Monday, August 17, 2015

Selamat Malam Rohingya

Selamat Malam Rohingya

Selamat Malam Rohingya

Lirik Selamat Malam Rohingya

Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok kan ada mentari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

*Lagu asal: Sahabat

BACA INI JUGA: Sejarah Penghapusan Etnik Rohingya


-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, August 09, 2015

Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya

Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya

Sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1748, penduduk Islam dijadikan sasaran utama untuk dihapuskan bagi menukar Arakan menjadi wilayah Buddha sepenuhnya.

Rohingya

Apabila junta tentera berkuasa pada tahun 1962, penindasan ke atas orang Islam menjadi berlipat kali ganda.

Pada tahun 1942, setelah kerajaan British keluar dari wilayah Arakan, tercetus rusuhan besar-besaran yang dimulakan oleh penganut Buddha di wilayah itu yang menyebabkan lebih kurang 100,000 orang Islam dibunuh dan ratusan ribu yang lain terpaksa melarikan diri ke Bengal Timur.

Setelah menggulingkan kerajaan Burma pada tahun 1962, General Ne Win melancarkan operasi tentera yang dinamakan 'Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya'.

Rohingya [3]

Salah satu operasi berskala besar yang dilancarkan dibawah pelan ini ialah 'Naga Min' (King Dragon Operation) pada tahun 1978.

Ia boleh dikatakan operasi terbesar dan kejam. Umat Islam diwilayah itu dibunuh sesuka hati, diseksa dan dirogol. Harta benda mereka diambil atau dimusnahkan.

Ratusan ribu Rohingya mati dan ratusan ribu lagi terpaksa melarikan diri ke Bangladesh dan Pakistan.

Pada tahun 1991, operasi dibawah kod 'Pyi Thaya' dilancarkan. Ia bukan hanya untuk membunuh etnik Rohingya bahkan memusnahkan tempat tinggal dan masjid-masjid dalam wilayah mereka.

Rohingya [4]

Masjid-masjid dirobohkan dan diganti dengan pagoda atau tokong untuk penempatan baru penganut Buddha.

Sehingga tahun 1999, dilaporkan tidak kurang 20 operasi ketenteraan dilancarkan terhadap etnik Rohingya oleh pemerintah junta yang telah meragut jutaan nyawa orang Islam di daerah itu.

Rejim Myanmar juga telah menukar nama wilayah Arakan menjadi Rakhine, iaitu nama etnik Buddha yang tinggal dibahagian selatan Arakan. Ia bagi menafikan fakta sejarah dan hak orang Islam Rohingya ke atas Arakan.

Rohingya [5]

Menggunakan nama Rakhine agar orang luar menyangka wilayah Rakhine (Arakan) adalah hak milik etnik Rakhine beragama Buddha, bukan hak milik Islam Rohingya. Sedangkan fakta sejarah menyatakan orang Islam Rohingya telah berabad-abad lamanya menetap di Arakan.

Pelbagai fitnah dicipta oleh musuh Islam di Myanmar bagi membangkitkan kebencian dan mencetuskan kemarahan penganut bukan Islam terhadap Rohingya. Dengan ini, penghapusan etnik Islam di wilayah itu akan sentiasa berterusan.

Rohingya [2]

Masih banyak lagi kekejaman demi menghapuskan orang Islam di wilayah Arakan dan akan terus berlanjutan kerana dunia dan pejuang-pejuang hak asasi manusia hanya memerhati dan menutup sebelah mata terhadap keganasan yang sangat menjijikkan ini.

Apa kata anda?

BACA INI JUGA: Sejarah Penghapusan Etnik Rohingya

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, July 27, 2015

Sejarah Penghapusan Etnik Rohingya

Sejarah Penghapusan Etnik Rohingya

Pada awal Mei 2015, kita telah dikejutkan dengan kehadiran ribuan etnik Rohingya yang belayar di Selat Melaka. Dan sejarah pelarian Rohingya ini sebenarnya adalah terlalu panjang.

Rohingya

Menurut Presiden Organisasi Kemanusiaan Etnik Rohingya Myanmar (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani, sejarah Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke 7 Masihi dinegeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam.

Etnik Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan terutamanya orang Benggali.

Malah, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan bangsa Arab, Parsi dan Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber galian dan bahan asli, Arakan sering menjadi kawasan rebutan.

Pada kurun ke 18, Arakan telah ditakluki oleh Burma. Ketika itulah pengusiran etnik Rohingya sudah mula berlaku.

Penaklukan tersebut telah menyebabkan migrasi secara besar-besaran kaum Mogh dan Rohingya ke Chittagong yang merupakan wilayah India.

Namun, pada awal kurun ke 19, Perang Anglo-Burma yang meletus telah menyebabkan British berkuasa. Ketika itu pelarian Rohingya di Chittagong kembali semula ke Arakan, yang diiktiraf sebagai salah satu negeri Burma. Dalam tempoh itu juga, nama Arakan telah diubah kepada Rakhine.

Pada tahun 1942, semasa Perang Dunia Kedua meletus, Jepun pula menjajah Burma. Namun tiga tahun kemudian, pihak Jepun telah diusir semula oleh British.

Burma mencapai kemerdekaan pada tahun 1948. Golongan minoriti yang tidak berpuas hati seperti Mogh dan Rohingya memberontak. Rohingya menuntut penamatan segera pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Rakhine.

Hartanah Rohingya dirampas dan nasionalis mula mengenepikan hak Rohingya daripada kerajaan, dan itu hanyalah permulaan kepada segala kesengsaraan.

Sekalipun BUrma telah merdeka, etnik Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar.

Keadaan itu semakin memuncak pada tahun 1978. Bukan hanya pihak tentera, etnik Rohingya turut ditentang oleh warga Myanmar yang bukan beragama Islam.

Gerakan pembebasan etnik Rohingya disekat dengan keras. Sebahagian besar mereka telah dinafikan hak kewarganegaraan.

Orang-orang Rohingya juga tertakluk kepada pelbagai bentuk pemerasan dan percukaian. Harta disita, penduduk diusir dan rumah-rumah turut dimusnahkan. Jika melawan, mereka akan dibunuh!

Pada tahun 1978 juga, operasi Nagamin atau King Dragon telah dilancarkan oleh tentera Myanmar. Operasi ini disasarkan terus kepada orang awam. Ketika inilah berlakunya pembunuhan beramai-ramai, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran.

Rohingya diperlakukan seperti sampah. Ditindas tanpa belas kasihan. Warga Rohingya tidak mampu melawan kerana tidak memiliki senjata. Mereka yang masih hidup hanya mampu melihat bagaimana etnik Rohingya dibunuh secara beramai-ramai dan keadaan itu terus berlarutan sehingga kini.

Rohingya [2]
Pengganas Buddha di Myanmar.

Disebabkan itulah kebanyakan etnik Rohingya mencari perlindungan diluar negara. Mereka sayangkan Rakhine namun penindasan yang keterlaluan telah memaksa mereka untuk mencari haluan lain.

Malangnya, perjalanan mencari harapan baru juga bukan mudah. Mereka perlu melalui beberapa lagi halangan, termasuklah ditipu oleh individu-individu yang cuba mengambil kesempatan ke atas kesusahan etnik Rohingya.

Disinilah munculnya kubur besar di Kem Wang Klian, dimana mereka sekali lagi telah ditindas dan dicabuli hak kemanusiaan. Dan lebih malang, penindasan ini turut didalangi oleh warga Rakhine sendiri serta keterlibatan pihak berkuasa disempadan Malaysia-Thailand.

Di Selat Melaka pula, warga yang bersempit-sempit diatas tongkang hanya diberi makan dan diminta untuk terus belayar dengan kapal nelayan tua.

Kemana agaknya mereka ini akan belayar? Kemana lagi arah tujuh mereka?

NOTA: MERHROM merupakan NGO yang memperjuangkan hak kemanusiaan Rohingya beroperasi di No. 14-1, Jalan 9/95B, Off Jalan Kuari, Taman Cheras Utama, 56100 Kuala Lumpur. Anda boleh mengubungi pengerusinya, Zafar Ahmad ditalian 016-682 7287. MERHROM turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk membantu etnik Rohingya yang sangat memerlukan bantuan. Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun CIMB Islamic melalui nombor akaun 7600-6784-45.

BACA INI JUGA: Selamatkan Etnik Islam Rohingya, Mereka Sedang Disembelih!

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, May 29, 2015

Akhbar Thailand Persenda Malaysia Isu Rohingya

Akhbar Thailand Persenda Malaysia Isu Rohingya

Penemuan tapak perkuburan besar-besaran di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini menjadi ‘mainan’ media negara jiran berhubung sikap Malaysia dalam menangani isu pelarian Rohingya dan Bangladesh.

Isu Rohingya
Imej kartun yang dikongsi di laman Facebook.

Menerusi lukisan kartun yang disiarkan sebuah akhbar di Bangkok, Thailand, pelukis tersebut mendakwa ‘Malaysia benar-benar memalukan’ susulan penemuan mengejutkan itu.

Imej kartun yang disiarkan akhbar The Nation dikongsi oleh bekas wartawan AFP, Parameswaran Ponnudurai di laman Facebook.

Kartun berunsur provokasi itu memperolok-olokan kempen pelancongan negara dengan meniru logo Year of Festival 2015.

Kenyataan “Don’t visit Malaysia 2015 if you are a Rohingya” dan “Malaysia truly embarrassed” digunakan pelukis berkenaan bagi menggambarkan situasi yang berlaku di utara tanah air.

Turut digambarkan dalam lukisan berkenaan ialah imej seorang anggota polis yang kelihatan berpeluh dan terkejut dengan penemuan beberapa tengkorak manusia dalam sebuah lubang.

Berada di samping anggota polis berkenaan ialah wanita berpakaian tradisonal India, Melayu dan Cina bagi menggambarkan kumpulan etnik terbesar Malaysia.

Pelukis juga cuba menggambarkan bahawa masyarakat dunia kecewa dengan penemuan kubur dan kem pelarian yang dipercayai milik masyarakat Rohingya dan Bangladesh itu.

Di satu sudut lain, kelihatan karikatur seorang lelaki mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kata-kata: “Obviously this cartoon is eligible for sedition charges!” (Jelas kartun ini layak untuk didakwa di bawah Akta Hasutan).

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan 28 kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut Khalid penemuan kubur itu termasuk satu kawasan perkuburan yang mayatnya sudah reput dan hanya tinggal kulit dan tulang sahaja, dipercayai ditinggalkan tidak sampai dua minggu. –mStar Online

BACA INI JUGA: Keajaiban Mayat Pejuang Syria Gagal Dicincang Tentera Syiah

Wanita Kena Rogol, Pelarian Dilayan Seperti Binatang

Wanita Kena Rogol, Pelarian Dilayan Seperti Binatang

“Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja – mati. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup,” menurut seorang pendatang Rohingya yang berjaya melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian.

urul Amin Nobi Hussein

Bercakap secara eksklusif kepada Bernama, Nurul Amin Nobi Hussein (lelaki), 25, berkata, sepanjang dua bulan penahanannya di kem transit di Wang Kelian itu, beliau hilang segala harapan untuk hidup dan hanya memikirkan tentang kematian.

“Sepanjang dua bulan di dalam kem transit itu tahun lepas, saya dikurung seperti kambing dan ayam dalam kandang dan setiap masa dikelilingi oleh kematian. Setiap hari lima hingga enam orang daripada kami menemui ajal sama ada disebabkan penyakit atau dipukul dan ditembak,” katanya.

Menurutnya, pendatang Rohingya bersesak-sesak di dalam apa yang disifatkan sebagai ‘reban’ kecil yang menempatkan sehingga 200 hingga 300 orang, dengan lelaki dan wanita diasingkan reban mereka.

Antara lima hingga enam pengawal yang berbahasa Thailand, katanya, berkawal 24 jam sehari mengawasi kira-kira 1,500 tahanan dengan bersenjatakan batang kayu, pisau, pistol dan senapang.

“Tahanan tidak dibenarkan bercakap. Sesiapa yang bercakap akan dipukul. Pengawal sering melaungkan “sleep, sleep, sleep,” mengarahkan kami semua supaya tidur dan tidak bercakap antara satu sama lain,” katanya.

Nurul Amin berkata, ‘reban’ itu dipagar oleh batang-batang kayu dan didirikan di atas tanah lembut dan apabila hujan ia akan menjadi lumpur, di mana tahanan hanya diberikan lampiran plastik untuk membolehkan mereka duduk.

“Tahanan akan berdiri dan duduk di dalam lumpur air sekiranya kem transit dilanda hujan lebat, menyebabkan ramai dalam kalangan tahanan dijangkiti penyakit sehingga membawa maut.

“Ramai dalam kalangan tahanan Rohingya mengalami bengkak kaki akibat terlalu lama duduk dalam lumpur, menyebabkan mereka tidak boleh bergerak dan makan, dan seterusnya menemui ajal,” katanya yang berasal dari Maungdaw, Myanmar.

Nurul Amin berkata, mereka hanya diberikan sedikit makanan iaitu nasi berlaukkan ikan bilis dan ubi untuk menahan kelaparan, menyebabkan ramai juga dalam kalangan mereka yang mati akibat kelaparan.

Menyifatkan apa yang berlaku di kem transit itu sebagai ‘neraka dunia’, dia berkata, terlalu banyak peristiwa ngeri dan menyedihkan yang tidak dapat dilupakannya selagi beliau hidup.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah bagaimana pengawal-pengawal itu tanpa sebarang belas kasihan memukul sehingga mati kanak-kanak berusia 12 tahun hanya kerana keluarganya di Myanmar tidak mempunyai duit untuk membayar duit pembebasannya.

“Ada juga bayi yang baru berusia beberapa bulan mati kelaparan selepas ibunya yang sakit serta kelaparan gagal menghasilkan susu badan untuk anaknya.

Tidak lama selepas anaknya mati, wanita itu juga menemui ajal,” katanya sedih.

Selain itu, kata Nurul Amin, pengawal-pengawal terbabit turut merogol beberapa wanita itu.

“Kami boleh mendengar teriakan ketika wanita-wanita itu dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal berkenaan. Apa yang lebih malang, ada antara wanita itu yang telah mengandung hasil perbuatan itu,” katanya.

Pengawal-pengawal tersebut disifatkannya lebih teruk daripada ‘haiwan’. Dia mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri kerana selepas dua bulan di kem transit itu merasakan kematian semakin menghampirinya disebabkan keadaan sekeliling serta tidak mempunyai sebarang duit untuk membayar sindiket.

Menurut Nurul Amin, anggota sindiket meminta bayaran daripadanya sebagai syarat untuk melepaskannya ke Malaysia dan jika gagal menjelaskannya, berdepan dengan penahanan lebih lama di kem transit itu dan akhirnya kematian.

“Saya tidak boleh membayar mereka kerana tiada lagi duit selepas menjual segala harta dan tanah untuk ke Malaysia. Mereka akan pukul saya sampai mati jika saya tidak membayar mereka,” katanya.

Berdepan dengan kemungkinan ditahan lebih lama dan dipukul sehingga mati oleh anggota sindiket, beliau bersama-sama lima yang lain nekad melarikan diri pada jam 1 pagi selepas mendapati pengawal kem transit itu tertidur.

Beliau terpaksa merangkak ratusan meter dalam keadaan gelap-gelita, sebelum berlari ke dalam hutan, tanpa mengetahui arah tujuan.

“Dalam apa juga keadaan sekalipun, jika saya gagal melarikan diri mereka (anggota sindiket) akan tembak mati saya atau jika terus tinggal dalam tahanan, saya akan dipukul hingga mati kerana tiada duit.

“Mati adalah lebih baik daripada hidup,” kata Nurul Amin yang membayar RM6,500 untuk menaiki bot selama 22 hari dari Maungdaw ke sempadan Myanmar dan Thailand.

Setibanya di bandar sempadan itu, menurut Nurul Amin, pendatang Rohingya itu akan dibawa menaiki trak-trak pikap menuju ke selatan Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa antara 10 hingga 11 jam.

Sementara itu seorang lagi pendatang Rohingya, Mohamad Osman Nurul Amin, 22, pula menceritakan pengalamannya ditahan di sebuah lagi kem transit di kawasan hutan di Padang Besar, Thailand, tahun lepas.

“Ia adalah neraka. Setiap hari soal kematian sentiasa bermain dalam kepala saya. Pada ketika itu, kematian adalah jalan terbaik untuk menamatkan segala penderitaan,” katanya.

Sama seperti Nurul Amin, beliau turut menjadi saksi pembunuhan dan kematian dalam kalangan tahanan Rohingya di tangan pengawal-pengawal kem yang kejam dengan memukul atau menembak mati menggunakan senjata api.

Bagaimanapun nasibnya lebih baik berbanding Nurul Amin kerana keluarganya berkemampuan untuk membayar sejumlah duit kepada sindiket yang bertindak membebaskannya selepas hanya sebulan ditahan di kem transit itu.

“Sehingga kini, saya masih tidak dapat menerima kenyataan bagaimana seorang manusia boleh berlaku begitu kejam kepada manusia yang lain,” kata Mohamad Osman. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Usaha Menghapuskan Minoriti Umat Islam

Thursday, May 28, 2015

12 Polis Kes Penemuan Kubur Besar Perlis!

12 Polis Kes Penemuan Kubur Besar Perlis!

Seramai 12 anggota polis ditahan berhubung kes penyeludupan manusia di sempadan Malaysia-Thailand berikutan penemuan 139 kubur dan 28 kem di Wang Kelian, Perlis.

Kubur+besar+Perlis

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan anggota polis berkenaan manakala empat lagi polis ditahan agensi itu sendiri.

“Ia masih dalam siasatan sama ada mereka terbabit secara langsung atau hanya menjadi orang tengah kepada sindiket penyeludupan itu untuk masuk ke Malaysia.

“Kita akan siasat semua pihak termasuk Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Imigresen, Renjer Negeri Perlis, Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Bukan hanya polis atau anggota penguatkuasa saja, sesiapa yang ada bukti terbabit dengan penyeludupan ini kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen.

Sebelum itu beliau menjawab soalan berhubung usul tergempar mengenai penemuan 139 kubur dan 28 kem mangsa pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.

Usul tergempar itu dibahaskan selama sejam bermula 4.30 petang tadi, selepas dikemukakan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) pagi tadi dan diluluskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said.

Dalam pada itu ditanya mengenai gesaan pembangkang supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kubur besar berkenaan, Wan Junaidi berkata, setakat ini tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Tak semua benda perlu ada RCI.

"Agensi polis ada 12,000 anggota penyelidikan, kita akan siasat dari segenap segi.

Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi berkata ia terpulang kepada kerajaan sama ada untuk menubuhkan RCI atau tidak.

“Biar kerajaan kumpulkan cadangan daripada semua ahli Parlimen, barulah perkara ini boleh dibincangkan,” katanya.

Cadangan mengenai penubuhan RCI diajukan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) ketika membahaskan usul itu.

Sementara itu, Dr Wan Junaidi memberi jaminan kerajaan akan memperhebatkan kerjasama dengan Thailand dalam mengawal keselamatan di sempadan.

“Lokasi penemuan ini sangat susah diakses dari Malaysia.

Untuk sampai ke tempat itu, kita perlukan sekurang-kurangnya tiga jam berjalan kaki.

Di sebelah Malaysia sangat curam tetapi mudah diakses dari Thailand. Mungkin ini antara sebab sindiket ini memilih kawasan berkenaan,” katanya lagi.

Pada Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di Gunung Perlis, Wang Kelian, Perlis.

Pihaknya juga turut menemui satu mayat yang hampir reput dan sejumlah 28 khemah yang dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang ditinggalkan kosong sejak beberapa bulan lalu.

Mengikut KPN, penemuan itu adalah susulan daripada Ops Wawasan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) yang dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu.

Setakat ini, lebih 60 kubur besar pelarian Rohingya turut ditemui di beberapa lokasi di wilayah Songkla yang bersempadan dengan Malaysia.

BACA INI JUGA: 6,000 Hamba Abdi Masih Dikurung Di Britain?!

Sumber: Berita Harian Online

Tuesday, May 26, 2015

Rohingya Dari Kaca Mata Aktivis Palestin

Rohingya Dari Kaca Mata Aktivis Palestin

“Hundreds of #Rohingya muslims kicked around at sea, denied anywhere to land.”

Rohingya

Inilah kata-kata yang mengiringi karikatur yang dimuatnaik oleh aktivis Palestin, Said Shoaib di akaun twitternya @saidshouib.

Lukisan itu menunjukkan nasib umat Islam Rohingya yang ditendang ke tengah laut oleh pemimpin 5 negara termasuk Malaysia yang dilukis berpakaian baju Melayu, bersongkok dan bersampin biru.

Namun tidak dapat dikenal pasti pelukis sebenar karikatur itu.

Said Shoaib yang lahir di kem pelarian Palestin, aktif berkongsi berita dan pandangannya dalam isu umat Islam khususnya Palestin.

Media melaporkan ribuan pelarian Rohingya menaiki kapal laut dari Myanmar melalui Lautan Andaman dan dihalang memasuki perairan Indonesia, Thailand dan Malaysia dan diarah kembali ke tengah lautan.

Rohingya

Mereka juga dilaporkan telah berlayar selama beberapa bulan dengan bekalan makanan yang kurang.

Sebagai negara Islam dan atas dasar membantu sesama Islam dan dasar kemanusiaan, Malaysia wajar menerima pelarian Rohingya yang dilayan dengan kejam di negara mereka, tanpa perlu rasa terpaksa atau perlu di desak terlebih dahulu seperti sekarang.

Kita mengambil contoh Turki yang menerima pelarian Syria. Kita juga satu masa dahulu menerima pelarian Bosnia dan Vietnam.

Mengapa tidak Rohingya?

BACA INI JUGA: Umat Islam Tidak Berguna, Tidak Bererti dan Tidak Menakutkan Musuh!?