Thursday, May 02, 2013

Panas! Nikita Mirzani Mengaku Seorang Biseksual

Panas! Nikita Mirzani Mengaku Seorang Biseksual

Kalau bercakap tentang sensasi dunia hiburan Indonesia, tentu tidak sah kalau tidak bercakap mengenai artis yang satu ini.

Nikita

Nikita Mirzani, antara selebriti Indonesia yang sinonim dengan cerita 'panas' lagi kontroversi. Malahan dia pernah dibelit kontroversi hingga menjerat dirinya ke penjara.

Sensasi pertama Nikita adalah foto kontroversinya yang tersebar luas di internet. Bukan gosip mahupun dakwaan semata, sebaliknya Nikita memang benar-benar tampil bogel dalam foto tersebut.

Tidak seperti kebanyakan artis yang pasti akan menafikan ataupun menepis tuduhan seperti itu, namun bagi bintang filem Pokun Roxy itu, dia dengan terbuka mengakui foto tersebut memanglah dirinya.

Bukan setakat gambar-gambar seksinya, gambar Nikita berpeluk mesra dan dengan perempuan bagaikan pasangaan kekasih, juga menjadi bualan hangat ramai.

Terbaru, satu berita mengejutkan tatkala pengakuaan aktres itu kepada detikhot.com. Janda anak satu itu mengaku dirinya adalah seorang biseksual.

"Aku mungkin boleh dianggap seorang biseksual. Selain sama teman lelaki, aku juga suka sama sesama jenis", katanya.

Nikita juga mengaku sempat mengalami trauma pada lelaki setelah bercerai dengan suami pertama.

Namun yang peliknya, ketika media lain mahu mendapatkan pengesahan mengenai pengakuan tersebut, perempuan yang memiliki tatu itu tidak mengaku pula dirinya biseksual.

Salah seorang pengurus artis yang enggan disebutkan namanya menceritakan, kadang-kadang ada artis yang sengaja melontarkan kenyataan-kenyataan 'aneh' untuk terus popular.

"Ada beberapa artis yang memang dari dulu sudah sering mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Lihat saja Dhani atau Depe yang sering mengeluarkan kenyataan yang mecetuskan kontroversi", ujar pengurus tersebut.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Victoria Mengaku Berbogel Untuk Reka Pakaian

Victoria Mengaku Berbogel Untuk Reka Pakaian

Bekas anggota kumpulan Spice Girl yang juga pereka fesyen, Victoria Beckham mendedahkan bahawa dia kerap berbogel semasa menghasilkan pakaian, lapor akhbar The Sun.


Rutin tersebut dilakukan oleh Victoria, 39, di hadapan pasukan pereka fesyennya sebagai sebahagian proses rekaan pakaian.

“Kami semua amat rapat. Kebiasaannya saya berbogel dan menghasilkan pakaian pada diri sendiri,” akuinya.

Selebriti yang terkenal dengan panggilan Posh itu membuat pengakuan ketika dia menghadiri Festival Vogue di London pada hujung minggu lalu.

Victoria ialah isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham.

Dia meninggalkan kerjaya nyanyian untuk memberi tumpuan kepada label pakaian rekaannya sendiri, merangkumi jeans dan cermin mata yang sebelum ini menggunakan jenama Dvb.

–Agensi

Tuesday, April 23, 2013

Kim Kardashian Dan Kris Humphries Bercerai

Kim Kardashian Dan Kris Humphries Bercerai

Akhirnya Kim Kardashian dan Kris Humphries secara rasminya bercerai selepas kedua-dua mereka bersepakat menandatangani surat penceraian di mahkamah Los Angeles.

Kim dan Kris akhirnya bercerai secara 
rasminya selepas 536 hari proses penceraian.

Menurut laporan portal Dailymail, sebelum itu, hakim yang bernama Hank Goldberg telah bertanya adakah ada kemungkinan Kim dan Kris mahu melanjutkan perkahwinan mereka, dan kedua-duanya menggelengkan kepala tanda tidak.

Kim dan Kris sama-sama lega selepas agak lama menantikan kes penceraian mereka selesai dimana prosesnya mengambil masa 536 hari, berbanding dengan tempoh perkahwinan mereka yang hanya 72 hari.

Malah keadaan itu turut membuatkan kekasih Kim, penyanyi rap Kanye West lega dengan berita penceraian itu. Ia lebih memudahkannya untuk mengahwini bintang Keeping Up With The Kardashians itu.

Kim kini sedang mengandung tujuh bulan, hasil hubungannya dengan Kanye.

-mStar

Monday, April 22, 2013

Emma Maembong Nafi Kekasih Zizan

Emma Maembong Nafi Kekasih Zizan

Setelah Zizan Razak mengakui yang hatinya sudah dimiliki oleh seorang wanita, banyak pihak yang membuat spekulasi mengenai identiti wanita bertuah itu. Terbaru, nama Emma Maembong dikaitkan kerana kehadirannya ke majlis hari jadi Zizan baru-baru ini.


Kalau Emma Maembong jadi kekasih Zizan, memang sama cantik sama padan. Namun Emma telah tampil menafikan perkara tersebut. Menurut Emma, mereka berdua hanya rapat kerana dirinya berada di bawah syarikat Zizan.

(Baca: Zizan Dan Emma Maembong Sedang Bercinta?)

Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan. Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan.

Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu. Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya.

Kalau bukan Emma Maembong, siapakah wanita bertuah tersebut? Kaka pun dah nafikan bukan dirinya. Abang Nara rasa, wanita tersebut adalah daripada golongan bukan artis. Mungkin daripada kelab peminat Zizan sendiri. Tak sabar rasanya nak mengetahui identiti wanita yang berjaya mencuri hati Zizan ini.

-Beautifulnara

Saturday, April 20, 2013

Zizan Dan Emma Maembong Sedang Bercinta?

Zizan Dan Emma Maembong Sedang Bercinta?

Pengakuan pelawak, pengacara, Zizan Razak bahawa dirinya kini sudah jatuh cinta pada seorang gadis ketika majlis hari jadinya yang ke-29, baru-baru ini, mengundang teka-teki siapakah gerangan wanita bertuah itu.


Apatah lagi, Zizan mengambil langkah untuk merahsiakan gadis tersebut dengan alasan dia sendiri masih belum meluahkan perasaannya.

Namun, Zizan mengakui gadis tersebut telah menghadiahkan telefon bimbit iPhone 5 sempena ulang tahun kelahirannya itu.

Bagaimanapun, kehadiran artis baru, Emma Maembong pada majlis hari jadinya itu menyebabkan ramai pihak berpendapat Emma adalah permaisuri yang berjaya menakluki hati pelakon Hantu Kapcai itu.

Mengakui Zizan mempunyai ciri-ciri lelaki lelaki idaman iaitu pandai membuat lawak, namun Emma menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar kawan rapat sahaja.

“Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan.

“Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan.

“Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu.

“Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya,” katanya.

Mengakui bahawa dia kini masih lagi belum berpunya, Emma tidak menolak jika berkahwin dalam usia muda dan semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi.

Berkongsi perkembangan terkini mengenai kariernya, Emma berkata, dia kini semakin sibuk mengatur jadualnya kerana terlibat dalam penggambaran filem terbaru arahan Mamat Khalid.

“Saya terlupa tajuk filem tersebut tapi buat masa sekarang, saya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada filem ini,” katanya.

Tambah Emma, biarpun dia banyak menerima tawaran lakonan drama tetapi dia lebih selesa memberi tumpuan terhadap satu-satu kerja terlebih dahulu.

“Selepas siap filem ini, barulah saya akan mempertimbangkan untuk berlakon dalam drama.

“Namun semuanya masih dalam proses pemilihan,” katanya.

-Sinarharian

Thursday, April 18, 2013

Chef Riz Tayang Gambar Kekasih Baru

Chef Riz Tayang Gambar Kekasih Baru

Bulan Februari lepas, Chef Riz ada menayangkan gambar kekasih barunya di laman Instagram beliau.


Gadis yang bernama Stella Stephanie juga digelar sebagai “Mak Jemah”.

Chef Riz sekali lagi memuat naik gambar terbaru mereka bersama menyambut hari jadi, namun setelah beberapa jam, gambar tersebut telah dibuang olehnya.

Selain itu, perbualan mesra antara Chef Riz dan Stella Stephanie turut dihidu di twitter mereka.


Memang cun dan cantik sangat Stella ni.

-SP

Monday, April 15, 2013

Benarkah Wawa Zainal Di Bela VIP?

Benarkah Wawa Zainal Di Bela VIP?

Kisah artis muda mendapat tajaan dan dibela orang kenamaan atau VIP bukan lagi kisah baru dalam industri seni. Malah sejak dahulu lagi, pelbagai kisah mengenai artis wanita baru yang menjadi buruan VIP yang ingin mendekati mereka dan seterusnya ditawarkan pelbagai kemewahan.


Tidak ketinggalan juga artis-artis wanita yang sudah mencipta nama, akan didekati golongan itu yang inginkan mereka menjadi kekasih, isteri dan tidak kurang juga sebagai wanita simpanan.

Kini, nama Wawa Zainal pula dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang VIP yang menaja kehidupannya selepas dia bergelar selebriti.

Pantas menafikan dakwaan tersebut, Wawa memberitahu bahawa dirinya tidak pernah terlintas untuk mengambil jalan singkat itu.

"Saya akui, sejak tahun lalu lagi gosip ini mula bertebaran. Namun, saya lebih suka untuk tidak mengambil tahu mengenai dakwaan tidak berasas itu.

"Dunia saya hanyalah bersama keluarga dan terlalu terikat dengan jadual kerja. Lagipun, saya bukanlah gadis yang suka bersosial. Bagaimana perkara ini boleh timbul?

"Namun, saya akui pernah mendapat tawaran dan ajakan daripada golongan berkenaan, namun saya menolak tawaran itu dengan baik," katanya yang lebih selesa dengan sikap sederhana dalam segala perkara.

Dalam pada itu, Wawa juga mengakui amat terkejut dengan dakwaan segelintir pihak mengenai taktik 'beli undi' yang dirancang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), Mejar David Teo.

Katanya, kemenangannya dan dua rakan MIG, Shaheizy Sam serta Yana Samsudin tidak pernah dirancang atau diatur seperti yang didakwa.

"Saya terkilan kerana masih ada yang meragui kebolehan saya dan turut melibatkan pihak MIG. Saya percaya, kemenangan ini mungkin kerana impak lakonannya menerusi drama bersiri Lestary, Cinta Qaseh yang disiarkan di TV3.

"Namun, saya tak kisah dengan apa orang cakap. Cuma, saya harap perkara ini tidak berlanjutan,” katanya yang juga duta produk kecantikan, Shurah dan LipIce.

Siapa sangka, walaupun baru sahaja bertapak sebagai pelakon sekitar November 2010, anak kelahiran Sabah ini berjaya meletakkan dirinya ke satu tahap yang mampu dibanggakan.

Namun, enggan mendabik dada dengan apa yang telah diperoleh, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 22, tetap merendah diri.

"Alhamdulillah, syukur sangat dengan rezeki yang diterima. Namun, saya masih lagi Wawa yang dulu, tidak akan berubah apa-apa.

"Walaupun saya berjaya merangkul trofi ini, bukan bermakna saya harus berhenti berusaha. Masih banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari dan bekerja keras untuk terus berjaya dalam industri.

"Kemenangan ini juga membuktikan populariti bukan diukur dari segi rupa paras, sebaliknya bakat dan kebolehan," katanya yang pernah membintangi beberapa filem termasuk 3 Temujanji, Sumpahan Kum Kum, Hantu Dalam Botol Kicap, Kisah Paling Gangster, Pada Suatu Cinta Dahulu dan Longkai.

-Sinarharian

Gambar Nabila Dan Nas-T Cuti Berduaan Di Bali?

Gambar Nabila Dan Nas-T Cuti Berduaan Di Bali?

Pelakon yang baru saja mengenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular, Nabila Huda Suhaimi dan kekasihnya, Nas-T sempat meluangkan masa bersama dengan bercuti di Bali, Indonesia, baru-baru ini.


Percutian selama tiga hari dua malam itu mungkin merupakan salah satu cara untuk mereka lebih mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam lagi selain bertujuan untuk meraikan kemenangan Nabila pada majlis Anugerah Bintang Popular yang lalu.

Nabila memang dikenali sebagai seorang yang suka mengembara malah pada tahun lalu dia sudah melancong ke pelbagai tempat menarik seperti di Lombok, Indonesia, Afrika, Pulau Boracay, Filipina, Rom dan Itali.


Semoga hubungan yang semakin mekar berkembang ini bakal dimeterai dengan ikatan perkahwinan tidak lama lagi memandangkan pasangan ini dilihat serasi serta sangan sepadan bersama.

-Mynewshub

Saturday, April 13, 2013

Almy Nadia Dan Fizz Fairuz Kembali Bercinta?

Almy Nadia Dan Fizz Fairuz Kembali Bercinta?

Awal Februari lalu, dunia seni dikejutkan dengan berita pertunangan pelakon drama Nur Kasih, Fizz Fairuz bersama wanita pilihannya, Azlyn Massiela.


Namun, kurang daripada seminggu, ikatan pertunangan itu terputus di tengah jalan apabila Fizz mendakwa Azlyn adalah isteri orang.

Pun begitu, tindakan Fizz yang bertunang secara senyap-senyap telah menggores hati Almy Nadia yang tidak pernah mengetahui mengenai hubungan kekasihnya dengan wanita lain.

Namun, setelah episod duka itu berlalu, Fizz tampil mengakui hubungannya bersama Almy Nadia, kembali pulih.

Walaupun Fizz dilihat terbuka untuk berkongsi kisah kehidupannya, namun Almy ketika ini enggan membuka mulut.

"Saya minta maaf banyak-banyak, saya tak boleh jawab perkara ini. Saya tak tahu nak cakap apa.

"Lagipun, tak ada kata-kata yang perlu saya jelaskan," katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama sempena Hari Ibu, Untukmu Muhammad.

-Sinarharian

Friday, April 12, 2013

Gosip Kononnya Saya Gay Mengarut - Simon Cowell

Gosip Kononnya Saya Gay Mengarut - Simon Cowell

Sejak kebelakangan ini, khabar angin kononnya Simon Cowell seorang lelaki gay tersebar secara berleluasa.


Menurut laporan portal E! Online, juri American Idol itu sering dilihat dengan seorang lelaki yang kurang dikenal pasti identitinya.

Bagaimanapun, Simon langsung tidak mengambil peduli dengan gosip tersebut, malah dia dilihat telah keluar dengan seorang wanita cantik, seperti ingin membuktikan dirinya masih lagi tertarik terhadap golongan wanita.

"Saya tak peduli dan tak perlu malu. Saya rasakan gosip ini mengarut dan lapuk.

"Ramai teman-teman saya gay tetapi tidak bermaksud saya juga seperti mereka. Sedikit pun tidak berfikiran seperti mereka," kata Simon.

Tambah Simon, dia mahu semua pihak menghentikan spekulasi tersebut dan berharap pihak media memberikan fokus terhadap kerjayanya, bukan tentang hal-hal peribadi.

-mStar

Gambar Rihanna Bermesraan Dengan Teman Lelaki Baru

Gambar Rihanna Bermesraan Dengan Teman Lelaki Baru

Selepas perkhabaran mengenai keretakan hubungan cinta dengan Chris Brown, Rihanna dikatakan sudah keluar dengan lelaki lain pula.

Rihanna bermesra dengan seorang lelaki yang tidak dikenali pada 
perlawanan bola keranjang Los Angeles Lakers Ahad lalu.

Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi kelahiran Barbados itu dilihat sedang bermesra dengan seorang lelaki yang tidak dikenali pada perlawanan bola keranjang Los Angeles Lakers Ahad lalu.

Rihanna sesekali seperti berbincang mengenali perlawanan tersebut dan kemudian bergurau senda dengan lelaki itu seperti sepasang kekasih yang baru menjalinkan hubungan cinta.

Pada hari itu, Rihanna berpenampilan kasual tetapi seksi mengenakan baju tidak berlengan.

Bukan Rihanna sahaja yang dilihat mesra dengan lelaki lain, Chris juga bermesra dengan wanita berambut perang di sebuah acara parti liar beberapa hari lalu.

-mStar

Tuesday, April 09, 2013

Panas! Skirt Super Singkat Rozita Che Wan

Panas! Skirt Super Singkat Rozita Che Wan

Sejak kebelakangan ini, penampilan pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta semakin menjadi-jadi seksinya.


Sebelum ini penampilannya yang mengenakan skirt pendek yang dimuat naik oleh kekasihnya, Zain Saidin di akaun Instagramnya mendapat kritikan hebat peminat malah cara pemakaiannya itu turut menerima teguran daripada Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Dr Harlina Halizah Siraj.

Kali ini Che Ta tampil lebih berani mengayakan gaun pink yang singkat di bahagian depan dan meleret di belakang ketika bergandingan dengan penyampai trofi Shah Iskandar di ABPBH malam tadi.

Penampilannya itu turut menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam serta pakaian yang dikenakannya itu tidak sesuai dengan dirinya yang hampir mencecah usia 40-an.

Mungkin Che Ta boleh muhasabah diri dan terima serba sedikit nasihat yang diberikan kepadanya supaya imejnya tidak lagi menjadi bualan hangat industri hiburan tempatan.

-Ohbulan

Monday, April 08, 2013

Panas! Wulan Nafi Cium Julia Perez

Panas! Wulan Nafi Cium Julia Perez

Baru-baru ini telah tersebar gambar Julia Perez bercium dengan Wulan Guritno di internet. Tetapi apabila disoal, Wulan terus menafikannya.


“Lihat baik-baik. Itu bukan Wulan. Tidak mirip langsung,” kata Pengurus Wulan, Brucie, ketika dihubungi, semalam.

Tambah Brucie lagi, Wulan juga tidak gentar dengan gambar yang diedarkan di internet. Brucie juga menjamin wanita dalam gambar itu, bukan Wulan.

“Bukan dia,” katanya mengakhiri perbualan.

Julia Perez, ketika dihubungi juga mengaku malas untuk memberi komen mengenai gambar itu. Walaupun demikian, dia tidak mengiya atau menafikan bahawa dia di dalam gambar itu.

Penyanyi ‘Belah Duren’ berkata, gambar itu tidak penting. Dia enggan memberi komen lebih lanjut mengenainya.

“Saya malas nak komen. Bukan penting sangat pun,” kata Julia. Tambahnya, dia tidak mahu masalah itu mengganggu kariernya.


Dalam gambar itu, wanita yang dikatakan Julia dan Wulan Guritno kelihatan memeluk mesra dan berkucupan.

-Detikhot

Thursday, April 04, 2013

Katie Holmes Dan Tom Cruise Bertengkar Lagi

Katie Holmes Dan Tom Cruise Bertengkar Lagi

Meskipun sudah berpisah, namun pelakon Katie Holmes dan bekas suaminya, aktor Tom Cruise tidak habis-habis berperang.


Terbaru, mereka dilaporkan bertekak gara-gara Cruise tidak menepati rutin yang ditetapkan untuk bertemu anak mereka, Suri.

Holmes benar-benar marah terhadap Cruise.

Katanya, dia akan menyusun semula rutin itu supaya Cruise tidak mengulanginya lagi.

Lagipun, dia tidak mahu anak mereka menjadi mangsa kepada perpisahan ini," katanya.

-Sinarharian

Benarkah Lindsay Lohan Hamil Atau Satu Lagi Gurauan April Fool?

Benarkah Lindsay Lohan Hamil Atau Satu Lagi Gurauan April Fool?

Lindsay Lohan ternyata tidak boleh berenggang daripada kontroversi dunia hiburan apabila aktres itu membayangkan kononnya dia hamil.


Menggunakan laman blog mikro Twitter, Lindsay berkata ringkas: “Ia sudah rasmi. Hamil...” Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan itu benar atau sekadar gurauan April Fools yang terlewat.

Mesej itu dihantar kepada 5.7 juta pengikutnya di seluruh dunia dan mendapat pelbagai reaksi.

Ketika sesetengah daripada peminat Lindsay mengucapkan tahniah, sebahagian yang lain mempertikaikan kesahihannya.

Peminat berkata, jika Lindsay mahu bergurau sempena April Fools, dia terlewat beberapa jam kerana secara tradisi ia perlu dibuat sebelum tengah hari.

-Hmetro

Wednesday, April 03, 2013

Tuntutan Melampau Jennifer Lopez

Tuntutan Melampau Jennifer Lopez

Jennifer Lopez terlepas peluang untuk membuat persembahan yang akan disaksikan oleh 60 juta penonton pada acara pembukaan Liga Kriket Perdana India (IPL) selepas pihak pengurusannya menuntut penyanyi itu diterbangkan dengan pesawat peribadi.

J-Lo tuntut jet khas.

Pengurusnya, Benny Medina dilapor meminta penganjur menyediakan pesawat peribadi kepada superstar itu dan membayar bilik hotel untuk kru yang bilangannya begitu ramai, termasuk pendandan rambut dan tukang masak.

Sumber memberitahu­ akhbar New York Post bahawa penaja sukan itu, Pepsi IPL, menempah penyanyi rap Pitbull selepas enggan menunaikan permintaan J-Lo yang berlagak diva.

Akhbar itu memetik satu sumber yang me­ngatakan permintaan pe­nyanyi itu ‘tidak munasabah.’

Sumber itu memberitahu New York Post: “J-Lo meletakkan harga yang melampau untuk acara seperti itu. Ia tindakan bodoh kerana penonton acara itu sangat ramai. Ia umpama persembahan separuh masa dalam Liga Superbowl.”

Tahun lalu, Katy Per­ry yang memakai baju ala Bollywood membuat persembahan dalam acara pembukaan besar-besaran yang disaksikan 56 juta penonton.

Sementara itu, wakil J-Lo menafikan penyanyi terbabit digugurkan oleh Penganjur IPL dan berkata, dia tidak membuat persembahan dalam acara pada hari Selasa itu kerana terlalu sibuk.

Wakil itu memberitahu New York Post: “Memang kami menerima tawaran untuk membuat persembahan itu. Tetapi tarikhnya sama dengan jadual rakaman Jennifer untuk album yang dijangka terbit musim panas depan.”

Penyanyi dan aktres itu sebelum ini berulang kali terpaksa menafikan dia diva.
Pada 2010, J-Lo dikhabarkan menunrut bayaran yang tidak masuk akal untuk muncul dalam siri American Idol.

Media melaporkan, dia me­minta lebih AS$20 juta (RM61.8 juta) setahun, selain kumpulan pendandan rambut, mekap, pereka imej dan bilik per­salinan peribadi.

Penyanyi Jenny From The Block itu terpaksa mengaku bahawa satu iklan yang menunjukkan dia memandu kononnya di sekitar Bronx, tempat dia membesar sebenarnya penggambaran yang dilakukan di Los Angeles.

Dalam iklan itu, J-Lo memberitahu bakal pembeli kereta Fiat: “Ini dunia saya. Tempat ini memberi ilham kepada saya untuk menjadi tabah, berfikiran tajam dan pantas. Ia mungkin sekadar jalan raya buat anda, tetapi bagi saya ia umpama taman permainan.”

Dalam pada itu, dia juga pernah dilapor meminta sembilan bilik persalinan pakaian untuk 90 krunya sebelum wawancara dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC).

New York Post melaporkan bahawa sebelum merakam video untuk mangsa Aids di Afrika, penyanyi itu meminta treler sepanjang 14 meter, bunga lili putih, mawar merah dan pai epal merah.

-Hmetro

Tuesday, April 02, 2013

Pengarah Tak Tahu Video Panas Diana Danielle dan Remy Tersebar

Pengarah Tak Tahu Video Panas Diana Danielle dan Remy Tersebar

Pengarah filem seram Sembunyi: Bisikan Azazil, Kabir Bhatia menyatakan dia tidak tahu bagaimana adegan yang sudah dibuang oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) itu boleh terlepas dan dimuat naik ke rangkaian perkongsian video Youtube.


Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Khabir mengatakan,”saya tidak tahu bagaimana adegan itu dimuat naik di dalam laman YouTube, tetapi ia mungkin boleh menjadi strategi pemasaran untuk filem ini. Tiada perbincangan antara saya dengan produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) sebelum ini mengenai “trailer” adegan itu. Saya fikir ia keputusan produksi terbabit.

Apa yang saya ingin gambarkan dalam filem ini pada penonton bukan semata-mata merujuk elemen seksual. Sebaliknya menyampaikan cerita dalam konsep artistik,” katanya.

Video berdurasi 1 minit 8 saat yang memaparkan adegan malam pertama di antara watak yang dilakonkan Diana Danielle dan Remy Ishak itu mengundang pandangan negatif daripada banyak pihak selepas video itu dimuat naik semalam.

Bagaimanapun, video itu sudah pun dibuang dari Youtube oleh pihak yang bertanggungjawab mendedahkan video adegan panas itu kepada umum semalam.

Seharusnya, pengarah dan pelakon perlu lebih berhati-hati untuk membuat adegan sebegini kerana sensitiviti orang Islam perlu diambil kira dan dikaji terlebih dahulu.

Bagi pihak penerbit pula, sekiranya adegan itu sudah dipotong oleh LPF, janganlah pula sesuka hati membuat keputusan untuk memuat naik video itu di mana-mana laman sosial demi meraih publisiti untuk filem tersebut.

-Mynewshub

Monday, April 01, 2013

Gambar Lindsay Lohan Untuk Muka Depan Majalah Playboy Tersebar!

Gambar Lindsay Lohan Untuk Muka Depan Majalah Playboy Tersebar!

Tidak boleh dinafikan dia adalah bintang paling berprofil tinggi dan kontroversi untuk bersetuju menjadi hiasan muka depan majalah Playboy.


Namun, rancangan Lindsay Lohan untuk membuat pengumuman besar-besaran mengenai gambar bogelnya di muka depan majalah itu terjejas apabila muka depan edisi terbaru majalah itu tersebar di Internet.

Aktres berusia 25 tahun itu dilihat duduk di atas kerusi berbentuk arnab Playboy yang membolehkan dia melindungi kehormatannya. Bagaimanapun, bentuk payu daranya terdedah.

Lindsay yang dilapor mendapat bayaran sebanyal AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk penggambaran itu, sebelum ini merancang mendedahkan gambar bogelnya di muka depan Playboy menerusi rancangan Ellen DeGeneres pada 15 Disember.

Aktres itu terpaksa menjalani penggambaran dua kali untuk muncul dalam majalah itu selepas cubaan asal tidak memuaskan hati ketua Playboy, Hugh Hefner.

Bercakap mengenai penggambaran itu yang akan terbit dalam edisi Januari/Februari, Hefner bercerita mengenai inspirasi di sebalik nya.

“Ia satu penghormatan klasik yang didorong oleh gambar bogel Marilyn Monroe yang dirakam oleh Tom Kelley,” kata Hefner, dipetik oleh akhbar New York Post.

“Hasilnya amat baik. Mulanya saya kurang berpuas hati tetapi selepas kali kedua, saya berpendapat ia akan menjadi amat menarik,” kata ketua Playboy itu.

Ketika menjalani penggambaran itu, ibu Lindsay, Dina Lohan berkata, ia dilakukan dengan begitu baik.

-Agensi

Angelina Jolie Dan Brad Pitt Sudah Berkahwin?

Angelina Jolie Dan Brad Pitt Sudah Berkahwin?

Sejak kebelakangan ini rata-rata media memberi khabar angin bahawa Angelina Jolie sudah pun berkahwin diam-diam dengan aktor Brad Pitt.


Bagaimanapun menurut laporan portal The Sun bintang filem Tomb Raider ini menjelaskan bahawa berita tersebut adalah palsu.

Cincin emas yang tersarung pada jari manisnya itu juga bukanlah cincin perkahwinan seperti yang disangka.

Cincin baru yang dikatakan bukti perkahwinan Angelina dan Brad.

"Adakah itu cincin perkahwinan Angelina," soal salah seorang juru foto yang mengejam=r mengambil gambarnya dan Angelina pula membalas: "Bukan."

Sejak akhir-akhir ini dia tidak mengenakan cincin pertunangannya lagi, namun dia memakai cincin berlainan pula, yang dikatakan bukti perkahwinan pasangan itu.

Angelina dan Brad telah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun dan mereka mempunyai tiga orang anak kandung dan tiga orang anak angkat.

-mStar

Sunday, March 31, 2013

James Franco Tolak Ajakan 'Intim' Lindsay Lohan

James Franco Tolak Ajakan 'Intim' Lindsay Lohan

Pelakon Spring Breaker, James Franco mengaku pernah menolak tawaran untuk mengadakan hubungan seks dengan Lindsay Lohan kerana aktres itu mempunyai ‘isu’ dan penuh dengan kontroversi.


Jelas Franco, biarpun suatu ketika dulu aktres berkenaan disifatkan sebagai ‘panas’ namun dia enggan melakukan hubungan seks dengan Lohan.

“Saya tidak lagi bercakap dengannya, namun kami masih berkawan.’’ katanya ketika mendedahkan perkara berkenaan dalam program Howard Stern.

Menurut Franco, dia berasa pelik untuk bersama dengan Lohan terutama ketika aktres berkenaan bermasalah.

Sebaliknya, kata Franco, umurnya semakin meningkat, justeru dia ingin menjalin hubungan jangka panjang dengan wanita yang dicintainya.

Franco kini sedang bercinta dengan pelakon Spring Breakers, Ashley Benson.