Isnin, Disember 03, 2012

Pelik! Ritual Mencungkil Mata


Loading...

Di sebuah daerah terpencil di India, wujudnya satu festival yang agak menggerunkan iaitu festival mencungkil mata atau dikenali sebagai Festival Khwaja Chishti Moinuddina oleh penduduk tempatan.


Apa yang uniknya tentang ritual ini adalah para peserta akan melakukan aksi-aksi merbahaya. Mereka akan melakukan aksi-aksi menusuk mata disebelah bahagian atas dengan menggunakan benda runcing atau benda tajam sehingga membuatkan mata menjadi terbeliak seakan-akan hendak terkeluar.

Festival unik ini kebiasaannya dilakukan di daerah Ajmer yang terletak di bandar Rajasthan. Bandar ini dikelilingi sepenuhnya oleh pergunungan Aravalli.

Dipercayai ritual ngeri ini telah bermula sejak 12 abad yang lalu. Ia diadakan pada bulan tujuh pada setiap tahun.

Ketika hari perayaan berkenaan diraikan, semua penduduk akan berkumpul untuk menyaksikan persembahan daripada individu-individu yang terlibat dalam festival itu. Kebiasaannya, beribu-ribu penonton akan berkumpul.

Berdasarkan kepada sambutan perayaan sebelum ini, dipercayai mereka yang dipilih untuk melakukan aksi ganas itu adalah secara sukarela.

Kebanyakannya adalah kaum lelaki tanpa mengira usia. Antara alatan tajam yang digunakan oleh mereka ialah pisau, pedang dan juga dawai besi.

Ketika hari perayaan itu berlangsung, bandar Ajmer akan menjadi lebih sibuk dari kebiasaannya. Pelbagai alatan bunyi seperti gendang akan dipalu sebagai isyarat memanggil semua penduduk berdekatan berkumpul.

Apa yang uniknya, festival ini hanya akan disambut dalam tempoh masa tiga jam 30 minit dan diadakan selama enam hari berturut-turut. la akan bermula dari jam 10 pagi hingga jam 1:30 petang sahaja.

Pada hari terakhir, tembakan meriam akan dilepaskan sebagai tanda sambutan perayaan tersebut telah pun seiesai.

Umumnya, festival ini disambut oieh penduduk India hanya sekadar manifestasi mereka terhadap rasa syukur dan memperingati ulang tahun kematian pengasas keagamaan mereka.

la dilakukan atas dasar tuntutan kerohanian dan kepercayaan yang memerlukan seseorang individu itu melakukan aksi sedemikian.

Seseorang yang melalui tradisi ini perlu mencabar mental dan fizikal untuk mendapatkan tingkat tertinggi dalam kepercayaan kerohanian.

Paling tidak pun, mereka akan mendapat penghormatan dan dikagumi kerana semangat dan dedikasi yang ditunjukkan.


Bagaimanapun, amalan ini tidak disokong oleh sebahagian besar penduduk di seluruh dunia kerana ia dianggap sebagai perbuatan yang zalim dan kejam.

Ia dilihat memberi kesan yang membahayakan kepada bahagian mata khususnya walaupun tidak diketahui bagaimana aksi tersebut dilakukan.

Aksi luar biasa dan menakjubkan ini bagaimanapun didakwa oleh individu yang terlibat tidak mendatangkan bahaya walaupun perbuatan itu menyebabkan sedikit kesakitan kepada mereka. Namun dakwa mereka, ia hanya berlaku sementara sahaja.

Walau bagaimanapun, jika aksi masih diteruskan, dikhuatiri akan menyebabkan individu-individu yang terlibat dalam festival ini akan menjadi buta untuk kesan masa jangka panjang.

Namun, apapun sebabnya festival ini diadakan, ia dilihat akan terus diraikan kerana telah menjadi sebahagian daripada amalan serta kepercayaan masyarakat India.

Dan mereka yang berjaya melakukan aksi ini tetap akan dikenang dan dihormati kerana memiliki keberanian dan semangat kental yang tinggi.

BACA INI JUGA: UNIK! 'Straw Bear, Festival Beruang Jerami

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon