Thursday, February 21, 2013

Justin Bieber Dan Selena Gomez Kembali Bercinta?

Justin Bieber Dan Selena Gomez Kembali Bercinta?

Hasrat Justin Bieber untuk kembali bersama Selena Gomez mungkin tercapai, setelah bekas bintang Disney itu bersetuju untuk membicarakan hubungannya dengan Bieber.


Menurut Music News, Gomez sangat risau dengan tindakan liar Bieber sejak mereka berpisah.

"Dia (Gomez) sangat khuatir dengan Bieber dan semua tindakan liarnya. Bahkan pengurus Bieber, Scooter Braun telah meminta Gomez untuk bertemu dan memujuk Bieber.

"Jadi, demi memastikan Bieber meninggalkan perbuatan liarnya, Gomez kerap bersama Bieber dan memberikan nasihat," ujar salah satu sumber kepada majalah Look.

Bagaimanapun, sehingga kini, Gomez masih belum membuat keputusan sama ada mahu kembali semula atau sekadar berkawan.

-Sinarharian

Wednesday, January 30, 2013

Wajah Justin Bieber Sebelum Menjadi Terkenal

Wajah Justin Bieber Sebelum Menjadi Terkenal

Justin Bieber saat ini merupakan artis yang menjadi idola remaja seluruh dunia khususnya remaja perempuan yang tergila-gila dengan ketampanannya.


Penyanyi yang popular melalui lagu ‘Baby’ ini pada awalnya hanyalah kanak-kanak lelaki yang menjalani kehidupan normal seperti remaja lain.

Pernahkah anda lihat wajah Bieber sebelum menjadi terkenal? Kepada peminat fanatiknya, mustahillah juga jika belum tengok.


Layankan...

[Sumber]

Wednesday, January 23, 2013

Panas! Justin Bieber Pintas Lady Gaga Di Twitter

Panas! Justin Bieber Pintas Lady Gaga Di Twitter

Ia mengambil masa dua hari namun Justin Bieber berjaya memintas Lady Gaga sebagai ikon pop paling ramai pengikutnya di laman sosial Twitter.


“Selepas mengekori rapat, Justin Bieber berjaya mendahului Lady Gaga awal pagi semalam dalam Kaunter Twitter yang mengira dan memantau Twitter," katanya dalam laman blognya.

Menjelang tengah hari, Biebs (Bieber) mempunyai 33,342,299 pengikut berbanding 33,333,682 untuk Mother Monster (Gaga), diikuti Katy Perry, Rihanna dan Presiden Barack Obama yang mencatatkan 26,183,711 pengikut.

Minggu lalu catatan Kaunter Twitter menganggarkan Bieber boleh melompat untuk menduduki tempat pertama sekurang-kurangnya pada Ahad lalu.

Bieber dan Lady Gaga berada di tangga teratas Twitter sejak 2010 selepas Gaga memintas Britney Spears yang ketika itu sedang mengadakan siri jelajahnya di AS.

-AFP

Sunday, January 20, 2013

Justin Bieber Mahu Bercinta Dengan Wanita Yang Matang Sahaja

Justin Bieber Mahu Bercinta Dengan Wanita Yang Matang Sahaja

Baru sahaja berpisah dengan teman wanitanya, penyanyi, Justin Bieber, tidak serik untuk bercinta lagi.


Terbaru, Bieber memberitahu bahawa cintanya hanya untuk wanita yang bergelar model sahaja.

"Saya tidak mahu kelihatan seperti budak-budak lagi. Saya mahu kekasih saya lebih matang dan perlu bersikap profesional dalam hubungan," katanya.

Kata-kata Bieber itu secara tidak langsung menggambarkan bekas kekasihnya, Selena Gomez, terlalu cerewet dan tidak memahami dirinya.

-Sinarharian

Saturday, January 12, 2013

Justin Bieber Kena Saman RM1.3 Juta

Justin Bieber Kena Saman RM1.3 Juta

Pengawal peribadi kepada Justin Bieber telah mengemukakan saman terhadap penyanyi remaja itu kira-kira RM1.3 juta kerana kegagalannya membayar elaun kerja lebih masa, elaun percutian dan pelbagai faedah lain.


Moshe Benabou dalam tuntutan mahkamahnya mendakwa, semasa bekerja dengan penyanyi berusia 18 tahun itu, Justin turut melepaskan perasaan marah sesuka hati serta menumbuk dadanya beberapa kali pada Oktober tahun lalu.

New Fox melaporkan, masalah tersebut tercetus kerana kedua-dua mereka gagal mencapai kesepakatan berkaitan urusan menguruskan anggota pengiring.

Tuntutan itu juga turut merangkumi tindakan Bieber yang memecatnya.

Benabou turut memberitahu telah berlaku kesilapan apabila dia tidak diberikan hak untuk menerima upah lebih masa walaupun bekerja 14 hingga 18 jam sehari di antara bulan Mac 2011 dan Oktober 2012.

-Newkerala.com

Friday, January 11, 2013

Justin Bieber dan Selena Gomez Putus Cinta Lagi!

Justin Bieber dan Selena Gomez Putus Cinta Lagi!

Hubungan pasangan muda Justin Bieber dan Selena Gomez dikhabarkan kembali putus cinta baru-baru ini.


Namun Selena telah membuat keputusan untuk tidak memaafkan penyanyi yang menjadi kegilaan wanita di luar sana.

Menurut laporan portal Digital Spy, Selena telah bersumpah tidak akan kembali kepada bekas kekasihnya itu selepas melalui pergaduhan besar beberapa hari lalu.

"Mereka bertengkar lagi dan Selena tidak akan memaafkan kekasihnya itu. Hubungan mereka kali ini benar-benar berakhir," kata sumber.

Sumber lain pula memberitahu bahawa bintang Disney itu menganggap Justin mempunyai sifat yang buruk dan atas alasan itu Selena membuat keputusan untuk penyanyi berusia 18 tahun itu.

"Justin masih lagi tidak boleh menerima perpisahan tersebut selepas kejadian serupa berlaku sebelum ini.

"Mungkin kerana itu juga Justin mula mengambil dadah jenis ganja untuk mengurangkan keresahannya," kata sumber itu.

-mStar

Thursday, January 03, 2013

Paparazi Maut Selepas Ambil Gambar Ferrari Justin Bieber

Paparazi Maut Selepas Ambil Gambar Ferrari Justin Bieber

Seorang paparazi maut apabila dilanggar sebuah kereta selepas mengambil gambar kereta Ferrari berwarna putih milik penyanyi remaja, Justin Bieber di sini.


Pegawai polis Los Angeles, James Stoughton berkata, jurugambar yang identitinya belum dikenal pasti itu meninggal dunia di sebuah hospital selepas insiden yang berlaku pada petang Selasa.

Menurut Stoughton, Bieber tidak berada dalam keretanya pada waktu itu.

Kereta Ferrari itu diletakkan di luar Sepulveda Boulevard dekat Getty Center Drive.

Jurugambar itu dilanggar ketika cuba menyeberangi jalan ke Sepulveda Boulevard selepas selesai mengambil gambar.

Stoughton berkata pemandu yang melanggar lelaki tersebut tidak akan didakwa.

-mStar

Monday, December 31, 2012

Top 10 Jutawan Muda Hollywood 2012

Top 10 Jutawan Muda Hollywood 2012

Info Top 10. Berikut ialah 10 senarai bintang remaja Hollywood yang meraih kejayaan di usia muda dan diangkat sebagai bintang remaja paling kaya pada tahun 2012.

Justin Bieber
RM162.2 juta


Tidak pernah gagal meraih sokongan peminat yang menggila, kedudukan bintang sensasi Justin Bieber tidak pernah tergugat sebagai penyanyi remaja nombor satu dunia sehingga hari ini. Bieber dianggarkan memiliki harta kekayaan mencecah sebanyak AS$53 juta (RM 162.2 juta).

Miley Cyrus
RM146.9 juta


Pencapaiannya sebagai penyanyi, penulis lirik dan pelakon tidak pernah dipersoalkan kerana telah dibuktikan sejak dia berusia 8 tahun lagi. Cyrus yang menempa populariti menerusi sitkom bersiri Hannah Montana dilaporkan memiliki harta kekayaan sehingga AS$48 juta (RM146.9 juta).

Nick Jonas
RM38.2 juta


Seterusnya ialah anggota kumpulan The Jonas Brothers, Nick Jonas yang dilaporkan meraih pendapatan sehinga AS$12.5 juta (RM38.2 juta). Nick memiliki bakat yang hebat dalam bidang penulisan lirik, nyanyian dan pemuzik. Selain itu, Nick yang menubuhkan The Jonas Brothers bersama adik-beradiknya, Kevin dan Joe itu juga merupakan seorang pelakon.

Taylor Lautner
RM26 juta


Bintang yang menyinar menerusi francais filem popular Twilight itu dianggarkan memiliki kekayaan sehingga AS$8.5 juta (RM26 juta). Dia yang popular dengan watak Jacob Black itu mula menceburi bidang lakonan sejak berusia 11 tahun.

Jaden Smith
RM24.4 Juta

Jaden Smith adalah selebriti seterusnya yang dinobatkan sebagai selebriti remaja terkaya dunia. Anak lelaki pasangan pelakon Will Smith dan Jada Smith ini menjana pendapatan sebagai penyanyi rap yang jelas begitu dekat diwarisi oleh bapanya itu. Selain menyanyi, Jaden juga mula dikenali sebagai pelakon menerusi penglibatannya dalam filem Men in Black pada tahun 2002 selain The Karate Kid dan The Pursuit Of Happiness.

Angus T. Jones
RM23.8 juta


Mula berlakon sejak berusia 6 tahun, Jones yang berasal dari Texas itu dianggarkan memiliki harta kekayaan sehingga AS$7.8 juta (RM23.8 juta) hasil pendapatan lakonannya dalam drama bersiri berjudul Two and a Half Men.

Selena Gomez
RM16.8 juta


Selebriti muda yang menceburi dunia nyanyian pada tahun 2002. Gomez yang juga merupakan teman wanita Bieber dianggarkan memiliki pendapatan mencecah AS$5.5 juta (RM16.8 juta) hasil usahanya mencipta nama menerusi bidang nyanyian dan lakonan. Pelantun lagu Love You Like A Love Song ini mula menceburi dunia lakonan buat pertama kalinya menerusi program televisyen kanak-kanak, Barney and Friends.

Willow Smith
RM12.2 juta


Selain Jaden, Will dan Jada seharusnya berbangga kerana anak perempuan mereka, Willow turut dinobatkan dalam senarai jutawan muda dunia. Willow yang berusia 10 tahun mencapai kejayaan di kedudukan sekarang selepas mula membabitkan diri dalam bidang nyanyian ketika berusia tujuh tahun. Pendapatan Willow dianggarkan berjumlah AS$4 juta (RM12.2 juta).

Dakota Fanning
RM12.2 juta


Dakota Fanning dengan pendapatan berjumlah AS$4 juta (RM12.2 juta) sama seperti Willow. Dakota yang kini berusia 18 tahun mula menceburi dunia glamor pada tahun 1999. Namun popularitinya cuma diraih sekitar tahun 2002 ketika dia terlibat dalam filem I am Sam diikuti dengan Man of Fire dan Charlotte’s Web.

Ella Fanning
RM4.5 juta


Berusia 13 tahun kini, Ella mengusung populariti ketika terbabit dalam filem Super 8. Selain berlakon, Ella juga menyanyi. Ella meraih pendapatan sehingga AS$1.5 juta (RM4.5 juta) sekali gus meletakkan dirinya sebagai selebriti terakhir dalam senarai jutawan muda dunia untuk tahun 2012.

-Utusan

Edited by SP

Friday, December 28, 2012

Kantoi! Justin Bieber Hisap Ganja

Kantoi! Justin Bieber Hisap Ganja

Akhir-akhir ini, tingkah laku Justin Bieber semakin tidak terkawal apabila dia mula berani mengambil dadah jenis ganja sehingga membuatkan orang di sekelilingnya tidak senang duduk.


Menurut laporan Contactmusic, Justin dikatakan enggan mengambil peduli dengan nasihat orang sekeliling yang berusaha menjaga nama bersihnya.

"Justin seolah-olah tidak peduli bahawa tabiatnya itu dapat mengancam karier nyanyiannya. "Dia melakukan apa yang diinginkan dan tidak mahu mendengar nasihat sesiapapun," kata sumber.

Tambah sumber itu, Justin sering dikelilingi oleh orang yang suka memanjakannya dan sentiasa memenuhi apa sahaja kehendak penyanyi berusia 18 tahun itu.

Perkara tersebut membuatkan tingkah laku Justin menjadi rosak gara-gara terlalu diberi muka.

[Sumber]

Saturday, December 15, 2012

Buah Zakar Justin Bieber Berharga RM15,000!

Buah Zakar Justin Bieber Berharga RM15,000!

Satu dokumen mahkamah mendakwa sekumpulan penculik merancang menjerut dan memotong kemaluan penyanyi pop remaja, Justin Bieber.


Dana Martin didakwa meletakkan harga RM7,500 bagi setiap satu buah zakar Bieber ketika dia mendedahkan rancangan untuk menculik, memotong kemaluan dan menjerut penyanyi terkenal itu.

Martin yang kini menjalani hukuman penjara dan mempunyai tatu Bieber pada kakinya, dituduh mengupah dua lelaki lain untuk menculik dan membunuh penyanyi itu, pengawal peribadinya dan dua mangsa yang tidak ada kaitan.

Menurut dokumen itu, dia mengupah Mark Staake untuk melaksanakan rancangannya selepas kecewa Bieber tidak mempedulikan usahanya untuk menghubunginya. Anak saudara Staake, Tanner Ruane kemudian menyertai rancangan itu.


Selepas mengumumkan hadiah wang berjumlah RM7,550 untuk kemaluan penyanyi berusia 18 tahun itu, Martin kemudian mengarahkan Staake dan Ruane untuk menjerut Bieber dengan tali leher.

Kumpulan itu didakwa merancang menyerang Bieber ketika dia mengadakan konsert di Madison Square Garden, New York pada 28 dan 29 November lalu.

Bagaimanapun, rancangan itu gagal selepas Martin mendedahkannya kepada pengawal penjara.

Secara kebetulan, Staake, 41, ditangkap pada 19 November kerana kesalahan lain ketika memandu dengan Ruane, 23.

Polis membebaskan Ruane tetapi merakamkan perbualan telefonnya dengan Martin mengenai rancangan membunuh Bieber itu.

Mereka menahan Ruane sekali lagi pada 20 November di New York dan menemui gunting jenama Fiskars Durasharp yang baru dibeli di dalam keretanya.

Kandungan perbualan telefon itu yang mendedahkan rancangan berkenaan dinyatakan dalam waran tangkap.

Dokumen berkenaan menyatakan: “Apabila Martin bertanya apa yang dibawa oleh Staake untuk memotong kemaluan mangsa, Ruane menjawab, dia sudah membeli gunting. Mengenai keengganan Staake untuk memotong kemaluan Bieber, Ruane berkata, dia akan melakukannya. “Martin kemudian mengesahkan, Ruane akan memperoleh RM7,500 untuk setiap buah zakar Bieber.” Polis berkata, Martin memberitahu Ruane supaya menjerut Bieber dan mangsa lain dengan tali leher kerana ia serupa dengan yang digunakan ketika melakukan pembunuhan sebelum ini.

Martin kini menjalani dua hukuman penjara seumur hidup di Penjara New Mexico Selatan di Las Cruces selepas didapati bersalah merogol dan menjerut seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000.

-DM


Komplot Bunuh Justin Bieber Di Tumpaskan!

Komplot Bunuh Justin Bieber Di Tumpaskan!

Polis berjaya menggagalkan komplot untuk membunuh penyanyi sensasi remaja, Justin Bieber ketika penyanyi berkenaan mengadakan konsertnya di New York, bulan lepas.


Rancangan pembunuhan itu berjaya dihalang dengan penahanan dua lelaki iaitu Mark Staake dan anak saudaranya, Tanner Ruane,

Mereka diupah oleh seorang lelaki yang juga peminat penyanyi berkenaan, Dana Martin.

Martin kini menjalani hukuman penjara 978 tahun atas kesalahan merogol dan membunuh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, kira-kira 12 tahun lalu.

Lelaki yang mempunyai tatu Justin Bierber di kakinya itu telah mengarahkan pembunuhan tersebut semasa berada di penjara.

Malah Martin bertemu dengan Staake juga di penjara.

Bagaimanapun sebelum rancangan itu berjalan, Staake telah ditangkap di Vermont manakala Martin juga telah mendedahkan komplot berkenaan kepada polis.

Pihak berkuasa juga telah merakamkan panggilan telefon antara Martin dan Ruane mengenai pembunuhan berkenaan.

Menurut laporan polis, mereka merancang menculik bintang sensasi berkenaan, dan kemudiannya menjerut leher Bieber dengan tali leher.

Ketika Ruane ditangkap, pihak polis telah menemui alat untuk membunuh bersamanya.

Sementara itu, pengurus Bierber, Scooter Braum berkata, keutamaan kini adalah memastikan keselamatan penyanyi tersebut.

Justeru, segala langkah telah diambil bagi melindungi Bierber.

-Mynewshub

Peminat Justin Bieber Pengsan Melihat Seluar Dalam!

Peminat Justin Bieber Pengsan Melihat Seluar Dalam!

Ternyata Justin Bieber walaupun dihambat dengan pelbagai gossip dan kontroversi, masih mampu mengekalkan takhta antara penyanyi muda paling popular di dunia.


Di negara kelahirannya sendiri, Amerika Syarikat jangan cakaplah. Ada yang sampai apa pun aksi atau kelakuannya, digilai dan dipuja setengah mati!

Baru-baru ini berlangsung konsert Wango Tango anjuran stesen radio terkenal negara tersebut, KIIS FM di California.

Antara yang membuat persembahan adalah Justin sendiri.

Ketika sedang beraksi, kelihatan jelas seluar dalam putih penyanyi tersebut…apa lagi macam HISTERIA peminat Justin jadinya!

Bergema sorakan dan teriakan bila berlaku keadaan tersebut, malah tak kurang yang mengambil kesempatan tersebut untuk merakamkan imej seluar dalam Justin dalam telefon bimbit mereka.

Dahsyat…memang dahsyat!

Itu baru seluar dalam, kalau ‘isi kandungan’ seluar dalamnya itu pun TERKELUAR sama, mungkin ada peminatnya yang makin tersengih gamaknya.


Macam-macam...


-Mynewshub

Monday, December 10, 2012

Peminat 'Mengamuk' Justin Bieber Tidak Tersenarai Pencalonan Grammy

Peminat 'Mengamuk' Justin Bieber Tidak Tersenarai Pencalonan Grammy

Peminat Justin Bieber dan kumpulan One Direction, semalam menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati selepas dua penyanyi itu tidak tersenarai sebagai calon dalam Anugerah Grammy 2013.


Kumpulan pop indie dan penyanyi rap, Frank Ocean mendahului pencalonan Anugerah Grammy, menyamai kumpulan The Black Keys, Mumford & Sons, Jay-Z dan Kanye West dengan masing-masing enam pencalonan.

Bagaimanapun pertubuhan yang memberikan penghargaan kepada industri muzik, The Recording Academy, terlepas pandang beberapa nama besar dalam bidang muzik.

Bieber, 18, yang memenangi tiga kategori pada Anugerah Muzik Amerika bulan lalu hanya mendiamkan diri, tetapi pengurusnya, Scooter Braun meluahkan ketidakpuasan hatinya di Twitter.

"Lembaga pencalonan membuat keputusan yang salah, Bieber berjaya dalam kerjayanya, dia sepatutnya berhak tercalon,'' kata Braun.

-REUTERS

Tuesday, November 27, 2012

Justin Bieber Pakai Seluar Pelik

Justin Bieber Pakai Seluar Pelik

Samada fesyen seluar yang dipakai Justin Bieber ni sesuai dipakai remaja kita atau tak, entahlah.


Buruknya..huhu

Thursday, November 22, 2012

Justin Bieber Bergaduh Dengan Paparazi Los Angeles Trafik Jem!

Justin Bieber Bergaduh Dengan Paparazi Los Angeles Trafik Jem!

Penyanyi sensasi Justin Bieber menimbulkan kekecohan sehingga terjadinya gangguan trafik di Los Angeles pada Sabtu lalu apabila dia bertindak memberhentikan kenderaannya untuk bersemuka dengan dua paparazi yang mengekorinya di beberapa laluan di bandar itu.


Menerusi rakaman video amatur yang tersebar, bintang berusia 18 tahun itu dilihat memberhentikan kereta Ferrari putih miliknya dan menurunkan cermin kereta sebelum bertindak memarahi kedua-dua paparazi berkenaan.

Penyanyi lagu Baby turut menyangkal dakwaan kononnya dia melarikan diri daripada jurugambar dengan memandu keretanya dalam keadaan laju.

“Saya rasa anda berdua perlu berhenti mengekori saya. Apa ibu bapa anda fikir mengenai anda? Adakah anda memberitahu mereka kerja anda adalah mengekori orang lain?” luahnya kepada paparazi berkenaan.

Bagaimanapun, Bieber terpaksa menamatkan perbualannya dengan paparazi itu selepas kereta yang berada di belakang membunyikan hon kerana dia bertindak menghalang laluan.

Sebelum berlalu pergi dia sempat berkata: “Anda suka keadaan begini bukan?”

-Mstar

Wednesday, November 21, 2012

Justin Bieber dan Selena Gomez Bercinta Semula?

Justin Bieber dan Selena Gomez Bercinta Semula?

Kurang dua minggu berpisah, pasangan selebriti remaja, Justin Bieber dan Selena Gomez, dikatakan kembali intim. Pasangan ini dilihat mesra, ketika menghadiri majlis American Music Awards di Los Angeles, Ahad lalu.


“Situasi itu menunjukkan bahawa hubungan mereka telah kembali seperti asal.

“Gomez bagaimanapun tidak dilihat sepanjang malam anugerah di mana Bieber telah membuat persembahan tetapi dia telah meraikan kemenangan teman lelakinya sebagai Artis Lelaki Pilihan Pop Rock, Album Pilihan dan Artis Sepanjang Tahun di parti tersebut,” kata sumber.

-Sinarharian

Sunday, November 18, 2012

Justin Bieber Masih Cintakan Selena Gomez

Justin Bieber Masih Cintakan Selena Gomez

Berita perpisahan Justin Bieber dan Selena Gomez, mungkin menguntumkan senyuman di kalangan peminat Bieber.

Namun hakikatnya, pelantun lagu Never Say Never itu masih
mengharapkan hubungannya dengan Gomez dapat diselamatkan lagi.

Bieber mengakui sangat menyesali dengan apa yang berlaku dan dia tidak putus asa memujuk bekas kekasihnya itu.

"Saya masih sayangkan dia dan ini hanyalah salah faham sahaja. Dia (Gomez) kuat cemburu sedangkan dia tahu saya hanya cintakannya.

"Mungkin ini adalah silap saya dan saya janji tidak akan mengulangi kesilapan lalu," katanya.

Pun begitu, ramai yang menganggap bahawa hubungan ini tidak mungkin dapat diselamatkan lagi kerana Selena nekad dengan keputusan itu.

-Sinarharian

Monday, November 12, 2012

Justin Bieber Tak Setia Punca Putus Cinta

Justin Bieber Tak Setia Punca Putus Cinta

Selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi remaja tersohor antarabangsa Justin Bieber dan Selena Gomez akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah serta membawa haluan hidup masing-masing.


"Selena berpisah dengan Justin kira-kira 2 minggu yang lalu. Sebabnya ialah kerana mereka sudah tidak mahu mampu untuk menangani jadual kerjaya mereka yang sangat padat.

"Dan ia sesuatu yang sangat mencabar buat mereka. Seperkara lagi, Selena juga mempunyai masalah untuk meletakkan kepercayaanterhadap Justin. Sebelum ini pun, mereka telah beberapa kali berpisah tapi kemudian menyambung kembali hubungan mereka. Sekarang ini berpisah balik.

"Apapun, mereka masih muda. Buat masa ini mereka berpisah lagi, tapi siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Mungkin mereka akan versama semula. Siapa tahu, selepas ini Selena akan mula rasa serius dengan Justin selepas ini," kata satu sumber.

Sunday, November 11, 2012

Hubungan Justin Bieber dan Selena Gomez Disahkan Berakhir

Hubungan Justin Bieber dan Selena Gomez Disahkan Berakhir

Hubungan pasangan kekasih remaja sensasi Justin Bieber dan Selena Gomez disahkan berakhir pada minggu lalu.

Tinggal kenangan...

Menurut laporan portal hiburan E! News, pasangan yang mula mendedahkan hubungan mereka pada Februari 2011 itu difahamkan berpisah pada minggu lalu selepas beberapa kali dikhabarkan putus sebelum ini.

“Mereka berpisah pada minggu lalu. Jadual kerja yang padat menyulitkan keadaan untuk mengekalkan hubungan mereka,” kata seorang sumber kepada portal itu.

Berita perpisahan itu timbul susulan desas-desus yang mendakwa Bieber dilihat keluar bersama dengan peragawati Victoria’s Secret, Barbara Palvin di New York pada awal minggu ini.

Bieber dan Palvin dilihat bersama selepas penyanyi itu mengadakan persembahan pada pertunjukan fesyen jenama itu di bandar raya berkenaan pada Rabu lalu.

Bieber dilihat keluar menonton teater berduaan dengan 
peragawati Barbara Palvin pada awal minggu ini.

Mereka kemudiannya dilihat bermesraan ketika menonton pementasan teater Lion King di Broadway.

Berita perpisahan dua bintang itu dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan kerana Bieber pernah mendedahkan sebelum ini dia tidak akan pergi ke mana-mana tanpa ditemani Gomez.

“Saya tidak akan berpisah dengan Selena kerana saya tidak mahu dia beranggapan saya berasa malu ketika bersamanya.

“Saya percaya ramai lelaki mempunyai perasaan begitu, terutamanya apabila membabitkan urusan kerja.

"Mereka tidak mahu dilihat bersama kekasih, jadi mereka membuat keputusan untuk hadir pada sesuatu acara secara berasingan. Namun, saya dan Selena melakukan apa sahaja bersama,” katanya.

-Mstar

Wednesday, October 31, 2012

Panas! Justin Bieber Tinggalkan Selena Gomez!

Panas! Justin Bieber Tinggalkan Selena Gomez!

Penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber dilaporkan telah berpisah dengan kekasihnya, aktres Selena Gomez.


Perkara itu timbul selepas Bieber menyiarkan gambarnya di laman sosial Twitter dalam keadaan sedih berserta keterangan gambar yang tertulis ‘Lingse’.

Beberapa pihak berpendapat, perkataan itu membawa maksud Single atau kembali bersendirian.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 18 tahun itu kemudiannya memadam gambar tersebut dan menyiarkan gambar lain.

Dalam pada itu, Gomez dilaporkan tidak aktif dalam Twitternya sejak 23 Oktober lalu.

Aktres itu kini sibuk menjalani penggambaran siri televisyen edisi khas Wizards of Waverly Place, manakala Bieber sedang mengadakan siri konsert jelajahnya.

Pasangan tersebut bertemu buat kali pertama pada Februari 2011 dan sejak itu mereka digelar sebagai pasangan selebriti remaja paling secocok di Hollywood.

-AGENSI