Monday, May 06, 2019

'Hero Sebenar' Avengers: Endgame

'Hero Sebenar' Avengers: Endgame

Semua sedia maklum kemasukan terakhir francais Avengers, Endgame, sedang hangat ditayangkan di pawagam dan sudah memecah pelbagai rekod pecah panggung seperti kutipan terpantas $100 juta dan kutipan terpantas $150 juta.

Avengers Endgame

Tatkala peminat beremosi melihat adiwira kesayangan mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Marvel Cinematic Universe (MCU), terdapat beberapa detik dalam filem berkenaan yang dianggap kemuncak kepada pelbagai plot yang menjadi teras Infinity Saga.

Harmoni

Harmoni atau lebih tepat kewujudan harmoni dua entiti dalam satu tubuh bukanlah satu perkara yang dapat dicapai dalam kamus kehidupan Dr Bruce Banner dan The Hulk.

Sejak terdedah kepada sinaran gamma melampau yang membawa kepada kewujudan Hulk, bukan sekali dua Banner berusaha membuang apa yang dianggap satu sumpahan yang mengganggu peluang mendapatkan kehidupan normal.

Tetapi, selepas melihat ia sebagai tidak berhasil, beliau cuba mengawal transformasinya sekali gus membolehkan Hulk muncul pada masa-masa yang diperlukan saja seperti melawan jentera perang Chitauri dalam filem Avengers.

Tetapi, semua itu berakhir apabila Banner gagal pulih seperti biasa dan Hulk mendominasi beliau dalam tempoh dua tahun selepas Avengers: Age of Ultron.

Seperti diceritakan beliau kepada Thor dalam Thor: Ragnarok, dahulu kedua-duanya dapat mengawal transformasi.

Tetapi, dengan The Hulk sebagai pemandu, jika Banner bertukar semula kepada Hulk, beliau tidak akan kembali normal seperti biasa.

Dan itulah harga yang dibayarnya demi menyelamatkan penduduk Asgard dari menjadi makanan haiwan kesayangan Hela, Fenris, sekali gus membantu mereka meninggalkan Asgard.

Keadaan ini berterusan sehinggalah Hulk dikerjakan sampai lembik oleh Thanos dan walaupun berjaya dihantar pulang ke bumi oleh Heimdall, trauma dari serangan Thanos nyata memberi kesan kepada Hulk dari segi emosi.

Hulk diakui antara makhluk paling kuat dalam MCU dan berupaya menjadikan orang seperti Loki atau Abomination seperti patung mainan dan ini mewujudkan mentaliti bahawa dirinya kebal dan tidak boleh dikalahkan.

Tetapi, dengan kekalahan memalukan di tangan Thanos, Hulk enggan keluar pada saat yang diperlukan Banner untuk melawan Children of Thanos.

Walaupun cuba dipaksa keluar, Hulk enggan berbuat demikian dan memaksa Banner menggunakan sut perisai Hulkbuster untuk melawan angkatan perang Thanos dalam Avengers: Infinity War dan menahan Mad Titan itu dalam babak-babak awal Endgame.

Dalam tempoh lima tahun selepas Decimation (peristiwa Thanos memetik jari menggunakan Infinity Gauntlet), masa tersebut digunakan kedua-duanya untuk mencari titik persamaan dan berbaik semula.

Atas sebab itulah, apabila Kapten Steve Rogers (Captain America), Natasha Romanoff dan Scott Lang mencari Banner, mereka terkejut melihat penampilan barubya.

Dari segi luaran, ia memang The Hulk tetapi bezanya, Banner yang kini mengawal tindak tanduknya.

Beliau sendiri mengakui semasa melihat transformasi barunya itu, dia seakan-akan tidak percaya bahawa ia berlaku.

Tetapi, apabila kedua-duanya memilih kewujudan harmoni bersama, ia bukan saja menghapuskan terus reputasi Hulk sebagai raksasa yang tidak berakal malah menjadikannya sebagai antara selebriti pujaan ramai.

Dan ia juga membantu Banner terus mempraktikkan pengetahuannya membantu kempen Avengers melawan Thanos dalam Endgame.

‘Kuat itu bukan saja pada fizikal tetapi juga pada hati’

Teringat kita pada dialog antara Rogers dengan Dr Abraham Erskine, arkitek Projek Rebirth dalam Captain America: The First Avenger.

Pada malam sebelum eksperimen dijalankan, Erskine mendedahkan satu sebab mengapa beliau memilih Rogers berbanding calon-calon lain yang dicadangkan Kolonel Chester Phillips: hati.

Calon-calon lain memang diakui mempunyai kekuatan dan kelajuan fizikal tetapi dari segi keazaman dan kesediaan untuk berkorban, tiada siapa boleh mengatasi Rogers termasuk kesanggupannya merebahkan badan di atas bom palsu semasa ujian pemilihan diadakan.

Dan siapa sangka, kekuatan hati itu juga membolehkannya memegang dan menghayun tukul kesayangan Thor, Mjolnir semasa melawan Thanos.

Ia sebenarnya merupakan satu jenaka dalam Age of Ultron di mana semua anggota Avengers cuba mengangkat Mjolnir.

Semua anggota Avengers dari Tony Stark (main tipu guna sarung tangan sut dan bantuan James ‘Rhodey’ Rhodes) hingga Banner sendiri gagal mengangkat Mjolnir.

Hanya Rogers sahaja yang dapat mengangkat sedikit sebelum akhirnya mengaku kalah.

Menurut Thor, hanya orang yang dianggap layak sahaja yang boleh menghayun Mjolnir dan itu direalisasikan dalam Endgame di mana Rogers menggabungkan perisai dan Mjolnir semasa menyerang Thanos bertubi-tubi termasuk serangan kilat yang sinonim dengan Thor.

Permainan senjata Cap dengan Thanos ini juga turut mengimbas dialog antara Rogers dengan Red Skull (Johann Schmidt) semasa membebaskan tawanan perang tentera Bersekutu di kemudahan HYDRA di Austria.

Skull menegaskan pencapaian Erskine melalui Serum Tentera Supernya terhadap dirinya dan Cap menjadikan mereka lebih hebat daripada manusia biasa.

Tetapi berbeza dengan Skull, Rogers menggunakan kekuatan barunya itu sebagai sumber kebaikan termasuk membantu orang-orang yang tidak berdosa.

Dan itu menjadikan dirinya layak menggunakan Mjolnir, satu penghormatan yang dipegang oleh beberapa orang seperti Thor dan Vision.

‘Berkorban apa saja…’

Tema pengorbanan bukan sesuatu yang baru dalam MCU dan ia sudah dapat dilihat sejak Iron Man (2008) lagi.

Tema sebegini digunakan bukan saja untuk menaikkan elemen emosi sesebuah filem tetapi juga mengukuhkan lagi peranan protagonis yang menjadi teras utama sesebuah filem.

Iron Man misalnya mengorbankan watak Yinsen bukan sekadar membantu Stark melarikan diri dari kem pengganas di Gulmira tetapi juga memulakan perjalanannya sebagai adiwira yang kita kenali sebagai Iron Man.

Sementara Rogers pula bersedia mengorbankan dirinya dengan menjunamkan pesawat Valkyrie HYDRA ke dalam laut bagi mengelakkan ia digunakan sebagai pesawat pengebom ke atas Amerika Syarikat.

Pengorbanan tersebut menjadi batu loncatan kepada dirinya bergelar seorang Avenger pada era moden.

Dalam Endgame, Cap sedar bagi menewaskan Thanos, suka atau tidak setiap Avengers perlu berkorban apa saja demi menewaskan Mad Titan itu walaupun ianya amat berisiko.

Sebab itulah, sebelum mereka kembali ke masa silam untuk mencuri batu-batu Infiniti, beliau hanya mengungkapkan kalimah ini, “Whatever it takes (Lakukan apa sahaja).”

Ini kerana batu-batu ini merupakan satu-satunya peluang menewaskan Thanos dan memulihkan semula kerosakan yang ditinggalkan Mad Titan itu dan harga yang dibayar amat besar bagi memulihkan semula keadaan.

Satu daripada pengorbanan yang dilakukan Avengers ialah bila Romanoff dan rakan karibnya Clint ‘Hawkeye’ (Ronin Barton) saling berlawan semata-mata untuk mengorbankan diri demi mendapat Batu Roh (Soul Stone).

Impak dari perbuatan wanita bergelar Black Widow itu nyata memberi impak psikologi kepada semua anggota Avengers termasuk Barton sebaik pulang daripada misi mendapatkan batu-batu Infiniti.

Tetapi, pengorbanan Romanoff berbaloi kerana pada akhirnya, mereka berjaya menggunakan batu-batu tersebut untuk mengembalikan hidupan yang bertukar menjadi habuk semasa Infinity War.

Hero-hero yang pulih ini juga menjadi sokongan kepada Avengers bila berhadapan dengan angkatan perang Thanos dari Ravagers sehinggalah pahlawan-pahlawan Asgard diketuai Valkyrie, tetapi ia masih tidak boleh mengatasi pengorbanan yang paling besar.

‘Akulah Iron Man'

Dialog ini tidak asing bagi peminat siri filem Iron Man dari Iron Man (2008) hinggalah Iron Man 3 (2013).

Dalam filem pertama, kenyataan ini lebih bersifat deklarasi bahawa dia sememangnya seorang adiwira bergelar Iron Man kepada media.

Sementara filem ketiga pula menjadikan ia satu soalan bahawa adakah dia tetap Iron Man walaupun tanpa kelibat sut perisai yang sinonim dengan dirinya.

Naratif filem ketiga itu mengembalikan semula keyakinan Stark bahawa beliau ialah Iron Man dan bersedia berhadapan dengan apa sahaja halangan kerana baginya, tiada yang mustahil.

Dan bagi menambah elemen mistik di sebalik kenyataan ini, kita juga perlu melihat perjalanan spiritualnya sebagai adiwira dari Iron Man (2008) hinggalah Endgame.

Sebelum dikenali sebagai adiwira, Stark memang seorang ahli perniagaan yang tiada kompas moral dan terlalu mementingkan diri sendiri.

Tetapi selepas diculik oleh Ten Rings dan hidup dalam tahanan selama beberapa bulan, ia sebenarnya mengubah dirinya menjadi seorang yang berani, berazam dan tidak teragak-agak bertindak atas nama kebaikan.

Sejak itu, beliau mengharungi pelbagai insiden yang mematangkan dirinya sebagai insan yang lebih baik dari The Avengers (2012) hinggalah Spiderman: Homecoming dan ia sebenarnya menyediakan Stark untuk detik ini.

Untuk pertarungan terakhir antara Thanos dengan Avengers dan sekutu mereka, semua sedar matlamat utama Mad Titan ialah mendapatkan semula sarung tangan Infiniti yang mengandungi batu-batu Infiniti untuk mengulangi peristiwa Decimation.

Maka, ini mendorong ramai adiwira bertarung habis-habisan dari Barton hinggalah Spiderman untuk memastikan Thanos tidak mendapat batu-batu itu.

Di sebalik cubaan berani mereka, ia masih tidak berhasil dan ramai merasakan bila dia menyarung semula sarung tangan itu, akan ada ulangan Decimation seperti dalam Infinity Wars.

Tetapi tanpa pengetahuan Thanos, batu-batu tersebut berjaya dirampas Stark dan diaktifkan dengan satu niat: penghapusan Thanos dan angkatan perangnya.

Dan pada masa itu jugalah, kalimah epik itu diungkapkan, “And… I.. am… Iron Man (Dan… akulah… Iron Man)."

Dan peristiwa Decimation berulang cuma bezanya ia hanya berlaku ke atas Thanos dan angkatan perangnya.

Tetapi, harga yang dibayar Stark untuk petikan jarinya itu ialah nyawanya sendiri, satu kehilangan yang amat menyedihkan ramai pihak dari Pepper Potts (isteri Stark pasca-Decimation) hinggalah Avengers sendiri.

Namun, kalimah yang dilafazkannya itu bukan sekadar satu deklarasi semata-mata kepada Thanos.

Tetapi ia juga merupakan manifestasi sikap tidak mementingkan diri Stark yang menyerlahkan lagi sisi keperwiraannya dan memenuhi janjinya terhadap Yinsen untuk tidak membazirkan kehidupannya selepas melarikan diri daripada tahanan Ten Rings 11 tahun lepas.

Stark tidaklah sehebat Thor, Captain Marvel atau Cap, tetapi dari segi keperibadian, beliau juga mempunyai hati yang besar bersesuaian dengan tarafnya sebagai seorang Avengers.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Tuesday, April 30, 2019

Kisah Hidup Thanos Yang Amat Menyedihkan

Kisah Hidup Thanos Yang Amat Menyedihkan

Dalam komik Marvel, Death (kematian) biasanya muncul dalam bentuk jasad seorang wanita gothic (versi DC) kadangkala comel dan kadangkala sebagai tengkorak hidup yang berpakaian serba hitam dan digelar sebagai Mistress Death.

Kisah Hidup Thanos

Kisah mengenai ciri-ciri wataknya agak terhad, kerana dia sering dipaparkan meninjau atau mengintip orang lain secara diam-diam.

Thanos pula adalah watak lantang, ceria, dan terdedah kepada monolog yang sangat panjang. Dicipta oleh Jim Starlin, reka bentuk wataknya adalah campuran inspirasi dari watak-watak yang pernah diciptanya sebelum ini diantaranya adalah watak Metron dan Darkseid dari DC.

Metron dan Darkseid (DC)

Seperti Darkseid, Thanos adalah seorang fasis dan pembunuh. Yang berbeza diantara Thanos dengan Darkseid pula ialah Thanos memiliki hati dan perasaan cinta pada individu-individu tertentu contohnya seperti gadis pujaan hatinya, Mistress Death.

Siapa Thanos

Thanos dilahirkan di Titan. Menurut Marvel, Titan adalah salah satu bintang yang mengorbit planet Zuhal. Ibu bapanya pula adalah Eternals, sejenis mahkluk abadi yang mempunyai kuasa luar biasa.

Adalah lebih baik untuk kita tidak mengambil peduli tentang kisah ibu bapa Thanos (Eternals), kerana ia tidak masuk akal dan cerita mereka agak rumit.

Sedikit sebanyak tentang baka Eternals adalah mereka dari golongan baik-baik manakala "Deviants" adalah dari keturunan jahat, berlawanan dengan baka Eternals.

Sangat panjang lagi kisah mengenai keturunan Thanos, tetapi untuk memahami Thanos, cukup sekadar anda tahu bahawa dia dilahirkan dari baka Eternals (yang baik-baik), tetapi mempunyai ciri-ciri Deviant.

Kegagalan untuk menerima mutasi dan kekurangan yang ada pada Thanos ini, ibunya lantas hendak membunuhanya.

Thanos seorang yang tidak digemari sejak awal kelahiran, tetapi dia agak mudah difahami. Usia mudanya dipenuhi dengan tragedi buruk dan berterusan seiring dia membesar.

Thanos sebenarnya seorang yang skema, pemalu dan merupakan seorang pacifis (tak percayakan perang dan keganasan).

Pada suatu hari, Thanos sedang bersenang lenang bersama rakan-rakannya, tiba-tiba datang seekor biawak gergasi memakan kesemua rakan-rakannya.

Pada ketika inilah Thanos mengamuk dan membunuh biawak itu. Pada masa sama Thanos menyedari bahawa membunuh makhluk bernyawa lain amat menyeronokkan.

Dalam komik Thanos Rising, diberi gambaran bahawa Thanos telah membunuh dan menyeksa ibunya sendiri.

Kebanyakan cerita tentang Thanos memberi tumpuan kepada dirinya yang dikhianati oleh ibunya dan akhirnya mengaku bahawa apa yang dia mahukan adalah disayangi.

Pertemuan Dengan Pujaan Hati

Kerap kali, wanita dalam kehidupan Thanos adalah "kambing hitam" di mana mereka berdamping dengan Thanos semata-mata untuk mengambil peluang membunuhnya.

Dalam awal eksploitasi kembara galaksi oleh Thanos, dia secara tak sengaja ternampak Death (Mistress) dan pertemuan antara mereka adalah cinta pada pandang pertama. Jantung Thanos berdegup kencang.

Thanos jatuh cinta terhadap Death dengan begitu mendalam. Thanos telah membunuh semua anak-anaknya dan semua anak kapal di atas kapalnya untuk mencuri perhatian Death, namun tidak berjaya.

Dia kembali ke Titan dan meletupkan bintang asal kelahirannya dari jauh, membunuh penduduk di sana. Semua ini, hanya untuk mencuri perhatian Death.

Usaha Thanos hanya sia-sia. Death tidak mengendahkannya. Lalu Thanos mengambil keputusan untuk menyerang seluruh galaksi.

Sebab Utama Thanos Mengumpul "Infinity Stone"

Ini membawa kita ke Infinity Gauntlet, kisah klasik di mana Thanos membunuh separuh alam semesta sebagai tanda kad Hari Valentine untuk Death. Hal ini tidak diceritakan langsung di dalam filem Avengers.

Walaupun dia berjaya menghapuskan 50% populasi alam semesta, kengerian itu tidak membuahkan hasil dan dia tetap ditolak oleh Death sekali lagi.

Dalam komik, Death merupakan pakar dalam memanipulasi orang lain, kadang-kala mempermainkan Thanos dengan menyatakan minatnya kepada Thanos.

Death sering bermain tarik tali dengan Thanos dan sering menuduh Thanos pengkhianat dalam percintaan antara mereka berdua, justeru menggoda Thanos untuk melakukan lebih banyak kerosakan di alam ini.

Dalam komik Thanos Quest, Thanos mengembara ke alam semesta, membunuh setiap orang yang memiliki Infinity Stone dan mengumpulkan semuanya lalu diberikan kepada Death.

Lebih menarik, Death memberikan takhta di sebelahnya kepada Thanos walau bagaimanapun, dia enggan bercakap secara terus dengan Thanos sebaliknya menggunakan tikus hibrid manusia untuk menyampaikan mesej.

Ini membuatkan Thanos berang dan bosan, lalu menghancurkan utusan (tikus hibrid) Death dengan begitu dahsyat.

Menyedari bahawa dia telah gagal, Thanos mula mensasarkan untuk menyerang bintang-bintang terdekat dan bertekad untuk mencuba lagi mengambil hati Death di masa lain.

Thanos telah mencipta Terraxia, wanita seksi yang mempunyai rupa dan berkelakuan sama seperti Thanos, semata-mata untuk membuatkan Death cemburu.

Terraxia

Ini memberikan gambaran kepada kita tentang sifat narsisisme Thanos, kerana dia mengisytiharkan bahawa Terraxia sebagai segala-galanya yang tidak ada pada Death.

"Sangat sempurna, hot dan seksi berbanding Death" kata Thanos.

Namun, kewujudan Terraxia tidak lama di dunia. Dia berjaya menyertai beberapa misi dan melakukan beberapa pembunuhan kejam, kemudian dibawa ke ruang yang jauh, untuk dimatikan tanpa oksigen (menurut logik komiklah).

Deadpool dan Death

Apa yang aneh adalah Deadpool juga mempunyai peranan dalam kisah cinta Thanos ini.

Ketika Deadpool sedang bergelut diantara hidup dan mati pada zamannya di Weapon X, hantu Death kerapkali muncul berdiri di hadapan dan memerhatikannya.

Deadpool merasakan dirinya jatuh cinta terhadap penampakan hantu Death yang menghantui setiap hari.

Thanos Cemburu

Death seolah-olah membalas perasaan cinta Deadpool dan bermain-main dengan perasaan Deadpool. Selepas berpacaran untuk seketika, Thanos telah mengetahuinya dan berasa amat marah.

Thanos telah menyumpah Deadpool untuk hidup kekal abadi (Thanos tahu Deadpool sangat mengharapkan mati).

Dalam siri Deadpool vs Thanos, Deadpool menyedari bahawa Death telah mempergunakannya dan Thanos, akhirnya mengambil keputusan untuk menyuarakan hal ini kepada Thanos bahawa Thanos tak lebih dari boneka Mistress Death sahaja.

Thanos yang marah terus bergelut dan berlaku pertempuran dahsyat dengan Deadpool.

Pengakhirannya adalah Thanos berjaya memusnahkan Deadpool, kemudian sekali lagi merangkak untuk mendapatkan kembali hati Death.

Death Buli Thanos Sehingga ke Anak Cucu

Dalam siri komik Thanos paling baru, digambarkan bahawa Thanos telah menjadi sakit dan sedikit lemah.

Terdapat sangat sedikit saudara-mara Thanos yang masih hidup (baka Eternals). Kalau ada pun, pasti mereka sangat-sangat mahu membunuh Thanos.

Diantara baka Eternals yang berusaha memburu Thanos ialah watak Starfox.

Thane, anak lelaki Thanos yang telah lama ditinggalkan oleh Thanos muncul tiba-tiba di dalam siri komik ini bersama Mistress Death. (Death bukan ibu kepada Thane).

Mistress Death, Thanos dan anaknya Thane

Mistress Death
Mistress Death?

Death telah menghasut Thane untuk memusnahkan bapanya dan membuatkan Thanos tidak berkuasa langsung justeru membuatkan Thanos mengembara sebagai seorang pengemis atau sampah alam semesta.

Thanos telah berhadapan dan bersemuka dengan anak kandungnya sendiri. Thanos tewas kepada Thane, sementara Death tersenyum bagi pihak Thane.

Salah satu perkara yang paling menarik tentang Thanos adalah dengan segala kekuasaannya, untuk semua kekejaman yang dia lakukan dan untuk semua nyawa yang dibunuhnya, namun dia masih seorang anak terbuang yang hanya mahukan kasih sayang seorang wanita.

Walaupun agak sadis, penyokong Avengers dapat merasai kepuasan apabila mengetahui Thanos berkali-kali ditolak cintanya oleh Mistress Death.

Dan didalam komik ataupun siri kartun, Death masih kekal misteri.

Kemunculan Thanos Dalam Filem Avengers

Semasa peristiwa kemusnahan planet mereka, bangsa Titan tidak membenarkan Thanos campur tangan dalam menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya planet Titan tidak dapat diselamatkan.

Kini, Thanos yang merupakan makhluk yang seperti dewa (God-Like) dan sangat kuat digelar sebagai Dark Lord oleh pengikut setianya yang terdiri daripada dua buah tentera besar dari bangsa Chitauri dan Outriders.

Pertama kali, Thanos muncul adalah dalam The Avengers 1 pada tahun 2012. Dalam pos kredit minit ke 02:15:53.

Thanos merupakan watak Antagonis dalam dunia Marvel.

Kali kedua Thanos muncul dalam filem Marvel adalah di dalam movie The Guardian of The Galaxy Vol 1 pada tahun 2014.

Mengisahkan seorang lelaki yang menggelar dirinya "Star Lord" yang ingin mendapatkan "Power Stone" berwarna ungu yang dikenali juga sebagai "Orb".

Star Lord mahukan Orb tersebut untuk digadai dan tanpa disedarinya, Thanos juga inginkan Orb tersebut.

Kali ketiga, Thanos muncul dalam The Avengers : Age Of Ultron pada tahun 2015 di post kredit minit ke 02:13:31.

Dalam movie Infinity War, Thanos mencari sendiri semua batu Infinity Stone sendiri selepas orang suruhannya tidak berjaya mendapatkan batu tersebut. Baginya, dengan memiliki semua batu itu, kekuatannya akan bertambah.

Thanos berniat, untuk menakluk seluruh semesta (Semua planet termasuk bumi) selepas mendapat semua batu Infinity.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, April 26, 2019

'Avengers: Endgame' Karya Epik Teragung Marvel

'Avengers: Endgame' Karya Epik Teragung Marvel

Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Filem Avengers: Endgame sudah pun ditayangkan di seluruh Malaysia dan kita bertuah kerana menjadi antara negara terawal yang dapat menonton Endgame pada hari Rabu (22/4/2019).

Avengers Endgame
Avengers: Endgame.

Filem Endgame juga jauh lebih baik jika anda sendiri menontonnya kerana terlalu epik untuk diceritakan di sini.

1. Tiga jam berlalu tanpa sedar

Filem Endgame digarap dengan sangat rapi sehinggakan anda tidak perasan 3 jam berlalu begitu sahaja.

Tiada bahagian meleret yang akan buat anda bosan dan menjadi identiti MCU untuk menyelit humor di sepanjang filem tanpa melebih-lebih.

Setiap babak disusun dengan sangat baik dan tidak mengelirukan. Cuma mungkin anda kena menonton semula Infinity War jika mahu mengingat beberapa butiran yang akan dibawa dalam filem Endgame ini.

2. Sila tonton filem di pawagam 4DX GSC

Jika anda belum membeli tiket Endgame, kami minta tolong untuk anda tonton filem ini di pawagam 4DX . Kenapa? Kerana ianya akan memberikan pengalaman menonton yang lebih awesome untuk anda!

Sebagai contoh, ketika adegan berada dalam kapal angkasa, penonton akan merasa seperti sedang terbang sekali bersama kapal angkasa tersebut.

Jika adegan diserang, akan ada angin yang lalu di telinga anda. Jika ada adegan hujan atau percikan, air juga akan terpercik. Memang real!

3. Thor

Dalam banyak-banyak Avengers, Thor adalah watak yang paling outstanding dalam Endgame. Rupa Thor memang sangat ‘berbeza’ berbanding filem beliau sebelum ini dan dia seperti tidak kisah berpenampilan sedemikian. Tak kering gusi dengan telatah Thor.

4. Jangan lupa bawa tisu

Orang putih kata emotional roller coaster journey ketika anda menonton filem ini. Ketika adegan lucu, terus dipotong dengan adegan yang akan membuatkan mata anda berkaca.

Bukan sekali mata anda akan berkaca, tetapi berkali-kali. Kami yakin, bukan sahaja wanita, tetapi lelaki juga akan mengalami fenomena ini. Tak percaya?

5. Avengers, assemble!

Masih ingat Robert Downey Jr berkata 8 minit terakhir filem ini adalah babak paling hebat dalam sejarah MCU?

Apa yang beliau cakapkan itu benar dan memang ianya sangat epik! 8 minit pertarungan bermula tanpa henti. Memang hebat!

6. Trailer rasmi Avengers: Endgame hanya 3% daripada keseluruhan filem

Seperti juga Avengers: Infinity War sebelum ini, apa yang anda tonton di trailer yang dikongsi Marvel Studios ada yang benar, ada yang tidak.

Dan apa yang anda tonton menerusi trailer tidak langsung menceritakan gambaran sebenar apa yang akan berlaku dalam Endgame nanti. Senang cerita, kita semua kena ‘game’ lagi dengan Marvel.

Terima kasih diucapkan pada Russo Brothers kerana mengekalkan momentum dan hype filem Avengers untuk Endgame.

Endgame menjadi penutup yang hebat untuk fasa ‘The Infinity Saga’ dan walaupun Spider-Man: Far From Home, adalah filem terakhir untuk fasa Infinity Saga tetapi filem berkenaan tidak melibatkan majoriti watak Avengers.

Yang pasti, Endgame adalah karya masterpiece terbaik Marvel Avengers ketika ini.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sunday, December 09, 2018

Kenali 6 Versi Spider-Man Dalam Filem ‘Spider-Man: Into The Verse’

Kenali 6 Versi Spider-Man Dalam Filem ‘Spider-Man: Into The Verse’

Siapa tak kenal dengan karakter Spider-Man yang menjadi ikon syarikat komik gergasi dunia, Marvel, watak ikonik yang dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko ini menjadi antara ikon paling popular pernah diperkenalkan.

Spider-Man Into The Verse

Maka tak hairanlah pelbagai variasi karakter Spider-Man menerusi komik, animasi, siri TV dan juga filem telah diperkenalkan kepada peminat.

Kebiasaannya kita hanya melihat watak Peter Parker yang menjadi Spider-Man di dalam filem, tapi tahukah anda bahawa di dalam komik dan juga beberapa siri animasi terdapat pelbagai variasi karakter yang menjadi Spider-Man dengan universe berbeza?

Itulah yang bakal kita tonton di dalam filem terbaru ‘Spider-Man: Into The Spider-Verse’.

Filem terbaru ini dipersembahkan kepada penonton di dalam bentuk animasi komputer berdasarkan karakter Miles Morales yang menjadi Spider-Man.

Menariknya di dalam filem ini terdapat lima lagi Spider-Man daripada ‘Spider-Verse’ berbeza turut melakukan kemunculan.

Jom kita lihat kesemua ‘Spider-people’ yang muncul di dalam filem ini berdasarkam trailernya.

1. PETER PARKER – SPIDER-MAN

PETER PARKER – SPIDER-MAN

Spider-Man yang telah kita kenal sejak zaman-berzaman ini turut muncul di dalam filem ‘Spider-Man: Into The Verse’.

Menerusi filem ini, Peter kelihatan sebagai seorang lelaki dewasa yang mungkin dalam usia 40-an.

Karakter ini juga dipercayai datang dari kesinambungan ‘Spider-Man 3’ yang dilakonkan oleh Tobey Maguire dahulu.

2. MILES MORALES – ULTIMATE SPIDER-MAN

MILES MORALES

Karakter utama di dalam filem ‘Spider-Man: Into The Verse’, Miles Morales merupakan seorang remaja yang mempunyai cita-cita tinggi dan mengidolakan Spider-Man.

Sebagai protagonis, filem ini membawa pengembaraan Miles dalam mencari identiti barunya sebagai seorang superhero.

3. GWEN STACY AKA SPIDER-GWEN

GWEN STACY AKA SPIDER-GWEN

Pernah tak anda bayangkan bagaimana jika bekas teman wanita Spider-Man iaitu Gwen Stacy digigit oleh labah-labah beradioaktif? Well, this is the answer!

Berdepan dengan pelbagai dugaan semasa membesar membuatkan Gwen ingin menggunakan kuasanya ke arah kebaikan.

4. 1930S PETER PARKER – SPIDER-MAN NOIR

1930S PETER PARKER – SPIDER-MAN NOIR

Pada tahun 2009, Marvel telah mengeluarkan beberapa siri komik menggunakan karakter popular mereka di dalam versi zaman 1930-an dengan genre noir.

Spider-Man Noir yang hidup pada era tersebut tampil dengan pakaian berbeza iaitu dengan kot labuh dan bertopi.

Karakter ini juga pernah muncul di dalam permainan video PlayStation dan juga diabadikan dalam bentuk figura Hasbro.

5. PENI PARKER AKA SP//DR

PENI PARKER AKA SP//DR

Menerusi realiti Peni Parker, makcik dan pakciknya merupakan saintis yang membina sebuah sut cybernatics dikenali sebagai SP//dr.

Bapanya pula meninggal dunia ketika melakukan ujian ke atas sut tersebut.

Pada usia sembilan tahun, Peni menjadi seorang kanak-kanak berani yang mempertahankan dunianya daripada pelbagai ancaman musuh.

6. PETER PORKER – SPIDER-HAM

PETER PORKER – SPIDER-HAM

Ini pula versi parodi Spider-Man yang dibayangkan wujud dalam dunia sebenar!

Peter Poker dilahirkan sebagai seekor labah-labah namun selepas terdedah kepada sinaran radioaktif dari saintis, dia telah berubah menjadi separuh khinzir dan separuh labah-labah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Sunday, June 24, 2018

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Studio produksi, Pixel Play milik pelakon Bront Palarae melancarkan kempen bagi mengumpul RM2 juta bagi membiayai sebuah filem kisah benar negara, 'Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen'.

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Bront yang juga merupakan pengarah filem ini berkata, usaha ini dilakukan sebagai inisiatif lain mencari dana bagi filem berkenaan.

“Kami telah memohon dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tetapi keputusannya belum keluar.

“Kempen mencari dana ini di Pitchin ini adalah satu inisiatif alternatif yang kita cuba usahakan.

"Mampu capai atau tidak, itu di luar kawalan kami,” jelas Bront.

Kempen ini diadakan dalam masa sebulan iaitu bermula pada 18 Jun dan akan berakhir sehingga 31 Julai.

“Hal ini kerana kita gunakan Ogos untuk urusan logistik, manakala kerja-kerja pra-produksi akan bermula pada 1 September ini,” tambahnya.

Setakat ini, dana yang terkumpul adalah RM1,900 dan Pixel Play berharap agar ia dapat mencapai jumlah yang dikehendaki dalam masa 42 hari.

Bagi membantu anda boleh melayari; www.reward.pitchin.my/projects/dawn-raid-the-hands-that-rattled-the-queen

'Dawn Raid' adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 7 September 1981 tentang bagaimana Malaysia dapat membeli saham Guthrie Consolidated.

Filem yang berlatar belakangkan tahun 1981 itu menceritakan pemilik ladang Guthrie Group pada asalnya sebuah syarikat perdagangan British telah berjaya dikuasai oleh Malaysia selepas kerajaan melakukan satu ‘serangan' di London Stock Exchange.

Pembelian saham milik Guthrie Consolidated ini dikenali sebagai 'Serangan Subuh' membuktikan kepintaran orang Malaysia dalam membeli aset milik negara luar.

Serangan ini adalah usaha dari Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Bekas Gabenor Bank Negara Ismail Ali dan bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Bront bakal membawa watak Khalid Ibrahim dan filem berbahasa Inggeris ini turut diterajui oleh Shaheizy Sam, Sofia Jane, Iedil Putra dan Tuan Faisal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Wednesday, June 06, 2018

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Akhirnya ahli pasukan Autobot Bumblebee telah mendapat filemnya sendiri untuk filem spinoff Transformers, Bumblebee yang merupakan reboot daripada filem Transformers: The Last Knight sebelum ini yang kurang mendapat sambutan.

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Bumbleebee bakal mengambil tempat di sebuah bandar kecil di California pada era penghujung 80an.

Hailee Steinfeld yang membawa watak sebagai Charlie merupakan seorang mekanik.

Pada suatu hari dia membawa balik sebuah kereta antik VW ke rumah untuk dibaiki dan dia secara tidak sengaja telah mengaktifkan Bumblebee.

Filem spinoff Tranformers: Bumblebee bakal menemui peminat pada 21 Disember 2018 ini.

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah John Cena, Peter Cullen, Kenneth Choi, Pamela Adlon, Jorge Lendeborg Jr dan Martin Short.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: thevocket

Wednesday, May 23, 2018

Ketahui Rahsia Kekuatan 6 Infinity Stone Dalam Siri Marvel

Ketahui Rahsia Kekuatan 6 Infinity Stone Dalam Siri Marvel

Infinity Gauntlet merupakan sarung tangan berkuasa tanpa batas yang dapat berfungsi jika keenam-enam batu permata (Infinity Gems) diletakkan di dalam sarung tangan ini yang muncul pertama kali di dalam komik bersiri keluaran Marvel pada tahun 1991.

Ketahui Rahsia Kekuatan 6 Infinity Stone Dalam Siri Marvel

Infinity Gauntlet digunakan oleh seekor makhluk asing entah muncul dari mana, Thanos, untuk menyapu habis segala makhluk di alam ini (alam Marvel).

Dalam filem The Avengers: Age of Ultron, Tony Stark (Ironman) telah bermimpi melihat kematian para Avengers di tangan ‘seseorang’.

‘Seseorang’ itu adalah Thanos yang bakal membunuh hampir separuh superhero dunia Marvel dalam filem The Avengers: Infinity War.

Kemunculan Thanos dapat dilihat di dalam filem Guardian of Galaxy & The Avengers: Age of Ultron.

Fungsi sarung tangan ini akan menjadi sangat berkuasa jikalau keenam-enam batu permata (Infinity Gems) dikumpul dan diletakkan di dalam sarung tangan ini.

Ketahui Rahsia Kekuatan 6 Infinity Stone Dalam Siri Marvel

1. SPACE GEM

Kekuatan batu ini dapat memanipulasikan ruang waktu dan teleportasi ke dimensi lain.

Pertama kali muncul dan ditayangkan dalam siri pertama filem Captain America: The First Avenger.

Berada di dalam sebuah kiub kecil bernama Tessaract.

Digunakan oleh Red Skull (pemimpin Hydra), musuh Captain America untuk memanipulasi waktu dan scene ini dapat dilihat pada saat Captain America berusaha merebut kiub kecil ini dari tangan Red Skull.

Batu ini digunakan oleh Loki untuk membuka ruang portal di angkasa mengundang bala tentera Chitauri untuk menyerang Bumi.

Akhirnya batu ini dibawa dan disimpan di Asgard oleh Thor di dalam filem The Avengers.

Huruf T dari nama Tessaract adalah huruf pertama dalam nama THANOS.

2. AETHER GEM

Batu infiniti kedua pula telah memasuki tubuh Jane Foster dalam filem Thor: The Dark World dengan bentuk cecair berwarna merah, membolehkan tubuh orang yang dimasukinya memiliki kekuatan luar biasa.

Dikenali dengan nama Aether, kini disimpan di Knowhere, di bawah jagaan pengumpul bernama Tivan.

Di penghujung filem ini, Jane dan Thor telah menghentikan Malekith yang cuba menggunakan kuasa Aether untuk mengembalikan zaman kegelapan ke seluruh alam semesta.

Namun begitu, Thor telah melihat Aether dalam bentuk batu dalam ramalannya dalam filem The Avengers: Age of Ultron.

Huruf A dari nama Aether adalah huruf ketiga dalam nama THANOS.

3. TIME GEM

Kekuatan batu ini yang dapat digunakan untuk memanipulasikan waktu, mempercepat atau memperlambatkan suatu tempoh masa.

Ditunjukkan di dalam filem Doctor Strange.

Disimpan di dalam sebuah rantai yang dipanggil Eye Of Agamoto yang juga digunakan oleh Dr.Strange melawan Dormamu.

Rantai ‘necklace’ merujuk kepada huruf N yang menjadi huruf keempat dari nama THANOS.

4. SOUL GEM

Kekuatan batu ini tidak dikenal pasti.

Disimpan oleh Heimdall di dalam filem Thor (khabar angin).

Huruf H dari nama Heimdall merujuk kepada huruf kedua dalam nama THANOS.

5. POWER GEM

Kekuatan batu ini yang dapat memberikan kekuatan yang tidak terhingga kepada penggunanya.

Kekuatan batu ini dapat dilihat dalam filem Guardian of Galaxy Vol.1.

Digunakan oleh Ronan untuk menghancurkan Xandar tetapi batu ini berjaya dirampas kembali oleh pasukan Guardian of Galaxy.

Batu ini sekarang dijaga rapi oleh pihak Nova Prime.

Asalnya batu ini disimpan di dalam sebuah orb dan huruf O dari perkataan ini merujuk kepada huruf kelima dalam nama THANOS.

6. MIND GEM

Kekuatan batu ini dapat mengawal pemikiran dan minda manusia.

Batu ini digunakan oleh Loki (berada di dalam Spectre/tongkat yang dibawa oleh Loki) di dalam filem The Avengers untuk memanipulasi minda Erik Selvig untuk menstabilkan ruangan portal di atas puncak menara sebuah bangunan pencakar langit.

Batu ini akhirnya diletakkan di dahi The Vision dan adegan ini dapat dilihat di dalam filem The Avengers: Age of Ultron.

Huruf S diambil daripada nama Spectre yang merujuk pada huruf terakhir di dalam nama THANOS.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Tuesday, May 15, 2018

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Selepas Avengers 4, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengumumkan antara superhero terbaru yang mungkin membuat kemunculan ialah Ms. Marvel atau nama sebenarnya Ms. Kamala Khan yang bakal muncul pada tahun 2020 selepas filem Captain Marvel yang dilakonkan oleh Brie Larson.

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Buat pengetahuan anda, Ms. Marvel merupakan superhero Muslim pertama dalam sejarah Marvel.

Khan merupakan watak gadis berdarah Pakistan yang dilahirkan dan membesar di New Jersey, Amerika Syarikat dan merupakan watak beragama Islam.

Feige dalam temu bual tersebut berkata, "Captain Marvel sedang dalam proses penggambaran bersama Brie Larson.

"Kami agak pasti bahawa kami akan membawa watak Ms. Marvel, iaitu salah seorang karakter dari komik, iaitu adiwira beragama Islam yang diinspirasikan dari watak Captain Marvel, ke peringkat lain.

"Kami mempunyai perancangan sendiri setelah memperkenalkan Captain Marvel kepada dunia."

Gelaran Ms. Marvel telah diguna oleh watak-watak komik Marvel lain sebelum ini termasuk Captain Marvel sendiri iaitu Carol Denvers.

Ms. Marvel yang digunakan oleh watak Kamala Khan mempunyai keupayaan untuk mengubah bentuknya mengikut situasi.

Watak tersebut dicipta pengkarya buku komik terkenal seperti Sana Amanat, Stephen Walker, G. Willow Wilson dan Adrian Alphona.

Khan merupakan karakter buku komik Marvel beragama Islam pertama yang menjadi watak utama.

Isu pertama komik Ms. Marvel bersama Khan memenangi anugerah ternama untuk karya fiksyen sains, Anugerah Hugo, untuk jalan cerita grafik terbaik pada 2015.

Sejurus pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat turut bekongsi kegembiraan mengenai perancangan membawa watak adiwira beragama Islam pertama ke layar perak.

Ada dikalangan peminat yang mencadangkan nama artis Bollywood yang sudah mencipta nama di Hollywood seperti Priyanka Chopra untuk membintangi filem itu.

Filem Captain Marvel dijangka akan menemui peminat pada bulan Mac 2019.

‘Infinity Stones’

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Sementara itu, jika anda peminat tegar filem Avengers: Infinity War, anda mungkin teruja untuk menyaksikan bagaimana sekumpulan adiwira Marvel bergabung di layar perak.

Namun, ada sesuatu yang lebih menarik mengenai filem ini yang mungkin anda tidak ketahui iaitu kewujudan ‘Infinity Stones’ atau ‘Batu Keabadian’ yang dilihat mempunyai keistimewaan sekali gus menjadi kegilaan watak fiksyen Thanos.

Memetik laporan BBC, walaupun ancaman daripada batu ini adalah pertama kali ditonjolkan dalam filem Marvel, namun legenda mengenai batu permata misteri ini adalah sesuatu yang sudah muncul sekian lama.

Berikut ialah 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai mitos batu ajaib di dunia:

1. Menurut sejarawan agama, George F Moore, batu merupakan sesuatu yang signifikan kerana dianggap sebagai sesuatu yang suci sejak awal peradaban manusia seperti Sledovik di Rusia dan Hajar Aswad dalam Islam.

2. Bangsa Romawi Kuno merendam batu yang dipanggil sebagai Lapis manalis ke dalam air yang dikatakan boleh membawa hujan. Ritual ini dikenali sebagai aquaelicium.

3. Keyakinan dan kepercayaan masyarakat zaman moden masih kekal apabila pengunjung datang ke Blarney Stone di London kerana percaya pada lagendanya yang dapat memberi kemudahan dalam bercakap.

4. Menurut mitos Yunani Kuno, ‘Batu Jiwa’ yang dipanggil Baetylia diyakini mempunyai kekuatan yang dihembuskan para dewa dan jatuh dari langit berupa meteor.

5. Dalam dunia moden, masih terdapat segelintir yang mempercayai batu tertentu mempunyai mineral tambahan yang boleh mengatasi penyakit.

Infinity Stones di dalam filem Marvel kini tidak lagi dilihat sebagai hasil bayangan atau fantasi yang dicipta untuk menggerakkan cerita namun ialah sebuah keyakinan kuno lagenda dari masa lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani