Thursday, November 22, 2012

Justin Bieber Bergaduh Dengan Paparazi Los Angeles Trafik Jem!


Penyanyi sensasi Justin Bieber menimbulkan kekecohan sehingga terjadinya gangguan trafik di Los Angeles pada Sabtu lalu apabila dia bertindak memberhentikan kenderaannya untuk bersemuka dengan dua paparazi yang mengekorinya di beberapa laluan di bandar itu.


Menerusi rakaman video amatur yang tersebar, bintang berusia 18 tahun itu dilihat memberhentikan kereta Ferrari putih miliknya dan menurunkan cermin kereta sebelum bertindak memarahi kedua-dua paparazi berkenaan.

Penyanyi lagu Baby turut menyangkal dakwaan kononnya dia melarikan diri daripada jurugambar dengan memandu keretanya dalam keadaan laju.

“Saya rasa anda berdua perlu berhenti mengekori saya. Apa ibu bapa anda fikir mengenai anda? Adakah anda memberitahu mereka kerja anda adalah mengekori orang lain?” luahnya kepada paparazi berkenaan.

Bagaimanapun, Bieber terpaksa menamatkan perbualannya dengan paparazi itu selepas kereta yang berada di belakang membunyikan hon kerana dia bertindak menghalang laluan.

Sebelum berlalu pergi dia sempat berkata: “Anda suka keadaan begini bukan?”

-Mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon