Jumaat, Disember 07, 2018

Kenapa Masyarakat Menolak LGBT


Golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoalkan identiti seksual diri (LGBTQ) perlu faham kenapa majoriti masyarakat menolak mereka mengenai isu tuntutan kesamarataan dan pengiktirafan terhadap kelompok itu.

Menolak LGBT

Sebagaimana golongan ini menuntut kefahaman dan kesamarataan daripada masyarakat, mereka juga perlu memahami mengapa berlaku penolakan yang ketara daripada majoriti rakyat terutamanya di Malaysia khususnya dan juga diseluruh dunia amnya.

Dalam perbincangan cabang pengkajian Psikologi Abnormal baik di Barat mahupun rantau ini, ada dinyatakan isu penolakan terhadap golong LGBTQ berlaku kerana gaya hidup songsang yang diamalkan golongan ini bertentangan dengan norma masyarakat.

Bahkan, ahli psikologi barat seperti Vincent Mark Durand, Stefan G. Hofmann dan David H. Barlow menyatakan dalam buku mereka, Abnormal Psychology: An Integrative Approach menyatakan, tahap penerimaan rendah sesebuah komuniti terhadap budaya hidup songsang tersebut menjadi petunjuk bahawa majoriti ahli masyarakat tidak bersetuju dengan perkara yang jelas berlanggaran dengan norma hidup manusia.

Dalam konteks ini (penolakan masyarakat), golongan LGBTQ juga perlu memahami, majoriti melihat mereka sebagai kelompok yang mengalami kecelaruan jantina (gender dysphoria) yang bertentangan dengan budaya dan kepercayaan majoriti yang boleh menjejaskan aturan kehidupan masyarakat.

Ini dinyatakan oleh pakar psikologi Barat dan perlu juga difahami dan diterima oleh golongan LGBTQ. Dalam konteks kemasyarakatan, penting bagi golongan LGBTQ untuk tidak terlalu berkeras menyuarakan tuntutan mereka.

Golongan LGBT perlu memahami bahawa, pada pandangan majoriti masyarakat amalan hidup mereka itu bertentangan dengan agama, kepercayaan serta budaya.

Apa yang penting ialah untuk menjaga keharmonian kehidupan bermasyarakat untuk kepentingan semua pihak.

Kedua-dua belah pihak perlu mengetahui dan memahami sudut pandang masing-masing.

Jika ini dapat dilakukan, pasti isu ini dapat ditangani dengan baik dan keharmonian hidup semua rakyat Malaysia dapat dipelihara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon