Saturday, December 15, 2012

Komplot Bunuh Justin Bieber Di Tumpaskan!


Polis berjaya menggagalkan komplot untuk membunuh penyanyi sensasi remaja, Justin Bieber ketika penyanyi berkenaan mengadakan konsertnya di New York, bulan lepas.


Rancangan pembunuhan itu berjaya dihalang dengan penahanan dua lelaki iaitu Mark Staake dan anak saudaranya, Tanner Ruane,

Mereka diupah oleh seorang lelaki yang juga peminat penyanyi berkenaan, Dana Martin.

Martin kini menjalani hukuman penjara 978 tahun atas kesalahan merogol dan membunuh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, kira-kira 12 tahun lalu.

Lelaki yang mempunyai tatu Justin Bierber di kakinya itu telah mengarahkan pembunuhan tersebut semasa berada di penjara.

Malah Martin bertemu dengan Staake juga di penjara.

Bagaimanapun sebelum rancangan itu berjalan, Staake telah ditangkap di Vermont manakala Martin juga telah mendedahkan komplot berkenaan kepada polis.

Pihak berkuasa juga telah merakamkan panggilan telefon antara Martin dan Ruane mengenai pembunuhan berkenaan.

Menurut laporan polis, mereka merancang menculik bintang sensasi berkenaan, dan kemudiannya menjerut leher Bieber dengan tali leher.

Ketika Ruane ditangkap, pihak polis telah menemui alat untuk membunuh bersamanya.

Sementara itu, pengurus Bierber, Scooter Braum berkata, keutamaan kini adalah memastikan keselamatan penyanyi tersebut.

Justeru, segala langkah telah diambil bagi melindungi Bierber.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon