Friday, November 24, 2017

Bunga Rafflesia Tumbuh Mekar Di Keningau

Bunga Rafflesia Tumbuh Mekar Di Keningau

Sekumpulan penyelidik Jawatankuasa Pelancongan Daerah Keningau dan Tahun Melawat Keningau 2018 telah menemui bunga Rafflesia sedang mekar di kawasan hutan Batu Minitinduk, berhampiran Gua Laing Bingkor Keningau.

Bunga Rafflesia Tumbuh Mekar Di Keningau
Bunga Rafflesia.

Ketua penyelidik jawatankuasa itu Rafie Robert berkata Rafflesia itu daripada spesies ‘Keithi’, mempunyai ukuran garis pusat kira-kira satu meter.

Minitinduk terletak kira-kira 45 minit perjalanan darat dari Sub Station Minitinduk Trails.

Dalam kenyataannya, Rafie berkata, Rafflesia Keithi merupakan satu daripada tiga spesies yang terdapat di Sabah.

Bunga Rafflesia tumbuh di kawasan tanah rendah beriklim lembab dan mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk mekar dan kemudian layu dalam tempoh empat hingga lima hari.

Bunga Rafflesia dinamakan sempena nama bekas konservator hutan di Borneo Utara (kini Sabah), Henry (Harry) George Keith.

Rafie menasihatkan orang ramai agar tidak memusnahkan bunga Rafflesia ini jika menemuinya kerana ia akan menjadi sebahagian daripada tarikan sempena Tahun Melawat Keningau 2018.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Wednesday, October 25, 2017

Sejarah Dan Asal-usul Daerah Keningau

Sejarah Dan Asal-usul Daerah Keningau

Keningau merupakan bandar kelima terbesar di Sabah selepas Tawau dan Lahad Datu dan merupakan sebuah kawasan yang terletak di kawasan pedalaman Sabah yang telah berkembang maju menjadi bandar.

Bandar Keningau

Mengikut cerita orang dulu-dulu, Keningau merupakan sebuah perkampungan yang banyak ditumbuhi oleh pohon kayu Manis atau lebih dikenali sebagai “Pokok Keningau”.

Dalam bahasa suku kaum Murut mereka menyebutnya sebagai “Kayu Keningau” iaitu sejenis rempah yang digunakan untuk memasak.

Kedatangan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit Kayu Keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka, yang secara tidak langsung kawasan pendalaman menjadi pengeluar kulit Kayu Keningau yang penting ketika itu.

Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Keningau sehingga wujud sebuah bandar yang paling maju dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Kayu Manis mendapat permintaan yang tinggi dari saudagar-saudagar luar menyebabkan daerah Keningau menjadi terkenal dengan produk tempatan.

Daerah Keningau mendapat gelaran “Kampung Keningau” daripada saudagar-saudagar yang datang ke daerah ini.

Gelaran ini diberikan sempena nama pokok kayu Koningau bagi memudahkan saudagar luar mengenali kawasan utama sumber kayu manis. Mengikut istilah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii.

Menurut sejarah, Keningau merupakan sebahagian daripada wilayah Brunei semasa Pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu, sekitar tahun 1860an.

Pada masa itu, Keningau merupakan pusat perdagangan rempah ratus terbesar di wilayah Brunei.

Sungai Bunsit
Keindahan Sungai Bunsit.

Disebabkan laluan perdagangan Selat Melaka dari seluruh pelosok dunia, persisiran pantai barat Jesselton (Kota Kinabalu) menjadi tempat strategik selepas tumpasnya pangkalan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBCC) di Pulau Gaya oleh Mat Salleh dan orang Bajau dan kemusnahan bandar Sandakan pada masa itu.

Semasa penentangan itu, Keningau menjadi Pusat Pendaftaran dan Pentadbiran Kawasan Pedalaman sementara Penjajah British untuk melumpuhkan pengaruh Mat Salleh dan perjuangannya.

Satu-satunya bangunan yang menjadi bukti wujudnya Penjajahan British ialah Saint Francis Xavier Church, antara bangunan tertua di Keningau.

Kimanis pada masa itu menjadi laluan utama perhubungan dari Keningau ke Jesselton (Kota Kinabalu). Kimanis juga adalah kubu pertahanan Keningau semasa perang dunia ke-2.

Antara Daerah Paling Sejuk Di Sabah

Mungkin tidak salah kalau dikatakan bahawa daerah Keningau adalah antara kewasan paling sejuk di Sabah selepas Kundasang.

Pada tahun 1980an dan sebelumnya, penulis masih teringat apabila bangun setiap pagi, suasana dingin begitu terasa sehingga menggigit ke tulang sum-sum. Sangat sejuk sehinggakan minyak masak di dalam botol plastik turut membeku.

Pada ketika itu hutan Keningau belum lagi habis digondolkan oleh kapitalis-kapitalis yang mengaut keuntungan lumayan atas nama pembangunan.

Begitu juga beberapa ketika lalu, ketika negara dilanda angin sejuk Siberia, daerah Keningau antara kawasan paling sejuk di Malaysia dengan suhu cuaca di bawah 18 darjah selsius.

Tapi awas, pada waktu siang, sememangnya Keningau sangat panas.

Jalan Raya Paling Lurus Di Sabah

Jalan apin-apin-keningau

Satu lagi keunikan di daerah Keningau adalah jalan rayanya yang sangat lurus sejauh 20 kilometer yang menghubungkan antara Apin-apin dan Bandar Keningau.

Jalan raya ini sangat lurus sehinggakan jika anda melihatnya di gambar, seolah-olah sebatang pembaris yang diletakkan diatas meja.

Dan jika anda menyaksikannya sendiri dari atas bukit Banjaran Crocker, mata pasti terpesona melihat keajaibannya. Suatu fenomena alam ciptaan manusia yang sangat mengagumkan.

Laluan Maut Kimanis

Jalan Kimanis curam

Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa laluan Kimanis yang menghubungkan Keningau dan Kota Kinabalu adalah antara laluan paling berbahaya dan mencabar serta memerlukan seorang pemandu yang berpengalaman untuk melaluinya.

Jalannya berturap cantik namun kerana kadar kecuramannya, penggunaan brek kereta yang salah pasti mengundang padah.

Sudah banyak berlaku kemalangan dipalorkan akibat kegagalan brek kereta berfungsi kerana terlalu panas. Break-break don't eat.

Jadi, jika anda melalui Jalan Kimanis pada bila-bila masa, berhati-hatilah dengan penggunaan brek dan sentiasa menggunakan gear rendah. Jangan memandu dengan laju.

Misteri Jalan Kimanis

Disebalik bahaya jaluan curam jalan Kimanis, ada satu misteri yang pengunjung luar mungkin belum tahu.

Kira-kira beberapa kilometer sebelum sampai ke bandar Keningau, ada satu jalan yang yang menuruni bukit dan terletak di laluan jalan Kimanis yang apabila anda memberhentikan kereta ditengah-tengah jalan, kereta akan berundur ke belakang dengan sendiri.

Kereta akan berundur menaiki bukit! Tak percaya? Cubalah sendiri.

Laluan utama di Sabah

Dengan siapnya laluan Jalan Kimanis juga, Keningau menjadi bandar transit bagi pengunjung luar samada dari daerah Tawau-Kota Kinabalu dan sebaliknya.

Begitu juga pelancong yang mahu melawat ke seluruh Sabah, Keningau pastinya antara laluan utama.

Nama Keningau terus kekal masyhur dan terkenal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah tertua dan terbesar di kawasan Pedalaman. Selamat datang ke Keningau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Lagenda Batu Sumpah Keningau Asal-usul 16 September Hari Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM