Tuesday, October 16, 2012

Gambar Kemaluan Justin Bieber Tersebar!

Gambar Kemaluan Justin Bieber Tersebar!

Justin Bieber kembali menjadi perhatian ramai apabila beberapa keping gambar bogel mirip penyanyi itu tersebar meluas di internet.


Dipercayai, gambar tersebut diambil dari komputer riba Bieber yang dilaporkan hilang sejak beberapa minggu lalu.

Menurut Daily Mail, jejaka di dalam foto tersebut memiliki bentuk dan kedudukan tatu yang sama dengan Bieber. Menerusi gambar-gambar yang tersebar itu, Bieber dikatakan merakamkan gambar alat sulitnya menggunakan kamera pada komputer ribanya itu.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan Bieber menafikan sekeras-kerasnya bahawa gambar tersebut adalah milik penyanyi tersebut. Malah, demi menyatakan sokongan, peminat Bieber turut membantah dan menegaskan gambar tersebut bukan milik penyanyi pujaan mereka.

-Sinarharian

Saturday, October 13, 2012

Justin Bieber Risau Komputer Kena Curi

Justin Bieber Risau Komputer Kena Curi

Penyanyi Justin Bieber kehilangan beberapa barang miliknya, dipercayai dicuri ketika membuat persembahan di Washington, Selasa lalu.


Bintang pop itu menghantar mesej kepada lebih 28 juta peminat di laman Twitter miliknya, semalam.

Bieber menulis bahawa beberapa barang miliknya dan pengurus pelancongnya dicuri pada hari persembahan.

Penyanyi ‘Baby’ itu menjadi mangsa kecurian dalam satu persembahan di Tacoma Dome.

Namun, Bieber tidak menyatakan senarai barangan yang telah dicuri tetapi ada menyebut komputer dan kamera antara yang hilang.

Tambahnya, perkara yang paling mengganggunya adalah barang yang hilang itu memiliki banyak rakaman peribadi.

Selain itu, Bieber juga mengatakan dalam mesej Twitter itu bahawa setiap orang perlu menghormati barang orang lain.

Jurucakap polis, Tokohama berkata, tiada siasatan dijalankan kerana belum ada laporan polis.

-Sinarharian

Thursday, October 04, 2012

Justin Bieber Berkabung Kematian Isteri!

Justin Bieber Berkabung Kematian Isteri!

Bintang pop remaja, Justin Bieber kelmarin berkabung selepas mendengar berita kematian pesakit kanser berusia enam tahun yang pernah menjadi isteri olok-oloknya, Avalanna Routh.


"Seorang yang mempunyai semangat tinggi dan saya kenali sudah tiada. Bersemadi dengan tenang Avalanna. Saya sayang kamu," kata Bieber di laman Twitternya.

Penyanyi berusia 18 tahun itu menulis mesej berkenaan selepas keluarga Routh mengumumkan berita kematian Avalanna di laman blog mikro Twitter.

Routh yang berasal dari Merrimac, Massachusetts menghidap penyakit ketumbuhan di bahagian otak yang digelar AT/RT semasa berusia sembilan bulan.

AT/RT merupakan gangguan otak yang jarang berlaku dan biasanya akan menyebabkan kematian penghidapnya dalam tempoh setahun.

Pada Ogos 2011, Institut Kanser Dana-Farber di Boston mengadakan majlis perkahwinan olok-olok antara dia dan Bieber.

Bieberpernah menjemput Routh yang juga peminat tegarnya ke New York untuk menyambut Hari Kekasih bersama-sama.

Hanya sekitar 30 kes baharu AT/RT disahkan di Amerika Syarikat setiap tahun. Peluang pesakit yang menghidapnya untuk terus hidup cuma sepuluh peratus.

-AFP