Sunday, April 16, 2017

7 Perkara Yang Suami Rahsiakan Dari Isteri

7 Perkara Yang Suami Rahsiakan Dari Isteri

Banyak perkara yang boleh menyebabkan kecelaruan komunikasi dan hubungan dalam hubungan suami isteri yang adakalanya sangat sukar difahami.

7 Rahsia Suami Dari Isteri

Dalam perkongsian kali ini, ada 7 perkara rahsia yang biasanya tidak diberitahu oleh suami kepada isteri secara terus terang tetapi mereka sangat mendambakan perkara tersebut.

1. Suami mahu di hormati

Jika dipilih antara cinta atau rasa dihormati bagi lelaki dan suami, maka suami akan memilih untuk rasa dihormati berbanding rasa dicintai. Ini adalah sangat berbeza bagi wanita yang mana mahu dicintai.

Suami, terutama sekali lelaki Islam, telah diajar bahawa suami meruapakan ketua rumah tangga yang telah ditekankan dan diajar sejak kecil lagi bahawa merekalah yang akan menanggung keluarga.

Amat sukar bagi seorang lelaki untuk pulang ke rumah yang dirinya tidak dihormati justeru, isteri perlulah meletakan rasa hormat kepada suami sebagai asas dan keutamaan dalam rumah tangga.

Tiada hormat maka tiadalah cinta yang akan diberikan oleh suami dan amat sukar bagi seorang suami yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga yang apabila pulang kerumah tiada rasa hormat diberikan kepadanya.

Lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas wanita dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

"Maka wanita-wanita yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." Surah An-Nisa , Ayat 34

2. Suami ingin memiliki isteri yang setia

Apabila dikatakan memiliki isteri yang setia bukanlah bermakna memiliki isteri yang tidak curang namun, sifat curang pasangan merupakan cara yang paling cepat dan mujarab untuk menghancurkan sesebuah rumah tangga.

Suami memerlukan isteri atau wanita dalam hidupnya walaupun ada suami yang menyangka bahawa dia boleh hidup tanpa wanita. Hakikatnya, lelaki amat memerlukan seorang isteri.

Justeru, berilah apa yang suami inginkan iaitu kesetian, yang bermaksud memiliki isteri yang sentiasa ada bersama mereka ketika susah dan senang.

Lelaki sering memikirkan sama ada isteri mereka akan tetap bersama mereka jika berlaku masalah kewangan, kehilangan pekerjaan, dilanda penyakit yang menyebabkan kehilangan mata pencarian. Kegagalan dalam perniagaan atau suami terpaksa berhenti kerja untuk menyambung belajar atau ketika suami difitnah dan menyebabkan nama baiknya tercalar.

Kesetian merupakan asas dalam perhubungan bagi suami dan jika isteri setia pada suami, maka kesetian jugalah yang akan diberikan oleh suami kepada isteri.

3. Suami sentiasa mahu keperluan hubungan intim dipenuhi

Setuju atau tidak, hubungan intim merupakan satu keperluan bagi suami walaupun perkara ini tidak dibincang secara terbuka.

Namun, fisiologi dan biologi suami amat memerlukan hubungan intim sebagai salah satu perkara yang diinginkan dari isteri.

Menolak atau mencari alasan untuk tidak bersama suami merupakan salah satu perkara yang akan menyebabkan suami rasa di tolak dan tidak dihargai.

Hadis:

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya, ”Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.” Hadis riwayat Muslim

Jadi, berusahalah sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak suami. Jika berada dalam keadaan uzur atau tidak sihat, tolaklah dengan cara baik dan beritahu masa lain untuk bersama. Isteri juga boleh mengambil inisiatif untuk bersama suami. Ini akan menambahkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga.

Keinginan seks juga berkait rapat dengan 2 perkara di atas iaitu rasa hormat dan memilki isteri yang setia.

4. Suami secara semulajadi memikirkan tentang wanita lain

Maksud berfikir tentang wanita lain bukanlah bermaksud suami curang kepada isteri atau suami berfikir untuk kahwin dua atau suami berfantasi dengan perempuan lain.

Ini adalah lumrah dan sifat semulajadi dan perkara ini bukanlah rahsia dikalangan lelaki.

Untuk mengelakkan suami daripada berfikiran terlalu jauh memikirkan wanita lain, berikan 3 perkara asas yang disebutkan tadi, hormat, setia dan hubungan seks.

Insyallah, suami akan teragak-agak untuk mencari wanita lain jika 3 perkara ini dipenuhi dan akan suka serta berusaha untuk menggembirakan hati isterinya.

5. Suami suka mengembirakan hati isteri

Suami secara semulajadi mahu dan ingin mengembirakan hati isteri. Cara suami mengembirakan hati isteri adalah dengan berkerja kuat untuk mencari duit untuk keluarga. Kenapa suami berkerja kuat? Bukankah untuk mengembirakan hati isteri?

Kadang kala suami sanggup mengambil risiko berniaga untuk menambahkan pendapatan kelurga. Kenapa suami sanggup bersusah payah? Bukankah untuk memenuhi keperluan isteri?

Suami juga suka dan berusaha untuk memberi hadiah kepada isteri. Jadi pakailah dan hargailah pemberian suami walaupun begitu, isteri janganlah mengungkit dan mencari kesalahan suami tentang apa yang dia tidak lakukan untuk isteri.

Atau mencari jalan untuk menggaggalkan usaha suami untuk mengembirakan hati isteri. Contohnya dengan mempertikaikan harga barang yang dihadiahkan suami.

Ini akan menyebabkan suami kecewa dan rasa tidak dihormati. Rasa hormat merupakan perkara pertama yang diingini oleh suami yang tidak diberitahu kepada isteri.

6. Suami suka isteri yang sentiasa berpesan kepada mereka

Allah Berfirman dalam surah Al-Asr ayat 3, "Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Suami suka isteri yang sentiasa berpesan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Nasihat secara hikmah dari isteri ini akan menyebabkan suami rasa dan mahu menjadi suami dan muslim yang lebih baik. Jangan paksa suami, kerana tiada paksaan dalam Islam. Memaksa suami mungkin tidak akan berkesan langsung.

Isteri yang baik sentiasa berpesan kepada suami agar solat berjemaah dan masjid, meminta solat subuh bersama atau tolong kejutkan suami.

Puji kekacakan suami sekiranya dia bercukur atau mengemaskan diri. Perkara perkara kecil ini merupakan perkara yang disukai suami tetapi tidak diberitahu kepada isteri.

7. Suami mencintai isteri mereka tetapi tidak mempamerkannya

Ini merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka(sukan, kereta, gadjet atau politik).

Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.

Biasanya suami tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan kerap seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka.

Namun, suami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah membuktikan bahawa mereka mencintai isterinya.

Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan wanita yang mereka tidak cintai atau sukai.

Justeru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan.

Misalnya, suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami.

Jadi, kepada para isteri gunakan rahsia ini untuk faedah dan manfaat diri anda sebaik-baiknya.

BACA INI JUGA:

sumber: alhafiz

Saturday, April 08, 2017

16 Cara Paling Tepat Goda Lelaki

16 Cara Paling Tepat Goda Lelaki

Sebenarnya, tidak salah untuk seorang wanita memikat lelaki yang dirasakan terbaik sebagai peneman untuk sama-sama mengharungi hidup mereka, tambahan pula jumlah lelaki sekarang menjadi "limited edition" berbanding wanita.

Lelaki idaman

Pada zaman sekarang, tiada lagi istilah "perigi mencari timba" kerana ia bukanlah suatu perkara yang pelik atau malu untuk dilakukan, tiada salahnya seorang wanita memulakan untuk menggoda seorang lelaki yang diminatinya.

Artikel ini akan cuba berkongsi dengan anda cara goda lelaki dengan cara yang betul supaya anda tidak berputih mata.

Ingat, tips ini hanya untuk yang belum berpasangan, yang sudah berpasangan tu, janganlah cuba memikat orang lain kerana ia akan menyebabkan kemusnahan hubungan anda.

