Tuesday, July 09, 2019

Fakta Bahawa LGBT Adalah Penyakit

Fakta Bahawa LGBT Adalah Penyakit

Kalau seseorang itu sudah kurus, tetapi dia masih lagi rasa gemuk, sampaikan tidak mahu makan sehingga menyebabkan fungsi fisiologi dan psikologinya kacau bilau ke tahap kurang zat, kurang vitamin, kurang garam mineral dan protein, keadaan ini kita panggil Anorexia Nervosa, sejenis penyakit.

LGBT Adalah Penyakit

Jika seseorang itu tidak menyukai salah satu anggota atau bahagian badannya, seperti kulit, mata, rambut dan bentuk badannya sehingga ke tahap dia berasa terlalu stres, hilang keyakinan diri dan langsung tidak mahu berjumpa orang lain, itu kita panggil Body Dysmorphic Disorder, juga sejenis penyakit.

Jika seseorang itu tidak mampu mengawal pemakanannya, sehingga ke tahap makan dengan banyak, kemudian mengeluarkan makanan tersebut dengan cara muntah mahupun mengambil ubat laxatives (ubat untuk sembelit) dan kitaran ini berulang-ulang, diagnosis yang diberikan adalah Bulimia Nervosa, juga merupakan satu jenis penyakit (eating disorder).

Namun, apa yang pelik dan menghairankan adalah, mengapa sekiranya seseorang itu dilahirkan sebagai seorang lelaki dan tiba-tiba dia ingin menjadi seorang perempuan, mempunyai nafsu dan keinginan untuk melakukan aktiviti semburit bersama lelaki lain, tidak dikira sebagai sejenis penyakit?

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) di dalam salah satu buletin di laman web mereka, mengeluarkan kenyataan dalam ICD-10 berbunyi, “sexual orientation by itself is not to be considered a disorder”, yang secara mudahnya mengatakan bahawa isu homoseksual, heteroseksual atau biseksual adalah bukan sejenis penyakit.

Isu LGBTQ ini (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender dan Queer/Questioning) adalah satu jenis penyakit dan LGBTQ ini bukanlah sesuatu yang telah ‘imprinted’ dalam minda seseorang sebaik sahaja dia dilahirkan.

Terdapat banyak punca dan faktor yang menjadikan seseorang itu LGBTQ, antaranya adalah sexual abuse semasa kecil, trauma akibat dipisahkan oleh pasangan masing-masing, serta percampuran dengan golongan yang sama sewaktu membesar.

Kita tidak mengecam pelaku LQBTQ untuk mengamalkan budaya ini, sebaliknya, ingin dinyatakan bahawa perkara ini menunjukkan anda mempunyai satu penyakit yang memerlukan rawatan dan bimbingan daripada perawat profesional baik dari segi kaunseling ataupun terapi.

LGBTQ adalah salah satu jenis penyakit. Ia tidak normal. Contoh; seorang lelaki itu tidak suka akan kemaluannya yang begitu dan sebaliknya akan membuat pembedahan mengubah kemaluannya daripada lelaki kepada wanita serta mencucuk hormone estrogen bagi menaikkan payudaranya untuk menampakkan dia sebagai seorang perempuan dengan harapan ada lelaki lain yang ingin bersetubuh dengannya. Adakah itu normal?

Ada satu maklumat menarik daripada Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, seorang pensyarah dan penyelidik di fakulti perubatan dan kesihatan di USIM beserta presiden The International Women’s Alliance for Family and Quality Education (WAFIQ) mengenai statistik di negara Malaysia ini mengenai penularan wabak Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang amat membimbangkan.

Penulisan artikel ini pasti akan mendapat kecaman dan tentangan hebat daripada segelintir masyarakat, yang akan menganggap ini adalah bersifat prejudis, pendapat dan tiada fakta.

Justeru, mari kita lihat angka statistik yang direkodkan pada 2005 sehingga 2016 mengenai faktor yang menyebabkan seseorang itu mendapat HIV dengan menggunakan konsep “numbers don’t lie”.

Sebelum itu, kita lihat terlebih dahulu apakah risiko utama seseorang itu mendapat jangkitan HIV berdasarkan kepada 3,397 kes HIV terbaharu di Malaysia, yang terang-terangan menunjukkan bahawa 46% daripadanya adalah disebabkan oleh homoseksual/ biseksual.

Peningkatan ini sejajar dengan usaha kononnya rakyat Malaysia perlu mengikitiraf golongan ini, serta kemunculan golongan-golongan yang begitu lantang bersuara tanpa dikenakan apa-apa tindakan daripada sebuah negara yang mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi.

Rata-rata golongan ini berada pada usia diantara 20-29 tahun dan diikuti dengan 30-39 tahun.

Umur awal dewasa inilah yang dikatakan amat vulnerable dan mudah terpedaya dengan ajakan songsang sahabat rapat mahupun kenalan.

Jadi, sebelum ini kita tahu, perbuatan Intravenous Drug User (IDU) merupakan penyumbang utama masalah penularan penyakit HIV ini, namun, dunia semakin berubah.

Jika kita lihat pada tahun 2005–2010, IDU merupakan punca utama penularan wabak ini, tetapi, selepas tahun 2010, kita sendiri dapat melihat perbezaan yang semakin ketara dikalangan masyarakat kita yang mana amat memeranjatkan apabila pada tahun 2016, 84% daripada kes baru ini adalah disebabkan oleh homoseksual/biseksual/heterosexual berbanding hanya 11% sahaja disebabkan oleh IDU.

Walau bagaimanapun, pecahan kecil mendapati jumlah Bisekual dan Homoseksual ini lebih tinggi (1553) berbanding heteroseksual yang memang diketahui menyumbang kepada risiko penularan wabak HIV ini.

Jika kita lihat statistik lain mengenai punca HIV di 2 buah negara, iaitu Amerika Syarikat dan Filipina, kewujudan kes-kes HIV terbaru ini lebih teruk, yang mana di Amerika Syarikat, 70% penghidap HIV adalah daripada golongan ini dan di Filipina, 83% penghidap HIV adalah daripada golongan ini.

Kini, anda sendiri boleh lihat kenaikan kes-kes penyakit ini, yang menunjukkan trend semakin meningkat.

Bukankah agama Islam, Kristian dan lain-lain agama juga melarang dan mengharamkan perhubungan jijik sebegini.

Selagi kerajaan dan rakyat mendiamkan diri, semakin teruklah kes ini meningkat tanpa kita ketahui, di mana setiap percubaan untuk menghentikan budaya ini berakhir dengan tiada apa-apa penambahbaikkan mahupun penguatkuasaan yang sepatutnya dilakukan bagi menghukum si pelaku budaya songsang ini.

LGBT Adam dan Hawa

Ingatlah, usaha yang dilakukan untuk menghentikan keadaan ini bukan bertujuan untuk menidakkan hak dan suara golongan LQBTQ, sebaliknya usaha ini adalah salah satu kaedah bagi menghalang jangkitan kuman HIV ini daripada tersebar.

Bagaimana negara kita melarang penggunaan dadah dan mengenakan hukuman berat bagi setiap pesalah yang mana sebelum ini menjadi punca penularan wabak ini daripada berlaku, begitu jugalah usaha yang seharusnya dilakukan untuk membanteras golongan-golongan ini.

Terima kasih kepada Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar atas kesudian beliau untuk berkongsi data ini dan Dr Naim Razak, seorang pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atas usaha yang dilaksanakan bagi menyebarkan lagi pemahaman dan realiti masyarakat di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Thursday, June 13, 2019

Menurut Kajian, Lelaki Gay Suka Berbaju Ketat, Mata Bulat Apabila Nampak Lelaki Kacak

Menurut Kajian, Lelaki Gay Suka Berbaju Ketat, Mata Bulat Apabila Nampak Lelaki Kacak

Menurut satu kajian, lelaki homoseksual dikatakan suka berbaju ketat, menyimpan janggut, bermisai dan mata akan membulat apabila melihat lelaki kacak, begitu kata infografik yang disiarkan sebuah akhbar online di Malaysia.


Infografik “Apakah ciri-ciri LGBT” itu membantu pembaca mereka mengetahui ciri-ciri seorang “gay” dan “lesbian” dan menurut paparan itu, lelaki homoseksual juga suka mengunjungi gymnasium, bukan untuk bersenam tetapi lebih kepada melihat orang.

Bagi gay yang berperanan sebagai perempuan pula, mereka suka melihat lelaki kacak, biasa matanya membulat apabila melihat lelaki kacak.

Di samping itu lelaki homoseksual juga gemar mengambil adik angkat dan pakaian berjenama, di samping berbaju ketat untuk menunjukkan perut yang berotot.

Infografik ini disiarkan bersama laporan yang menemubual seorang pendakwah, Hanafiah Abd Malek yang berkata LGBT semakin ketara hari ini.

Ciri-ciri LGBT

Menurut infografik itu lagi, perempuan homoseksual pula suka menyendiri, berjalan berpelukan dan berpegangan tangan.

“Lesbian pula membenci lelaki dan suka memburukkan lelaki. Kuat cemburu.”

Dalam laporan itu, Hanafiah turut ditanya tentang golongan yang mempunyai 2 alat kelamin atau khunsa.

Hanafiah berkongsi kes di zaman seorang sahabat Nabi Muhammad, apabila seorang wanita meniduri seorang pembantu dan pembantu itu mengandung, menyebabkan orang ramai musykil.

“Sahabat itu mencadangkan untuk mengira tulang rusuknya, jika kurang satu bermakna dia khunsa lelaki.

“Jadi, untuk menentukan khunsa adalah dengan mengira tulang rusuknya,” kata pendakwah itu.

Akademi Kaji LGBT

Ciri-ciri GAY

Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai telah menubuhkan satu akademi khusus untuk mengkaji golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Akademi itu menerima peruntukan daripada USIM di samping Kementerian Pengajian Tinggi.

Akademi kajian LGBT itu ditubuhkan pertengahan Januari 2018 lalu, selepas mengambil kira apa yang didakwa peningkatan golongan LGBT.

Golongan ini dikatakan semakin mendapat sokongan, malah mula diterima di kalangan masyarakat di Malaysia.

Antara tujuan akademi itu ialah mencari penyelesaian menangani LGBT, kerana mereka bukan golongan musuh atau golongan yang perlu dijauhi, bahkan kita mengambil pendekatan untuk mendekati dan menyantuni mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Tuesday, June 04, 2019

Koleksi Pro-LGBT H&M 'Love for All' Tidak Akan Dijual di Malaysia

Koleksi Pro-LGBT H&M 'Love for All' Tidak Akan Dijual di Malaysia

Syarikat fesyen H&M mengesahkan koleksi pakaian 'Love For All', yang dilancarkan sebagai tanda sokongan kepada komuniti LGBT, tidak akan dijual di Malaysia, yang menurut Pengurus Komunikasi H&M Malaysia dan Singapura berkata, jenama itu berada dalam 72 pasaran di seluruh dunia.

H&M Pro-LGBT

Dengan pelbagai koleksi dilancar pada setiap musim, bergantung kepada setiap pasaran tempatan untuk memilih koleksi untuk diperagakan, katanya.

Gedung H&M Malaysia sebelum ini dipersoalkan kerana menyahut kempen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong komuniti LGBT.

Di Twitter, Fathul Bari mengulas satu ciapan yang menggesa jenama itu diboikot susulan koleksi 'Love for All' tersebut, yang menampilkan rekaan berilhamkan pelangi dan pesanan mempromosikan hak saksama dalam cinta.

"Adakah H&M Malaysia turut terlibat dalam kempen LGBT seperti yang tertera di instagram H&M induk United Nation Free Equal iG?

"Iaitu hasil jualan 10 peratus akan diberikan kepada gerakan UN Free Equal untuk mendokong perjuangan LGBT?" soalnya.

Sementara ada yang menyokong gesaan boikotnya, ada juga pengguna media sosial yang berkata ia satu tindakan hipokrit kerana ada juga jenama utama lain yang menyokong isu tersebut.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Global H&M Sara Spännar dalam satu kenyataan berkata koleksi itu hanya boleh didapati di gedung terpilih seluruh dunia sepanjang Mei 2019.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) melancarkan kempen global UN Free & Equal pada Julai 2014 untuk mempromosikan kesedaran mengenai hak dan perlakuan adil bagi orang LGBT.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Thursday, May 30, 2019

Negara Yang Membenarkan Perkahwinan LGBT

Negara Yang Membenarkan Perkahwinan LGBT

Jika dahulu umat manusia hancur di zaman Nabi Luth tetapi kini LGBT bagai disanjung-sanjung, seolah-olah bebas berlaku sumbang seperti haiwan dan nampak jelik, tetapi nyata dunia sudah di akhir zaman.

Perkahwinan LGBT

Sebelum ini, ada lebih 20 negara mengiktiraf perkahwinan sejenis iaitu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender), Australia menjadi negara kedua selepas Taiwan di benua Asia yang membenarkan perkahwinan sesama jenis ini terjadi.

Namun, tidak semua negara menyetujui perkahwinan LGBT, malah di Afrika, 37 buah negaranya memperuntukkan undang-undang anti gay.

Dikhabarkan, jika ada kehadiran pemimpin gay di sana, ia merupakan sesuatu yang sukar dibayangkan kejijikkannya.

Malah, bekas pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe juga pernah suatu ketika dahulu menyifatkan status pasangan hubungan sejenis sebagai ‘lebih rendah jika dibandingkan dengan anjing dan babi’.

Berikut adalah senarai negara yang mengiktiraf perkahwinan sesama jenis ini dan semoga pelakunya bertaubat dan menerima hidayah Allah.

1. Belanda, 2001

Belanda merupakan negara pertama di dunia yang mengubal undang-undang pernikahan sejenis. Ia sudah diterima seawal tahun 2000 lagi tetapi secara sahnya diiktiraf pada 2001.

2. Belgium, 2003

Langkah Belanda segera menjadi ikutan oleh Belgium dua tahun kemudian. Pada 1 Jun, Undang-undang ini diwartakan.

Lebih mengejutkan, Perdana Menterinya, Elio de Rupo yang terpilih sebagai Perdana Menteri 2011, mengakui dirinya adalah gay.

3. Sepanyol, 2005

Negara yang terkenal dengan sukan lasak matador ini membenarkan pengikut LGBT berkahwin pada 3 Julai 2005.

Isu ini dibawa ke Parlimennya pada kali pertama oleh bekas Perdana Menterinya dan pemimpin Parti Sosialis, José Luis Rodríguez Zapatero.

4. Kanada, 2005

Selepas melihat ada negara mula mengiktiraf perkahwinan sejenis, Kanada menjadi negara keempat membenarkan perkahwinan terlaknat ini. 20 Julai 2005, undang-undang negaranya meluluskan perkahwinan ini.

5. Afrika Selatan, 2006

Ternyata Afrika Selatan menjadi negara di benua Afrika yang membenarkan perkahwinan LGBT.

Rang undang-undang ini telah ditandatangani oleh Wapres Phumzile-Mlambo Ngcuka pada 30 Jun 2006, disebabkan Presiden Afrika Selatan ketika itu, Thabo Mbeki sedang menghadiri KTT Uni Afrika.

6. Norway, 2009

Norway mengiktiraf perkahwinan sejenis ini pada 1 Januari 2009, menjadikan negara ini sebagai negara pertama di wilayah Skandinavia mengiktiraf LGBT.

7. Sweden, 2009

Lima bulan selepas itu, Sweden mengikut jejak negara jirannya, Norway, yang secara rasminya membenarkan perkahwinan sejenis pada 1 Mei 2009.

8. Portugal, 2010

Bayangkan kalau Cristiano Ronaldo menjadi gay, mahu menangis perempuan-perempuan di luar sana kerana terkesima dengan kekacakannya.

Namun, Perdana Menteri Portugal menyifatkan kebenaran perkahwinan sesama jenis ini adalah dari segi persamaan hak dan keadilan.

Tidak hairanlah pada 5 Jun 2010, Portugal menjadi negara ke 8 mengiktiraf perkahwinan menggelikan ini.

9. Iceland, 2010

Sangat mengejutkan apabila Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurardottir dan pasangan sejenisnya, Jonina Leosdottir merasmikan pernikahan mereka selepas rang undang-undang ini diiktiraf pada 27 Jun 2010.

Johanna menjadi pemimpin negara dunia pertama yang mengakui dirinya lesbian sejak sekian lama.

10. Argentina, 2010

Argentina menjadi negara pertama di Amerika Selatan yang mengiktiraf perkahwinan sejenis pada 22 Julai 2010.

Empat tahun selepas rang undang-undang ini dibenarkan, seramai 9,362 pasangan sejenis mengesahkan pernikahan masing-masing.

11. Denmark, 2012

Setahun senyap tanpa ada negara membuat pengiktiraf paling jijik ini, 15 Jun 2012, Denmark menjadi negara ke 11 mengiktirafnya biarpun dianggap semua agama menentang perkahwinan mengarut ini.

12. Brazil, 2013

Perkahwinan sejenis di Brazil ini agak kontroversi kerana 48 peratus warganya dalam satu kutipan pendapat, Pew research Center menolak perkahwinan sejenis ini.

Namun, undang-undang ini tetap diterima dan ditermetrai pada 14 Mei 2013, membolehkan perkahwinan sejenis dibenarkan.

Serpihan Kaum Sodom

Selain negara di atas, ada lagi negara seperti New Zealand, Perancis, Inggeris, Uruguay, Scotland, Luxembourg, Finland, Slovenia, Ireland, Mexico dan Amerika Syarikat.

Selepas kegilaan terjadi di benua Eropah, dan benua Amerika, gejala teruk lagi hodoh ini sudah menular ke Benua Asia pula.

Taiwan menjadi negara pertama di Benua Asia yang secara rasmi mengiktiraf perkahwinan sesama jenis. Parlimen mereka mengambil masa dua tahun untuk menyetujuinya kemudian, Australia menjadi negara ke 25 yang mengiktiraf perkahwinan LGBT.

Dalam perbahasan Parlimen di Australia, seorang anggota Parlimennya, Tim Wilson, telah membuat lamaran terhadap pasangan hidupnya Ryan Bolger dalam dewan yang maha mulia ini. Yaks.

Ternyata kasih dan cinta sejati selama 10 tahun, akhirnya pasangan ini bergelar suami-suami.

Takkan nak panggil 'Suami-Isteri', kan dua-dua jantan. Lucu dan menjijikkan.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Friday, December 07, 2018

Kenapa Masyarakat Menolak LGBT

Kenapa Masyarakat Menolak LGBT

Golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoalkan identiti seksual diri (LGBTQ) perlu faham kenapa majoriti masyarakat menolak mereka mengenai isu tuntutan kesamarataan dan pengiktirafan terhadap kelompok itu.

Menolak LGBT

Sebagaimana golongan ini menuntut kefahaman dan kesamarataan daripada masyarakat, mereka juga perlu memahami mengapa berlaku penolakan yang ketara daripada majoriti rakyat terutamanya di Malaysia khususnya dan juga diseluruh dunia amnya.

Dalam perbincangan cabang pengkajian Psikologi Abnormal baik di Barat mahupun rantau ini, ada dinyatakan isu penolakan terhadap golong LGBTQ berlaku kerana gaya hidup songsang yang diamalkan golongan ini bertentangan dengan norma masyarakat.

Bahkan, ahli psikologi barat seperti Vincent Mark Durand, Stefan G. Hofmann dan David H. Barlow menyatakan dalam buku mereka, Abnormal Psychology: An Integrative Approach menyatakan, tahap penerimaan rendah sesebuah komuniti terhadap budaya hidup songsang tersebut menjadi petunjuk bahawa majoriti ahli masyarakat tidak bersetuju dengan perkara yang jelas berlanggaran dengan norma hidup manusia.

Dalam konteks ini (penolakan masyarakat), golongan LGBTQ juga perlu memahami, majoriti melihat mereka sebagai kelompok yang mengalami kecelaruan jantina (gender dysphoria) yang bertentangan dengan budaya dan kepercayaan majoriti yang boleh menjejaskan aturan kehidupan masyarakat.

Ini dinyatakan oleh pakar psikologi Barat dan perlu juga difahami dan diterima oleh golongan LGBTQ. Dalam konteks kemasyarakatan, penting bagi golongan LGBTQ untuk tidak terlalu berkeras menyuarakan tuntutan mereka.

Golongan LGBT perlu memahami bahawa, pada pandangan majoriti masyarakat amalan hidup mereka itu bertentangan dengan agama, kepercayaan serta budaya.

Apa yang penting ialah untuk menjaga keharmonian kehidupan bermasyarakat untuk kepentingan semua pihak.

Kedua-dua belah pihak perlu mengetahui dan memahami sudut pandang masing-masing.

Jika ini dapat dilakukan, pasti isu ini dapat ditangani dengan baik dan keharmonian hidup semua rakyat Malaysia dapat dipelihara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Tuesday, October 09, 2018

LGBT Paling Ramai Hidap Kanser HPV

LGBT Paling Ramai Hidap Kanser HPV

Mungkin masih ramai tidak tahu, HPV adalah faktor risiko kanser anogenital (berkaitan dengan anus dan genital) dan telah dikaitkan dengan barah pada bahagian leher dari segi seks oral untuk penyebaran virus.

Kanser HPV
Gambar hiasan.

Malah, ramai yang tidak tahu HPV juga boleh menyerang lelaki terutamanya golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) kerana aktiviti seks songsang.

Jangkitan HPV boleh meningkatkan risiko lelaki mendapat kanser zakar dan kanser anus, juga boleh menyebabkan ketuat genital pada lelaki, sama seperti pada wanita.

Lebih separuh daripada lelaki yang aktif seksual akan menghidapi HPV pada masa tertentu dalam hidup mereka.

HPV adalah virus yang sangat umum dan boleh disebarkan melalui hubungan seks dengan seseorang yang dijangkiti HPV.

Penyakit ini tersebar dengan mudah ketika melakukan seks melalui dubur atau vagina dan ia juga boleh disebarkan melalui seks oral atau sentuhan kulit ke kulit semasa hubungan seks.

Kira-kira 79 juta rakyat Amerika Syarikat (AS), kebanyakannya remaja dan awal 20-an, dijangkiti HPV.

Anda boleh medapat HPV walaupun orang yang dijangkiti tidak mempunyai tanda atau gejala yang jelas kelihatan.

Hampir semua orang yang aktif secara seksual boleh terdedah kepada virus HPV sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.

Berdasarkan laporan statistik dari CDC, lebih daripada 50 peratus boleh mendapat jangkitan HPV sekali seumur hidup asalkan pernah melakukan hubungan seks.

Namun begitu, kebanyakan jangkitan kekal di dalam badan dan ia selalunya akan hilang sendiri dalam satu tempoh.

HPV juga tinggi dalam kalangan mereka yang memiliki imuniti rendah contohnya mereka yang mengambil steroid, mengambil rawatan kanser, dan dijangkiti HIV.

Jangkitan ini juga boleh ditemui dalam golongan yang tidak bersunat.

Perlu diketahui bahawa memakai kondom semasa melakukan seks tidak akan mencegah virus HPV daripada merebak.

Kanser

Sesetengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser genital seperti kanser dubur atau penis pada lelaki.

Kedua-dua jenis kanser ini jarang berlaku terutama pada lelaki yang mempunyai sistem imun yang sihat.

Risiko kanser dubur adalah kira-kira 17 kali lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang mengamalkan seks songsang seperti homoseksual dan biseksual berbanding lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan wanita sahaja.

Lelaki yang mempunyai HIV juga berisiko tinggi mendapat kanser ini.

Pengamalan seks songsang juga menyebabkan trauma pada bahagian dubur, menyebabkan mereka lebih terdedah kepada virus ini.

Virus HPV biasanya menyebabkan ketuat kelamin dan sekarang, kira-kira satu peratus lelaki yang aktif secara seksual di AS mempunyai ketuat kemaluan.

Kebanyakan kanser yang terdapat di bahagian belakang tekak termasuk di pangkal lidah dan di tonsil turut dikaitkan dengan HPV.

Malah, nasopharyngeal adalah kanser berkaitan HPV yang paling biasa terdapat pada lelaki. Terdapat peningkatan kepada kanser oropharyngeal dikalangan lelaki sekarang ini.

Ia mungkin juga kerana peningkatan golongan homoseksual atau biseksual serta pelakuan seks oral yang berleluasa.

Selalunya, tiada simptom atau gejala bagi mereka yang mendapat virus ini. Ketuat kelamin, luka pada anus atau penis yang muncul selalunya petanda pertama.

Simptom kanser tekak pula selalunya batuk berterusan, iritasi pada bahagian tekak, suara keserakan dan bengkak pada sekitar nodus limfa.

Oleh itu, perlu peka akan perubahan badan dan segera bertemu doktor kerana kanser ini boleh membawa maut.

Tidak ada ujian rutin bagi lelaki untuk memeriksa jenis HPV berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kanser.

Bagaimanapun, sesetengah doktor mencadangkan ujian calitan pap dubur untuk lelaki homoseksual dan biseksual.

Jenis-jenis HPV yang boleh menyebabkan kanser jarang menimbulkan gejala pada lelaki atau wanita pada peringkat awal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Thursday, September 27, 2018

8 Negara Paling Berbahaya Bagi Golongan LGBT

8 Negara Paling Berbahaya Bagi Golongan LGBT

Seluruh negara kecoh membincangkan mengenai perihal golongan LGBT dengan gelombang dilihat semakin berkembang pesat dengan tokoh-tokoh ternama dilihat menyokong gerakan LGBT ini dengan begitu terang-terangan.

8 Negara Paling Berbahaya Bagi Golongan LGBT

Terbaharu, perjuangan terhadap hak-hak golongan LGBT menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak senang di atas penerimaan sosial yang diinginkan mereka.

Jika dilihat, undang-undang di Malaysia sudah patut membuatkan golongan ini berpuas hati kerana tidak diancam, dibandingkan dengan negara-negara lain yang lebih ekstrem.

Kami kongsikan 8 negara yang paling berbahaya di dunia untuk golongan LGBT.

1. Iraq

"Ia bergantung kepada bahagian negara yang mana anda berada, namun bagi saya hanya 2 perkataan iaitu, "tidak selamat" bagi golongan LGBT," kata Amir Ashour, satu-satunya aktivis homoseksual Iraq.

Dia menerangkan bahawa ia bukan sahaja ancaman darpada ISIS di Mosul dan Hawija.

Di Baghdad dan tengah-tengah Iraq kekejaman adalah lebih jelas daripada kumpulan yang disokong oleh kerajaan, yang mana melakukan kempen pembunuhan.

Yang terbaru adalah pada Januari 2017 di mana beberapa orang telah dibunuh namun khabar angin mengatakan terdapat senarai 100 nama yang terbunuh.

Serangan terhadap individu homoseksual di bawah Isis telah dilaporkan secara meluas.

Namun, kempen pembunuhan individu homoseksual di Iraq yang sistematik berlaku sebelum kumpulan pengganas ini bertindak dan masih berterusan sehingga kini.

Amir Ashour yang merupakan pengasas kumpulan LGBT IraQueer, menganggarkan sekurang-kurangnya berlaku satu kempen pembunuhan setiap tahun sejak tahun 2006.

Kawasan komuniti yang disyaki telah dibakar atau dibom dan tidak selamat untuk bertemu dengan orang sekurang-kurangnya 6 tahun terutamanya apabila mereka disasarkan melalui aplikasi temu janji.

"Kami tidak ada ruang sama ada online atau offline," tambah Amir dengan sedih.

Adalah jelas LGBT di Iraq masih mencari cara untuk berhubung dengan apa cara sekalipun.

Amir berkata, rangkaian NGOnya berkembang pesat dengan laman web organisasi yang mendapat 11,000 lawatan sebulan, kebanyakannya dari Iraq.

"Apa yang hebat adalah kita dapat menyediakan sumber untuk LGBT Iraq yang tidak pernah ada untuk kita satu ketika dulu," katanya.

2. Iran

Para pemimpin Iran menggambarkan homoseksual sebagai "kehancuran moral" atau "barbarisme barat moden".

Amnesty International menganggarkan bahawa 5,000 gay dan lesbian telah dibunuh di Iran sejak revolusi Iran 1979.

Walaupun ia agak kurang berlaku ketika ini, namun ia masih berlaku.

Pada musim panas 2016 seorang remaja lelaki berusia 19 tahun digantung di wilayah Markazi Iran dan pada tahun 2014 dua lelaki telah dibunuh.

Ancaman peras ugut kini menjadi masalah besar bagi lelaki homoseksual, jelas Saghi Ghahraman, pengasas Pertubuhan Queer Iran.

Ini kerana undang-undang yang rumit di Iran mengenai homoseksual bermakna lelaki berhadapan dengan hukuman yang berbeza atas kesalahan persetubuhan hubungan seksual, bergantung sama ada mereka adalah "aktif" atau "pasif".

Inividu pasif berhadapan hukuman mati, tetapi individu yang aktif hanya berhadapan dengan hukuman yang sama jika sudah berkahwin.

Undang-undang ini boleh menyebabkan ketidakpercayaan antara pasangan, jika tertangkap, satu-satunya pertahanan untuk pasangan pasif adalah dirogol. Ini juga mewujudkan suasana untuk memeras ugut.

Dan dalam undang-undang yang luar biasa, bapa dan datuk diberi hak di bawah undang-undang Iran untuk membunuh anak mereka, membuatkan pembunuhan "kehormatan" sah di sisi undang-undang.

"Sejak kecil, kanak-kanak belajar dari rumah bahawa dunia sangat bermusuhan dengan golongan LGBT," kata Saghi Ghahraman.

Layanan kerajaan terhadap komuniti transgender tidak begitu jelas. Sejak tahun 1983, ketika Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa yang membenarkan penerimaan transgender di dalam masyarakat, pembedahan semula jantina telah tersedia dan warga Iran boleh mengambil pinjaman kewangan untuk melakukan pembedahan.

Malah, Iran adalah negara yang menjalankan lebih banyak operasi penukaran jantina daripada mana-mana negara lain di dunia, selain Thailand.

Ia memberikan dua kelebihan kepada komuniti LGBT, iaitu pembedahan telah menjadi penyelesaian kontroversi bagi lelaki homoseksual yang cuba menerima kepercayaan terhadap seksualiti mereka dan kerajaan enggan mengiktiraf individu transgender yang tidak mahu menjalani pembedahan.

3. Honduras

Satu kajian global mendapati bahawa Honduras mempunyai jumlah pembunuhan transgender tertinggi berbanding penduduknya. Tetapi ia bukan hanya transgender sahaja orang yang berisiko.

Selepas presiden berhaluan kiri, Manuel Zelaya, digulingkan pada tahun 2009, pembunuhan LGBT melonjak naik; 215 nyawa telah terbunuh sejak rampasan kuasa tersebut.

Adalah penting untuk memahami konteks yang lebih luas iaitu dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Honduras boleh membunuh tanpa dihukum tanpa menghiraukan jantina mangsa.

Ini sekali gus menjadikan Honduras sebagai ibu kota pembunuhan di dunia dengan kadar pembunuhan nasional sebanyak 60 setiap 100,000 orang.

Namun, kes pembunuhan LGBT lebih cenderung untuk tidak dihukum, menurut laporan Suruhanjaya Antara-Amerika mengenai Hak Asasi Manusia, kerana stereotaip diskriminasi yang popular di kalangan anggota polis.

Apa yang menariknya, walaupun menerima ancaman pembunuhan, komuniti LGBT Hondurans aktif dalam kedua-dua masyarakat madani dan politik.

Apabila René Martínez dibunuh, beliau adalah ahli parti yang menerajui kerajaan Honduras.

Aktivis LGBT, Erick Martinez juga merupakan calon untuk kongres Honduras. Dia memberitahu bahawa keadaan semakin baik tetapi masih ada cabaran.

"Aktivis LGBT mula dipilih pada tahun 2012 dan kami kini melihat hasilnya kerana kami mempunyai lebih ramai orang LGBT yang dapat mempengaruhi parti-parti politik," kata Erick Martinez.

4. Uganda

Bilangan pelarian LGBT yang dihasilkan oleh sesebuah negara merupakan satu penunjuk lain tentang betapa berbahaya sesebuah negara itu untuk orang LGBT.

Antara tahun 2014 hingga 2016, Friends Ugandan Safe Transport Fund, sebuah persatuan Quaker yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa mereka menyokong lebih daripada 1,800 individu LGBT untuk melarikan diri dari Uganda.

Adalah sangat mudah untuk memahami mengapa golongan ini mahu meninggalkan Uganda.

Pada 2014, kerajaan Uganda cuba memperkenalkan Akta Anti-Homoseksual yang kontroversi, pada mulanya termasuk peruntukan hukuman mati.

Ia kemudiannya diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan di mahkamah Uganda, tetapi kerosakan telah berlaku, dan keganasan homophobik telah dihalalkan.

Orang ramai muncul di akhbar Uganda, yang menerbitkan senarai "200 orang homoseksual", walaupun mengetahui bahawa pendedahan identiti individu LGBT boleh menyebabkan mereka dibunuh.

Laporan oleh NGO Ugugo SMUG menunjukkan bahawa penganiayaan berdasarkan orientasi seksual telah meningkat dalam dua tahun selepas tindakan tersebut.

5. Rusia

Satu acara homoseksual masih diterima di Moscow, tetapi kerajaan Putin secara terbuka menunjukkan mereka adalah anti-homoseksual dan membincangkan undang-undang homofobia yang lain.

Undang-undang tersebut mencadangkan mereka yang memaparkan orientasi bukan heteroseksual atau identiti jantina berlainan di tempat awam agar dipenjarakan.

Hampir tiga perempat daripada orang Rusia percaya bahawa homoseksual tidak dapat diterima secara moral.

Sikap Rusia terhadap homoseksual telah berada di tahap genting ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi.

Hanya lapan bulan sebelum pertandingan, badan kerajaan Rusia, Duma, meluluskan undang-undang mengharamkan penyebaran propaganda homoseksual kepada individu bawah umur, yang termasuk acara kebanggaan homoseksual dan menyokong hak-hak homoseksual.

Undang-undang ini juga mengharamkan pasangan homoseksual asing daripada mengambil anak angkat daripada Rusia.

Malah, acara-acara yang telah dipublisikasikan dengan baik telah diganggu oleh kumpulan samseng yang ganas.

Tidak ada tindakan yang diambil terhadap kumpulan samseng yang menyerang golongan LGBT seperti Occupy Pedophilia, rangkaian nasional Rusia yang menyeksa lelaki homoseksual dan kemudiannya menyiarkan video tindakan mereka di atas talian.

6. Mesir

Mesir secara meluas dianggap sebagai negara yang memenjarakan golongan homoseksual terbesar di dunia.

New York Times menganggarkan sekurang-kurangnya 250 orang daripada golongan LGBT telah ditangkap sejak tahun 2013 manakala blog LGBT, "76 Crimes" menganggarkan bahawa jumlah itu menghampiri 500 orang.

Menjadi homoseksual atau transgender tidak menyalahi undang-undang di Mesir, namun sejak tentera menggulingkan presiden Mohamed Morsi pada tahun 2013, pihak berkuasa telah terlibat dalam tindakan keras terhadap komuniti LGBT.

Mereka memenjarakan golongan LGBT atas tuduhan "perbuatan jahat", yang mana dihukum penjara sehingga 17 tahun.

Tempat mesyuarat tradisional menjadi semakin tidak selamat dan sejak tahun 2014 aplikasi temu janji homoseksual seperti Grindr, telah memberi amaran kepada pengguna Mesir mereka bahawa "polis mungkin menyamar sebagai LGBT di media sosial untuk memikat kamu".

Pihak polis juga telah menjemput wartawan dan jurukamera bersama-sama dalam serbuan (seperti rancangan 999), individu yang ditangkap boleh didedahkan identiti homoseksualnya ke seluruh negara, walaupun tersalah tangkap.

Pada tahun 2014, 26 lelaki telah difilemkan ketika mereka ditangkap dalam keadaan telanjang dan dituduh oleh penyampai TV sebagai "sedang meninggalkan pelacuran homoseksual".

Kesemua 26 lelaki kemudiannya dibebaskan tetapi akibat daripada kes itu menyebabkan seorang lelaki cuba membakar dirinya hingga mati.

7. Nigeria

Daripada mereka yang ditemubual untuk Kaji Selidik Sikap Global ILGA-RIWI mengenai Golongan LGBT, 51% mengatakan mereka sangat bersetuju dengan kenyataan, "menjadi lesbian, gay, biseksual atau transgender sepatutnya dikategorikan sebagai jenayah," menjadikannya negara yang paling homofobia daripada 45 negara yang dikaji.

Nigeria mengenakan ancaman hukuman penjara 14 tahun atas perbuatan homoseksual dan di bawah undang-undang yang diluluskan pada tahun 2013, mana-mana rakyat Nigeria yang terlibat dengan organisasi homoseksual juga boleh dipenjara selama 10 tahun.

Undang-undang ini, bersama-sama dengan undang-undang Syariah di kawasan Islam di negara ini bermakna adalah tidak selamat untuk mendedahkan secara umum identiti LGBT di banyak bahagian Nigeria.

Tetapi bagi Olumide Makanjuola, pengarah eksekutif The Initiative for Equal Rights (TIERS), penerimaan sosial merupakan isu yang lebih besar daripada perlindungan undang-undang untuk masyarakat LGBT.

"Anda boleh melaksanakan semua undang-undang yang anda mahu tetapi ia tidak penting kecuali anda menerima golongan LGBT secara sosial" katanya.

Menurutnya, sebagai negara yang terlalu beragama dengan populasi 182 juta, apa-apa penglibatan perlu berada di tahap kritikal untuk mengubah sikap.

Tambah Olumide lagi, bagi setiap 100 ahli politik, contohnya, mungkin seorang sahaja yang progresif tetapi kempen pilihan raya rapat dengan sistem keagamaan, jadi jika seorang ahli politik mendapat kuasa dengan bantuan gereja atau masjid, dia mempunyai kewajipan terhadap mereka.

Olumide Makanjoula menambah, walau bagaimanapun, Nigeria telah banyak berkembang.

"Hakikatnya, 10 tahun yang lalu kami tak dapat mengadakan perbualan ini. Tetapi pada hari ini kami mempunyai organisasi LGBT yang ramai, kami dapat mengadakan acara awam dan kami boleh melakukan penglibatan komuniti."

8. Brunei

Jiran negara kita juga mengenakan hukuman maksimum iaitu hukuman mati bagi pesalah LGBT.

Sejak tahun 2014, Brunei Darussalam memasukkan secara berfasa ke dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPC Order 2013), walaupun mendapat kritikan pelbagai negara luar terhadap defisit hak asasi manusia.

Fasa kedua dan ketiga dilaksanakan pada tahun 2015 dan 2016, di mana hukuman mati untuk tingkah laku seksual sesama jantina dilaksanakan, untuk kedua-dua lelaki dan wanita beragama Islam.

Walaupun menerapkan hukuman mati dalam undang-undangnya, namun pelaksanaan tidak pernah berlaku di Brunei.

UHCHR mendesak Kesultanan Brunei untuk membatalkan hukuman tersebut.

"Ini kerana kita memerlukan Allah Yang Maha Kuasa, dengan segala rahmat-Nya, telah membuat undang-undang untuk kita, supaya kita dapat menegakkan keadilan," kata Sultan Hassanal Bolkiah.

SENARAI NEGARA ANTI-HOMOSEKSUAL

Senarai 74 negara dan entiti politik bebas yang melaksanakan undang-undang anti-homoseksual:

Benua Afrika;
  1. Algeria
  2. Angola
  3. Botswana
  4. Burundi
  5. Cameroon
  6. Comoros
  7. Mesir
  8. Eritrea
  9. Ethiopia
  10. Gambia
  11. Ghana
  12. Guinea
  13. Kenya
  14. Liberia
  15. Libya
  16. Malawi
  17. Mauritania
  18. Mauritius
  19. Morocco
  20. Namibia
  21. Nigeria
  22. Senegal
  23. Sierra Leone
  24. Somalia
  25. Sudan Selatan
  26. Sudan
  27. Swaziland
  28. Tanzania
  29. Togo
  30. Tunisia
  31. Uganda
  32. Zambia
  33. Zimbabwe

Benua Asia, termasuk Timur Tengah;
  1. Afghanistan
  2. Bangladesh
  3. Bhutan
  4. Brunei
  5. India
  6. Iran
  7. Iraq
  8. Kuwait
  9. Lubnan
  10. Malaysia
  11. Maldives
  12. Myanmar
  13. Oman
  14. Pakistan
  15. Palestin
  16. Qatar
  17. Arab Saudi
  18. Singapura
  19. Sri Lanka
  20. Syria
  21. Turkmenistan
  22. Emiriah Arab Bersatu
  23. Uzbekistan
  24. Yaman

Benua Amerika;
  1. Antigua & Barbuda
  2. Barbados
  3. Dominica
  4. Grenada
  5. Guyana
  6. Jamaica
  7. St Kitts & Nevis
  8. St Lucia
  9. St Vincent & the Grenadines

Amerika Syarikat

Undang-undang anti-liwat telah diperintah tidak mengikut perlembagaan oleh Mahkamah Agung AS pada tahun 2003, tetapi masih terdapat dalam undang-undang di 13 negeri:
  1. Alabama
  2. Florida
  3. Idaho
  4. Kansas
  5. Louisiana
  6. Michigan
  7. Mississippi
  8. North Carolina
  9. Oklahoma
  10. South Carolina
  11. Texas
  12. Utah
  13. Virginia.

Oceania;
  1. Kepulauan Cook
  2. Indonesia (Aceh Province and South Sumatra)
  3. Kirbati
  4. Papua New Guinea
  5. Samoa
  6. Kepulauan Solomon
  7. Tonga
  8. Tuvalu

Benua Eropah

Tiada negara di Eropah mempunyai undang-undang menentang homoseksual. Lokasi Eropah yang terakhir dengan undang-undang seperti itu adalah Cyprus Utara (hanya diiktiraf sebagai negara oleh Turki), yang memansuhkan undang-undangnya pada Januari 2014.

Juga di Eropah dan patut disebut tetapi tidak tersenarai dalam negara-negara dengan undang-undang terhadap homoseksual adalah:

1. Rusia

Menggubal undang-undang anti-homoseksual pada tahun 2013, melarang sebutan positif tentang homoseksual di hadapan kanak-kanak di bawah umur, termasuk dalam talian.

2. Lithuania

Mempunyai undang-undang yang sama; pada tahun 2015, ia dipertimbangkan tetapi belum lagi diterapkan dalam undang-undang lanjut yang akan mengenakan denda untuk mana-mana paparan awam yang "menentang nilai keluarga tradisional."

3. Ukraine

Mempertimbangkan undang-undang seperti itu pada 2012 dan 2013, tidak mengamalkannya dan nampaknya sudah dilupakan.

4. Moldova

Menggunapakai dan kemudian memansuhkan undang-undang sedemikian pada tahun 2013.

5. Belarus

Membincangkan undang-undang LGBT pada awal 2016.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi