Wednesday, March 13, 2013

Trend Berpakaian Justin Bieber Fesyen Terburuk Abad Ini


Trend berpakaian Justin Bieber dengan seluar panjang terlondeh sehingga menampakkan seluar dalamnya dipilih sebagai trend fesyen paling buruk abad ini.


Ia berdasarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan oleh JonesandJonesfashion.com, kedai online yang meninjau fesyen sepanjang 13 tahun lalu.

Kaji selidik berkenaan meminta wanita memilih gaya yang seharusnya tidak wujud.

Remaja yang berseluar panjang di bawah pinggul dipilih lebih daripada seperlima responden atau 21 peratus. Mereka berkata, fesyen seumpama itu adalah kesilapan terbesar abad 21.

“Bintang pop seperti Justin Bieber menjadi contoh paling teruk dengan menggayakan fesyen seumpama itu,” kata responden.

Kajian itu juga mendapati, responden menolak beberapa fesyen lain, termasuk seluar diperbuat daripada kulit, memakai perhiasan murah dengan jumlah yang banyak dan seluar singkat (hot pants).

Penggunaan beg tangan tiruan pula dianggap sebagai gaya fesyen ‘menyedihkan’.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon