Saturday, April 13, 2013

Almy Nadia Dan Fizz Fairuz Kembali Bercinta?


Awal Februari lalu, dunia seni dikejutkan dengan berita pertunangan pelakon drama Nur Kasih, Fizz Fairuz bersama wanita pilihannya, Azlyn Massiela.


Namun, kurang daripada seminggu, ikatan pertunangan itu terputus di tengah jalan apabila Fizz mendakwa Azlyn adalah isteri orang.

Pun begitu, tindakan Fizz yang bertunang secara senyap-senyap telah menggores hati Almy Nadia yang tidak pernah mengetahui mengenai hubungan kekasihnya dengan wanita lain.

Namun, setelah episod duka itu berlalu, Fizz tampil mengakui hubungannya bersama Almy Nadia, kembali pulih.

Walaupun Fizz dilihat terbuka untuk berkongsi kisah kehidupannya, namun Almy ketika ini enggan membuka mulut.

"Saya minta maaf banyak-banyak, saya tak boleh jawab perkara ini. Saya tak tahu nak cakap apa.

"Lagipun, tak ada kata-kata yang perlu saya jelaskan," katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama sempena Hari Ibu, Untukmu Muhammad.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon