Sunday, December 10, 2017

Snake Island, Pulau Yang Menempatkan Ular Paling Berbisa Di Dunia

Snake Island, Pulau Yang Menempatkan Ular Paling Berbisa Di Dunia

Pulau Ular atau Snake Island terletak kira-kira 32 kilometer dari perairan Sao Paolo, Brazil dan penduduk tempatan memanggilnya sebagai Ilha da Quiemada Grande.

Snake Island, Pulau Yang Menempatkan Ular Paling Berbisa Di Dunia

Dengan mendengar namanya sahaja pun sudah cukup menggambarkan bahawa pulau ini menjadi rumah kepada sekurang-kurangnya 4,000 ekor ular termasuk ular paling berbisa di dunia, Bothrops Insularis.

Tahukah anda, ular Bothrops Insularis hanya boleh ditemui di Pulau Ular ini dan bisanya mampu mencairkan daging manusia.

Pernah terjadi beberapa orang pengunjung telah mati akibat dipatuk oleh ular Bothrops Insularis.

Dan sebab itulah kerajaan Brazil telah melarang pelawat dan orang ramai dari mengunjungi pulau Snake Island.

ULAR GOLDEN LANCEHEAD

Selain itu, apa yang membuatkan pulau ini berbahaya adalah disebabkan oleh kewujudan ular Golden Lancehead, yang mana merupakan spesis Pit Viper dan antara yang paling berbahaya di dunia.

Ular ini boleh membesar sehingga 118 sentimeter dan dianggarkan terdapat di antara 2,000 hingga 4,000 ekor di pulau ini. Jadi tidak hairanlah pulau ini dikenali sebagau Pulau Ular.

Ular Golden Lancehead adalah teramat bahaya dan berbisa sehinggakan boleh membunuh dengan satu patukan sahaja. Mangsa patukan akan mati dalam masa satu jam.

Pernah menjadi kawasan penempatan seketika

Walaupun kini ia diharamkan, namun pulau ini pernah menjadi kediaman kepada warga tempatan untuk tempoh yang singkat sehingga penghujung tahun 1920-an.

Menurut legenda lagi, penjaga rumah api tempatan dan keluarganya mati akibat patukan ular ini yang menyelinap masuk ke dalam rumah mereka melalui tingkap.

Kini, angkatan laut melawat rumah api tersebut secara berkala untuk menjaga dan memastikan pengembara tidak mengembara terlalu dekat dengan pulau tersebut.

Kewujudan ular Golden Lancehead

Ular Golden Lancehead
Ular Golden Lancehead.

Menurut cerita orang tempatan, ular tersebut dibawa dan dilepaskan di pulau tersebut oleh lanun-lanun yang ingin melindungi harta karun mereka di situ.

Namun, hakikatnya adalah kehadiran ular tersebut disebabkan oleh kenaikan paras laut yang mana kurang menarik berbanding cerita legenda lanun tersebut.

Pada satu ketika dahulu, Pulau Ular ini adalah sebahagian besar daripada tanah besar Brazil, namun ia terpisah dan menjadi sebuah pulau setelah paras laut meningkat lebih dari 10,000 tahun yang lalu.

Haiwan-haiwan yang sampai ke pulau ini mengalami revolusi yang sangat berbeza daripada haiwan-haiwan di tanah besar, lebih daripada beribu-ribu tahun, terutamanya ular Golden Lancehead.

Disebabkan di pulau ini tiada mangsa lain selain burung, maka ular ini mengalami perubahan di dalam badannya di mana bisanya menjadi sangat berbahaya yang boleh membunuh mana-mana burung dengan serta merta.

Burung-burung tempatan sangat pintar dan sukar ditangkap oleh pemangsa yang mendiami pulau ini tetapi spesis ular ini bergantung hidup dengan menjadikan burung-burung tersebut sebagai makanan.
Penyebab kes patukan ular terbesar di Brazil

Ular Lancehead, iaitu spesis yang sama dengan Golden Lancehead dan tinggal di tanah besar Brazil, bertanggungjawab terhadap 90% daripada kes patukan ular di Brazil.

Patukan daripada patukan Ular Golden Lancehad yang mana bisanya 5 kali ganda lebih daripada Lancehead biasa adalah jarang berlaku disebabkan oleh kediaman mereka yang terasing.

Namun, jika berlaku pertembungan dengan ular ini, kebarangkalian untuk terbunuh adalah sangat tinggi. Setakat ini tiada statitsik mengenai kematian yang disebabkan oleh ular Lancehead Golden, kerana satu-satunya kawasan yang mempunyai ular ini diharamkan kepada orang awam.

Namun, seseorang yang dipatuk oleh ular Lancehead biasa berhadapan dengan kadar kematian pada tahap 7%, jika tidak dirawat.

Rawatan tidak menjamin mangsa yang dipatuk akan terselamat, masih terdapat 3% kadar kematian akibat patukan ini.

Kelebihan bisa ular viper

Jadi, dengan tahap bahaya di pulau ini, adalah sukar untuk memahami mengapa ada yang mahu mengambil risiko untuk mengunjungi tempat seperti ini di mana kematian yang menyakitkan boleh berlaku dalam setiap langkah.

Walaupun begitu, bisa ular daripada spesis viper ini menunjukkan potensi dalam membantu memerangi masalah jantung. Ia telah menjadikan bisa ular ini mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap.

Bagi sesetengah mereka yang suka melanggar undang-undang, kegilaan terhadap wang ringgit sudah cukup menjadi pendorong kepada mereka untuk mengambil risiko maut dengan mengunjungi Pulau Ular ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Spesies Ular Paling Berbisa Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, July 16, 2017

10 Fakta Menarik Ikan Buntal, Isinya Sedap Tapi Sangat Beracun

10 Fakta Menarik Ikan Buntal, Isinya Sedap Tapi Sangat Beracun

Walaupun ikan Buntal enak dimakan faktanya, spesies ikan ini adalah beracun kerana mengandungi tetrodotoxin, sejenis toksik yang amat berbahaya dimana hanya 25 miligram mampu membunuh manusia dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Ikan buntal beracun

Lebih menakutkan, tiada antidot atau penawar bagi toksik ikan buntal dan dianggap lebih bahaya daripada sianida.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna ikan buntal langsung tidak boleh dimakan kecuali pengasingan bahagian yang beracun dibuat dengan kemahiran yang tinggi.

Bahagian yang beracun adalah seperti hati, mata, telur, darah dan kulit.

Ikan buntal atau dikenali sebagai fugu di Jepun turut dijadikan hidangan makanan laut, namun ia dijual di pasar dan restoran yang dikawal dengan ketat.

Rasa isi ikan buntal kononnya seperti rasa daging ayam. Isinya pejal dan sangat sesuai jika digoreng kerana tidak mudah hancur.

Terdapat banyak spesies ikan buntal namun hanya ikan buntal pisang sahaja yang boleh dimakan.

Di Malaysia, ikan buntal dianggap sebagai 'ikan sampah' (tiada nilai komersial) oleh Jabatan Perikanan dan tidak pernah ditangkap secara komersial mahupun dijual di pasar.

Berikut adalah 10 fakta unik dan menarik tentang ikan buntal.

1. Ikan Buntal Mempunyai 1,000 Jenis Spesies

Menurut pakar haiwan laut, ikan buntal mempunyai 1,000 jenis spesies kerana ikan buntal mempunyai proses pembiakan yang cepat dibandingkan ikan lain.

Nama ikan buntal berbeza sebutannya disetiap negara antaranya Ballonfish, Blowfish, Globerfish dan Toadfish.

2. Ikan Buntal Membesar sehingga 2 Meter

Ikan buntal beracun

Ikan buntal terbesar pertama ditemui di perairan laut Jepun dan Afrika. Spesis ikan buntal terbesar di dunia dikenali dengan sebutan ikan stella yang mampu mencapai panjang 47 inci.

Ikan buntal di sungai Kongo dikenali sebagai ikan jenis air tawar. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan terbesar di dunia dengan ukuran 26 inci.

Ikan buntal di India pula dikategorikan sebagai ikan Buntal terkecil di dunia. Ukuran ikan buntal India hanya berukuran 1 inci.

3. Ikan Buntal Mempunyai Racun yang Berbahaya

Keunikan yang dimiliki ikan buntal adalah racun yang terdapat di kulitnya, bukan di dalam tubuh.

Racun ini dikenali Tetrodotoxin atau TTX. Tetrodotoxin adalah neurotoksin yang mampu merosakkan sistem saraf sehingga menyumbat saluran komunikasi antara tubuh dengan otak dalam waktu yang singkat.

Sebab itulah dikatakan bahawa racun yang ada pada ikan buntal lebih berbahaya dibandingkan dengan sianida.

4. Ikan Buntal Mampu Menggembungkan Badannya Sehingga 3 Kali Ganda

Keunikan ikan buntal adalah ketika diancam pemangsa, ikan Buntal akan mengembungkan tubuhnya sehingga duri-duri tajam yang beracun di kulit menakutkan pemangsa.

Lebar ikan buntal ketika mengembungkan tubuhnya melebihi 3 kali ganda dari ukuran biasa.

5. Ikan Buntal Mampu Berubah Warna

Ikan buntal juga mempunyai keunikan lain iaitu kemampuan untuk mengubah warnanya mengikut keadaan disekeliling.

Selain itu, ikan buntal juga dapat melarikan diri dengan cepat kerana ikan buntal mempunyai penglihatan yang jauh lebih baik berbanding ikan lain.

6. Ikan Buntal Mempunyai Gigi yang Kuat

Ikan buntal adalah dari keluarga Tetraodontidae yang diambil dari bahasa Yunani iaitu “tetra” yang bererti empat dan “odous” bermakna gigi.

Apabila dilihat sekilas, keempat gigi tersebut hampir menyerupai bentuk paruh, padalah itu bukanlah paruh!

Namun, gigi ikan buntal mempunyai karakter seperti gigi haiwan pengerat yang selalu tumbuh memanjang.

Untuk mengatasi tumbuhnya gigi, ikan buntal memotong giginya dengan cara menggesekkan gigi pada terumbu karang dan batuan.

Gigi yang amat kuat tersebut biasanya digunakan oleh ikan buntal untuk memangsa ikan dan cacing yang bersembunyi di bawah batu karang dengan cara mencungkil batu karang.

7. Ikan Buntal Membuat Tempat Tinggal Sendiri

Ikan buntal beracun

Dari sekian banyak spesies ikan buntal, ada sebahagian ikan yang mampu membuat tempat tinggalnya sendiri.

Misalnya seperti ikan buntal putih dan buntal masked. Kedua jenis ikan ini membuat tempat persembunyian atau rumah sendiri.

Ikan buntal putih membuat sarangnya dengan menggunakan dasar pasir. Adapun gambaran sarang yang biasanya dibuat oleh ikan tersebut berbentuk bulat dengan diameter 6 kaki atau 3 meter.

Ini mereka lakukan untuk menarik perhatian ikan buntal betina untuk bertelur di dalam rumahnya.

8. Ikan Buntal Boleh Dijadikan Ikan Peliharaan

Ikan buntal ikan yang beracun, tetapi ramai peminat ikan memelihara ikan beracun tersebut.

Ikan buntal yang selamat untuk dipelihara adalah, Buntal Spotted Green, Buntal Bronze dan Buntal Pignose.

Ketiga ikan buntal di atas dijadikan sebagai ikan peliharaan kerana telah terbukti selamat untuk dipelihara.

Walau bagaimanapun, ikan buntal memerlukan banyak air maka wajib bagi pemelihara ikan ini untuk selalu menggantikan airnya.

Mengingat gigi ikan buntal yang cepat tumbuh, maka ikan tersebut sangat memerlukan batu karang atau cengkerang siput sebagai bahan pengerat.

Ikan buntal agresif apabila bercampur dengan ikan lain.

9. Ikan Buntal Menjadi Hidangan Lazat di Jepun

Ikan buntal beracun

Di restoran Jepun, ikan buntal menjadi santapan yang lazat namun, memerlukan skil yang baik dalam mengolah ikan buntal sebelum menjadi makanan yang lazat.

Untuk menghidangkan ikan Buntal memerlukan pakar atau koki untuk mensiang ikan tersebut agar racun ikan buntal boleh dibuang sepenuhnya sehingga selamat untuk dimakan.

Koki tersebut juga perlu lulus ujian cara menghidangkan ikan Buntal yang betul dan selamat terlebih dahulu.

Masyarakat Jepun pernah digemparkan dengan insiden keracunan makanan setelah menikmati hidangan ikan buntal.

Pada tahun 1996 sehingga 2006, 44 kematian dilaporkan selepas keracunan ikan fugu.

10. Ikan Buntal Spesis Terancam

Dikatakan bahawa ikan buntal di perairan laut China, Jepun dan Korea dalam tempoh 40 tahun terakhir, berkurangan  sehingga 99%.

Ikan buntal Canthigaster Cyanetron, ikan yang hidup di perairan pulau Paskah juga dikatakan pupus kerana rosaknya terumbu karang di kawasan pantai pulau Paskah.

Ikan Buntal readline dan ikan kerdil yang terdapat disungai Nigeria juga termasuk dalam senarai ikan yang terancam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ikan Paling Mahal Di Malaysia

sumber: hidupmulia

Tuesday, May 16, 2017

8 Burung Paling Beracun di Dunia

8 Burung Paling Beracun di Dunia

Apabila membicarakan tentang haiwan-haiwan yang beracun, apa yang anda fikirkan? Anda pasti akan membayangkan ular, kalajengking, labah-labah dan sebagainya kan.

Burung Paling Beracun

Walhal, ada beberapa jenis spesis burung paling beracun di dunia yang boleh ditemui di Papua New Guinea.

Burung-burung ini memiliki racun di bahagian bulu dan permukaan kulit. Salah satu dari burung tersebut dipanggil burung Pitohui.

Burung beracun ini cukup ditakuti, malah ramai orang tidak berani menangkapnya. Dan kalau mahu menangkap burung Pitohui, biasanya sarung tangan digunakan atau dipegang pada bahagian kakinya.

Racun yang terdapat pada bulu dan permukaan kulit burung Pitohui merupakan racun homobatrachotoxin, dikategorikan sebagai racun neurotoxin yang menyerang saraf otak dan sangat beracun. Tikus yang disuntik racun neurotoxin akan mati serta-merta.

Namun, untuk manusia tidaklah separah itu. Manusia yang menyentuh bulu burung Pitohui hanya akan mengalami mati kebas, bersin dan gejala keracunan. Kesan paling parah akibat neurotoxin ialah kelumpuhan dan kematian.

Adakah burung Pitohui boleh dipelihara? Tentu saja boleh, kerana bulu burung Pitohui mengeluarkan racun jika ianya memakan serangga beracun. Kalau tidak, lama-kelamaan bulunya tidak lagi beracun.

Burung Pitohui sendiri mempunyai beberapa spesis yang semuanya beracun.

Selain burung Pitohui, ada dua spesies burung lain yang juga memiliki racun berbisa yang disebut batrachotoxins (BTXs).

Berikut merupakan beberapa spesies burung paling beracun di dunia;

1. Hooded pitohui (Pitohui dichrous)

Hooded pitohui

2. Variable pitohui (Pitohui kirhocephalus)

Variable pitohui

3. Rusty pitohui (Pitohui ferrugineus)

Rusty pitohui

4. White-bellied pitohui (Pitohui incertus)

White-bellied pitohui

5. Crested pitohui (Pitohui cristatus)

Crested pitohui

6. Black pitohui (Pitohui nigrescens)

Black pitohui

7. Little shrikethrush (Colluricincla megarhyncha)

Little shrikethrush

8. Blue-capped ifrita (Ifrita kowaldi)

Blue-capped ifrita

Spesis burung Pitohui boleh ditemui di Papua Barat, Papua New Guinea dan kepulauan Aru. Burung Little shrikethrush boleh ditemui di Australia.

Bagaimana racun burung Pitohui berfungsi?

Racun pada bulu burung Pitohui digunakan untuk pertahanan, seperti menjaga telur dari pemangsa.

Telur-telur dibubuh racun dengan cara menggesek-gesekkan bulu ke seluruh permukaan telur, dan pemangsa yang memakan telur akan mati serta-merta.

Dan burung-burung beracun ini juga tersenarai di dalam Guinness World Records. Luar biasa!

BACA INI JUGA:

sumber: burungnya

Friday, April 21, 2017

17 Spesis Penguin Yang Wujud Di Dunia

17 Spesis Penguin Yang Wujud Di Dunia

Di seluruh dunia terdapat 17 hingga 19 spesis penguin, namun bergantung kepada dua spesies Eudyptula adakah juga dianggap sebagai spesis penguin.

Penguin

Walaupun penguin berasal dari belahan bumi selatan, namun penguin bukan hanya ditemui di Antartika saja.

Terdapat tiga spesis penguin yang hidup di daerah tropika dan salah satu spesis hidup di Kepulauan Galapagos (Pinguin Galapagos) dan biasanya menyeberangi garisan khatulistiwa untuk mencari makanan.

Saiz Penguin

Spesies penguin terbesar adalah penguin Emperor (Aptenodytes forsteri) dengan ketinggiannya mencapai 1.1 meter dan berat 35 kilogram atau lebih.

Spesis penguin terkecil adalah penguin Peri (Eudyptula Minor) dengan ketinggian sekitar 40 cm dan berat satu kilogram.

Secara umumnya, penguin yang berukuran lebih besar mampu mengekalkan lebihan suhu badan dan bertahan di kawasan sejuk, sementara penguin yang berukuran kecil biasanya ditemui di kawasan yang lebih hangat seperti kawasan tropika.

Makanan Penguin

Umumnya penguin memakan krill (sejenis kerang), ikan, obor-obor dan ikan yang ditangkap ketika berenang di laut.

Penguin boleh meminum air laut kerana kalenjar supraorbital pada tubuhnya menyaring lebihan garam dari aliran darah. Garam ini akan dikeluarkan dalam bentuk cecair melalui saluran pernafasan penguin.

Tingkah-laku Penguin

Pinguin biasanya tidak takut dengan kehadiran manusia. Penguin akan menghampiri pengkaji haiwan yang sedang mempelajari mereka.

Namun, pertelingkahan besar antara penguin akan terjadi jika seekor ibu penguin kehilangan anaknya (hanyut dalam ombak besar atau dimakan oleh pemangsa).

Jika seekor anak hilang, ibu penguin akan 'mencuri' anak penguin dari ibu penguin yang lain.

Menariknya, penguin-penguin betina lain tidak menyukai 'penculikan' ini dan akan menolong serta 'membela' ibu penguin yang anaknya dicuri.

Bentuk Tubuh Penguin

Tubuh penguin sangat sesuai untuk berenang dan hidup di dalam air. Sayapnya merupakan pendayung dan tidak mampu untuk terbang.

Di daratan, penguin menggunakan ekor dan sayapnya untuk menjaga keseimbangan badan ketika berjalan.

Setiap penguin memiliki warna putih di sebelah dalam tubuh dan warna gelap (biasanya hitam) di luar badan sebagai satu bentuk penyamaran dari musuh

Haiwan pemangsa seperti anjing laut akan mengalami kesukaran untuk melihat penguin kerana perutnya yang berwarna putih bercampur dengan pantulan permukaan air laut.

Manakala permukaan gelap pada belakangnya akan melindungi penguin dari pandangan pemangsa di atas air.

Kemampuan Berenang dan Menyelam

Penguin mampu berenang dengan kelajuan 6 hingga 12 km/jam malah pernah direkodkan sehingga 27km/jam.

Penguin yang berukuran kecil biasanya menyelam sehingga dua minit untuk menangkap makanan, manakala penguin yang berukuran lebih besar, mampu menyelam lebih dalam sehingga 565 meter selama 20 minit.

Berjalan dan Meluncur

Untuk mengurangkan kehilangan tenaga, kadang-kadang penguin berjalan menggunakan kakinya atau meluncur di salji dengan perutnya.

Pancaindera

Penguin memiliki pendengaran yang amat baik. Jika berada di daratan, penguin amat peka pendengarannya.

Mata penguin beradaptasi untuk penglihatan bawah air dalam mencari makanan dan menghindari pemangsa.

Kemampuan daya hidu penguin sehingga saat ini masih belum banyak diketahui dan memerlukan kajian lebih lanjut.

Jantina Penguin

Untuk mengetahui jenis kelamin penguin sangat sukar kerana penguin tidak memiliki kelamin luaran.

Untuk membezakan jenis jantina penguin, pemeriksaan kromosom atau DNA akan digunakan.

17 Spesis Penguin

1. Penguin Emperor (Aptenodytes forsteri)

Penguin Emperor (Aptenodytes forsteri)

2. Penguin Adelie (Pygoscelis Adeliae)

Penguin Adelie (Pygoscelis Adeliae)

3. Penguin Gentoo (Pygoscelis Papua)

Penguin Gentoo (Pygoscelis Papua)

4. Penguin Chinstrap (Pygoscelis Antarctica)

Penguin Chinstrap (Pygoscelis Antarctica)

5. Penguin Rockhopper (Eudyptes Chrysocome)

Penguin Rockhopper (Eudyptes Chrysocome)

6. Penguin Fiordland (Eudyptes Pachyrhynchus)

Penguin Fiordland (Eudyptes Pachyrhynchus)

7. Penguin Snares (Eudyptes Robustus)

Penguin Snares (Eudyptes Robustus)

8. Penguin Royal (Eudyptes schlegeli)

Penguin Royal (Eudyptes schlegeli)

9. Penguin Erect-Crested (Eudyptes sclateri)

Penguin Erect-Crested (Eudyptes sclateri)

10. Penguin Makaroni (Eudyptes Chrysolophus)

Penguin Makaroni (Eudyptes Chrysolophus)

11. Penguin Mata Kuning (Megadyptes Antipodes)

Penguin Mata Kuning (Megadyptes Antipodes)

12. Penguin Kecil (Eudyptula Minor)

Penguin Kecil (Eudyptula Minor)

13. Penguin White Flippered (Eudyptula Albosignata)

Penguin White Flippered (Eudyptula Albosignata)

14. Penguin Afrika (Pinguin Jackass)

Penguin Afrika (Pinguin Jackass)

15. Penguin Magellanic (Spheniscus Magellanicus)

Penguin Magellanic (Spheniscus Magellanicus)

16. Penguin Humboldt (Spheniscus Humboldti)

Penguin Humboldt (Spheniscus Humboldti)

17. Penguin Galapagos (Spheniscus Mendiculus)

Penguin Galapagos (Spheniscus Mendiculus)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Haiwan Hodoh Yang Diancam Kepupusan!

sumber: angkatigabelas

Thursday, February 23, 2017

15 Haiwan Paling Pelik Di Dunia

15 Haiwan Paling Pelik Di Dunia

Jika sebelum ini pengetahuan anda tentang haiwan terhad kepada kucing, harimau, ular atau burung sahaja, kali ini kami akan membuka mata anda terhadap kepelbagaian spesis haiwan yang bukan sahaja mempunyai rupa yang pelik, malah menakutkan.

Spesis haiwan di dunia ini sememangnya terlalu banyak dan semakin berkembang oleh kerana pembiakan inter-spesis dan juga proses evolusi.

Jom kenali 15 haiwan pelik dan ada di antaranya agak menakutkan di bawah ini.

1. Cyclops Shark (Ikan Yu Bermata Satu)

Cyclops Shark

Ikan ini ditemui di pantai Baja California Sur, Mexico. Ikan yu albino ini amat jarang ditemui, namun daripada rupanya ia tidak kelihatan membahayakan manusia.

2. Goliath Tigerfish (Ikan Harimau Goliath)

Goliath Tigerfish

Spesis ini tinggal di benua Afrika dan yang paling besar ditemui mempunyai saiz sepanjang 5 meter dan berat 80 kg. Ikan ini menyerang apa sahaja yang ada di depan matanya, termasuklah buaya.

3. Lobster Moth Caterpillar (Ulat Bulu Lobster Moth)

Lobster

Ulat bulu ini boleh ditemui di selatan Britain, Eropah dan adakalanya di Asia. Makanan kegemarannya adalah daun pokok beech, oak dan pokok-pokok lain.

Ia mendapat nama sempena rupanya yang seakan-akan udang karang dan kupu-kupu dalam masa yang sama.

4. Wrinkle-Faced Bat (Kelawak Muka Kedut)

Bat

Kelawar berwajah kedut ini boleh ditemui di Amerika Tengah. Spesis ini tidak mempunyai ekor dan mempunyai gigi yang lebih kuat berbanding spesis kelawar lain.

5. Coconut Crab (Ketam Kelapa)

Crab

Ketam kelapa atau coconut crab adalah sejenis ketam darat bersaiz besar yang berkemampuan memanjat pokok, terutamanya pokok kelapa.

Bahkan, ketam ini menjadikan buah kelapa sebagai makanannya. Kuku penyepitnya yang amat kuat itu mampu menebuk tempurung buah kelapa.

6. Honey Pot Ant (Semut Belanga Madu)

Ant

Semut honey pot ini mendapat namanya kerana bentuk abdomen yang menyerupai belanga madu. Ini menjadikan spesis ini mampu menyimpan kuantiti nutrien yang banyak di dalam badan mereka.

Semut ini boleh dijumpai di padang pasir Arizona atau New Mexico, Amerika Syarikat.

7. Star Nosed Mole (Tikus Mondok Berhidung Bintang)

Mole

Tikus pelik ini kelihatan seperti mempunyai hidung ‘berbulu’, namun sebenarnya spesis ini mempunyai lebih daripada 25 ribu deria sensori yang sangat sensitif untuk membantunya bergerak.

8. Wolf Fish (Ikan Serigala)

Fish

Ikan ini tinggal di lautan Atlantik yang sejuk. Oleh kerana rupanya yang menakutkan, spesis ini juga dikenali sebagai ‘ikan iblis’.

Selain itu, ikan ini boleh membesar sehingga 1 meter panjang dan berat 40 kilogram (kg).

9. Naked Mole Rat (Tikus Mondok Bogel)

Rat

Tikus tidak berbulu ini tinggal berkoloni bersama’permaisuri’ mereka, sama seperti semut. Oleh kerana spesis ini langsung tidak berbulu, ia kelihatan seperti tikus bogel.

Habitat spesis ini adalah di dalam lubang bawah tanah sama ada di atas pergunungan atau bawah paras laut.

10. Poodle Moth (Kupu-Kupu Poodle)

Moth

Spesis ini baru ditemui pada tahun 2009 dan kelihatan seakan-akan rama-rama. Kupu-kupu ini asalnya daripada Venezuela, tetapi hidup di Antartika.

Bulu-bulu halus yang tumbuh pada badannya itu melindungi spesis ini daripada kesejukan.

11. Chinese Giant Salamander (Salamander Gergasi China)

Salamander

Salamander gergasi China ini rupanya seakan-akan cicak tetapi lebih besar. Ia boleh hidup di darat dan juga di air.

Amfibia ini mampu mencecah 1.8 meter (5.9 kaki) panjang dan 65 kilogram (140 paun) berat. Yang lebih pelik, salamander ini mengeluarkan bunyi yang seakan-akan sama dengan bayi menangis!

12. Goblin Shark (Ikan Yu Goblin)

Shark

Nama spesis ini berasal daripada legenda goblin yang dikenali sebagai makhluk yang hodoh.

Selain itu, ikan ini mendapat namanya oleh kerana mekanisme pertahanannya yang unik, iaitu mengeluarkan rahangnya apabila bersedia untuk menyerang mangsa.

Ikan yu ini boleh ditemui di Lautan Pasifik atau Atlantik dan di sekitar Teluk Mexico. Yu goblin ini juga dikenali sebagai pontianak laut dalam kerana sifatnya yang tidak sukakan cahaya matahari.

13. Blowfish (Ikan Buntal)

Blowfish

Ikan buntal ini kebanyakannya tidaklah berbahaya, tetapi terdapat beberapa kes di mana toksin semulajadi yang wujud di dalam badannya telah mengorbankan si pemakannya.

Bagaimanapun, ikan buntal atau fugu ini amat terkanal dalam sajian tradisional Jepun. Oleh kerana risikonya yang tinggi, harga ikan ini sangat mahal dan boleh mencecah ratusan dolar sepinggan.

14. The Giant Isopod (Isopod Gergasi)

Isopod

Isopod gergasi ini sebenarnya merupakan spesis krustasea atau bercengkerang seperti ketam dan udang dan merupakan subspesis yang terbesar di dunia.

Habitatnya pula adalah di lautan dalam dan boleh dijumpai di seluruh dunia. Haiwan ini dikatakan telah hidup di muka bumi sejak 160 juta tahun lalu.

15. Frilled Shark (Ikan Yu Beropol)

Shark

Ikan yu frilled shark mempunyai badan seperti belut yang ‘beropol’ dan mempunyai 300 batang gigi.

Ikan tersebut yang wujud semenjak 80 juta tahun lampau boleh dijumpai pada ke dalaman laut 1,500 meter di Australia, New Zealand, Asia Tenggara. Afrika Barat dan Chile.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Binatang Yang Paling Mahal?

Sumber: mynewshub

Saturday, January 14, 2017

Saintis Terkejut Kera Jepun Lakukan 'Hubungan Intim' Dengan Rusa!

Saintis Terkejut Kera Jepun Lakukan 'Hubungan Intim' Dengan Rusa!

Menerusi satu artikel berjudul ‘Perilaku seks antara kera jantan Jepun dan rusa betina’, perbuatan asmara penuh erotik itu malah digambarkan sebagai satu hubungan reproduksi antara dua binatang yang berlainan rupa.

Seks

Sebenarnya, hubungan seks antara dua jenis haiwan yang berbeza telah banyak dilaporkan terjadi dalam dunia binatang liar namun, biasanya persetubuhan itu melibatkan antara spesies mirip dan berhubungan dekat.

Hubungan badan itu dipercayai berlaku dalam konteks semula jadi apabila sejumlah spesies haiwan tersebut yang nekad mahu menyambung keturunan mereka daripada langsung pupus akibat pelbagai faktor alamiah.

Hubungan seks antara haiwan berbeza spesies juga sangat mungkin terjadi terhadap binatang yang hidup dalam zoo atau hutan kawasan kurungan kawalan menyebabkan mereka hanya bercampur gaul dengan kelompok sendiri.

Bagaimanapun artikel ilmiah terbaharu itu melaporkan hubungan seks antara dua spesies haiwan liar, iaitu kera Jepun jantan yang diketahui agak kerap menunggang bahagian punggung rusa sika betina di sebuah kawasan.

Dan saintis antarabangsa buat pertama kali terkejut apabila berjaya menemui dua haiwan berbeza spesies di Jepun yang berjaya dirakamkan selamba sahaja melakukan hubungan seks.

Selama ini penyelidik tidak begitu menyedari perbuatan asmara tersebut sehinggalah apabila diamati dengan teliti, kera yang menunggang itu didapati menunjukkan perilaku seksual cukup nyata terhadap beberapa rusa betina.

Beberapa ekor rusa itu pada mulanya agak malu melakukan aktiviti jimak tersebut secara terbuka, tetapi sejumlah rakannya yang lain kelihatan dapat menerima perilaku tidak lazim sang kera memuaskan nafsu dengan kera.

Dalam artikel yang dimuat menerusi jurnal ilmiah terkenal Primates itu, penyelidik antarabangsa turut menulis salah seekor rusa dilihat sengaja merelakan seekor kera jantan dibiarkan bebas menunggang punggungnya.

Malah, rusa betina tersebut didapati turut menjilat lelehan cecair sperma dipancutkan oleh kera jantan itu yang menempel dan melekit di bahagian punggungnya seolah-olah gembira dibasahi air mani primat berkenaan.

Beberapa ekor rusa lainnya bagaimanapun menolak perilaku manja kera itu dan melemparkannya ketika ia cuba menunggangi punggung mereka seolah-olah marah apabila maruah kehormatan diri dicabul spesies lain.

Penyelidik menyatakan, penjelasan paling memungkinkan susulan fenomena aneh ini ialah teori “perampasan pasangan” apabila perilaku terjadi akibat kera tersebut tidak mampu mendapatkan pasangan betina sama spesies.

Situasi berkenaan boleh berlaku kerana kemungkinan besar kedua-dua haiwan itu sudah lama hidup bersama-sama di kawasan sama sejak sekian lama, lalu kera itu ‘gersang’ nafsunya ketika memasuki kemuncak musim mengawan.

Justeru, penyelidik membuat spekulasi bahawa apa yang dilakukan oleh kera jantan itu kemungkinan merupakan sebuah manifestasi seksual belaka selain andaian nakal konon primat tersebut mencabul atau merogol sang rusa.

Teori lain pula merumuskan ia adalah perilaku cara mereka belajar untuk berhubungan badan tetapi, teori ini sukar dibuktikan kerana kera dan rusa adalah haiwan sosial yang mudah mempelajari sesuatu dari teman satu spesiesnya.

Selain itu, kedua-dua binatang liar ini tidak mungkin berhubungan seks disebabkan faktor kekurangan pasangan sekali gus kemungkinan mereka melakukan masturbasi atau lancap atau menunjukkan perilaku homoseksual.

Kes ini adalah peristiwa kedua yang dilaporkan selepas penemuan pada 2014 lalu apabila pengkaji menemui anjing laut menyetubuhi penguin di benua berais ekstrem Antartika akibat pemanasan global dan kekeliruan identiti.

Bagaimanapun, penyelidik antarabangsa berharap kajian lebih lanjut dilakukan untuk membuktikan hubungan seksual haiwan yang berbeza spesies sangat mungkin terjadi tanpa disedari.

BACA INI JUGA: Pelincir Terbaik Untuk Mengatasi Kekeringan Faraj Ketika Hubungan Intim

Sumber: mynewshub

Wednesday, April 27, 2016

Mengenal Jenis-jenis Ular Berbisa Di Malaysia

Mengenal Jenis-jenis Ular Berbisa Di Malaysia

Sejak dahulu lagi ular telah dikaitkan dengan kejahatan dan kehinaan, maka disebabkan oleh perasaan iniah kebanyakan orang akan merasa geli atau takut terhadap ular dan reaksi spontan biasanya menjadi punca ramai orang tidak teragak-agak membunuh ular tanpa memikirkan sama ada ia daripada jenis yang berbisa atau tidak.

Snake group

Di Malaysia terdapat kira-kira 141 jenis ular yang berhabitat sama ada di air atau di darat. Daripada jumlah ini hanya 16 jenis ular di darat dan 21 jenis ular laut yang dikenal pasti berbisa.

Ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbahaya dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. Manakala ular laut, hampir kesemuanya mempunyai bisa dan boleh dianggap berbahaya.

Ular yang berbisa biasanya mempunyai taring sama ada panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi Ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang.

Taring-taring ini biasanya beralur (bagi Elapidae) ataupun alur yang bertaup membentuk seperti jarum hipodermik (bagi kumpulan Viperidae) supaya bisa dapat disuntik ke dalam tubuh mangsa.

Racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. Seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu gigitan.

Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin, neurotoksin dan myotoksin. Kesemua racun ini terdapat pada setiap ular tetapi hanya salah satu daripadanya lebih dominan dan mendatangkan kesan kepada mangsa - bergantung kepada jenis ular.

Ular dari keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf (neurotoksin), keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah (haemotoksin) manakala keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun otot (myotoksin).

Di samping bahan-bahan ini, bisa juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf.

Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama:
  • Bertujuan melumpuhkan atau membunuh mangsa.
  • Bertindak sebagai ejen penghadaman.

Ular berbisa terbahagi kepada 3 keluarga yang utama.

1. Keluarga Elapidae

Ular Tedung Selar

Jenis ular yang tergolong di dalam keluarga ini ialah: UIar katam tebu, ular katam belang, ular katam kepala merah, ular matahari biru, ular pantai belang, ular pantai bintik, ular pantai bintik kecil, ular tedung hitam dan ular tedung selar.

Ular jenis ini mempunyai taring yang tetap di bahagian hadapan rahang atas. Kesemua ahli keluarga Elapidae adalah berbisa dan amat berbahaya pada manusia. Bisa ular kumpulan Elapidae bertindak kepada sistem saraf mangsa.

Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis ini ialah:

1.1 Jenis tedung:
  • Kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam.
  • Bahagian bekas gigitan membengkak (selepas 1 jam digigit).
  • Lemah-lemah badan.
  • Pengeluaran air liur yang berlebihan.
  • Mengantuk.
  • Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
  • Tekanan darah menurun.
  • Mata kuyu (ptosis).
  • Pandangan menjadi kabur.
  • Sawan (konvulsi).
  • Badan berpeluh.

Dalam kes-kes teruk tanda-tanda berikut adalah nyata:
  • Komplikasi kardiovaskular.
  • Hipotensi.
  • Sakit yang amat sangat pada bahagian perut.

1.2 Jenis katam tebu
  • Biasanya gigitan ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesalutan yang teruk.
  • Jangka masa kesakitan juga tidak berlarutan.
  • Tiada kesan bengkak atau perubahan warna kulit pada tempat gigitan.
  • Tanda-tanda lain adalah serupa dengan kesan gigitan tedung.

1.3 Ular matahari
  • Kesakitan pada bekas gigitan.
  • Bekas gigitan membengkak.
  • Kudis terjadi pada tempat gigitan.
  • Gangguan pernafasan

Nota: Keracunan yang teruk dapat dikenal pasti dengan tanda-tanda toksin saraf dalam masa 1 jam.

2. Ular Keluarga Viperidae

Ular kapak

Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular kapak bodoh, ular kapak sumatra, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipeh, ular kapak bakau, ular kapak hijau.

Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua beleh pipinya dan biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan samn ada di luar atau di dalam.

Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:
  • Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit).
  • Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
  • Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
  • Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
  • Darah tidak membeku.
  • Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.

3. Ular keluarga Hydropidae

Ular laut

Terdapat 21 jenis ular laut di Malaysia dan kesemuanya tergolong di dalam keluarga ini. Ular laut mempunyai ekor yang pipeh seperti dayung dan biasanya berkepala kecil.

Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam.

Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: prn.usm