Wednesday, November 07, 2012

Lumayan! RM3 Juta Hasil Samun Rumah Kediaman


Baru tiga bulan bergiat aktif, sekumpulan penyamun mampu mengaut keuntungan kira-kira RM3 juta hanya dengan menyamun 11 kediaman di sekitar daerah Serdang sejak Ogos lalu.

Barang yang dirampas daripada suspek kes pecah rumah.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun akhirnya tumpas apabila polis menahan dua lelaki berusia 29 dan 30 tahun selepas terserempak dengan mereka yang berada dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 10 malam di Jalan Bandar 3, di Puchong, dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dua lelaki terbabit menaiki sebuah kereta Proton Wira dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Dua suspek terbabit bagaimanapun enggan memberhentikan kereta walaupun diarah, sebaliknya terus memecut ke arah Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sebelum dipintas kereta peronda polis.

“Berlaku sedikit pergelutan antara anggota dan suspek terbabit, namun mereka berjaya diberkas,” katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, lima lagi suspek termasuk tiga wanita warga asing iaitu dua warga Thailand dan seorang Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Jalan Putra Mas, Kuala Lumpur, kira-kira jam 6.30 pagi.

Katanya, hasil tangkapan kedua, pihaknya membuat serbuan ketiga di sebuah hotel di Off Jalan Klang Lama, di Puchong dan berjaya menahan tiga lelaki kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu.

“Semua yang ditahan berusia antara 22 dan 45 tahun serta mempunyai rekod jenayah lampau bersabit pelbagai kes antaranya samun, pecah rumah dan dadah.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon