Friday, November 24, 2017

Bunga Rafflesia Tumbuh Mekar Di Keningau


Sekumpulan penyelidik Jawatankuasa Pelancongan Daerah Keningau dan Tahun Melawat Keningau 2018 telah menemui bunga Rafflesia sedang mekar di kawasan hutan Batu Minitinduk, berhampiran Gua Laing Bingkor Keningau.

Bunga Rafflesia Tumbuh Mekar Di Keningau
Bunga Rafflesia.

Ketua penyelidik jawatankuasa itu Rafie Robert berkata Rafflesia itu daripada spesies ‘Keithi’, mempunyai ukuran garis pusat kira-kira satu meter.

Minitinduk terletak kira-kira 45 minit perjalanan darat dari Sub Station Minitinduk Trails.

Dalam kenyataannya, Rafie berkata, Rafflesia Keithi merupakan satu daripada tiga spesies yang terdapat di Sabah.

Bunga Rafflesia tumbuh di kawasan tanah rendah beriklim lembab dan mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk mekar dan kemudian layu dalam tempoh empat hingga lima hari.

Bunga Rafflesia dinamakan sempena nama bekas konservator hutan di Borneo Utara (kini Sabah), Henry (Harry) George Keith.

Rafie menasihatkan orang ramai agar tidak memusnahkan bunga Rafflesia ini jika menemuinya kerana ia akan menjadi sebahagian daripada tarikan sempena Tahun Melawat Keningau 2018.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon