Saturday, November 17, 2012

Mencuri Kerana Anak Lapar! Mana Tanggungjawab YB Kita Yang Kaya-raya?

Mencuri Kerana Anak Lapar! Mana Tanggungjawab YB Kita Yang Kaya-raya?

Membaca berita dibawah menyebabkan saya selalu terfikir, dimana tanggungjawab kerajaan dalam membantu rakyatnya ketika mereka dalam kesusahan. Negara kita bukannya miskin, projek juta-juta malah berbilion-bilion!

Ramai juga rakyat negara ini yang tinggal dalam rumah buruk! Ada anak-anak yang tercicir dalam persekolahan kerana tiada wang untuk berbelanja!

YB kita juga sangatlah kaya-raya, siapa yang berani nak nafikan!? Mungkin jawapan terbaik yang mereka boleh berikan ialah, sila berjumpa dengan jabatan itu dan ini untuk memohon bantuan!

“Saya ambil susu itu kerana mahu menjualnya bagi membeli makanan anak,” kata seorang bekas tentera kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Jessica Daimis ketika ditanya alasannya mencuri sebungkus susu tepung jenama Anlene Gold, semalam.


Mohamad Sobir Kashim, 32, dari Padang Serai, Kedah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga bulan bermula semalam.

Tertuduh dalam rayuannya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana tidak sanggup melihat anak perempuannya berusia sembilan tahun menahan lapar.

Tertuduh didakwa mencuri sebungkus susu jenama Anlene Gold seberat 660 gram bernilai RM21.99 di Pasar raya Jaya Gading, Semambu pada 13 November lalu jam 2.15 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari yang memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal.

Jessica dalam penghakimannya berkata, walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod lampau, namun ia perlu mengambil kira kesalahan itu yang dilihat serius dan sering berlaku dalam masyarakat akhir-akhir ini.

“Sebagai bekas tentera, kamu tidak sepatutnya melakukan kesalahan itu dan selepas mengambil kira rayuan kamu, hukuman penjara tiga bulan dilihat setimpal dengan kesalahan itu,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga pekerja di pasar raya berkenaan melihat tertuduh masuk ke premis berkenaan dan menuju ke bahagian menjual susu tepung.

Tertuduh kemudian dilihat mengambil sebungkus susu tepung dan memasukkannya dalam sebuah beg silang dipakai sebelum keluar tanpa membuat pembayaran.

Curiga dengan gelagat tertuduh, pengadu menahan tertuduh di pintu depan pasar raya itu dan hasil pemeriksaan menemui sebungkus susu tepung disorokkan di dalam beg dan terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

-Hmetro

Gali Lubang Bawah Tanah Rompak Mesin ATM

Gali Lubang Bawah Tanah Rompak Mesin ATM

Geng pencuri ini bernama "The Gang Mole," menggali 100 kaki (30 meter) terowong di bawah tempat parkir dalam usaha merompak mesin ATM di sebuah kedai yang menjadi sasaran.


Mereka mengambil masa selama 6 bulan untuk menggali bahagian bawah tanah dari laluan kereta api ke mesin ATM di tepi Fallowfield, Manchester Blockbuster. Dan ternyata selepas itu amat mudah bagi mereka merompak duit yang banyak!


-Izismile.com

Friday, November 09, 2012

Nenek Terbabit Penipuan RM10 Juta Ditahan Polis

Nenek Terbabit Penipuan RM10 Juta Ditahan Polis

Seorang nenek berusia 61 tahun yang sering berpindah randah bagi menyembunyikan diri selepas disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan dana korporat bernilai RM10 juta ditahan di sebuah kondominium di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang Jaya, di sini kelmarin.


Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kira-kira jam 1 tengah hari hasil risikan yang dibuat sejak Ogos lalu.

Timbalan Pengarah II, JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata, hanya wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut manakala ahli keluarganya yang lain tidak ditahan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan rakan sejenayah wanita itu yang masih bebas,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita warga emas itu tinggal menyewa di kondominium berkenaan sejak tiga bulan lalu.

-Hmetro

Wednesday, November 07, 2012

Lumayan! RM3 Juta Hasil Samun Rumah Kediaman

Lumayan! RM3 Juta Hasil Samun Rumah Kediaman

Baru tiga bulan bergiat aktif, sekumpulan penyamun mampu mengaut keuntungan kira-kira RM3 juta hanya dengan menyamun 11 kediaman di sekitar daerah Serdang sejak Ogos lalu.

Barang yang dirampas daripada suspek kes pecah rumah.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun akhirnya tumpas apabila polis menahan dua lelaki berusia 29 dan 30 tahun selepas terserempak dengan mereka yang berada dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 10 malam di Jalan Bandar 3, di Puchong, dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dua lelaki terbabit menaiki sebuah kereta Proton Wira dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Dua suspek terbabit bagaimanapun enggan memberhentikan kereta walaupun diarah, sebaliknya terus memecut ke arah Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sebelum dipintas kereta peronda polis.

“Berlaku sedikit pergelutan antara anggota dan suspek terbabit, namun mereka berjaya diberkas,” katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, lima lagi suspek termasuk tiga wanita warga asing iaitu dua warga Thailand dan seorang Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Jalan Putra Mas, Kuala Lumpur, kira-kira jam 6.30 pagi.

Katanya, hasil tangkapan kedua, pihaknya membuat serbuan ketiga di sebuah hotel di Off Jalan Klang Lama, di Puchong dan berjaya menahan tiga lelaki kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu.

“Semua yang ditahan berusia antara 22 dan 45 tahun serta mempunyai rekod jenayah lampau bersabit pelbagai kes antaranya samun, pecah rumah dan dadah.

-Hmetro

Saturday, November 03, 2012

Perompak Guna Bas Sekolah Larikan RM70K

Perompak Guna Bas Sekolah Larikan RM70K

Sekumpulan penjenayah, sebahagian besarnya bermotosikal turut menggunakan sebuah bas sekolah untuk mengangkut pelbagai kelengkapan penunggang motosikal berkuasa besar terutama jaket kulit yang dicuri daripada sebuah kedai di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.


Jenayah berlaku pada jam 5.30 pagi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, Alpinestars Shop Malaysia menunjukkan sekurang-kurangnya lapan lelaki terbabit kejadian itu.

Rakaman itu menunjukkan tujuh penjenayah terbabit menaiki motosikal serta memakai topi keledar manakala seorang lagi memandu bas sekolah dan mereka mengambil masa hanya tiga minit untuk mencuri barangan bernilai hampir RM70,000.

Pengurus Besar, Alpinestars Shop Malaysia, Rudi Fariq berkata, ini kali pertama kedai syarikat berkenaan dirompak dan beliau percaya ia sudah dirancang kumpulan terbabit.

“Kalau lihat pada rakaman CCTV, cara mereka lakukan rompakan sangat teratur dan hanya beberapa minit diambil untuk melarikan barangan kami bernilai hampir RM70,000.

-Hmetro
Pencuri Tertangkap Selepas Tidur Kekenyangan

Pencuri Tertangkap Selepas Tidur Kekenyangan

Perbuatan seorang pencuri yang menjamu selera dengan nasi berlauk daging di rumah banglo tiga tingkat yang dicerobohinya membawa padah apabila ditangkap selepas tertidur kekenyangan di atas sofa di depan televisyen.


Dalam kejadian di Jalan Dato’, dekat sini pada Selasa lalu itu, kehadiran lelaki itu disedari pemilik rumah, Kamsiah Wan Othman, 59, kira-kira jam 8.15 pagi ketika mahu mengemas bilik tidurnya sejurus menunaikan solat Subuh dan menyediakan sarapan.

Lebih mengejutkan, daripada sisa nasi yang dimakan dipercayai pencuri berumur 35 tahun itu membawa bekalnya sendiri kerana nasi berlaukkan daging dan pinggan yang digunakan bukan milik tuan rumah.

Anak Kamsiah, Faisal Zainal Nordin, 30, berkata, sebelum keluar dari bilik tidur untuk mengambil wuduk kira-kira jam 6 pagi, ibunya menyedari terdapat tiga beg dan satu bungkusan di laluan keluar dari bilik tidur tetapi menyangka ia milik adik-beradiknya yang lain.

“Apabila selesai menyediakan sarapan dan mahu masuk ke bilik tidur semula, mak terkejut melihat seorang lelaki nyenyak tidur di atas sofa di tingkat dua rumah, sebelum mak bertanya kepada saya sama ada membawa kawan tidur di rumah atau tidak ketika saya sampai di rumah mak kira-kira jam 8 pagi.

“Terkejut dengan pertanyaan mak saya segera pergi melihat lelaki itu lantas mengejutkannya daripada tidur dan ketika itu berlaku pergelutan kerana dia cuba melarikan diri sebelum berjaya ditangkap. Pada masa sama, adik saya, Saifullah, 21, menghubungi polis,” katanya sambil mengakui banglo itu dihuni ibu bapanya, dua adiknya dan seorang anak saudara.

Katanya, bapanya, seorang merupakan pengusaha kilang papan yang terlebih dahulu bangun daripada tidur untuk ke masjid juga tidak menyedari kehadiran lelaki berkenaan di rumah mereka.

Apabila diperiksa tiga beg dan bungkusan yang terletak di laluan berdekatan bilik tidur ibunya tidak jauh dari lelaki itu tidur, ia mengandungi sebanyak 10 utas jam tangan pelbagai jenama, seunit telefon bimbit, dua bentuk cincin suasa dan seunit ‘walkman’ yang merupakan barangan dicuri dari rumah mereka.

“Di belakang sofa tempat suspek tidur pula, kami temui sisa nasi berlaukkan daging goreng dan petai dalam pinggan dan di sebelahnya terdapat biskut raya yang pada asalnya kami letakkan di dapur. Mungkin dia makan biskut selepas makan nasi lalu tertidur,” katanya yang percaya suspek memecah masuk rumahnya melalui tingkap sekitar jam 3 pagi.

-Mynewshub.my

Thursday, November 01, 2012

Warga Emas Maut Mulut Diikat Dengan Tuala Oleh Perompak

Warga Emas Maut Mulut Diikat Dengan Tuala Oleh Perompak

Seorang wanita warga emas yang tinggal sendirian, maut dipercayai akibat sesak nafas selepas mulutnya diikat dengan tuala oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Lorong Keriang di sini hari ini.

Beberapa anggota polis mengusung mayat warga emas, G. Supama, 68.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, G. Supama, 68, ditemui terbaring di atas lantai sebuah bilik di tingkat bawah rumahnya dengan tangan dan mulutnya diikat dengan tuala oleh jirannya yang sebelum itu terdengar bunyi bising di rumah itu.

Jiran wanita itu, Chua Chong Kong, 53, berkata dia terdengar bunyi bising dalam rumah mangsa sebelum bersama beberapa rakan pergi ke rumah mangsa untuk melihat keadaan sebenar mangsa yang tinggal bersendirian setelah kematian suami beberapa tahun lepas.

"Kami terpaksa pecah pintu pagar rumah mangsa selepas mangsa tidak menyahut panggilan. Pintu rumah mangsa sudah terbuka dan (kami) terus masuk untuk melihat keadaan mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Chua berkata mereka terkejut melihat mangsa terbaring di atas lantai sambil tangan dan mulutnya diikat dengan tuala, dan ketika itu mangsa masih bernafas.

"Kami angkat mangsa ke ruang tamu untuk memberi bantuan kecemasan dan tidak lama kemudian mangsa tidak lagi bernafas," katanya.

-Sinarharian
DJ Hot FM Disamun RM5,000

DJ Hot FM Disamun RM5,000

Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu kerugian wang hantaran perkahwinannya sebanyak RM5,000 apabila disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat dalam kejadian di Jalan Pusara, semalam.


Mohd Hermansani Aminudin, 29, atau lebih dikenali sebagai Bell di kalangan pendengar stesen itu berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam ketika dia dalam perjalanan untuk menemui rakan di sebuah warung di Jalan Kamaruddin, selepas pulang dari bank di pusat bandar.

Menurunya, ketika tiba di tempat kejadian, kereta dipandunya dipintas sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang menutup sebahagian muka mereka dengan kain dan bertopi keledar.

“Secara tiba-tiba, penunggang terbabit menjatuhkan motosikalnya di hadapan kereta menyebabkan saya terpaksa memberhentikan kenderaan yang dipandu dalam kelajuan kira-kira 30 kilometer sejam.

“Mereka kemudian meluru ke arah saya sebelum salah seorang daripada lelaki terbabit menarik saya yang sudah keluar dari kereta lalu mengacukan sebilah pisau ke perut manakala rakannya bertindak menyelongkar dalam kenderaan.

“Mereka menggeledah kereta saya dan menemui satu sampul surat mengandungi baki wang hantaran RM5,000 diletakkan dalam ruang simpanan di papan pemuka.

Katanya, dia menyedari diekori seorang penunggang motosikal beberapa kali sejak awal bulan lalu ketika pulang ke rumah dari tempat kerja, tetapi tidak mengesyaki individu terbabit berniat buruk terhadapnya.

-Hmetro

Saturday, October 27, 2012

Nenek Tua Ditetak Penyamun

Nenek Tua Ditetak Penyamun

Dua beranak terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini di hospital apabila cedera ditetak dua penyamun dengan parang yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Simpang Empat Sedaka, Yan dekat sini awal pagi semalam.

Gambar hiasan

Dalam kejadian pukul 5.20 pagi itu, Azizan Hanafi, 64, mengalami lima kesan luka di kepala dan belakang badan serta terpaksa menerima hampir 50 jahitan.

Menantunya, Mohd. Fakhzan Nasir, 34, yang merupakan Pegawai Perpaduan Kuala Muda/Yan pula menerima dua jahitan di kepala dan cedera di tapak tangan kanan akibat diserang dua suspek itu yang masing-masing bersenjatakan parang.

Berikutan itu, kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

-Utusan.com.my

Wednesday, October 24, 2012

Penyamun Kelar Lengan Pemilik Kereta

Penyamun Kelar Lengan Pemilik Kereta

Seorang peniaga berusia 31 tahun bukan saja ditikam beberapa kali di bahu, malah kedua-dua tangannya turut dikelar sekumpulan tiga lelaki ketika bergelut sebelum kenderaan Mitshubishi Triton miliknya dilarikan dalam kejadian di Taman Layang-Layang, Sentul, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang berpaut pada pintu kenderaan miliknya itu sebaik kumpulan terbabit cuba melarikannya terpaksa melepaskan genggamannya selepas kedua-dua pergelangan tangannya dikelar seorang daripada suspek.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki terbabit berhenti di bahu jalan selepas dilanggar sebuah Toyota Harrier dari arah belakang sebelum didatangi tiga lelaki berusia lewat 20-an yang memaksanya menyerahkan kunci keretanya.

Sumber berkata, sebaik memperoleh kunci kereta berkenaan, semua suspek terbabit cuba masuk ke dalam kenderaan itu.

“Mangsa cuba memberkas seorang daripada suspek ketika penjenayah terbabit mahu masuk dalam kenderaan itu. “Tindakannya itu menyebabkan berlaku pergelutan sebelum suspek mengarahkan rakannya memecut,” katanya.

Sumber berkata, mangsa sempat berpaut pada pintu bahagian penumpang sebelah kiri kenderaan menyebabkannya diseret beberapa meter.

Mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan akibat dikelar di kedua-dua pergelangan tangannya melepaskan genggamannya itu.

Mangsa yang terpelanting ke bahu jalan menghubungi ahli keluarganya sebelum dibawa ke Hospital Selayang dan membuat laporan di Balai Polis Kepong.

-Hmetro