Wednesday, November 11, 2015

Teori Konspirasi Illuminati Disebalik Filem Minions dan Despicable Me

Teori Konspirasi Illuminati Disebalik Filem Minions dan Despicable Me

Filem Minions dan Despicable Me sememangnya mencapai kejayaan yang sangat luar biasa. Karekternya yang bersahaja dan sangat lucu begitu menambat hati sesiapa yang menontonnya.

Minions

Namun ada yang menganggap bahawa filem-filem ini ada kaitannya dengan misteri kumpulan rahsia yang 'mengawal' dunia disebalik tabir, Illuminati.

1. Illumination Entertainment

Illumination Entertainment

Sejak awal lagi filem ini sudah ditayangkan dengan tulisan Illumination Entertainment yang dipanjang berjela-jela. Seperti terang-terangan menunjukkan bahawa filem Minions adalah sebuah filem yang sarat dengan teori konspirasi.

Kerana jika kita merujuk sejarah, Illuminati merujuk kepada Illuminati Bavaria (baca sini), iaitu kelompok rahsia yang wujud pada tanggal 1 Mei 1776.

Illuminati sendiri diambil dari bahasa latin yang bermaksud kumpulan cahaya dan merupakan kepercayaan di mana ilmu pengetahuan adalah segala-galanya dan kononnya tiada lagi yang dikatakan misteri kerana semua sudah ada penjelasannya.

2. Bermata Satu

Bermata Satu

Kenapa agaknya Stuart dan beberapa karakter Minions lain divisualkan dengan mata cuma satu sahaja? Seolah-olah hubungannya sama dengan Illuminati yang begitu memuja ilmu pengetahuan.

Dalam Illuminati, ilmu pengetahuan berpusat pada satu titik yang dilambangkan dengan mata satu.

Juga Freemasonary (Freemason) yang merupakan ritual pemujaan terhadap The great architect yang dilakukan oleh kelompok Illuminati.

Dan anda tahu siapa yang dimaksudkan sebagai The great architect itu? Dia adalah Fallen Angel atau Lucifer.

Lucifer sendiri biasanya disimbolkan dengan 'The All Seeing Eye' (mata tuhan) atau Eye of Horus yang diambil dari lagenda Mesir.

3. Immortal

Immortal

Minions diceritakan sebagai makhluk immortal yang tidak akan mati dan sudah wujud sejak zaman dinasour.

Yang pasti, kita semua tahu makhluk apakah yang berumur panjang atau immortal. Ada yang baik, ada juga yang jahat.

Kata Minion sendiri didalam kamus ertinya adalah pelayan atau kaki tangan. Dan logik jika Minions itu sifatnya seperti apa, dengan melihat siapa yang dijadikan pemimpin oleh para minion.

Bermula dengan dengan zaman Dinasour, Firaun, Napoleon hinggalah Dracula, sehinggalah akhirnya pada tahun 1968 + 42 mereka menemui Gru sebagai ketua baru mereka.

4. Despicable Me

Despicable Me

Sebelum anda menonton filem spin-off Minions, anda pasti sudah menonton sirinya dahulu, Despicable Me.

Tapi tahukah anda maksud Despicable Me? Menurut kamus, Despicable bererti tercela, hina, keji, atau suatu perkara yang patut dibenci.

Kenapa filem animasi yang ditunjukkan untuk tontonan kanak-kanak diberi judul 'Tercelanya diriku'?

Pasti ada maksud yang terselindung di sebalik ini semua kan. Memang sangat konspirasi.

5. Piramid

Piramid

Masih membahas tajuk Despicable Me, filem ini dimulakan dengan scene mencuri Piramid. Tapi kenapa Piramid yang dicuri, bukannya menara Eiffel, The Great Wall atau Kaabah?

Jawapannya mungkin, kerana Piramid adalah simbol yang mewakili kepercayaan mereka terhadap lagenda Mesir, Eye of Horus yang letaknya ada di puncak Piramid.

Simbol Piramid sendiri dalam kehidupan seharian biasanya dalam bentuk segitiga. Yang diletakkan di tempat-tempat yang sering dilihat, seperti duit 1 USD, maskot Olimpik London 2012, sehinggalah kepada salah satu logo Nickelodeon.

Cuba anda google 'Nickelodeon all seeing eye' dan kamu nilai sendiri.

6. Dr. Nefario

Dr. Nefario

Karekter lain yang akan ditemui dalam filem Despicable Me adalah Dr. Nefario yang pakar mencipta pelbagai senjata.

Tapi, kalau anda membuat research tentang asal kata Nefario, ia berasal dari bahasa Inggeris Nefarios dan bahasa Latin Nefarius yang bererti jahat, kejahatan dan penuh dosa. Jadi, apa hubungannya?

Watak Gru yang jahat dan teringin menguasai dunia, manakala pasangannya Dr. Nefario, juga membawa watak jahat.

7. Bank of Evil

Bank of Evil

Dari namanya saja sudah jelas menyatakan bahawa ini adalah bank yang dimiliki oleh pemilik yang sangat jahat.

Dan pada filem Despicable Me, Gru berusaha untuk mendapatkan pinjaman dari bank ini.

Cuba anda perhatikan tulisan yang ada pada bahagian bawah logo Bank of Evil. Di situ tertulis 'Formerly Lehman Brothers' yang maksudnya 'Dulunya Lehman Brothers' atau pernah dimiliki oleh Lehman Brothers.

Anda tahu cerita Lehman Brothers? Mari saya ceritakan dibawah.

Lehman Brothers dulunya adalah sebuah syarikat kewangan global di Amerika Syarikat. Lehman Brothers  merupakan bank perlaburan keempat terbesar di AS, sebelum diisytihar bangkrap pada tahun 2008.

Lehman Brothers merupakan kes kebangkrapan terbesar sepanjang sejarah AS dan mereka dikatakan sebagai punca kepada krisis kewangan global yang berlaku pada akhir tahun 2000an itu.

Penggunaan logo Lehman Brother dalam Bank of Evil ini pula sebagai simbolik bahawa warga Amerika kini menanggung semua beban yang ditimbulkan dengan kejatuhan Lehman Brothers.

Perkara itu digambarkan dengan jelas melalui patung-patung yang terdapat pada setiap tiang di sepanjang koridor Bank of Evil.

Jadi, apa hubungannya dengan sebarang teori konspirasi? Itukan dalam bentuk simbolik bahawa kapitalisme pasti akan menguasai sektor ekonomi yang dalam filem ini diwakili Bank of Evil.

8. Logo Gru Labs

Logo Gru Labs

Sekarang cuba perhatikan logo Gru Labs yang ada pada filem Despicable Me. Logo Gru Labs sangat mirip dengan logo Freemason!

Huruf 'G' ditengah-tengah logo itu kemungkinan melambangkan kata Geometry, iaitu sebuah kata dasar matematik yang melahirkan Freemason.

Kesimpulan

Persoalan besar yang timbul ialah, apa sebenarnya rancangan mereka ini? Mesej apa yang ingin disampaikan kepada penonton diseluruh dunia?

Dan lebih penting lagi, apa peristiwa besar yang bakal berlaku didunia selepas ini?

Anda mungkin ada jawapannya..

BACA INI JUGA: Mesej Rahsia Tersirat Illuminiti Disebalik Pembikinan Filem Avatar

Sumber: Malesbanget

Tuesday, July 28, 2015

Freemason Dan Illuminati, Apa Sebenarnya Kumpulan Rahsia Ini?

Freemason Dan Illuminati, Apa Sebenarnya Kumpulan Rahsia Ini?

Illuminati adalah nama kepada kumpulan, moden dan sejarah, nyata dan rekaan atau khayalan, pengesahan dan tuduhan.

Illuminati

Dan sangat rumit sebenarnya untuk memahami apakah itu Illuminati. Walau bagaimanapun, kebiasaannya merujuk dan khusus kepada Illuminati Bavarian, merupakan rahsia baru dalam semua rahsia masyarakat di dunia.

Semuanya merujuk kepada tuduhan bayang-bayang organisasi yang berkonspirasi mengawal dunia dengan perkara yang tidak diketahui ramai. Selalunya di zaman moden kepada penerusan dan jelmaan Illuminati Bavarian.

Kadangkala Illuminati digunakan seerti dengan “New World Order (NWO)”. Gerakan atau pertubuhan ini sebenarnya adalah rentetan dan kesinambungan daripada Gerakan Freemasonary (Freemason).

Perkataan Illuminati bermula ketika menyedarkan orang ramai di Latin, di mana ia adalah secara semulajadi daripada beberapa kumpulan sejarah yang tidak berhubungan yang identifikan sebagai Illuminati.

Perkataan ini juga bermaksud pertubuhan cahaya. Pergerakan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishaupt (meninggal dunia pada tahun 1830M) pada tahun 1776M yang merupakan seorang profesor theologi di University Angold Stadt, Jerman yang menganut agama Atheisme.

Beliau merupakan salah seorang daripada anggota Freemason, telah murtad daripada agama Kristian lalu menubuhkan pertubuhan ini.

Sebelum itu, pada tahun 1770M, beliau telah didatangi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman yang mempengaruhi beliau ke dalam Gerakan Freemason.

Perkataan Illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi.

Manakala di dalam bahasa Arab pula illuminati bermaksud al-Nuraniyin. Nama Illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.

Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit dolar Amerika Syarikat berharga USD$1.

Lambang yang ada pada duit USD$1 tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka duit US dilakukan oleh seorang anggota Freemason dari pergerakan Illuminati yang bernama Pat Robertson.

Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rothschild yang merupakan gedung kewangan yang dikuasai oleh Yahudi.

Perkataan Illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang bererti “Pemegang Cahaya”. Beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yang benar-benar berwibawa sahaja,

Maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota Freemason peringkat tinggi.

Pengikut-pengikut ini memang berkemahiran dalam semua aspek kehidupan telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama “Lodges of The Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemason/ Zionisme).

Agenda Jahat

Menurut perancangan tersebut, agen-agen Illuminati perlu melaksanakan perkara berikut:

Gunakan rasuah berupa wang dan seks untuk menguasai orang-orang yang telah menduduki tempat-tempat tinggi dalam jawatan kerajaan seluruh dunia dan lain-lain bidang manusia. Setelah mereka termasuk dalam perangkap ini maka tundukkan mereka dengan berbagai-bagai “Black-Mail” (ugutan membocorkan rahsia keaiban) dan ugutan kewangan ataupun ugutan untuk mencederakan tubuh badan serta orang kesayangan mereka. Angota-anggota Illuminati hendaklah menduduki kerusi-kerusi penting di universiti-universiti dan memujuk pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memahami Ideology Internasioalisme (pemerintahan tunggal). Mereka akan dibekalkan dengan biasiswa untuk menerima latihan di luar negeri. Antara markas yang dapat dikenal pasti ialah di Gordonstoun (Scotland), Salem (Germany) dan Anavryta (Greece).

Orang-orang yang telah terperangkap dan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang strategik sebagai agen dalaman di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka ini dijadikan pakar, penasihat dan juga perunding supaya mereka dapat menasihati orang atasan mengikuti polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh mereka.

Hendaklah menguasai surat khabar dan media massa yang lain. Berita dan maklumat yang diperolehi perlu diputarbelitkan supaya masyarakat mempercayai bahawa dengan pemerintahan tunggal sahaja yang dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Matlamat

Berikut merupakan matlamat Illuminati-Freemason secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:

1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berperlembagaan.

2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka (hak tanah).

3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian.

4. Menghapuskan semangat nasionalisme (cintai warisan dan tanah air).

5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia.

6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama langit yang sedia ada di dunia (Islam, Kristian, Yahudi) terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.

BACA INI JUGA: Misteri Pemilihan Pusat Pentadbiran Gereja Katolik Di Vatican City

Sumber: Facebook

Monday, March 23, 2015

Blue Beam, Projek Rahsia NASA, Freemason Dan Illuminiti Terbongkar!

Blue Beam, Projek Rahsia NASA, Freemason Dan Illuminiti Terbongkar!

Memang benar, setiap kejadian di alam ini adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah.

Blue Beam

Tapi, bagaimana jika dikatakan ada tangan-tangan manusia yang boleh mengawal pembentukan awan dan hujan?

Bagaimana pula jika dikatakan berlakunya perubahan cuaca ekstrem dunia sehingga muncul pelbagai fenomena aneh seperti musim kemarau dan musim hujan yang tidak menentu akibat perbuatan manusia yang dirancang dengan rapi?

Kedengaran seperti tidak masuk akal. Namun, menerusi projek Blue Beam, sebuah projek rahsia melibatkan NASA, Freemason dan Illuminiti, perkara yang tidak sepatutnya terjadi itu terbukti telah berlaku.

Perkara sulit ini pertama kali didedahkan kepengetahuan umum pada tahun 1994 oleh Serge Monast, seorang wartawan Kanada.

Bagaimanapun, selepas pendedahan tersebut, Monast bersama rakannya yang juga seorang wartawan dilaporkan meninggal dunia.

Kedua-dua mereka adalah individu yang meneliti projek rahsia Blue Beam. Kematian mereka dikaitkan sebagai berpunca akibat 'serangan jantung', walhal kedua-duanya tidak pernah mengalami penyakit tersebut.

Serge Monarst
Serge Monarst.

Kontradiksi itu menyebabkan ramai percaya mereka mati dibunuh. Ini kerana sebelum kematian Monast, seorang anak perempuannya telah diculik dengan tujuan memberi amaran supaya wartawan terbabit tidak meneruskan penelitian terhadap projek Blue Beam.

Dan sejak hari itu, puterinya tidak pernah lagi ditemui.

Daripada apa yang berjaya dibongkar oleh Monast, projek ini diyakini bertitik tolak daripada eksperimen 'Philadelphia' dan 'Montauk' yang dijalankan oleh tentera Amerika Syarikat sekitar tahun 1940an.

Dan eksperimen mengenainya telah dijalankan sebanyak beberapa kali dilokasi rahsia di Nevada, Amerika Syarikat.

Pelaksanaannya adalah dengan menggunakan teknologi canggih dinamakan High Freaquency Active Aurora Reserach Program (HAARP).

Dicipta oleh Nikola Tesla, penemu teknologi tanpa wayar pada tahun 1891.

Pada mulanya, Tesla menggunakan teknologi ini untuk mempelajari lebih jauh lapisan ionosfera, seterusnya mengesan dan meminimumkan kesan gempa bumi.

Akan tetapi, HAARP yang ada di Alaska dikatakan telah banyak disalahguna oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

Pancaran gelombang dari stesen HAARP dimanipulasi untuk mengganggu kestabilan bahagian ionosfera dan stratosfera, dimana-mana bahagian di dunia.

Apabila hal itu berlaku, awan akan terbentuk dan iklim dunia turut berubah seterusnya menghasilkan badai, taufan dan kemarau.

HAARP, Gakona, Alaska
HAARP di Gakona, Alaska.

Tambah memburukkan keadaan, jika gelombang itu memantul semula ke Bumi, segala kerosakan ke atas muka bumi sama ada dalam bentuk tsunami atau gempa bumi akan berlaku.

HAARP dipercayai sudah digunakan oleh negara-negara Barat untuk menghancurkan negara-negara yang sedang berkonflik dengannya.

Antara musibah yang dikatakan buatan negara Barat ialah, gempa bumi di China pada tahun 2009, ribut pasir di China tahun 2010, gempa bumi di Chile, taufan Katrina, penampakan UFO, hujan turun di padang pasir Arab Saudi dan yang paling tidak masuk akal - turunnya salji di Palestin pada tahun 2009.

Daripada maklumat yang berjaya dikuak oleh Monarst sebelum kematiannya, terdapat empat perkara yang cuba dicipta oleh pihak terlibat untuk mendirikan sebuah Agama Dunia Baru atau The New World order.

Cloud in Norway
Penampakan lingkaran awan di Norway.

Salah satunya adalah dengan memunculkan simulasi atau gambar-gambar holografi, iaitu imej fotografi berupa tiga dimensi yang terbentuk oleh alur laser di langit.

Dalam pada itu, mereka turut mencipta gempa bumi buatan dilokasi tertentu, diikuti dengan penemuan-penemuan arkeologi baru.

Hinggakan orang ramai percaya bahawa doktrin agama yang sejak sekian lama dianuti telah disalah tafsir.

Walhal, penemuan itu sebenarnya palsu, sengaja dicipta dan diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Dan jika benar projek Blue Beam itu telah dan akan dijalankan, bersyukurlah kerana kita sudah mengetahuinya..

BACA INI JUGA: Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, March 14, 2014

Illuminati Dan Rahsia Penciptaan NanoRobot

Illuminati Dan Rahsia Penciptaan NanoRobot

Bagi menguasai pemikiran manusia pada jarak jauh, Dajjal melalui agen-agennya telah memperkenalkan sejenis robot paling kecil di dunia yang diberi nama Nano Robot. Saiz robot ini bukanlah sebesar kotak rokok tetapi lebih kecil daripada bakteria. Anda kurang percaya?

Project L.U.C.I.D

Teknologi ini telah pun dikenalpasti dibangunkan oleh jurutera-jurutera Hitachi Corp. Namun begitu, perkembangannya tidak dapat dihalang dan sekarang ini boleh dikatakan hampir semua syarikat sama ada kecil atau besar meneroka teknologi baru ini.

Cuma apa yang membimbangkan ialah ada beberapa syarikat gergasi antarabangsa meneroka teknologi ini untuk kegunaan pihak Illuminati bagi mencapai matlamat New World Order.

Malah, editor majalah popular Science mengatakan  NanoRobot sebagai "Incredible shrinking doctors". Sebelum membangunnya teknologi nano robot, suatu pra-teknologi untuk NanoRobot telah pun dihasilkan iaitu Nano Transistor.

Teknologi nano transistor mula dibangunkan oleh pakar-pakar saintis dari Korea yang mana telah berjaya menukar mitos sains fiksyen ke dalam dunia sains teknologi sebenarnya.

Tidak lama kemudian, saiz robot telah berjaya dikecilkan lagi dari bentuk transistor kepada bentuk sel nano.

Menurut Dr. Eric Drexton, "...nanomachines, or biological robots, injected in human bodies, can be programmed to recognize and kill cells."

Ini bermakna secara tidak langsung ia boleh mengikut saliran darah ke otak dan membentuk suatu arahan dalaman kepada otak seseorang mengikut fail-fail yang di muat naik ke dalam robot tersebut.

Kenyataan Dr. Eric disokong oleh pakar elektronik dari Hewlett Packard Corp. iaitu Phil Kuekes. Beliau mengatakan, “Intelligent nano-scale devices will, in a few years, be injected into the human body,”.

Sekarang nyatalah kawalan ke atas masyarakat tidak hanya melalui dasar-dasar kerajaan dan undang-undang tetapi juga melalui kawalan pemikiran yang siap dirancang.

Ciri-Ciri Nano Robot
  • Saiznya 50,000 kali lebih kecil dari saiz rambut
  • Lebih kecil dari bakteria
  • Mempunyai ingatan terbina dalam (built-in memory 126kb)
  • Pergerakannya berasaskan frekuansi ELF
  • Central Processing Unit (CPU) dikeluarkan oleh Hitachi Corp

Kelebihan Nano Robot

Robot ini berupaya membunuh sel-sel darah putih melalui operasi cengakamannya. Misi Nano Robot ini ialah memastikan individu yang telah disuntik mengikut arahan yang diberikan.

Jika sekiranya gagal, maka Nano Robot ini akan diarahkan oleh pusat kawalan untuk menyerang bahagian jantung atau paru-paru.

Akibatnya, individu yang menjadi mangsa tersebut akan mati seolah-olah terkena serangan jantung atau sesak nafas.

Proses Penyebaran Nano Robot

Oleh kerana terlalu kecil, maka keupayaannya amat tinggi. Nano Robot boleh diletakkan di merata-rata tempat sama ada di atas wang kertas, badan manusia atau apa-apa sahaja.

Projek yang dibangunkan oleh pihak Illuminati ini membuat suatu ujikaji dengan memasukkannya ke dalam botol vaksin.

Tujuannya adalah untuk memastikan vaksin yang disuntik akan turut serta memasukkan Nano Robot ke dalam saluran darah seseorang.

Untuk melaksanakan matlamat ini, jurutera-jurutera komputer Illuminati akan memasukkan fail-fail berkaitan tingkahlaku yang dirancang, misalnya ‘Operasi bunuh diri’ ke dalam memori Nano Robot yang beribu-ribu bilangannya.

Selepas itu, robot-robot dimasukkan pula bersama ubat-ubat vaksin pencegah penyakit yang biasa diambil masyarakat, contohnya vaksin cacar atau demam campak.

Apa Yang Perlu Kita Bimbang?

Kita bimbang, kejadian bom berani mati yang berlaku di Iraq adalah berpunca dari suntikan-suntikan yang diberikan oleh pihak palang merah PBB.

Kita juga bimbang, bahawa semua botol-botol vaksin yang mengandungi Nano Robot yang telah diprogramkan itu sampai kepada masyarakat kita di Asia melalui pengimport-pengimport ubat tempatan.

Kita juga bimbang robot-robot tersebut dimasukkan ke dalam rokok-rokok yang terjual dalam negara kita. Ini kerana, 90 peratus penjenayah yang ditahan polis di seluruh dunia adalah dikalangan mereka yang merokok.

Dan yang paling membimbangkan adalah CEO Syarikat Rokok Antarabangsa iaitu Benson & Hedges sendiri tidak menghisap rokok, seolah-olah beliau tahu apa yang terkandung di dalamnya.

Dan yang paling kita bimbang ialah kemungkinan pemimpin-pemimpin Islam yang dijemput menghadiri makan malam (dinner) di White House telah diberikan Nano Robot melalui makanan hidangan mereka.

Ini kerana, ketua tukang masak untuk keluarga presiden di White House ialah seorang Rabbi Yahudi.

Perancangan Dajjal untuk menguasai manusia melalu penggunaan Nano Robot ini dipanggil L.U.C.I.D Project atau The Beast 666 Universal Human Control System.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Tuesday, October 15, 2013

Misteri Pemilihan Pusat Pentadbiran Gereja Katolik Di Vatican City

Misteri Pemilihan Pusat Pentadbiran Gereja Katolik Di Vatican City

Timbul satu tanda tanya, mengapa pusat pentadbiran terbesar Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Itali? Kenapa bukan di tempat kelahiran Nabi Isa a.s. (dalam Bahasa Arab), Yesus (Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris) atau nama sebenarnya iaitu Yeshua (Bahasa Ibrani)?

Misteri Vatican City

Yesus lahir di Bethlehem (dalam bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestin dan ada juga berpendapat mengatakan Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran Katolik di sana?

Jika pusatnya di negara lain tidak mengapa, tetapi mengapa Itali atau dengan kata lain negara bangsa Roman itu juga yang menjadi pentadbirnya? Kata kunci yang boleh dberitahu, Vatican City yang menyebarkan Kristian lahir dari pengaruh POLITIK kerajaan ROM dan sebenarnya ada dalang di sebaliknya.

Yesus lahir di bawah pentadbiran kerajaan Rom

Lahirnya Yesus adalah di sebuah tempat bernama Bethlehem di Palestin. Waktu itu kerajaan yang menguasai tempat itu ialah kerajaan Rom. Selepas Yesus menyebarkan ajaran Tauhidnya, dia dituduh sebagai pembawa ajaran sesat oleh orang-orang Yahudi. Maka Yahudi dan kerajaan Rom telah sepakat untuk mengenakan hukuman salib terhadap Yesus.

Tetapi, tidakkah anda merasa pelik, mengapa akhirnya kerajaan Rom dan orang-orang berketurunan Yahudi sendiri yang menyebarkan agama Kristian? Ini termasuklah Paulus kerana Paulus adalah keturunan Yahudi dari sebelah bapanya. Yesus dituduh membawa ajaran sesat, tetapi akhirnya mereka sendiri yang menganut dan menyebarkan ajaran itu. Pelik tetapi benar bukan?

Yang lagi peliknya, ketika pemerintahan raja Konstantin, Persidangan Niceae telah diadakan pada 325 AD (iaitu 325 tahun selepas kelahiran Yesus) yang mana hasil dari persidangan tersebut telah sepakat mengatakan bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan ataupun penjelmaan Tuhan dalam bentuk manusia.

Ini bermakna Yesus diangkat menjadi Tuhan hasil dari UNDIAN manusia. Yesus dianggap sebagai Tuhan selepas 300 tahun ketiadaannya. Begitu lama masa yang diambil untuk mengangkat Yesus sebagai Tuhan!

Yesus sendiri tidak pernah mengaku sebagai Tuhan atau anak Tuhan dan tiada bukti dalam Bible yang mengatakan dia adalah Tuhan. Sedangkan raja Konstantin yang bertanggungjawab dalam persidangan Nicaea itu sendiri diragui keimanannya oleh orang-orang Kristian sendiri.

Ada pendapat dalam Kristian mengatakan bahawa raja Konstantin memeluk Kristian kerana untuk menjaga keamanan di dalam empayarnya semata-mata kerana waktu itu terlalu banyak berlaku selisih faham dan pecah-belah. Maka siapakah dalang yang telah membonekakan raja Konstantin?

Vatican City menjadi pusat pentadbiran Kristian Katolik dan pelbagai misteri

Zaman demi zaman berlalu, manusia pun sudah ramai yang lupa dan mengabaikan kisah-kisah lalu dan kini, Vatican City yang terletak di negara bangsa Rom iaitu Itali telah menjadi pusat pentadbiran bagi gereja-gereja Kristian Katolik iaitu mazhab Kristian yang paling ramai pengikutnya.

Walaupun ia terletak dalam Rome, Itali, tetapi ia sebenarnya telah menjadi sebuah negara sendiri sejak 1929. Negara kecil dalam sebuah negara besar.

Di sebalik itu juga, muncul banyak kisah misteri berkaitan dengan Vatican City. Antaranya ialah kemunculan UFO (Unidentified Flying Object) di sana dan desas-desus mengatakan Vatican City ada hubungan dengan makhluk yang menjadi misteri di dunia sekarang ini. Dan mengikut kajian, UFO itu sendiri berkait rapat dengan Illuminati.

Vatican City dikaitkan dengan 'Black Magic' dan banyak simbol serta gambar di Vatican City yang berunsurkan sihir. Gambar-gambar dan patung manusia bogel pun banyak. Sedangkan dalam 10 commandments, Tuhan telah melarang membuat patung dalam bentuk apa saja.

Tetapi di sini, gereja sendiri telah melakukan larangan dalam 10 Commandments itu. Jika Vatican sendiri tidak segan silu dengan patung dan gambar manusia-manusia bogel, apa lagi orang awam?

Pembunuhan Pope-pope Vatican juga telah banyak berlaku, kononnya mereka dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada pergerakan rahsia itu. Pope yang bersekongkol dengan mereka biasanya akan bertahan lama.

Vatican City juga dikatakan bersekongkol dengan Zionis.

Mengapa Zionist yang juga salah satu pakatan Illuminati mahu berbaik dengan Vatican City? Kerana melalui Vatican City mereka boleh mempengaruhi ramai umat manusia dan menjalankan operasinya secara halus.

Dari dahulu lagi mereka tahu bahawa Vatican City mempunyai pengaruh yang besar terhadap dunia, maka tiada lain melainkan cuba mempengaruhi Vatican City itu sendiri secara halus untuk melaksanakan impian mereka.

Vatican City merupakan salah satu dari 3 pusat pentadbiran besar Illuminati;
  1. Washington DC - Sebagai pusat pentadbiran ketenteraan
  2. London city - Sebagai pusat pentadbiran ekonomi dan kewangan
  3. Vatican City - Sebagai pusat pentadbiran keagamaan

Ketiga-tiga wilayah tersebut merupakan wilayah bebas 'Independant States'. Mereka menjadikannya sebagai Triniti yang tidak suci.

Dan yang menjadi kekeliruan yang amat ketara sekali ialah munculnya simbol-simbol Illuminati di dalam banyak gereja, sedangkan Illuminati sendiri ialah satu pertubuhan Anti-Kristian yang mana umat Kristian sendiri mengetahui kemunculan golongan anti-Kristian tersebut.

Tetapi, akibat tipu daya dan kelicikan Illuminati, maka masih ramai yang tidak menyedarinya dan buat-buat tidak sedar.

Obelisk di Vatican City

Obelisk Vatican City

Di Vatican City juga terdapat sebuah 'Obelisk', iaitu satu menara yang tinggi di mana hujung di atasnya berupa sebuah piramid.

Obelisk pada asalnya adalah senibina orang Mesir kuno dan banyak Obelisk telah dipindahkan dari Mesir dan diletakkan di negara-negara lain contohnya di kota London. Adalah dipercayai Obelisk digunakan oleh Illuminati sebagai sebahagian mercu tanda mereka.

Obelisk merupakan simbol kepada tuhan matahari iaituAmon Re/Ra. Maka, kenapa di Vatican City pun didirikan simbol tuhan matahari yang disembah oleh orang-orang Mesir Kuno?

Bukan sahaja Hari Ahad (SUN DAY) yang telah diputarbelitkan oleh Illuminati terhadap agama Kristian, agar menjadikannya hari suci sedangkan Hari Ahad itu adalah hari suci orang-orang yang menyembah tuhan matahari. Obelisk juga di antara satu tanda dan tipu daya mereka.

Pope Benedict XVI adalah seorang Nazi

Dari bekas seorang Nazi sehingga menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik, sebelum digantikan Pope baru. Dia dilahirkan pada 16 April 1927 di Marktl am Inn, Bavaria, Jerman. Nama sebenarnya ialah Joseph Alois Ratzinger.

Sejak berusia 14 tahun, Ratzinger telah menyertai Hitler Youth kerana ia adalah satu kewajipan di sana untuk menyertainya apabila berumur 14 tahun, di bawah pemerintahan Nazi Adolf Hitler.

Walaupun begitu, ayah Ratzinger merupakan seorang yang mempunyai fahaman yang bertentangan dengan Nazi kerana Nazi amat bertentangan dengan ajaran Katolik.

Walau bagaimana pun, selama bertahun-tahun Ratzinger terlibat dengan Nazi dan kemudian dia diserap ke dalam askar Nazi Jerman. Dia pernah ditangkap oleh tentera Amerika dan menjadi tahanan perang.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Nazi juga telah dipengaruhi oleh gerakan illuminati. Tindak-tanduk Adolf Hitler di dalam Nazi dibiayai oleh Zionist iaitu cabang dari Illuminati.

Bermula dari tahun 1959, beliau telah menjadi professor di Universiti Bonn, hinggalah beliau menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik dan bergelar Pope Benedict XVI.

Beliau juga pernah memberi syarahan yang menimbulkan kemarahan umat Islam suatu ketika dulu pada 12 September 2006 di Universiti Regensburg, Jerman.

Pope Benedict XVI

Antara kata-katanya yang begitu sensitif berbunyi;

"Show me just what Muhammad brought that was new and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached."

Yang bermaksud, "Tunjukkan padaku apa yang dibawa oleh Muhammad suatu yang baru, dan kamu akan dapati tiada apa-apa melainkan kejahatan dan tiada perikemanusiaan, seperti menyuruh agar menyebarkan dengan pedang pegangan yang diajarnya."

Illuminati amat suka bermain dengan simbol-simbol dan mereka sememangnya amat bijak dalam permainan simbol. Mereka menggunakan simbol-simbol kerana pergerakan mereka adalah rahsia. Mereka menggunakan simbol-simbol agar ianya diketahui oleh golongan mereka sahaja. Tetapi niat dan perbuatan yang jahat akhirnya akan terbongkar jua.

Ingatlah, Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk melaga-lagakan Anak Adam, menumpahkan darah sesama sendiri, menghasut agar saling benci-membenci, membuakkan rasa dendam hingga manusia berusaha membuat senjata-senjata, untuk menghancurkan sesama sendiri.

Daripada zaman dahulu manusia hanya berperang dengan senjata, pisau, kapak, pedang, sehinggalah ke zaman moden. Manusia menghancurkan sesama sendiri dengan BOM.

Lihatlah hasutan syaitan boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan hilang perikemanusiaan. Sudah tidak menghiraukan lagi nasib pihak yang diperangi, nasib anak dan keluarga mereka.

Begitu tekadnya mahu hancurkan manusia yang lain, hasil dendam kesumat yang diapi-apikan oleh syaitan, na'uzubillah.

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.." Surah Ali 'Imran: 103

*Kita masih mahu bertegang leher, berpuak-puak, berbalah sesama sendiri, sedangkan musuh utama dunia sedang rancak menjalankan operasi mereka. Ayuh wahai saudara-saudara ku, bersatulah kita semua di bawah Tauhid yang satu..

Wallahu a'lam

BACA INI JUGA: sumber: (1)

Monday, September 09, 2013

Kaitan Antara Black Magik Dan Illuminati

Kaitan Antara Black Magik Dan Illuminati

Mengapa orang belajar dan mengamalkan ilmu sihir atau black magic? Sudah tentu ada banyak jawapannya. Antaranya ialah kerana mahukan kemahsyuran, kekuasaan, kemewahan, kekuatan, kekebalan, kecantikan dan seumpamanya.

Black Magik Illuminati

Proses pembelajaran dan pengamalan ilmu sihir ini jangan disangka sudah tiada, malah ia semakin berleluasa dan digemari ramai pun.

Dulu pernah ada pengakuan dari seorang bekas pengamal ilmu sihir, dan antara ceritanya, dia mengatakan kebanyakan yang difilemkan dalam movie Harry Potter, tentang proses pembelajaran, perjalanan alam itu lebih kurang sama dengan apa yang betul-betul ada.

Filem itu juga sebenarnya diolah dari alam realiti juga, cuma diputar belit dan diolah agar manusia melihat ada sihir baik dan ada sihir yang jahat. Alam sihir juga ada pentadbirannya sendiri, ada perjumpaan tahunan, dan tidak ketinggalan ada usaha-usaha memata-matai rumah orang awam. Mereka datang mengintai ke rumah kita tanpa kita sedari.

Mesir sudah dikenali umum sebagai tempat bermulanya segala ilmu sihir yang ada di muka bumi ini. Dan pengaruh sihir semakin popular dan tersebar luas sejak zaman Firaun lagi.

Dan sebagaimana semua telah maklum, ahli-ahli sihir di zaman Firaun Merneptah, telah dikalahkan oleh Nabi Musa a.s dengan mukjizatnya.

Ada kalangan Yahudi dulu mengatakan bahawa mereka belajar ilmu sihir dari Nabi Sulaiman a.s. Sedangkan Allah SWT berfirman dengan jelas dalam AlQuran bahawa Nabi Sulaiman tidak mengajarkan ilmu sihir kepada mereka.

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya ujian (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui." Surah Al-Baqarah : Ayat 102

Itulah antara sejarah berkembangnya penggunaan ilmu sihir, setelah asalnya ilmu itu jatuh ke tangan manusia-manusia yang tidak bertanggung-jawab.

Sebab itu lah kita lihat sekarang ini banyak lagi sihir yang mengganggu ketenteraman rumahtangga hingga menyebabkan pergaduhan yang besar dan bercerai berai.

Dan syaitan yang mahir dalam urusan mengganggu ketenteraman rumahtangga dan menyebabkan perselisihan antara suami dan isteri bergelar Dasim.

Ilmu sihir tidak akan berpisah dengan satu pertubuhan sulit yang amat besar iaitu Illuminati.

Illuminati dalam bahasa Arab ialah “An-Nuraniyyin” yang bermaksud “Pemegang Cahaya”. Illuminati memberi erti sebuah pemerintahan Iblis (Lucifer) sebagai pemerintah tunggal dunia, yang ditubuhkan di Jerman pada 1hb May 1776M.

Dan ia merupakan pertubuhan Mistik Occult yang giat memperalatkan apa sahaja cara untuk menghancurkan semua kerajaan dan agama untuk melahirkan pemerintahan dunia baru yang digelar ‘The New World Order – NWO‘.

Pengaruh sihir oleh Illuminati bukan sahaja bergerak di dunia nyata, tetapi juga diselit-selitkan dalam filem-filem Hollywood yang memaparkan tentang pemujaan dan simbol-simbol mereka (sila lihat bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem-filem Hollywood).

Kabbalah

Encarta Encyclopedia (2005) menyebut bahawa istilah Kabbalah berasal dari bahasa Ibrani yang memiliki pengertian luas sebagai ilmu kebatinan Yahudi atau Judaism dalam bentuk dan rupa yang amat beragam dan hanya dimengerti oleh sedikit orang.

Berbagai ensiklopedia dan kamus mendefinisikannya sebagai suatu cabang mistik agama Yahudi dan hanya difahami sedikit orang. Menurut definisi ini, Kabbalah mempelajari erti tersembunyi dari Taurat dan naskhah agama Yahudi.

Tetapi, ketika kita mengkaji masalah ini lebih dekat, kita menemukan berbagai faktanya adalah sesuatu yang sama sekali berbeza.

Fakta-fakta ini membawa kita kepada kesimpulan bahawa Kabbalah adalah suatu sistem yang berakar kepada penyembahan dan pemujaan berhala; bahawa ia ada sebelum Taurat, dan menjadi tersebar luas bersama agama Yahudi setelah Taurat diturunkan.

Fakta yang menarik tentang Kabbalah ini dijelaskan oleh sumber yang sama menariknya. Murat Ozgen, seorang Freemason Turki, menulis sebagai berikut ini di dalam bukunya, Masonluk Nedir ver Nasildir? (Apa dan Seperti Apa Freemasonry sebenarnya?).

“Kita tidak mengetahui dengan jelas dari mana Kabbalah datang atau bagaimana ia berkembang. Ia adalah nama umum untuk sebuah falsafah yang unik, berbentuk metafisik, esoterik, dan mistik, yang terutama berhubungan dengan agama Yahudi.

Ia diterima sebagai ilmu kebatinan Yahudi, tetapi sebahagian elemen yang dikandungnya menunjukkan bahawa ia terbentuk jauh lebih dahulu dari Taurat.”

Ahli sejarah Prancis, Gougenot des Mousseaux, menjelaskan bahawa Kabbalah memang jauh lebih tua daripada agama Yahudi.

Ahli sejarah Yahudi, Theodore Reinach, mengatakan bahawa Kabbalah merupakan "suatu racun teramat halus yang menyusupi dan memenuhi nadi agama Yahudi."

Solomon Reinach mendefinisikan Kabbalah sebagai "salah satu penyimpangan fikiran manusia yang terburuk."

Alasan Reinach menyatakan Kabbalah sebagai "salah satu penyimpangan pemikiran manusia yang terburuk" kerana doktrinnya sebahagian besar berhubungan dengan ilmu sihir. Selama ribuan tahun, Kabbalah telah menjadi salah satu batu penemuan bagi setiap jenis upacara sihir.

Para rabbi yang mempelajari Kabbalah dipercayai memiliki kekuatan ghaib yang besar. Juga, banyak non-Yahudi yang telah terpengaruh dengan Kabbalah, dan cuba mempraktikkan ilmu sihir dengan menggunakan doktrin-doktrinnya.

Kecenderungan esoterik yang terjadi di Eropah selama akhir Abad Pertengahan, khususnya sebagaimana yang dipraktikkan oleh para ahli alkimia, sangat banyak berakar dari Kabbalah.

Hal ini sungguh aneh, jika kita memandang Yahudi sebagai sebuah agama Monoteistik, yang diawali dengan turunnya Taurat kepada Musa a.s.

Kenyataannya, di dalam agama ini ada sebentuk sistem yang disebut Kabbalah, yang mengadoptasi praktik-praktik dasar sihir yang dilarang oleh agama.

Hal ini memperkuat apa yang telah disebutkan sebelumnya dan menunjukkan bahawa Kabbalah sebenarnya merupakan elemen yang menyusup ke dalam agama Yahudi dari luar.

Jika menyebut tentang ilmu sihir, kita mesti kembali kepada sejarah permulaannya dulu. Perkara pertama yang ditulis oleh manusia dahulu pada batu-batu dan sebagainya adalah mengenai SIHIR. Dan adalah dipercayai bahawa para tukang sihir zaman firaun dululah yang membentuk pemujaan dan sihir yang digelar sebagai Kabbalah.

Dan menurut sejarahwan barat, Kabbalah merupakan kepercayaan inti dari kelompok mistik tertua dunia yang dikenal dengan sebutan Brotherhood of the snake (Kelompok persaudaraan ular). Pemerintahan Raja Namrud di Babylon dan Firaun di Mesir berkait rapat dengan kelompok ini.

Di dalam ordo Kabbalah terbahagi kepada 3 pula iaitu ordo hijau, ordo kuning dan ordo putih.

Ordo yang paling misteri adalah ordo putih, dan ianya lebih bertumpu kepada misi politik dan kekuasaan. Ordo putih itu jugalah yang membuat kesimpulan bahawa matlamat akhir Kabbalis adalah untuk membentuk 'satu pemerintahan dunia' (E Pluribus Unum – Unity of the world) dan 'tata dunia baru' (Novus Ordo Seclorum – New World Order).

Kemudian, Ordo Kabbalah ini muncul dalam pelbagai bentuk seperti ordo Sion (Order of Sion), Freemason hingga ke Illuminati.

Para pengkaji juga menemui bahawa pencetus perang salib adalah dari konspirasi Ordo Sion, yang waktu itu masih merupakan Ordo Kabbalah iaitu oleh Peter Si Petapa dan Paus Urbanus II yang pidatonya membakar semangat umat Kristian untuk mengakhiri perdamaian antara umat Kristian dan umat Islam.

Sedikit penerangan mengenai Sihir dalam kitab Muqaddimah – Ibnu Khaldun

Ilmu sihir dan tilik adalah suatu ilmu tentang persediaan-persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit.

Yang pertama ialah sihir dan yang kedua ialah tilik.

Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah menghadap selain dari Allah, seperti bintang dan sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat di dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi Musa a.s seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

Penduduk Babylon dari golongan Rabbani dan Kaldani, begitu juga kaum Qibti di Mesir dan lain-lain kaum, ada mempunyai karangan-karangan dan butir-butir mengenai sihir.

Kemudian di Timur, lahir pula Jabir bin Haiyan, seorang ahli sihir teragung dalam agama ini (Islam). Ia telah menatap buku-buku mengenainya dan telah menghasilkan amalan 'Simia', iaitu cabang ilmu sihir yang boleh menukarkan jasmani kepada suatu bentuk lain, dan amalan ini dapat dilakukan dengan kekuatan jiwa bukan dengan perbuatan makmal.

Hakikat sihir bergantung kepada jiwa manusia yang walaupun tunggal pada jenisnya tetapi berbeza dari segi keistimewaan-keistimewaannya. Setiap jiwa itu mempunyai satu keistimewaan tertentu yang tidak terdaapt pada jiwa lain.

Jiwa-jiwa yang mempunyai kuasa sihir ada 3 martabat

Martabat yang pertama ialah yang dapat mempengaruhi melalui kemahuan semata-mata tanpa bantuan. Inilah yang dinamakan sihir golongan ahli falsafah.

Martabat kedua ialah yang dapat mempengaruhi dengan bantuan dari mizaj, bintang-bintang, elemen-elemaen alam atau angka-angka bilangan, ini mereka namakan tilik iaitu yang lebih lemah martabatnya dari yang pertama.

Martabat ketiga adalah yang dapat mempengaruhi perasaan yang berkhayal dan bertindak ke atasnya dengan melemparkan kepadanya berjenis-jenis khayalan dan gambaran yang mahu diberikan kemudian membawanya kembali kepada alam nyata, seperti membuat mereka seolah-olah ternampak taman-taman bunga, sungai-sungai dan pohon-pohon sedangkan benda-benda ini tidak ada di depan mereka.

Di kalangan ahli falsafah ini dinamakan sebagai khayalan/halusinasi.

Knights Templar

Knights Templar (Pahlawan-pahlawan Templar) ditubuhkan pada tahun 1118, iaitu 20 tahun selepas tentera salib merampas Jerusalem, dengan nama Order of the Poor Knights of Christ and of the Temple of Solomon (Ordo Pahlawan Miskin Pembela Kristus dan Kuil Sulaiman).

Akan tetapi pada kenyataannya Knights Templar hidup bergelumang dengan kekayaan dan kekuasaan yang dikutip dari penziarah-penziarah dari Eropah ke Palestin.

Pengasasnya ialah 2 orang pahlawan Perancis iaitu Hugh de Payens dan Godfrey de St. Omer, yang kemudiannya dari 9 orang pahlawan, mereka terus mengembangkan fahaman mereka.

Mereka inilah juga yang dikatakan memperkenalkan sistem cek dan kredit, yang kini banyak digunakan di bank-bank.

Raja Yerusalem begitu percaya kepada kesembilan pahlawan tersebut, sehingga mereka diberi markas yang berada di sayap kiri istana.

Ternyata kamar-kamar pahlawan tersebut berada tepat di atas kuil sulaiman (Solomon Temple) atau yang biasa disebut Haikal Sulaiman. Dari sinilah nama Knights Templar muncul.

Dari kamar-kamar itulah semua menjadi jelas bahawa motif knights Templars tersebut adalah untuk memburu harta karun di kuil Sulaiman dan juga untuk dapat terus menjaga sebuah rahsia yang selama berabad-abad terus dijaganya.

Knights Templar telah dipengaruhi oleh suatu rahsia yang ditemui di Jerusalem, yang menjadikan mereka keluar dari agama kristian dan mula mengamalkan upacara-upacara pemujaan dan sihir.

Dan rahsia itu telah banyak dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji yang ianya ada kaitan dengan Kabbalah.

Adalah tidak mustahil bahawa para Templar itu telah menemui risalah-risalah Sihir dari kuil Sulaiman dan mengamalkannya demi untuk mendapatkan kuasa dan kegemilangan. Dan ada juga yang mengatakan bahawa Knights Templars mempelajari Kabbalah dari para rabbi di Jerusalem.

Dan pernah terjadi pemutusan hubungan 'bapa' dan 'anak' antara Ordo Sion dengan Ordo Templar yang dikenali dengan peristiwa 'Penebangan Pohon Elm' dan masing-masing berjalan dengan Grand Masternya masing-masing, akan tetapi tetap berada dalam satu agenda.

Dan banyak dibuktikan bahawa mereka masih tetap bekerjasama sebagai satu rangkaian misionaris Kabbalah.

Setelah pemutusan hubungan itu, nama Ordo Sion berubah menjadi Biarawan Sion (Priory of Sion).

Kekuatan politik Knights Templars ini mula menyusahkan raja-raja Eropah dan akhirnya, pada tahun 1307, Raja Prancis Philip le Bel memutuskan untuk menangkap anggota-anggota ordo ini. Sebahagiannya berjaya melarikan diri tetapi kebanyakan mereka berjaya ditangkap.

Paus Clement V juga bergabung dalam pembersihan ini dan setelah tempoh siasatan yang panjang dan pengadilan, ramai anggota Templars mengakui keyakinan 'bid’ah' mereka, bahawa mereka menolak iman Kristian dan menghina Yesus dalam misi mereka.

Akhirnya, para pemimpin Templar, yang digelar 'Imam Besar (Grand Master)', mula dari yang terpenting dari mereka, Jacques de Molay, dihukum mati pada tahun 1314 atas perintah Gereja dan Raja.

Kebanyakan mereka dimasukkan ke dalam penjara dan ordo tersebut tumpas dan secara rasmi menghilang.

Sebahagian Templar melarikan diri ke Scotland, Portugal dan negara-negara Eropah. Dipilihnya Scotland sebagai tempat pelarian adalah kerana negara ini tidak mengakui kekuasaan Gereja Katolik.

Para Templar menanggalkan baju kebesaran mereka dan mula bercampur dengan para tukang batu Scotland.

Di Scotland, para tukang batu dan buruh ini disebut Mason dan dari nama inilah akhirnya berubah nama Knights Templar bergabung dengan Mason, menjadi Freemason.

Ada pendapat mengatakan sebahagian Knights Templar sendiri telah mengaku bahawa mereka mengamalkan aktiviti homoseksual, dan bahawa mereka menyembah suatu agama misteri yang dikenali sebagai Baphomet.

Aleister Crowley

Dan jika bercakap tentang sihir, nama Aleister Crowley juga tidak boleh diabaikan.

Aleister Crowley (Edward Alexander Crowley lahir 12 Oktober 1875 – meninggal 1 Desember 1947 pada umur 72 tahun) adalah seorang penulis, hedonis, revolusionis seksual dari Britain, dan seorang okultis.

Di sepanjang perjalanan hidupnya, dia banyak memberikan pengaruh bagi perkembangan okultisme modern di Britain. Dia dilahirkan di 30 Clarendon Square di Royal Leamington Spa, Warwickshire. Ayahnya, Edward Crowley, memiliki perusahaan brewery dan ibunya, Emily Bertha Bishop, adalah keturunan dari Devon dan Somerset.

Pada Disember 1896, Crowley mula mendalami okultisme dan mistisisme. Dia kemudian menerbitkan buku puisinya yang pertama berjudul Aceldama.

Pada tahun 1898, Crowley bergabung dengan kelompok okultisme Order of the Golden Dawn.

Di dalam kelompok tersebut dia mendapat banyak pengaruh dari MacGregor Mathers yang adalah pemimpin dari kelompok okultisme tersebut.

Kelompok okultisme ini banyak memberikan pengajaran tentang ilmu magik yang berasal dari Kabbala dan Resicrucianism.

Pada tahun 1912 Crowley bergabung dengan kelompok okultisme pimpinan Karl Kellner iaitu Ordo Templi Orientis (OTO).

Kelompok ini menekankan pada kekuatan magik seksual yang selama ini dicari-cari oleh Crowley.

Pada tahun 1916 ketika dia tinggal di New Hampshire, Amerika Syarikat, dia mengangkat dirinya sebagai penyihir terkemuka.

Di dalam upacara pengangkatan dirinya tersebut, dia membaptis seekor kodok yang diberi nama Yesus Kristus dan kemudian menyalibkannya. Kecanduannya terhadap heroin telah membuat dia mengalami jangkitan pernafasan dan pada tahun 1947 dan meninggal dunia dalam usia 72 tahun.

Pelbagai tulisan telah dia buat seperti Magick, The Book of the Law dan The Equinox.

Kabbalah hari ini

Penggunaan istilah Kabbalah masih digunakan hingga ke hari ini. Cuma sekarang mereka berselindung di bawah organisasi yang bekerja di atas dasar kemanusiaan dan menjalankan kerja-kerja amal.

Tetapi agenda mereka yang begitu merapu masih diteruskan dan anda boleh baca sedikit info berkenaan mereka pada link 
http://www.kabbalah.com/01.php

Walaupun mereka tidak menyatakan secara terang-terangan mereka mahu menjauhkan manusia dari Tuhan, tetapi konsep kebebasan diri yang mereka war-warkan itu sudah cukup untuk kita gunakan akal kita dengan bijaksana.

Dan pendapat-pendapat mereka berkenaan Tuhan juga jauh terpesong dari ajaran agama lebih-lebih lagi ajaran agama Islam. Mereka membuat kesimpulan yang bermacam-macam tentang keadaan Tuhan, na'uzubillah.

Ramai artis Hollywood yang menganut fahaman Kabbalah ini. Ada Yahudi yang menerima ajaran ini dan tidak kurang juga yang menolak dan mengatakannya sesat.

Ilmu sihir semakin popular

Oleh kerana itulah hari ini kita dapat lihat sihir semakin menjadi popular dan diminati ramai. Sebagai contohnya kita saksikanlah di dalam kebanyakan filem Hollywood, kumpulan-kumpulan ilmu kebatinan (yang menggunakan perantaraan jin) dan sebagainya.

Dan sihir telah sebahagian besarnya dipromosikan oleh Illuminati dengan mempengaruhi secara halus minda manusia dari zaman kanak-kanak lagi.

Kita saksikan sendiri konco-konco Illuminati yang asalnya dari Knights Templar, yang kemudiannya bergabung dengan Mason (tukang-tukang batu scotland) menjadi Freemason, mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan Kabbalah dan ilmu hitam.

Jika zaman dahulu, kebanyakan ahli sihir akan dibenci dan ditangkap serta dibakar hidup-hidup, tetapi kini ahli-ahli sihir kebanyakannya menjadi manusia popular yang diminati ramai dan sihir semakin digemari juga.

Tidakkah keadaan ini sudah menjadi terbalik dan bukan yang sepatutnya?

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Friday, September 06, 2013

Mesej Rahsia Tersirat Illuminiti Disebalik Pembikinan Filem Avatar

Mesej Rahsia Tersirat Illuminiti Disebalik Pembikinan Filem Avatar

Saya tertarik untuk mengupas mengenai isi plot filem Avatar yang begitu dipandang tinggi oleh kebanyakan pemerhati filem baik dari Barat mahupun dunia Islam.

Illuminiti

Ketika orang lain melihat kehebatan teknologi hebat Hollywood - Century Fox yang seakan berjaya menggambarkan 'syurga' kehidupan 'alien' bernama Avatar itu, dengan pemandangan seperti taman-taman tergantung yang sangat indah, saya pula melihat dengan penuh prejudis dan cuba mengenalpasti simbol-simbol 'perang' Illuminati seperti biasa.

Lebih dari itu, saya cuba kaitkan dengan filem pertama dalam plot "2012", maka akan ditemui beberapa simbol Illuminati dalam filem 3 kali ganda lebih mahal dilaburkan mereka dari plot "2012".

Bagi saya, jika "2012" mereka mendedahkan impian sebenar mereka, maka "Avatar" mendedahkan kaedah mereka menuju ke arah itu.

Illuminiti

Lukisan terkenal Michelangelo "The Sistine Chapel" di Vatican yang retak dalam "2012".

Adakah benar ini gambaran Adam menyentuh tangan Tuhan atau sebenarnya gambaran alam manusia berhubungan dengan alam ghaib (syaitan), sebagaimana digambarkan Avatar - sebagaimana juga isyarat 2 piramid bertemu membentuk logo Zionis Israel.

Illuminiti
Israel Raya antara dua garisan biru iaitu Tigris dan Nil

Lagi penemuan saya, kepala Lucifer!

Illuminiti

Uniform dalam filem Avatar: The five pointed Pentagram = The Eastern Star of Satanism. "The Eastern Star" is also the name of a female Masonic order by the same name, in which James Cameron's wife is a member. More of AVATAR`s Satanic Illuminati symbology expressing their afilliations to Lucifer/Satan. (tribute kepada Rijiko)

Illuminiti

The occultic meaning of the word "Avatar" is really Lucifer/Satan. The entire Movie/Entertainment industry is a well financed satanic psychological war operation being executed upon the public right before their eyes.

Just like all the other Illuminati controlled industry, the Movie/Entertainment industry is a tool designed to advance their agenda of a "New World Order" and the deceptions that come along with it.

In the satanic Illuminati occult dogma, the term "AVATAR" represents their coming Anti-christ, and is the Illuminati occult representation of Satan incarnate.

The Illuminati believe that through science they will be able to genetically produce a "Body" or "Host" that can then be possessed by the actual spirit of Lucifer/Satan.

This "host" that the spirit of Satan will inhabit is called the "AVATAR"

James Cameron has actually named his entire film project based around the satanic doctrines of demonic possession and modern DNA manipulation, in which the Illuminati seek to bring about the "New Age Humanoid", or demonically possessed biological human entity.

The Satanic practice of genetic merging of Animal and Human DNA.

These Illuminati funded scientists are actually genetically manufacturing nitemares such as dogs with human feet, and mice which can talk etc (lihat link ini).

"Avatar" berjaya menghantar mesej kepada penonton bahawa "makhluk asing" ciptaan mereka itu mempunyai kehidupan yang tersendiri, bahkan kehidupan mereka tampak lebih 'indah' seperti di syurga.

Illuminiti

Sesiapa yang menyaksikan "The Arrival" sudah pasti mampu meneka mesej tersirat Illuminati melalui proksi mereka Madonna dan ramai lagi yang menggambarkan indahnya dunia syaitan dan beruntunglah mereka yang telah 'dikawal mindanya' (mind control seperti alat mesin khas "remote body" yang digunakan oleh Jake Sully dalam Avatar) sehingga mahu terus hidup di sana.

Illuminiti

Majoriti filem freemasonic-director, James Cameron - selain filem terakhirnya Titanic dan True Lies - adalah bersifat "anti-human".

Mereka yang tidak mengenali James Cameron dalam filemnya sebelum ini sukar untuk mengenalpasti mesej missing puzzle yang beliau sempurnakan dalam Avatar. Kenalilah James Cameron di sini.

Avatar membuktikan bagaimana "alien" dicipta sebagai 'hero' dalam filem ini untuk membunuh "bad humans" yang cuba memusnahkan kehidupan semulajadi mereka. Inilah mesej dan dogma Illuminati iaitu :

"humans" are a disease that is threatening all the trees and bio-life systems on earth. Therefore, according to the Illuminati, humans are to be eliminated by culling over half of this world's population to prepare for the Illuminati's version of the "NEW AGE HUMAN" (New World Order)."

Kenapa latar belakang filem-filem James Cameron berwarna biru?

Illuminiti

Speaking of blue, one of the primary colors of the Order of the Eastern Star is the color blue and this color is literally painted all over Avatar.

The color represents the first three degrees of Freemasonry, known as the blue degrees and also signifies the ruling bloodline.

This color is clearly seen throughout Cameron’s work, whether as a writer, director or producer. (sumber: http://www.getxnews.com/2009/12/avatar-the-symbolism-the-xeno-genesis-2)

Now, according to Dictionary.com, Avatar means: the descent or embodiment of a deity to the earth in an incarnate form or some manifested shape - the incarnation of a god. This is really what the movie is all about - the projection of the Lucifer spirit into messianic form.

The manifestation of the Luciferian spirit, whenever mankind tries to consciously transcend the physical reality with these methods of ascension, enlightenment and evolution, trans-humanism, reincarnation, transmigration of the souls, mind cloning and uploading, the transplantation of cellular memories and singularity.

These methods of ascension, transcendence and altered states of consciousness are not part of the Divine Creative mechanism for the ether-body, therefore this will only serve to advance the Luciferian nature. (Sumber: Thealienproject.blogspot.com)

BACA INI JUGA: Adakah Komplot 'Men In Black' Benar-benar Wujud?

Sumber: Aku-macjay