Friday, November 06, 2015

Toro De Fuego, Tradisi Kejam Bakar Lembu Untuk Seronok!

Toro De Fuego, Tradisi Kejam Bakar Lembu Untuk Seronok!

Medinaceli adalah sebuah pekan kecil yang terletak di Timur Laut Madrid, Sepanyol. Selain lokasinya yang terletak diatas bukit, Medinaceli juga menyimpan banyak sejarah agung, namun lebih terkenal kerana perayaan Toro Jobilo atau Toro De Fuego dikalangan pelancong.

Toro De Fuego

Toro Jobilo merupakan satu tradisi menindas lembu jantan secara kejam dan biasanya diadakan pada hari Sabtu dalam minggu kedua pada bulan November dan semata-mata untuk berseronok sahaja.

Acara itu dipercayai telah berlangsung sejak 400 tahun dahulu dan berterusan sehingga kini.

Apabila tiba masanya, sebuah gelanggang khusus akan disediakan ditengah-tengah kawasan berpasir.

Didalam gelanggang itu terdapat satu tunggul kayu sebesar pemeluk kanak-kanak lima tahun sebagai tempat untuk menambat lembu.

Biasanya lembu jantan muda akan dipilih untuk 'diraikan' dalam acara itu.

Sebelum 'persembahan' bermula pada lewat malam, lembu akan dilumur lumpur pada bahagian badan dan muka.

Ia bertujuan untuk mengelakkan bahagian itu disambar api. Kemudian, barulah ia dibawa masuk kedalam gelanggang dan diikat pada tunggul kayu.

Pada bahagian tanduk pula, akan dipasang kayu secara melintang namun, tidak pula diketahui apa tujuannya.

Kedua-dua tanduk lembu itu akan diikat bebola yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar dan dilumur turpentin atau parafin supaya api lebih tahan lama dan marak. Kemudian, barulah api dihidupkan.

Pada masa itulah lembu itu akan meronta-ronta kepanasan tatkala debu bara api mengenai muka dan badannya.

Cecair panas juga turut mengalir dari pembakaran bebola api hingga mengenai mata dan muka wajah malang itu.

Toro De Fuego [2]

Tidak tahan akibat kepanasan, lembu menggelupar kepanasan dan kesakitan hingga melanggar dinding dan pagar gelanggang sambil meronta-ronta.

Ketika itu, hanya bunyi dengusan yang mengerikan terkeluar sebagai tanda meminta pertolongan.

Tidak cukup dengan itu, penonton turut memukul lembu yang sedang kesakitan sebagai tanda menguji kejantanan diri.

Diluar gelanggang, 1,500 orang penonton bersorak kegirangan menyaksikan perayaan tidak bertamadun ini.

Hampir sejam menanggung derita, barulah lembu itu berhenti kepenatan. Berjalan dengan langkah perlahan sambil dipukul tanpa belas kasihan.

Akhirnya api dipadamkan dan diheret keluar gelanggang untuk disembelih. Dagingnya kemudian diberikan kepada petugas.

Sungguh kejam!

BACA INI JUGA: Festival Kejam Memutuskan Kepala Angsa!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, September 28, 2015

Kumbh Mela, Ritual Penyucian Dosa Penganut Hindu

Kumbh Mela, Ritual Penyucian Dosa Penganut Hindu

Minggu ketiga bulan September, merupakan hari yang paling istimewa dalam kalendar penganut agama Hindu di India.

Kumbh Mela

Ini kerana, pada minggu tersebut, jutaan penganut beragama Hindu akan turun beramai-ramai ke sungai untuk mandi, sebagai ritual penyucian dosa.

Uniknya, perayaan yang berbentuk kerohanian dikenali sebagai Kumbh Mela ini tidak diadakan saban tahun, sebaliknya ia selalunya dianjurkan tiga tahun sekali.

Kumbh Mela merupakan satu perayaan terbesar bagi masyarakat India yang mana semua penganut Hindu, terutamanya golongan lelaki akan berhimpun dan berendam bersama di dalam air, selain tidur dan makan beramai-ramai di lokasi sama selama dua hari berturut-turut.

Menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Agamaya, Kumbh Mela membawa maksud festival periuk kera yang merupakan salah satu mitos bagi penganut agama Hindu dan lazimnya dilakukan di empat batang sungai berbeza di negara tersebut.

Sungai tersebut ialah Ganga di Haridwar; Saraswati (Allahabad), Godawari (Nashik) dan Shipra (Ujjain).

Kumbh berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud periuk kera. Dalam bahasa Hindi pula, Kumbh merupakan tanda zodiak dalam Astrologi India yang merupakan simbol Aquarius.

Mela pula membawa maksud suatu perhimpunan atau perjumpaan yang adil.

Walaupun Kumbh merupakan simbol periuk kera, ia bagaimanapun sinonim dengan aktiviti suci seperti yang dilakukan dalam kehidupan harian masyarakat Hindu.

"Sebenarnya festival ini dilakukan bersempena dengan pertempuran epik yang melibatkan dewa dan syaitan.

Perebutan madu

Kumbh Mela [2]

"Berdasarkan mitos dalam masyarakat Hindu, kedua-dua mereka dikatakan bertempur dan bertarung nyawa untuk berebut madu. Bagi mereka, madu merupakan simbol kekuatan dan kehidupan abadi.

"Bagaimanapun dalam pertempuran tersebut, kemenangan berpihak kepada para dewa. Ketika dalam perjalanan pulang, titisan madu yang dibawa menggunakan periuk kera tertumpah di empat batang sungai itu," jelasnya.

Ujar Agamaya, peristiwa tersebut merupakan permulaan bagi festival Kumbh Mela dan disebabkan kejadian itu juga, ia dijalankan di empat batang sungai tersebut kerana aliran air sungai yang mengandungi titisan madu itu dianggap sebagai air suci yang mampu menghapus dosa.

Kebanyakan daripada individu yang menyambut festival tersebut merupakan sadhu, iaitu golongan lelaki Hindu yang alim.

Bagaimanapun, sewaktu melakukan ritual tersebut, mereka terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga buat sementara waktu.

Pengambilan ganja

Kumbh Mela [3]

Di India, jumlah sadhu dianggarkan kira-kira lima juta orang.

"Sadhu merupakan peringkat keempat dan terakhir kehidupan sebelum melalui proses kematian, dan juga kelahiran semula bagi masyarakat Hindu.

"Mereka akan berusaha untuk mencapai ketenangan hidup melalui proses meditasi dan renungan.

"Golongan ini biasanya terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang menyembah Dewa Shiva dan Vishnu," jelasnya.

Ketika menjalani festival tersebut, sadhu akan mengecat sebahagian daripada badan mereka dengan kapur atau abu yang bermaksud kematian.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan memakai rambut palsu panjang sebagai tanda penghormatan kepada Tuhan.

Bagi kebanyakan sadhu, merokok dan pengambilan ganja adalah sebahagian daripada amalan agama mereka.

Kesemua mereka percaya bahawa pengambilan kedua-dua barangan tersebut mampu membawa mereka lebih dekat kepada Tuhan.

Ia juga merupakan konvensyen utama bagi sadhu yang mana kebanyakan daripada mereka akan mendirikan kem, bermeditasi, melakukan yoga dan mengambil bahagian dalam pertapaan ritual.

Kumbh merupakan pertembungan semula budaya di India meliputi aspek ilmu pengetahuan dan juga kerohanian.

"Kumbh menjadikan individu sedar akan kepentingan alam semula jadi dan planet Bumi melalui nyanyian dan mantera yang dibaca sepanjang perayaan tersebut dijalankan.

"Ia juga merupakan simbol pertemuan antara alam dan manusia. Pada zaman dahulu, perayaan Kumbh disertai segelintir manusia sahaja. Bilangan sadhu yang menyertai Kumbh Mela ini bagaimanapun menunjukkan peningkatan berlipat kali ganda setiap tahun," ujarnya.

Katanya lagi, faktor penyertaan tersebut didorong oleh pembangunan kemudahan infrastruktur yang baik seperti kem kediaman sementara, tempat letak kereta, klinik kesihatan dan bekalan elektrik disediakan pihak berkuasa.

Penglibatan berjuta-juta sadhu sepanjang perayaan tersebut, menyebabkan penganut Hindu lain di seluruh pelosok dunia turut sama menyertai festival tersebut.

Biarpun ramai antara mereka mahu merasai sendiri kemeriahan perayaan tersebut, namun, kebanyakan mereka juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memperoleh kebaikan bagi kehidupan semula kelak.

BACA INI JUGA: Rahsia Besar 1hb Mei Dan Kaitannya Dengan Yahudi

Sumber: Kosmo

Monday, April 13, 2015

Festival Bunga Sakura, Kisah Disebalik Kecantikan

Festival Bunga Sakura, Kisah Disebalik Kecantikan

Pesta bunga sakura merupakan antara acara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Jepun saban tahun. Pohon sakura turut dikenali dengan nama Cherry blossom merupakan pokok hiasan yang paling diminati oleh penduduk di negara Matahari Terbit tersebut.

Festival Sakura

Sepanjang sambutan Festival Sakura, masyarakat Jepun akan berkumpul untuk berkelah sambil mengamati keindahan pohon berkenaan.

Berjuta-juta pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta menyaksikan bunga sakura yang mewarnai bumi Jepun sejak tahun 1912.

Di China pula, lokasi popular untuk melihat pohon sakura ialah Taman Yuyuantan, Beijing yang mempunyai lebih 2,000 pokok dengan 200 daripadanya dihadiahkan oleh Jepun pada awal tahun 1970 sebagai tanda keakraban hubungan diplomatik.

Aktiviti melihat bunga sakura amat popular dalam kalangan masyarakat Jepun berikutan ia hanya kembang selama seminggu setiap penghujung bulan Mac. Ia merupakan tanda ketibaan musim bunga.

Keraian tersebut turut menjadi tarikan pelancongan utama di Jepun dan beberapa kawasan di China serta Korea Selatan dengan mekarnya bunga istimewa berwarna merah jambu dan putih.

Di sebalik kemeriahan sambutan pesta bunga yang juga merupakan sejenis pokok hiasan ceri tersebut, wujud perdebatan antara pihak China, Jepun dan Korea Selatan yang mendakwa bahawa pohon sakura berasal dari negara mereka.

Sejak kebelakangan ini, pihak media Korea Selatan telah mewujudkan provokasi terhadap Jepun yang mendakwa bahawa negara mereka merupakan lokasi asal pokok bunga sakura.

Begitupun, menurut Pengerusi Eksekutif Persatuan Cherry China, Zongru, dakwaan Jepun dan Korea Selatan bahawa pohon sakura berasal dari negara mereka adalah tidak benar.

Menurutnya, spesies asal pohon tersebut mula-mula ditemui pada pemerintahan Kerajaan Pertengahan Mesir iaitu abad ke-20 hingga ke-17 Sebelum Masihi.

Sejarah

Festival Sakura [2]
Pengunjung di Jepun menikmati keindahan bunga sakura.

Dalam huraian sebuah monograf Jepun berkaitan bunga sakura mendakwa bahawa pohon tersebut kemudian ditanam di pergunungan Himalaya, China, sebelum dibawa ke Jepun semasa pemerintahan Dinasti Tang lebih 1,100 tahun lalu.

“Kami tidak mahu bertikam lidah dengan Jepun dan Korea Selatan tetapi kami bercakap berdasarkan bukti.

“Terdapat banyak dokumen sejarah yang mengesahkan bahawa bunga sakura berasal dari China dan kami mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu kepada semua orang tentang sejarah berkenaan,” katanya.

Sedekad lalu, Tokyo telah menghadiahkan tumbuhan istimewa tersebut kepada beberapa negara seperti Amerika Syarikat sebagai tanda hubungan baik antara kedua-dua buah negara.

Selain pertelingkahan tentang bunga sakura, hubungan antara ketiga-tiga buah negara itu telah sedia tegang.

Ini berikutan beberapa isu termasuklah sejarah penjajahan Jepun pada abad ke-20 di Korea dan sebahagian tanah besar China yang menjadi punca Perang Dunia Kedua, sekali gus mewujudkan persaingan tuntutan wilayah di perairan serantau.

Zongru dalam perdebatan terakhir berkenaan pohon sakura menegaskan kepada Korea Selatan bahawa bunga tersebut merupakan tumbuhan yang berasal dari China dan telah berkembang di Jepun.

Beliau turut menyatakan bahawa Korea Selatan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sejarah kewujudan pohon tersebut. –Agensi

BACA INI JUGA: Festival Argungu, Perayaan Menangkap Ikan Terbesar Dunia!

Saturday, December 27, 2014

Els Enfarinats, Festival Perang Tepung Dan Telur

Els Enfarinats, Festival Perang Tepung Dan Telur

Bercerita tentang perihal melempar tepung dan telur, pasti anda pernah lakukan pada rakan sempena meraikan ulang tahun mereka. Tetapi di Sepanyol, melempar tepung dan telur adalah sebuah festival.

Els Enfarinats

Sepanyol memang cukup terkenal dengan penganjuran festival yang unik dan menarik seperti pesta larian lembu dan festival perang perang tomato.

Dibahagian tenggara negara Sepanyol, terdapat satu festival pelik yang diadakan sejak turun-temurun oleh penduduk di bandar Ibi di wilayah Alicante.

Upacara tahunan yang dikenali sebagai Els Enfarinats diraikan pada 28 Disember setiap tahun dan merupakan sebahagian daripada perayaan 'Day of The Innocent', satu perayaan yang hampir sama dengan perayaan April Fool's Day.

Asal-usul sebenar upacara ini tidak diketahui. Tetapi ia dipercayai telah berkembang daripada perayaan 'Feast of Fool' atau 'Fiesta de Los Locos' yang merupakan sebahagian daripada festival kuno Roman, Saturnalia yang berusia lebih 200 tahun.

Feast of Fool

Apa yang uniknya mengenai festival ini adalah para peserta akan berpakaian ala tentera dan akan berperang dengan membaling tepung dan telur dalam dua kumpulan.

Pesta ini bermula seawal pagi sekitar 8 pagi dengan satu kumpulan terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin dipanggil sebagai 'Els Enfarinats' akan cuba mencetuskan kekacauan.

Mereka akan berpura-pura melakukan rampasan kuasa dengan slogan 'New Justice' dan mengambil alih jawatan rasmi seperti datuk bandar, kerani dan lain-lain.

Els Enfarinats [2]

Setelah mereka menguasai bandar, Els Enfarinats akan menetapkan beberapa undang-undang pelik dan tidak masuk akal kepada rakyat seperti tidak boleh minum, tidak boleh berjalan di bawah cahaya matahari, tidak boleh merokok, tidak boleh berjalan kaki di kaki lima dan macam-macam lagi.

Sesiapa yang melanggar undang-undang baru itu akan dikenakan denda. Jika mereka membayar denda tersebut, mereka akan dibiarkan tanpa gangguan manakala sesiapa yang menolak untuk membayar denda pula akan dipenjarakan.

Sementara itu, satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai La Oposicio akan cuba mententeramkan dan mengawal kembali keadaan. Mereka akan cuba menentang rampasan kuasa itu dan akan berlakulah perang tepung dan telur antara dua kumpulan tersebut.

els-enfarinats-La Oposicio
Els Enfarinats [4]
Els Enfarinats [5]
Els Enfarinats [6]

Apabila perang berlaku, suasana bandar akan menjadi riuh dan huru-hara sepanjang hari. Tepung dan telur akan berterbangan serta menyelaputi jalan di bandar tersebut.

Festival ini berlangsung sehingga jam 5 petang sebelum keadaan kembali normal. Selain perang tepung dan telur, terdapat beberapa hiburan lain yang bersifat lebih trdisional seperti pertunjukan bunga api dan pemuzik jalanan yang berkeliaran memainkan lagu.

Walaupun keadaan akan menjadi kucar-kacir dan bandar mereka kotor dipenuhi tepung dan telur, mereka tidak kisah kerana perayaan ini adalah untuk tujuan yang baik.

Els Enfarinats [3]

Wang hasil denda sepanjang perayaan kemudiannya akan dikumpul untuk didermakan kepada badan kebajikan di bandar tersebut. Saban tahun, upacara unik ini telah menarik perhatian ramai penduduk tempatan dan juga dari luar.

Jadi, jika anda ingin merasai pengalaman festival pelik ini, Els Enfarinats adalah salah satu daripadanya. Cuma pastikan anda membawa wang lebih untuk membayar denda jika anda melanggar peraturan.

Kalau tidak, anda mungkin akan menghabiskan masa di bilik hotel untuk mencuci tepung dan telur dibadan anda.

BACA INI JUGA: Pelik! Ritual Mencungkil Mata

-Sentiasapanas.com

Thursday, December 25, 2014

Festival Bertumbuk Takanakuy!

Festival Bertumbuk Takanakuy!

Bagi masyarakat Chumbivilcas yang mendiami wilayah Cuzco di Peru, bertumbuk adalah cara mereka menyelesaikan masalah diantara mereka.

Takanakuy

Tetapi, mereka akan berlawan sesama sendiri hanya sekali dalam setahun dalam sebuah festival yang akan diadakan pada 25 Disember setiap tahun.

Festival yang digelar sebagai Takanakuy dikatakan telah bermula sejak 100 tahun yang lalu dan merupakan sambutan kuno tahunan yang diwarisi daripada budaya pra-Hispanik Chanka.

Takanakuy yang bermaksud, 'Apabila darah mendidih' dalam bahasa Quechua (salah satu dialek pertuturan tertua di Peru) adalah satu sambutan tahunan yang memberi orang peluang untuk menyelesaikan perbezaan peribadi dengan ahli-ahli masyarakat cara lama iaitu melalui keganasan!

Takanakuy [4]

Walaupun konsep festival pertarungan ini disediakan untuk masyarakat menyelesaikan dendam atau rasa tidak puas hati mereka pada seseorang, ada sesetengah daripada mereka menyertai pertarungan hanya kerana mahu membuktikan keberanian dan kemahiran berlawan.

Selain itu, ada juga yang menyertai festival ini kerana ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat dan juga untuk membuat keluarga mereka bangga.

Pada hari perayaan, peserta akan berkumpul di gelanggang yang disediakan di mana mereka akan bertarung. Kebanyakan peserta akan menutup muka mereka dengan topeng ski tradisional berwarna-warni untuk menakutkan pihak lawan sebelum membuka topeng tersebut dan memasuki gelanggang perlawanan.

Festival tersebut akan dikawal selia oleh pihak berkuasa tempatan yang turut bertindak sebagai pengadil dalam perlawanan itu. Peserta perlu bertarung dengan lawan mereka sehingga pengadil menghentikan pertarungan apabila salah seorang peserta sudah lemah.

Takanakuy [2]

Peraturan paling penting semasa perlawanan adalah, peserta tidak dibenarkan untuk menyerang semasa lawan mereka jatuh ke tanah. Jika mereka 'terlupa' atau sengaja melanggar peraturan penting tersebut, mereka akan disebat dengan cemeti oleh pengadil.

Menariknya, pertarungan ini bukan sahaja melibatkan lelaki dewasa, malah kaum wanita dan juga kanak-kanak turut bertarung untuk menyelesaikan kemelut dan rasa tidak puas hati mereka.

Peserta lelaki kebanyakannya lebih gemar menggunakan penumbuk manakala kaum wanita pula lebih suka menendang semasa bertarung.

Walaupun ia adalah festival yang agak ganas, kecederaan yang teruk jarang dilaporkan. Selalunya peserta akan meninggalkan gelanggang dengan muka yang muka dan sedikit luka.

Takanakuy [3]

Apa yang penting, mereka akan berjabat tangan dan berpeluk-pelukan selepas perlawanan tanda pertikaian dan masalah peribadi mereka telah diselesaikan tanpa menyimpan sebarang dendam.

Kalau ada yang masih tidak berpuas hati, mereka akan mempunyai peluang untuk bertarung semula tahun berikutnya.

Takanakuy [5]

Takanakuy mungkin kelihatan seperti tidak wajar kerana menggalakkan keganasan. Tetapi bagi masyarakat Chumbivilcas, ia adalah satu bahagian penting dalam warisan budaya mereka.

Mereka percaya ia adalah satu cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan tenaga negatif.

BACA INI JUGA: Festival Kostum Pelik Menyerupai Pokok Kayu

-Sentiasapanas.com

Monday, December 01, 2014

Festival Laga Kuda Untuk Mengahwini Gadis!

Festival Laga Kuda Untuk Mengahwini Gadis!

Tradisi yang dijalankan oleh etnik minoriti Miao ini cukup terkenal dan merupakan antara tradisi paling terkenal di sana.

Miao Horse Festival

Etnik Miao merupakan salah satu daripada 55 etnik minoriti di China dengan populasi seramai lebih tujuh juta orang.

Mereka tinggal di wilayah autonomi Zhuang Guangxi serta provinsi-provinsi Guizhou, Yunan dan Hainan di bahagian selatan China.

Tradisi yang diamalkan setiap tahun ini dikatakan telah wujud sejak 500 tahun dahulu dan telah diwarisi hingga sekarang.

Miao Horse Festival
Etnik Miao.

Menurut lagenda tempatan, pada suatu masa dahulu, ada dua orang pemuda telah sama-sama jatuh cinta pada seorang gadis Miao.

Raja Miao memutuskan supaya kuda milik dua orang pemuda itu berlaga dan pemilik kuda yang menang akan mengahwini gadis berkenaan.

Sejak itu, pertandingan ini sering dianjurkan dan semakin popular dalam kalendar aktiviti masyarakat di sini.

Walaupun begitu, tujuan penganjuran pertandingan ini sudah berbeza. Kini ia dianggap sebagai satu festival hiburan dengan penyertaan setiap lapisan masyarakat.

Miao-ethnic-wedding
Upacara perkahwinan etnik Miao.

Festival laga kuda akan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 26 hingga 28 Disember setiap tahun.

Pada hari pertama, masyarakat tempatan akan sibuk menyediakan juadah untuk mengalu-alukan saudara mara dan sahabat handai yang akan datang melawat.

Hadi kedua dan ketiga adalah hari pertarungan kuda. Seawal jam 10 pagi, ruangan disekeliling gelanggang akan sesak dipenuhi orang ramai.

Selepas bunyi Guoshanchong, sejenis pistol tradisional kedengaran, kuda-kuda yang menyertai perlawanan akan memasuki kawasan gelanggang dengan iringan muzik dan juga persembahan tarian singa.

Apabila perlawanan bermula, kuda yang bertanding akan meluru ke arah kuda pihak lawan. Mereka akan menendang dan juga menggigit antara satu sama lain.

Peraturan dalam pertandingan ini amat mudah, kuda perlu bertarung sehingga lawannya jatuh ke tanah atau lari meninggalkan gelanggang.

Miao Horse Festival - Winner

Kuda yang masih berdiri dalam gelanggang akan dikira sebagai pemenang. Kuda yang menang bukan saja membuatkan pemiliknya berasa gembiri dan bangga tetapi mereka turut dihormati.

Walaupun ramai aktivis haiwan mengecam dan mengutuk aktiviti yang disifatkan kejam dan zalim terhadap binatang itu, masyarakat Miao tetap mengadakan festival tersebut setiap tahun kerana ia adalah tradisi turun temurun masyarakat mereka.

Aktivit laga kuda diharamkan hampir diseluruh dunia, tetapi negara-negara seperti Filipina, Indonesia, Korea Selatan dan China masih membenarkan perkara tersebut.

Fakta menarik tentang kuda;
  • Kuda boleh tidur dalam keadaan berbaring dan berdiri.
  • Muzium kuda yang terbesar di dunia adalah Muzium Kuda Antarabangsa di Kentucky, Amerika Syarikat.
  • Kuda berkomunikasi secara verbal dengan menggunakan ekspresi muka dan bahasa tubuh. Emosi mereka boleh dilihat pada perubahan bentuk hidung, mata dan telinga.
  • Kuda arab adalah baka kuda tertua di dunia. Bukti arkeologi mendapati, baka kuda yang berasal dari Semenanjung Arab telah wujud sejak 4,500 tahun dahulu.
  • Kuda paling besar dan tinggi pernah direkodkan adalah kuda bernama Big Jake dengan ketinggian 210.2 sentimeter.
  • Sementara kuda yang paling kecil dan rendah pula adalah seekor kuda bernama Thumbelina dengan ketinggian 44.5 sentimeter.

BACA INI JUGA: Els Enfarinats, Festival Perang Tepung Dan Telur

-Sentiasapanas.com

Tuesday, November 25, 2014

Peperangan Buah Oren Dari Ivrea

Peperangan Buah Oren Dari Ivrea

Pernahkah anda menyaksikan pesta membaling buah tomato? Rasanya sebahagian besar daripada kita pernah melihat pesta sebegini dalam berita-berita yang disiarkan di kaca tv.

Ivrea Orange Festival [4]

Tapi, pernahkah kita bertanya, kenapa orang-orang Eropah meraikan pesta sebegini? Adakah mereka sudah tidak ada keseronokan lain untuk dijadikan hiburan? Atau memang masyarakat Eropah suka meraikan 'kegilaan' mereka secara unik?

Sebenarnya, mereka bukanlah begitu, setiap pesta yang diraikan mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri.

Pesta melontar buah-buahan dan sayur-sayuran adalah simbolik untuk meraikan sebuah revolusi kemenangan dalam menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Semasa zaman feudal mencengkam Eropah, golongan pembesar yang terdiri daripada pahlawan dan bangsawan menjalankan pemerintahan secara kejam.

Pembunuhan, penindasan dan pemerasan adalah perkara biasa dalam penghakiman mereka terhadap penduduk di kawasan yang diperintah mereka.

Justeru, pelbagai revolusi dilalui masyarakat untuk menggulingkan pemerintahan kejam ini dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan.

Selepas zaman pencerahan berlaku, segala bentuk revolusi itu dipamerkan semula dengan menganjurkan pelbagai festival untuk memperingati peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat mereka.

Ada diantara festival yang dianjurkan ini menjadi sangat popular hingga terkenal ke serata dunia.

Ivrea Orange Festival

Di Ivrea, Itali, penduduknya mempunyai satu tradisi pelik dalam meraikan revolusi yang dilalui mereka. Satu pesta khusus yang dinamakan sebagai peperangan buah Oren diraikan masyarakat disini.

Walaupun sejarawan tidak pasti tarikh sebenar tradisi ini bermula, yang pasti ia berkaitan penindasan terhadap seorang gadis yang mati kerana mempertahankan kesucian perawannya.

Berdasarkan kepada beberapa kisah dalam sejarah masyarakat, pesta ini bermula selepas penggulingan keluarga Ranieri yang memerintah kawasan ini.

Keluarga Ranieri adalah pengikut setia Henry V. Diatas kesetiaannya, keluarga ini dilantik menjadi pemerintah dibandar bernama Turin.

Bagaimanapun, cara pemerintahan keluarga Ranieri tidak disenangi masyarakat apabila pewaris keturunan ini mula berlaku kejam dengan memperkenalkan polisi pelik.

Salah satunya ialah dengan memberi kebenaran kepada golongan bangsawan dan pembesar di bandar berkenaan untuk menuntut mana-mana pengantin perempuan yang baru berkahwin supaya bermalam dengan mereka sebagai cukai.

Tradisi ini bukan saja mencemar kesucian si gadis, malah mencemarkan maruah suami.

Mengikut peraturan berkenaan, mana-mana gadis yang melangsungkan perkahwinan perlulah tidur dengan bangsawan yang menuntutnya sebelum dia boleh tidur dengan suaminya.

Ivrea Orange Festival [2]

Menurut beberapa manuskrip lama, tujuan Ranieri memperkenalkan peraturan itu adalah untuk merosakkan baka keturunan masyarakat disitu. Dia percaya, jika dalam sesebuah keluarga itu anak sulungnya berketurunan pembesar, dia akan mampu mengawal keturunannya supaya tidak memberontak.

Bagaimanapun, perkara itu menjadi dendam masyarakat. Oleh kerana mereka tidak mampu melawan, para wanita telah melancarkan protes dengan cara menggugurkan kandungan mana-mana pengantin yang mengandungkan anak pembesar.

Malah, ada diantara mereka sanggup mati demi mempertahankan maruah suami mereka!

Peraturan ini dikatakn berlaku pada kurun ke-13, semasa era pemerintahan Marquis William VII of Montferrat. Akibat peraturan ini jugalah Marquis ditumbangkan rakyat dalam sebuah revolusi.

Kisah tumbangnya Marquis sebenarnya bermula dengan sebuah kisah tragis seorang gadis sunti bernama Mugnaia. Gadis ini sanggup membunuh diri demi menjaga kesuciannya.

Lantaran sedih dengan kehilangan gadis ini, para petani, peniaga dan pedagang di bandar ini telah melancarkan revolusi lalu mengusir Marquis dari bandar Turin.

Sebagai mengenang peristiwa itu, para penduduk meraikan pesta perang oren. Pesta bermula dengan seorang gadis dipilih untuk menjadi Mugnaia.

Ivrea Orange Festival [3]

Kemudian dia akan diarak sekumpulan lelaki yang berpakaian seperti askar zaman silam disekeliling bandar. Selepas itu, kumpulan ini akan bertemu dengan Aranceri dan peperangan pun bermula.

Pesta ini akan berterusan sehingga semua oren yang terdapat dalam tong dihabiskan dengan cara membaling sesama sendiri.

Peperangan ini terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mewakili daun terup bercorak hati berwarna merah dan satu puak lagi hati berwarna hitam.

BACA INI JUGA: Festival Argungu, Perayaan Menangkap Ikan Terbesar Dunia!

-Sentiasapanas.com