yuan (RM45) untuk kanak-kanak.

Menurut keluarganya, Zhang, 40, berasal dari Hubei, dan bekerja Ningbo sejak 2000 dengan pendapatan beberapa ribu yuan sebulan (1,000 yuan = RM644.3).

Saksikan videonya dibawah.

BACA INI JUGA: Anak Pemberontak Harimau Tamil Dibunuh Secara Sadis



Sumber: hmetro

Tuesday, November 01, 2016

Laluan Pelajar Sekolah Kampung Atule Paling Menakutkan Di Dunia!

Laluan Pelajar Sekolah Kampung Atule Paling Menakutkan Di Dunia!

Jika anda adalah seorang pelajar sekolah yang malas dan selalu merungut kerana terpaksa berjalan kaki ke sekolah setiap hari, anda pasti akan bersyukur jika melihat gambar ini.

ATULE VILLAGE

Di China, anda pastinya kecut perut apabila melihat gambar kanak-kanak sedang berpaut pada tangga yang diperbuat dari akar pokok di tebing curam sebuah gunung semata-mata untuk ke sekolah.

ATULE VILLAGE

Gambar berkenaan viral selepas media kerajaan, Beijing News mendedahkan perkara tersebut.

ATULE VILLAGE

Menurut laporan CNN, tangga yang digunakan berukuran 800 meter panjang dan penduduk dan murid dari kampung atas gunung terpencil, Atule terpaksa melaluinya setiap hari.

ATULE VILLAGE

Pada masa lampau, terdapat kes penduduk dan murid maut akibat terlepas pautan dari tangga berkenaan.

ATULE VILLAGE

Walau bagaimanapun, penduduk kampung Atule sudah memulakan pembinaan tangga baru yang menggunakan 1,500 batang paip Ogos lepas.

ATULE VILLAGE

Tangga baru dijangka siap awal November tahun 2016 ini.

Menakutkan tapi sungguh menakjubkan dalam masa yang sama kan..

BACA INI JUGA: Giler! Terpaksa Melalui Jurang Maut Untuk Ke Sekolah

Sumber: SH

Thursday, October 20, 2016

Tekak Berlubang Selepas Makan Lada Paling Pedas!

Tekak Berlubang Selepas Makan Lada Paling Pedas!

Satu lubang terbentuk di tekak seorang lelaki selepas memakan salah satu lada paling pedas di dunia, Ghost Pepper, di Amerika Syarikat.

Ghost Pepper

Laporan Fox News mengatakan, lelaki berumur 47 tahun berkenaan memasukkan lada tersebut ke dalam burgernya untuk satu pertandingan makanan.

Selepas memakan lada tersebut, mangsa mula muntah tanpa henti dan menyebabkan tekaknya berlubang.

Keadaan tersebut yang dikenali sebagai sindrom Boerhaave mempunyai risiko maut yang tinggi.

Walaupun berjaya diselamatkan selepas dibedah doktor, mangsa terpaksa ditahan untuk rawatan di hospital selama 23 hari.

Kepedasan lada diukur menggunakan skala Scoville dan Ghost Pepper mempunyai ukuran lebih sejuta.

Untuk perbandingan, lada hitam 'sweet bell' mempunyai ukuran 0, lada Tobasco (100) dan lada Jalapeno mempunyai ukuran 2,500.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Cili Yang Paling Pedas Di Dunia?

Sumber: SH

Friday, October 14, 2016

Video Bapa Hempap Anak Hingga Maut Akibat Patah Leher!

Video Bapa Hempap Anak Hingga Maut Akibat Patah Leher!

Satu rakaman kamera litar tertutup di China merakamkan aksi seorang bapa sedang menarik tangan anaknya di belakang ketika berjalan menyelusuri sebuah pasar raya.

Death

Malangnya, tindakan itu mengundang nasib malang pada anak lelakinya apabila bapanya dirakam terjatuh lalu menghempap anak kecil itu.

Menurut sebuah laman antarabangsa, tindakan anak yang menarik tangan bapanya menyebabkannya hilang keseimbangan badan lalu jatuh ke atasnya secara tidak sengaja.

Menerusi video yang tersebar, seorang wanita yang kebetulan ada berhampiran dengan pantas menghulurkan bantuan.

Wanita tersebut dilihat merangkul kanak-kanak itu yang sudah dalam keadaan terkulai sebelum diserahkan kepada bapanya.

Death

Menurut South China Morning Post yang memetik laporan daripada Guangzhou Television, kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Kanak-kanak malang itu kemudiannya disahkan meninggal dunia kerana mengalami patah leher akibat dihempap bapanya.

Video berkenaan menjadi viral di negara China menerusi media sosial mengingatkan ibu bapa supaya berhati-hati kerana bahaya ada di mana-mana sahaja.

BACA INI JUGA: Video Ngeri Hidung Putus Dipancung Pedang!



Sumber: Mynewshub

Saturday, September 17, 2016

Lelaki Dedahkan Saat Ngeri Dan Menakutkan Implan Bibir ‘Meletup’

Lelaki Dedahkan Saat Ngeri Dan Menakutkan Implan Bibir ‘Meletup’

Henry, 20, dari Wells-Next-To-Sea, Norfolk, yang ketagih untuk membesarkan bibirnya, terkejut apabila bibir yang telah disuntik dengan implan tiba-tiba pecah dan mengeluarkan darah serta nanah.

Henry lips ‘explode’

Henry berkata dia mengalami ketagihan untuk membesarkan bibir dan melakukannya beberapa bulan sekali kerana dia gembira dengan bibir besar yang dimilikinya melalui suntikan implan.

Ketika menceritakan pengalaman menakutkan itu, Henry berkata ketika bibir tersebut `meletup’, dia sedang membeli telefon bimbit di sebuah kedai.

Henry lips ‘explode’ [2]

“Saya sedang memilih telefon bimbit apabila saya merasakan bibir saya tiba-tiba membengkak dan ia kemudiannya meletup, menyebabkan darah dan nanah menitik ke atas telefon bimbit berkenaan.

“Penjual telefon berkenaan terkedu melihat keadaan tersebut,’’ katanya ketika muncul dalam siri televisyen E4 bertajuk Body Fixers. Henry berharap pakar-pakar dapat membantunya.

Henry

Pakar aesthetic, Dr Esho berkata Henry perlu menjalani pembedahan untuk membuang implan dibibirnya bagi menghalang bibir berkenaan daripada jangkitan.

“Kes Henry ini mungkin salah satu kes paling buruk pernah saya kendalikan di mana bibir mengalami jangkitan.

Henry

"Malah, ketika dia dibawa ke rancangan ini, saya terus memberitahu dia perlu dibawa ke bilik bedah,’’ kata Dr. Esho.

BACA INI JUGA: Ngeri! Implan Payudara Tersembul Keluar

Sumber: Mynewshub

Monday, August 08, 2016

Video Samir Ait Said, Gimnas Perancis Patah Kaki Di Olimpik Rio

Video Samir Ait Said, Gimnas Perancis Patah Kaki Di Olimpik Rio

Atlet gimnas lelaki pasukan Perancis, Samir Ait Said melalui pengalaman menyedihkan pada hari pertama pembukaan Sukan Olimpik Rio apabila kaki kirinya patah ketika peringkat saringan.

Samir Ait Said

Gimnas berusia 26 tahun itu patah kaki selepas tersasar dari landasan mendaratnya.

Samir Ait Said [2]

Samir yang merupakan pemegang pingat emas Kejohanan Gimnastik Eropah pada 2013, kemudiannya melambaikan tangan kepada penonton sebaik dirinya dibawa keluar mengunakan pengusung oleh petugas paramedik.

Samir Ait Said [3]

Akibat kecederaan yang dialami, nampaknya penyertaan Samir di Olimpik Rio 2016 kali ini sudah tertutup.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Wanita Incredible Hulk



Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, August 02, 2016

Luke Aikins, Cipta Rekod Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun!

Luke Aikins, Cipta Rekod Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun!

Seorang bekas pelakon lagak ngeri dari Amerika Syarikat, Luke Aikins; 42, mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama melakukan terjunan bebas tanpa menggunakan payung terjun, semalam.

Luke Aikins

Sejarah tercipta apabila Luke terjun pada ketinggian 25,000 kaki di udara tanpa menggunakan apa-apa alat perlindungan keselamatan disematkan ke atas dirinya.

Luke mempersiapkan dirinya untuk aksi berani mati ini sejak setahun setengah lalu.

Terjunan dengan kelajuan 193 kilometer sejam di Simi Valley, California itu telah disiarkan secara langsung stesen televisyen Fox.

Kejayaannya mendarat di atas jaring diraikan ribuan pengunjung yang berdebar menyaksikan aksi lagak ngeri itu.

Luke yang juga merupakan juruterbang telah melakukan sebanyak 18,000 terjunan udara dengan pelbagai aksi sejak berusia 12 tahun lagi.

Dia juga merupakan penasihat keselamatan dan penggendali Persatuan Penerjun Udara Amerika Syarikat.

BACA INI JUGA: Mereka Ahli Silap Mata Bertaraf Dunia!



Sumber: Mynewshub.cc