Thursday, March 06, 2014

'Pil Thailand Boleh Buat You KUAT Macam King Kong'

'Pil Thailand Boleh Buat You KUAT Macam King Kong'

"Pil seks Thailand boleh buat you kuat macam king kong. Ramai sudah cuba makan dan bawa balik ke Malaysia untuk dijual," kata salah seorang peniaga kedai ubat di bandar Betong, selatan Thailand.

Pil Thai

Gambar hiasan.

Wartawan yang menyamar sebagai pelanggan ditawarkan pelbagai jenis pil rangsangan seks oleh peniaga berusia 50-an itu yang mendakwa pil dan kapsul buatan Thailand lebih hebat berbanding pil Viagra atau Cialis yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pemilik kedai ubat dikenali sebagai 'Bhicai' yang fasih berbahasa Melayu itu memaklumkan terdapat pelbagai jenis pil rangsangan seks dijual bermula dari harga Bath30 (RM3) sehingga Bath200 (RM20) sebiji.

"Kalau datang ke Betong memang wajib beli pil kuat seks. Harga di sini memang murah dan boleh bawa balik ke Malaysia sebagai cenderahati.

"Pil ini tak ada tarikh luput dan dijamin puas hati 'lama'.

"Awak boleh beli banyak dan jual di Malaysia.

"Saya bagi harga murah pada ramai pelanggan Malaysia yang mahu buat bisnes di Kuala Lumpur," katanya.

-Sentiasapanas.com

Thursday, February 27, 2014

Video Ustaz 'Sakti' Mampu Gandakan Wang!

Video Ustaz 'Sakti' Mampu Gandakan Wang!

Kehebatan seorang ustaz yang tidak dikenali dan dipercayai mempunyai kuasa sakti untuk menggandakan wang di Jawa Timur, mula tersebar di laman web perkongsian video, YouTube.

Ganda-Wang

Rakaman itu kini mula heboh diperkatakan dan lawan web, Merdeka.com, melaporkan bahawa wang dalam nilai seratus ribu dan lima puluh ribu rupiah dilihat membukit dihadapan ustaz itu sambil tangannya terus menerus mengeluarkan wang daripada belakang pinggangnya.

Wang yang dilihat dalam rakaman itu dipercayai dihasilkan oleh ustaz tersebut melalui cara yang luar biasa dengan menggunakan kuasa saktinya.

Dalam laman perkongsian video itu, lelaki tersebut yang memakai jubah putih dan berserban hitam duduk di atas sebuah kerusi.

Untuk mendapatkan wang, dia hanya perlu meletakkan tangannya ke belakang badan dan dengan sekelip mata sejumlah wang akan berada di tangannya dan kemudian dicampakkan ke lantai bersama sejumlah wang lain.

Rakaman video itu bertajuk, 'HEBOH!!! Ki Kanjeng Kyai dari Probolinggo Bisa Menggandakan Uang Asli' dan boleh ditonton di Youtube.


Sumber: utusan

Wednesday, February 19, 2014

Restoran Perancis Larang 'Porno Makanan'!

Restoran Perancis Larang 'Porno Makanan'!

Jika anda cuba untuk mengambil gambar hidangan makan malam anda di restoran mewah Perancis selepas ini, jangan terkejut jika seorang chef menyerbu keluar dari dapur dengan marah.

Porno Makanan

Bosan dengan sikap sesetengah pengunjung yang merakamkan gambar melalui telefon pintar mereka untuk dimuatkan dalam rangkaian sosial, beberapa restoran pilihan Michelin Perancis ini cuba untuk menghalang apa yang disifatkan mereka sebagai ‘porno makanan’.

Penulis blog makanan dan beberapa chef bagaimanapun mempertahankan gambar terbabit sebagai publisiti percuma tetapi bagi kebanyakan chef mereka menyifatkan perkongsian itu sebagai ‘melampau.’

“Ada sesuatu tempat dan masa untuk semuanya,” kata Alexandre Gauthier, chef di La Grenouillere di bandar utara La Madelaine-sous-Montreuil.

“Kami cuba memberikan pelanggan kami rehat seketika dalam hidup mereka. Untuk itu, anda perlu menutup telefon bimbit anda,” katanya.

Sebaik mengenakan larangan mengambil gambar di restorannya secara rasmi, Gauthier meletakkan imej kamera dengan tanda palang pada menu beliau.

“Orang ramai kini tidak mahu berenggang dengan telefon,” katanya. “Sebelum ini mereka mengambil gambar keluarga, nenek tetapi kini gambar makanan pula,” katanya.

“Ia tidak mengapa, tetapi kami adalah sebuah restoran yang tidak menggunakan lampu terang, jadi mereka terpaksa menggunakan ‘flash’.

(Baca: Restoran Yang Sangat Pelik Di Serata Dunia)

"Setiap hidangan akan ‘menghentikan segala-galanya’ atau gambar diambil semula hingga tiga kali.

“Ia kemudian dihantar ke Twitter, komen dibuat dan dibalas tetapi akhirnya hidangan menjadi sejuk.”

Gilles Goujon, chef di L’Auberge du Vieux Puits yang dianugerahkan tiga bintang di bandar selatan Fontjoncouse berkata beliau semakin kecewa dengan kelemahan etika di kalangan jurugambar makanan amatur ini.

Katanya gambar makanan terbabit ‘menghilangkan kejutan’ sesetengah hidangan beliau dan ‘merampas sedikit harta intelektual’ beliau.

Itu belum termasuk gambar yang diambil daripada telefon yang ‘tidak terlalu pintar’ yang hasilnya jarang sekali baik.

“Ia tidak memberikan imej terbaik kerja kami. Malah menjengkelkan,” katanya.

“Sukar untuk melarang sebenarnya. Saya cuba mencari cara terbaik untuk mengatakannya melalui menu tetapi belum menemui formula terbaik untuk membuatkan orang ramai tidak marah,” kata Goujan. –AFP

Thursday, February 13, 2014

Gadis Cari Jodoh Di Facebook Minta Hantaran RM160,000!

Gadis Cari Jodoh Di Facebook Minta Hantaran RM160,000!

Bagaimana jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?

Cari Jodoh Di Facebook

Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.

Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, penulis melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang hantaran yang nilainya tidak munasabah.

(Baca: Pasangan Suami Isteri Bahagia, Rupanya Adik-Beradik!)

Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.

Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar terutamanya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan menjadi mangsa laman Facebook itu.

Daripada beberapa komen yang diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu.

Sumber: Mynewshub

Wednesday, February 05, 2014

Coli Yang Akan Terbuka Apabila Wanita Jatuh Cinta!

Coli Yang Akan Terbuka Apabila Wanita Jatuh Cinta!

Zaman sekarang ini pelbagi benda-benda pelik dicipta dan salah satunya adalah sejenis coli yang diberi nama "True Love Tester" telah dicipta oleh seorang warga Jepun.

True Love Tester

Fungsi coli ini adalah ia hanya terbuka apabila seseorang wanita tersebut bertemu dengan cinta sejatinya.

Ini kerana satu sensor dipasang untuk memantau denyutan nadi si pemakai untuk memastikan tali coli dibahagian depan dikunci kecuali 'adrenalin cinta' dikesan dan coli akan terbuka secara automatik.

(Baca: Gerakan Berahi Untuk Menambah Nikmat Suami Isteri )

Menurut pengeluar pakaian dalam Ravijour di Jepun, apabila seseorang wanita teruja adrenal (kelenjar) sumsum belakang merembeskan catechilamine yang memberi kesan kepada saraf secara automatik, dan merangsang kadar jantung.

Sensor akan membaca kadar jantung wanita dan menghantarnya ke aplikasi khas melalui Bluetooth untuk dianalisis, di mana aplikasi tersebut akan mengira 'Kadar Cinta Sejati' berdasarkan perubahan kadar jantung dari semasa ke semasa.

Apabila melebihi nilai tertentu, cangkuk coli dibuka.

Bagaimanapun, coli ini tidak akan dijual di pasaran, sebaliknya ia dijadikan sebagai hadiah utama pertandingan yang diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-10 Ravijour, bagi pelanggan yang membelanjakan sebanyak RM150 atau lebih.

Sumber: Tupai.com.my

Friday, January 31, 2014

"Maaf Saya Berdosa Guna 'WIFE' Tuan"

"Maaf Saya Berdosa Guna 'WIFE' Tuan"

Selalu disebut orang, wanita lebih setia berbanding lelaki. Betulkah? Sama seperti dalam banyak hal yang lain, walaupun mungkin benar wanita lebih setia dalam percintaan tetapi pastinya bukan seratus peratus. Cuma daripada pemerhatian rambang, wanita sering dianggap lebih setia.

Isteri Cantik
Gambar hiasan.

Tengoklah pada kawan-kawan kita, saudara mara kita, berapa ramai wanita yang terus hidup sendiri, tidak cari pengganti selepas kematian suami. Tidak.

Saya tidaklah sampai mengatakan mereka yang berkahwin lagi itu sebagai tidak setia. Itu soal jodoh dan juga ada sebab-sebab yang lain.

Islam dan budaya kita pun tidak menghalang sesiapa juga untuk berkahwin kali kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun setelah habis tempoh iddahnya. Ini sekadar perbandingan mudah dalam konteks setia cinta antara lelaki dengan wanita.

Dan kita lihatlah pula bagaimana lelaki yang berhadapan situasi serupa. Berapa ramai yang kekal hidup menyendiri selepas kematian isteri atas alasan tidak sanggup untuk menduakan si dia yang sudah pergi dan hati menolak kehadiran orang baru untuk bergelar pengganti.

Banyak yang saya jumpa untuk tempoh seminggu atau dua tiga minggu pertama, sedih hibanya tidak terkata. Lepas sebulan, akan disebut-sebut, kawan-kawan di surau, di pejabat sudah bertanya, “Bila nak cari pengganti?”

Beberapa hari kemudian, keluarlah status baru: “Hidup mesti diteruskan…” Masuk bulan kedua, bukan setakat status Facebook, status diri pun sudah baharu, ‘kalau dah jodoh…!’

Itulah yang kita biasa perhatikan walaupun bukanlah maknanya semua lelaki demikian. Pada zaman dahulu, dicipta orang perumpamaan untuk menggambarkan mereka yang cepat bertemu jodoh baharu selepas kematian pasangan iaitu ‘tanah kubur masih lagi merah…’

Itu zaman dahulu. Zaman sekarang lain pula. Seiring dengan perkembangan teknologi, diciptakan pula perumpamaan baharu. Untuk menggambarkan betapa wanita lebih setia berbanding lelaki, hati mereka diumpamakan seperti wifi. Wifi seperti yang kita tahu hanya boleh diakses oleh yang memiliki kata laluan atau password sahaja.

Ini khusus kepada yang diiktiraf sebagai pasangan sahaja, sama ada suami atau kekasih yang sejati.

Manakala hati lelaki pula, kononnya diumpamakan dengan aplikasi ‘bluetooth’.

‘Bluetooth’ seperti yang kita tahu apabila berdekatan, akan ‘connect’ sebaliknya tatkala berjauhan, ia akan ‘try to search a new device’ atau cuba mencari pasangan baharu.

Betulkah begitu? Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, penilaian terhadap hal-hal yang semacam ini tidak akan ada yang seratus peratus betul atau seratus peratus sama. Ianya adalah pada diri masing-masing. Sendiri tanya, sendiri juga yang kena jawab!

Ada pun berkaitan dengan wifi, satu lagi kisah yang walaupun bunyinya sekadar olok-olokan tetapi elok juga dijadikan peringatan.

Dikisahkan daripada seorang peguam yang menyampaikan cerita ini kepada saya bahawa seorang suami yang panas baran menerima SMS daripada bekas jirannya yang baru berpindah.

Dalam SMS itu, pemuda bekas jirannya itu meminta maaf kerana katanya selama mereka tinggal berdekatan, dia sudah beberapa kali curi guna ‘wife’ lelaki itu.

“Saya minta maaf sebab saya tahu saya berdosa kepada tuan kerana guna ‘wife’ tuan tanpa kebenaran,” demikian pengakuan pemuda berkenaan.

Lelaki itu pula yang tanpa usul periksa balik ke rumah terus mengamuk lalu menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus.

Tidak lama kemudian, dia terima satu lagi SMS daripada bekas jirannya itu: “Minta maaf tuan, bukan wife tapi wifi. Salah ejaan.”

Ya, cerita ini mungkin sekadar rekaan walaupun ada juga komen rakan-rakan yang mengaku pernah dengar cerita yang hampir sama atau seumpamanya bahawa hal yang seperti itu pernah berlaku secara realiti. Apa pun bagi saya, ia baik untuk kita jadikan peringatan.

Orang yang panas baran mudah hilang pertimbangan dan dalam keadaan hilang pertimbangan apa-apa yang tidak logik, tidak munasabah pun boleh berlaku tatkala kerasukan. Jadi waspadalah.

Berdoa pada ALLAH minta perlindungan daripada hasutan syaitan pada setiap masa kita. Jangan sampai nasi jadi bubur apa lagi yang berkaitan dengan talak.

BACA INI JUGA: Malang Wanita Cantik Tersilap Cakap

sumber: sh

Wednesday, January 29, 2014

Mudah Memikat Wanita Jika Anda Ada Kereta Jenama Ini..

Mudah Memikat Wanita Jika Anda Ada Kereta Jenama Ini..

Seorang “gagalis” yang sukar mendapat kekasih mungkin bukan sekadar perlu menilai diri sendiri, sebaliknya wajar melihat kepada kereta yang dipandu.

Wanita_Kaya

Satu kaji selidik mendapati tarikan seseorang boleh dipengaruhi jenis kenderaan dimiliki.

Menurut laman web Insure.com, wanita berpendapat lelaki memandu trak Ford hitam lebih menarik, manakala lelaki melihat wanita yang memandu BMW ‘sports’ merah sebagai lebih menawan.

Kaji selidik membabitkan 2,000 wanita dan lelaki berkenaan melihat jenis, jenama dan warna kenderaan yang dipandu orang yang dikategorikan menarik.

Sehubungan itu, wanita rata-rata menganggap pemandu pikap sebagai paling menarik iaitu sebanyak 32 peratus diikuti:
  • Sports (27 peratus)
  • SUV (16 peratus)
  • Sedan (11 peratus)
  • Hibrid (9 peratus)
  • Trak UPS (4 peratus)
  • Van (2 peratus)

Sementara itu, jenama paling dikaitkan dengan daya tarikan terhadap lelaki adalah Ford (16 peratus), Chevrolet (13 peratus) dan Porsche (11 peratus).

Di samping itu, wanita turut meminati hitam (53 peratus) sebagai warna untuk lelaki menarik diikuti perak (16 peratus) dan merah (13 peratus).

Bagi kaum lelaki pula, mereka menganggap wanita yang memandu kereta ‘sports’ sebagai paling menarik (39 peratus) diikuti Sedan (22 peratus); SUV (20 peratus); pikap (10 peratus); hibrid (6 peratus) dan van (4 peratus).

Mereka turut menganggap wanita paling menarik jika memandu:
  • BMW (16 peratus)
  • Mercedes (14 peratus)
  • Porsche (10 peratus)
*Jika anda tiada kereta sports atau kereta mewah, guna jelah apa yang ada ye..:)

Sumber: Mynewshub

Bomba China Dikritik Siar Imej Mangsa Berseluar Dalam!

Bomba China

Pasukan bomba di Ezhou, sebuah bandar di Semenanjung Hubei telah dikritik hebat dalam media sosial setelah memuat naik gambar seorang wanita berseluar dalam yang cuba diselamatkan lapor Chutian Times hari ini.

Niat anggota bomba yang cuba menzahirkan sumbangan mereka kepada masyarkat telah disalah ertikan oleh pengunjung-pengunjung forum apabila foto berkenaan tidak ditapis dengan mengaburkan muka wanita berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku apabila tangan wanita tersebut tersangkut pada lubang tandas setelah beliau cuba mengambil stokin yang terjatuh ke dalamnya. Anggota bomba cuba menyelamatkannya dengan terpaksa mengangkat keluar tandas tersebut.

Pengunjung forum memuji tindakan bomba namun mengkritik gambar yang dimuatnaik kerana ianya agak tidak sesuai. [Sumber]

Bomba China
Bomba China
Bomba China

-Sentiasapanas.com