Jom, semak 16 cara paling tepat untuk anda goda seorang lelaki yang boleh dipraktikkan ketika memikat jejaka yang anda minati.

1. Paras dan tubuh badan yang 'cantik'

Anda tanyalah mana-mana lelaki, majoritinya pasti suka melihat wanita yang cantik dan mempunyai susuk tubuh yang menawan.

Cara goda lelaki ini cukup berkesan. Pasti ada segelintir yang berasa kecewa kerana tidak memiliki sifat ini.

Namun, anda perlu bersikap positif kerana cantik itu terlalu subjektif dan bukan sekadar wajah yang cantik. Setiap lelaki ada cara penilaian mereka yang tersendiri.

Sopan, ceria, tidak sombong, mesra dan perkara-perkara positif akan menjadikan seorang wanita itu cantik di mata seorang lelaki. Ingat tu.

Jadi, apa kata anda menjaga kulit wajah daripada sebarang masalah kulit. Itu sudah cukup.

Sekiranya anda mempunyai tubuh badan yang sedikit besar anda haruslah bersenam sedikit dan ikut diet pemakanan yang sihat supaya tubuh badan anda menjadi optimum.

2. Bersifat jujur dan berterus terang

Satu perkara yang cukup dibenci oleh kaum adam ialah ditipu dan tidak jujur, lebih-lebih lagi apabila ia berhubung kait dengan hubungan antara manusia.

Cara goda lelaki dengan betul sebenarnya ialah anda perlu bersifat jujur dan jangan ada yang cuba-cuba menipu tanpa sebarang sebab munasabah.

Jika ada masalah anda haruslah berbincang dengan baik supaya si dia boleh memahami anda.

3. Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain “Terimalah lelaki sebagai sediakala”.

Terimalah dia sebagai lelaki dan bukanlah mengubahnya! Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

4. Fahami lelaki agar dia memahami anda

Cuba memahami perangai sesorang lelaki itu kerana si dia juga sedang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda.

Ia adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ia tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.

5. Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.

Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda.

Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

6. Jadi diri sendiri

Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata-mata kerana anda ingin mengejar seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit.

Lelaki lebih suka mencintai seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri.

7. Jangan cepat menyerah

Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memikat anda.

8. Jangan bandingkan si dia dengan lelaki lain

Kalau anda ingin memikat lelaki dengan serius, jangan sekali-kali membandingkan lelaki dengan lelaki lain atau mungkin bekas kekasih anda!

9. Wanita bersikap matang dambaan semua lelaki

Sekiranya anda mempunyai sifat kebudak-budakan yang terlalu hiperaktif, sila ubah sedikit demi sedikit.

Lelaki memang suka wanita atau gadis yang manja tetapi tidak untuk gadis yang terlalu gedik.

Cara goda lelaki yang cukup efektif ialah dengan menunjukkan sifat matang dalam menghadapi sesuatu perkara atau masalah.

Pada lelaki, wanita sebegitu nampak bijak dan mampu untuk berkongsi apa sahaja.

10. Sanggup memberi untuk menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki.

Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

11. Percaya untuk dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang.

Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

12. Sifat negatif akan membuah kesan negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau kekasih sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan lelaki, membandingkannya dengan lelaki lain dan memaki hamun. Sekiranya anda bersifat demikian, anda bukanlah seorang wanita yang bijak.

13. Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda.

Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

14. Panggillah lelaki dengan panggilan manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki.

Lelaki mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

15. Hormati dia sebagai lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.

Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya atau bakal suaminya, dan bukan merendah-rendahkannya.

16. Dunia lelaki yang berbeza daripada wanita

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wow

Monday, March 06, 2017

4 Simptom Suami Curang

4 Simptom Suami Curang

Dalam perkahwinan tentu ada badai yang melanda lebih-lebih lagi dengan lambakan media sosial kini membuatkan ada segelintir insan bernama suami yang mengambil kesempatan untuk berlaku curang.

Curang

Menurut pakar, terdapat empat simptom tanda-tanda suami anda curang.

1. Telefon Pintar

Pertama ialah melalui telefon pintar, jika sebelum ini suami jarang mengunci alatan tersebut namun secara tiba-tiba dia mula membawanya ke mana-mana maka tentu ada 'sesuatu' di situ.

2. Overtime

Kedua, apabila suami sentiasa mengatakan 'overtime' di tempat kerja tetapi gaji tak naik pun, bila hujung bulan mengadu tiada duit.

3. Aktiviti Luar

Selain itu, apabila suami mendakwa dia keluar malam pergi main futsal atau lepak dengan kawan-kawan tapi pakai lawa-lawa dan tidak berpeluh pun semasa balik.

4. Kad Kredit

Satu simptom yang ketara juga adalah apabila suami mula menggunakan kad kredit tanpa pengetahuan isteri.

Kalau tiba-tiba muncul bil kad kredit yang isteri tidak ketahui sebelum ini dan juga jumlahnya yang agak banyak sedangkan isteri tidak pernah mendapat barangan baru daripada suami, menunjukkan bahawa kes ini sudah ke tahap serius.

Kesimpulan

Bagaimanapun, apa yang penting dalam rumahtangga adalah kepercayaan antara pasangan dan juga komunikasi antara kedua-duanya.

Berdasarkan kajian luar negara juga menunjukkan sebab utama kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi.

Sebanyak 48 peratus kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi terhadap pasangan sebelum dan selepas berkahwin.

Contohnya seperti kes 'kahwin paksa' dan juga isteri yang berjawatan lebih tinggi daripada suami antara sebab utama kes ini terjadi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, March 01, 2017

8 Gaya Potongan Rambut Lelaki Disukai Wanita!

8 Gaya Potongan Rambut Lelaki Disukai Wanita!

Daripada survey yang telah dijalankan, berikut merupakan “Style” dandanan rambut yang paling di sukai oleh golongan wanita.

Dikatakan bahawa 8 gaya potongan rambut lelaki masa kini yang boleh anda tiru gayanya kerana wanita dan para gadis diluar sana pasti akan menjeling anda dua kali kerana tarikana gaya rambut yang stailo!

1. Zac Efron Style

Gaya Rambut Zac Efron

Potongan rambut lelaki yang smart yang di gayakan oleh Zac Efron. Gaya ini sesuai untuk anda mengayakan di majlis keramaian.

2. American Style

American Hair Style

Gaya rambut yang di gayakan mengikut American style juga biasa menjadi ikutan kebanyakan orang yang menjaga penampilan ketika berjumpa dengan pelanggan untuk promosi produk dan lain-lain.

3. 50s Style

50s Hair Style

Gaya ini merupakan gaya santai dan banyak menjadi ikutan oleh golongan muda remaja masa kini. Lebih nampak kemas digayakan dengan cermin mata gelap.

4. Taylor Lautner Style

Taylor Lautner Hair Style 2

Gaya potongan rambut lelaki ini merupakan gaya santai dan sesuai untuk digayakan ketika keluar berjalan di pusat membeli belah.

Potongan gaya ini sering kita nampak banyak digayakan oleh golongan remaja.

5. Short Spike Style

Short Spike Hair Style

Potongan gaya ini nampak kemas dan nampak maskulin sedikit dan lebih sesuai digayakan dengan cermin mata hitam.

Gaya ini juga perlu di sesuaikan dengan pakaian yang sesuai.

6. Modern Elvis Style

Modern Elvis Hair Style

Gaya ini jarang juga di gayakan oleh sesetengah remaja. Ramai yang mengayakan potongan ini bila masa yang mengikut musim gaya potongan rambut artis di kaca televisyen semasa menonton drama atau cerita.

7. Afro style

Afro Hair style

Potongan ini sudah banyak digayakan oleh remaja masa kini. Gaya ini mempunyai tarikan yang tersendiri sehinggakan juga menjadi tarikan kepada kaum wanita kerana keunikan rambut lelaki itu.

8. Spiky Style

Spiky Hair Style

Potongan rambut lelaki ini pernah popular suatu ketika dahulu dan tetap menjadi gaya rambut seharian semasa keluar sehingga ke hari ini.

Kebanyakkan budak sekolah menengah atau di sekolah kebangsaan banyak terikat dengan peraturan sekolah yang melarang pelajar berambut panjang.

Kebanyakan gaya ini banyak ditiru oleh pelajar universiti, kolej, dan lain-lain lagi.

Gaya potongan lelaki yang menarik boleh membantu anda sesuai dengan muka anda dan penampilan anda akan nampak menarik di mata wanita.

Oleh itu, mulakan gaya ini sekarang.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Sunday, February 12, 2017

Ketahui Perangai Lelaki Apabila Berusia 40 Tahun

Ketahui Perangai Lelaki Apabila Berusia 40 Tahun

"Life begins at 40". Mengikut kajian dan banyak situasi, usia lelaki untuk berubah adalah sehingga umur 40 tahun.Mesti anda pernah dengar ungkapan ini bukan? Angka ini membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita.

40

Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru dan juga semakin matang, manakala bagi bagi wanita pula, usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif dan selalu dikatakan dengan 'saham' yang mula menurun.

Namun, untuk lelaki kononnya pada usia 40 inilah tahap 'kemiangan' lelaki dikatakan semakin meningkat! Adakah ini benar?

Jom ketahui perangai lelaki ketika mencecah 40 tahun ini.

Miang

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa perangai lelaki memang miang apabila mencecah umur 40 tahun.

Antara alasan yang popular ialah suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga dan juga suami kahwin baru.

Masalah ini merupakan masalah yang paling ditakuti wanita kerana lelaki yang terlalu ego akan menganggap dirinya berkuasa dan layak untuk menundukkan semua wanita serta layak dikelilingi oleh lebih dari seorang wanita dalam satu masa.

Lebih parah jika mereka memilih anak dara seusia anak sulungnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas.

Tidak Bertanggungjawab

Ada juga perangai lelaki yang terus berubah sepenuhnya ketika berumur 40 tahun ini.

Tanggungjawab sebagai ketua keluarga terus hilang kerana hanya mementingkan penampilan diri tanpa menghiraukan makan minum isteri dan anak-anak di rumah.

Isteri dan anak-anak dibiarkan kelaparan, sedangkan dia sedang enak menjamu selera dan bermadu kasih bersama kekasih baru di luar.

Isteri jugalah terpaksa mengambil alih sehingga ‘tidak cukup tangan’ melayan anak-anak, menyediakan makan-minum suami dan anak-anak, membayar bil-bil dan sebagainya.

Hilang Kehangatan Asmara

Sudah menjadi lumrah manusia terutamanya golongan hawa untuk sentiasa mendapat perhatian dan belaian daripada seorang yang bernama lelaki.

Keletihan seorang isteri bakal reda dan hilang sekelip mata hanya dengan ciuman, pelukan atau pujian daripada suami tercinta namun, semua ciuman, pelukan mahupun pujian ini terus hilang apabila lelaki mencecah umur 40 tahun.

Pandang isteri pun seperti nak tak nak sahaja. Sudah pasti perangai lelaki ini mengecewakan hati si isteri.

Selain itu juga,anda juga boleh melihat perangai lelaki yang berubah ketika usia mencecah 40 tahun seperti:
  • Berlebihan membeli pakaian baru dan mengambil masa yang lebih untuk kelihatan tampan dan bergaya.
  • Perubahan kepada stail rambut.
  • Melepak dengan generasi yang berbeza.
  • Tiba-tiba bersungguh-sungguh menjaga kemudaan dan ketampanan wajah.
  • Membeli kereta pacuan empat roda atau motosikal berkuasa tinggi.
  • Berkira-kira mahu tukar kerjaya kerana bosan dengan kerjaya sekarang.
  • Mencuba pelbagai jenis dan cara diet.
  • Melanggan majalah khas untuk lelaki.
  • Ingin sentiasa mempunyai gajet terkini seperti telefon pintar.
  • Menyembunyikan umur sebenar.
  • Mula mendengar lagu-lagu Indie atau lagu-lagu yang lebih ‘muda’.
  • Memaksa anda untuk berpakaian seperti orang ‘muda’.
  • Sukakan pakaian berwarna terang dan yang ketara tidak sesuai dengan peringkat umur.

Tips Mengatasi Perangai Suami Yang Miang

Berikan Layanan 'A+'

Sudah tiba masa untuk anda lakukan perubahan diri. Tampilkan semula kecantikan anda yang dahulu ketika suami anda sedang tergila-gilakan anda ketika muda.

Hiaskan diri anda. Sambutlah kepulangan dia dengan senyuman bukannya leteran dan ucapkan perkataan yang membolehkan dia merasai dirinya dihargai.

Biarkan dia melakukan aktiviti seperti membaca,menonton televisyen dan buatkan minuman kesukaannya. Layanlah suami anda seolah-olah dialah RAJA dengan sebaiknya ketika si dia sangat memerlukan.

Hangatkan kembali asmara anda berdua. Tiada sebab seorang lelaki hendak bersusah payah mencari di luar jika dia boleh mendapat kesemuanya di rumah.

Terapkan Suasana Keimanan Dalam Rumah Tangga

Memang nafsu masih menggila tetapi apabila melihatkan anda yang semakin cenderung ke arah keagamaan, sedikit sebanyak timbullah perasaan untuk membuat perubahan diri.

Kerapkan membaca Al-Quran, bangun solat tengah malam dan membuka rancangan-rancangan agama di radio mahupun televisyen.

Anda juga boleh mengajak suami anda untuk menemani anda mendengar ceramah agama di di mana-mana tempat yang anda mahu. Gunakan peluang ini untuk keluar bersama sambal menginsafi diri.

Letakkan juga buku-buku motivasi keagamaan di atas meja di ruang tamu. Jika dia tidak mahu membaca sekalipun, moga-moga tajuk-tajuk berkenaan cukup memberikan hentakan di hatinya.

Siapa tahu usaha ini sedikit sebanyak membuatkannya segan kepada diri sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

Friday, February 03, 2017

Lagu-Lagu Jiwang Yang Disukai Lelaki Tapi Malu Nak Mengaku!

Lagu-Lagu Jiwang Yang Disukai Lelaki Tapi Malu Nak Mengaku!

Mungkin lelaki tu nampak macam sado, macho tapi dalam hati ada taman beb! Malu nak mengaku favorite songs diorang Malu sangat nak mengaku sebab takut nampak macam lelaki yang lemah. Hehe..

Kalau korang nak tahu, ini antara lagu-lagu yang tengah trending dan mostly lelaki suka dengar, jiwang habis nih! Patutlah tak nak mengaku..

1. Kurela Dibenci, Aiman Tino

Aiman Tino

Muda lagi tau penyanyi lagu Kurela Dibenci ni, baru berumur 18 tahun. Siapa je tak kenal Aiman Tino ni kan?

Artis baru yang tengah hangat sekarang dengan lagu yang disukai ramai remaja. Pergi mana-mana pun mesti ada je lagu ni dimainkan.

Betul tak? Sedih weh lagu ni. Try la dengar sendiri, sobs..

2. Demi Cinta, Ezad Lazim

Ezad Lazim

Lagu Demi Cinta ini adalah Original Soundtrack untuk drama Umairah di TV3. Lagu ni mengisahkan kisah cinta sepasang pasangan tentang pahit manis bercinta dan juga kesetiaan dalam perhubungan.

Lagu ni juga mendapat sambutan hangat daripada pendengar radio sampai masuk AJL #31 tau!

Bila dengar je lagu ni, mesti rasa macam nak karaoke. Feeling habis!

3. Hancur Aku, Estranged feat. Fazura

Fazura

Salah satu sebab kenapa lagu ni menjadi kesukaan ramai adalah sebab Estranged yang menyanyi lepas tu berduet pulak dengan artis yang sangat gorgeous dan suara pun boleh tahan, Fazura.

Lagu ni memang sesuai kalau korang rindukan boyfriend atau girlfriend korang.

Yang paling best, ada version korea daripada mamat korea sendiri. Powerlah!

4. Sudah Ku Tahu, Projector Band

Projector Band

Walaupun baru setahun berada dalam industri, lagu ni dah top tau! Memang kalau korang suruh mana-mana lelaki nyanyi lagu ni, at least chorus mesti dorang tahu punya.

Lagu ni juga berada dalam carta muzik-muzik dan memenangi tempat ketiga dalam AJL tau.

Ramai lelaki yang suka lagu ni sebab lirik yang sangat relatable dengan situasi mereka. Layan je..

5. Berakhirlah Sudah, Atmosfera

Atmosfera

Lagu ni memang layan gila beb. Kalau korang tak pernah dengar lagi, search dekat YouTube Berakhirlah Sudah dinyanyikan oleh Atmosfera.

Lagu ni juga mendapat sambutan lebih 1 juta dalam YouTube. Memang best sebab tu ramai suka.

6. OST Lara Aishah, Digarhayu, Dato’ Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir

Digarhayu

Lagu ni sangat layan sebab penyanyi pun Faizal Tahir dan juga Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara.

Lagu ini juga menjadi Original Soundtrack untuk drama Lara Aishah. Emo je bila dengar, huhu..

Betul ke?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, August 25, 2016

5 Jenis Wanita Di Benci Lelaki!

5 Jenis Wanita Di Benci Lelaki!

Walaupun seorang lelaki mempunyai penilaian yang berbeza terhadap seorang perempuan, namun mereka mempunyai satu suara yang sama mengenai jenis perempuan yang bukan menjadi pilihan hatinya.

Sifat wanita

Nak tahu apakah itu? Kami senaraikan 5 jenis perempuan yang di benci oleh orang lelaki.

1. Kaki Shopping

Lelaki paling menyampah dengan gadis yang kuat berbelanja. Bagi mereka gadis seperti ini sukar di kawal dan boros, malah mereka menganggap golongan seperti ini cuba mengambil kesempatan keatas dirinya.

Sungguh pun lelaki sering ambil mudah dan tidak memandang serius terhadap sesuatu pekara, namun pekara sebegini bukanlah main-main buat mereka.

2. Cemburu Buta

Cemburu tandanya sayang? Seriously? Ayat ni memang klise, namun hakikatnya jika ia berlebihan tidakkah itu di panggil ‘queen control’?

Bagi mereka, tindakan cemburu atas sesuatu pekara yang betul memang wajar tetapi jika sampai dengan kawan-kawannya sendiri pun kamu asyik cemburu melulu memang tidaklah!

Mereka tidak mahu terpenjara dalam sangkar besi. Girls, percayalah lelaki lebih sukakan kebebasan.

3. 24-7 Bersama

Come on, lelaki juga ada hal-hal lain yang perlu diuruskan. Jika mereka bertemu dan berkenalan dengan gadis yang clingy atau suka menempel memang akan membuatkan mereka naik rimas.

Tanyalah mana-mana lelaki, hanya 1/3 sahaja yang suka ‘melekat’ dengan kekasih mereka selebihnya lebih suka buat haluan masing-masing.

Bukan apa, situasi ini membuktikan gadis itu kelihatan tidak berdikari dan hanya hidup seperti parasit. So siapa yang suka ada pasangan seperti parasit kan?

4. Suka Mengkritik

Jangan kata sikap gadis yang kuat membebel sahaja di benci oleh lelaki, malah mereka juga tidak suka dengan gadis yang suka mengkritik. Apatah lagi apabila mengomen tentang pakaian orang lain.

Girls, perlu ingat ya mereka bukan sahabat kamu yang sanggup mendengar segala ‘leteran kosong’ kamu. Mereka pasangan kamu yang hanya mahu mendengar pekara-pekara indah sahaja dari kamu.

5. Drama Queen

Lelaki paling tidak selesa dengan perempuan yang suka beremosi apatah lagi kalau melebih-lebih di hadapan kawan-kawannya atau di tempat umum.

Walaupun kamu ingin ekspresikan apa yang kamu rasa, kamu perlu berjaga-jaga jangan sampai memalukannya. Ini kerana lelaki memang tidak suka di malukan dengan cara sebegini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja