Friday, March 15, 2013

Justin Bieber Dikecam Berlengah 2 Jam Sebelum Persembahan

Justin Bieber Dikecam Berlengah 2 Jam Sebelum Persembahan

Penyanyi rock Britain, Noel Gallagher mengecam Justin Bieber yang berlengah selama dua jam sebelum membuat persembahan di arena The O2, London, Isnin lalu, hingga ramai anak muda pulang dengan rasa kecewa.


Ayah kepada tiga cahaya mata hasil perkahwinan de­ngan Sarah McDo­nald itu menegaskan dia memahami mengapa ramai ibu bapa merungut kesal de­ngan kejadian itu.

“Saya tidak pernah kenal Bieber secara peribadi tetapi membuatkan peminat menunggu hingga dua jam adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Ketika membuat persem­bahan di arena Wembley pada acara Give It Up For Comic Relief, Gallagher mengumumkan akan berehat seketika dari industri muzik seperti dilakukan David Bowie.

“Saya tidak mempunyai apa-apa hobi selain menulis tetapi jika berehat selama 10 tahun, pasti ada aktiviti akan dilakukan sepanjang tempoh itu,” katanya.

Hasil kutipan derma majlis itu disalurkan kepada pertubuhan Comic Relief. Selebriti turut menjayakan persembahan termasuk Emeli Sandi, Kasabian, Jessie J, Jimmy Carr, Jack Whitewall, Frankie Boyle, Eddie Izzard dan John Bishop.

-Hmetro

Thursday, March 14, 2013

Peminat Sanggup Beli Rambut Justin Bieber Dengan Harga RM123,600!

Peminat Sanggup Beli Rambut Justin Bieber Dengan Harga RM123,600!

Apabila bergelar artis terkenal, maka segala-gala yang berkaitan dengan diri seseorang selebriti itu amat berharga termasuk sehelai rambutnya.


Menurut sumber, khabarnya ada pihak yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli rambut Justin Bieber dengan harga £25,000 (RM123,600).

"Rambut tersebut juga disimpan dalam kotak kaca bersama tandatangan Justin khas buat peminatnya setianya," kata sumber.

-Sinarharian

Wednesday, March 13, 2013

Trend Berpakaian Justin Bieber Fesyen Terburuk Abad Ini

Trend Berpakaian Justin Bieber Fesyen Terburuk Abad Ini

Trend berpakaian Justin Bieber dengan seluar panjang terlondeh sehingga menampakkan seluar dalamnya dipilih sebagai trend fesyen paling buruk abad ini.


Ia berdasarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan oleh JonesandJonesfashion.com, kedai online yang meninjau fesyen sepanjang 13 tahun lalu.

Kaji selidik berkenaan meminta wanita memilih gaya yang seharusnya tidak wujud.

Remaja yang berseluar panjang di bawah pinggul dipilih lebih daripada seperlima responden atau 21 peratus. Mereka berkata, fesyen seumpama itu adalah kesilapan terbesar abad 21.

“Bintang pop seperti Justin Bieber menjadi contoh paling teruk dengan menggayakan fesyen seumpama itu,” kata responden.

Kajian itu juga mendapati, responden menolak beberapa fesyen lain, termasuk seluar diperbuat daripada kulit, memakai perhiasan murah dengan jumlah yang banyak dan seluar singkat (hot pants).

Penggunaan beg tangan tiruan pula dianggap sebagai gaya fesyen ‘menyedihkan’.

-Agensi

Wednesday, March 06, 2013

Ibu Justin Bieber Terkilan Anaknya Bertatu

Ibu Justin Bieber Terkilan Anaknya Bertatu

Justin Bieber kembali menghiasi tubuhnya dengan dua tatu terbaru iaitu logo daripada kumpulan hoki kesayangannya, The Stratford Cullitons pada bahagian bahu serta siri nombor dalam tulisan Roman.

Tatu terbaru Justin pada bahunya.

Bagaimanapun, ibu penyanyi berusia 19 tahun itu yang bernama Pattie Mallette tidak menyukai tindakan Justin yang ingin memenuhi tubuhnya dengan tatu.

"Sebenarnya saya kurang gemar apabila tubuh Justin dipenuhi tatu. Tetapi Justin sudah membuat keputusannya sendiri," kata Pattie kepada Entertainment Tonight.

Justin kini semakin berani mempamerkan tatu malah dia turut menunjukkannya dalam program The Late Show With David Latterman. Difahamkan Justin telah pun menghiasi tubuhnya sebanyak 10 tatu.

-mStar

Thursday, February 21, 2013

Justin Bieber Dan Selena Gomez Kembali Bercinta?

Justin Bieber Dan Selena Gomez Kembali Bercinta?

Hasrat Justin Bieber untuk kembali bersama Selena Gomez mungkin tercapai, setelah bekas bintang Disney itu bersetuju untuk membicarakan hubungannya dengan Bieber.


Menurut Music News, Gomez sangat risau dengan tindakan liar Bieber sejak mereka berpisah.

"Dia (Gomez) sangat khuatir dengan Bieber dan semua tindakan liarnya. Bahkan pengurus Bieber, Scooter Braun telah meminta Gomez untuk bertemu dan memujuk Bieber.

"Jadi, demi memastikan Bieber meninggalkan perbuatan liarnya, Gomez kerap bersama Bieber dan memberikan nasihat," ujar salah satu sumber kepada majalah Look.

Bagaimanapun, sehingga kini, Gomez masih belum membuat keputusan sama ada mahu kembali semula atau sekadar berkawan.

-Sinarharian

Wednesday, January 30, 2013

Wajah Justin Bieber Sebelum Menjadi Terkenal

Wajah Justin Bieber Sebelum Menjadi Terkenal

Justin Bieber saat ini merupakan artis yang menjadi idola remaja seluruh dunia khususnya remaja perempuan yang tergila-gila dengan ketampanannya.


Penyanyi yang popular melalui lagu ‘Baby’ ini pada awalnya hanyalah kanak-kanak lelaki yang menjalani kehidupan normal seperti remaja lain.

Pernahkah anda lihat wajah Bieber sebelum menjadi terkenal? Kepada peminat fanatiknya, mustahillah juga jika belum tengok.


Layankan...

[Sumber]

Wednesday, January 23, 2013

Panas! Justin Bieber Pintas Lady Gaga Di Twitter

Panas! Justin Bieber Pintas Lady Gaga Di Twitter

Ia mengambil masa dua hari namun Justin Bieber berjaya memintas Lady Gaga sebagai ikon pop paling ramai pengikutnya di laman sosial Twitter.


“Selepas mengekori rapat, Justin Bieber berjaya mendahului Lady Gaga awal pagi semalam dalam Kaunter Twitter yang mengira dan memantau Twitter," katanya dalam laman blognya.

Menjelang tengah hari, Biebs (Bieber) mempunyai 33,342,299 pengikut berbanding 33,333,682 untuk Mother Monster (Gaga), diikuti Katy Perry, Rihanna dan Presiden Barack Obama yang mencatatkan 26,183,711 pengikut.

Minggu lalu catatan Kaunter Twitter menganggarkan Bieber boleh melompat untuk menduduki tempat pertama sekurang-kurangnya pada Ahad lalu.

Bieber dan Lady Gaga berada di tangga teratas Twitter sejak 2010 selepas Gaga memintas Britney Spears yang ketika itu sedang mengadakan siri jelajahnya di AS.

-AFP

Sunday, January 20, 2013

Justin Bieber Mahu Bercinta Dengan Wanita Yang Matang Sahaja

Justin Bieber Mahu Bercinta Dengan Wanita Yang Matang Sahaja

Baru sahaja berpisah dengan teman wanitanya, penyanyi, Justin Bieber, tidak serik untuk bercinta lagi.


Terbaru, Bieber memberitahu bahawa cintanya hanya untuk wanita yang bergelar model sahaja.

"Saya tidak mahu kelihatan seperti budak-budak lagi. Saya mahu kekasih saya lebih matang dan perlu bersikap profesional dalam hubungan," katanya.

Kata-kata Bieber itu secara tidak langsung menggambarkan bekas kekasihnya, Selena Gomez, terlalu cerewet dan tidak memahami dirinya.

-Sinarharian

Saturday, January 12, 2013

Justin Bieber Kena Saman RM1.3 Juta

Justin Bieber Kena Saman RM1.3 Juta

Pengawal peribadi kepada Justin Bieber telah mengemukakan saman terhadap penyanyi remaja itu kira-kira RM1.3 juta kerana kegagalannya membayar elaun kerja lebih masa, elaun percutian dan pelbagai faedah lain.


Moshe Benabou dalam tuntutan mahkamahnya mendakwa, semasa bekerja dengan penyanyi berusia 18 tahun itu, Justin turut melepaskan perasaan marah sesuka hati serta menumbuk dadanya beberapa kali pada Oktober tahun lalu.

New Fox melaporkan, masalah tersebut tercetus kerana kedua-dua mereka gagal mencapai kesepakatan berkaitan urusan menguruskan anggota pengiring.

Tuntutan itu juga turut merangkumi tindakan Bieber yang memecatnya.

Benabou turut memberitahu telah berlaku kesilapan apabila dia tidak diberikan hak untuk menerima upah lebih masa walaupun bekerja 14 hingga 18 jam sehari di antara bulan Mac 2011 dan Oktober 2012.

-Newkerala.com

Friday, January 11, 2013

Justin Bieber dan Selena Gomez Putus Cinta Lagi!

Justin Bieber dan Selena Gomez Putus Cinta Lagi!

Hubungan pasangan muda Justin Bieber dan Selena Gomez dikhabarkan kembali putus cinta baru-baru ini.


Namun Selena telah membuat keputusan untuk tidak memaafkan penyanyi yang menjadi kegilaan wanita di luar sana.

Menurut laporan portal Digital Spy, Selena telah bersumpah tidak akan kembali kepada bekas kekasihnya itu selepas melalui pergaduhan besar beberapa hari lalu.

"Mereka bertengkar lagi dan Selena tidak akan memaafkan kekasihnya itu. Hubungan mereka kali ini benar-benar berakhir," kata sumber.

Sumber lain pula memberitahu bahawa bintang Disney itu menganggap Justin mempunyai sifat yang buruk dan atas alasan itu Selena membuat keputusan untuk penyanyi berusia 18 tahun itu.

"Justin masih lagi tidak boleh menerima perpisahan tersebut selepas kejadian serupa berlaku sebelum ini.

"Mungkin kerana itu juga Justin mula mengambil dadah jenis ganja untuk mengurangkan keresahannya," kata sumber itu.

-mStar

Thursday, January 03, 2013

Paparazi Maut Selepas Ambil Gambar Ferrari Justin Bieber

Paparazi Maut Selepas Ambil Gambar Ferrari Justin Bieber

Seorang paparazi maut apabila dilanggar sebuah kereta selepas mengambil gambar kereta Ferrari berwarna putih milik penyanyi remaja, Justin Bieber di sini.


Pegawai polis Los Angeles, James Stoughton berkata, jurugambar yang identitinya belum dikenal pasti itu meninggal dunia di sebuah hospital selepas insiden yang berlaku pada petang Selasa.

Menurut Stoughton, Bieber tidak berada dalam keretanya pada waktu itu.

Kereta Ferrari itu diletakkan di luar Sepulveda Boulevard dekat Getty Center Drive.

Jurugambar itu dilanggar ketika cuba menyeberangi jalan ke Sepulveda Boulevard selepas selesai mengambil gambar.

Stoughton berkata pemandu yang melanggar lelaki tersebut tidak akan didakwa.

-mStar

Monday, December 31, 2012

Top 10 Jutawan Muda Hollywood 2012

Top 10 Jutawan Muda Hollywood 2012

Info Top 10. Berikut ialah 10 senarai bintang remaja Hollywood yang meraih kejayaan di usia muda dan diangkat sebagai bintang remaja paling kaya pada tahun 2012.

Justin Bieber
RM162.2 juta


Tidak pernah gagal meraih sokongan peminat yang menggila, kedudukan bintang sensasi Justin Bieber tidak pernah tergugat sebagai penyanyi remaja nombor satu dunia sehingga hari ini. Bieber dianggarkan memiliki harta kekayaan mencecah sebanyak AS$53 juta (RM 162.2 juta).

Miley Cyrus
RM146.9 juta


Pencapaiannya sebagai penyanyi, penulis lirik dan pelakon tidak pernah dipersoalkan kerana telah dibuktikan sejak dia berusia 8 tahun lagi. Cyrus yang menempa populariti menerusi sitkom bersiri Hannah Montana dilaporkan memiliki harta kekayaan sehingga AS$48 juta (RM146.9 juta).

Nick Jonas
RM38.2 juta


Seterusnya ialah anggota kumpulan The Jonas Brothers, Nick Jonas yang dilaporkan meraih pendapatan sehinga AS$12.5 juta (RM38.2 juta). Nick memiliki bakat yang hebat dalam bidang penulisan lirik, nyanyian dan pemuzik. Selain itu, Nick yang menubuhkan The Jonas Brothers bersama adik-beradiknya, Kevin dan Joe itu juga merupakan seorang pelakon.

Taylor Lautner
RM26 juta


Bintang yang menyinar menerusi francais filem popular Twilight itu dianggarkan memiliki kekayaan sehingga AS$8.5 juta (RM26 juta). Dia yang popular dengan watak Jacob Black itu mula menceburi bidang lakonan sejak berusia 11 tahun.

Jaden Smith
RM24.4 Juta

Jaden Smith adalah selebriti seterusnya yang dinobatkan sebagai selebriti remaja terkaya dunia. Anak lelaki pasangan pelakon Will Smith dan Jada Smith ini menjana pendapatan sebagai penyanyi rap yang jelas begitu dekat diwarisi oleh bapanya itu. Selain menyanyi, Jaden juga mula dikenali sebagai pelakon menerusi penglibatannya dalam filem Men in Black pada tahun 2002 selain The Karate Kid dan The Pursuit Of Happiness.

Angus T. Jones
RM23.8 juta


Mula berlakon sejak berusia 6 tahun, Jones yang berasal dari Texas itu dianggarkan memiliki harta kekayaan sehingga AS$7.8 juta (RM23.8 juta) hasil pendapatan lakonannya dalam drama bersiri berjudul Two and a Half Men.

Selena Gomez
RM16.8 juta


Selebriti muda yang menceburi dunia nyanyian pada tahun 2002. Gomez yang juga merupakan teman wanita Bieber dianggarkan memiliki pendapatan mencecah AS$5.5 juta (RM16.8 juta) hasil usahanya mencipta nama menerusi bidang nyanyian dan lakonan. Pelantun lagu Love You Like A Love Song ini mula menceburi dunia lakonan buat pertama kalinya menerusi program televisyen kanak-kanak, Barney and Friends.

Willow Smith
RM12.2 juta


Selain Jaden, Will dan Jada seharusnya berbangga kerana anak perempuan mereka, Willow turut dinobatkan dalam senarai jutawan muda dunia. Willow yang berusia 10 tahun mencapai kejayaan di kedudukan sekarang selepas mula membabitkan diri dalam bidang nyanyian ketika berusia tujuh tahun. Pendapatan Willow dianggarkan berjumlah AS$4 juta (RM12.2 juta).

Dakota Fanning
RM12.2 juta


Dakota Fanning dengan pendapatan berjumlah AS$4 juta (RM12.2 juta) sama seperti Willow. Dakota yang kini berusia 18 tahun mula menceburi dunia glamor pada tahun 1999. Namun popularitinya cuma diraih sekitar tahun 2002 ketika dia terlibat dalam filem I am Sam diikuti dengan Man of Fire dan Charlotte’s Web.

Ella Fanning
RM4.5 juta


Berusia 13 tahun kini, Ella mengusung populariti ketika terbabit dalam filem Super 8. Selain berlakon, Ella juga menyanyi. Ella meraih pendapatan sehingga AS$1.5 juta (RM4.5 juta) sekali gus meletakkan dirinya sebagai selebriti terakhir dalam senarai jutawan muda dunia untuk tahun 2012.

-Utusan

Edited by SP

Friday, December 28, 2012

Kantoi! Justin Bieber Hisap Ganja

Kantoi! Justin Bieber Hisap Ganja

Akhir-akhir ini, tingkah laku Justin Bieber semakin tidak terkawal apabila dia mula berani mengambil dadah jenis ganja sehingga membuatkan orang di sekelilingnya tidak senang duduk.


Menurut laporan Contactmusic, Justin dikatakan enggan mengambil peduli dengan nasihat orang sekeliling yang berusaha menjaga nama bersihnya.

"Justin seolah-olah tidak peduli bahawa tabiatnya itu dapat mengancam karier nyanyiannya. "Dia melakukan apa yang diinginkan dan tidak mahu mendengar nasihat sesiapapun," kata sumber.

Tambah sumber itu, Justin sering dikelilingi oleh orang yang suka memanjakannya dan sentiasa memenuhi apa sahaja kehendak penyanyi berusia 18 tahun itu.

Perkara tersebut membuatkan tingkah laku Justin menjadi rosak gara-gara terlalu diberi muka.

[Sumber]

Saturday, December 15, 2012

Buah Zakar Justin Bieber Berharga RM15,000!

Buah Zakar Justin Bieber Berharga RM15,000!

Satu dokumen mahkamah mendakwa sekumpulan penculik merancang menjerut dan memotong kemaluan penyanyi pop remaja, Justin Bieber.


Dana Martin didakwa meletakkan harga RM7,500 bagi setiap satu buah zakar Bieber ketika dia mendedahkan rancangan untuk menculik, memotong kemaluan dan menjerut penyanyi terkenal itu.

Martin yang kini menjalani hukuman penjara dan mempunyai tatu Bieber pada kakinya, dituduh mengupah dua lelaki lain untuk menculik dan membunuh penyanyi itu, pengawal peribadinya dan dua mangsa yang tidak ada kaitan.

Menurut dokumen itu, dia mengupah Mark Staake untuk melaksanakan rancangannya selepas kecewa Bieber tidak mempedulikan usahanya untuk menghubunginya. Anak saudara Staake, Tanner Ruane kemudian menyertai rancangan itu.


Selepas mengumumkan hadiah wang berjumlah RM7,550 untuk kemaluan penyanyi berusia 18 tahun itu, Martin kemudian mengarahkan Staake dan Ruane untuk menjerut Bieber dengan tali leher.

Kumpulan itu didakwa merancang menyerang Bieber ketika dia mengadakan konsert di Madison Square Garden, New York pada 28 dan 29 November lalu.

Bagaimanapun, rancangan itu gagal selepas Martin mendedahkannya kepada pengawal penjara.

Secara kebetulan, Staake, 41, ditangkap pada 19 November kerana kesalahan lain ketika memandu dengan Ruane, 23.

Polis membebaskan Ruane tetapi merakamkan perbualan telefonnya dengan Martin mengenai rancangan membunuh Bieber itu.

Mereka menahan Ruane sekali lagi pada 20 November di New York dan menemui gunting jenama Fiskars Durasharp yang baru dibeli di dalam keretanya.

Kandungan perbualan telefon itu yang mendedahkan rancangan berkenaan dinyatakan dalam waran tangkap.

Dokumen berkenaan menyatakan: “Apabila Martin bertanya apa yang dibawa oleh Staake untuk memotong kemaluan mangsa, Ruane menjawab, dia sudah membeli gunting. Mengenai keengganan Staake untuk memotong kemaluan Bieber, Ruane berkata, dia akan melakukannya. “Martin kemudian mengesahkan, Ruane akan memperoleh RM7,500 untuk setiap buah zakar Bieber.” Polis berkata, Martin memberitahu Ruane supaya menjerut Bieber dan mangsa lain dengan tali leher kerana ia serupa dengan yang digunakan ketika melakukan pembunuhan sebelum ini.

Martin kini menjalani dua hukuman penjara seumur hidup di Penjara New Mexico Selatan di Las Cruces selepas didapati bersalah merogol dan menjerut seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000.

-DM


Komplot Bunuh Justin Bieber Di Tumpaskan!

Komplot Bunuh Justin Bieber Di Tumpaskan!

Polis berjaya menggagalkan komplot untuk membunuh penyanyi sensasi remaja, Justin Bieber ketika penyanyi berkenaan mengadakan konsertnya di New York, bulan lepas.


Rancangan pembunuhan itu berjaya dihalang dengan penahanan dua lelaki iaitu Mark Staake dan anak saudaranya, Tanner Ruane,

Mereka diupah oleh seorang lelaki yang juga peminat penyanyi berkenaan, Dana Martin.

Martin kini menjalani hukuman penjara 978 tahun atas kesalahan merogol dan membunuh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, kira-kira 12 tahun lalu.

Lelaki yang mempunyai tatu Justin Bierber di kakinya itu telah mengarahkan pembunuhan tersebut semasa berada di penjara.

Malah Martin bertemu dengan Staake juga di penjara.

Bagaimanapun sebelum rancangan itu berjalan, Staake telah ditangkap di Vermont manakala Martin juga telah mendedahkan komplot berkenaan kepada polis.

Pihak berkuasa juga telah merakamkan panggilan telefon antara Martin dan Ruane mengenai pembunuhan berkenaan.

Menurut laporan polis, mereka merancang menculik bintang sensasi berkenaan, dan kemudiannya menjerut leher Bieber dengan tali leher.

Ketika Ruane ditangkap, pihak polis telah menemui alat untuk membunuh bersamanya.

Sementara itu, pengurus Bierber, Scooter Braum berkata, keutamaan kini adalah memastikan keselamatan penyanyi tersebut.

Justeru, segala langkah telah diambil bagi melindungi Bierber.

-Mynewshub

Peminat Justin Bieber Pengsan Melihat Seluar Dalam!

Peminat Justin Bieber Pengsan Melihat Seluar Dalam!

Ternyata Justin Bieber walaupun dihambat dengan pelbagai gossip dan kontroversi, masih mampu mengekalkan takhta antara penyanyi muda paling popular di dunia.


Di negara kelahirannya sendiri, Amerika Syarikat jangan cakaplah. Ada yang sampai apa pun aksi atau kelakuannya, digilai dan dipuja setengah mati!

Baru-baru ini berlangsung konsert Wango Tango anjuran stesen radio terkenal negara tersebut, KIIS FM di California.

Antara yang membuat persembahan adalah Justin sendiri.

Ketika sedang beraksi, kelihatan jelas seluar dalam putih penyanyi tersebut…apa lagi macam HISTERIA peminat Justin jadinya!

Bergema sorakan dan teriakan bila berlaku keadaan tersebut, malah tak kurang yang mengambil kesempatan tersebut untuk merakamkan imej seluar dalam Justin dalam telefon bimbit mereka.

Dahsyat…memang dahsyat!

Itu baru seluar dalam, kalau ‘isi kandungan’ seluar dalamnya itu pun TERKELUAR sama, mungkin ada peminatnya yang makin tersengih gamaknya.


Macam-macam...


-Mynewshub