Wednesday, April 03, 2013

Tuntutan Melampau Jennifer Lopez


Jennifer Lopez terlepas peluang untuk membuat persembahan yang akan disaksikan oleh 60 juta penonton pada acara pembukaan Liga Kriket Perdana India (IPL) selepas pihak pengurusannya menuntut penyanyi itu diterbangkan dengan pesawat peribadi.

J-Lo tuntut jet khas.

Pengurusnya, Benny Medina dilapor meminta penganjur menyediakan pesawat peribadi kepada superstar itu dan membayar bilik hotel untuk kru yang bilangannya begitu ramai, termasuk pendandan rambut dan tukang masak.

Sumber memberitahu­ akhbar New York Post bahawa penaja sukan itu, Pepsi IPL, menempah penyanyi rap Pitbull selepas enggan menunaikan permintaan J-Lo yang berlagak diva.

Akhbar itu memetik satu sumber yang me­ngatakan permintaan pe­nyanyi itu ‘tidak munasabah.’

Sumber itu memberitahu New York Post: “J-Lo meletakkan harga yang melampau untuk acara seperti itu. Ia tindakan bodoh kerana penonton acara itu sangat ramai. Ia umpama persembahan separuh masa dalam Liga Superbowl.”

Tahun lalu, Katy Per­ry yang memakai baju ala Bollywood membuat persembahan dalam acara pembukaan besar-besaran yang disaksikan 56 juta penonton.

Sementara itu, wakil J-Lo menafikan penyanyi terbabit digugurkan oleh Penganjur IPL dan berkata, dia tidak membuat persembahan dalam acara pada hari Selasa itu kerana terlalu sibuk.

Wakil itu memberitahu New York Post: “Memang kami menerima tawaran untuk membuat persembahan itu. Tetapi tarikhnya sama dengan jadual rakaman Jennifer untuk album yang dijangka terbit musim panas depan.”

Penyanyi dan aktres itu sebelum ini berulang kali terpaksa menafikan dia diva.
Pada 2010, J-Lo dikhabarkan menunrut bayaran yang tidak masuk akal untuk muncul dalam siri American Idol.

Media melaporkan, dia me­minta lebih AS$20 juta (RM61.8 juta) setahun, selain kumpulan pendandan rambut, mekap, pereka imej dan bilik per­salinan peribadi.

Penyanyi Jenny From The Block itu terpaksa mengaku bahawa satu iklan yang menunjukkan dia memandu kononnya di sekitar Bronx, tempat dia membesar sebenarnya penggambaran yang dilakukan di Los Angeles.

Dalam iklan itu, J-Lo memberitahu bakal pembeli kereta Fiat: “Ini dunia saya. Tempat ini memberi ilham kepada saya untuk menjadi tabah, berfikiran tajam dan pantas. Ia mungkin sekadar jalan raya buat anda, tetapi bagi saya ia umpama taman permainan.”

Dalam pada itu, dia juga pernah dilapor meminta sembilan bilik persalinan pakaian untuk 90 krunya sebelum wawancara dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC).

New York Post melaporkan bahawa sebelum merakam video untuk mangsa Aids di Afrika, penyanyi itu meminta treler sepanjang 14 meter, bunga lili putih, mawar merah dan pai epal merah.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon