Tuesday, May 26, 2015

Rohingya Dari Kaca Mata Aktivis Palestin


“Hundreds of #Rohingya muslims kicked around at sea, denied anywhere to land.”

Rohingya

Inilah kata-kata yang mengiringi karikatur yang dimuatnaik oleh aktivis Palestin, Said Shoaib di akaun twitternya @saidshouib.

Lukisan itu menunjukkan nasib umat Islam Rohingya yang ditendang ke tengah laut oleh pemimpin 5 negara termasuk Malaysia yang dilukis berpakaian baju Melayu, bersongkok dan bersampin biru.

Namun tidak dapat dikenal pasti pelukis sebenar karikatur itu.

Said Shoaib yang lahir di kem pelarian Palestin, aktif berkongsi berita dan pandangannya dalam isu umat Islam khususnya Palestin.

Media melaporkan ribuan pelarian Rohingya menaiki kapal laut dari Myanmar melalui Lautan Andaman dan dihalang memasuki perairan Indonesia, Thailand dan Malaysia dan diarah kembali ke tengah lautan.

Rohingya

Mereka juga dilaporkan telah berlayar selama beberapa bulan dengan bekalan makanan yang kurang.

Sebagai negara Islam dan atas dasar membantu sesama Islam dan dasar kemanusiaan, Malaysia wajar menerima pelarian Rohingya yang dilayan dengan kejam di negara mereka, tanpa perlu rasa terpaksa atau perlu di desak terlebih dahulu seperti sekarang.

Kita mengambil contoh Turki yang menerima pelarian Syria. Kita juga satu masa dahulu menerima pelarian Bosnia dan Vietnam.

Mengapa tidak Rohingya?

BACA INI JUGA: Umat Islam Tidak Berguna, Tidak Bererti dan Tidak Menakutkan Musuh!?

3 comments

  1. Dah banyak sangat pelarian kat sini, campur dengan pendatang haram indon, bangla, negro, myanmar, filipina, nepal dan lain-lain dah cecah 4 juta Orang. bagilah peluang pada thailand, Indonesia, acheh dan Turki " jaga" diaorang pulak. Bukan tak kasihan, tapi Malaysia, kat tempat tinggal aku ni, kiri kanan, jiran warga asing, nanti dah ramai, tak pasal-pasal kita pulak kena " tendang dari Malaysia!

    ReplyDelete
  2. dimana pendakwah2 dan ulamak di malaysia, senyap je. tahu berdakwah je tapi x tahu nk bantu orng islam sendiri..bodoh!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Umat Islam makin ditindas di negara sendiri...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon