Sunday, June 24, 2018

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Studio produksi, Pixel Play milik pelakon Bront Palarae melancarkan kempen bagi mengumpul RM2 juta bagi membiayai sebuah filem kisah benar negara, 'Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen'.

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Bront yang juga merupakan pengarah filem ini berkata, usaha ini dilakukan sebagai inisiatif lain mencari dana bagi filem berkenaan.

“Kami telah memohon dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tetapi keputusannya belum keluar.

“Kempen mencari dana ini di Pitchin ini adalah satu inisiatif alternatif yang kita cuba usahakan.

"Mampu capai atau tidak, itu di luar kawalan kami,” jelas Bront.

Kempen ini diadakan dalam masa sebulan iaitu bermula pada 18 Jun dan akan berakhir sehingga 31 Julai.

“Hal ini kerana kita gunakan Ogos untuk urusan logistik, manakala kerja-kerja pra-produksi akan bermula pada 1 September ini,” tambahnya.

Setakat ini, dana yang terkumpul adalah RM1,900 dan Pixel Play berharap agar ia dapat mencapai jumlah yang dikehendaki dalam masa 42 hari.

Bagi membantu anda boleh melayari; www.reward.pitchin.my/projects/dawn-raid-the-hands-that-rattled-the-queen

'Dawn Raid' adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 7 September 1981 tentang bagaimana Malaysia dapat membeli saham Guthrie Consolidated.

Filem yang berlatar belakangkan tahun 1981 itu menceritakan pemilik ladang Guthrie Group pada asalnya sebuah syarikat perdagangan British telah berjaya dikuasai oleh Malaysia selepas kerajaan melakukan satu ‘serangan' di London Stock Exchange.

Pembelian saham milik Guthrie Consolidated ini dikenali sebagai 'Serangan Subuh' membuktikan kepintaran orang Malaysia dalam membeli aset milik negara luar.

Serangan ini adalah usaha dari Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Bekas Gabenor Bank Negara Ismail Ali dan bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Bront bakal membawa watak Khalid Ibrahim dan filem berbahasa Inggeris ini turut diterajui oleh Shaheizy Sam, Sofia Jane, Iedil Putra dan Tuan Faisal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Wednesday, June 06, 2018

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Akhirnya ahli pasukan Autobot Bumblebee telah mendapat filemnya sendiri untuk filem spinoff Transformers, Bumblebee yang merupakan reboot daripada filem Transformers: The Last Knight sebelum ini yang kurang mendapat sambutan.

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Bumbleebee bakal mengambil tempat di sebuah bandar kecil di California pada era penghujung 80an.

Hailee Steinfeld yang membawa watak sebagai Charlie merupakan seorang mekanik.

Pada suatu hari dia membawa balik sebuah kereta antik VW ke rumah untuk dibaiki dan dia secara tidak sengaja telah mengaktifkan Bumblebee.

Filem spinoff Tranformers: Bumblebee bakal menemui peminat pada 21 Disember 2018 ini.

Filem Autobot Bumblebee Bakal Temui Peminat Transformers

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah John Cena, Peter Cullen, Kenneth Choi, Pamela Adlon, Jorge Lendeborg Jr dan Martin Short.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: thevocket

Wednesday, May 23, 2018

Ketahui Rahsia Kekuatan 6 Infinity Stone Dalam Siri Marvel

Ketahui Rahsia Kekuatan 6 Infinity Stone Dalam Siri Marvel

Infinity Gauntlet merupakan sarung tangan berkuasa tanpa batas yang dapat berfungsi jika keenam-enam batu permata (Infinity Gems) diletakkan di dalam sarung tangan ini yang muncul pertama kali di dalam komik bersiri keluaran Marvel pada tahun 1991.

Ketahui Rahsia Kekuatan 6 Infinity Stone Dalam Siri Marvel

Infinity Gauntlet digunakan oleh seekor makhluk asing entah muncul dari mana, Thanos, untuk menyapu habis segala makhluk di alam ini (alam Marvel).

Dalam filem The Avengers: Age of Ultron, Tony Stark (Ironman) telah bermimpi melihat kematian para Avengers di tangan ‘seseorang’.

‘Seseorang’ itu adalah Thanos yang bakal membunuh hampir separuh superhero dunia Marvel dalam filem The Avengers: Infinity War.

Kemunculan Thanos dapat dilihat di dalam filem Guardian of Galaxy & The Avengers: Age of Ultron.

Fungsi sarung tangan ini akan menjadi sangat berkuasa jikalau keenam-enam batu permata (Infinity Gems) dikumpul dan diletakkan di dalam sarung tangan ini.

Ketahui Rahsia Kekuatan 6 Infinity Stone Dalam Siri Marvel

1. SPACE GEM

Kekuatan batu ini dapat memanipulasikan ruang waktu dan teleportasi ke dimensi lain.

Pertama kali muncul dan ditayangkan dalam siri pertama filem Captain America: The First Avenger.

Berada di dalam sebuah kiub kecil bernama Tessaract.

Digunakan oleh Red Skull (pemimpin Hydra), musuh Captain America untuk memanipulasi waktu dan scene ini dapat dilihat pada saat Captain America berusaha merebut kiub kecil ini dari tangan Red Skull.

Batu ini digunakan oleh Loki untuk membuka ruang portal di angkasa mengundang bala tentera Chitauri untuk menyerang Bumi.

Akhirnya batu ini dibawa dan disimpan di Asgard oleh Thor di dalam filem The Avengers.

Huruf T dari nama Tessaract adalah huruf pertama dalam nama THANOS.

2. AETHER GEM

Batu infiniti kedua pula telah memasuki tubuh Jane Foster dalam filem Thor: The Dark World dengan bentuk cecair berwarna merah, membolehkan tubuh orang yang dimasukinya memiliki kekuatan luar biasa.

Dikenali dengan nama Aether, kini disimpan di Knowhere, di bawah jagaan pengumpul bernama Tivan.

Di penghujung filem ini, Jane dan Thor telah menghentikan Malekith yang cuba menggunakan kuasa Aether untuk mengembalikan zaman kegelapan ke seluruh alam semesta.

Namun begitu, Thor telah melihat Aether dalam bentuk batu dalam ramalannya dalam filem The Avengers: Age of Ultron.

Huruf A dari nama Aether adalah huruf ketiga dalam nama THANOS.

3. TIME GEM

Kekuatan batu ini yang dapat digunakan untuk memanipulasikan waktu, mempercepat atau memperlambatkan suatu tempoh masa.

Ditunjukkan di dalam filem Doctor Strange.

Disimpan di dalam sebuah rantai yang dipanggil Eye Of Agamoto yang juga digunakan oleh Dr.Strange melawan Dormamu.

Rantai ‘necklace’ merujuk kepada huruf N yang menjadi huruf keempat dari nama THANOS.

4. SOUL GEM

Kekuatan batu ini tidak dikenal pasti.

Disimpan oleh Heimdall di dalam filem Thor (khabar angin).

Huruf H dari nama Heimdall merujuk kepada huruf kedua dalam nama THANOS.

5. POWER GEM

Kekuatan batu ini yang dapat memberikan kekuatan yang tidak terhingga kepada penggunanya.

Kekuatan batu ini dapat dilihat dalam filem Guardian of Galaxy Vol.1.

Digunakan oleh Ronan untuk menghancurkan Xandar tetapi batu ini berjaya dirampas kembali oleh pasukan Guardian of Galaxy.

Batu ini sekarang dijaga rapi oleh pihak Nova Prime.

Asalnya batu ini disimpan di dalam sebuah orb dan huruf O dari perkataan ini merujuk kepada huruf kelima dalam nama THANOS.

6. MIND GEM

Kekuatan batu ini dapat mengawal pemikiran dan minda manusia.

Batu ini digunakan oleh Loki (berada di dalam Spectre/tongkat yang dibawa oleh Loki) di dalam filem The Avengers untuk memanipulasi minda Erik Selvig untuk menstabilkan ruangan portal di atas puncak menara sebuah bangunan pencakar langit.

Batu ini akhirnya diletakkan di dahi The Vision dan adegan ini dapat dilihat di dalam filem The Avengers: Age of Ultron.

Huruf S diambil daripada nama Spectre yang merujuk pada huruf terakhir di dalam nama THANOS.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Tuesday, May 15, 2018

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Selepas Avengers 4, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengumumkan antara superhero terbaru yang mungkin membuat kemunculan ialah Ms. Marvel atau nama sebenarnya Ms. Kamala Khan yang bakal muncul pada tahun 2020 selepas filem Captain Marvel yang dilakonkan oleh Brie Larson.

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Buat pengetahuan anda, Ms. Marvel merupakan superhero Muslim pertama dalam sejarah Marvel.

Khan merupakan watak gadis berdarah Pakistan yang dilahirkan dan membesar di New Jersey, Amerika Syarikat dan merupakan watak beragama Islam.

Feige dalam temu bual tersebut berkata, "Captain Marvel sedang dalam proses penggambaran bersama Brie Larson.

"Kami agak pasti bahawa kami akan membawa watak Ms. Marvel, iaitu salah seorang karakter dari komik, iaitu adiwira beragama Islam yang diinspirasikan dari watak Captain Marvel, ke peringkat lain.

"Kami mempunyai perancangan sendiri setelah memperkenalkan Captain Marvel kepada dunia."

Gelaran Ms. Marvel telah diguna oleh watak-watak komik Marvel lain sebelum ini termasuk Captain Marvel sendiri iaitu Carol Denvers.

Ms. Marvel yang digunakan oleh watak Kamala Khan mempunyai keupayaan untuk mengubah bentuknya mengikut situasi.

Watak tersebut dicipta pengkarya buku komik terkenal seperti Sana Amanat, Stephen Walker, G. Willow Wilson dan Adrian Alphona.

Khan merupakan karakter buku komik Marvel beragama Islam pertama yang menjadi watak utama.

Isu pertama komik Ms. Marvel bersama Khan memenangi anugerah ternama untuk karya fiksyen sains, Anugerah Hugo, untuk jalan cerita grafik terbaik pada 2015.

Sejurus pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat turut bekongsi kegembiraan mengenai perancangan membawa watak adiwira beragama Islam pertama ke layar perak.

Ada dikalangan peminat yang mencadangkan nama artis Bollywood yang sudah mencipta nama di Hollywood seperti Priyanka Chopra untuk membintangi filem itu.

Filem Captain Marvel dijangka akan menemui peminat pada bulan Mac 2019.

‘Infinity Stones’

Ms. Marvel Watak Superhero Muslim Pertama Dalam MCU

Sementara itu, jika anda peminat tegar filem Avengers: Infinity War, anda mungkin teruja untuk menyaksikan bagaimana sekumpulan adiwira Marvel bergabung di layar perak.

Namun, ada sesuatu yang lebih menarik mengenai filem ini yang mungkin anda tidak ketahui iaitu kewujudan ‘Infinity Stones’ atau ‘Batu Keabadian’ yang dilihat mempunyai keistimewaan sekali gus menjadi kegilaan watak fiksyen Thanos.

Memetik laporan BBC, walaupun ancaman daripada batu ini adalah pertama kali ditonjolkan dalam filem Marvel, namun legenda mengenai batu permata misteri ini adalah sesuatu yang sudah muncul sekian lama.

Berikut ialah 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai mitos batu ajaib di dunia:

1. Menurut sejarawan agama, George F Moore, batu merupakan sesuatu yang signifikan kerana dianggap sebagai sesuatu yang suci sejak awal peradaban manusia seperti Sledovik di Rusia dan Hajar Aswad dalam Islam.

2. Bangsa Romawi Kuno merendam batu yang dipanggil sebagai Lapis manalis ke dalam air yang dikatakan boleh membawa hujan. Ritual ini dikenali sebagai aquaelicium.

3. Keyakinan dan kepercayaan masyarakat zaman moden masih kekal apabila pengunjung datang ke Blarney Stone di London kerana percaya pada lagendanya yang dapat memberi kemudahan dalam bercakap.

4. Menurut mitos Yunani Kuno, ‘Batu Jiwa’ yang dipanggil Baetylia diyakini mempunyai kekuatan yang dihembuskan para dewa dan jatuh dari langit berupa meteor.

5. Dalam dunia moden, masih terdapat segelintir yang mempercayai batu tertentu mempunyai mineral tambahan yang boleh mengatasi penyakit.

Infinity Stones di dalam filem Marvel kini tidak lagi dilihat sebagai hasil bayangan atau fantasi yang dicipta untuk menggerakkan cerita namun ialah sebuah keyakinan kuno lagenda dari masa lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani


Friday, February 23, 2018

Adegan Pertarungan 'Black Panther' Guna Silat Harimau

Adegan Pertarungan 'Black Panther' Guna Silat Harimau

Sangat mengujakan apabila mengetahui filem Hollywood yang sedang mengungguli carta box office, Black Panther, terbitan Marvel Studios turut dikaitkan dengan seni bela diri Nusantara iaitu silat.

Adegan Pertarungan Black Panther Guna Silat Harimau

Perkara ini didedahkan pelakon utamanya, Chadwick Boseman yang memainkan watak adiwira T’Challa apabila menceritakan bahawa dia dan pelakon lain berlatih untuk adegan pertarungan dengan mempelajari beberapa seni bela diri, termasuk silat.

Seperti yang dilaporkan, Chadwick Boseman mendedahkan bahawa dia turut mempelajari seni mempertahankan diri tradisional yang sinonim dengan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei itu.

Ia hasil penyelidikan yang dilakukan pengarah, Ryan Coogler dan pasukan produksinya melakukan kajian terperinci ke atas seni bela diri dari seluruh dunia yang turut melibatkan Silat Harimau.

Silat Harimau merupakan antara salah satu aliran silat Nusantara yang pergerakannya menyerupai harimau dengan melibatkan banyak aksi melompat dan menendang seperti haiwan tersebut.

“Pasukan produksi kami bekerja keras dalam menghasilkan koreografi menarik bagi adegan melawan.

"Ia melibatkan Capoiera dari Brazil, tinju Dambe (Nigeria), gusti Senegal.

“Juga aksi pertempuran menggunakan kayu Zulu dan juga aksi mempertahankan diri Asia Tenggara seperti Muay Thai dan silat,” katanya lagi.

Menurut Chadwick Boseman lagi, semua aksi mempertahankan itu kemudiannya digabungkan bagi menghasilkan satu identiti budaya menarik Wakanda, yang merupakan sebuah negara fiksyen menerusi filem Black Panther.

Aktor berusia 40 tahun itu akan kembali melakonkan watak T’Challa dalam filem Avengers: Infinity War yang bakal ditayangkan pada bulan Mei 2018 depan.

Sebelum ini, Chadwick Boseman pernah memuat naik satu video di laman Instagramnya tahun 2017 lalu yang menyaksikan dia sedang berlatih satu adegan melawan yang kelihatan seperti silat.

Seorang lagi pelakon Black Panther, Lupita Nyong’o, yang pernah memenangi anugerah Oscar melalui filem 12 Years A Slave pada 2013, turut dilihat mempamerkan gaya melawan seakan-akan silat untuk karakter dibawanya yang dinamakan Nakia.

Adegan Pertarungan Black Panther Guna Silat Harimau

Aktres itu sebelum ini melalui satu artikel dalam laman sesawang rasmi Marvel turut mendedahkan latihannya untuk filem tersebut merangkumi aksi judo, jiu-jitsu dan silat.

Lupita Nyong’o turut memuji kebolehan atletik yang dimiliki Ryan Coogler yang nyata membantu pelakon-pelakon untuk mencantikkan gaya pergerakan.

“Ryan Coogler mempunyai mentaliti seorang pejuang yang saya sangat perlukan.

“Saya tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan sebagai seorang pejuang dan dia (Ryan Coogler) banyak membantu saya,” jelas Lupita.

Menurut Lupita Nyong’o, dia kini mampu melakukan aksi-aksi menarik di layar perak dan semuanya kerana tunjuk ajar Ryan.

‘Black Panther’ Cuma Perlu Masa 4 Hari Untuk Pecah Rekod Kutipan ‘Justice League’

Adegan Pertarungan Black Panther Guna Silat Harimau

Tiada yang dapat menghentikan Black Panther dari terus memecahkan rekod filem Marvel. Terbaru, Black Panther cuma memerlukan 4 hari untuk memecahkan rekod kutipan domestik Justice League.

Walaupun filem Justice League tetap membuat keuntungan, tetapi dengan bajet besar filem berkenaan, keuntungannya tidak seperti yang diharapkan.

Untuk kutipan hujung minggu pertama, Black Panther telah membuat kutipan USD235 juta dan sebagai perbandingan, Justice League membuat kutipan USD228.6 juta sepanjang ianya ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat.

Dan Black Panther masih ada beberapa minggu lagi sebelum ianya tamat ditayangkan di pawagam.

Ini hanyalah perbandingan kutipan di AS dan masih belum lagi kutipan di seluruh dunia.

Kutipan dunia untuk Black Panther setakat ini adalah USD428.6 juta dan sebagai perbandingan sekali lagi, Justice League menutup tirai Box Office mereka seluruh dunia dengan kutipan USD657.4 juta.

Filem arahan Ryan Coogler ini sudah pun memecahkan beberapa rekod lain, antaranya filem arahan pengarah kulit hitam dengan kutipan tertinggi, filem superhero solo dengan kutipan tertinggi mengalahkan Iron Man dan filem non-sequel dengan kutipan tertinggi.

Black Panther secara mudah mampu mengutip setengah bilion USD dalam minggu akan datang dan mungkin boleh membuat kutipan USD1 bilion di akhir tayangan.

Pasti tersenyum T’Challa dari Wakanda mendengar rekod-rekod yang dipecahkan beliau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenali Tekpi ‘Raja Segala Senjata’ Seni Bela Diri Melayu

sumber: mynewshub | thevocket

Thursday, December 14, 2017

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Bulan terakhir tahun 2017, luangkan masa anda bersama-sama rakan dan keluarga untuk menonton filem-filem terbaharu dipawagam pada bulan Disember 2017.

Kami sajikan buat anda hiburan terkini untuk tontonan dimasa lapang sebelum tahun 2017 berakhir.

1. Jeepers Creepers 3

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Seram

Sebelum Creeper menyerang lebih banyak nyawa tidak bersalah, seorang sarjan telah menubuhkan satu pasukan pemburu untuk memburunya.

2. Slumber

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Seram

Alice, seorang doktor, perlu mengenepikan ajaran saintifiknya untuk menentang syaitan parasitik yang melumpuhkan mangsa ketika tidur.

3. Star Wars: The Last Jedi

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 14 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi, Pengembaraan, Fantasi

Filem kelapan dari francais "Star Wars" ini adalah kesinambungan dari filem pada tahun 2015, "Star Wars: The Force Awakens".

Dengan kebolehan yang baru diketahuinya, Rey mengambil langkah pertama ke dalam dunia Jedi dengan mengembangkan kemahirannya di bawah bimbingan Luke Skywalker.

Dalam pada itu, Resistance bersiap sedia untuk bertarung dengan First Order. Bersama dengan Luke, Leia, Finn dan Poe, Rey menempuh pengembaraan untuk merungkai misteri Force dan rahsia masa lampau.

4. Ferdinand

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 14 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Kekeluargaan

Seekor lembu jantan lembut telah terlibat dengan pertarungan lembu jantan secara tidak sengaja.

5. Deep

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 14 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Pengembaraan, Animasi, Komedi

Pada tahun 2100, manusia telah meninggalkan bumi, dan sekumpulan makhluk masih lagi hidup di lautan dalam.

Ia berkisarkan tentang pengembaraan Deep si sotong kurita yang merupakan satu-satunya spesisnya yang masih hidup bersama dua rakannya: Evo si ikan dan Alice seekor udang.

Apabila satu kemalangan telah memusnahkan rumah mereka, penjaga lautan The Kraken menghantar Deep dan rakannya untuk pengembaraan mencari rumah baru. Dalam misi ini, mereka disertai oleh Maura, seekor ikan belut.

Pelbagai dugaan dan cabaran serta gelak ketawa mereka hadapi sepanjang pengembaraan mereka.

6. Jumanji: Welcome To The Jungle

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 21 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Pengembaraan, Kekeluargaan, Fantasi

Empat remaja telah ditelan ke dalam permainan video yang dipanggil Jumanji ketika membersihkan bilik stor mereka ketika menjalani tempoh tahanan di sekolah.

Dalam dunia Jumanji, mereka perlu memilih karakter avatar dan cuba mengenepikan perbezaan mereka sekiranya mereka mahu meloloskan diri dari permainan itu.

7. Battle Of The Sexes

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Biografi, Komedi, Sukan

Salah satu acara sukan paling ditonton pada tahun 1973 adalah perlawanan tenis di antara pemain wanita terhebat iaitu Billie Jean King dan bekas juara lelaki Bobby Riggs.

Walaupun orang awam melihat ia adalah perlawanan sengit di gelanggang, di luar gelanggang kedua-dua mereka mempunyai masalah peribadi di mana King bergelut dengan seksualitinya dan Riggs perlu berdepan dengan ketagihan berjudi.

8. Ajin: Demi-Human

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Bahasa: Jepun
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Genre: Aksi, Ngeri

Selepas diisytihar mati dalam sebuah kemalangan, Kei Nagai mendapati dirinya terselamat dari kemalangan itu dan sebenarnya dia adalah dewa Ajin (separuh manusia, separuh dewa).

Dianggap sebagai ancaman kepada manusia, kerajaan menangkap Kei dan menghantarnya ke pusat penyelidikan, di mana dia dijadikan bahan eksperimen.

Sato, seorang pengganas dan juga Ajin, satu-satunya yang menolong Kei.

Bagaimanapun, Kei kini dalam dilemma dan tidak tahu sama ada mahu terlibat dengan rancangan Sato atau tidak.

9. The Greatest Showman

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Drama, Muzikal

Muzikal ini diangkat dari kisah sebenar P.T. Barnum, ketika dia mencipta sarkas tiga gelanggang, Ringling Bros dan Barnum & Bailey Circus, yang membuatnya menjadi terkenal.

Ia juga memaparkan tentang dirinya yang obses dengan Jenny Lind, seorang penyanyi yang digelar Swedish Nightingale.

10. All The Money In The World

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Jenayah, Misteri, Ngeri

Berikutan penculikan anaknya John Paul Getty III berusia 16 tahun, Gail yang terdesak cuba meminta bapanya yang merupakan taikun minyak untuk membayar wang tebusan anaknya.

Apabila bapanya menolak, Gail terpaksa bekerjasama dengan pengurus bapanya dan bekas ejen CIA, Fletcher Chase, untuk meyakinkan Getty Sr. untuk mengubah fikirannya.

Selamat menonton.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, November 16, 2017

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Bagi peminat filem-filem terbaru, kami senaraikan buat anda senarai filem wajib tonton movie terbaharu dipawagam bagi bulan November 2017 untuk ditonton bersama rakan-rakan, pasangan dan juga keluarga.

Berikut adalah 19 senarai filem Inggeris, Melayu dan filem berbasa lain yang sangat berbaloi untuk ditonton.

1. The Promise

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 2 November 2017
Bahasa: Thailand
Genre: Drama, Seram

Perkara aneh mula berlaku selepas Boum kembali ke kompleks kondominium di mana dia pernah berjanji untuk membunuh diri dengan rakan baiknya.

2. Only The Brave

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 2 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Drama

Berdasarkan kejadian sebenar tentang pasukan elit berdepan Yarnell Hill Fire, kebakaran di Prescott, Arizona yang telah membunuh 19 bomba.

3. Killing Gunther

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 2 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi, Komedi

Berkisarkan tentang sekumpulan pembunuh upahan cuba membunuh Gunther tetapi gagal.

4. 24 Hours To Live

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 9 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Ngeri

Apabila seorang pembunuh upahan dihidupkan semula oleh majikannya, dia menggunakan peluang itu untuk menebus kesilapan.

5. The Midnight Man

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 9 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Komedi, Seram, Ngeri

Kerana ingin tahu, dua remaja telah bermain permainan misteri dan secara tidak sengaja menyeru makhluk berbahaya, The Midnight Man.

6. Justice League

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 16 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi, Pengembaraan, Superhero

Adiwira-adiwira terhebat Bumi membentuk Justice League untuk menentang ancaman bahaya.

7. Suburbicon

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Komedi, Jenayah, Misteri

Apabila keluarga Lodge berpindah ke Suburbicon, mereka berkongsi pendapat orang pekan yang mengatakan ia adalah tempat yang sesuai untuk menyara keluarga berikutan rumah murah dan sebagainya.

Tetapi kini, beberapa siri kejadian telah berlaku dan ia telah membongkar kebenaran mengenai pekan itu dan Gardner Lodge perlu mencari jalan untuk memperbaikinya.

8. Manhunt

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Inggeris, Mandarin, Jepun
Genre: Aksi, Ngeri

Filem arahan John Woo ini berkisarkan tentang seorang lelaki yang dituduh melakukan jenayah kejam yang tidak dilakukan olehnya.

Berikutan itu, dia kini dalam misi untuk membersihkan namanya dan bekerjasama dengan seorang detektif yang percaya dia tidak bersalah.

9. Rempit Sampai Langit

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Melayu
Genre: Aksi, Komedi

Ia berkisarkan tentang remaja bernama Kudin yang nekad untuk menyertai kumpulan mat rempit demi memikat semula hati kekasihnya, tetapi dia kecewa apabila tidak seorang pun kumpulan itu mahu dia menyertai mereka.

Hidupnya berubah apabila seorang saintis Arab memberinya minyak magik yang membuatkan motornya terbang. Insiden itu telah menjadi tular di internet.

Rakan baiknya Comel, yang menaruh minat terhadap Kudin, menyedari perubahan perangai Kudin dan dia cuba untuk mengembalikan Kudin yang dahulu. Kudin kini menjadi seorang yang terkenal dalam dunia rempit.

10. Pengabdi Setan

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Indonesia
Genre: Seram

Ia berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia.

Si bapa kemudian telah mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah.

Pada mulanya anak-anak itu merasakan si ibu mahu datang melawat mereka tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya.

11. 6 Below: Miracle On The Mountain

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Pengembaraan, Drama

Berdasarkan kisah sebenar bekas pemain hoki Olimpik, Eric LeMarque, ia berkisarkan tentang LeMarque yang bergelut selepas terperangkap di High Sierras selepas ribut salji berlaku.

Terperangkap dengan tidak ada jalan keluar selama lapan hari, LeMarque perlu menguatkan mental dan fizikal untuk meneruskan hidup.

12. Coco

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Animasi

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Miguel datang dari sebuah keluarga besar di pendalaman Mexico. Dia telah menemui misteri berkurun lamanya pada malam Dia de los Muertos atau Hari Kematian. Penemuan itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

13. Murder On The Orient Express

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Drama, Misteri

`Remake` filem klasik pada tahun 1974 dengan menggunakan judul sama ini diangkat dari novel nukilan Agatha Christie.

Ia mengisahkan tentang seorang detektif, Hercule Poirot, yang menyiasat pembunuhan taikun Amerika dalam kereta api Orient Express.

14. Daddy's Home 2

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Komedi

Filem arahan Sean Anders ini adalah kesinambungan dari filem "Daddy`s Home" pada tahun 2015.

Will Ferrell dan Mark Wahlberg kembali dengan watak asal mereka sebagai Brad dan Dusty, manakala Linda Cardellini, John Cena, John Lithgow dan Mel Gibson tampil sebagai pelakon pembantu.

15. Paddington 2

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Animasi, Komedi, Kekeluargaan

Paddington yang kini tinggal bersama keluarga Brown di Windsor Gardens menjadi popular di komuniti mereka.

Dia kemudian tertarik dengan sebuah buku di kedai antik Mr. Gruber dan mahu membelinya sebagai hadiah bersempena dengan hari jadi ke-100 makcik Lucy. Dia melakukan beberapa pekerjaan untuk membeli buku itu.

Apabila buku itu dicuri, dia dan keluarga Brown mula menjejaki pencuri tersebut.

16. Ghost Net

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Kantonis
Genre: Seram

Filem ini menampilkan tiga cerita hantu yang berlatarkan di Hong Kong, bermula dengan Vivian, yang baru berpindah ke tempat baru dan terlibat dalam insiden menyeramkan dengan jirannya.

Cerita kedua mengenai Scarlet, yang tidak tahu terdapat rahsia jahat di sebalik tatu barunya.

Cerita terakhir mengenai sekumpulan pelajar universiti yang tidak sengaja membangkitkan roh pendendam sepasang kekasih ketika melakukan siaran langsung ekpedisi memburu hantu.

17. Beyond Skyline

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi, Fiksyen Sains

Ia adalah kesinambungan dari filem terdahulu, "Skyline" (2010). Kejadian di dalam filem ini berlaku pada waktu sama tetapi di lokasi tidak diketahui ketika penaklukan dunia oleh makluk asing.

Mark yang merupakan seorang detektif terpaksa berusaha keras untuk membebaskan anak lelakinya Trent yang berada dalam kapal angkasa makhluk asing.

18. Earth: One Amazing Day

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Dokumentari

Ia adalah kesinambungan dari "Earth" yang mengisahkan tentang cerita yang berlaku di planet kita setiap hari.

Penonton dibawa dalam pengembaraan merentasi benua dan lautan sebagaimana dokumentari menjejak laluan matahari setiap hari.

Sesetengah babak menampilkan anak Zebra yang terdesak untuk menyeberangi sungai, seekor penguin yang sanggup ambil risiko untuk memberi makan keluarga dan banyak lagi.

19. Pinjamkan Hatiku

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton November 2017

Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Bahasa: Melayu
Genre: Drama, Romantik

Mengisahkan cinta tiga segi antara Laila, Naufal dan Hasnan. Laila berada dalam dilema kerana dia tidak tahu sama ada mahu memilih kawan lamanya, Naufal, atau Hasnan, doktor yang merawatnya ketika sakit.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, September 06, 2017

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton September 2017

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton September 2017

Berikut adalah senarai film terbaru yang anda wajib tonton di rumah mahupun pawagam bagi bulan September 2017 ini.

Filem-filem terbaru ini telah dan bakal ditayangkan di pawagam berhampiran sesuai anda tonton pada bila-bila masa bersama keluarga dan sahabat.

Bagi senarai filem terbaharu bulan September ini juga nampaknya didominasi banyak filem seram.

Dan jangan lupa tonton juga senarai filem terbaharu bulan Ogos 2017.

Renegades

Renegades

  • Tarikh Tayangan: 1 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Ngeri
  • Pelakon: Sullivan Stapleton, J.K. Simmons, Charlie Bewley

Filem arahan Steve Quale ini mengisahkan tentang sepasukan Navy SEALs telah menjumpai harta karun di dasar tasik Bosnia.

Logan Lucky

Logan Lucky

  • Tarikh Tayangan: 7 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Komedi
  • Pelakon: Daniel Craig, Channing Tatum, Adam Driver, Katherine Waterston

Dua beradik bernama Jimmy dan Clyde Logan berusaha mahu mengubah sumpahan keluarga mereka.

Mereka kemudian cuba melakukan rompakan ketika perlumbaan lagenda Coca-Cola 600 di Charlotte Motor Speedway di Concord, North Carolina ketika hujung minggu Memorial Day.

It

It

  • Tarikh Tayangan: 7 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram, Ngeri
  • Pelakon: Bill SkarsgĂ„rd, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Wyatt Oleff

Apabila kanak-kanak penduduk tempatan mula hilang seorang demi seorang di pekan Derry in Maine, tujuh kanak-kanak yang dikenali sebagai The Losers Club bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu.

Mereka mendapati diri mereka perlu menentang badut jahat bernama Pennywise, yang mempunyai sejarah membunuh sejak berabad dahulu.

Selepas 27 tahun penemuan terakhir mereka dengan Pennywise, kanak-kanak mula hilang semula dan kumpulan ini kembali bergabung untuk menghentikan perkara buruk itu sekali lagi.

Hantu Gunung Kawi

Hantu Gunung Kawi

  • Tarikh Tayangan: 7 September 2017
  • Bahasa: Indonesia
  • Genre: Seram
  • Pelakon: Maxime Bouttier, Laras Syerinita, Jordi Onsu, Yova Gracia

Bapa Ryan, Drajat, mula berkelakuan pelik dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari.

Drajat sering memakan tanah dan kulit buah, dan bercakap dengan diri sendiri, seperti seseorang berada dalam keadaan gelisah.

Satu hari, Ryan secara tidak sengaja telah menjumpai gambar bapanya ketika muda yang diambil di Gunung Kawi.

Gambar ini klu penting bagi Ryan yang perlu merungkai masalah yang berlaku kepada bapanya sekaligus mencari penawar.

Behind The Walls

Behind The Walls

  • Tarikh Tayangan: 14 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram
  • Pelakon: Vanessa Angel, Hutch Dano, Reggie Lee, Lew Temple

Sebuah keluarga bermasalah terdesak untuk memulakan hidup baru di sebuah rumah baru.

Mereka tidak tahu yang rumah tersebut berpenunggu, ia berlindung di sebalik dinding dan mahu mereka tinggal di rumah itu buat selama-lamanya.

American Assassin

American Assassin

  • Tarikh Tayangan: 14 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Ngeri
  • Pelakon: Dylan O'Brien, Michael Keaton, Taylor Kitsch

Mitch Rapp seorang ejen CIA `black ops` yang telah kehilangan teman wanitanya dalam satu serangan pengganas.

Timbalan Pengarah CIA Irene Kennedy kemudian menugaskan Stan Hurley untuk melatih Mitch untuk memburu dalang di sebalik serangan itu.

Bersama mereka menyiasat serangan rambang terhadap ketenteraan dan orang awam.

Setelah mereka mendapati serangan itu tidak dilakukan secara rawak, mereka bekerjasama dengan seorang ejen Turki untuk menghentikan operasi misteri yang berniat untuk memulakan perang dunia di Timur Tengah.

Kolestrol Vs Cinta

Kolestrol Vs Cinta

  • Tarikh Tayangan: 14 September 2017
  • Bahasa: Melayu
  • Genre: Komedi, Romantik
  • Pelakon: Tiz Zaqyah, Kamal Adli, Ardell Aryana

Filem romantik komedi arahan Eyra Rahman ini berkisarkan tentang seorang wanita bernama Krisya yang telah jatuh cinta terhadap seorang jejaka bernama Irfan.

Bagaimanapun cintanya ditolak kerana Irfan lebih tertarik kepada wanita `berisi`.

Oleh itu, Krisya kini nekad untuk menaikkan badannya demi jejaka impiannya.

Ia dibintangi oleh pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah, Kamal Adli, Siti Elizad, Vicha Saywho, Ardell Aryana dan ramai lagi.

Nails

Nails

  • Tarikh Tayangan: 21 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram

Selepas terlibat dengan kemalangan langgar lari, Dana Milgrom lumpuh dan hanya bergantung kepada mesin untuk berkomunikasi dengan orang.

Ketika bersendirian di dalam bilik hospital, dia mendapati kehadiran menakutkan yang dipanggil Nails ada dengannya.

Dengan tiada sesiapa di sisinya, Dana terpaksa meyakinkan doktor dan keluarganya tentang kewujudan Nails yang berniat membunuhnya.

The Mimic

The Mimic

  • Tarikh Tayangan: 21 September 2017
  • Bahasa: Korean
  • Genre: Seram, Ngeri
  • Pelakon: Yum Jung-Ah, Park Hyuk-Kwon, Shin Rin-Ah

Ia berkisarkan tentang mitos di Korea Selatan mengenai Jangsan Tiger, makhluk misteri di sebuah gunung.

Makhluk ini boleh meniru suara manusia dan menggunakannya untuk mengumpan mereka ke dalam perangkapnya.

Sebuah keluarga malang iaitu Hee-yeon, yang mengalami tekanan selepas kehilangan anaknya, dan suaminya yang risaukannya, telah menjadi mangsa makhluk itu apabila dia meniru suara anak mereka yang hilang.

Kingsman: The Golden Circle

Kingsman - The Golden Circle

  • Tarikh Tayangan: 21 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Pengembaraan, Komedi
  • Pelakon: Taron Egerton, Mark Strong, Colin Firth, Julianne Moore, Halle Berry, Channing Tatum

Filem sekuel pengintip yang padat dengan aksi ini akan kembali menyaksikan pengintip muda Eggsy mengyelesaikan misi di luar United Kingdom.

Ia adalah kesinambungan kepada filem "Kingsman: The Secret Service" pada tahun 2014.

The Lego Ninjago Movie

The Lego Ninjago Movie

  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Animasi, Komedi

Diinspirasikan dari permainan Lego, ia mengisahkan tentang enam ninja muda yang ditugaskan untuk melindungi kepulauan rumah mereka yang digelar Ninjago.

Pada waktu malam, mereka adalah pahlawan yang hebat dengan skil yang menakjubkan menentang kejahatan dan raksasa.

Namun pada waktu siang, mereka adalah remaja biasa yang bergelut dengan musuh utama mereka iaitu sekolah tinggi.

Mother!

Mother!

  • Tarikh Tayangan: 28 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Drama, Misteri
  • Pelakon: Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Michelle Pfeiffer, Domhnall Gleeson, Ed Harris

Sepasang kekasih hidup dalam keadaan aman sebelum ia bertukar menjadi sebaliknya selepas beberapa tetamu tidak diundang tiba di rumah mereka.

Hubungan mereka mula diuji dengan kehadiran tetamu tidak dijemput itu.

The Foreigner

The Foreigner

  • Tarikh Tayangan: 28 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Ngeri
  • Pelakon: Jackie Chan, Pierce Brosnan, Liu Tao, Katie Leung

Diarahkan oleh Martin Campbell, filem ini dibintangi oleh Jackie Chan, Pierce Brosnan, Liu Tao dan Katie Leung.

Ia mengisahkan tentang seorang pemilik restoran Cina di London yang mahu membalas dendam atas kematian anak perempuannya selepas restorannya dimusnahkan oleh pengganas Irish.

Selamat menonton.

BACA INI JUGA: 5 Filem Seram Terbaik Asia

-SENTIASAPANAS.COM